MRS. ZARITH ADHAM | C

By nrshaae_

596K 22.3K 1.3K

[Complete] ๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž : ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐š๐ข๐ฌ๐ฒ ๐™๐š๐ซ๐ข๐ญ๐ก ๐€๐๐ก๐š๐ฆ | ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ซ๐ž๐ฒ๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐๐ข๐ง๐š Dari... More

Zarieysa ๊จ„
Zarieysa | 01
Zarieysa | 02
Zarieysa | 03
Zarieysa | 04
Zarieysa | 05
Zarieysa | 06
Zarieysa | 07
Zarieysa | 08
Zarieysa | 09
Zarieysa | 10
Zarieysa | 11
Zarieysa | 12
Zarieysa | 13
Zarieysa | 14
Zarieysa | 15
Zarieysa | 16
Zarieysa | 17
Zarieysa | 18
Zarieysa | 19
Zarieysa | 20
Zarieysa | 21
Zarieysa | 22
Zarieysa | 23
Zarieysa | 24
Zarieysa | 25
Zarieysa | 27
Zarieysa | 28
Zarieysa | 29
Zarieysa | 30
Zarieysa | 31
Zarieysa | 32
Zarieysa | 33
Zarieysa | 34
Zarieysa | 35
Zarieysa | 36
Zarieysa | 37
Zarieysa | 38
Zarieysa | 39
Zarieysa | 40
Zarieysa | 41
Zarieysa | 42
Zarieysa | 43
Zarieysa | 44
Zarieysa | 45
Zarieysa | 46
Zarieysa | 47
Zarieysa | 48
Zarieysa | 49
Zarieysa | 50
Zarieysa | 51
Zarieysa | 52
Zarieysa | 53
Zarieysa | 54
Zarieysa | 55
Zarieysa | 56
Zarieysa | 57
Zarieysa | 58
Zarieysa | 59
Zarieysa | 60
Zarieysa | 61
Zarieysa | 62
Zarieysa | 63
Zarieysa | 64
Zarieysa | 65
Zarieysa | 66
Zarieysa | 67
Zarieysa | 68
Zarieysa | 69
Zarieysa | 70
Epilog
Zarieysa | Special Chapter
Zarieysa | Special Chapter 02
Zarieysa | Special Chapter 03
Special Edition | Ramadhan
Special Edition | Eid

Zarieysa | 26

8.2K 300 11
By nrshaae_

Pintu bilik dikuak dari luar. Zarith yang sedang duduk di katil sedang menyiapkan skrip baharunya memandang kearah pintu.

Terlihat Areysa memanjangkan kepalamya. Zarith yang melihat itu hanya menjongkitkan keningnya. Areysa tersenyum lalu berjalan kearah Zarith.

Dia merangkul badan suaminya itu lalu mencium seluruh wajah Zarith. Zarith memandang pelik kearah Areysa. Tapi dia hanya tersenyum sahaja.

"Sayang nak apa?"

Areysa hanya mendiamkan dirinya lalu meletakkan kepalanya dibahu tegap Zarith. Zarith hanya membiarkan sahaja.

Beberapa minit kemudian, Areysa mengangkat kepalanya dari bahu suaminya itu. "Thanks abang. Mwuahh."

Areysa bangun dari duduknya dan berjalan masuk kedalam kamar mandi. Zarith yang melihat itu hanya terkebil-kebil sahaja lalu menggelengkan kepalanya.

Areysa keluar dari kamar mandi dan berjalan kearah meja solek. Dia mencalit sedikit sunscreen di wajahnya. Setelah itu, dia berjalan kearah suaminya. Kelihatan Zarith sedang fokus menyiapkan kerjanya.

"Abang tengah buat apa tu?"

Zarith memandang sekilas wajah Areysa. "Tengah siapkan skrip baru. Kenapa yang?"

"Skrip baru? Cerita apa tu?" soal Areysa dengan teruja.

"Tajuk novel ni rahsia. Sebab abang buat khas untuk isteri kesayangan abang ni." tutur Zarith lalu mencuit hidung Areysa. Areysa tersenyum mendengarkan tuturan itu.

"Alaa abang ni sweet lahh."

