Berhenti Mencintai

By atikah_ayuni

1.8K 296 443

"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beber... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Not A Update
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30

Bab 17

35 5 16
By atikah_ayuni

Zara mengambil baju abaya bewarna hitam dipadankan dengan tudung bewarna silver.

Melihat penampilan sendiri di dalam cermin yang bersaiz 12-30cm. Zara memusingkan-musingkan tubuhnya sambil tersenyum.

Haih jatuh cinta untuk kali kedua.

Sedang ralit menghasilkan karya pada wajah. Hon kereta berbunyi, menandakan ada orang di hadapan rumahnya.

Mesti Raqib.

Zara mencapai beg tangan bewarna hitam yang berada di atas tilam, lalu bergerak turun ke bawah.

Sesampainya di bawah. Kelihatan Raqib yang sudah membukakan pintu kereta untuknya.

Sweet kan?

Zara tersenyum sambil melangkah masuk ke dalam kereta.

Sepanjang perjalanan, tidak berhenti mulut Raqib berceloteh tentang kereta yang dipinjamnya dari Ikram.

Atau lebih specific nya. Curi.

"Tak baik tau awak buat Ikram macam tu." Zara ketawa kecil.

"Dah dia yang kedekut sangat, lepastu perli- perli I, kata I miskin. Benganglah I, itu yang I rembat kereta dia."

"Awak takda kereta sendiri ke? Kenapa awak tak beli kereta?"

"Siapa kata I takda kereta? Berbiji-biji kereta, I ada. Jangan pandangku sebelah mata, kerana hanya aku tiada kereta." Raqib menyanyikan lagu seksis dari Anita serawak.

"Best pulak kan lagu ni? Jangan pandang aku sebelah mata, hanya kerana nama ku wanita. Walau ada kelemahannya. Engkau pun apa tidaknya. Jangan pandang aku sebelah mata. Nanti kejatanan mu tercabar. Takkan ku menyerah kalah. Kerana matamu berat sebelah. Temahanmu akan ku tepis. Selagi persis, tak terkikis seksis." Raqib menggoyang-goyangkan badannya.

Macam mana dia tahu lagu ni? Semua salah Ikram. ada ke patut pergi letak ringtone phone call menggunakan lagu ni?

"Eh awak ni, bawak kereta elok elok." Sikit lagi kereta yang di pandu oleh Raqib ingin masuk ke dalam line kereta lain.

Raqib hanya tersengih.

Raqib memilih pavilion mall untuk membeli belah baju yang akan di pakai oleh Zara malam ni.

Puas Zara menolak, baju dia dekat rumah banyak je yang cantik-cantik tapi kalau sudah bertikam lidah dengan lelaki yang bernama Muhammad Raqib. Tiada istilah menang bagimu.

Mereka berjalan memasuki pavilion, mata-mata langau mula memerhatikan mereka. Entah apa yang menarik perhatian mereka. Sama ada Raqib atau Zara. Entah siapa yang menjadi pusat pemerhatian.

Zara melihat menampilannya. Kampung sangat ke pakaian aku?

Raqib menarik Zara masuk ke dalam sebuah kedai yang tertera nama reem acra.

Nate apo namo gitu

Zara hanya melihat Raqib yang sedang mencari baju untuknya, ada seketika Raqib menggaru belakang lehernya. Adakala dia menjeling Zara.

"Ada tak dress for hijabi women?" Raqib bertanya kepada pekerja kedai yang sedari tadi mengikutinya kemana saja. Naik rimas!

"Ouh kalau dress full cover mostly dah takde stock. But we have only one design and one colour."

"Okey, show me then."

Pekerja itu berlalu pergi. Kemudian kembali dengan membawa tempat penggantung baju beroda. Di mana baju itu tergantung

It's look really exclusive and expensive.

Mata Zara tidak terkelip melihat dress yang di tayangkan di hadapan Raqib. Dia melangkah ke arah Raqib untuk melihat pakaian tersebut dengan lebih jelas.

"This is leyered crystal - embellished grain de poudre gown. Amerald green colour."

"Takda warna black ke?"

"Sorry sir kami takda, this the only one dress that we have. Yang lain semua dress yang agak terdedah." Wanita itu tersenyum seraya menunduk sedikit badannya, tanda permohonan maaf.

