Mr Vader (OG)

By coffeloff

17.5K 1.7K 98

Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang l... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40

Bab 33

441 46 4
By coffeloff

Bunyi riuh rendah menghiasi segenap rumah. Kanak-kanak berlari di sekitar halaman. Ibu saudaraku yang sibuk menyiapkan majlis keesokan harinya. Esok ialah hari di mana aku dan Muqris bakal diijabkabulkan.

Gemuruh. Teruja. Takut. Semuanya bercampur baur.

Tak sangka. Pada usia 24 tahun aku akan menamatkan zaman bujang. Seperti yang diminta Angah dulu, aku boleh kahwin setelah berumur 24 tahun. Aku berkenalan dengan Muqris pun dah hampir setahun. Betul kata orang , menjalinkan hubungan bertahun -tahun tak bermakna dia akan jadi jodoh kita.

"Aku kata guna ni untuk scrub tangan dulu!"

"Tak payah scrub pun tak apa. Kecohlah awak ni. Eish!" Kalau sebelum ni pergaduhan antara Ajwad dan Ayesha. Kali ni, Taufiq dan Husna menggantikan tempat mereka berdua. Peninglah! Benda senang nak bising. Aku sendiri tak pasti apa yang Taufiq buat kat sini.

"Apa- apa jelah." Husna berlalu ke dapur. Malas nak teruskan pergaduhan.

"Shal, henna artist dah sampai!" laung Mak Teh dari depan.

Aku membetulkan baju kurung kedah yang dipadankan dengan kain batik. Malam berinai katakan. Kenalah pakai baju kurung kedah, baru vibes!

"Kak Yana, marilah masuk. " Aku menjemputnya masuk. Tak manis pula rasanya kalau aku, selaku pengantin tidak menjemputnya masuk.

Ruang tamu menjadi tempat strategik untuk memakai inai. Tak bercampur dengan pihak yang siapkan goodies di dalam bilik. Beberapa orang sepupu perempuan yang lain sudah bersiap sedia. Hairan aku. Siapa yang nak kahwin sebenarnya? Semangat lain macam.

"Maaflah Kak Yana, keadaan tak terkawal sikit malam ni." pohonku.

Depan rumah dengan sanak saudara bermain seperti tiada hari esok. Rumah yang sedikit bersepah. Rumah Angah menjadi mangsa untuk menyiapkan segala kelengkapan. Rumah dia besar, maklumlah ada syarikat sendiri. Haha!

"Tak apa. Akak faham. Banyak persiapan yang nak buat, rumah memang macam ni lah."kata Kak Yana ramah atau nama sebenarnya Liyana.

Aku meletakkan tangan kanan di atas meja kecil. Kak Yana memulakan tugasnya dengan menconteng inai mengikut pilihanku. Banyak mata memerhati tindak tanduk Kak Yana. Tak sabar untuk menunggu giliran.

"Design ni ke kau pilih? Kurang elegant. Kalau aku, aku pilih yang lain. "komen Nadiah.

Kak Yana tersenyum kelat mendengar komen Nadiah.

Eh minah ni!

"Halamak! Banyak cekadak la kau ni. Majlis Ashal, bukan majlis kau. Spoil mood betul kau ni."balas Taufiq menyampah.

Mantap dooo Taufiq. Tak sia-sia kau ada kat sini.

"Aku bagi pendapat aku je."

"Tak ada orang nak dengar pendapat kau. Ni bukan parlimen untuk orang dengar pendapat kau." bidasku sakrastik. Sibuk je! Macam Taufiq cakap, majlis aku bukan majlis dia.

Kelibat dua orang lelaki datang lalu duduk di sebelah kiri dan kananku. Bala dah mai!

"Wooo! Atototo! Tomelnya tangan cousin saya ni! Untungnya bakal suami nak sarung cincin esok." Mata Damian bersinar- sinar teruja.

Aku gelak. Bukan nak berlagak, tapi dalam kalangan adik beradik tangan aku seorang paling lawa. Kalau aku tak buka kafe, harus aku apply jadi model tangan.

"Aku ada soalan."

Kesemua yang berada di situ mengeluh.

