Berhenti Mencintai

By atikah_ayuni

1.8K 296 443

"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beber... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Not A Update
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30

Bab 12

53 9 35
By atikah_ayuni

Selesai memotong daging, Raqib menghulurkan pinggan itu kepada Zara.

"Terima kasih." Zara tersenyum sopan.

"Kasih diterima." Raqib mengenyitkan mata.

Zara mencebik.

"Emm, saya sebenarnya nak minta maaf."

"For?" Raqib mengangkat keningnya sebelum menyuap makanan ke dalam mulut.

"Sebenarnya saya yang pukul kepala kawan encik sampai berdarah." Zara tidak mampu untuk terus menyimpan rahsia itu. Dia rasa bersalah.

Raqib tersedak.

"Eh encik, nah air." Zara menghulurkan air masak miliknya kepada Raqib.

Air yang dipesan oleh Raqib ialah air hit chocolate, jadi minuman tersebut tidak sesuai untuk meredakan perit di tekak.

"You pukul dia guna apa? I ingatkan Aini yang pukul, sebab tu I tak kesah sangat." Raqib mengambil air sambil menepuk-nepuk dadanya.

"Guna pasu bunga." Zara menggaru kepalanya yang berlapikkan tudung.

Sekali lagi Raqib tersedak.

"What?! Matilah anak orang."

"Janganlah cakap macam tu. Aaya pukul dia sebab dia hampir nak cium Aini. Mana boleh! Jadi saya ketuklah dia. Tak sangka pulak terkuat." Zara sudah hampir mahu menangis.

Raqib ketawa besar. Zara hanya menjeling.

"Habislah you. Si Ikram tu mungkin akan failkan saman bila dia dapat tahu nanti." Raqib terus mengusik.

"Seriouslah, sncik? Tapi, saya tak sengaja. Kalau dia saman saya, saya boleh report dia atas kesalahan menceroboh rumah anak dara." Bila difikirkan balik, ada betul juga tindakan yang dilakukannya.

Dia ketuk kepala ikram sebagai langkah keselamatan kerana lelaki itu hampir memperkosa anak dara orang!

"I gurau lah." Raqib meredakan tawanya lalu menyambung makan.

"Encik memang tinggal dekat Kuala Lumpur ke?" Zara mula rasa selesa apabila berbual dengan Raqib.

"I memang lahir dekat sini."

"Kenapa dulu encik sekolah dekat Kota Tinggi?"

"Ada rumah tok Ki I dekat sana." Raqib sudah mula membuat muka.

"Tok Ki? Maksud encik, wak ki tu ke? Yang bomoh-bomoh orang tu."

Melihatkan Raqib tidak menjawab, Zara menekup mulutnya.

"Arghh saya minta maaf, saya tak sengaja."

"No, it's okay. Lagipun Tok Ki I tu memang buat benda tu kan? Bertuhankan syaitan." Zara terkejut mendengar kata-kata Raqib.

"Encik ni, tak baik cakap macam tu."

"You pun nak jadi macam keluarga I jugak ke?"

"Maksud encik?" Zara mengerutkan keningnya.

"Takde apa lah. You dah siap makan ke? Kalau dah, jomlah balik." Tanpa mendengar balasan dari Zara, Raqib terus bangun menuju ke kaunter pembayaran.

Zara terkedu. Haih, dia baru makan beberapa suap. Kalau ya pun, bagilah kita habis makan dulu.

Zara mengintai pinggan Raqib.

Dia pun tak habis! Membazir tau.

Tanpa berlengah, Zara mengambil makanan dari pinggan Raqib lalu meletakkannya di atas pinggan dia.

Zara mencapai air lalu menyedutnya perlahan.

Eh!? Ini bekas minum Raqib! Ini dah dikira sebagai indirect kiss.

"Tak haramlah, Zara! Kan awak baru dengar ceramah ustazah Asma haritu." Zara meyakinkan dirinya.




   Ikram mencelikkan matanya, dilihat keadaan sekeliling. Kosong, tiada sesiapa.

Ikram perlahan membangunkan tubuhnya dari pembaringan.

Dia menoleh ke arah pintu wad apabila halwa telinganya menangkap bunyi yang datang dari arah sana.

"Bro! Kau buat apa dekat sini?" Ikram mendepakan tangannya, seolah-olah ingin memeluk.

"Datang melawat setan."

"Sampai hati kau panggil sahabat sendiri setan. Merajuk lah macam ni. Hmphh!" Ikram menarik dalam nafasnya lalu menghembuskannya dengan keras, sambil memuncungkan mulut.

Tidak ketinggalan, tangannya juga turut memeluk tubuh.

"Haih kenapa lah aku ada member macam kau ni."

Ikram masih lagi merajuk.

"Macam mana kau dengan Aini? Dah berbaik semula ke? Waktu aku hantar dia balik tadi, gembira aje muka perempuan tu." Raqib melabuhkan punggung atas kerusi yang berada disisi katil Ikram.

"Dah! Kitaorang dah berbaik semula. Senang aje nak pujuk perempuan ni. Tengok kakilah." hilang rajuk Ikram, digantikan dengan rasa teruja apabila nama kekasihnya disebut.

"Apa yang kau pandang sangat dekat perempuan tu? Nak kata lawa, takdalah lawa mana."

Jika hendak dikira kacak, Ikram tidak kalah kacaknya. Ramai lagi wanita cantik di luar sana yang terkejarkan si Ikram ni.

