MRS. ZARITH ADHAM | C

By nrshaae_

608K 22.4K 1.3K

[Complete] ๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž : ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐š๐ข๐ฌ๐ฒ ๐™๐š๐ซ๐ข๐ญ๐ก ๐€๐๐ก๐š๐ฆ | ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ซ๐ž๐ฒ๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐๐ข๐ง๐š Dari... More

Zarieysa ๊จ„
Zarieysa | 01
Zarieysa | 02
Zarieysa | 03
Zarieysa | 04
Zarieysa | 05
Zarieysa | 06
Zarieysa | 07
Zarieysa | 08
Zarieysa | 09
Zarieysa | 10
Zarieysa | 11
Zarieysa | 12
Zarieysa | 13
Zarieysa | 14
Zarieysa | 15
Zarieysa | 17
Zarieysa | 18
Zarieysa | 19
Zarieysa | 20
Zarieysa | 21
Zarieysa | 22
Zarieysa | 23
Zarieysa | 24
Zarieysa | 25
Zarieysa | 26
Zarieysa | 27
Zarieysa | 28
Zarieysa | 29
Zarieysa | 30
Zarieysa | 31
Zarieysa | 32
Zarieysa | 33
Zarieysa | 34
Zarieysa | 35
Zarieysa | 36
Zarieysa | 37
Zarieysa | 38
Zarieysa | 39
Zarieysa | 40
Zarieysa | 41
Zarieysa | 42
Zarieysa | 43
Zarieysa | 44
Zarieysa | 45
Zarieysa | 46
Zarieysa | 47
Zarieysa | 48
Zarieysa | 49
Zarieysa | 50
Zarieysa | 51
Zarieysa | 52
Zarieysa | 53
Zarieysa | 54
Zarieysa | 55
Zarieysa | 56
Zarieysa | 57
Zarieysa | 58
Zarieysa | 59
Zarieysa | 60
Zarieysa | 61
Zarieysa | 62
Zarieysa | 63
Zarieysa | 64
Zarieysa | 65
Zarieysa | 66
Zarieysa | 67
Zarieysa | 68
Zarieysa | 69
Zarieysa | 70
Epilog
Zarieysa | Special Chapter
Zarieysa | Special Chapter 02
Zarieysa | Special Chapter 03
Special Edition | Ramadhan
Special Edition | Eid

Zarieysa | 16

9.6K 371 1
By nrshaae_

Keesokkan harinya, Areysa membuat sarapan pagi untuk dirinya dan Adra. Areysa hanya memasak roti sardin sahaja. Dia menghidang makanan diatas meja.

"Goodmorning babe." sapa Adra.

Areysa menoleh kearah Adra lalu mencekak pinggang. "Waalaikumusalam dan selamat pagi Cik Adra Safina."

Adra senggih seakan tidak bersalah. Adra berjalan kearah singki lalu membasuh wajahnya. Dan dia kembali kearah meja makan.

Mereka menjamu selera. Sedang menjamu selera, loceng rumahnya berbunyi. Laju sahaja Areysa meninjau. Kelihatan Zarith terpacak didepan pagar rumahnya.

Dia mencapai tudung sarung, lalu berjalan kearah Zarith. Berkerut dahinya melihat sesuatu ditangan Zarith. Kelihatan Zarith tersenyum kearahnya.

"Assalamualaikum Medina."

"Waalaikumusalam ya." balas Areysa. Zarith memberikan mangkuk tingkat kearah Areysa. "Apa ni? Saya takde pesan pun."

"Memanglah awak takde pesan. Tapi bonda yang suruh."

Mengecil pandangan Areysa. "Iya ke bonda yang kasik? Ke awak sengaja pancing guna nama bonda?"

Laju sahaja Zarith menggelengkan kepalanya. "YaAllah betullah bonda yang kasik."

"Kalau tak percaya, malamni awak boleh tanya bonda sendiri." sambung Zarith.

"Okay." Areysa mengambil mangkuk tingkat itu.

"Thanks."

Zarith menganggukkan kepalanya. "Welcome. Saya gerak dulu ya." pamit Zarith. Areysa menjatuhkan kepalanya.

Zarith meloloskan dirinya kedalam keretanya dan meluncur diatas jalan raya. Areysa kembali masuk kedalam.

Mata Adra tertancap kearah mangkuk tingkat yang dibawa oleh Areysa. "Apa tu? Siapa kasik?" soal Adra sambil menyuap roti sardin kedalam mulut.

"Bonda kasik."

Adra menjatuhkan kepalanya. "Apa tu?"

