MRS. ZARITH ADHAM | C

Por nrshaae_

595K 22.2K 1.3K

[Complete] ๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž : ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐š๐ข๐ฌ๐ฒ ๐™๐š๐ซ๐ข๐ญ๐ก ๐€๐๐ก๐š๐ฆ | ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ซ๐ž๐ฒ๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐๐ข๐ง๐š Dari... Mรกs

Zarieysa ๊จ„
Zarieysa | 01
Zarieysa | 02
Zarieysa | 03
Zarieysa | 04
Zarieysa | 05
Zarieysa | 06
Zarieysa | 07
Zarieysa | 08
Zarieysa | 09
Zarieysa | 10
Zarieysa | 11
Zarieysa | 12
Zarieysa | 14
Zarieysa | 15
Zarieysa | 16
Zarieysa | 17
Zarieysa | 18
Zarieysa | 19
Zarieysa | 20
Zarieysa | 21
Zarieysa | 22
Zarieysa | 23
Zarieysa | 24
Zarieysa | 25
Zarieysa | 26
Zarieysa | 27
Zarieysa | 28
Zarieysa | 29
Zarieysa | 30
Zarieysa | 31
Zarieysa | 32
Zarieysa | 33
Zarieysa | 34
Zarieysa | 35
Zarieysa | 36
Zarieysa | 37
Zarieysa | 38
Zarieysa | 39
Zarieysa | 40
Zarieysa | 41
Zarieysa | 42
Zarieysa | 43
Zarieysa | 44
Zarieysa | 45
Zarieysa | 46
Zarieysa | 47
Zarieysa | 48
Zarieysa | 49
Zarieysa | 50
Zarieysa | 51
Zarieysa | 52
Zarieysa | 53
Zarieysa | 54
Zarieysa | 55
Zarieysa | 56
Zarieysa | 57
Zarieysa | 58
Zarieysa | 59
Zarieysa | 60
Zarieysa | 61
Zarieysa | 62
Zarieysa | 63
Zarieysa | 64
Zarieysa | 65
Zarieysa | 66
Zarieysa | 67
Zarieysa | 68
Zarieysa | 69
Zarieysa | 70
Epilog
Zarieysa | Special Chapter
Zarieysa | Special Chapter 02
Zarieysa | Special Chapter 03
Special Edition | Ramadhan
Special Edition | Eid

Zarieysa | 13

9.6K 396 18
Por nrshaae_

Happy reading!

Areysa sedang bersiap untuk pergi berjumpa dengan Zarfina dan Adra. Dia melilitkan tudung diatas kepalanya.

Setelah siap Areysa berjalan keluar dari biliknya. Dia menuruni anak tangga satu persatu. Sampai sahaja di anak tangga terakhir, dia terlihat Puan Iman sedang bermain dengan Aeman.

Areysa berjalan kearah mereka berdua. "Ee budak debab awal bangun." ujar Areysa sambil mencium pipi Aeman.

Anak kecil itu tertawa. Semakin ligat Areysa mencium pipi Aeman.

"Eysa nak pergi mana?" soal Puan Iman.

"Nak pergi jumpa Fina dengan Adra. Lepastu nak pergi office abang Aisaar."

"Hati-hati." pesan Puan Iman. Areysa menganggukkan kepalanya.

Areysa melangkah kearah pintu rumahnya. Dia meloloskan dirinya masuk kedalam keretanya.

Kereta itu meluncur diatas jalan raya. Sampai sahaja di cafe milik Adra. Dia keluar dari perut keretanya lalu melangkah masuk kedalam cafe.

Dia jalan kearah Zarfina dan Adra. Dia melaburkan punggungnya bersebelahan dengan Zarfina.

"Kenapa korang nak jumpa aku?" soal Areysa.

Adra dan Zarfina memandang wajah Areysa. Adra mengelah nafasnya manakala Zarfina hanya merenung sahaja wajah Areysa.

"Fadhi." kata Zarfina.

"Why?"

"Dia hampir perkosa adik dia sendiri." jelas Zarfina.

"Adik? Dia ada adik ke?" Zarfina menganggukkan kepalanya.

"Adik bongsu dia."

"Serious lah?"

Zarfina tetap menganggukkan kepalanya sahaja. "Adik dia sekarang dekat rumah aku. Aku taktahu lah apa masalah sampaikan pakngah aku tak percaya yang anaknya nak rogol Fazwina."

"Nama adik Fadhi, Fazwina?"

"Ya. Fadhi hampir adik dia sendiri. Tapi bapak dia tak percaya anak lelaki dia tu nak rogol anak perempuan dia. Like urgh aku taktahu nak cakap apa."

Areysa mengeluh. "Why kau ngeluh? Tak percaya aku cakap? Aku takkan reka cipta lah Areysa. Kalau tak percaya meh pergi rumah aku tanya Fazwina sendiri."

