Berhenti Mencintai

By atikah_ayuni

1.8K 298 443

"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beber... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Not A Update
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30

Bab 22

42 8 20
By atikah_ayuni

Bunyi ketukan pintu dari luar menyentakkan lena Zara. Perlahan-lahan matanya di buka.

"Zara! Kau buat apa? Aku nak masuklah, aku nak terkencing ni gila!" Suara Qaisarah berjaya menyentakkan lena Zara.

Dengan gelabah Zara bangkit dari pembaringan. Kepalanya cuba untuk mengingati akan perkara yang telah berlaku.

Matanya melihat pakaian yang terdampar di atas permaidani hotel. perlahan-lahan tangan Zara naik menyentuh rambutnya yang mengurai.

Kepalanya memusingkan memori yang telah hilang sebentar tadi. Tangannya naik menekup mulut.

Dia tersentak apabila bahunya yang terdedah dicium oleh seseorang.

"Hye sweetie. Have a nice work out?" Suara serak basah seorang lelaki yang telah berjaya mengambil mahkotanya bergema di dalam gegendang telinga Zara.

"Aw..awak.. kit..kita dah salah ni. Kit..ta tak pat..hiks." Zara mula tersedu sedan.

"Shushh it's okey. I ada, I akan bertanggungjawab. Lepas balik dari Bali, kita terus balik Johor. Bawak bie jumpa abah sayang." Raqib menarik tangan Zara, lalu melabuhkan kucupan pada tangan putih gebu itu.

Zara memandang wajah Raqib yang sedang bergantung pada bahunya. Zara hela nafas panjang. Untuk menenangkan diri sendiri.

"Oi Zara! Cepatlah! Mana siot perempuan ni." Suara Qaisarah kedengaran sekali lagi dengan nada yang agak nyaring.

"Kau pergi lah turun bawah. Pergi toilet awam, bahlul." Suara Ikram juga kedengaran.

"Si Raqib ni pun takda ha. Diorang keluar dating bukannya nak bagitahu dulu. Dah lah acces card ada satu je." Rungut Ikram perlahan.

Raqib memandang wajah Zara semula. "Kita kahwin ya sayang?"

Zara hanya mengangguk.

Yaya yang sedang makan buah bersama colek buatannya, terkejut apabila melihat sebuah kereta mewah memasuki perkarangan rumah abahnya.

Siapa pula yang datang ni? Mewah bethol kereta.

"Abah! Ada orang datang ni." Yaya menjerit memberitahu ayahnya yang sedang berada di atas rumah.

"Kak ya!"

"Ya Allah, adik aku!" Yaya berlari sampai terlompat-lompat kearah Zara yang baru muncul dibalik kereta mewah tersebut.

Mereka berpelukan. Raqib yang baru keluar dari kereta, membuka cermin mata hitamnya bersama senyuman semanis gula.

Yaya melihat gerangan lelaki kacak yang keluar dari perut kereta yang sama dinaiki oleh sang adik.

Mereka membalas senyum. Yaya berpaling semula pada adiknya sambil menyoal tanpa suara.

Siapa?

"Abah ada kak ya? Adik nak jumpa abah."
Zara tidak menjawab, sebaliknya dia menyoal kakaknya kembali.

"Ha ha abah. Ada, naik-naik. Mari encik?"

"Raqib."

"Ha raqib.mari naik encik Raqib." Yaya menarik tangan Zara lalu berjalan naik ke rumah.

"Jantan mana kau bawak balik ni dik? Smart wo." Yaya teruja, betul lah adik dia bawak balik jodoh untuknya, Hehehehe.

"Bakal menantu abah." Bisik Zara perlahan. Takut Raqib yang mengekori mereka dari belakang terdengar.

Pakcik Mail baru sahaja siap memakai baju dan ingin turun namun dikurung niatnya apabila melihat kedua anaknya sudah berada di ruang tamu, bersama dengan seorang lelaki.

Zara datang kearah pakcik Mail untuk bersalam. Pakcik Mail mengusap lembut kepala anaknya.

Raqib hanya melihat perilaku dua beranak itu bersama muka yang tidak berperasaan. Dia merenung lekat hubungan mereka. Cemburu mungkin.

"Yaya pergi buat air, Zara pun sama." Mata pakcik Mail tidak lepas dari memandang Raqib.

Zara melihat Raqib dengan pandangan serba salah.

"Pergi Zara, abah ada nak cakap sikit dengan tetamu kita." Zara akur lalu turun ke dapur.

Pakcik Mail mendekat lalu tangannya di hulurkan. Raqib melihat perilaku pakcik Mail. Keningnya dijungkitkan sebelah.

Lama mereka berkeadaan begitu. Raqib tiba-tiba ukirkan senyuman lalu tangan pakcik Mail di salam.

"Assalamualaikum abah. Abah apa Khabar?" Pakcik Mail melepaskan pegangan tangan mereka.

"Alhamdulillah. Tidak usah panggil aku abah, Duduklah." Mereka melabuhkan punggung pada kerusi antique yang berada di ruang tamu rumah.

