Berhenti Mencintai

By atikah_ayuni

1.8K 296 443

"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beber... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Not A Update
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30

Bab 19

48 6 28
By atikah_ayuni

  "Aini! Open the door, please!" Ikram mengetuk pintu bagai hendak roboh.

Zara yang baru sahaja ingin melelapkan mata, mengeluh perlahan. Siapa pula datang mengacau pagi-pagi buta ni?

Zara bangkit lalu menyarungkan tudung sarung dan juga cardigan. Nasib baiklah dia bukan jenis yang memakai baju seksi waktu tidur.

Buka sahaja pintu, kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam bermula daripada t-shirt, jaket kulit hinggalah seluar.

"Ikram? Apa awak buat dekat sini?" Zara berkerut melihat Ikram yang dibasahi peluh.  Kerutan kerisauan juga jelas terpamer pada wajah lelaki itu.

"Aini mana?" Soalan di balas dengan soalan.

"Aini? Bukan dia dah pergi kerja ke?"

"Kalau dia ada dekat tempat kerja, takdelah aku cari dia dekat rumah. Bodoh." Tanpa meminta izin, Ikram masuk ke dalam rumah tanpa membuka kasut.

Zara terkaku di muka pintu. Dia panggil aku bodoh?

Ikram berlari menuju ke bilik Aini.

"Aini! Sayang! Tolonglah jangan buat aku macam ni." Ikram terasa seperti ingin meraung. Dia buntu, tak tahu nak buat apa. Sosok Aini tiada di dalam bilik itu.

Sedang matanya meliar ke sekeliling ruang bilik, pandangannya tak semena-mena tertancap pada sepucuk surat yang terletak di atas katil.

Ikram mengambil dengan tangan yang menggigil.

Zara sayang, saya tahu awak marahkan saya, saya minta maaf. Mungkin betul kata awak, saya tak layak untuk beri nasihat kepada orang yang agung macam awak. Saya memang hina, hina sangat. Jadi saya tak kisah kalau masyarakat berkata sedemikian. Tapi bila perkataan itu muncul dari ulas bibir awak... Maaf, hati saya terlalu sakit.

Saya pergi dulu, mungkin kita tak akan jumpa lagi lepas ni.

Untuk Ikram, saya minta maaf kalau saya permainkan awak. Saya rasa awak takkan terkesan pun kan atas pemergian saya? Saya ni siapa je pada awak? Saya cuma nak minta maaf, selama ni saya tak cintakan awak. Halalkan segala apa yang awak pernah berikan pada saya.

Assalamualaikum
Aini Syakira..

Mata Ikram memerah. Tanpa berfikir panjang, dia turun semula ke bawah lalu meluru ke arah Zara.

Baju Zara dicengkam dengan kuat. Mata Ikram memanah tajam ke dalam mata Zara. Bagaikan ada api di dalam mata Ikram.

"Apa yang kau dah buat pada Aini?" Suara Ikram keluar dari celahan gigi yang diketap kasar sekaligus menghasilkan nada suara yang menakutkan.

Kaki Zara terjengket akibat cengkaman yang kuat pada bajunya. Nafasnya menderu laju. Disebabkan cengkaman Ikram dekat dengan lehernya, jadi agak sukar untuk dia bernafas.

"Aa.. pa.. a.. wak.. bu.. at ni!" Sedaya upaya Zara cuba untuk bersuara.

Zara memegang kedua tangan Ikram. Meminta agar lelaki itu melepaskan cengkamannya.

Ikram seperti kerasukan. Dia marah, sedih, kecewa dan takut. Semua perasaan itu bercampur baur menjadi satu.

Selama ni saya tak cintakan awak.

Satu ayat yang berlegar di dalam fikirannya membuatkan cengkaman Ikram pada Zara terlepas. Zara terbatuk-batuk memandang Ikram dengan mata yang berair.

Tanpa berkata apa-apa, Ikram terus berlalu pergi dari situ.

Zara masih lagi mencari nafas. Dia duduk seketika di lantai sambil mencerna perkara yang baru sahaja berlaku tadi.

Aini.. Aini!

Zara berlari menuju ke bilik Aini.

Mana Aini?

"Aini! Mana awak?" Baru sahaja ingin melangkah ke arah bilik air yang berada di dalam bilik itu, Zara ternampak satu keping kertas yang berada di atas lantai. Kertas itu ronyok.

Zara membaca kertas itu.

Lututnya goyah. Tidak mampu untuk menahan daripada jatuh terjelepuk di atas pemaidani.

"Aini sa.. saya minta maaf." Zara menangis tersedu-sedan di tepi katil tempat Aini beradu sebelum ini.

