MRS. ZARITH ADHAM | C

By nrshaae_

609K 22.5K 1.3K

[Complete] š‘šØš¦ššš§šœšž : š‡š¢š¬ šššš¢š¬š² š™ššš«š¢š­š” š€šš”ššš¦ | šš®š«ššš«šžš²š¬šš šŒšžšš¢š§šš Dari... More

Zarieysa źØ„
Zarieysa | 01
Zarieysa | 02
Zarieysa | 03
Zarieysa | 04
Zarieysa | 05
Zarieysa | 06
Zarieysa | 07
Zarieysa | 08
Zarieysa | 09
Zarieysa | 10
Zarieysa | 11
Zarieysa | 12
Zarieysa | 13
Zarieysa | 14
Zarieysa | 15
Zarieysa | 16
Zarieysa | 17
Zarieysa | 18
Zarieysa | 19
Zarieysa | 20
Zarieysa | 21
Zarieysa | 22
Zarieysa | 23
Zarieysa | 24
Zarieysa | 25
Zarieysa | 26
Zarieysa | 27
Zarieysa | 28
Zarieysa | 29
Zarieysa | 30
Zarieysa | 32
Zarieysa | 33
Zarieysa | 34
Zarieysa | 35
Zarieysa | 36
Zarieysa | 37
Zarieysa | 38
Zarieysa | 39
Zarieysa | 40
Zarieysa | 41
Zarieysa | 42
Zarieysa | 43
Zarieysa | 44
Zarieysa | 45
Zarieysa | 46
Zarieysa | 47
Zarieysa | 48
Zarieysa | 49
Zarieysa | 50
Zarieysa | 51
Zarieysa | 52
Zarieysa | 53
Zarieysa | 54
Zarieysa | 55
Zarieysa | 56
Zarieysa | 57
Zarieysa | 58
Zarieysa | 59
Zarieysa | 60
Zarieysa | 61
Zarieysa | 62
Zarieysa | 63
Zarieysa | 64
Zarieysa | 65
Zarieysa | 66
Zarieysa | 67
Zarieysa | 68
Zarieysa | 69
Zarieysa | 70
Epilog
Zarieysa | Special Chapter
Zarieysa | Special Chapter 02
Zarieysa | Special Chapter 03
Special Edition | Ramadhan
Special Edition | Eid

Zarieysa | 31

7.7K 291 14
By nrshaae_

"Sayang, abang mintak maaf dari pihak Raziq ya?"

Areysa mendonggakkan kepalanya. "Abang tak salah." tenang sahaja gadis itu menjawab.

"Tapi abang still rasa bersalah. Yelah sebabkan dia kaki sayang sakit balik." Areysa nenguntumkan senyuman.

"Takpelah abang. Esok lusa okay kaki ni."

Zarith menghela nafasnya. "Nanti malamni kenduri sayang nak stay dekat bilik ke ataupun nak keluar?"

"Otak awak nak duduk dalam bilik, boringlah Eysa."

Zarith hanya menanyangkan senggihan sahaja. "Okay, so sekarang ni Sasayang nak teman abang tak?"

Berkerut dahi Areysa apabila mendengarkan nama panggilan baharu yang diberikan oleh suaminya itu. "Apa abang panggil?"

"Sasayang. Nanti kalau dah bosan abang panggil Medina balik."

Areysa hanya menggelengkan kepalanya sahaja. "Sukati abanglah. Jangan abang sebut nama perempuan lain sudah."

Zarith hanya mempamerkan senggihan sahaja. "Kenapa sayang nak k-- Aduhh!!"

Areysa membaling bantal dan tepat kena pada wajah Zarith. Zarith menggosok wajahnya yang sakit itu. Kuat sia dia baling hm.

"Sasayang tak sayangkan abang ke?"

Areysa hanya menikam tajam anak mata Zarith. "Sayang! Tapi tulah perangai abang macam Israel."

Membulat mata Zarith. "Sasayang Israelkan abang? Nak kena ni." Zarith meluru kearah Areysa. Areysa laju sahaja menarik selimut.

