Berhenti Mencintai

By atikah_ayuni

1.8K 296 443

"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beber... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Not A Update
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30

Bab 24

47 6 18
By atikah_ayuni

  Puluhan manusia yang sedang bergembira di dalam bangunan itu langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. Bunyi musik yang memekakkan telinga menjadi tagihan buat mereka.

"Ikram, aku nak masuk rumah. Mana kunci?" Pulang sahaja ke KL semalam, Raqib tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana terkunci.

Fikirnya, Ikram masih berada di Bali. Terpaksalah dia menyewa hotel untuk satu malam.

Bila ditelefon, tidak berangkat. Rumah pun masih tiada orang dan berkunci. Di mana lagi hendak dia mencari ikram jika tidak di kelab kepunyaan lelaki itu.

"Aku tak nak ada kena mengena lagi dengan kau, Raqib." Ikram santai meminum air bergas di meja bar.

"Apa masalah kau ni sekarang?" Raqib meramas-ramaskan rambutnya. Sumpah dia serabut, dengan penatnya tak hilang lagi.

Ikram bangun dengan kasar dari duduknya. "Kau tanya apa masalah aku?! Engkau tu masalah aku, bodoh!" Ikram menumbuk wajah Raqib sehingga tersungkur ke lantai kelab.

Raqib yang mula berang bangkit lalu membalas tumbukan itu. "Disebabkan betina tu, kau nak putus kawan dengan aku ke apa?!" Raqib menggenggam kolar Ikram.

"Sebab aku berperikemanusiaanlah, sial! Aku tak nak ada kawan perangai binatang macam kau!" Ikram menengking dan suaranya berjaya menenggelamkan bunyi musik yang memekik.

"Apa masalah kau ni, Ikram? Sebelum ni kita okey saja." Suara Raqib mula mengendur. Dia melepaskan cengkaman pada kolar Ikram.

"Memang sebelum ni kita macam ni! Tapi pernah ke sampai tahap kau rogol orang?! Aku pernah, Raqib, tapi kau tak pernah! Dan kau tak pernah sentuh perempuan berhijab. Kau kata apa dekat aku dulu? Kau cakap kau hormat perempuan macam tu." Bunyi musik telah pun dihentikan oleh DJ.

"Zara tu perempuan sucilah, bodoh! Apa yang kau dendam dengan dia?" Ikram menolak Raqib kasar.

"Kalau dia suci, dia tak akan serahkan diri dia bulat-bulat pada akulah."  Raqib tersenyum sinis.

"Takpelah, kalau kau tak nak anggap aku kawan kau dah. Aku boleh blahlah." Raqib merentap kasar tangan Ikram pada kolarnya.

Zara merenung keluar jendela, embun pagi meniup lembut, lihat bintang di angkasa, purnama menerangi gelapku.

Eh eh hshshs.

"Zara, keluarlah, dik. Dah dua hari kau terkurung tak makan. Kau nak mati ke apa? Kesianlah dekat abah." Yaya mengetuk pintu bilik adiknya.

Pakcik Mail menepuk bahu Yaya perlahan. "Adik tak keluar lagi?"

"Tak, abah. Ya tak tahu nak buat apa lagi, mana tahu adik pengsan ke?"

"Hermm takpelah, kalau dia rasa nak hidup, dia keluar. Abah nak pergi solat maghrib di surau." Pakcik Mail menyarung kopiah ke kepalanya.

"Baik, abah." Yaya memandang kembali pintu bilik adiknya. Dia mengeluh perlahan.

"Adik, aku ada masak harini. Nak makan, kau keluar."

Zara yang berada di dalam, menangis teresak-esak. Dia rindukan Raqib. Dia nak Raqib.

Kenapa Raqib pergi? Abah ke yang buat Raqib tinggalkan dia? Zara buntu, tak tahu macam mana nak kembali ke pangkuan Raqib. Seharian dia menangis, meratapi pemergian sang kekasih hati. Bagaikan orang gila.

Kuala Lumpur, dia perlu ke Kuala Lumpur. Zara nekad, dia nak Raqib.

Zara mengambil beg luggagenya yang masih belum dibuka dari dua hari lepas. Dia menyarung tudung sarung bersama baju kurung pada tubuh.

