MRS. ZARITH ADHAM | C

By nrshaae_

594K 22.2K 1.3K

[Complete] ๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž : ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐š๐ข๐ฌ๐ฒ ๐™๐š๐ซ๐ข๐ญ๐ก ๐€๐๐ก๐š๐ฆ | ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ซ๐ž๐ฒ๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐๐ข๐ง๐š Dari... More

Zarieysa ๊จ„
Zarieysa | 01
Zarieysa | 02
Zarieysa | 03
Zarieysa | 04
Zarieysa | 05
Zarieysa | 06
Zarieysa | 07
Zarieysa | 08
Zarieysa | 09
Zarieysa | 10
Zarieysa | 11
Zarieysa | 12
Zarieysa | 13
Zarieysa | 14
Zarieysa | 15
Zarieysa | 16
Zarieysa | 17
Zarieysa | 18
Zarieysa | 19
Zarieysa | 20
Zarieysa | 21
Zarieysa | 22
Zarieysa | 23
Zarieysa | 25
Zarieysa | 26
Zarieysa | 27
Zarieysa | 28
Zarieysa | 29
Zarieysa | 30
Zarieysa | 31
Zarieysa | 32
Zarieysa | 33
Zarieysa | 34
Zarieysa | 35
Zarieysa | 36
Zarieysa | 37
Zarieysa | 38
Zarieysa | 39
Zarieysa | 40
Zarieysa | 41
Zarieysa | 42
Zarieysa | 43
Zarieysa | 44
Zarieysa | 45
Zarieysa | 46
Zarieysa | 47
Zarieysa | 48
Zarieysa | 49
Zarieysa | 50
Zarieysa | 51
Zarieysa | 52
Zarieysa | 53
Zarieysa | 54
Zarieysa | 55
Zarieysa | 56
Zarieysa | 57
Zarieysa | 58
Zarieysa | 59
Zarieysa | 60
Zarieysa | 61
Zarieysa | 62
Zarieysa | 63
Zarieysa | 64
Zarieysa | 65
Zarieysa | 66
Zarieysa | 67
Zarieysa | 68
Zarieysa | 69
Zarieysa | 70
Epilog
Zarieysa | Special Chapter
Zarieysa | Special Chapter 02
Zarieysa | Special Chapter 03
Special Edition | Ramadhan
Special Edition | Eid

Zarieysa | 24

8.8K 318 17
By nrshaae_

Pada hujung minggu mereka mengambil keputusan untuk duduk sahaja dirumah. Zarith melangkah kearah biliknya untuk mengambil barang. Tetapi terbantut apabila terlihat isterinya duduk dihadapan luggage. Terlihat Areysa sedang menyelongkar beg bajunya itu.

Zarith melaburkan punggungnya dibirai katil. "Sayang cari apa?" soal Zarith. Areysa tersentak lalu memandang wajah suaminya. Zarith terkejut apabila wajah isterinya penuh dengan air mata.

Laju sahaja Zarith bangun dari duduknya dan berjalan kearah isterinya. Dia melaburkan punggungnya disebelah isterinya lalu dia mengelap wajah Areysa. "Cari apa?" ulang Zarith.

"Eysa, cari novel Eysa. Eysa dah masukkan dah novel dalam beg. Tapi Eysa cari takde." kata Areysa dengan nada bergetar. Zarith mengusap rambut Areysa.

"Novel apa?"

"Novel tu Eysa suka sangat."

Zarith masih ligat mengusap rambut isterinya. "Okay. Bagitahu abang, tu novel apa? Abang belikan yang baru."

Areysa menggelengkan kepalanya. "Novel tu limited."

"Seseorang yang Ku Kejar." sambung Areysa lagi. Zarith terdiam.

"Siapa penulis dia?"

"ZaAdha. Eysa nak sangat jumpa dia." Zarith tersenyum mendengarkan itu.

"Okay, kenapa sayang nak sangat jumpa dia?" sengaja Zarith bertanya begitu.

"Sebab dia ada tunjuk pasal negara France. Eysa suka dia tunjuk. Dia soft spoken."

Semakin lebar senyuman Zarith. "Ouh ya?"

Bersungguh-sungguh Areysa menganggukkan kepalanya. "Nak jumpa dia?"

"Ya."

"Betul ni?"

"Ya!"

Zarith tertawa kecil. "Boleh je kalau Eysa nak jumpa dia tapi dia dah kahwin lah yang. Nanti wife dia jealous."

Sayu sahaja wajah Areysa. "Tapi Eysa betul-betul nak jumpa dia."

Zarith hanya memandang sahaja wajah comel yang dipamerkan oleh isterinya. "Betul nak jumpa?"

"Ya abang."

