Berhenti Mencintai

By atikah_ayuni

1.9K 300 466

"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beber... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Not A Update
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30

Bab 16

41 7 7
By atikah_ayuni

"Haritu kan awak ada bagitahu saya yang awak pemain bola, jadi saya nak minta tolong awak boleh?" Raqib diam di balik talian.

"Awak dengar tak saya cakap ni?" Kita tengah bercakap dengan dia, dia boleh senyap pulak.

"Iya sayang, tolong apa tu?"

"Tolong saya, jadi jurulatih pelajar sekolah saya. Boleh?" Raqib terdiam lagi. Aduh malas siot, menyesal pulak aku bagitahu dia yang aku pemain bola sepak haritu. Niat nak show off je.

Raqib pandang Ikram yang berada di sebelahnya. Ikram mengangguk. Menyatakan supaya Raqib setuju untuk membantu.

"Iya boleh je, bila tu?" Dijeling Ikram yang sedang melantak mee segera.

"Minggu depan. Awak datang ke pejabat lepas tu bagitahu nama awak."

"Ok lah kalau macam tu, nanti I datang. Tapi dengan satu syarat." Tiada benda di dunia ni free ya cik adik, semuanya berbayar.

"Tak ikhlasnya awak tolong saya."

"Bukan tak ikhlas, I nak menyelam sambil minum air je."

"Ambil kesempatan di dalam kesempitanlah ni."

"Of course. I ambil kesempatan bila dengan you je."

"Apa syaratnya?"

"Terima cinta I. Tak nak berkawan. I nak lebih dari menjadi seorang kawan kepada you." Raqib terkekeh apabila Zara memutuskan panggilan.

Raqib pandang Ikram yang sedang melayan cerita BoBoiBoy episode terakhir.

"Asal kau suruh aku setuju?"

"Sebab masa nilah kau boleh ambik hati dia." Jawab Ikram acuh tak acuh. Kawan dia ni dah benak dah sekarang kalau soal cinta.

"Maksud kau?" Raqib menatap wajah Ikram yang sedang fokus pada TV.

"Tunjukkan yang kau ni baik hati nak menolong. Lepas tu, waktu kau tengah latih budak-budak tu, lagi banyaklah masa kau dengan dia and lagi cepatlah kau dapat goda dia." Raqib hanya menganggukkan kepalanya. Function jugak sebenarnya Ikram ni.

'Tak sabar nak tunggu episod baru? Dapatkan koleksi lengkap komik boboiboy galaxy musim ke dua, kini di pasaran.

~Engkaulah sandaranku yang terindah, teman setia bersama selamanya,
Percaya... ~

"Kebolehan diri bersama selamanya kepercayaan! Kebole.." Belum sempat menghabiskan lirik, Raqib sudah menukar saluran lain.

"Kau ni kacau lah.."

"Suara macam katak komedo. Dari telinga aku berdarah kejap lagi, baik aku tukar cerita." Raqib mengutuk sahabatnya sambil fokus mencari cerita menarik di Netflix.

"Ha Raqib! Bukak cerita tu woi! Cerita tu lawak."

"Senario? Cerita apa ni?"

"Hek eleh bukak jelah, meh sini." Ikram merampas remote dari tangan Raqib. "Tahulah duduk dekat Scotland, cerita Melayu pun tak tahu."

Mereka menghabiskan masa selama lebih satu jam menonton Senario The Movie sambil ketawa tidak berhenti.

"Lan.. Lan.. Marilah sayang.. Sambutlah cinta I.. " Secara tiba-tiba Ikram mengeluarkan dialog dari movie tadi. Tangannya memainkan peranan dengan menggosok lengan Raqib yang terdedah.

Tidak mahu kalah. Raqib turut serta untuk menjayakan lakonan. "Uwekk."

"I sanggup korbankan apa sahaja untuk you, Lan.."

"Uwekk.. Hang gila ka, umuq mak hang sama dengan umuq mak aku.. Hang nak goda aku.. Hang pi lah goda orang lain.. Aku masih teruna lagi.."

"Ala Lan.. Marilah sayang.. Lan.. Janganlah marah." Raqib mengelak dari disentuh oleh Ikram.

"Eee!"

"Kalau I jadi ayam betina, I berkokok. Kuk kuk kuk kuk.. You jadi apa?"

"Aku jadi musang, aku makan hang. Khok khok khok.. Biar padan muka hang! Gatai, pi lah goda orang lain, jangan goda aku er."

"Amboi! Sampai hati, Lan you kata macam tu. Hmmm! Kalau you tak mahu, I kahwin dengan mat bangla."

Mereka sama-sama terkekeh.

"Aku rasa, kalau aku tengok semua cerita senario, aku dah boleh cakap utara mat. Siap fasih lagi." Best pula loghat ni. Sebelum ni dia tak tahu pula tentang loghat ni. Memang duduk dalam gua si Raqib ni.




Raqib memasuki perkarangan sekolah. Mendengarkan enjin yang agak kuat dari motor Raqib, semua mata memandang ke arahnya.

Haikal yang sedang bermain bola di padang sekolah turut tidak terkecuali untuk melihat.

"Pak ngah!" Tanpa berlengah, Haikal berlari ke arah Raqib selepas Raqib melepaskan helmet dari kepalanya.

"Eh encem boy pak ngah." Raqib mendukung tubuh Raqib.

"Haikal buat apa dekat sini?"

"Haikal sekolahlah dekat sini, buat apa lagi? Pak ngah ni, belum tua dah nyanyok."

Emotional damage!

"Fuh mulut berbisa macam bapak ko." Gumam Raqib perlahan. Dia pun satu, macam manalah boleh lupa yang Haikal turut bersekolah dekat sini.

