Mr Vader (OG)

By coffeloff

17.5K 1.7K 98

Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang l... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40

Bab 32

322 41 0
By coffeloff

"Pejam celik, pejam celik dah nak kahwin kawan aku." Suara Ayesha seakan mengejek. 

Eh minah ni!

"At least aku dah nak kahwin. Dari kau? Sibuk angau dengan artis Kpop yang tak tahu kewujudan kau. "ujarku geram.

"Macam mana kau boleh terima Muqris, eh? Sedangkan kau kenal dia tak sampai setahun, terus dia ajak kau kahwin. Jangan- jangan kau kena santau dengan dia kot!"

"Allah berfirman dalam surah Al Baqarah, ayat ke 191 yang bermaksud 'Dan fitnah lebih besar dari membunuh'. Kalau Muqris dengar, kau memang kena dengan dia. "

Ambik kau! Ayat Al Quran terus aku bagi. Nasib tak bertaranun aku kat sini.

"Gurau-gurau. "Ayesha sengih hingga menampakkan giginya yang tersusun rapi.

"Aku terima sebab angah." Air limau  aku kacau menggunakan straw. Dihirup untuk menghilangkan rasa dahaga.

Ayesha mengangkat tangan menyuruh aku berhenti dari bercakap. Suasana bising di kedai makan dihiraukan.

Aku memandangnya dengan hairan.

"Muqris jumpa angah? Sumpah aku tak percaya." ujar Ayesha dengan nada terkejut. Tak sangka Muqris sanggup berjumpa dengan angah. Masalahnya, aku pun tak sangka.

"Aku pun macam kau."ujarku. Aku pun tak sangka dia sanggup berjumpa dengan angah. Bukan angah je, seluruh ahli keluarga aku.

Ayesha memandangku dengan riak curiga.

Ha sudah! Apa yang  minah ni nak.

"Betul ke kau terima sebab angah?"soalnya.

Nak tipu ke jujur. 

Jawapannya tak. Aku terima sebab dia Muqris. Tak boleh nak sangkal yang dia cinta pertama aku walaupun aku berjumpa dengan Haizul dulu. Dengar macam complicated, tapi hidup aku memang complicated.

Walaupun naluri aku kuat mengatakan yang Muqris ada sebab tersendiri untuk menghawini aku, aku tetap menerimnya di dalam hidupku. Aku tak rasa dia kahwin dengan aku disebabkan cinta. 

Astaghfirullah. Cepat-cepat aku beristighfar. Tak baik buruk sangka dengan bakal suami sendiri, Ashal. Tapi nak buat macam mana, naluri seorang perempuan.

"Entahlah. "dalihku.

Ayesha menyandarkan badan di kerusi.  "Aku anggap kau terima sebab angah. "

Aku meletakkan jari di bibir. Ya Allah! Sakit nak mampus pakai besi ni kat gigi. Aku rasa macam nak pukul orang.

"Kau tengok tu. Bapak handsome lelaki tu. Aku syak, dia anak owner kedai ni. "

Dia mula dah dengan perangai gatal.

"Biasa je aku tengok. Muka awam. "komenku sambil memandang ke arah lelaki yang disebut Ayesha.

Pap!

Aku mendesis sakit. Padu juga tamparan Ayesha. Terasa sampai ke dalam tulang.

"Kau tak call Muqris ke? Yela, lepas kejadian tempoh hari, takkanlah sampai harini kau nak bergaduh. "Ayesha menukar topik. Isu lelaki kacak tadi ditutup.

"Malaslah. "

Kejadian tempoh hari yang dikata Ayesha ialah pergaduhan antara aku dan Muqris.

Kisahnya, aku dan Ayesha keluar waktu malam pergi main badminton. Tiba -tiba Muqris call tanya aku kat mana, laju aku jawab ada kat rumah. Yela, dah hampir pukul 10 malam. Nak diringkaskan cerita, sampai sahaja di rumah, Muqris tercongok berdiri di depan rumah aku. Memang kenalah jawabnya.

Semakin dekat dengan hari perkahwinan kami, hampir setiap hari dia memesan untuk tidak keluar seorang diri dan jangan keluar lewat malam. Nama pun Fatima Ashal. Dilanggar saja semua arahannya.

"Salah kau jugak sebab tipu dia. " Ada betulnya juga kata -kata Ayesha. Aku akui salah aku sebab tipu dia.