"Kenapa lepas akad nikah kena ada sesi batal air sembahyang macam pakaikan gelang? Kalau kentut atau korek hidung tak boleh ke? Tu pun dikira batal air sembahyang jugak,kan?" tanya Damian.

"Hm...Ada logik juga cakap kau ni Damian. Esok aku suruh Muqris kentut jela. Membazir beli gelang semata-mata untuk acara batal air sembahyang." Taufiq menyokong kenyataan Damian. Mereka berdua melakukan high five.

"Dari kau suruh Muqris kentut, baiklah kau suruh dia 'unboxing' Ashal terus. Alang- alang dah batal air sembahyang, boleh mandi wajib."kata Dylan pula.

Ya Allah!

Aku rasa nak luku mereka bertiga. Ada ke patut dia cakap benda macamtu depan perempuan? Semua sepupu aku yang perempuan menunduk malu. Kak Yana pun buat -buat tak dengar. Aku? Rasa nak selam kepala dalam kolam tepi rumah.

"Ada yang nak kena halau rumah karang. "Aisya mengugut.

Taufiq, Dylan dan Damian bila bergabung boleh terbakar rumah ni. Puas aku halau Taufiq untuk balik tadi. Rupanya sebab ada D twins! Huh!

Tangan kanan yang siap berinai aku angkat. Diletakkan pula tangan kiri. Tiba- tiba bunyi telefon berbunyi untuk diangkat. Taufiq bercakap seketika sebelum dia menekan butang video call.

"Hello, future wife!" suara garau Muqris menyapa kuat kedengaran.

Sepupu aku yang lain sudah mula menyakat.

"Kenapa call?"soalku. Macamlah dia tak tahu malam ni aku sibuk. Dia tak apalah goyang kaki je.

"Saja. Rindu."

Jawapannya membuatkan sepupu- sepupu aku semakin galak menyakat.

Rindu kepala acik ko la!

Suasana di belakangnya tidak sesibuk suasana di rumah Angah. Patutlah boleh call.

"Esok jumpa kan. Apa masalahnya?"

"Esok dah jadi isteri orang. Malam ni belum lagi."katanya bersama sengihan.

Alamak! Apahal aku tengok dia handsome sangat malam ni? Aku alah betul kalau rambut dia jatuh depan.

Dahiku sedikit berkerut bila ternampak Nadiah membuat wajah meluat. Aik? Aku nak bercakap dengan abang askar aku tak boleh ke?

"Mana inai? Nak tengok." Dia cuba mengintai.

Taufiq ingin menukar kamera ke belakang tetapi aku menegah.

"Mana boleh. Tunggu esok."ujarku.

"Aku rasa macam nak nikah malam ni terus, Lan." Dia berseloroh.

"Boleh! Kalau tok kadi ada."balas Dylan.

Nak tergelak aku bila Muqris panggil Dylan dengan panggilan Lan. Macam Lan Todak je aku dengar. Hancur nama estetik Dylan.

"Dahlah. Pergi tidur awal, bangun awal. Boleh bangun solat sunat." Aku menghalaunya. Solat sunat tu alasan je sebenarnya. Aku dah bosan dengar sepupu- sepupu aku yang lain duk menyakat.

"Jumpa esok, future wife!" Panggilan dimatikan.

Selang beberapa minit selepas panggilan ditamatkan, Kak Yana siap mengukir inai ditanganku. Boleh tahan laju dia buat kerja. Hasilnya juga cantik dan kemas. Selepas itu, sepupu- sepupu aku yang lain berebut memakai inai. Tidak terkecuali Ayesha dan Husna. Aku tak sangka pula Nadiah pun join sekali. Ingatkan tak nak.

Tak elegant lah. Tak cantik lah. Malas aku layan. Nanti, aku juga yang bayar inai dorang.

Taufiq dan kembar D dah lesap entah ke mana. Dengar cerita pergi 'healing'. Elok juga dari dia kacau mak saudara yang lain. Tak ke naik darah tinggi semua orang tua tu.

Selesai membasuh tangan dari inai, aku menurutkan saja permintaan sepupu- sepupu aku untuk bermain TikTok. Trend terbaru katanya. Habis menurut kehendak mereka, aku duduk di luar rumah mengambil angin malam.

"Acu, ada orang hantar surat tadi." Ayra menghuluran sepucuk sampul surat.