"Pak ngah tu buat apa dekat sini?"

"Pak ngah datang sini sebab nak jadi jurulatih bola sepak. Eh Haikal pergilah sana dulu, cikgu Haikal panggil tu."

"Nanti balik sekolah, Haikal nak keluar jalan-jalan dengan pak ngah boleh?" Haikal membulatkan mata lalu memuncungkan bibirnya menayangkan wajah imut.

"Iya nanti pak ngah tunggu Haikal."
Raqib menurunkan Haikal dari gendongannya lalu dia berjalan menuju ke pejabat sekolah.

Demi menarik hati si buah hati, terpaksalah dia bersetuju untuk melatih pelajar-pelajar sekolah ini untuk bermain bola sepak. Dia baran, jadi tak tahulah macam mana nak mengajar budak nanti. Habis satu sekolah mendengar pekikan dia nanti.



"Nama saya Muhammad Raqib." Raqib tersenyum dan memperkenalkan dirinya setelah melabuhkan punggung di hadapan pengetua sekolah.

"Saya Encik Nizam, pengetua sekolah ni. Jadi kamulah orang yang cikgu Zara bagitahu saya haritu ya?"

"Ya, saya."

"Maaf saya bertanya, tapi kamu ada pengalaman atau tidak ya dalam sukan bola sepak?"

"Ya, saya ada pengalaman. Saya merupakan pemain bola sepak." Dah macam nak interview kerja dah gamaknya.

"Pemain bola sepak? Negeri mana ya?" Setahu encik Nizam tiada lagi pemain bola sepak dekat Malaysia ni yang bernama Raqib. Ke ada eh?

"Saya tak mewakili Malaysia. Tapi saya bermain untuk pasukan bola sepak Scotland." Raqib tersenyum. Bukan nak berlagak tapi memang berlagak.

Encik Nizam hanya terlopong.


Bunyi wisel dan suara garau yang bising memberi arahan bergema di padang sekolah SRITI kuala lumpur.

Raqib mengeluh. Hari ini datang interview dan hari ini jugaklah dia kena mulakan latihan. Nasib baiklah budak-budak ni ada yang comel. Dan nasib baik dia sukakan budak.

Zara baru sahaja selesai mengemas buku-buku murid di atas mejanya yang terletak di bilik guru. Dia berniat untuk turun ke bawah. Disebabkan sekarang waktu rehat, jadi dia mahu menuju ke kantin.

Dalam perjalanannya menuju ke kantin, Zara terdengar tiupan wisel. Apa yang meriah sangat dekat padang tu? Tanpa berlengah, dia membatalkan niatnya untuk ke kantin lalu berjalan ke arah padang.

Zara menepuk dahi apabila melihat Raqib yang sedang melatih budak-budak darjah enam bermain bola. "Macam manalah aku boleh lupa harini."

Zara merenung Raqib yang sedang berlari ke sana sini sambil menepuk-nepuk tangannya dan berkata sesuatu kepada budak yang sedang mengelecek bola. Mungkin kata-kata semangat.

Handsomenya.. Dengan tubuh yang tak kurang tegap. Dengan peluh yang membasahi rambut dan badannya.

Astaghfirullah Zara!

Zara melangkah ke kantin semula. Dia ingin membeli air mineral buat Raqib. Sambil-sambil itu dia menahan rentak hatinya yang bergelora.

Hampir satu jam melatih budak-budak, Raqib akhirnya jatuh kelelahan di astaka yang berada di tepi padang sekolah.

Penat siot!

Tak lama selepas itu, datang sosok wanita yang menghulurkan botol air masak di hadapannya.

Raqib tersenyum lalu bangkit dari rebahan.

"Cantiknya my sweetie hari ni. Nak goda siapa?" Raqib mengusik. Tapi itu adalah kenyataan yang tidak boleh disangkal.

Zara sungguh anggun. Dia mengenakan baju kurung Pahang berwarna merah jambu dan bercorak bunga-bunga kecil pada baju dan kain serta dipadankan dengan tudung bawal bewarna putih.

MasyaAllah bidadari!

Kalau aku jadi anak murid ni, confirm tak mengantuk punya. Raqib hanya mampu bermonolog di dalam hati.

"Apa awak ni, puji macam tu." Zara menahan diri dari perasaan malu.

"Salah ke kalau I nak puji girlfriend I sendiri?" Raqib menjongket-jongketkan keningnya.

"Eh bila masa pula saya jadi girlfriend awak ni?"

"Dah lupa ke perjanjian kita seminggu yang lepas? Belum tua dah nyanyuk." Raqib copy paste semula ayat Haikal.

Zara termangu-mangu sendiri.

"Eh.."

"Apa eh eh? Tak kira, lepas balik kerja, you kena ikut I pergi beli baju. Kita ada first date malam ni." Raqib mengenyitkan matanya sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang sempurna dan lesung pipit di sebelah kanan.

Zara terpesona, melihatkan rambut Raqib yang basah. Bentuk tubuh Raqib yang jelas kelihatan akibat bajunya yang basah.

Zara menelan air liur, kelat.

"Tergoda ke, sayang?" Raqib merapatkan wajahnya pada wajah Zara.

Continue Reading

You'll Also Like

198K 15.4K 35
𝐕𝐈𝐇𝐀𝐀𝐍 ♡ 𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍𝐈𝐊𝐀 Ruhanika, a quiet introvert with a passion for books and study. She thrives in the world of words, finding solace in...
10.1M 638K 168
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
795K 34.7K 57
"Mujhe jhelna mushkil hai nader," she said with a smile while her gaze was fixed on the table. ("It's difficult to tolerate me, Nader") "Main jhel l...
5.5M 224K 67
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...