"Memang salah aku. Masa tu dah lewat malam. Kau ingat dia bagi ke aku keluar lewat malam? "

"Jangan -jangan dia boleh hidu kot kes kafe kau kena pecah masuk haritu. "

Oh shot!

Jangan kata dia tahu. Kes tu juga boleh jadi punca pergaduhan kami berdua.

"Takkanlah dia tahu. Tak ada sesiapa tahu kecuali kau dan Afiq.  "Aku cuba menyedapkan hati. 

Aku yakin Afiq takkan beritahu Muqris. Ayesha? Dia nampak Muqris pun lari lintang pukang. Nampak tak betapa dahsyat penangan aura tentera Muqris. Muka garang seiring dengan perangai tapi bila senyum terus hilang muka garangnya.

Seharian aku meluangkan masa dengan Ayesha. Selepas makan tengah hari, kami berdua menghabiskan masa dengan menonton wayang, bermain bowling dan bermain arked. Maklumlah, dah nak jadi bini orang. Baik bersuka ria dahulu sebelum diikat. 

Senyuman aku mati sebaik sahaja melihat kereta yang terparking di depan rumah aku. ZFM 49. Nombor plate kereta Muqris. Kali ni dia datang dengan Perodua Myvi a.k.a  'King'. 

Pelbagai soalan bermain di fikiran. Apa dia nak? Aku ada buat salah lagi ke? Matilah aku!

Kekuatan dikumpul sebelum aku keluar dari kereta. Tenang Shal. Kau tak buat salah apa pun melainkan kes keluar main badminton haritu. Salah sebelum- sebelum ni ada je tapi Muqris tak tahu. Haha!

Sangkaan aku dia akan bercakap tentang kes aku tipu dia haritu, namun sangkaan aku meleset jauh. Pandangan aku ditutupi dengan sejambak bunga ros. 

Untuk aku ke?

Teragak- agak untuk aku menyambut hulurannya.

"Aku minta maaf sebab marah kau." Dia bersuara selepas lama mendiamkan diri.

Keningku sedikit terangkat. Dia minta maaf? Oh no! Sepatutnya aku yang minta maaf dengan dia. 

"Aku rasa bersalah. Aku tahu aku tak sepatutnya kongkong kau teruk sangat."ujarnya sambil menunduk.

Tak. Aku yang sepatutnya rasa bersalah. Aku tipu dia. Aku marah dia balik sedangkan dia risaukan aku.

Dia berlalu ke kereta kemudian kembali dengan beg kertas. "Dalam ni ada strawberry tart, tart cheese, tart portugal...Kau tengok sendiri jela." Tangannya setia menghulurkan beg kertas kepada aku.

"Fahad, saya minta maaf."pohonku.  

Laju dia mengangkat kepala. Jelas wajahnya menunjukkan reaksi tidak percaya."What did you call me?" soalnya meminta kepastian.

"Fahad."

Kening lebatnya berkerut. Tak lama selepas itu, dia bantai gelak.

Eh, aku rasa nak maki je. Baru tadi dia minta maaf, tak sampai seminit dah buat dosa balik.

"First time orang panggil nama tengah aku. Bapak comel siut kau panggil nama Fahad. Cuba ulang balik." katanya namun masih tersisa ketawa di hujung ayatnya.

"Sheikh Fahad Muqris!" Suaraku naik senoktaf.

"Ok kalini tak comel. Nampak garang."

Aku rasa nak cekik leher dia kemudian humban dalam tong sampah. Urgh!

"Alaaa. Rileks la bro. Hisap vape lu!" Muqris menyandarkan tubuhnya di kereta aku. Kalau tercalar aku suruh dia ganti rugi.

"Korok mung!" Kan dah terkeluar loghat pantai timur.

Sekali lagi tawanya pecah. 

Suasana sunyi sepi buat seketika. Masing- masing melayan perasaan. Muqris membuka beg kertas yang dia ingin berikan kepadaku sebentar tadi. Disuap strawberry tart ke dalam mulut.

"Bukan tu untuk saya ke?"soalku. Nampak lahap sangat dia makan.

"Ha'a. Tapi aku nak rasa. Mana tahu kalau kedai bakery ni letak racun kan. Aku je yang masuk hospital."

"Mengarut! Siapa je nak racun saya? Ingat saya ni-"

"Ahh-" Disuakan tart ke dalam mulutku. 

Masalahnya dengan mulut dia sekali ternganga apahal?

Mataku membulat sebaik sahaja tart selamat mendarat ke dalam mulut. Mulut ditutup. 

"Sedap?" tanya Muqris. Inti yang bersisa di jari dijilat.

