MRS. ZARITH ADHAM | C

Af nrshaae_

594K 22.2K 1.3K

[Complete] ๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž : ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐š๐ข๐ฌ๐ฒ ๐™๐š๐ซ๐ข๐ญ๐ก ๐€๐๐ก๐š๐ฆ | ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ซ๐ž๐ฒ๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐๐ข๐ง๐š Dari... Mere

Zarieysa ๊จ„
Zarieysa | 01
Zarieysa | 02
Zarieysa | 03
Zarieysa | 04
Zarieysa | 05
Zarieysa | 06
Zarieysa | 07
Zarieysa | 08
Zarieysa | 09
Zarieysa | 10
Zarieysa | 11
Zarieysa | 12
Zarieysa | 13
Zarieysa | 14
Zarieysa | 15
Zarieysa | 16
Zarieysa | 17
Zarieysa | 18
Zarieysa | 19
Zarieysa | 20
Zarieysa | 21
Zarieysa | 22
Zarieysa | 23
Zarieysa | 24
Zarieysa | 25
Zarieysa | 26
Zarieysa | 27
Zarieysa | 28
Zarieysa | 29
Zarieysa | 30
Zarieysa | 31
Zarieysa | 32
Zarieysa | 33
Zarieysa | 34
Zarieysa | 35
Zarieysa | 37
Zarieysa | 38
Zarieysa | 39
Zarieysa | 40
Zarieysa | 41
Zarieysa | 42
Zarieysa | 43
Zarieysa | 44
Zarieysa | 45
Zarieysa | 46
Zarieysa | 47
Zarieysa | 48
Zarieysa | 49
Zarieysa | 50
Zarieysa | 51
Zarieysa | 52
Zarieysa | 53
Zarieysa | 54
Zarieysa | 55
Zarieysa | 56
Zarieysa | 57
Zarieysa | 58
Zarieysa | 59
Zarieysa | 60
Zarieysa | 61
Zarieysa | 62
Zarieysa | 63
Zarieysa | 64
Zarieysa | 65
Zarieysa | 66
Zarieysa | 67
Zarieysa | 68
Zarieysa | 69
Zarieysa | 70
Epilog
Zarieysa | Special Chapter
Zarieysa | Special Chapter 02
Zarieysa | Special Chapter 03
Special Edition | Ramadhan
Special Edition | Eid

Zarieysa | 36

5.7K 238 5
Af nrshaae_

Muncung sahaja mulut Areysa apabila permintaannya tidak ditunaikan oleh sang suami. Areysa memandang Zarith yang sedang membutang baju itu.

"Abang.." meleret sahaja Areysa memanggil.

"Tak boleh." Zarith tahu apa yang diingini oleh si isteri. Areysa mencebikkan bibirnya.

"Alah abang ni, Eysa tak cakap lagipun."

Zarith memusingkan badannya dan menghadap si isteri. Zarith mengecilkan pandangannya. "Saya tahu apa yang awak nak cakap Medina." kata Zarith.

Mencebik Areysa. "Alah abang, please."

Zarith menggelengkan kepalanya. "Tak boleh sayang."

Zarith datang dekat kearah Areysa lalu melaburkan ciuman pada ubun-ubun dan pipi Areysa. "Bye abang pergi dulu. Nanti apa-apa roger je."

Areysa menjatuhkan kepalanya. Dia menyalam tangan suaminya.

Dia hanya melihat sahaja pemergian suaminya itu. Areysa menghela nafasnya.

Dia berjalan masuk ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya. Selepas itu, dia berjalan keluar dari kamar mandi dan melaburkan punggungnya di meja solek.

Areysa mencalitkan sunscreen ke wajahnya. Sedang Areysa sedang leka, dia mendengarkan ada ketukan. Perlahan-lahan Areysa berjalan kearah balkoninya.

Terlihat ada sekeping surat. Areysa mengambil surat itu dan membaca.

Hi sayang! Apa khabar? Lama tak jumpakan? Awak rindu saya tak? Saya rindu awak, jangan risau saya akan datang ambil awak Areysa. Don't worry sayang.

Your lovely boyfriends,
-F-

Areysa berjalan kembali masuk kedalam, dia mengambil iPhone miliknya. Tangannya mengigil untuk menelefon nombor sang suami.