Pelik.

Malam- malam pun ada orang kirim surat ke?

"Siapa yang hantar? "

Ayra mengangkat bahu tanda tidak tahu. Hampa.

Sampul dibuka.

Sampul ini dari 'lelaki' itu. Macam mana aku tahu? Dia meninggal cop yang sama seperti sewaktu dia menyerang office aku. Cop yang menunjukkan lambang burung Phoenix. Sebelum ni dia sekadar mengintip aku dan menyerang office sewaktu ketiadaan aku. Kali ni dia lebih berani dengan datang sendiri dan kirimkan surat.

Di dalam sampul surat itu terdapat gambar aku dan Haizul berada di kedai makan. Hari di mana Haizul memakai topi dan pakaian yang jarang dipakainya, aku ternampak kelibat lelaki memakai hoodie asyik melihat ke arah kami berdua.

Shit!

Lantas aku masuk ke dalam rumah. Kunci kereta dicapai.

"Kau nak pergi mana walanon?"tanya Ayesha.

"Aku keluar kejap." Ayesha memanggilku bertalu- talu dihiraukan. Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam. Dengan tangan yang berinai dan baju kurung kedah, aku membawa kereta tanpa hala tuju.

Aku perlukan ruang untuk berfikir.

Kenapa? Kenapa dalam gambar tu ada Haizul sekali? Haizul ada kaitan ke dengan lelaki yang ikut aku selama ni? Apa motif lelaki tu datang? Apa yang dia nakkan sebenarnya?

Banyak persoalan yang tidak terjawab. Aku tiada jawapan untuk semua soalan itu tapi aku sendiri akan cari jawapannya, walaupun aku terpaksa mengorbankan nyawa aku.

Mata yang berat sedaya upaya aku tahan. Semalam aku balik pukul 3 pagi. Haruslah mengantuk. Nak kosongkan fikiran kononnya sampai tak fikir majlis yang akan berlangsung hari ni. Nasib baik MUA tak marahkan aku sebab aku beberapa kali terlelap. Dalam perjalanan nak ke masjid pun sempat aku tidur. Haha. Mengantuk gila!

"Apa perasaan kau sekarang?" Ayesha yang berada di tempat duduk sibuk membaiki make-upnya.

"Mengantuk." jawabku separa sedar. Mengantuk weh! Aku tak rasa pun macam hari ni aku nak kahwin.

"Siapa suruh lesap entah ke mana. Kalau kau stay rumah semalam, kau boleh rehat tahu tak?" bebelnya.

Aku sengih.

"Lepasni susahlah nak ajak kau lepak." Lirih Ayesha bersuara.

"Betul tu!" Husna menyokong.

"Boleh je. Kau buat macam aku masuk penjara." Benda boleh mintak izin keluar, dibuat susah apa pasal.

Sementara menunggu pengantin lelaki sampai, aku duduk di dalam kereta terlebih dahulu. Berkicap ketiak aku nanti kalau tunggu kat luar. TikTok menjadi tempat aku menghilangkan bosan.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan tingkap menyentakkan aku. Dylan. Tingkap dibuka, aku mengangkat kening 'apa?'

"Pengantin lelaki dah sampai." Rasa mengantuk serta merta hilang sebaik sahaja mendengar berita Dylan.

Muqris dah sampai!

"Alamak! Mana bunga aku? Make up aku ok ke?" Gelabah punya pasal, bunga tangan yang ada depan mata pun tak perasan.

Keluar dari kereta aku terus membetulkan baju kurung moden yang berwarna putih. Cantik gila baju ni. Rekaannya simple dengan manik-manik yang menghiasi baju.Kain pun tak jarang. Love gila! Kalau nak tahu, Muqris sanggup belikan untuk aku baju ni. Katanya, boleh pakai lagi sebab designnya yang tidak terlalu heavy.

Husna membetulkan veil aku. Ayesha pula tolong pegang kipas tangan. Ini baru namanya kawan! Ada function, bukannya sibuk bergambar je.Sepupu -sepupu perempuan aku membawa masuk dulang hantaran terlebih dahulu.

Aku bersalaman dengan ibu dan abah. Huaaa! Anak bongsu abah dah nak kahwin.

"Dah besar anak dara abah." Abah mengusap kepalaku.

