MRS. ZARITH ADHAM | C

By nrshaae_

608K 22.4K 1.3K

[Complete] ๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž : ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐š๐ข๐ฌ๐ฒ ๐™๐š๐ซ๐ข๐ญ๐ก ๐€๐๐ก๐š๐ฆ | ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ซ๐ž๐ฒ๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐๐ข๐ง๐š Dari... More

Zarieysa ๊จ„
Zarieysa | 01
Zarieysa | 02
Zarieysa | 03
Zarieysa | 04
Zarieysa | 05
Zarieysa | 06
Zarieysa | 07
Zarieysa | 08
Zarieysa | 09
Zarieysa | 10
Zarieysa | 11
Zarieysa | 12
Zarieysa | 13
Zarieysa | 14
Zarieysa | 15
Zarieysa | 16
Zarieysa | 17
Zarieysa | 19
Zarieysa | 20
Zarieysa | 21
Zarieysa | 22
Zarieysa | 23
Zarieysa | 24
Zarieysa | 25
Zarieysa | 26
Zarieysa | 27
Zarieysa | 28
Zarieysa | 29
Zarieysa | 30
Zarieysa | 31
Zarieysa | 32
Zarieysa | 33
Zarieysa | 34
Zarieysa | 35
Zarieysa | 36
Zarieysa | 37
Zarieysa | 38
Zarieysa | 39
Zarieysa | 40
Zarieysa | 41
Zarieysa | 42
Zarieysa | 43
Zarieysa | 44
Zarieysa | 45
Zarieysa | 46
Zarieysa | 47
Zarieysa | 48
Zarieysa | 49
Zarieysa | 50
Zarieysa | 51
Zarieysa | 52
Zarieysa | 53
Zarieysa | 54
Zarieysa | 55
Zarieysa | 56
Zarieysa | 57
Zarieysa | 58
Zarieysa | 59
Zarieysa | 60
Zarieysa | 61
Zarieysa | 62
Zarieysa | 63
Zarieysa | 64
Zarieysa | 65
Zarieysa | 66
Zarieysa | 67
Zarieysa | 68
Zarieysa | 69
Zarieysa | 70
Epilog
Zarieysa | Special Chapter
Zarieysa | Special Chapter 02
Zarieysa | Special Chapter 03
Special Edition | Ramadhan
Special Edition | Eid

Zarieysa | 18

9.6K 391 24
By nrshaae_

Cahaya matahari masuk kedalam bilik Zarfina. Areysa yang berasa panas dimatanya terus mencelikkan matanya. Dia bangun dari baringnya dengan dratis.

Dia menilik tubuhnya. Matanya berkaca apabila meningati peristiwa semalam. Dia menangis tersedu-sedu. Zarfina baru sahaja masuk kedalam bilik menjadi binggung dan terus berlari kearah Areysa.

"Hey kenapa nangis ni?" soal Zarfina prihatin.

"Fin, aku jijik dengan diri aku Fin." Zarfina menarik Areysa masuk kedalam pelukan. Dia memujuk kawannya. "Shh tak lah. Kau tak jijiklah Sa."

"Dia sentuh aku--"

"Belum. Dia tak sentuh kau lagi." pujuk Zarfina lagi. Areysa menghamburkan pada bahu Zarfina. Zarfina hanya membiarkan sahaja.

"T-tapi aku dah tak su--"

"Stop Eysa. Dia tak sentuh lagi." tegas Zarfina bercakap.

Zarfina mendengarkan denguran halus daripada Areysa. Zarfina membaringkan tubuh Areysa kembali. Dia menyelimutkan diri Areysa.

Zarfina berjalan kearah pintu biliknya. Keluar sahaja ada sosok yang berdiri dihadapan biliknya. Zarfina terkejut.

Zarfina menggosok dadanya. "Abang ni dah kenapa diri depan bilik Fina."

"Abang nak tengok keadaan Medina."

Zarfina menggelengkan kepalanya sebagai tanda tidak boleh. "Nanti lah, dia tengah tidur."

Zarith menganggukkan kepalanya. Lalu merangkul leher adiknya. "Woi abang!"

