MRS. ZARITH ADHAM | C

By nrshaae_

597K 22.3K 1.3K

[Complete] ๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž : ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐š๐ข๐ฌ๐ฒ ๐™๐š๐ซ๐ข๐ญ๐ก ๐€๐๐ก๐š๐ฆ | ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ซ๐ž๐ฒ๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐๐ข๐ง๐š Dari... More

Zarieysa ๊จ„
Zarieysa | 01
Zarieysa | 02
Zarieysa | 03
Zarieysa | 04
Zarieysa | 05
Zarieysa | 06
Zarieysa | 07
Zarieysa | 08
Zarieysa | 09
Zarieysa | 10
Zarieysa | 11
Zarieysa | 12
Zarieysa | 13
Zarieysa | 14
Zarieysa | 15
Zarieysa | 16
Zarieysa | 17
Zarieysa | 18
Zarieysa | 19
Zarieysa | 20
Zarieysa | 21
Zarieysa | 22
Zarieysa | 23
Zarieysa | 24
Zarieysa | 25
Zarieysa | 26
Zarieysa | 27
Zarieysa | 28
Zarieysa | 29
Zarieysa | 30
Zarieysa | 31
Zarieysa | 32
Zarieysa | 33
Zarieysa | 34
Zarieysa | 35
Zarieysa | 36
Zarieysa | 37
Zarieysa | 38
Zarieysa | 39
Zarieysa | 40
Zarieysa | 42
Zarieysa | 43
Zarieysa | 44
Zarieysa | 45
Zarieysa | 46
Zarieysa | 47
Zarieysa | 48
Zarieysa | 49
Zarieysa | 50
Zarieysa | 51
Zarieysa | 52
Zarieysa | 53
Zarieysa | 54
Zarieysa | 55
Zarieysa | 56
Zarieysa | 57
Zarieysa | 58
Zarieysa | 59
Zarieysa | 60
Zarieysa | 61
Zarieysa | 62
Zarieysa | 63
Zarieysa | 64
Zarieysa | 65
Zarieysa | 66
Zarieysa | 67
Zarieysa | 68
Zarieysa | 69
Zarieysa | 70
Epilog
Zarieysa | Special Chapter
Zarieysa | Special Chapter 02
Zarieysa | Special Chapter 03
Special Edition | Ramadhan
Special Edition | Eid

Zarieysa | 41

5.4K 220 7
By nrshaae_

Zarith mencelikkan matanya. Dia memandang sekeliling. Matanya tertancap pada sosok yang sedang berjalan kearahnya.

"Bangun pun abang ni. Ingatkan nak pengsan sampai baby keluar." Areysa sengaja kata macam tu.

Laju sahaja Zarith bangun dari baringnya. "Apa sayang cakap? Baby?"

"Ya abang. Baby lah." berkerut dahinya melihat suaminya itu.

Zarith hanya mendiamkan dirinya dan memproses kata-kata isterinya itu.

Baby?

Areysa menghela nafasnya dan berjalan kearah Zarith. Dia menghulurkan ultrasound scan dan test pregnancy kepada Zarith. Lambat-lambat Zarith mengambil.

Terkebil-kebil dia melihat itu. "Betul ke? Sayang tipu ke?"

Areysa mengangkat wajah suaminya dengan lembut lalu tersenyum. "Mana ada tipu abang. Betul lah tu. Kita tak lama lagi nak jadi mama dengan babah abang." Areysa menyakinkan suaminya itu.

Zarith tersenyum lalu tubir matanya berasa hangat. Dia menarik tubuh isterinya itu. Dia memeluk tubuh Areysa, dia menyebamkan wajahnya pada bahu Areysa.

"Thank you sayang. Bila sayang check? Tak ajak abang? Berapa bulan?" soalnya bertubi-tubi.

"Semalam lah abang. Saja nak surprise abang. Anak kita dah masuk 9 minggu dah abang." Areysa menarik tangan Zarith dan diletakkan diperutnya.

Zarith mengusap perut Areysa. "Em patutlah buncit semacam je." terletus tawa Zarith. Areysa yang mendengarkan itu menarik mukanya.

"Ouh nak kata Eysa buncit? Eh Eysa buncit pun bawak anak abang tau." katanya sambil menolak tubuh Zarith.

"Alah baby abang ni merajuk pulak. Okay sayang tak buncit tau. Ee gemes."

Areysa menjeling kearah suaminya itu. "Sayang pergi dengan siapa? Macam mana sayang tahu sayang mengandung?"

Areysa tersenyum. "Ni semua sebab Thirah. Dia yang ajak Eysa pergi klinik semalam."

Berkerut kening Zarith. "Kejap abang tak faham." Areysa menghela nafasnya.

"Dia macam ni..."

Flashback....