"Okay aku percaya."

Zarfina hanya menundukkan pandangannya sahaja. "Tapi bukan ke Fadhi tu diburu polis?" soal Areysa.

"Ya. Dia memang diburu polis. Dia menyorok dekat panthouse dia. Dia datang rumah Fazwina, lepastu time tu lah dia nak rogol. Nasib baik time tu housemate Fazwina balik cepat. Selamatkan." cerita Zarfina.

Areysa terdiam. Dia tidak tahu macam mana nak cakap tentang Fadhi. Kebanyakkan daripada mereka kata sama sahaja. Fadhi diburu polis. Dan dia perogol bersiri.

Setelah berjumpa dengan Zarfina dan Adra, Areysa pergi ke pejabat abangnya. Semasa dia ingin masuk kedalam pejabat itu, dengan tidak sengajanya dia terserempak dengan Zarith.

Mereka membalas pandangan. Zarith tersenyum, manakala Areysa hanya menanyangkan wajah biasanya sahaja.

Dah beberapa kali dia datang office Aisaar, mesti terserempak dengan si Zarith ni. Dia takde kerja lain ke?

"Awak kerja apa sebenarnya ni? Asyik jumpa awak je bila saya pergi office abang saya." soal Areysa dengan dahinya berkerut.

Zarith tersenyum. "Saya? Kerja apa? Meh saya bagitahu. Kerja saya sebenarnya mengejar cinta awak kembali. Disebabkan awak penat kerja cinta saya, biar kalini saya kejar cinta awak. Cia cia cia."

Tercengah Areysa mendengarkan itu. Dia sebenarnya tidak faham dengan jawapan lelaki itu.

Dia hanya merenung sahaja anak mata Zarith. Lama dia berdiam diri. "Sumpah tak kelakar." kata Areysa.

Zarith sudah tertawa kecil. "Saya ada je kerja. Tapi tulah setiap kali saya free je, mesti akan terserempak dengan awak."

"Tu pickupline juga ke?"

"Kalau awak rasa ya, ya lah kot haha."

Areysa hanya menjeling sahaja kearah Zarith. "Awak dah fikirkan ke lamaran tu? Apa jawapan awak?" tanya Zarith

Areysa menghela nafasnya. "Kamu nanyak?"

Zarith tersenyum dengan tingkah Areysa. "Jawab betul-betul lah."

"Kamu nanyak?"

"Eh kau tunggu nanti aku dah dapat kau memang aku babap kau Medina." kata Zarith dengan perlahan. Ayatnya itu dapat didengari oleh Areysa.

"Apa awak kata? Saya kurang dengar lah."

Laju sahaja Zarith menggelengkan kepalanya. "No no takde pape."

Areysa mengecilkan pandangannya.

"Awak dah fikir belum sayang?"

Areysa hanya mengangkat bahunya sahaja dan meninggalkan Zarith dibawah. Sampai sahaja di tingkat yang ingin dituju. Areysa menolak pintu bilik Aisaar.

Dia meloloskan dirinya masuk kedalam. "Abang ada buat appointment dengan Zarith?"

Aisaar memandang wajah Areysa. Dahinya berkerut. "Appointment dengan Zarith?"

Areysa menganggukkan kepalanya. "Takdelah."

"Habistu tadi dia dekat bawah--"

"Assalamualaikum papa Aeman dan suami Aafyah!!" sapa Zarith dengan cerianya.

Areysa dan Aisaar memandang kearah Zarith yang sedang berdiri dipintu.

"Kau lain kali jangan sergah boleh tak?"

"Waalaikumusalam." jawab Areysa.

Zarith hanya menggarukan belakang lehernya.

"Kau ada apa datang sini?" soal Aisaar.

"Saja je datang jumpa bakal abang ipar."

Areysa hanya mendiamkan dirinya sahaja. "Eysa balik dululah bye abang."

Zarith dan Aisaar hanya melihat sahaja pemergian Areysa. Apabila bayangan Areysa sudah hilang, Zarith datang kearah Aisaar lalu melaburkan punggungnya dihadapan Aisaar.

"Kau dah dapat jawapan?"

"Dia tak jawab." jawab Zarith. Dia mengambil pen diatas meja Aisaar lalu memusingkan pen itu.

*ੈ✩‧₊˚༺☆༻*ੈ✩‧₊˚

Areysa membaringkan dirinya diatas katilnya selepas dia membersihkan dirinya. Pintu biliknya dikuak dari luar.

"Boleh akak masuk?"

Areysa mengangkat kepalanya. "Boleh."

Aafiyah berjalan kearah katil Areysa. Lalu melaburkan punggungnya dibirai katil. Areysa bangun dari baringnya.

"Akak nak cakap sikit boleh?"

"Cakap apa tu?"

"Tentang Fadhi."

Berkerut dahi Areysa. "Kenapa dengan Fadhi?"