"Ya assalamualaikum sayang. Kenapa ni hm? Rindu ke."

"A-abang. E-eysa takut."

"Sayang keluar dalam bilik tu. Sayang stay dengan Aisaar ataupun Airiel je yang. Abang dah suruh mereka tengokkan sayang." arah Zarith.

"Bila abang nak balik?"

"Sayang, baru je abang pergi. Nanti abang balik tau? Tak lama pun. Sekejap je."

"Lama lah abang 2 hari."

Areysa boleh mendengarkan gelak tawa Zarith. "Malamni sayang tidur lah dengan kak Aafiyah ke."

"Alah."

"Please sayang? Nanti balik abang kasik hadiah nak?"

"Nak!"

"Okay kalau nak kena dengar cakap abang okay?"

"Okay boss! Bye love you abang."

"Love you too sayang."

Zarith mematikan panggilan. Areysa berjalan turun kebawah. Tidak berani mahu duduk didalam bilik lelama.

Terlihat Aafiyah sedang bermain dengan Aeman. "Eysa dah okay?"

Areysa menjatuhkan kepalanya dan tersenyum lalu mengusap lembut rambut Aeman. "Alhamdulillah Eysa dah sihat. Lagipun Eysa dah habis pantang."

Aafiyah tersenyum kecil. "Okaylah tu. Ni mana Zarith?"

"Ada event buku."

Aafiyah hanya meng'oh'kan sahaja. "Kak boleh tak malam ni, Eysa tidur dengan akak?"

Aafiyah tersenyum. "Boleh, lagipun Zarith dah cakap."

Areysa menjatuhkan kepala. "Tapi abang Aisaar?"

"Tu jangan risau, dia tidur luar lah jawabnya." jawab Aafiyah. Areysa tergelak kecil.

Areysa tidak dapat melelapkan matanya. Dia cuba menutup matanya tetapi tidak boleh. Dia memandang syiling bilik itu. Areysa memusingkan badannya kekiri terlihat kakak iparnya sudah terlena.

Areysa mengambil iPhone miliknya diatas nightstand. Lalu dia menelefon suaminya.

"Abang."

"Waalaikumusalam sayang, kenapa?" lembut sahaja Zarith menjawab. Areysa tersenyum kecil apabila dia terlupa hendak memberi salam.

"Eysa rindu. Bila abang nak balik?"

"Lusa sayang abang balik. Rindu sangat ke?"

"Rindu sangat-sangat." jawab Areysa sambil menganggukkan kepalanya bersungguh-sungguh.

"Kenapa tak tidur lagi ni sayang? Tak elok tau." Areysa tersenggih dan menggaru kepalanya.

Areysa memandang jam yang terlekat di dinding. Membulat mulut Areysa melihat itu. Patutlah suaminya bertanya tentang tu, rupanya dah pukul 1.45 pagi.

"Abang tak tidur ke?"

"Tak. Bantal peluk abang takde."

Areysa tersenyum. "Hm kenapa tak bawak sekali bantalnya?"

"Macam mana nak bawak kalau bantal peluknya merajuk."

Membulat mata Areysa. "Aip mana ada Eysa merajuk!"

"Eleh tak ngaku." Areysa mendengarkan gelak tawa si suami.

Sementara itu Areysa menguap kecil. Tandanya sudah mengantuk.

"Sayang sangap ke?"

"Hm."

"Tidur lah dulu. Esok abang call lagi okay?"

"Hm."

"Goodnight assalamualaikum. Jangan lupa baca al-mulk dan jangan lupa ambil wudhuk sebelum tidur. Sebelum tidur jangan lupa baca doa okay sayang? Abang letak dulu, semoga mimpi abang ya sayang. Mwuah." pesan Zarith.

Areysa mampu menganggukkan kepalanya. Matanya sudah berat. Zarith menamatkan panggilan itu, Areysa meletakkan iPhone diatas nightstand kembali. Areysa menjejakkan kakinya ke lantai dan berjalan masuk kedalam kamar mandi.

Dia mengikut pesan suaminya. Areysa naik kembali diatas katil dan Areysa menarik duvet sehingga ke aras dadanya. Perlahan-lahan dia melelapkan matanya.

Areysa menggosok matanya apabila dia mendengarkan bunyi gelak tawa seseorang yang dia kenali.

