MRS. ZARITH ADHAM | C

By nrshaae_

595K 22.2K 1.3K

[Complete] 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 : 𝐇𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐬𝐲 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐀𝐝𝐡𝐚𝐦 | 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐫𝐞𝐲𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 Dari... More

Zarieysa ꨄ
Zarieysa | 01
Zarieysa | 03
Zarieysa | 04
Zarieysa | 05
Zarieysa | 06
Zarieysa | 07
Zarieysa | 08
Zarieysa | 09
Zarieysa | 10
Zarieysa | 11
Zarieysa | 12
Zarieysa | 13
Zarieysa | 14
Zarieysa | 15
Zarieysa | 16
Zarieysa | 17
Zarieysa | 18
Zarieysa | 19
Zarieysa | 20
Zarieysa | 21
Zarieysa | 22
Zarieysa | 23
Zarieysa | 24
Zarieysa | 25
Zarieysa | 26
Zarieysa | 27
Zarieysa | 28
Zarieysa | 29
Zarieysa | 30
Zarieysa | 31
Zarieysa | 32
Zarieysa | 33
Zarieysa | 34
Zarieysa | 35
Zarieysa | 36
Zarieysa | 37
Zarieysa | 38
Zarieysa | 39
Zarieysa | 40
Zarieysa | 41
Zarieysa | 42
Zarieysa | 43
Zarieysa | 44
Zarieysa | 45
Zarieysa | 46
Zarieysa | 47
Zarieysa | 48
Zarieysa | 49
Zarieysa | 50
Zarieysa | 51
Zarieysa | 52
Zarieysa | 53
Zarieysa | 54
Zarieysa | 55
Zarieysa | 56
Zarieysa | 57
Zarieysa | 58
Zarieysa | 59
Zarieysa | 60
Zarieysa | 61
Zarieysa | 62
Zarieysa | 63
Zarieysa | 64
Zarieysa | 65
Zarieysa | 66
Zarieysa | 67
Zarieysa | 68
Zarieysa | 69
Zarieysa | 70
Epilog
Zarieysa | Special Chapter
Zarieysa | Special Chapter 02
Zarieysa | Special Chapter 03
Special Edition | Ramadhan
Special Edition | Eid

Zarieysa | 02

15.8K 576 11
By nrshaae_

Pintu bilik dikuak dari luar, Zarith hanya melihat siapa gerangan yang menolak pintu biliknya itu.

Terlihat Tengku Zanira yang menapak masuk kedalam biliknya dan duduk dibirai katil. "Ad sini dekat bonda." panggil Tengku Zanira.

Zarith hanya akur dengan arahan bondanya. Dia duduk bersebelahan dengan bondanya. Bondanya memegang tangan Zarith, Tengku Zanira tersenyum dan memegang pipi anak lelakinya itu.

"Kalau bonda nak pesan sikit dekat Ad boleh?"

Zarith hanya menganggukkan kepalanya dan memandang wajah tua Tengku Zanira. "Boleh. Bonda nak cakap apa?" soal Zarith serta senyuman diberi.

"Bonda nak pesan, Ad dengan Faiqah tu tiada apa-apa ikatan lagi, jadi bonda taknak lah selalu Ad keluar dengan dia. Nanti orang boleh jadi salah faham dekat anak bonda. Bonda taknak anak bonda ni terjebak dengan hasutan syaitan. Faiqah tu baik sahaja kalau dibimbing. Bonda bukan nak bukak aib dia. Jadi Ad fahamkan maksud bonda?"

Zarith hanya mendiamkan dirinya. Tidak lama kemudian, dia menganggukkan kepalanya. Tiba-tiba air matanya mengalir.

"Ad jangan nangis nak, bonda cuma pesan je." kata Tengku Zanira sambil mengesat air mata pada wajah anaknya.

"T-terima kasih bonda. Sayang bonda." ucap Zarith sambil menarik Tengku Zanira masuk kedalam pelukkannya.

Tengku Zanira membalas pelukkannya. "Dah, Ad turun. Kita makan malam sama-sama. Ada Zarif dengan Ayra dekat bawah." ujar Tengku Zanira. Zarith menganggukkan kepalanya dan melepaskan pelukkan.

Tengku Zanira melangkah keluar dari biliknya. Manakala dia masih merenung dinding biliknya. Beberapa minit selepas itu, dia menuruni anak tangga. Terdengar suara anak kecil yang sedang berbual dengan abinya.

"Uncle Ad!!" jerit si kecil. Zarith tersenyum. Laju sahaja kaki pendek anak kecil itu berlari kearah Zarith dan memeluk kaki lelaki itu.

Zarith mengusap rambut lebat anak buahnya. Lalu mendukung anak kecil itu dan membawa kearah dapur. Zarith meletakkan Afiq diatas kerusi. Manakala Zarith melaburkan punggungnya bersebelahan dengan anak buahnya.

Zarith menolong Afiq mengambil makanan. Mereka menjamu makanan dengan berselera. Tuan Arel memandang anak terunanya.

"Ehem ehem." dehem Tuan Arel. Semua mata memandang kearah abinya.