Zarith tersenyum. "Okay then, sayang kena peluk abang."

Berkerut dahi Areysa. "Apa ni tak kelakar lah."

"What? Betul lah kalau nak jumpa kena peluk dulu."

"Takmau lah. Eysa nak jumpa ZaAdha bukan peluk abang."

Areysa masih mencari novelnya itu. "Nak peluk ZaAdha?" soal Zarith tiba-tiba.

"Boleh ke? Abang kata dia dah kahwin."

"Boleh. Tapi kena peluk abang dulu." Areysa mengetap giginya.

"Taknak lah!"

"Cepatlah yang. Nanti peminat abang peluk abang. Nanti sayang merana."

Areysa terdiam lalu memusingkan badannya menghadap suaminya itu. "Apa abang cakap? Eysa tak faham?"

Mengecil pandangan Zarith. "Betul tak faham?" Areysa menganggukkan kepalanya.

"Peluk abang dahulu. Baru abang bagitahu."

Akhirnya Areysa akur. Dia memeluk badan Zarith. Lelaki itu tersenyum lalu meleraikan pelukkan. "Okay sayang dah jumpa ZaAdha dah."

Berkerut dahi Areysa. "Apa abang ni. Sumpah tak lawak lah."

"Mana ada lawak. Betul lah yang. Depan mata awak ni ZaAdha."

Areysa membuat muka. Dia seakan susah ditafsir dengan kata-kata suaminya itu. "Nope."

"Betul lah. Kalau tak percaya jom ikut abang."

Areysa akur sahaja apabila ditarik lembut oleh Zarith. Sampai sahaja dihadapan sebuah bilik, mereka meloloskan dirinya masuk kedalam.

Membulat Areysa melihat. "Sekarang dah percaya?"

Teragak-agak Areysa menjatuhkan kepalanya. Areysa tersenyum lalu merangkul lengan suaminya itu. "Abang, kalau Eysa nak free buku  Seseorang Yang Ku Kejar boleh?"

"Takle. Dah habis, limited."

Muncung mulut Areysa. Dia melepaskan rangkulan itu. Zarith yang melihat itu tertawa terkekeh-kekeh. "Okay sorry. Pergi lah ambil novel tu dalam dekat rak tu." arah Zarith.

Areysa tersenyum lalu pergi kearah rak yang tersusun dengan novel. "Banyaknya novel abang!! Novel Rose's pon ada?!"

"Ada. Novel tu for my lovely wife."

"Arghh thank you abang. Sayang abang." ucap Areysa. Zarith tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

"Abang pun sayang Medina juga."


Areysa pergi kedapur untuk menyiapkan makan malam. Dia hanya masak yang simple sahaja disebabkan mereka mahu keluar sebentar lagi.

Zarith memeluk pinggang rampin Areysa. Areysa tersentak. "Abang, kejap lah. Eysa lagi sikit je ni lepastu siap."

Zarith tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan dirinya. Areysa yang berasa rimas.

"Abang sana kejap boleh? Please." pinta Areysa. Akhirnya Zarith melepaskan pelukkan.

Dia berjalan kearah meja makan dan menunggu isterinya menyiapkan makanan. Zarith hanya merenung sahaja tubuh Areysa.

Areysa berjalan kearah meja makan lalu dia perasan akan pandangan suaminya itu. "Abang kenapa pandang Eysa macam tu?" soal Areysa sambil meletakkan makanan diatas meja.

"Comel bila sayang pakai apron doraemon tu." puji Zarith. Areysa tersenyum. Dia berjalan kearah Zarith lalu melaburkan punggungnya dipeha Zarith. Dia merangkul leher Zarith.

"Ni sayang nak apa?"

"Eysa nak tanya, bila abang start berkarya?"

"Start abang berhijrah ke France lah. Abang memang dah lama minat untuk menulis."

Areysa menganggukkan kepalanya. "Kenapa abang berhijrah ke France? Bila abang hijrah ke France?"

"4 tahun lepas. Abang pergi sana sebab nak tenangkan diri." beritahu Zarith. Berkerut dahi Areysa.

"Tenangkan diri?"

Zarith menganggukkan kepalanya. "Tenangkan diri selepas kena curang."

Membulat mulut Areysa. "Siapa curang dengan abang? Macam mana dia curang dengan abang? Sebab apa dia curang dengan abang? Cuba cerita."

Zarith tertawa. "Sabar yang. Tanya satu-satu. Sayang tak kenal dia. Aisaar kenal perempuan tu. Macam mana dia curang tu em dia ada jantan lain. Dia bawak jantan pergi hotel macam Fadhi buat."