Raqib meliarkan mata pada segenap ruangan yang berada di ruang tamu tersebut. Boleh tahan, kayunya pun kelihatan mahal. Kepala Raqib di angguk-agggukan.

"Apa hubungan kamu dengan Zara?"

Kening Raqib terangkat apabila di asak oleh soalan secara tiba-tiba.

"Errr kekasih?"

Pakcik Mail mengerutkan keningnya.

"Er sebenarnya I nak lamar anak you pakcik." Nyata Raqib begitu santai. Dia menyandarkan badannya pada kerusi, tempat dimana didudukinya sekarang.

Sungguh tidak beradab. Gumam hati pakcik Mail

"Boleh. Baca surah Al-fatihah nak tengok." Pakcik Mail menguji.

Raqib terkedu. Solat pun tak pernah nak baca fatihah guano.

Raqib kemam bibirnya. Memandang wajah pakcik Mail sambil tersenyum janggal.

"I cuba ya? Huh." Raqib menarik pelan nafasnya. "Bi..bis Milla.. pakcik! I ada kawan nama Mila."

"Main-main!" Pakcik Mail menepuk kuat meja kopi yang berada dihadapannya.

"Jap jap pakcik. Ok saya betul-betul tak main-main." Raqib mengangkat tangannya di hadapan muka pakcik Mail.

"Bismilla iromma irohim. Humm Maaali?" Raqib menundukkan kembali pandangannya apabila ternampak pandangan tajam pakcik Mail.

"Ma..mali yauuu, dinnn."

"Kau ni tak solat ke?" Pakcik Mail menyoal. Tidak sanggup rasanya mendengar bacaan surah Al-fatihah dari Raqib. Budak tadika lagi baik bacaannya.

"Tak." Jujur Raqib.

"Hmm sebab apa kamu nak kahwin dengan Zara?"

"Se..sebab sebab. Sebab bimbing! Ha bimbing, I nak dia bimbing I ke arah yang lebih baik." Fuh selamat.

"Sepatutnya suami yang bimbing isteri, ni terbalik?"

Raqib hanya menunduk.

"Takpelah begitu, ni kamu nak tinggal dekat sini berapa hari?"

"Hmm I ikut Zara je pakcik." Raqib tersenyum sopan.

"Tak kerja?" Pakcik Mail memandang Raqib atas bawah.

"Ehhh kerja pakcikkkkk. Cumanya, I tengah holiday hehe." Raqib membuat jari peace.

Zara dan Yaya muncul dari dapur dengan menatang dulang yang berisikam air teh dan juga karipap.

"Jemputlah minum Raqib. Buat macam rumah sendiri." Pakcik Mail melunjurkan tangannya ke arah dulang yang di bawah tadi. Mempalawa Raqib untuk menyantap.

"Baik."

"Eh dik, itu ke bakal jodoh yang kau bawak untuk aku?" Apabila kelibat Raqib dan abahnya tiada, Yaya mengambil kesempatan untuk menyelinap masuk ke dalam bilik Zara.

"Bukanlah kak ya. Kalau soal itu adik minta maaflah, adik tak sempat." Zara mengusap lembut tangan kakaknya

Mulut Yaya memuncung "habistu, siapa laki tu?"

"Bakal suami adik." Zara tersenyum simpul.

Yaya menjuihkan bibirnya. "Untung kau, dahlah handsome, kaya pulak tu." Yaya pura-pura menangis.

"Ish kak ya ni. Nanti mana tahu ada anak raja datang merisik kak ya pula lepasni?" Zara cuba untuk memujuk.

Mata Yaya bagaikan di suluh sinaran bulan. Bersinar-sinar apabila mendengar kata-kata dari sang adiknya.

"Amiin Zara amiin, tadah tangan sekarang!" Yaya mengambil tangan adiknya lalu menadahkan tangan.

Zara hanya tertawa melihat tingkah akaknya.

"Raqib, Mari teman aku ke dusun. Tadi kamu kata teringin nak makan durian kan?" Pakcik Mail memanggil Raqib yang sedang elok landing di atas pangkin bawah pokok rambutan.

"Baikkk." Raqib mengeluh perlahan. Eh kalau aku jalan-jalan felda ni, agak-agak terserempak tak erk dengan tok ki?

Raqib endahkan fikirannya, dia berjalan menuju ke arah kereta audi Ikram yang dipinjamnya.

"Eh kamu nak ke mana? Sini naik motor ni."

Raqib terlopong melihat motor yang perlu dinaikinya. Serious lah, motor bertayar tiga ni? Apa orang panggil. Beca? Perhh buatnya tertunggeng terbalik macam mana?

"Apa yang kamu fikirkan lagi tu? Cepatlah naik." Dalam keterpaksaan, Raqib naik juga.

Sesampai di dusun. Raqib hanya duduk di pondok yang berada di dalam dusun itu. Dia melihat pakcik Mail menebas semak-semak yang berada di situ menggunakan parang.

Itu kalau tebas kepala aku tu. Fuh, ke neraka terus.

"Raqib, apa yang kamu buat? Kutiplah ni buah durian ni."

"Baik pakcik." Selesai mereka mengumpulkan kesemua hasil durian. Raqib duduk kembali di pondok.