Zara! Kan saya cakap dapur gas ni tak boleh buka besar besar hahaha tengok muka awak dah hangit.

Zara, saya masak special harini. Sebab saje hahaha.

Semalam Ikram lamar saya, tapi saya tolak. Sebab muka dia buruk waktu tu haha.

Saya sayang awak tau! Sudi tak awak jadi kakak saya?

Zara saya takut, boleh tak saya nak tidur dengan awak malam ni?

"Aini saya minta maaf."




  "Apa yang awak fikir masa ni, cikgu Zara!" Bahu Zara terhinjut akibat jerkahan dari Encik Nizam.

"Mana akal fikiran yang diberikan oleh Allah untuk awak? Awak itu seorang guru, guru sekolah SRITI pula tu. Awak sengaja nak mencemarkan nama baik sekolah atau apa sekarang ni?" Zara yang berdiri di hadapan meja Encik Nizam hanya menggeleng.

"Mana rasa malu awak, cikgu? Awak boleh bergurau senda dengan lelaki bukan mahram di depan pelajar. Apa yang cikgu buat ni? Mana maruah cikgu?"

Zara mengerutkan dahi. Pantang baginya jika ada orang asing yang mmpersoalkan maruahnya. "Saya hanya berbual dengan dia. Saya tak buat benda yang tak senonoh pun." Zara mempertahankan diri.

"Tak senonoh cikgu kata? Habistu senonoh lah bila bercakap tapi muka hampir berlaga?! Saya mendapat banyak aduan dari cikgu-cikgu yang menyaksikan adegan cikgu Zara dan jurulatih baru bola sepak semalam. Tambahan pula mereka sediakan sekali dengan bukti."

Zara hanya menunduk sambil keningnya terkerut-kerut. Dia rasa benda tu tak salah, mereka bukan bercium pun. Cikgu dekat sekolah ni je yang melebih.

"Sekali lagi saya terima aduan seperti ini, saya takkan teragak-agak untuk batalkan kontrak sekolah dengan jurulatih tersebut. Dan kemungkinan awak pun saya akan ambil tindakan. Awak boleh keluar."

"Saya minta maaf." Laju Zara melangkah keluar dari bilik pengetua.

Keluar sahaja dari pejabat. Zara terserempak dengan cikgu Adawiyyah.

"Puas hati cikgu kan dapat kenakan saya sampai macam ni?" Zara menghalang cikgu Adawiyyah dari melangkah masuk ke dalam pejabat.

"Apa awak merepek ni cikgu?" Berkerut kening cikgu Adawiyyah.

"Jangan nak pura-pura baiklah, cikgu. Saya tahu cikgu yang ambil video saya dengan jurulatih bola sepak tu. Dan cikgu mengadu pula pada Encik Nizam kan?" Zara memeluk tubuh.

"Cikgu ingat ya, sekali lagi cikgu berperangai macam ni. Cikgu jangan ingat saya akan berdiam diri." Zara belalu pergi meninggalkan cikgu Adawiyyah yang terkejut akan kenyataan darinya sebentar tadi.

Cikgu Adawiyyah berpaling memandang belakang tubuh Zara lalu tersungging kecil.

Engkau sedang bermain dengan api.




Habis waktu sekolah, Zara dan Raqib keluar makan di sebuah cafe. Di situ Zara ceritakan apa yang berlaku pada malam semalam dan pagi tadi.

Raqib pandai memujuk dan menenangkan sang buah hati. Hal itu sekaligus menyebabkan Zara makin selesa berdampingan dengan jejaka bermata coklat cair itu.

Mereka meluangkan masa bergelak ketawa.

Ikhtilat, sudah dibuang ke tepi. Pandangan mata dihiraukan. Suara sengaja dialunkan dengan merdu.

Mereka bahagia hidup di dunia mereka sendiri.

Zara yang sedang menunaikan solat fardhu isyak terganggu kekhusyukannya apabila telefon yang berada di atas katil tiba-tiba berbunyi. Zara mula melajukan pergerakan dan bacaan dalam solatnya.

Selesai memberi salam, dia terus mencapai telefonnya dan membuka log penggilan. Betul sangkaannya, Raqib yang telefon.

Tanpa membuang masa, Zara mendail nombor Raqib semula. Tidak sampai beberapa saat, panggilan itu terjawab.

"Hai sweetie, kenapa tak angkat tadi? Tengah buat apa?"

"Saya tengah solat tadi, sorry bie." Zara tersenyum. Malu sebenarnya ingin memanggil Raqib dengan gelaran tersebut. Tapi itu adalah permintaan Raqib sendiri, jadi Zara tak sampai hati nak menolak.