"Ouhh faham. Tapikan kesian abang kena curang." kata Areysa sambil mengusap pipi Zarith. Zarith tersenyum.

"Dah. Kita makan jom? Abang lapar, lagipun kejap lagi kita nak pergi rumah bonda."

Areysa menganggukkan kepalanya lalu bangun dari duduknya. Dia membuka apron lalu diletakkan diatas kerusi. Dia melaburkan punggungnya dihadapan Zarith. Areysa membantu untuk menghidangkan suaminya makanan. Mereka menjamu makan malam dengan berselera.

Kereta BMW membelahi jalan raya. Areysa memandang wajah suaminya. Zarith yang perasan itu hanya membalas pandangan isterinya.

"Abang, kenapa abang handsome sangat malamni?"

"Abang memang handsomelah sebelumni. Sayang je taktahu."

Areysa menjeling manja terhadap suaminya itu. "Cis, angkat bakul sendiri."

Zarith menggelengkan kepalanya dengan gelagat isterinya. "Yang, apa kata kita planning nak?"

"Planning apa pulak?"

Zarith tersenyum nakal. "Planning pasal baby." ujar Zarith.

Merah wajah Areysa. Laju sahaja Areysa menepuk peha Zarith. "Ee dia ni."

"Betul lah. Kena planning awal-awal baru syok."

"Syok otak awaklah."

Zarith tertawa kecil. "Kita kena planning macam Aidil. Tengok anak nak masuk 4 dah."

"Itu Aidil. Bukannya awak."

"Alah boleh eh yang?"

Areysa menjeling sahaja kearah suaminya. Sampai sahaja dirumah Tengku Zanira. Mereka meloloskan dirinya keluar dari kereta.

Mereka berjalan masuk kedalam rumah. Laju sahaja Areysa mendapatkan Zarfina. Mereka berpeluk.

"Wehh!!"

Zarith yang melihat itu hanya menyilangkan tangannya didada. "Ehem."

Mereka berdua memandang kearah Zarith. "Apa abang?" soal Zarfina.

"Yang kau peluk tu wife abang tau."

Zarfina yang mendengarkan itu hanya menjelirkan lidahnya. "Bwekk. Sukatilah. Abang sentiasa dengan Eysa. Bagilah orang dengan Eysa."

"Hah kau. Malas aku." kata Zarith lalu melangkah kearah tangga. Zarfina terus menarik Areysa pergi kedapur.

"Eh bila sampai?"

"Baru je." jawab Areysa lalu menyalam tangan Tengku Zanira.

Tengku Zanira melihat sekelilingnya. "Mana Ad?"

"Ada dekat atas." tipu Areysa. Tiba-tiba ada sosok yang merangkul pinggangnya.

"Ya bonda cari Ad ke?"

"Hah ada pun. Buat apa dekat atas?" soal Tengku Zanira.

"Letak barang kejap. Harinikan kitorang tidur sini."

Tengku Zanira menganggukkan kepalanya. Mereka berjalan ke ruang tamu. "Mana yang lain bonda?"

"Abang kamu tu biasa lah. Balik sana. Abi siapkan kerja."

Zarith menganggukkan kepalanya. "Bonda, bonda nak cucu tak?"

Tengku Zanira menganggukkan kepalanya. "Naklah."

Areysa yang mendengarkan itu merah sahaja wajahnya. "Okay kalau macam tu, nanti kitorang bagi bonda ya? Bonda tunggu je."

Semakin merah wajah Areysa. "Panas ke Sa?"

"Er t-tak cuma gatal. Hah gatal." Zarith tersenyum nakal apabila dia melihat isterinya itu.

hi! vote & comment
bye!

Continue Reading

You'll Also Like

3.5K 304 41
FIRST STORY <3 Disebabkan janji yang telah di janji oleh dirinya sendiri, Raykal tekat untuk membalas dendam dengan keluarga Reyyana. Tanpa sedar dal...
99.6K 3K 55
"You play the game, and I'll determine if you score." โš ๏ธDisturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationsh...
1M 53.8K 63
Ku Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak du...
17.9K 974 17
-; โœงห–* ๐”๐๐ƒ๐„๐‘ ๐“๐‘๐ˆ๐Ž'๐’ ๐’๐„๐‘๐ˆ๐„๐’ ๐•๐Ž๐‹ ๐Ÿ ยฐเฟ | Adreen Elvyna โ€ข Tengku Adham Dariel | "๐ˆ ๐ก๐š๐ฏ๐ž ๐Ÿ๐จ๐ฎ๐ง๐ ๐ฐ๐ก๐จ๐ฆ ๐ฆ๐ฒ ๐ฌ๐จ๐ฎ๐ฅ ๐ฅ๐จ๏ฟฝ...