Dahlah tengah emosi, abah cakap macamtu lagilah aku rasa nak menangis.

"Adik kan memang dah besar. Takkan makin kecil pula." selorohku. Nak hilangkan rasa sedih je sebenarnya.

"Sebab dah besarlah kau kahwin. Aku ni single lagi. Kahwinlah semua. Tinggalkan aku seorang je atas muka bumi ni." Ateh menyampuk. Ahli keluargaku semua ketawa mendengar ayat terakhir Ateh. Bengong betul.

Ahli keluargaku yang lain berjalan masuk ke dalam masjid. Dylan yang akan mengiringi aku masuk dan diikuti dengan Ayesha dan Husna.

"Kalau Ashal tak mampu jadi isteri yang baik macam mana?" tanyaku. Semakin kuat aku memegang lengan Ayesha. Berdebar.

"Tak ada yang datang terus baik, Shal. Semuanya datang dalam keadaan tak sempurna. Sebab tu wujudnya perkahwinan. Saling melengkapi. Saling membaiki diri sendiri." jawab Dylan lembut.

Nak pecah jantung aku bila aku melihat kelibat Muqris yang elok duduk di depan to kadi.

Handsome nak mampus!

Kulitnya yang putih kemerahan dipadankan pula dengan baju melayu yang berwarna senada denganku.

"Muqris single tak?" bisik Ayesha.

Pertanyaan Ayesha mengundang cubitan ketam dari Husna.

Tengok!

Betapa kacaknya Muqris sampai Ayesha pun boleh tertarik.

Aku memberikan senyuman sebaik sahaja melihat kelibat nenek. Yeay! Nenek ada.

Dengan berhati- hati aku duduk bersimpuh. Husna dan Ayesha memegang tangan aku. Mereka berdua cuba menenangkan aku.

"Segak laki kau Ashal!" Mak Ngah memuji.

Keluarga aku yang lain tak lekang dari melihat keluarga Muqris. Anak- beranak cina dia datang kot! Dari nenek dan atuknya sampailah ke anak sepupu.

Macam manalah aku nak bercakap dengan nenek dan atuknya  sebelah mama dia. Li hao ma? Gong xi yang tersebut di bibir aku nanti.

Semuanya segak dan cantik. Aady jangan cakaplah. Terpaling elok.

Nadiah berapa kali kena jeling dengan Haikal sebab sibuk mengusya Aady.

"Sama cantik, sama padan. Nanti dah ada anak mesti lawa." Giliran Tok kadi memuji.

Muqris senyum.

"Tanya dia tok, nak berapa orang anak. Kalau ramai, boleh kita berbesan."

Kata- kata Muqris disambut dengan gelak tawa tetamu.

Menyempat kau ajak tok kadi berbesan Muqris?! Dahlah kaitkan nama aku sekali. Hampeh betul!

Tok kadi dan Angah betukar tempat. Lupa pula yang tok kadi ni kawan Angah. Patut boleh main tukar selamba je.

"Uish! Sejuk tangan pengantin lelaki kita." Angah tidak terlepas dari menyakat Muqris.

"Jangan ditegur, abang ipar. Penat practice depan cermin malam tadi. Kalau tak sah, malu!" kata Muqris.

Para tetamu kuat ketawa mendengar lawak Muqris.

Entah macam manalah rupa dia masa duduk depan cermin. Mesti buruk. Haha. Gurau.

"Sebelum akad nikah, mehlah kita test pengantin lelaki dulu, kan?"

Muqris angguk.

Aik? Tak puas lagi ke nak test Muqris? Angah. Angah. Lantak kaulah.

"Boleh baca surah Al- Rum ayat 17?"

Laju Muqris membaca tanpa sebarang gagap. Baru aku dapat dengar jelas cara bacaannya. Padu gila tajwid Muqris.

"Rukun islam dalam bahasa arab."

"وسلم يَقُوْلُ : بُنِيَ اْلإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ : شَهَادَةُ أَنْ لا َ إِلَهَ إِلاَّ اللَهُ إِلاَّ اللهم هِ وَإِقَامُ ام لصَّلاَةِ وَإِيْتَاءُ الزَّكَاةِ وَحَجُّ الْبَيْتِ وَصَوْمُ رَمَضَ انَ"

Muqris menyebut dengan tenang.

