Bunga Pertama

By afsun_nyy

1.5K 252 9

short story Jangan letak harapan yang tinggi. Cerita ni ditulis hanya untuk hiburkan hati yang kebosanan. More

NEW-1
NEW-2
NEW-3
NEW-4
NEW-5
NEW-6
NEW-7
NEW-8
NEW-9
NEW-10
NEW-11
NEW-12
NEW-14
NEW-15
NEW-16
NEW-17
NEW-18
NEW-19
NEW-20
NEW-21
NEW-22
NEW-23
NEW-24
NEW-25
NEW-26
NEW-27
NEW-28
NEW-29
NEW-30
NEW-31.
NEW-32
NEW-33
NEW-34
NEW-35

NEW-13

40 6 0
By afsun_nyy

Puspa main jari jemari sendiri.

Bila terasa henyakkan di sebelahnya terus Puspa pejam mata. Dia berbaring membelakangi Ardi.

Terasa tangan menjalar di pinggangnya. Tubuh gempalnya dipeluk erat. Mengeras tubuh itu.

"Saya tahu awak tak tidur lagi. Awal betul tidur, isyak baru masuk. Awak tak solat?" Puspa geleng. Ardi angguk.

"Patut lah." Puspa malu sendiri.

"Marah saya lagi?" Soal Ardi lagi. Puspa pegang tangan yang memeluknya. Ardi hanya tersenyum..

Puspa picit-picit urat tangan itu. Kemudian Puspa bandingkan tangan mereka. Jemari Ardi cantik, panjang aje. Macam tangan perempuan. Jemarinya nampak macam kasar, tetapi lembut aje bila diusap. Berbeza dengannya. Jari jemarinya pendek-pendek dan gemuk. Cincin yang tersarung tadi nampak agak ketat.

"Kenapa main jari saya?" Terus Puspa lepaskan tangan itu. Ardi hanya tergelak kecil.

"Saya tak marah pun." Jawapnya.

Puspa pusing menghadap Ardi selepas mendapat sedikit keberanian untuk menghadap wajah itu.

Atas bawah Puspa tenung.

Ardi senyum nipis. Wajah itu nampak bersih..

"Kenapa tenung saya macam tu?" Soal Ardi lagi.

"Tak ada apa. Saja." Akhirnya Puspa bersuara juga.

Puspa sentuh rambut yang jatuh di dahi Ardi. Rambut itu lebih panjang dari rambutnya. Lembut, lurus dan beralun sahaja. Berbeza dengannya.

Puspa usap rambut sendiri. Pendek macam rambut jantan! dah la main tarah aje masa dia potong.

Kan dah pelik, ada panjang ada yang pendek.

"Kenapa awak.. hm.. potong rambut sampai pendek macam ni?" Teragak-agak Ardi menyoal.

"Saja."

"Rambut panjang kan cantik." Puspa pandang mata Ardi.

"Pernah tengok saya berambut panjang ke?" Ardi garu tepi kepala.

"Hm.. ha tu. Ada gambar awak atas meja belajar." Balas Ardi. Terus Puspa angkat sedikit kepala. Betul lah tu.

"Kenapa? buruk sangat ke muka saya?"

"Ciptaan Allah tak pernah buruk, Puspa ku sayang. Cuma, lagi cantik kalau saya aje yang boleh lihat." Ardi usap kepala Puspa.

"Betul?"

"Hm."

"Tapi lepas ni tak payah la potong lagi, biar panjang. Saya suka." Puspa pandang lagi sekali wajah Ardi.

"Betul?"

"Ye."

"Kenapa? sebab sama dengan ex awak? ke first love awak?"

"Hm." Ardi seolah berfikir.

"Awak bunga pertama dalam taman hati saya."

---------------TBC..

28.12.2023

Continue Reading

You'll Also Like

966K 30K 61
Dans un monde où le chaos et la violence étaient maitre, ne laissant place à ne serrait ce qu'un soupçon d'humanité. Plume était l'exception. Elle...
665K 96.1K 37
Yaduvanshi Series #3 it is a book under yaduvanshi series. But it could be read as standalone too. Nitya Raghavendra is a telugu businesswoman earnin...
591K 22.6K 53
Sit there and take it like a good girl You dirty dirty girl , i was talking about the book🌚🌝
250K 17.6K 55
ABHIMANYU RATHORE :- Rude , workaholic CEO of Rathore Empire .Devilesing hot , every girls drools over him .But loves his family to dearest . . SAKS...