Zara membuka pintu bilik perlahan-lahan. Selama dua hari dia tidak keluar bilik, sama dengan dua hari tidak makan, tidak minum, tidak mandi dan tidak solat. Allah, lelaki bernama Raqib sudah berjaya merubah diri Zara.

Hati Zara memberontak. Baginya, Raqib pergi disebabkan oleh abahnya ataupun takdir yang Esa. Dia menyalahkan Allah atas apa yang berlaku ke atas dirinya. Allahuakhbar.

"Kau nak pergi mana, Idalya Az Zahra?" Suara pakcik Mail memetir kuat.

Bahu Zara terhinjut. Tanpa sempat melakukan apa-apa, pakcik Mail sudah mencapai luggage Zara lalu mencampakkannya ke dalam bilik.

Pakcik Mail yang baru selesai makan malam bersama anak sulungnya terkejut melihat anak bongsunya keluar dari bilik sambil menjinjing beg roda.

"Abah! Tolong, adik merayu. Adik nak jumpa Raqib. Adik tak boleh hidup tanpa dia, tolonglah abah!" Zara melutut di kaki pakcik Mail. Dihamburkan tangisan sepuas hatinya.

"Minyak pengasih apa yang dia dah bagi pada kau ni Zara." Nada pakcik Mail seakan-akan tiada perasaan.

"Adik cintakan Raqib abah, tolong abah. Tolong adik, adik rasa macam nak mati sekarang ni abah, izinkan adik berjumpa dengan dia." Zara memeluk kaki ayahnya.

Air mata pakcik Mail mula bertakung, tidak sangka anaknya bakal berubah menjadi sebegini sekali. Dia menolak bahu Zara sehingga terdorong ke belakang.

Yaya yang sedari tadi jadi pemerhati, menangkap lalu mendakap tubuh Zara dengan erat.

"Kau kenapa ni, Zara? Ya Allah, tolonglah sedar, Zara." Yaya mengusap belakang adiknya.

"Kenapa semua orang tak percaya aku, ha?!" Zara menolak tubuh satu-satunya kakak yang dia ada.

"Daripada dulu! Daripada dulu aku diajar untuk menjaga kesucian aku. Daripada dulu aku diajar untuk menjaga kehormatan aku sebagai wanita Islam. Aku jaga! Selama ni aku jaga, tiada cacat cela. Aku jaga sehingga aku sakitkan hati aku supaya tidak tercemarnya iman aku." Zara meraung bagai orang gila.

"Aku tahan hati aku, aku paksa diri aku untuk melupakan cinta aku terhadap manusia. Aku agungkan cinta pada yang Esa. Tapi sehingga sekarang, aku masih belum boleh kejar cinta aku ke?!"

"Kau boleh! Tapi cara kau tu salah, Zara!" Suara Yaya mula menepik hebat. Kesabaran ya sudah sampai limit.

"Apa yang salah?! Apa yang salah?!" Zara tidak kurangnya, dia memukul-mukul kepalanya, menanggalkan hijabnya.

"Aku cintakan dia, sumpah aku cintakan dia." Suara Zara mula mengendur, dia tiada tenaga.

"Kau cintakan dia sehingga tergadainya cinta kau terhadap yang Esa! Kau sedar tak?!"

"Selama hari ni aku sujud pagi petang siang malam tapi apa yang aku dapat? Nothing! Dia tak nak aku bahagia ke? Apa fungsi aku sujud pada Dia selama hari ini kalau ini yang Dia balas pada aku?"

"Mengucap, Zara!!" Yaya melempang wajah Zara dengan begitu kuat.

Telinga Zara berdesing kuat, telinganya dirasakan berdesing seketika akibat lempangan yang maha hebat dari sang kakak.

Luka bekas parang abahnya masih belum sembuh, ditambah pula luka pada hujung bibirnya.

Dia sudah penat dengan semua benda. Zara nekad untuk keluar dari rumah yang menjadi tempat dia membesar selama hari ini.

Zara mengambil kembali beg luggagenya lalu melangkah keluar.

"Nur Idalya Az Zahra, selangkah kau keluar dari rumah ni. Sampai aku mati, aku tak akan mengaku yang kau anak aku." Nafas pakcik Mail turun naik menahan gelora di dada. Kaki Zara terpaku tepat-tepat di atas anak tangga yang pertama.

Zara berpaling, matanya memerah. Bibirnya menggigil. "Maafkan Zara, abah." Zara terus melangkah tanpa menghiraukan jeritan dari kakaknnya.