Dia bagi dalam bentuk hadis terus kawan. Terlopong tetamu mendengar. Aku turut terkejut dengan jawapan Muqris. Cayalah abey presiden kita.

Angah anguk berpuas hati.

Tangan mula berjabat. " Baiklah kita mulakan. Bismillah. Sheikh Fahad Muqris bin Sheikh Ismail."

"Saya." Dia menyahut.

"Aku nikahkan dikau dengan adik perempuan aku, Fatima Ashal binti Zuhair dengan mas kahwin senaskah Al- Quran."

"Aku terima nikahnya Fatima Ashal binti Zuhair dengan mas kahwin senaskah Al- Quran." balas Muqris lancar.

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

"Sah."

"Alhamdulillah." Tangan diangkat untuk menadah doa.

Pergh! Sekali lafaz je siot. Aku tak tahu nak rasa sedih ke gembira. Dengan sekali lafaz aku sah bergelar isteri Muqris. Isteri Sheikh Fahad Muqris! Rasa tak percaya pun ada.

Ketika upacara menyarungkan cincin, barulah ada sedikit reaksi di jantung aku. Berdebar nak hulurkan jari.

"Jari, isteriku." minta Muqris lembut.

Isteriku?!! Arghhh! Merah muka aku mendengar ayatnya.

Tetamu mula menyakat apabila mendengar ayat Muqris.

Sebaik sahaja upacara menyarung cincin selesai, tiba giliran membatalkan air sembahyang. Nasib Muqris tak buat macam Taufiq dan Dylan suruh semalam. Lega hati.

Aku tunduk mencium tangannya buat pertama kali. Dia meletakkan tangan di atas kepala aku lalu dibaca doa.

Cahaya dari kamera berpancar bertalu- talu mengambil gambar. Nasib ku tutup mata. Tak adalah sakit sangat terkena cahaya dari kamera.

Aku mengangkat wajah dan kami bertentang mata. Senyuman menghiasi bibirku.

"Aady! Aku dah kahwin! Kau bila?"laung Muqris. Sekali lagi, para tetamu ketawa dengan telatah Muqris.

Aady yang duduk di kalangan tetamu membuat muka menyampah.

Angah duduk di belakang Muqris."Nanti kalau dah tak nak adik Angah, pulangkan dia elok- elok. Angah sanggup jaga dia sampai bila- bila."

Terkedu aku mendengar Angah memberikan nasihat.

"Jangan risau. Saya akan jaga dia hingga ke nafas terakhir." balasnya.

Angah beredar selepas menepuk bahu Muqris. Mungkin dia tengah menahan air mata. Adik bongsu kahwin. Kesayangan pulak!

"Kalau nak tahu, tu Al- Quran yang aku gunakan sebagai mas kahwin tu ialah Al- Quran pertama aku guna. Aku habiskan 30 juzuk dengan Al- Quran tu. Betapa bernilainya kau sampai aku sanggup gunakan Al- Quran kesayangan aku." ujarnya. Tangan aku digenggam kemas.

Tersentuh hati aku mendengar ceritanya. Awww! So sweet.

"Apa panggil aku kau ni?" mama menegur.

"Bukan Ashal. "Aku membela diri sendiri terlebih dulu.

"Ouh! Silap. Bidadari syurgaku. Sayangku."

Aku menolak pipinya." Kotor."

Semakin aku menolak, semakin dekat dia datang. Dan...

Cup!

Dia menghadiahkan ciuman di pipiku.

"Muqris!" Panas muka aku. Malu! Dia buat macam tak ada orang kat sini.

Dia sengih.

Gembira betul kau ni apek.

"Mulai hari ni, aku akan cuba untuk cintakan kau."

Continue Reading

You'll Also Like

228K 16.6K 36
Fleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung ce...
1.5M 92.4K 75
"π‘―π’π’˜ 𝑳𝒐𝒗𝒆 π‘ͺ𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 π‘ͺ𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 π‘Ίπ’˜π’†π’†π’• 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 π‘Ίπ’‚π’Žπ’† π‘»π’Šπ’Žπ’†?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HA...
815K 32.9K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
33.3K 2.3K 17
2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light confl...