Dia mahu menyorok. "Ha nak kena ni." kata Zarith lagi.

Zarith menggeletek badan isterinya. Areysa tercunggap-cunggap. "A-abang d-dah. E-eysa ta-takle na-nafas."

Zarith berhentikan perbuatannya. "Nak cakap lagi macam tu tak?"

Laju sahaja Areysa menggelengkan kepalanya. "Tau takut. Dah tidur."

Areysa menganggukkan kepalanya lalu melelapkan matanya. Zarith tertawa halus dengan tingkah isterinya itu.


Zarith mematikan panggilan itu lalu menghela nafasnya. Dia berjalan masuk kembali kedalam biliknya.

Terlihat Areysa sedang duduk termenung dibirai katil. Zarith berjalan kearahnya. "Sasayang dah okay kakinya?"

Areysa tersentak lalu mendonggakkan kepalanya. "Dah. Tapi tak terlalu okay."

Zarith menganggukkan kepalanya sahaja. "Nak air?" soalnya.

"Nak."

Zarith mengambil tumbler lalu diberikan kepada Aryesa. Isterinya meminum dengan rakus.

"Abangg.."

Zarith menoleh kearah Areysa. "Ya sayang, kenapa? Nak makan?"

Areysa menggelengkan kepalanya. Berkerut kening Zarith. Dia berjalan kearah isterinya itu. Tangan naik mengusap kedua-dua pipi Areysa.

"Eysa dah gemuklah abang."

Zarith hanya sembunyikan senyuman. Karang dia tayang habis kena gayang. "Kenapa cakap macam tu?"

"Yelah, sebelum balik kampung. Eysa dah check dah berat Eysa." cebiknya.

"Berapa naik tu?"

"2 kilogram."

Areysa mempamerkan senggihan tidak bersalah. "Alah budak ni setakat 2 kilogram aje. Bukan 20 kilogram."

"Okay sorry. Jom keluar nak? Eysa boringlah stay lelama dalam bilik."

Zarith menganggukkan kepalanya lalu membantu isterinya bangun daripada duduknya. Zarith memapah Areysa kerana kakinya masih belum sembuh.

Sampai sahaja diluar rumah, terlihat semua saudara mara sedang bergotong royong memasak. "Nek, ada yang Eysa boleh tolong?"

Nenek Asiah yang sedang memotong bawang itu terus menoleh kearah Areysa. Nenek Asiah hanya menggelengkan kepalanya.

"Takde. Kalau ada pun nenek tak kasik. Kaki kamu tu bukannya dah sembuh. Kaki dah nak sembuh tapi kena balik hm. Duduk jela." bebel Nenek Asiah.

Areysa menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Eysa naik atas lah." pamit Areysa. Nenek Asiah menganggukkan kepalanya.

Areysa memapah pada tangga untuk pergi ke ruang tamu. Areysa melihat suaminya sedang melayan anak saudaranya.

Perlahan-lahan Areysa melaburkan punggungnya disebelah Zarith. Zarith masih tidak perasan akan kehadiran isterinya itu.

"Cayang paksu ni comel lah."

Areysa tersenyum melihat itu lalu meletakkan kepalanya dibahu tegap Zarith. Zarith tersentak lalu menoleh kearahnya.

Zarith tersenyum. "Kenapa sayang?" bicaranya dengan lembut. Areysa hanya menggelengkan kepalanya.

"Abang nak ke?"

"Nak apa?" soal Zarith sambil mendodoikan anak sedaranya itu.

Areysa mendekatkan mulutnya dengan telinga Zarith. "Baby." bisik Areysa.

Zarith menoleh kearah isterinya dan mempamerkan wajah terkejut. "Biar betul? Sayangkan trauma."

Areysa tersenyum. "Takpe. Lagipun abang berhak. Abang boleh tolong Eysa tak?"

Berkerut dahi Zarith. Dia mendiamkan dirinya untuk memproses apa soalan isterinya itu. "Tolong apa?"