Pakcik Mail datang ke arahnya. Tangan Raqib tidak henti menggaru badannya akibat dari serangan nyamuk.

"Budak bandar tak boleh nak kena gigit sikit." Pakcik Mail menjeling.

Raqib hanya tersengih kerang busuk.

"Ni aku nak tanya kamu sikit. Kenapa orang lelaki harus belajar Agama?." Pakcik Mail melabuhkan duduk di sebelah Raqib.

Raqib terdiam. Tiba-tiba je orang tua ni.

"Kerana selain menanggung hisabnya sendiri, di akhirat nanti seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 golongan wanita. Tahu tak siapa?"

Raqib hanya menggeleng.

"4 wanita. Iaitu, ibunya. Isterinya. Anak perempuannya dan saudara perempuannya iaitu adik beradik perempuan.

Dalam surah An Nisa' ayat 34 ada menyebut. Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita. Oleh itu, Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan. Dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) dari sebahagian dari hartanya."

Raqib terkedu.

"Aku bukan memandang hina kepada kamu. Tapi aku mahukan yang terbaik untuk anak aku. Macam mana kamu nak bimbing anak aku, sedangkan Al fatihah pun kamu tak pandai baca. Sebelum seseorang berkahwin dengan seseorang. Orang itu hendaklah memandang pada 4 perkara.

Iaitu, rupanya, hartanya, latar belakangnya dan juga Agama. Bagi aku, ke empat-empat perkara ni penting tapi jika salah satu dari tiga tadi kurang. Iaitu harta, rupa ataupun latar belakang aku tidak pernah kisah. Cumanya satu sahaja, agama. Jika tiada agama ini, aku takkan sesekali serahkan anak aku pada lelaki lain.

Kamu boleh belajar Agama jika kamu mahu, yang penting sebelum kamu menikahi anak aku." Pakcik Mail baru hendak bangkit dari duduknya. Suara Raqib menahan.

"You nak kata I tak tahu soal agama ke pakcik?" Tanya Raqib sinis.

"Memang I tak tahu, sebab apa? Sebab dari I kecil sehinggalah sekarang, tiada seekor manusia pun di dalam keluarga I yang mengajar I apa itu solat, apa itu akidah." Raqib ketawa perlahan.

"You ingat anak yang you sanjung tu suci sangat ke?"

"Apa yang kamu cuba sampaikan ni Raqib!" Pakcik Mail menjerkah.

"Heh, ingatkan suci sangat. Tapi sama je macam perempuan lain, murah! Hey orang tua, kalau kau nak tahu. Anak yang kau anggap suci sangat tu, aku dah tebuklah! Sesenang macam tu je Iman anak kau tu jatuh tergolek dekat tapak kaki aku. Tanpa perlu di paksa." Raqib tersenyum sinis. Dia mendekat ke arah pakcik Mail.

Tangan pakcik Mail sudah menggigil.

"Aku ni tak cintakan pun anak kau tu. kalau kau nak tahu, aku sedang menjalankan satu uji kaji yang best gila. Nak tahu uji kaji apa?" Raqib memeluk tubuhnya.

"Aku nak uji sejauh mana orang yang beriman mampu untuk terus beriman. Dan malangnya dekat sini, bila anak kau dah jadi mangsa pertama aku. Mungkin lepasni kau pulak yang akan jadi mangsa kedua? Nak tengok sejauh mana kesabaran orang beriman." Raqib tergelak sinis sekali lagi.

"Sekarang kau dah nampakkan? Macam mana lemahnya Iman anak kau? Seorang anak yang selama ini kau didik bagai nak rak akhirnya ke.cun.dang."

"Apa beza aku dengan dia eh? Takde beza. Ataupun dia lagi teruk dari aku? Yelahkan, aku tak tahu Agama sebab keluarga aku memang tak didik aku. Tapi Nur Idalya Az Zahra seorang perempuan yang mendapat didikan Agama terhebat dari orang sekelilingnya pun, masih lagi jatuh kedalam lembah dosa."

"Aku tak percaya." Mata pakcik Mail mula merah menahan tangis. Ujian apa in ya Rabb

"Tak percaya? Pergilah tanya anak so.le.hah. pakcik tu." Raqib menepuk tangan apabila melihat pakcik Mail melangkah ke arah motornya dengan menggenggam parang di tangannya.

"Puas hati aku. Nak ceramah konon, anak sendiri tak pandai jaga, pigi dah. Sekarang macam mana aku nak balik."

To be continued
.
.
.

Pls give me feedback that's all I need. Whatever you think about my writing, just write on the comment section..

Continue Reading

You'll Also Like

142K 7.7K 52
Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurna. harta? uh dia memang seorang yang jut...
21.9K 292 25
HEY! -- In this One-Shot book. ➡ The Characters are TEENAGERS (15-18) ➡ There WILL be cussing and SOMETIMES heavy themes. ➡ There WON'T be Lemon/Sm...
192M 4.6M 100
[COMPLETE][EDITING] Ace Hernandez, the Mafia King, known as the Devil. Sofia Diaz, known as an angel. The two are arranged to be married, forced by...