Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

By Dandelzel

236K 15.5K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... More

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~47

3.8K 346 67
By Dandelzel

"Kita tunggu siapa ni? Myra ke?"

Pagi yang indah itu, Laith terkulat-kulat di sisi Qash setelah beberapa saat mereka tiba di kolej dan Qash masih tidak berganjak dari tempat parking.

Nampak seperti jejaka itu gelisah semacam. Wajah lebih serius dari hari-hari sebelumnya.

"Kenapa nak tunggu Myra pula?" Mendatar nada Qash membalas soalan Laith. Beg yang digalas diatas bahu dibetulkan kedudukannya.

"Sebab Myra selalu tunggu kita. Hari ni lambat pula budak sorang tu. Ke dia dah sampai dulu?" Ujar Laith seraya menggaru kepala. Tak lama sebelum dia tiba-tiba berasa hairan. "Eh-habis tu kita tunggu siapa?"

"Mana ada tunggu."

Aik? Jadi apa tujuannya Qash tercegat kat sini macam tengah tunggu ketibaan seseorang?

"Dah tu? Jomlah jalan." Tak faham Laith dengan perangai pelik Qash ni.

Belum sempat melangkah, tidak semena-mena sebuah kereta Honda Civic memasuki perkarangan kolej dan kemudiannya melintasi mereka. Terus Laith terlopong ketika si pemandu dan seorang penumpang keluar dari kereta tersebut.

"Delilah ke tu? Dengan Diaz?!"

Qash turut tebarkan pandangan kearah yang dimaksudkan Laith. Dan benar, Delilah sedang bercakap tentang sesuatu dengan Diaz yang baru nak lock kereta. Serta-merta dia mula kurang enak melihat kedua-duanya. Laith yang pok pek pok pek di sebelah pun kedengaran menyakitkan hati.

"Ah, semakin hairan aku dengan dua orang tu. Kata tak ada apa-apa, tapi buktinya depan mata."

"Tak ada orang yang suruh kau menyibuk pasal dia orang, Laith."

Laith yang mendengar dah tercengang. Perlahan dia mencebik bibir. Qash ni sekali dia buka mulut, pedas juga ayat dia!

"Aku curious aje.."

"Kau pergilah dulu." Usul Qash sebelum melangkah kearah Diaz dan Delilah yang masih bertekak tentang sesuatu.

Laith terpinga-pinga sebentar memerhati Qash yang telah menonong meninggalkannya.

"Oh.. okay!" Antara rasa hairan dan tak faham dengan apa yang berlaku terhadap jejaka itu, tetap jua dia akur.

"Habis tu, bilanya kau nak ambil lesen? Tak akan nak tunggu dah beranak-pinak nanti baru kau nak terhegeh-hegeh belajar kereta? Kau tu perempuan, Delilah.. kena pandai bawa kereta. Banyak kegunaannya nanti. Contohnya kau boleh langgar laki kau kalau dia ada perempuan lain."

Dari kejauhan lagi Qash sudah dapat menangkap butir bicara Diaz.

"Kau ni bengonglah Diaz! Ajaran sesat pulak dia ajar kita."

"Aku cakap benda yang—"

"Delilah."

Diaz tak sempat nak menyudahkan ayatnya sebaik sahaja Qash datang mencelah. Delilah yang langsung tidak menjangkakan kehadiran jejaka itu terus tersentak. Sedaya upaya dia cuba beriak seperti biasa walaupun hatinya mula bergelodak tidak tenteram.

"Morning." Senyum hambar. Suasana di antara mereka mulai canggung tatkala Qash masih ralit merenung Delilah yang cuba mengelak dari bertemu pandang dengannya.

Diaz yang menyedari riak kekok Delilah, lantas menarik gadis itu untuk terus melangkah.

"Jom.."

"Aku nak cakap sikit." Qash bersuara lagi. Pandangannya masih tepat kearah wajah Delilah.

"Aku teman kau sampai ke kelas. Ada benda yang aku nak cakapkan." Dan Diaz juga tidak mahu mengalah. Tindakan di luar sedar. Tak tahu kenapa, dia rasa wajar untuk dia menghalang Qash dari mendekati Delilah saat ini.

"I'll talk to her first."

"Kau dekat kelas pun boleh bercakap dengan dia. Jom, Delilah!" Merengus geram, Diaz tarik tangan Delilah buat kesekian kalinya.

Qash pula kekal dengan pendiriannya. Turut dipaut lengan gadis itu namun pantas ditepis oleh Diaz.

"Eh, eh.. no touching!"

Hampir terbeliak mata Delilah saat Diaz menolak tubuh Qash ke belakang. Pegangan jejaka itu pula semakin erat di tangannya.

"Diaz!"

Dua jejaka itu saling berlaga mata. Qash dengan tenungan datarnya, manakala Diaz pula merenung tajam dan geram. Delilah tahan Diaz yang seakan mahu membaham Qash.

"Aku pergi kelas dengan Qash." Putusnya laju. Tidak mahu kedua-duanya semakin tegang.