Angguk. Sedap gila! Inti yang tidak terlalu manis disempurnakan lagi dengan rasa masam dari buah strawberi sebagai topping. Boleh letak dalam list makanan favourite ni!

Baik juga si Kerih ni ea? Sanggup datang bawa bunga, bawa dessert. Ingatkan dia ni macam raksaksa dalam cerita Beauty and The Beast. Done kutuk. Haha!

"Aku ada cerita. "

Jarang -jarang dia nak bercerita. Perhatian aku tumpukan sepenuhnya pada dia.

"Kau nampak aku rapat dengan Aady kan? Semalam, Taufiq call aku dia kata dia tak boleh hidup tanpa aku. "

Terburai ketawa aku. Tak pelik bukan Taufiq la.

"Sekali, aku bagi jari tengah. Rupanya dia tengah demam, Ajwad beritahu aku. Taufiq ada satu tabiat. Bila dia demam, otak dia jadi biul. Hormon gay dia meningkat. "ceritanya.

"Eish! Apa pula cakap macamtu. "Aku geleng kepala.

"Betul! Dia kata dia sayang aku la. Dia rindu aku. Worst of all, he said he want to marry me. Hell nah! I like girls. "kata Muqris.

Semakin kuat aku ketawa. Nasib getah tak tercabut.

Tak sangka manja juga Taufiq bila dia demam. Muqris pun melayan je. Bapak comel friendship dorang. Hahaha!

"Gigi ok? Bukan ke semalam kau ada appoiment dengan doktor?"

Caring la jugak apek ni. Nampak macam sengaja dia mencari topik untuk meneruskan perbualan. Memang dia sengaja. Aku ni dahlah baru balik. Mandi pun belum. 

"Ada. Sakit sikit and tak selesa sebab kena pakai getah. Bila bercakap rasa macam pelat." Jam di pergelangan tangan dilihat. Jarum jam menunjukkan hampir pukul 9 malam.

"Dahlah. Pergi balik. Saya nak rehat. Nak mandi." Aku menghalaunya.

Dia menutup hidung."Patut bau macam sampah. Ada orang tak mandi lagi. Busuk!"

Aku membuat muka menyampah. Kuaja betul. Tak mengusik memang tak sah.

Muqris berdiri di sebelah keretanya menunggu untuk aku masuk terlebih dahulu. Pintu dikunci. Pintu pagar pula ditutup menggunakan remote. Ketika aku menyelak langsir, Muqris baru ingin masuk ke dalam kereta kemudian perlahan- lahan keretanya bergerak meninggalkan kawasan perumahanku.

Bunga pemberiannya aku gunting di bahagian bawah lalu diletakkan ke dalam pasu yang berisi air. Manisan pula aku letak dalam peti. Ah! Biarpun Muqris makan dulu. 

Huh! 

Buruk siku betul apek ni.

Aku mengisi masa dengan  pergi meninjau dewan yang ditempah untuk majlis resepsi  sebelah aku. Ayesha setia menemani aku. Sengaja aku mengajaknya. Taklah aku berseorangan. 

Bila diiajak Muqris, ditolak mentah- mentah. Alasannya mudah, majlis bahagian aku. Bukan bahagian dia. Banyak songeh mamat ni. Rancangan utama aku untuk mengadakan majlis di kampung tapi Muqris tak setuju. Tak ada aircond la. Sempitlah.  Kena kemas sendirilah. Nak tak nak terpaksa aku sewa dewan. 

Majlis bahagian Muqris bukan biasa biasa. Buat di hotel kau! Entah berapa puluh ribu dia habiskan. Jawapan aku pula, malas nak tahu. Duit dia, bukan duit aku.Aku berpuas hati dengan susunan meja dan keadaan dewan. Haruslah berpuas hati. Aku habiskan RM 20 000 semata- mata mengikut kehendak Muqris. Duit dah terbang.

Niat aku untuk balik ke rumah terbatal apabila aku melihat story Taufiq di Instagram. Aku dan Ayesha menuju ke suatu tempat. Tiba sahaja di tempat tersebut, beberapa orang lelaki bertubuh sasa sedang menjaga pintu masuk. Jika dikira, 10 orang lelaki sedang berjaga di kawasan tersebut.

"Tempat macam ni pun ada bodyguard? Anak sultan ke apa sampai sewa satu dewan untuk main bola keranjang ni?" Mulut Ayesha mula membebel namun tetap mengikuti langkahku dari belakang. 