Dia hanya menghiraukan sahaja adiknya itu. Mereka berjalan sampai diruang tamu. Zarith melepaskan rangkulan lalu melaburkan punggungnya disebelah Tuan Arel.

"Ad dah bagitahu family Eysa?" soal Tuan Arel. Zarith memandang wajah abinya lalu menganggukkan kepalanya.

Flashback...

Zarith duduk dibalkoni biliknya. Dia memegang phone-nya lalu menelefon Aisaar. Dia melekapkan phone-nya ditelinga. Beberapa saat kemudian, Aisaar mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum Sar."

"Hm waalaikumusalam, kenapa call aku memalam?"

Zarith menghela nafasnya. "Aku nak bagitahu ni.."

"Bagitahu apa?"

Zarith senyap seketika. "Hello? Kau ada dekat sana tak? Kalau ada cakap lah apa yang kau nak bagitahu."

"Haah ha, aku ada ni. Aku takut nak bagitahu."

"Apa Rith? Cakap lah."

"Medina."

"Kenapa dengan adik aku?" tanya Aisaar ingin tahu.

"Dia ham-hampir kena raped dengan Fadhi."

Aisaar terdiam. "K-kau biar betul ni?"

"Ya aku tak tipu. Kalau tak percaya kau tanya Julian."

Zarith mendengarkan Aisaar menghela nafasnya. "Sekarang dia dekat mana? Mamat tu memang jahanam lah sial. Memang aku sumbat dia dekat dalam sana."

"Jangan risau. Aku bawak balik rumah bonda. Kitorang memang dah plan untuk sumbat lahanat tu masuk dalam. So jangan risau."

"Thanks Rith. Nanti aku bagitahu yang lain. Nanti kalau kitorang nak balik Malaysia, kitorang bagitahu kau."

Zarith menganggukkan kepalanya. "Okay boleh."

"Aku tutup dulu." pamit Aisaar. Aisaar mematikan panggilan itu.

Zarith menghela nafasnya lalu memandang langit yang gelap pada malam hari.

End Flashback...

"Ad? Ad!" jerit Tengku Zanira.

Zarith kembali pada realiti. "Ya bonda kenapa?"

"Bila family Eysa balik? Orang tanya dia, dia boleh pulak termenung haih."

Zarith tersenggih dan menggaru batang lehernya. "Sorry. Ad taktahu sebab Aisaar cuma kata nanti kalau dia balik dia bagitahu." Mereka disitu hanya menganggukkan kepalanya.

Zarith memandang wajah abi dan bondanya. "Abi, bonda. Kalau Ad nak cakap something dengan abi dan bonda boleh?"

Tengku Zanira memandang wajah suaminya. Mereka membalas pandangan lalu memandang wajah anaknya.

"Apa yang Ad nak cakap?" soal Tuan Arel dengan lembut. Zarith menghela nafasnya.

"B-boleh tak kalau Ad nak jadikan Medina isteri?"

Tuan Arel memandang wajah isterinya. Mereka tersenyum dan menganggukkan kepalanya kearah Zarith. "Boleh nak. Tapi bila?"

"Ad nak terus nikah je dengan Medina. Taknak minang."

Berkerut dahi Tengku Zanira. "Kenapa?"

"Ad nak cepat halalkan Medina. Ad nak jaga dia, Ad taknak Fadhi datang lagi dalam hidup Medina."

Mereka semua tersenyum. "Kalau macamtu kami ikut sahaja. Bila Ad nak buat?" kalini Tuan Arel menyoal.

"Bulan depan. Boleh?"

"Tak laju sangat ke?"

"Tak. Lagi cepat, Ad boleh jaga Medina. Ad nak tanggungjawab atas Medina."

Mereka semua akur sahaja. "Kalau macam tu boleh. Tapi Ad kena tanya family Eysa dahulu dan tuan badannya dahulu."

"Nanti Ad jumpa mereka tapi bonda dengan abi tolong ya?"

Tuan Arel dan Tengku Zanira menganggukkan kepalanya. "Boleh."

Areysa duduk santai di tepi kolam rumah Tengku Zanira. Dia tersentak apabila ada sosok yang duduk bersebelahan dengan dirinya. Dia hanya menoleh kearah sosok itu dengan tatapan yang kosong.