Perlahan-lahan dia menjejakkan kakinya dilantai dan masuk kedalam kamar mandi untuk membersihkan wajahnya.

Dia berjalan kearah ruang tamu. Membulat matanya apabila melihat gerangan itu. "Abang!" kata Areysa sambil melangkah kearah Zarith.

Zarith tersenyum. Laju sahaja Areysa menyebamkan wajahnya didada Zarith. "Eysa rindu."

Zarith tersenyum dan memegang belakang badan Areysa untuk menghalang diri isterinya jatuh. "Abang pun rindu budak ni."

Zarith mencium seluruh wajah Areysa. Areysa tertawa terkekeh-kekeh. "Eleh dah ada suami baru, dengar suara. Kalau tak senyap je." ujar Aisaar tiba-tiba.

Areysa tersenyum dan menggarukan kepalanya. "Kenapa tak cakap?"

"Boring."

Zarith hanya menganggukkan kepalanya. "Best tidur?" Areysa menggelengkan kepalanya.

"Takpe malamni mesti nyenyak punya tidur. Sebab bantal peluk sayang dah ada depan mata." Zarith tersenyum dan laju sahaja Areysa menyondol wajahnya didada si suami.

Aisaar yang melihat itu hanya mempamerkan wajah jengkelnya. "Nak lepaskan rindu ke? Buat anak ke? Sila buat dalam bilik. Bukan disini, free show."

Areysa dan Zarith tersenggih tak bersalah dan memandang wajah antara satu sama lain.

Aafiyah membawa dulang air dan diletakkan diatas meja. "Minumlah." suruh Aafiyah.

Zarith dan Aisaar menganggukkan kepalanya. Aisaar tersenyum manis kearah isterinya itu.

Apabila menghilang sahaja kelibat Aafiiyah, suasana terus berubah.

"Semalam dia dah pandai kasik surat dekat Medina." Membulat mata Aisaar. "Biar betul?"

"Ya."

Aisaar mengepalkan tangannya. Manakala Zarith hanya melihat sahaja tingkah Aisaar.

"Habis kau nak buat apa dengan dia?"

Zarith hanya menggelengkan kepalanya. "Tahlah taktahu. Selagi tak sejauh yang aku fikirkan."

"Kau kena hati-hati."

Zarith menghela nafasnya dan mengelus lembut rambut Areysa. "Dia okay ke bila dapat surat?"

Zarith hanya menggelengkan kepalanya. "Tak. Masa dia dapat surat tu, dia terus call aku. Dia bagitahu k—"

Terhenti percakapannya apabila ada suara yang memotong. "Erm."

Zarith mendodoikan isterinya semula. Areysa tertidur semula. "Dia bagitahu time bila dia dapat kertas tu. Betul-betul lepas baca surat tu. Aku suruh dia simpan."

"Nanti kalau dia dah kasik dekat kau pasal surat tu, kau tunjuklah dekat aku. Aku nak baca jugak."

Zarith tersenyum sinis dan menganggukkan kepalanya.

hii maaf, idea dh kering maaf.
happy reading
love you!

Do vote & comment

Fortsรฆt med at lรฆse

You'll Also Like

1M 53.8K 63
Ku Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak du...
812K 47.6K 56
Seorang gila, seorang tiada perasaan. Yang sama cuma dua-dua tak fikir panjang. Menyesal? Dah tak berguna. "Taknak kahwin dengan aku? Aku akan past...
17.9K 974 17
-; โœงห–* ๐”๐๐ƒ๐„๐‘ ๐“๐‘๐ˆ๐Ž'๐’ ๐’๐„๐‘๐ˆ๐„๐’ ๐•๐Ž๐‹ ๐Ÿ ยฐเฟ | Adreen Elvyna โ€ข Tengku Adham Dariel | "๐ˆ ๐ก๐š๐ฏ๐ž ๐Ÿ๐จ๐ฎ๐ง๐ ๐ฐ๐ก๐จ๐ฆ ๐ฆ๐ฒ ๐ฌ๐จ๐ฎ๐ฅ ๐ฅ๐จ๏ฟฝ...
213K 10.1K 24
[FOLLOW SEBELUM BACA] Seorang lelaki kacak yang berkacukan German . Izzyan Axel jejaka berusia 26 tahun . Semua perempuan baginya sama menyusahkan da...