MRS. ZARITH ADHAM | C

By nrshaae_

594K 22.2K 1.3K

[Complete] 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 : 𝐇𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐬𝐲 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐀𝐝𝐡𝐚𝐦 | 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐫𝐞𝐲𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 Dari... More

Zarieysa ꨄ
Zarieysa | 01
Zarieysa | 02
Zarieysa | 03
Zarieysa | 04
Zarieysa | 05
Zarieysa | 06
Zarieysa | 07
Zarieysa | 08
Zarieysa | 09
Zarieysa | 10
Zarieysa | 12
Zarieysa | 13
Zarieysa | 14
Zarieysa | 15
Zarieysa | 16
Zarieysa | 17
Zarieysa | 18
Zarieysa | 19
Zarieysa | 20
Zarieysa | 21
Zarieysa | 22
Zarieysa | 23
Zarieysa | 24
Zarieysa | 25
Zarieysa | 26
Zarieysa | 27
Zarieysa | 28
Zarieysa | 29
Zarieysa | 30
Zarieysa | 31
Zarieysa | 32
Zarieysa | 33
Zarieysa | 34
Zarieysa | 35
Zarieysa | 36
Zarieysa | 37
Zarieysa | 38
Zarieysa | 39
Zarieysa | 40
Zarieysa | 41
Zarieysa | 42
Zarieysa | 43
Zarieysa | 44
Zarieysa | 45
Zarieysa | 46
Zarieysa | 47
Zarieysa | 48
Zarieysa | 49
Zarieysa | 50
Zarieysa | 51
Zarieysa | 52
Zarieysa | 53
Zarieysa | 54
Zarieysa | 55
Zarieysa | 56
Zarieysa | 57
Zarieysa | 58
Zarieysa | 59
Zarieysa | 60
Zarieysa | 61
Zarieysa | 62
Zarieysa | 63
Zarieysa | 64
Zarieysa | 65
Zarieysa | 66
Zarieysa | 67
Zarieysa | 68
Zarieysa | 69
Zarieysa | 70
Epilog
Zarieysa | Special Chapter
Zarieysa | Special Chapter 02
Zarieysa | Special Chapter 03
Special Edition | Ramadhan
Special Edition | Eid

Zarieysa | 11

10.3K 397 4
By nrshaae_

Kaki Zarith melangkah kearah Tengku Zanira yang sedang memberi ikan makan. Dia menyandarkan kepalanya pada bahu bondanya.

"Kenapa Ad macam sedih je?" soal Tengku Zanira.

"Bondaa. Medina kata dia lebih kenal Fadhi. Jadi dia tak percayakan Ad."

"Maksud Ad?"

Zarith menghela nafasnya lalu menceritakan kejadian tadi kepada Tengku Zanira. Tengku Zanira yang mendengarkan itu hanya mengeluh kecil.

"Rasa Ad lah bonda, Fadhi tu dah brain wash kepala Medina lah."

Tengku Zanira memukul peha anak terunanya itu. "Ish sampai situ pulak fikirnya."

"Habis tu dia boleh kata macam tu."

"Bonda taktahu. Jadi apa plan Ad lepasni?"

"Tahlah bonda. Ad taktahu, Ad bukannya give up cuma sekarang ni Ad tengah fikir macam mana nak ambil hati dia."

"Apa kata, kita buat kenduri nak?"

Zarith memandang wajah Tengku Zanira. "Bila tu bonda?"

"Dua minggu akan datang. Lagipun abi dengan bonda memang dah plan nak buat kenduri untuk Ad yang baru balik dari France."

Zarith menganggukkan kepalanya sahaja. "Ad ikut je bonda cakap."

"Kalau macam tu, ajak kawan-kawan Ad datang." Zarith menganggukkan kepalanya.

"Baik bonda."

Adra melihat wajah sedih Areysa. Adra menepuk meja itu. Areysa tersedar dari lamunan.

"Kau okay tak?"

"Okay."

"Jangan nak tipu aku. Dari riak wajah kau, aku tahu kau ada masalah. Taknak share ke?"