"Actually akak kenal Fadhi tu, dia dulu sama-sama sekolah rendah. Kami sebaya. Dia dulu orangnya bail sahaja. Selepas sahaja masuk sekolah menengah, dia start ambil barang."

"Barang? Barang apa?" soal Areysa dengan polosnya.

Aafiyah mengambil tangan Areysa. Dia menggosok tangan Areysa. "Barang tu macam dadah. Kalau Eysa tanya kenapa takde orang tak report pasal tu. Sebab cable."

"Cable dia sangat kuat. Sampaikan takde siapa yang boleh halang dia untuk buat benda yang terlarang."

"Kenapa akak baru kasik tahu Eysa?"

Aafuyah tersenyum. "Akak ingatkan dia cuma ambil barang sahaja. Taktahu lah pula sampai dia jadi perogol." jawab Aafiyah dengan tenang.

Areysa menganggukkan kepalanya sahaja. "Jadi akak nak Eysa jauhkan diri daripada Fadhi. Dia semakin hari semakin bahaya."

Areysa tersenyum. "Baiklah."

"Akak keluar dulu ya? Nanti kang Aeman cari akak takde dia melalak."

Areysa tertawa kecil. "Baiklah, nanti Eysa nak turun."

Aafiyah menganggukkan kepalanya lalu meninggalkan Areysa berseorang didalam bilik itu. Areysa membaringkan tubuhnya kembali dan dia hanya memandang syiling biliknya.

"Aku rasa aku kena cuba jauhkan diri dari Fadhi." gumam Areysa.


"Ad, nanti Ad ajak Eysa datang kenduri tau."

"Baik bonda." ujar Zarith. Dia menyambung menyuapkan nasi kedalam mulutnya.

Mereka sedang makan malam. Zarfina hanya memandang abangnya. Dia menendang kaki abangnya itu.

Zarith merintis kesakitan. Tengku Zanira melihat wajah berkerut melihat anaknya.

"Ad kenapa?"

"Fina bonda. Dia tendang kaki Ad." adu Zarith dengan manja kepada Tengku Zanira.

Tengku Zanira memandang anak perempuannya itu. "Fina apa ni?"

"Ish bonda ni, Fina saja je tendang kaki abang Ad."

Zarif dan Tuan Arel hanya memandang sahaja. Tiada tanda-tanda untuk masuk campur hal mereka bertiga.

"Kau dah dapat hati Eysa?" soal Zarif.

"Belum." jawab Zarith sambil menyuapkan nasi kedalam mulutnya.

"Cuba kau bagi effort sikit untuk dapatkan dia. Tulah kau reject dia lagi. Kan dia dah taknak kau--- Aduh!"

Zarif memandang wajah isterinya. Isterinya hanya menjeling sahaja. "Kalau biy rasa tak boleh nak tolong takyah nak serabutkan kepala dia boleh tak?"

Zarif mencebikkan bibirnya. "Alah yayang ni dari haritu asyik backup Ad je. Takde pun nak support biy."

"Masalahnya benda yang biy cakap tu selalu menyerabutkan kepalanya orang tau. Mana yayang nak support biy." ujar Ayra.

"Dahlah Rif takyah nak cebik sangat. Anak nak masuk dua pun, peragai mengada-ngada ke?" kata Tuan Arel.

Merah wajah Zarif. "Abi nak tahu, Zarif ni sejak anak nak masuk dua. Perangai dia bukan main lagi mengada." Ayra membuka aib Zarif.

Semakin merah wajah Zarif. Mereka yang duduk disitu hanya tertawakan Zarif sahaja.

*ੈ✩‧₊˚༺☆༻*ੈ✩‧₊˚

hi, vote & comment :)

inshaAllah saya akan update next chapter malamni dengan secepat yang mungkin hehe. loveyouu!!

Seguir leyendo

Tambiรฉn te gustarรกn

163K 5.6K 61
KARYA PERTAMA - NURUL ASYIQIN Tengku Aaryan Zahreen โ†| Azzahra Raissa โƒ "Me? I'm cold hearted men & a killer" -Tengku Aaryan Zahreen- Sejauh manapun...
813K 47.7K 56
Seorang gila, seorang tiada perasaan. Yang sama cuma dua-dua tak fikir panjang. Menyesal? Dah tak berguna. "Taknak kahwin dengan aku? Aku akan past...
1.7M 92.6K 64
@Married Mr. Nerdy @RomanticGenre @ChocoLyn @2019 @Ke-10 Bercinta dengan orang lain, berkahwin pula dengan orang lain?!! Itulah orang katakan takdir...
213K 10.1K 24
[FOLLOW SEBELUM BACA] Seorang lelaki kacak yang berkacukan German . Izzyan Axel jejaka berusia 26 tahun . Semua perempuan baginya sama menyusahkan da...