"Nah it's okey, do you like it sayang?" Raqib memandang Zara yang berada di tepinya. Orang kampung biasalah, jakun nampak benda mahal macam ni.

"Tapi harga dia mesti mahal kan?"

"Ouh kalau harga dia jangan risau, saya rasa murah je ni." Zara memandang wajah pekerja itu.

"Berapa?" Tanya Zara polos.

"Lapan ribu sahaja." Wanita itu tersenyum.

"Astaghfirullah mahalnya! Daripada saya beli baju ni lebih baik saya beli emas tak pun pergi Umrah." Wajah Zara terkerut-kerut.

"It's okey, I buy this. By card."

Wanita itu mengangguk

"Tapi Raqib sa.."

"Just close your mouth sweetie, before I bite it." Wajah Raqib bertukar menjadi dingin. Dia berlalu ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Zara hanya terpacak di tempat dia berdiri tadi. Gerun mendengarkan ugutan Raqib tadi.

"Bite it? Dia nak gigit apa?" Zara menyentuh bibirnya sebelum kepalanya tergeleng-geleng.

Sesudah membeli pakaian, Raqib terus menghantar Zara balik kerana Ikram telah pun berjaya bertukar menjadi raksasa. Malas mendengar bebelan dari Ikram. Raqib pun beralah.

   Zara menggantungkan baju yang diberi oleh Raqib tadi di hadapan cermin. Air matanya mula bertakung.

Sampai hati.

"Zara, can you please stop embarrassing me?" Setelah Lama menyepi, tiba-tiba Raqib membuka mulut. Namun menyakitkan sekeping tangkai hati.

"Apa maksud awak? Memalukan?" Zara kerut kening, sungguh dia tak dapat tangkap apa yang Raqib maksudkan.

"Why you need to act like that. Hmm? Perlu ke you kata baju tu mahal and bandingkan dengan emas or what ever? If you think i can't afford it. Then why do I have to pull you enter the store?"

"Saya cuma terkejut."

"I know you daripada kampung, tapi tak perlulah tunjuk sangat perangai kampung tu. Kita masuk kedai baju dekat mall, pavilion pulak tu. What do you expect? Kalau nak murah baik pergi beli dekat pasar malam."

"Kalau saya ni memalukan awak. You don't need to take me as your girlfriend then." Zara pusingkan badannya ke arah tingkap.

Masing-masing diam, tiada kata.

Zara terjaga dari lamunan apabila mendengar jeritan Aini dari bawah.

"Zara! Makanan dah siap. Turun makan!"
Zara tak masak ke? Masak, cumanya  Aini yang selalu volunteer nak masak kerana itu adalah hobi dia.

   Malam itu Zara tidak senang duduk. Sama ada nak pergi atau tidak? Dah pukul 9 malam. Raqib masih belum menghubunginya lagi.

Raqib masih marahkan dia lagi ke?

Entah kenapa, timbul rasa bersalah di dalam hati. Apa dia nak buat?

Tanpa berlengah Zara mendail nombor Raqib. Baru ingin menekan butang memanggil. Nombor Raqib tiba-tiba muncul, menandakan Raqib sedang menelefonnya.

Zara tersenyum lalu menggesekkan butang hijau ke atas.

"Hai sweetie dah siap belum? I dah dekat bawah ni." Tadi bukan main bergaduh, berbaik macam tu aje?

"Sa..saya belum siap lagi." Zara perlahankan suaranya.

"Lahh kenapa belum siap lagi ni? Pergilah siap cepat, I tunggu. Bersiaplah lama mana pun. I tetap akan tunggu you. Bye sweetie."

Tanpa berlengah, Zara terus berlari masuk ke dalam tandas untuk menukar bajunya sambil tersenyum girang.

"Zara. Nak pergi mana ni?" Aini yang sedang menonton TV terkejut melihat Zara yang sedang menuruni tangga. Tubuhnya tersarung pakaian yang sungguh indah.

Nak pergi menikah ke?

"Ermmm saya nak keluar kejap." Zara serba salah.

"Saya tahu awak nak keluar, takkan nak masuk pula. Saya tanya nak pergi mana, malam-malam macam ni." Aini bangkit lalu memeluk tubuh.