Areysa mengangkat bahunya dan meletakkan mangkuk itu diatas meja. Dia melihat makanan.

"Kau nak makan yang bonda kasik ke?"

"Gila kau taknak makan. Sedap doh." ujar Adra.

"Ambil lah."

"Kau taknak makan?"

Areysa hanya mendiamkan dirinya sahaja. "Makan. Tapi kau makan lah. Aku nak pergi call Arel kejap."

Adra menjatuhkan kepalanya lalu mengambil pinggan di dapur.


Rumah agam Tuan Arel, sudah didatangi oleh sanak saudara. Zarith sedang menolong memasang khemah. Manakala wanita-wanita sedang memasak didapur.

"Yow bro." ada seseorang menepuk bahu Zarith. Zarith menoleh dan tersenyum. "Woh bro. Bila kau balik?"

"Aku baru je balik. Yang kau ni bila balik dari France? Aku dengar dari mulut ummi kata kau dah balik." ujar Fahriz.

"Aku dah balik berapa minggu lepas." jawab Zarith.

"Pergh tak cakap dah balik. Dah ada girlfriend ke?"

"Alah, kalau cakap pun kau bukannya boleh buat apa pun. Kau pun dekat Japan. Pasal girlfriend tu em--"

"Dia tengah tunggu someone." celah Zarif. Laju sahaja Fahriz dan Zarith memandang suara itu. Mengecil sahaja Zarith memandang wajah Zarif.

"Wah. Seriously? Siapa perempuan itu?"

"Alah adik member dia."

Membulat mata Fahriz mendengar itu. "Wah tak sangka eh? Dalam diam." kata Fahriz sambil tertawa halus.

"Yang kau? Dah dapat awek Japan?"

"Hahah takmau lah awek Japan. Dari awek Japan baik aku cari awek Malaysia."

"Kan. Awek Malaysia ga ada obat." sokong Zarif.

Mereka bertiga tertawa. "Hai abang Ad! Lama Put tak jumpa abang." tiba-tiba ada suara lunak yang menerpa.

Mereka bertiga menoleh kearah sosok perempuan itu. Mereka bertiga hanya memandang atas bawah sahaja.

"Bala mai." bisik Zarif di telinga Zarith. Zarith hanya menganggukkan kepalanya.

"Eh apasal senyap? Sambunglah bebual."

Mereka hanya mendiamkan dirinya dan menyambung membuat kerja. Mereka hanya mengabaikan Puteri yang sedang berdiri yang tidak jauh dari mereka.

Puteri mendengus kasar. "Abang Ad!"

"Apa Put nak?" soal Zarith dengan dingin tanpa memandang wajah Puteri. Puteri tersenyum apabila Zarith melayaninya.

"Put nak tanya abang sihat ke tak?"

Zarith mendengus kasar. "Abang tengah buat apa sekarang?"

Berkerut dahi Puteri. "Abang tengah pasang khemah."

"Hah. Kalau abang tengah pasang khemah, maksudnya abang sihat lah."

"Eh haah lah haha." Puteri buat-buat ketawa bagi menutup rasa janggalnya.

Puteri hanya menilik belakang tubuh Zarith. Sedang dia duduk diluar, ada suara yang memanggil dirinya.

"Puteri Nadya. Sila masuk!" panggil Zarfina. Puteri menoleh kearah Zarfina yang sedang mencekak pinggang.

"Kau nak apa?"

"Kau masuk sekarang! Kau takyah nak gatal duduk dekat luar. Tak nampak ke semua dekat luar tu lelaki? Kau perempuan ke jantan?! Tak reti nak masuk? Cubalah tolong-tolong dekat dalam, jangan nak menggelak aje! Tau melantak je." sindir Zarfina.

Puteri hanya menjeling kearah Zarfina. "Taknak!"

Zarfina mengetap giginya. Dia mengepal tangannya, Zarfina tiba-tiba tersenyum kearah Puteri. Tersenyum sengget, dan itu membuatkan Puteri menjadi seram dengan Zarfina.

"Puteri Nadya.." panggil Zarfina dengan lembutnya. Apabila berasa seram dengan nada panggil Zafina, dia laju-laju masuk kedalam rumah. Selepas sahaja Puteri melintas masuk, Zarith tersenyum.

"Thanks Fina! Nanti abang naikkan duit bulanan kau."

Tersenyum Zarfina dan menganggukkan kepalanya. "Thanks abang! Fina masuk dulu bye!" pamit Zarfina. Zarith hanya menganggukkan kepalanya. Zarfina berjalan masuk kedalam rumahnya dan Zarith sambung menyiapkan kerjanya.