Areysa mengeluh. "Dia datang balik."

Berkerut dahi Adra. "Siapa?"

"Zarith. Yang aku pernah confess tu."

"Abang Fina?"

Areysa menjatuhkan kepalanya. "Kenapa kalau dia datang balik pun? Aku masih tak faham. Apa ni?"

"Dia lamar aku." Adra sudah tersenyum.

"Kau ni dah kenapa tersenyum?"

"Takdelah, Zarith nak lamar kau okay lah. Asal yang kau nak sedihkan lagi?"

"Fadhi." itu sahaja yang keluar dari mulut Areysa. Adra yang mendengarkan itu sudah berubah riak wajahnya.

"Asal dengan dia?"

"Zarith kata yang Fadhi tu ada sisi lain yang dia tak pernah tunjuk dekat aku."

"Fina takde cakap apa-apa pun. Lagi satu Fadhi tu cousin dorang." sambung Areysa.

"Kau terima ke lamaran Zarith tu?"

"Aku belum bagi kata putus. Aku kata dengan Zarith bagi aku masa untuk fikir."

"Kau break jelah dengan Fadhi. Mamat tu panas baran weh." kata Adra.

"Macam mana kau tahu?"

"Fina ceritakan semua dekat aku." Membulat mata Areysa. "Asal Fina tak cerita dekat aku pasal tu?"

"Okaylah aku cerita dari A to Z lah ya. Sebab pertama Fadhi suruh dia rahsiakan tentang tu. Kalau kau tanya sebab apa Fadhi suruh rahsiakan itu kami berdua taktahu. Sebab kedua, Fadhi taknak orang burukkan diri dia."

"Kalau dia cerita dekat kau pun, kau bukannya percaya. Kaukan percayakan Fadhi sepenuhnya. Mana nak dengar orang cakap."

Benar kata Adra. Dia tidak pernah sekalipun mahu mendengar apabila orang mengata tentang Fadhi. Baginya Fadhi itu hanyalah orang baik dimatanya.

*ੈ✩‧₊˚༺☆༻*ੈ✩‧₊˚

Areysa masuk sahaja didalam rumah, terlihat sosok adiknya sedang menonton televisyen. "Baru balik kak?" soal Airiel.

"Haah. Bila kau balik?"

"Tadi, lusa dah balik kampus balik."

"Ouh faham. Aku naik dulu lah." pamit Areysa. Kaki Areysa melangkah kearah tangga tapi terbantut apabila walidnya memanggil dirinya.

"Eysa, walid nak cakap kejap."

Areysa akur. Dia datang kearah walidnya. "Yaa walid kenapa?"

Encik Khai menghadap anaknya. Dia mengelus pipi anak perempuannya itu. "Eysa, walid nak pesan. Kalau nak ada suami mesti cari yang baik akhlaknya. Walid taknak anak walid ni sakit disebabkan salah pilih suami." pesan Encik Khai.

Areysa menganggukkan kepalanya. "Baik walid. Eysa sayang walid." ungkap Areysa sambil memeluk tubuh badan Encik Khai. Encik Khai tersenyum.

"Walid pun sayang anak perempuan walid sorang ni." Encik Khai mencium ubun-ubun anak perempuannya. Areysa melepaskan pelukkannya, manakala Encik Khai masih mengelus pipi anak perempuannya itu.

"Walid doakan Eysa dapat jodoh yang baik ya sayang. Nanti kalau walid dah takde, dengar cakap suami Eysa nanti ya?"

Areysa terdiam. "K-kenapa walid cakap macamni? Walid nak tinggalkan Eysa ke?" mata Areysa menjadi berair.

Encik Khai tersenyum dan menggelengkan kepalanya. "Takdelah. Walid tak pergi mana pun. Walid ada dekat sini, janganlah nangis anak walid ni. Tak cantik dah."

Tangan Encik Khai masih mengelus pipi anak perempuannya. "Dah Eysa pergi mandi, Eysa busuk baru balik. Ee." usik Encik Khai.

"Walid!! Mana ada."