"Tolong hilangkan trauma Eysa?"

"Macam mana?"

"Dengan cara abang sentuh Eysa."

Merah wajah Zarith. Zarith mendiamkan dirinya dan menoleh kembali kearah anak buahnya. Areysa yang perasan berubahan pada wajah suaminya itu hanya tertawa halus.

"Betul abang. Abang sentuh Eysa ya? Bukan sekarang lah tapi. Nanti."

Teragak-agak Zarith menggangukkan kepalanya. Areysa mencium pipi Zarith. Semakin merah wajah Zarith. Areysa bangun dari labuhannya lalu melangkah kedapur kembali.

Zarith yang melihat pemergian isterinya itu masih binggung.

"Budak ni biar betul? Tapi apa salahnya dah rezeki jangan ditolak." gumam Zarith.

"Baby!!" kata Zarith sambil mencium perut anak sedaranya itu. Tertawa terkekeh-kekeh anak kecil itu.


Areysa menggigit bibirnya. Dia menahan sakit pada luka yang dibasuh oleh Zarith. "Tahan ya sayang?"

Areysa menganggukkan kepalanya. "Lain kali hati-hati potong tu hm. Ni jangan nak merewang ke tempat lain fikiran tu." pesannya.

Areysa menganggukkan kepalanya lagi. "Fikiran Eysa merewang sebabkan fikir pasal abang lah."

Zarith tersenyum. "Ada-ada jela. Nasib luka kecil je. Kalau besar tu kena jahit." usik Zarith. Laju sahaja Areysa menggelengkan kepalanya.

Dia tertawa kecil. "Tahu takut."

Areysa menjeling tajam. "Okay settle."

Zarith mencium lembut jari isterinya itu. "Hati-hati tau sayang."

Areysa tersenyum dan menganggukkan kepalanya. "Thanks abang! Love you muah."

"Love you too sayang. Mwuah." ucap Zarith.

Zarith melangkah meninggalkan isterinya dengan makcik-makciknya. Hilang sahaja Zarith daripada pandangan Areysa menyambung potong bawang.

"Eysa taknak anak ke?" soal seseorang.

Areysa menoleh lalu tersenyum. "Belum ada rezeki." jawabnya dengan tenang.

"Belum ada rezeki ke mandul?"

Areysa terdiam. Dia mempamerkan senyuman kelat. "Makcik kalau taktahu apa-apa senyap je. Takyah nak cakap orang mandul ke apa. Anak makcik tu? Bila nak ada anak? Dah 4 tahunkan kahwin? Mandul ke?"

Makcik itu terdiam. Dia menikam anak mata Areysa. Areysa membalas pandangan itu. Ingat dia takut ke?

"Kurang ajar eh? Mak bapak tak ajar cara hormat orang ke?"

"Eh mama dengan walid ajar je tentang tu. Tapi kalau nak suruh orang hormat makcik, hm lambat lagi kot." bidasnya lagi.

Merah wajah makcik itu dengar sindiran Areysa. "Laki kau tak ajar ke?"

"Laki saya suami saya lah makcik. Bukan cikgu nak mengajar."

Makcik itu mengepal kedua-dua tangannya. Lalu beredar dari situ. Nenek Asiah yang melihat itu terus meluru kearah Areysa.

"Boek lah Eysa. Cam gini."

Areysa tertawa terkekeh-kekeh. "Alahai gertak sikit pun takut."

"Tulah. Buat orang je padanlah muka."

Areysa menolong Zarith memasang butang. Areysa menepuk-nepuk sedikit bahu tegap suaminya itu. Dia tersenyum.

"Handsome-nya suami Eysa harini."

Zarith merangkul pinggang Areysa. "Tengoklah suami siapa." tuturnya sambil mencium hujung hidung Areysa.

"Suami Eysa lah takkan suami orang lain pula."

"Tahu pun." Zarith melepaskan rangkulan itu. Kalini Zarith membantu isterinya memakai tudung.

"Sayang nak style tudung macam mana? Harini biar abang yang buat."