"Kalau saya nak tanya sikit boleh?" kata Athirah. Areysa yang sedang memotong bawang terus memandang kearah Athirah.

"Tanya apa tu?"

"Awak pregnant ke?" berkerut dahi Areysa mencerna ayat itu. Dia memandang perut sendiri.

"Takdelah."

Athirah mengecilkan pandangannya. "Yeke? Bulan ni dah datang period?"

Areysa menggelengkan kepalanya. Athirah sudah tersenyum. "Ouh kalau macam tu takpe. Awak ikut saya keluar kejap lagi boleh?" Teragak-agak Areysa menganggukkan kepalanya.

˚ ༘♡ ⋆。˚ ❀

Areysa setia menanti jawapan yang akan diberikan oleh doktor sekejap lagi. Dadanya berombak. Dan tangannya mengigil.

Athirah yang melihat itu terus mengengam erat tangan Areysa. "Takpe. Saya ada dekat sini ya? Jangan takut." pujuk Athirah. Areysa hanya mempamerkan senyuman manisnya.

Seorang doktor perempuan melaburkan punggungnya pada kerusi miliknya. "Tahniah Puan Areysa. Dalam pemeriksaan kami, Puan Areysa telah disahkan mengandung 9 minggu." bicara doktor itu dengan senyuman.

Areysa tergamam. "Betul ke doktor?"

Doktor itu tersenyum dan menganggukkan kepalanya. "Betul Puan. Dah 9 minggu dah. Ni ultrasound." doktor itu nenghulurkan sekeping ultrasound kearahnya. Dia mengambil lalu menekup mulutnya.

Athirah menarik tubuh Areysa. Doktor yang melihat itu tersenyum. "Cousin awak ke?"

Athirah menggelengkan kepalanya. "Husband dia cousin saya."

Doktor itu menganggukkan kepalanya. "Dan Puan Areysa, dalam pemeriksaan kami juga. Puan pernah mengalami keguguran. Betul ke?"

Areysa menganggukkan kepalanya. "Puan tak boleh buat lasak-lasak. Lagipun Puan pernah alami keguguran. Jadi risau..."

Areysa menganggukkan kepalanya. "Terima kasih doktor."

"Sama-sama." jawab Doktor itu.

End Flashback...

"Macam tu lah ceritanya abang."

Zarith tersenyum. Dia merendahkan wajahnya sehingga kearah perut isterinya. "Assalamualaikum anak babah. Duduk elok-elok tahu dalam perut mama. Jangan penatkan mama tau. Babah sayang awak."

Zarith mengangkat wajahnya dan terletus tawanya apabila melihat wajah cemberut Areysa. "Lah ni dah kenapa ni hm?" soal Zarith sambil memegang dagu isterinya.

"Abang lah. Sayang baby je. Mama baby tak sayang ke?"

"Lah cemburu dah ke? Sayang, baby tak keluar lagi takkan dah cemburu?"

Areysa menolak tubuh suaminya agar menjauh darinya. Dia mencapai tudung dan berjalan keluar.

"Asyik kena tolak je haritu. Simptom ibu mengandung ke apa?" soalnya. Dia bangun dari jatuhnya dan berjalan keluar untuk sarapan pagi.

Dia mengejar langkah isterinya. Langkahnya terhenti apabila melihat Areysa sedang bermain dengan Afiq. Zarith berjalan dahulu ke dapur. Tidak lama kemudian Areysa berjalan kearah dapur. Semasa Areysa mahu menurun tangga taktahu mana silapnya dia tergelincir. Areysa menutup matanya.

Areysa membuka matanya dan terlihat Zarith sedang memeluknya. "A-abang?"

Zarith menganggukkan kepalanya. "Nak bunuh anak sendiri ke?" terkedu Areysa dibuatnya. Zarith melepaskan pelukkan lalu berjalan duduk kembali ditempatnya.

Manakala Areysa hanya mendiamkan dirinya dan berjalan kearah meja makan. Dia melaburkan punggungnya disebelah Zarfina.

Selesai sahaja sarapan, Areysa masuk terus kedalam biliknya. Semua yang ada disitu tertanya-tanya.

"Bang, kenapa dengan Eysa?" Zarith mengangkat bahunya. Zarfina yang mendapat jawapan macamtu terus menepuk kuat perut abangnya.

"Sakit bodoh!"

"Tau sakit. Pergi pujuk lah bini tu. Alahai." arah Zarfina. Zarith menghela nafasnya.

Tengku Zanira yang melihat itu terus kearah anak daranya. "Kenapa dengan abang?"

Zarfina menoleh kearah bondanya. "Tu ah, anak bonda tu. Dia buat menantu bonda merajuk." jawabnya. Tengku Zanira hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Manakala Zarif dan Ayra hanya mendengarkan sahaja perbualan mereka.