Pandangan Diaz jatuh pada Delilah. Hendak tak hendak, dia akur dengan permintaan gadis itu. Sempat dia memberi jelingan sinis kepada Qash sebelum menghayun kaki dengan laju. Tak puas hati!

Qash dan Delilah berjalan seiring dengan senyap menuju ke bangunan kelas mereka. Langsung tiada sebutir kata untuk beberapa minit. Delilah diam berperang dengan perasaan sendiri. Kehadiran Qash di sebelahnya kini buat dia tidak senang hati. Gusar dan gelisah tak tentu hala kerana dia tahu, Qash pasti akan menyebut perihal gambar kelmarin.

"Kau tumpang dia?" Tiba-tiba Qash bersuara. Tak nyaring. Tak juga perlahan.

"Ha'ah.." Delilah menyahut sepatah. Dia tak rancang pun nak menumpang Diaz sebenarnya. Pakcik Razak sick leave jadi Tuan Amza memberi arahan untuk mereka ke kolej bersama. Anehnya, Diaz langsung tidak membantah.

"So it's true.."

"What?"

"Kau dengan Diaz.." Lambat-lambat Qash mengucap kata.

Delilah terpempan bila dia dikaitkan dengan Diaz. Apatah lagi melihat renungan Qash kala ini. Pandangan yang sukar dimengerti. Seperti kecewa. Seolah meminta kepastian.

"Tadi.. kau nak cakap pasal apa?" Lantas, Delilah menukar topik. Berbalik kepada tujuan utama mengapa Qash tidak sabar-sabar hendak bercakap dengannya.

"Pasal kita."

"Huh?"

Delilah tak hairan, melainkan terkejut. Betullah sangkaannya sebentar tadi. Qash pasti mahu mengupas tentang gambar yang dia nampak tu.

"Gambar yang kau nampak dalam wallet aku semalam..-"

"Gambar mana?"

Dan entah bagaimana, laju saja mulutnya membalas dengan wajah yang penuh kepura-puraan.

Tidak. Dia tidak bersedia lagi untuk berdepan dengan seorang Yan yang pernah dia kenali suatu ketika dulu. Alasannya biar dia saja yang tahu.

Qash terlihat hairan dan bingung. Langsung tidak menjangkakan ucapan Delilah kerana sangkaannya benar-benar jauh meleset.

"Sorry, aku tak perasan pun. Aku cuma tengok kad kau. Banyak betul! Pinjam seratus, boleh?" Gurau Delilah sambil ukir senyum plastik. Masih berpura-pura tidak mengetahui tentang gambar itu.

"Kau tak nampak?"

Geleng. Berubah riak wajah Qash. Dari riak berharap bertukar sebal dan datar. Dia tertunduk untuk seketika sebelum menyambung kata.

"Tak apalah kalau macam tu."

Senyap lagi. Sedikit sebanyak Delilah mula dihurung rasa bersalah. Silap ke dia menyembunyikan hakikat bahawa dia sudah mengenali jejaka itu sebagai Yan?

"Do you really like him?"

"Ha?"

Soalan drastik yang keluar dari mulut Qash membuat Delilah terpinga-pinga.

"Aku nak dengar pengakuan kau sendiri. Kau dengan Diaz.. betul-betul ada hubungan?" Usul Qash bersungguh. Delilah terdiam. Ini kali kedua Qash menanyakan soalan yang sama.

Hubungan? Hubungan yang macam mana maksud Qash? Dan kenapa Qash perlu peduli tentang dia dan Diaz sedangkan dia bukan siapa-siapa jejaka itu. Bukan gadis bertuah yang diminati oleh seorang Qash Hayyan. Bukan gadis yang Qash ceritakan dengan penuh perasaan.

Melihat Delilah yang seperti tidak mampu untuk memberi jawapan, Qash angguk mengerti. Tak perlu Delilah jelaskan, dia seolah tahu jawapannya melalui ekspresi wajah si gadis yang tampak mahu berahsia itu.

"I'll take that as a yes." Nada pasrah. Ada sekelumit rasa kecewa yang bertamu di hati.

Delilah pula canggung. Serba salah. Kenapa? Bukan dia ada buat salah pun!

Dan selepas itu perjalanan mereka menuju ke bangunan kelas terasa sangat jauh.

*****


SEMINGGU. Hampir seminggu berlalu sejak kali terakhir mereka berbual. Dalam beberapa hari ini Qash langsung tak bercakap sepatah pun dengan dia.

Awalnya, Delilah fikir ianya cuma sikap normal seorang Qash Hayyan yang sememangnya tidak banyak cakap. Namun sekuat mana dia menafikan, sebanyak mana dia cuba berfikiran positif, hatinya tetap merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Sikap Qash terhadapnya berubah. Lain. Pelik. Membingungkan.