Tersedak Areysa. "Abang pandai ke? Eysa ragu-ragu lah nak suruh abang buat."

Mengecil pandangan Zarith. "Tak percayakan abang ke?"

"Bukan tu maksud Eysa, abang pernah pakai tudung or pakaikan tudung pada someone else?"

"Mana ada. Ni first time abang buat tau. Jangan pandang abang sebelah mata, kena pandangan dedua belah tau."

Zarith mula mencapai tudung bawal isterinya lalu diletakkan perlahan-lahan diatas kepala Areysa.

Zarith membetulkan awning tudung bawal itu. Setelah mendapatkan awning yang dimahukan barulah Zarith pin.

Areysa hanya membiarkan sahaja kelakuan suaminya itu. Zarith mengemaskan tudung itu. Dia melilitkan perlahan-lahan tudung dengan caranya sendiri.

Beberapa minit kemudian Zarith selesai memakaikan tudung Areysa. Zarith memberikan Areysa cermin.

Areysa terpegun. "Wow abang! Cantiknya style abang buat ni."

Zarith sudah tersenyum. "Tengoklah siapa yang pakaikan. Kan abang dah cakap jangan pandang sebelah mata." bangganya.

Angkat bakul sendiri eh ko bang.

"Yelah abang. Memang serious cantik style ni. Mana abang belajar?"

"Kekadang youtube. Or tiktok. Style ni random dalam kepala abang tau. No copy paste."

"Abang belajar semua tu untuk apa?" soal Areysa ingin tahu. Dia membelek-belek tudung yang dipakainya. Senyumannya tidak lekang daripada bibirnya.

Zarith bersyukur kerana isterinya menyukai style yang dibuatnya. Zarith memegang bahu isterinya itu.

"Abang belajar semua tu untuk isteri kesayangan abang je. Kalau bukan sebab isteri, takdenya abang nak belajar."

"Niat abang belajar style tudung tu semuanya demi sayang. Bukan kerana orang lain ataupun abang pakai."

Areysa tersenyum. "Arghhh thank you abang. Cantik. Awning dia pun wow lawa."

"Syukurlah kalau isteri abang ni suka dengan style tu. Jom lah kita keluar, dah nak start ni."

Areysa menganggukkan kepalanya. Dia bangun dari duduknya.

"Cantiknya isteri abang ni. Manis je, ayu je."

Areysa sudah tersipu malu. "Abang ni. Segan Eysa."

"Kenapa nak segan? Dengan abang jekot."

"Eysa still segan lah abang. By the way abang pun nampak handsome gila-gila harini. Jangan sampai ada yang ngorat abang sudah. Nangis Eysa nanti."

Zarith tersenyum lucu. "Ee comel lah isteri abang ni. Dah jom, kang lama-lama dalam bilik ni lain pula jadinya."

Areysa senggih sahaja.



Hii, apa khabar semuanya! harini firstday sekolah. how about your day?

happy reading sayang semua!

Continue Reading

You'll Also Like

478K 34.6K 29
Dayyan Mikael & Arisha Maisarah Dipaksa berkhawin akibat aturan keluarga? itulah kisah dayyan dan juga arisha. dari zaman sekolah hingga ke anak cucu...
817K 30.3K 67
š”š§ššžš« š“šžš§š š¤š® š’šžš«š¢šžš¬ š•šØš„ šŸ‘ šŠš§šØš°š§ š€š¬ š‡š¢š¬ š‹šØšÆšžš„š² š–š¢šŸšž šššš¢š¦ š…šššžšžšŖ | š“šžš§š š¤š® š‡ššš§š¢š¦ š„š«š¢ššš§ļæ½...
531K 18.5K 48
COMPLETE Perkahwinan yang terjalin antara Tengku Hayyan Rayden dan gadis kecil yang bernama Nur Izara Elmira adalah secara rela dari dua dua belah pi...
664K 27.3K 43
āš ļø NO PLAGIAT āš ļø āš ļø cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat āš ļø [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan m...