"Ermm sa..say..saya na..nak ke..luar." aduh tergagap pula.

"DE.NGAN.SIA.PA?" Aini menekankan setiap patah perkataannya.

"De..de..dengan ra..ra..ra.."

"Dengan siapa!" Suara Aini ditinggikan

"Raqib!" Zara melatah

"Zara, I've told you before." Aini mengeluh perlahan.

"Kami tak buat apa pun Aini, kitaorang nak pergi keluar makan. Awak janganlah risau."

"Keluar makan pakai macam ni?" Aini melihat Zara atas bawah.
"Awak tahu kan Raqib macam mana?"

"Saya kenal Raqib. Awak jangan risau." Tanpa berkata Zara terus melangkah keluar.

"Saya dah warning, kalau jadi apa-apa jangan salahkan saya." Zara yang baru menyarungkan kasut, menoleh kearah Aini semula.

"Apa maksud awak, Aini?" Zara kerut kening.

"Sayang jom?" Belum sempat Aini membuka mulut, Raqib sudah pun berada di belakang Zara.

"Ha okey." Zara memandang Aini sekilas sebelum masuk ke dalam kereta audi r8 milik Ikram.

Lima minit perjalanan Zara mula membuka bicara. "Ermm awak Masih marahkan saya?" Zara menoleh sedikit memandang Raqib.

"For what sweetie?" Raqib menjongketkan sebelah keningnya. Mata masih fokus pada pemanduan.

"Tentang petang tadi?" Haih, pelik dengan si Raqib ni. Sekejap marah sekejap romantik.

"I yang patut minta maaf dengan you. I tak patut cakap macam tu. Sorry okey?" Raqib memandang Zara sekilas, lalu menghadiahkan senyuman yang manis.

Zara hanya mengangguk sambil tersenyum kecil.


   Zara melangkahkan kakinya ke dalam sebuah hotel mewah, berdampingan dengan Raqib.

No one here. Takkan mereka berdua sahaja?

"Please have a seat. Sayang." Raqib menarik kerusi untuk Zara melabuhkan punggungnya.

"Thanks." Zara menghadiahkan senyuman sebelum melabuhkan duduk.

"Your most welcome."

"Kenapa takda orang awak?" Tak laku ke eh? Ke makanan dia tak sedap?

"I sewa seluruh restaurant ni untuk you."

"Kenapa sampai macam ni? Biasa-biasa sudah lah. Tak perlu membazir." Raqib hanya diam tak membalas.

Seketika, makanan yang tidak dipesan, sampai di hadapan mereka.

Sedang leka menyantap makanan yang cukup mewah. Zara teringat akan sesuatu perkara.

"Raqib. How's your family. Dah berbaik?"
Suapan Raqib terhenti, Raqib memandang Zara.

"They're not my family anymore. I don't have family."

"Tapi itu darah daging awak kan? Mana boleh putuskan silaturrahim macam tu aje."

"You cakap senanglah, you takda dekat tempat I. You have happy family but me? You tak perlu nasihatkan I sedangkan you takda dalam situasi I." Muka Raqib mula kemerahan, di sebabkan kulitnya yang putih. Kemerahan itu lebih jelas terlihat pada wajahnya.

"Ya saya memang takda di tempat awak dan saya takkan faham perasaan awak, okey, kalau tak mereka. Sekurang-kurangnya mak awak? Awak tak rindu mak awak? Takkan awak sampai hati nak buang seorang ibu yang dah kandungkan awak selama sembilan bulan, dari hidup awak macam itu saja?."

Selesai sahaja Zara menghabiskan hujahnya, wajah Raqib semakin memerah. Nafasnya tidak keruan.

Tidak semena, Raqib menghempaskan garfu dan pisau ke atas meja dengan kasar lalu berlalu pergi meninggalkan Zara yang terpinga-pinga.

Dejavu?

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 98.2K 39
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
593K 26.5K 67
TWO COUSINS MANHAL AND ANADIA Manhal being the eldest had some responsibility towards younger clans Anadia, being the youngest had its own perks of b...
3M 193K 89
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
8.1M 342K 52
"I hope you realize you made the worst f**king decision of your life." She could feel his cold icy blue eyes piercing through her soul. "I didn't as...