Encik Khai tertawa kecil. Kaki Areysa melangkah kearah tangga. Sampai sahaja dibiliknya, dia mencempakkan kesemua barangnya diatas katil lalu dia berjalan masuk kedalam kamar mandi.

Keluar sahaja dari kamar mandi, Areysa mengeringkan rambutnya lalu melaburkan punggungnya di meja solek. Dia menyapu losyen ke kulitnya.

Ring! Ring! Ring!

Phone Areysa berbunyi bergema didalam bilik itu. Areysa bangun dari duduknya dan pergi mengambil telefonnya.

Dia tersenyum apabila mendapatkan panggilan dari buah hatinya iaitu Fadhi. Laju sahaja tangannya mengangkat panggilan itu.

"Hello sayang." sapa Fadhi.

"Hi awak."

"Awak buat apa tu sayang?" soal Fadhi. Areysa bermain dengan jari runcingnya.

"Baru lepas mandi, kenapa wak?"

"Saya nak beritahu kalau malamni saya flight pergi ke Dubai. Tak lama pun sayang 3 hari je."

"Ouhh faham, nanti jangan lupa ole-ole tau Fadhi. Hehe sayang awak."

"Yelah Areysa ku sayang. Okay lah saya letak dulu bye. I love you."

"Bye i love you too." balas Areysa. Areysa menamatkan panggilan itu. Dia meletakkan kembali phone lalu berjalan kearah balkoni.

Dia mengambil angin petang. Sedang bersantai, dengan tidak sengajanya ada mata yang memandang kearahnya.

Apabila dia perasan akan itu, laju sahaja dia masuk kembali kedalam biliknya dan mengunci pintu balkoni. Dia keluar dari biliknya. Tak betah mahu duduk lama-lama dalam bilik. Takut.

Sampai sahaja dibawah, terlihat Aeman sedang tidur bersama-sama dengan Airiel. Kaki melangkah kearah dua lelaki kesayangannya itu.

Dia duduk sebelah adiknya lalu menggoyangkan lengan adiknya itu. "Eh Airiel bangun lah. Kau ni tidur asar-asar dah kenapa?"

Airiel menggeliat kecil. "Urm. Aku tertidur lah. Tadi Kak Aafiyah suruh aku jaga kejap Aeman ni. Lepastu Aeman tidur aku pun ikut lah tidur."

"Aku rasa tadi aku balik kau tengok televisyen. Tapi sekarang kau tidur pulak. Ke kau baru nak tidur."

"Mana ada, lepas kau naik tu beberapa minit tu aku tertidur dah." jawab Airiel sambil menggosok matanya.

Areysa merenung Airiel. "Yeje kau ni?"

"Ya lah. Tadi kau balik pukul 4.00 sekarang kau tengok pukul berapa?"

Areysa memandang jam dinding. Agak terkejut sekarang dah pukul 4.50 petang. Berapa lama dia mengambil masa untuk membersihkan dirinya?

"Dah tengokkan? Hah nilai lah sendiri." ujar Airiel lalu dia membaringkan dirinya kembali bersebelahan dengan Aeman. Areysa menghela nafasnya sahaja.

"Okayy. Aku tak perasan."

*ੈ✩‧₊˚༺☆༻*ੈ✩‧₊˚

Selamat malam semua!! happy reading sayang!!

ok makin lama idea saya makin tipis ya :), tapi jangan risau inshaAllah next chapter idea saya dah bercambah hehe.

vote & comment sayang!!

i love to read your comment sayang!! bye! loveyou!

Continue Reading

You'll Also Like

75.6K 6.4K 53
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...
163K 5.6K 61
KARYA PERTAMA - NURUL ASYIQIN Tengku Aaryan Zahreen ❆| Azzahra Raissa ❃ "Me? I'm cold hearted men & a killer" -Tengku Aaryan Zahreen- Sejauh manapun...
1.7M 92.6K 64
@Married Mr. Nerdy @RomanticGenre @ChocoLyn @2019 @Ke-10 Bercinta dengan orang lain, berkahwin pula dengan orang lain?!! Itulah orang katakan takdir...
481K 12.9K 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam sat...