"Ouh sorry lah kalau I ganggu."

"Eh takpe lah, mana ada ganggu." Ralit berbual tanpa sedar hampir empat jam bergayut tanpa mahu lepas.

Selesai menamatkan panggilan, Zara membuka telekungnya lalu dilipat bersama sejadah. Zara menoleh pada Al-Quran yang berada di atas rak buku.

"Mengantuklah pula, tak baca lagilah harini, insyaAllah esok aku baca."

Zara berlalu ke arah katil lalu terus merebahkan tubuhnya kasar. Tanpa membaca doa yang sudah menjadi amalannya sejak azali, Zara terlelap kelelahan.




  "Apa yang awak buat semalam, Zara? Mana rph yang saya minta awak hantar semalam?"

"Maaf Encik Nizam, saya betul-betul lupa tentang tu, saya minta maaf sangat-sangat." Zara menggosok-gosokkan kedua tangannya. Memohon maaf.

"Mana tanggungjawab awak, cikgu Zara? Awak dah bekerja empat bulan, takkan tu pun awak boleh lupa?"

"Saya siapkan sekarang ya Encik?" Zara cuba untuk memujuk.

"Sekali lagi awak berperilaku seperti ini cikgu Zara, saya tak teragak untuk ambil tindakan."

Selesai juga rphnya, nasiblah dua jam pertama dia tiada kelas. Boleh juga siapkan.

"Sibuk bercinta sampai tanggungjawab pun lupa." Cikgu Adawiyyah melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati ketika dia berjalan di tepi meja Zara.

Zara hanya menjeling.

Pertandingan bola sepak dan bola jaring peringkat negeri yang dinanti-nantikan telah pun tiba.

Guru-guru sibuk menjalankan tugas masing-masing. Mereka bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk anak-anak murid yang bertanding, menyiapkan borang pendaftaran untuk ibu bapa, menyusun kerusi dan sebagainya.

Raqib memarkirkan motorsikal berkuasa tinggi di tempat yang disediakan. Matanya melihat suasana tempat pertandingan berlangsung.

Ewww semua bertudung labuh, tak berpeluh ketiak ke apa? Dah macam orang apa pakai labuh-labuh macam ni.

Raqib bergumam dalam hatinya. Sedangkan wajahnya tidak henti tersenyum manis.

Pandai betul berlakon ya.

Mata rakib terpaku pada Zara, langkah diatur perlahan.

Zara yang sedang memeriksa kain meja yang sudah terkoyak tadi terkejut dengan sergahan daripada Raqib.

"Ish awak ni terkejut saya tau. Eh awak cakap tak datang?"

"Siapa awak? Saya bie."

"Ish takkan lah nak panggil gelaran tu, buatnya cikgu lain dengar. Masak saya."

"Kenapa, you malu ke ber-boyfriend-kan I?" Suara Raqib mula kendur seakan berjauh hati.

"Mana adalah, saya banyak kerja ni. Awak duduklah dulu dekat tempat pelajar-pelajar tu." Zara menunjukkan jarinya ke arah pelajar sekolah SRITI tempat dia mengajar.

Raqib perasan akan jelingan cikgu-cikgu yang berada di sekeliling meraka. Dia hanya tersenyum sinis.

Kisah pulak aku.

Majlis akhirnya tamat dengan jayanya. Pelajar SRITI Kuala Lumpur sudah semestinya mendapat tempat pertama dalam perlawanan bola sepak. Tengok sajalah siapa jurulatihnya.

Di akhir majlis, Raqib meminta seorang cikgu yang sedang lalu-lalang untuk mengambil gambarnya bersama dengan Zara. Zara cuba menghalang tapi kedegilan Raqib tidak mampu untuk dicegah.

Kena pula orang itu ialah cikgu Adawiyyah, habislah aku. Desis hati Zara.

Encik Nizam yang sedang berbual dengan pengurus-pengurus atasan tidak sengaja melihat adegan tersebut.

Selesai sesi bergambar, semua orang mula beransur pulang kecuali guru yang bertugas. Zara mengeluh kerana dia yang perlu bertugas untuk mengemas juga.

Raqib hanya melihat Zara dari jauh sambil menyandarkan punggungnya pada motorsikal miliknya.

"Assalamualaikum, encik Raqib."
Raqib menoleh.

Continue Reading

You'll Also Like

1.8M 114K 200
**Story is gonna be slow paced. Read only if you have patience. 🔥** Isha Sharma married a driver whom she had just met. She was taking a huge risk...
1.7M 95.1K 87
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...
39.2K 2.1K 56
Aku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya ak...
1.1M 27.9K 45
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...