"Awak okay?" soal Zarith dengan lembut. Areysa hanya menganggukkan kepalanya. Areysa memandang kolam dihadapannya kembali.

Zarith menghela nafasnya. Dia mengeluarkan sekotak cincin dari poketnya. Dia memandang kembali pada wajah Areysa. "Medina..." seru Zarith.

Areysa menoleh kearahnya. "Ya?" perlahan sahaja Areysa menyahut.

Zarith tersenyum lalu membawa kotak cincin itu dihadapan dengan Areysa. Berkerut dahi Areysa. "Apa ni?"

Zarith tidak menjawab. Dia membuka kotak itu, Areysa terkedu. "Medina." panggil Zarith.

Areysa hanya memandang wajah kacak Zarith sahaja. "Look into my eyes sayang." arah Zarith.

Areysa akur. Dia melihat mata Zarith. "Medina sayang, can you be my aku terima nikahnya?" lamar Zarith.

Areysa terkedu. "Ke-kenapa saya? Sa-saya jijik."

"Shhh." Zarith meletakkan jarinya dibibirnya. Areysa hanya mendiamkan dirinya seperti mana yang Zarith suruh.

"Awak tak jijik sayang. Dia tak sempat sentuh awak right? So jangan kata diri awak tu jijik okay? Saya taknak dengar. Saya tak suka awak cakap macamtu dekat diri awak." tegur Zarith dengan lembut.

"And kenapa awak? Sebab hati saya ada awak. Saya nak jaga awak, lindungi awak dan saya nak tanggungjawab keatas awak."

Areysa hanya menggelengkan kepalanya. "Tak."

"No excuse sayang." Zarith terpaksa kata bergitu agar Areysa ikuti.

"Awak ni dengar lah dulu."

"Apa?"

"Tak cincin pun dalam kotak tu." ujar Areysa sambil menunjukkan kearah kotak itu.

Zarith memandang kotak cincin itu lalu menepuk dahinya. "Allah ni kotak mainan anak sedara saya." Zarith tersenggih. Areysa hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Awak terima ke lamaran saya?"

Areysa menggelengkan kepalanya. Zarith yang melihat itu mendung wajahnya. Areysa tertawa halus.

"Ya saya terima lamaran awak, Zarith Adham bin Arel."

Zarith mengangkat wajahnya lalu tersenyum. "Yes!! Thank you Medina sayang! Nasib tak halal lagi kalau tak, dah peyuk."

Areysa tertawa. Tengku Zanira dan anak-anaknya melihat gelagat mereka berdua dibalik pintu sahaja.

Zarfina mendonggak kearah bondanya. "Bonda, kalau Fina nak kahwin juga boleh?"

"Dah ada calon ke?" soal Tengku Zanira. Zarif yang mendengarkan itu hanya tertawakan sahaja adiknya.

"Jangan gatal nak kahwin."

Zarfina hanya menjeling sahaja kearah Zarif. "Diamlah abang. Dulu nak dapatkan kak Ayra pun suruh Fina." Zarfina membuka cerita.

"Shh diamlah."

"Tak gentle la suruh orang." bidas Zarfina. Tajam sahaja Zarif memandang wajah adiknya.

heyyoo!! medina dgn zarith dh nk khwin gez!!! nanti sy nk wat special guest nnti heheh. ce teka siapa special guest tu????

Continue Reading

You'll Also Like

182K 7.1K 27
My Partime Wife by fairyshaax ๐Ÿค Warning : โš ๏ธ Sexy Storyline โš ๏ธUncensored โš ๏ธ18+ โš ๏ธMatured works โš ๏ธRed Flag hero { No Plagiarism allowed } { Read you...
663K 27.3K 43
โš ๏ธ NO PLAGIAT โš ๏ธ โš ๏ธ cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat โš ๏ธ [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan m...
346K 8.9K 27
ห– เฃช โ€น ๐’๐š๐ ๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž ๐๐จ๐จ๐ค ๐Ÿ ๐–ฅ” เฃช แฅซแญก [ COMPLETE ] ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐š๐ฌ ๐ก๐ข๐ฌ ๐ซ๐ž๐ ๐ซ๐ž๐ญ Kerana si kakak melarikan diri dari pernikahannya, s...
1.6M 59.5K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...