"Zara!" Yaya ingin menghalang Zara dari melangkah pergi. Namun perbuatannya dihalang oleh pakcik Mail.

"Mulai saat ini, abah hanya ada anak bernama Nur Sumayyah Adelia." Pakcik Mail melangkah masuk ke dalam biliknya.

Yaya melorot jatuh, tangisannya berterusan memekik seolah tidak mahu berhenti. Dia sudah kehilangan adik yang disayangi. Zara, kenapa Zara?

Raqib mengemas pakaiannya.
Ikram yang sedari tadi melihat tingkah Raqib segera melangkah masuk ke dalam bilik yang dihuni oleh jejaka tersebut selama hampir lima bulan.

"Kau nak blah macam tu je ke, Raqib? Takkan sikit pun kau tak rasa kesian dekat Zara? Okey kalau tak kesian, at least bertanggungjawablahlah."

"Aku dah bertanggungjawab." Kata Raqib dingin.

"Apa yang kau tanggungjawabkan?"

"Aku dah kahwin dengan dia." Raqib meletakkan luggagenya di atas lantai setelah siap mengemas.

"What do you mean by kahwin?"

"Tok Ki aku paksa aku kahwin dengan dia dekat kampung dua hari lepas, so aku takde pilihan." Raqib membuat muka yang amat menjengkelkan pada Ikram.

"Lepas tu, mana isteri kau sekarang?"

"Dekat rumah bapak dialah, takde masa aku nak angkut dia pergi Scotland." Raqib merengus kuat.

"Kau ni bodoh ke apa?! Isteri kau tu, gila."

"Eh sudahlah! Aku dah malas nak bergaduh dengan kau. Aku pergi dulu." Raqib belalu keluar dari bilik. Sebelum itu, sempat lagi dia melanggar bahu Ikram.

Zara berjalan di dalam kepekatan malam, kiri kanan ditemani dengan pokok-pokok kelapa sawit. Sudah hampir setengah jam dia berjalan, grab tidak masuk ke dalam kampung feldanya. Disebabkan itu, Zara tekad untuk berjalan kaki menuju ke stesen bas.

Kepala Zara berdenyut, perutnya sakit akibat tidak menjamah makanan selama dua hari. Tekaknya kering bagaikan sedang berada di padang pasir.

Matanya mula kabur, air matanya menuruni laju dari bibir mata. Nak Raqib.

Satu jam perjalanan, akhirnya Zara sampai di tujuannya. Dia membeli tiket untuk ke Kuala Lumpur. Berharap nasib menyebelahinya untuk kali ini. Sementara menunggu ketibaan bas, Zara membeli roti dan air mineral bagi mengalas perut.

Dari kecil, Zara mempunyai anti body yang sangat kuat, sehinggakan susah untuk terkena demam. Sebab itu dia masih boleh bertahan meskipun tidak makan selama beberapa hari dan berjalan kaki dengan lama.

Hampir empat jam lebih perjalanan, akhirnya Zara sampai ke ibu negara Malaysia. Tujuannya adalah rumah Ikram di mana kekasih hatinya berada.

"Assalamualaikum, Raqib! Tolong." Nafas Zara terhengah akibat keletihan yang teramat. Badannya sungguh lemah sekarang. Tidak lama badannya menyerah kalah.

Tubuh Zara rebah di hadapan pintu rumah Ikram.

To be continued..
.

.
Pls give me feedback that's all I need. Whatever you think about my writing, just write on the comment section..

malas nak edit, baca jelah hehe

Continue Reading

You'll Also Like

1.8M 114K 200
**Story is gonna be slow paced. Read only if you have patience. 🔥** Isha Sharma married a driver whom she had just met. She was taking a huge risk...
8M 342K 52
"I hope you realize you made the worst f**king decision of your life." She could feel his cold icy blue eyes piercing through her soul. "I didn't as...
3.1K 180 16
RAJA EFZAN || TENGKU AMELIA ⚠️WARNING⚠️ -KIDNAPPING -ABUSING -KILLING ⚠️WARNING ⚠️ Pertemuan yang hanya bermula dengan pergaduhan di lapangan te...
593K 26.5K 67
TWO COUSINS MANHAL AND ANADIA Manhal being the eldest had some responsibility towards younger clans Anadia, being the youngest had its own perks of b...