"Jaga sikit mulut tu bro, awek aku tu. Lagipun, aku rasa aku nak berhenti jadi buaya lah. Aku nak jadi seorang lelaki yang paling setia di atas muka bumi ini!" Ikram mendepakan kedua tangannya lalu mendabik dada.

"Dia bekerja dekat club tu ke? Maknanya, si Aini tu pekerja kau lah kan?"

"Aah, asal? Salah ke?"

"Tak salah, cuma disgusting."

"Engkau mulut! Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah erk. Ni aku nak cakap sikit, kita ni hidup umpama roda, tak selamanya kita di atas. Ada masa kita akan berada di bawah. Jangan mendongak terlalu tinggi sangat, takut patah leher." Ikram ketawa kecil.

"Aku nak tanya. Housemate girlfriend aku tu, mangsa baru kau ke?" Ikram mencapai buah yang berada atas meja di sisi katil.

"Belum jadi mangsa lagi. Tapi dah jadi target aku."

"Perempuan berbalut tu bro, dah tukar taste ke kau?"

"Saje nak cuba benda baru. Aku nak try buat experiment." Bibir Raqib tersunging sinis penuh muslihat.

"Experiment apa kau ni? Pelik-peliklah. Ni macam mana kau boleh sampai dekat rumah Aini? And macam mana aku boleh pengsan erk?" Ikram berfikir sambil menyuap buah epal ke dalam mulut

"Aini takde cerita ke?"

"Takde pulak, sebab aku tak tanya. Sibuk memujuk lah katakan" Ikram terkekeh sendiri.

"Kawan dia yang buat. Dia ketuk kepala kau guna pasu bunga" jawab Raqib tenang.

"What the!!" Ikram melopong

"Dia nak bunuh aku ke apa?" Ikram tidak puas hati.

"Yang kau pun, pergi buat macam tu dekat rumah orang pasal apa?"

"Sebelum ni aku buat macam tu. Takde apa-apa masalah pun. Siap tidur sekali lagi."

"Kau sendiri kata perempuan tu berbalut kan? So kau expect apa?"

"Perempuan tu call kau ke? Suruh ambik aku?"

"Taklah, aku yang call kau. Buat masa ni aku nak tinggal dengan kau. Boleh?"

"Buat apa kau nak duduk rumah aku pulak? Tak nak aku bergay dengan kau." Tangan Ikram menutupi dadanya. Seolah-olah ingin melindungi dirinya daripada Raqib.

"Aku nak tumpang rumah kau lah, bangang. Tak ingin aku nak bermaksiat dengan kau. Aku kena halau lagi. Aku malas nak beli rumah. Sementara aku dekat Malaysia ni, aku tumpang rumah kau dulu. Then baru aku balik Scotland. Mungkin aku dah tak balik Malaysia lagi."

"Lah kenapa?" Ikram muncungkan bibirnya.

"Aku mana ada sesiapa dah dekat sini."

"Tapi kau ada aku." Ikram menjatuhkan air matanya lalu memeluk tubuh Raqib sambil meraung, seperti orang yang kerasukan.




   Zara yang sedang menyiapkan buku rph, terganggu apabila telefonnya berdering.

Melihatkan nama pemanggil, bibirnya perlahan-lahan tersenyum kecil.

Semenjak kejadian di restaurant tiga hari lepas, tiada lagi khabar daripada Raqib. Entah ke mana jejaka itu menghilang, dia pun tidak tahu.

Tapi mengapa dengan kehilangan jejaka tersebut telah menghadirkan rasa resah dan kecewa dalam hatinya?

Zara terus mengangkat panggilan dari Raqib.

"Assalamualaikum." Zara memberi salam.

"Waalaikumusalam, Zara. Boleh kita jumpa sekejap? Ada hal I nak cakap."

"Hal apa?"

"You turunlah dulu, I ada dekat depan rumah you ni."

"Hah?!" Zara terus mengangkat punggungnya dari katil lalu menuju ke tingkap untuk mencari bayang Raqib di aras bawah.

"Dia buat apa datang sini?" Zara bergumam perlahan.

"I datang nak jumpa you, sayang. Cepat bersiap, I tunggu. Pakai cantik-cantik tau." Raqib menoleh ke tingkap di mana Zara berada.

Laju Zara menyembunyikan dirinya, kerana baru tersedar bahawa kepalanya tidak ditutupi oleh sebarang kain.

"Ish encik ni, saya tak nak keluar harini. Ada banyak kerja lagi yang saya kena buat. Saya baru je balik kerja tadi. Saya nak berehat."

"Takpelah kalau gitu. Selagi you tak keluar, selagi tu lah I akan berdiri dekat depan rumah you."

"Suka hati encik lah." Zara malas hendak melayan. Lama-lama nanti pergilah dia.

Selang beberapa minit selepas menutup panggilan, kedengaran bunyi hon yang ditekan berkali-kali di bawah.

Tidak jadi Zara ingin melangkah ke katil. Dia berpatah balik ke arah jendela untuk melihat gerangan manusia yang berani membuat kacau di kawasan perumahan dia.

Raqib!

                  

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 97.6K 39
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
3M 192K 89
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
3.1M 253K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...
1.8M 114K 200
**Story is gonna be slow paced. Read only if you have patience. 🔥** Isha Sharma married a driver whom she had just met. She was taking a huge risk...