Zarith berjalan kearah biliknya dan memulas tombol pintu. Tetapi tidak boleh kerana dikunci oleh isterinya. Zarith cuba mengetuk pintu biliknya itu.

Tiada sahutan dari dalam. Zarith mencuba lagi. Tetapi masih sama. Dia menghela nafasnya.

Dia baru sedar tentang silapnya.

"Sayang, bukak lah pintu ni. Abang tak sengaja."

Zarith melekapkan telinganya pada pintu. Tiada bunyi apa-apa yang terhasil didalam bilik.

Manakala Areysa yang sedang duduk didalam bilik itu hanya mendiamkan dirinya. Dia menekup mulutnya agar tangisannya tidak didengari oleh orang luar terutamanya Zarith.

Zarfina mengoyangkan lengan abangnya itu. "Bangun."

Zarith mencelikkan matanya. Dia memandang wajah Zarfina. "Medina dah keluar ke?" Zarfina mengangkat bahunya lalu berjalan kearah ruang tamu.

Zarith bangun dari duduknya dan berjalan kearah luar rumah. Dia menapak kearah tingkap biliknya. Dia tersenyum apabila tingkat biliknya terbuka.

"Cun!"

Zarith memanjat tingkat tersebut dan meloloskan dirinya masuk kedalam. Terlihat isterinya sedang lena. Dia berjalan kearah Areysa lalu mengusap kepalanya gadis itu.

"Maafkan abang sayang. Abang takde niat pun nak kata macam tu."

Areysa merenggek apabila ada orang menyentuh kepalanya. Dia membuka matanya. Membulat mata Areysa.

"Macam mana awak masuk?!"

"Sorry sayang." Zarith hendak memeluk tubuh isterinya tetapi ditepis oleh Areysa.

"Awak buat apa nak mintak maaf dengan orang yang bunuh anak awak." katanya. Zarith menghela nafasnya.

"Sayang sayang. Listen here, abang nak mintak maaf. Please sayang. Abang tahu abang salah. Abang tak sepatutnya cakap macam tu." pujuk Zarith.

Tubir matanya berasa panas. "Awak jahat!"

"Sorry sayang." laju sahaja Zarith menarik tubuh Areysa masuk kedalam dakapannya. Dia sudah tidak hiraukan lagi dengan tepisan isterinya itu.

"Abang mintak maaf sayang! Abang mintak maaf! Abang tak sengaja!"

Bersungguh-sungguh Zarith menyakinkan isterinya. "Abang mintak maaf."

"Abang janganlah macam tu. Eysa tak perasan."

Dia sejak mengandung senang tersentuh. Dengar rayuan suaminya macam tu pun boleh buat dirinya tersentuh.

"Sayang dah maafkan abang?"

"Dah. Tapi Eysa nak pergi kandang kambing."

Terletus tawa Zarith. Dia sudah janji dengan isterinya semalam. "Okay boleh. Petang ya sayang? Panas nak pergi sekarang."

Areysa melebarkan senyuman. "Okay! Boleh! Sayang abang." katanya sambil menguncup lembut seluruh wajah Zarith.

Zarith hanya pasrah dengan kelakuan mak buyung. "Comel lah mama buyung ni."

Areysa tersenyum dan menggeselkan hidungnya dengan pipi Zarith. Zarith memegang belakang badan Areysa agar isterinya tidak jatuh.

"Love you mama buyung."

"Love youu too papa buyung."

Terjongkit kening Zarith. "papa buyung?"

Areysa menjatuhkan kepalanya. "Yelah papa buyung lah. Abang papa buyung."

"Kenapa papa buyung?"

Areysa meletakkan wajahnya pada bahu Zarith. "Sebab abang suami mama buyung tu sebab pertama. Sebab kedua abang ngandungkan mama buyung. Jadi abang kena tempias sekali buyung tu. Hehe."

Zarith tersenyum lalu mencubit pipi isterinya. "Ish mama buyung ni syomel lah. Geram lah papa buyung tengok."

Terletus tawa Areysa.

mama buyung dan papa buyung eheks

vote & comment !

Continue Reading

You'll Also Like

1M 53.9K 63
Ku Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak du...
100K 3K 55
"You play the game, and I'll determine if you score." โš ๏ธDisturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationsh...
1.7M 92.6K 64
@Married Mr. Nerdy @RomanticGenre @ChocoLyn @2019 @Ke-10 Bercinta dengan orang lain, berkahwin pula dengan orang lain?!! Itulah orang katakan takdir...
214K 10.1K 24
[FOLLOW SEBELUM BACA] Seorang lelaki kacak yang berkacukan German . Izzyan Axel jejaka berusia 26 tahun . Semua perempuan baginya sama menyusahkan da...