Kalaulah Ayesha tahu sepupu Muqris merupakan CEO Vatos yang hangat disebut di kalangan wanita, memang pengsan minah ni. Dah memang manusia- manusia yang ada dalam dewan ni 'sultan'.

"Muqris." Aku menyebut nama Muqris dan laju sahaja lelaki yang menjaga pintu masuk itu memberi laluan untuk aku masuk.

Pintu ditolak. 

Kelibat 5 orang lelaki sedang rancak bermain bola keranjang. Bunyi suara mereka begitu riuh memenuhi segenap dewan. Tiba- tiba bola datang bergolek sehingga menyentuh kakiku. Suasana yang riuh bertukar senyap.

"Hei! Future wife!" Muqris menyapa dengan senyuman di bibirnya. Rambutnya jatuh ke depan dengan peluh yang menitik membuatkan dia semakin kacak.

"Ajak survey dewan tak nak. Rupanya tengah syok main." Bola diambil lalu dibaling ke arahnya.

Bola yang dibalingku agak tinggi hingga menyebabkan Muqris terpaksa melompat untuk menangkap. Apa? Mentang- mentang aku pendek, tak boleh baling bola tinggi ke? Bekas wakil kessuma bola jaring ni bos.

"Shal. Lama tak nampak." Yan menyapa.

"Masuk kem, mana nak nampak."balasku. Yan ketawa. 

"Oh no. Mata aku." Ayesha menutup matanya. 

Terkejut disebabkan melihat Aady yang bermain bola keranjang tidak memakai baju. Sekadar memakai seluar pendek paras lutut.

Tak payah nak tutup sangat Esha. Oppa Kpop kau pun tunjuk badan. Kira beruntung Ayesha dapat tengok badan Aady yang lebih sasa dari oppa-oppa yang dia gilakan sangat.

Aku dan Ayesha melabuhkan punggung di tempat duduk. Muqris datang, diambil air botol. Diminum dengan lahap.

Kau ingat tengah shooting iklan air Evian ke gila?

"Apahal kau datang sini?" soalnya. Air yang jatuh ditepi bibir dilap kasar.

"Nak ajak pergi masjid untuk akad nikah nanti. Call tak angkat. Nasibllah Taufiq 'update'." Sengaja aku menguatkan ayat terakhir. Taufiq tersengih mendengar namanya disebut.

"Sama-sama!" laung Taufiq. 

Geng baru aku, Taufiq.

"Lupa. Kau tunggu sampai aku siap main. Nanti kita pergi."

"Pakai seluar atas lutut tapi tegur orang pakai tudung singkat. Cermin tak cukup gamaknya." Ambik kau! Peluru berpandu terus aku bagi.

Muqris menjelirkan lidahnya. Tak terkesan dengan sindiran aku.

Lantak kaulah apek.

Ajwad mengelap peluhnya menggunakan tuala lalu dibaling tuala tepat ke muka Ayesha." Tutup mata kau. Aku tengah sexy ni."

Ayesha merentap kasar tuala tersebut."Salah aku ke kalau kau pakai seluar pendek?"

"Salah. Sebab lelaki- lelaki hot and spicy tengah main bola keranjang. Nanti ada sos tomato keluar dari hidung." kata Ajwad.

Pecah tawa aku.

 Sos tomato yang disebut Ajwad itu ialah darah. Kalau perempuan lain boleh jadi ya. Aku dan Ayesha tak. Betul- betul 'hot and spicy' mereka berlima bermain bola keranjang. Tapi Aady dan Muqris lebih menyerlah mungkin kerana skill mereka berdua.

Hampir 30 minit aku menunggu, barulah mereka selesai bermain. Mereka berpecah kepada tiga. Aady, pergi entah ke mana. Ajwad, Taufiq dan Yan pergi mengisi perut, lapar katanya. Muqris mengikuti aku dengan menggunakan keretanya dari belakang. 

Ketika berada di masjid, Muqris menyuruh aku dan Ayesha masuk untuk lihat sendiri keadaan masjid tersebut. Dia sekadar duduk di luar. Katanya, dia berpeluh dan tidak bersih, lagi- lagi bila dia memakai seluar tidak menutup aurat. 

Apa yang aku boleh kata padanya, padan muka ko! Lain kali pakai lagi. Pakai boxer terus pun tak apa.

Continue Reading

You'll Also Like

2M 88.2K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
507K 17.4K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
101K 3.6K 72
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
31.2K 1.6K 57
Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghantui dirinya. Bisikan halus kerap menghas...