Zarith hanya tersenyum dan mencium pipi kanan Areysa. Areysa hanya merenung laptop suaminya itu. Dia ralit melihat kerja suaminya itu.


Mereka berdua sedang menonton televisyen diruang tamu rumah Tengku Zanira. Tinggal mereka sahaja, yang lain semuanya ada hal.

"Sayang, sayang nak baby tak?" soal Zarith tiba-tiba. Terjongkit kening Areysa.

"Kenapa abang tanya macam tu?"

"Eh kita tanya dia, dia tanya kita balik." kata Zarith. Areysa tersenyum seakan tidak bersalah.

"Kalau Eysa, Eysa tak kesah pasal tu."

Zarith tersenyum nakal. "Ouh jadi boleh lah eh?"

Areysa hanya menjeling sahaja. "Kalau bab tu laju eh tanya itu ini. Dahlah abang Eysa ngantuklah."

Zarith menganggukkan kepalanya lalu membaringkan kepala isterinya diatas pehanya. Dia mengusap pipi isterinya itu.

Areysa sudah terlelap dengan sentuhan lembut daripada Zarith. Zarith yang melihat isterinya sudah terlelap. Tangannya masih ligat mengusap rambut panjang isterinya itu. Zarith menyandarkan kepalanya disofa lalu dia pun turun terlelap juga.

Beberapa jam kemudian, Zarith terdengar bunyi riuh diruang tamu. Dia membuka matanya dan terlihat Tengku Zanira dan Tuan Arel termasuk juga Zarif dan anak isterinya.

Membulat matanya dia terus memandang wajah Areysa yang masih terlelap. Dia terus menutup rambut dan aurat isterinya itu.

"B-bila korang balik?"

"Setengah jam yang lepas." jawab Zarif. Zarith menganggukkan kepalanya.

"Akak pinjam tudung." minta Zarith. Ayra hanya menganggukkan kepalanya lalu berjalan kearah biliknya. Beberapa minit kemudian, Ayra membawa tudung dan diberikan kepada Zarith.

"Terima kasih." ucap Zarith. Ayra tersenyum dan menganggukkan kepalnya dan berjalan kearah suaminya itu.

Zarith memakaikan tudung sarung pada isterinya. Lalu mengejut Areysa. "Sayang bangun.."

Areysa merenggek kecil. Semua disitu sudah tersenyum. "Manja betul eh isteri Ad? Selalu macam tu ke?" soal Tuan Arel. Zarith memandang wajah abinya dan menganggukkan kepalanya.

"Haah selalu macam ni."

Dia masih mengejut isterinya. Beberapa minit kemudian, Areysa membuka matanya. "Duduk yang." pinta Zarith. Areysa akur. Dia bangun dari duduknya dan menggesat matanya.

Pandangannya terhidang dengan ahli keluarga suaminya itu. Dia yang melihat itu terus menyebamkan wajahnya di lengan Zarith. Dia malu!

"Kenapa awak tak kejut?" bisik Areysa.

"Dah kejut lah. Dia yang tak bangun."

Areysa menjarakkan dirinya. Dia memandang wajah bonda dan abinya dan tersenyum. Mereka membalas senyuman itu.

Sekarang jam tepat pukul 8 malam. Mereka semua duduk dimeja makan. "Ehem." dehem Tengku Zanira.

Mereka adik beradik menoleh kearah bondanya. "Bonda nak cakap sikit."

"Kenapa?" soal Zarif.

"Minggu depan kamu semua free tak?"

Zarith dan Zarfina menganggukkan kepalanya manakala Zarif mendiamkan dirinya. "Free rasanya." balas Zarif.

Tengku Zanira menganggukkan kepalanya. "Minggu depan, atok ada buat kenduri doa selamat."

Mereka semua menganggukkan kepalanya. "Berapa hari bonda?"

"Tak lama pun. Dalam empat hari." beritahu Tengku Zanira. Mereka semua menganggukkan kepalanya.

"Tapi Rif tak tahu lah dapat ke tak empat hari tu."

"Alah bang. Kau kan boss takkan tak dapat cuti." sindir Zarfina. Zarif yang sedang minum itu tersedak dengan sindiran adiknya itu.