"Abi nak air ke?" soal Zarfina dengan polos. Laju sahaja Tuan Arel menggelengkan.

"T-tak tak abi bukan nak air. Abi nak cakap sedikit." kata Tuan Arel. Zarfina menganggukkan kepalanya dan sambung menjamu selera.

"Abi nak cakap pasal apa?" kalini Zarif yang menyoal.

Tuan Arel berhenti menyuap makanan kedalam mulutnya. Tuan Arel duduk tegak memandang kesemua anaknya.

"Abi nak serahkan syarikat kedua abi dekat kamu bertiga. Disebabkan abi takut abi tak mampu nak jaga kedua-duanya. Jadi syarikat kedua abi bagi kamu bertiga. Kamu bertiga sahaja anak yang abi ada." bagitahu Tuan Arel.

Zarif hanya menayangkan riak biasanya kerana dia sudah diberitahu awal tentang perkara ini. Manakala wajah Zarith dan Zarfina seakan sukar ditafsir.

"A-apa abi ni? Fina belum lagi graduation abi dah kasik. Arghh sukanya." kata Zarfina.

Zarith yang melihat itu seakan mahu menampar sahaja adiknya itu. Manakala Zarith hanya memandang wajah ayahnya sahaja.

"Ad taknak lah abi, biarlah Ad buat kerja Ad tu."

Tuan Arel menggelengkan kepalanya sahaja. "Tak boleh Ad, memang dah nama abi tulis kamu tiga orang."

"Tapi Ad dah ada kerja abi..."

Tuan Arel menghela nafasnya. "Kalau macam tu okay lah. But abi letakkan syarat kalau Ad taknak terima tawaran abi ni."

"Okay apa syaratnya?" soal Zarith ingin tahu. Tuan Arel sudah tersenyum.

"Abi nak kamu jauhkan diri daripada Faiqah. Bukan sebab apa, abi taknak anak lelaki abi terjebak macam Faiqah. Terlalu social. Abi tak mahu bukak aib sesiapa pun, lelagi Faiqah. So kalau Ad taknak terima tawaran tu, Ad jauhkan diri. Tapi kalau Ad rasa tak boleh jauhkan diri Ad dengan perempuan tu, Ad terpaksa terima. Got it?"

Zarith teragak-agak untuk menganggukkan kepalanya sahaja. Dia akur. "Okay, Ad akan jauhkan diri Ad daripada Faiqah. Tapi tu tak bermaksud untuk Ad putuskan hubungan kamikan?"

"Abi takde pun kata putuskan. Abi cuma kata jauhkan diri, jangan selalu jumpa dengan dia. Itu sahaja."

Zarith menganggukkan kepalanya sahaja. Apabil dapat jawapan itu dari anaknya, Tuan Arel tersenyum dan menyuapkan kembali makanan kedalam mulut.

Areysa berjalan bersama-sama Adra. Mereka berjalan kearah cafe. Mereka sudah habis class. Sekarang mereka mahu mengisi perut. Setelah beberapa jam duduk didalam class.

"Weh kau ingat lagi tak dengan budak nerd tu, kejap eh aku ingatkan balik nama dia em." ujar Adra sambil mengetuk dagunya.

"Hah nama dia Raiz. Ingat tak? Yang nerd-nerd tu." sambung Adra lagi. Areysa sedang memikirkan siapa Raiz.

"Ahmad Raiz Tarmizi tu ke?"

Laju sahaja Adra menganggukkan kepalanya. "Aah! Ingat pon kau."

"Kenapa dengan dia?" soal Areysa sambil menjongkitkan kedua-dua keningnya.

"Dia dah nak kahwin dengan Nahla tho."

Membulat Areysa mendengarkan itu. "What?! Seriuslah?! Pergh dalam diam, bukan main eh dulu dorang. Bukan main sorang tu taknak budak nerd, end up kahwin dengan Raiz." kata Areysa dengan tawanya. Adra juga tertawa mendengarkan itu.

Sampai sahaja di cafe, mereka mengambil tempat dan meletakkan barang-barangnya. Kaki mereka melangkah kearah gerai-gerai yang menjual makanan. Selepas itu Areysa dan Adra kembali duduk ketempat yang mereka meletakkan makanan.

Sedang mereka berbual, ada seorang perempuan yang sedang mencari tempat. Tetapi disebabkan terlalu ramai, jadi perempuan itu tidak dapat tempat duduk.

Dengan ramahnya Areysa bangun dari duduknya dan berjalan kearah sosok wanita itu. "Awak cari tempat duduk ke?" soal Areysa.

Wanita itu menganggukkan kepalanya. "Aah, saya cari tempat duduk tapi takde kosong." balas wanita itu. Areysa tersenyum.

"Kalau awak tak kesah, mari lah duduk dengan saya dan kawan saya dekat situ." ujar Areysa sambil menunjukkan kearah Adra yang sedang melantak makanannya.

"B-boleh ke? Tak susahkan awak berdua?" soal gadis itu dengan polos. Areysa tersenyum.