"Ad tu takde calon ke?" soal Makngah. Datin Nafisah.

Tengku Zanira tersenyum. "Ad dah ada calon, cuma tunggu masa je dia nak masuk minang."

"Jangan lama sangat. Nanti melepas."

Tengku Zanira hanya tersenyum sahaja. Datin Nafisah memandang tubuh Zarfina yang baru sahaja masuk kedapur.

"Hah Fina, makngah nak tanya kamu takde ke calon-calon tunjuk dekat bonda dengan abi kamu?"

Zarfina tersentak apabila namanya dipetik. "Em takde."

"Haih nak jadi anak dara tua ke? Dulu makngah, pakngah lamar time umur 21 tahun tau."

"Itu kisah dulu lah makngah. Mana sama dengan sekarang."

"Haih sama ajelah. Ke kamu ni tak reti cari?"

Zarfina terdiam. Tengku Zanira hanya melihat sahaja percakapan dengan kakak iparnya dan anaknya.

"Betul ke kamu tak reti cari?"

"Reti je tapi tula malas lah."

"Eh boleh pulak dia malas nak cari. Nak jadi anak dara tua ke?"

"Alahai makngah. Makngah uruskan anak makngah dulu lah baru nak uruskan hal anak dara orang. Anak sendiri pun tak betul." bidas Zarfina.

Datin Nafisah terdiam. "Apa maksud kamu?"

"Lah takkan taktahu anak sendiri perangai iblis."

Datin Nafisah menggelengkan kepalanya. "Apa kamu cakap ni? Apa yang iblisnya?!" bentak Datin Nafisah.

"Wo lek-lek makngah. Kalau makngah tak percaya, makngah boleh tanya anak makngah sendiri."

"Siapa?"

"Tu." tunjuk Zarfina dengan mulutnya kearah Fazwina.

Datin Nafisah memandang anak gadisnya. "Wina!" panggil Datin Nafisah.

"Ya mummy kenapa?"

"Apa yang kamu dah buat hah sampaikan Fina kata kamu perangai iblis?!"

Berkerut dahi Fazwina. "Eh bukan anak makngah yang ni. Anak makngah yang em....hah yang namanya Fadhi tulah makngah. Bukan Wina, tapi kalau makngah nak tanya Wina tentang anak makngah yang tu dekat dia ni pun boleh."

Datin Nafisah memandang anaknya kembali. "Beritahu mommy apa yang abang D dah buat." desak Datin Nafisah.

Fazwina hanya mendiamkan dirinya. "Abang D hampir nak rogol D mommy. Tapi bukan Wina je mangsa. Adik Julian, kawan abang Ad pun sekali mommy."

Datin Nafisah terdiam. "B-betul ke?"

Laju sahaja kepala Wina menganggukkan. Datin Nafisah berasa lemah lutut dan sempat diselamatkan oleh Zarfina.

"Tapi kenapa abang D bagitahu yang dia dekat London sekarang?" perlahan sahaja suara Datin Nafisah.

"Sebab dia lari daripada polis makngah. Diakan penggedar dadah lepastu suka rogol anak orang dan suka check-in hotel." bagitahu Zarfina tanpa sebarang tapis.

Tengku Zanira hanya membiarkan sahaja anaknya bercakap tentang tu. Lagipun biarlah maknya tahu tentang perangai anaknya itu.

hii saya nak mintak maaf pasal tak update semalam. I'm sorry sebab line saya tak berapa elok dari pagi sampailah malam. Sorry again sayang.

apa-apa pun jangan lupa vote & comment sayang! happy reading & selamat pagi!

Continue Reading

You'll Also Like

40.5K 3.1K 61
"eeeey!! tengoklah kejap lagi selipar jepun kau terputus pastu kau terpeleot jatuh longkang!" - Anayra Zaara Garang? itulah dia insan bernama Anayra...
410K 19.3K 60
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 2 ) RANKING NO 3 ACTION ๐Ÿ… RANKING NO 1 DINGIN๐Ÿ… Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putr...
937K 82.4K 70
Melissa Adeera, trauma yang datangnya dari insan bergelar lelaki telah menghadirkan sebuah mimpi buruk padanya setiap hari. Setiap malam. Setiap wak...
478K 34.6K 29
Dayyan Mikael & Arisha Maisarah Dipaksa berkhawin akibat aturan keluarga? itulah kisah dayyan dan juga arisha. dari zaman sekolah hingga ke anak cucu...