"Kau takyah nak sindir aku pasal boss tu lah. Kau pun tak kerja ada hati nak sindir." kalini Zarif membidas.

Zarfina hanya menjeling kearah abangnya. "Menyampah lah."

"Aku potong duit belanja kau bulan ni." ugut Zarif. Zarfina yang mendengarkan itu membulat matanya.

"Alah janganlah!"

"Tau pun takut."

Zarfina hanya mendiamkan dirinya sahaja. Tak mahu untuk bersuara. Nanti kang abangnya betul-betul potong duit bulanannya nanti. Tak dapat dia nak beli collection Disney.

"Alah abang jangan lah potong ya? Adikmu ini masih tidak kerja. Dengan duit bulanan itu saya buat beli collection Disney."

Zarif hanya merenung sahaja gelagat adiknya itu. "Ha aku malas nak dengar."

Zarfina mencebikkan bibirnya.

"Abang kampung dekat mana?"

Zarith merangkul pinggang rampin isterinya itu. "Dekat Kelantan yang. Kenapa?"

Areysa hanya menggelengkan kepalanya. "Takde apa-apa. Saja je nak tanya. Eysa tak sabar nak balik kampung."

Terjongkit kening Zarith. "Kenapa Medina sayang excited?"

"Sebab Eysa dah lama tak balik kampung. Last pun masa umur Eysa 17 tahun. Itu pun last balik sebab Nekma meninggal."

Zarith yang mendengarkan itu menganggukkan kepalanya. "Kampung Medina dekat mana?"

"Dekat Pahang."

"Dulu sebelum Nekma meninggal selalu ke balik?" Areysa menganggukkan kepalanya.

"Kenapa Nekma meninggal?"

"Sebab heart attack."

"Sian Medina abang ni, meh peyuk."

"Abang kenapa panggil Eysa dengan panggilan Medina?"

"Saja je. Bukan abang dah bagitahu kenapa ke?" Berkerut dahi Areysa.

"Ada ke?"

"Rasanya ada. Tapi kalau sayang tak ingat abang bagitahu."

"Abang panggil sebab nak lain dari yang lain je. Sebab dah ramai panggil Medina dengan panggilan Eysa. Takde pun nak panggil Medina, so abang decide untuk panggil Medina." tutur Zarith.

Areysa menganggukkan kepalanya. "Faham! Comellah abang panggil Eysa dengan Medina. Sebab takde siapa panggil dengan nama tu."

Zarith tersenyum. "Sebab tu abang panggil sayang dengan Medina."

Tutur Zarith lalu mencium dahi isterinya itu. "Janji yang awak takkan tinggalkan saya?"

Zarith hanya mendiamkan dirinya. Areysa yang melihat itu mencebik. "Abang nak tinggalkan Eysa ke?"

"No more saya awak please? Just biasakan diri dengan panggil abang okay?"

Areysa menganggukkan kepalanya. "Janji ya abang?"

Zarith tersenyum. "Ya abang janji yang abang takkan tinggalkan isteri kesayangan abang ni."

"Abang ni cakap isteri kesayangan abang tu macam ada orang lain je."

Cuak muka Zarith. "M-mana ada!" nafi Zarith. Mengecil pandangan Areysa.

"Okay now kita tidur." laju sahaja Zarith menyuruh isterinya tidur apabila dia melihat pandangan Areysa. Dia gerun! Dia takut sebenarnya dengan si Eysa ni.

hii selamat malam sayang semua!!
vote & comment love youu!!

Continue Reading

You'll Also Like

814K 47.7K 56
Seorang gila, seorang tiada perasaan. Yang sama cuma dua-dua tak fikir panjang. Menyesal? Dah tak berguna. "Taknak kahwin dengan aku? Aku akan past...
214K 10.1K 24
[FOLLOW SEBELUM BACA] Seorang lelaki kacak yang berkacukan German . Izzyan Axel jejaka berusia 26 tahun . Semua perempuan baginya sama menyusahkan da...
75.9K 6.4K 53
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...
288K 10.6K 33
[1st Series] Tengku Fareez Mikhael Dania Melissa "kenapa kau suka tolong orang?" - Tengku Fareez "Simple, kalau saya nampak orang yang memerlukan ban...