"Tak, kami lagi senang kalau awak join kami. Dapatlah kami kawan baru."

Gadis itu tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Areysa menarik tangan gadis itu dengan lembut. "Weh Adra, dia join sekali kita tau."

Adra mengangkat wajahnya dan tersenyum. "Eh duduk lah."

Gadis itu menganggukkan kepalanya dan melaburkan punggungnya disebelah Areysa. "Terima kasih korang. By the way siapa nama korang? Dan korang ambil course apa?" soal gadis itu.

"Saya Areysa Medina. Panggil Eysa boleh, Medina boleh. Areysa pon boleh." Areysa memperkenalkan dirinya kepada gadis itu. Gadis itu menganggukkan kepalanya.

"Saya ambil course account." sambung Areysa. Gadis itu tersenyum.

"Saya Adra Safina. Panggil je Adra or Fina. Saya sama macam Eysa coursenya. Account." kalini Adra memperkenalkan dirinya.

"Ouh, saya course perhotelan. Kita boleh jadi kawan?" soal gadis itu.

Adra dan Areysa memandang antara satu sama lain. Mereka berdua memandang gadis itu kembali dan menganggukkan kepalanya. "Boleh awak, takkan tak boleh."

Gadis itu tersenyum. "Thank you awak berdua." ucap gadis itu. Adra dan Areysa tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

Zarith melangkah kearah biliknya. Dia menolak pintu bilik kerjanya. Dia menapak kearah kerusi kerjanya dan melaburkan punggung di sofa empuk miliknya.

Dia membuka laptop dan menyiapkan proposal yang perlu disiapkan. Dia menatap laptop dengan fokus, sampaikan ada seseorang masuk kedalam biliknya pon dia tidak sedar.

"Hi sayang!!" sapa seorang gadis dengan ceria. Zarith hanya mengangkat wajahnya seketika lalu mengadap laptopnya kembali.

Sosok itu merengus kasar. "Youu!! I panggil you ni, you boleh pulak tak layan i pulak. You dah tak sayangkan i ke baby?"

Zarith menghela nafasnya dan kembali mengangkat wajahnnya untuk memandang Faiqah yang berdiri dihadapannya. Wajah dingin dan pandangan tajam yang Zarith beri kepada Faiqah.

Faiqah terkedu dengan pandangan tajam yang diberikan oleh Zarith. "Y-you kenapa p-pandang i mac-macam tu?" soal Faiqah dengan gagap.

Zarith tersenyum sinis. "Tadi you suruh i layan you kan? So i pandanglah you, sebagai tanda i layan perangai you. Perangai je okay bukan nafsu you. I tak berselera dengan you." kata Zarith dengan jujur.

Masam mencuka wajah Faiqah. "You memang tak guna! I hate you." kata Faiqah sambil menghentak kakinya.

"Hey behave Miss, karang roboh office i, you nak ganti ke?"

Laju sahaja Faiqah menggelengkan kepalanya. Apabila dapat jawapan itu dari Faiqah, Zarith terus memandang laptopnya kembali.

Faiqah tidak puas hati dengan Zarith. Dia berjalan kearah Zarith lalu meletakkan kedua-dua tangannya diatas bahu Zarith.

Zarith memberontak dan menjauh daripada Faiqah. "You dah kenapa?! Takde iman ke?! Takde agama?!" jerkah Zarith.

Faiqah hanya menayangkan senyuman sinis. "You takpayahlah nak ceramah i dengan ceramah free you tu. I dah meluat tau dengar."

Zarith hanya mendiamkan dirinya sahaja. Zarith melihat pakaian Faiqah. Semakin hari semakin ketat dan singkat pakaian seorang Faiqah Irnasyah.

"Okay lah baby, i malas nak bergaduh dengan you. So kita damai okay? By the way, i have to go now baby. Bye." pamit Faiqah sambil mengenyitkan matanya.

Zarith yang melihat itu seakan mahu muntah. Apabila kelibat Faiqah sudah hilang, Zarith mengibas-gibas pakaiannya yang telah disentuh oleh Faiqah tadi.

"Haih makin hari, makin teruk perangai minah tu. Geli pulak aku." getus hati Zarith. Dia kembali menyiapkan kerjanya.

assalamualaikum n hii everyone!! happy reading!!

vote & comment syng smua!! 🤍

Continue Reading

You'll Also Like

288K 10.6K 33
[1st Series] Tengku Fareez Mikhael Dania Melissa "kenapa kau suka tolong orang?" - Tengku Fareez "Simple, kalau saya nampak orang yang memerlukan ban...
1.2M 65.9K 30
♛ C O M P L E T E D ♛ "Hai, akak. Nama saya Eykal." -TENGKU HAKIEM HEYKAL Mendengarkan suara itu, melihatkan tubuh itu, senyuman AISHA AULIA mulai pa...
1.7M 92.6K 64
@Married Mr. Nerdy @RomanticGenre @ChocoLyn @2019 @Ke-10 Bercinta dengan orang lain, berkahwin pula dengan orang lain?!! Itulah orang katakan takdir...
481K 12.9K 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam sat...