Seolah.. Qash muak dengan kehadirannya. Ketika dia turut berbual bersama Laith dan Myra, Qash pula mengasingkan diri. Yang anehnya bila dia tak ikut serta, elok pula jejaka itu menjadi pendengar mereka.

PAP...

Kotak yang berisi beratus keping kertas terlepas dari tangan Qash. Delilah yang baru sahaja bingkas bangun dari tempat duduknya bergegas membantu mengutip kepingan kertas yang bertaburan.

Saling bertinggung, Delilah sedikit terpempan apabila kertas yang dikutip direntap agak kasar oleh Qash.

"Aku boleh buat sendiri." Qash bercakap tanpa pandang muka dia.

"Tak apa, aku tolong.." sengaja Delilah berkeras. Nak tahu juga apa reaksi Qash selepas itu.

"Tak perlu."

Sekali lagi, Qash rampas kertas-kertas di tangan Delilah. Tidak terkesan dengan bicara dingin jejaka itu, Delilah masih berdegil sehingga membuatkan Qash mendengus lalu menyeru namanya.

"Delilah."

Terhenti pergerakan Delilah. Angkat wajah, dia kini bertentangan mata dengan jejaka itu. Rautnya yang serius.. yang jelas seperti jelak dengan kehadirannya disini membuatkan hati rasa terkilan.

Kala itu, Myra tiba-tiba datang lalu mencapai beberapa helai kertas yang masih tergeletak diatas lantai. Delilah kawal riak wajah walaupun hati berperang dengan emosi.

Kenapa Qash tak sudi terima pertolongan dia sedangkan Myra pula jejaka itu langsung tak berbunyi?

"Biar Myra yang bawa." Mendatar nada Qash mengeluarkan kenyataan secara tidak langsung yang semakin menambah sebal. Senyum hambar, Delilah hulur helaian kertas di tangannya kepada Myra yang turut terpinga-pinga tidak mengerti.

Perlahan dia mengorak langkah bersama mereka yang berada di hadapan untuk keluar ke kafe.

Sebaik sahaja mereka tiba, kawasan kafe sudah pun sesak dengan para pelajar yang berpusu-pusu hendak mengisi perut.

Langkah Delilah terhenti di tengah jalan usai Qash, Myra dan Laith memilih tempat duduk. Sambil memegang tray makanan, dia mengetap gigi dengan kuat. Menahan rasa yang bertalu-talu menyerang. Terlalu menyedihkan kalau dia tanpa rasa malu duduk bersama mereka yang jelas salah seorangnya tidak menyukai kehadirannya.

Myra dan Laith mungkin hairan andai dia tidak duduk bersama. Namun dia lebih mementingkan rasa segan terhadap Qash yang jelas-jelas bermasalah dengan dia.

Habis tu, dia nak duduk kat mana?

Belum sempat dia melilaukan pandangan, tiba-tiba suara seseorang menyeru namanya dengan nyaring dan mesra.

"Delilah!"

Toleh saja kearah si empunya suara, kawan-kawan Diaz sedang mendekatinya. Eden bersama tersengih lebar, Jayden pula sekadar beriak biasa.

"Yo!" Jayden yang memegang dua tray makanan angkat kepala tanda menyapa sebelum melintasi Delilah.

"Kau duduk mana?" Eden pula pantas menyoal. Sejak mereka berbual pasal White Rascals tempoh hari, Eden jadi rajin menyapa dia setiap kali mereka terserempak.

"Eh, jomlah duduk sekali dengan kita orang. Aku nak sembang dengan kau."

Terkebil-kebil Delilah mendengar pelawaan Eden.

"Tapi—"

"Jom, jom.."

Tak sempat nak menolak, Eden terlebih dahulu mengambil tray dari tangannya lalu dibawa ke sebuah meja yang telah dihuni oleh Diaz dan Jayden.

"Delly duduk dengan dorang ke?"

Dari jauh Laith ralit memerhati Delilah yang melangkah bersama Eden. Qash dan Myra turut sama menoleh. Terlepas satu rengusan kecil dari mulut Qash.

Di tempat duduknya, Diaz menjongket kening ketika Delilah berdiri di hadapannya sambil mencebik.

"Yang kau ajak dia duduk kat sini kenapa?" Terus diselarnya Eden yang baru meletakkan dua buah tray berisi makanan ke atas meja.

Eden sekadar menggeleng tanda malas nak layan, manakala Delilah pula semakin mencebikkan wajah.

"Kau ingat aku nak sangat ke menghadap muka kau ni?"

"Itulah yang aku fikirkan. Mesti kau nak duduk makan sambil tenung muka kacak aku kan, baru berselera?" Bidas Diaz lagi.

Delilah buat muka. Menyampah sungguh dengan perangai kerek Diaz yang semakin menjadi-jadi ni.

"Werkk! Geli tekak aku dengar."

"Eh sudah, sudah.. kau kalau tak suka kau duduk diam ajelah, D. Aku tak suruh dia duduk kat sini untuk bertekak dengan dia." Eden pula pantas mencelah seraya mempersilakan Delilah untuk duduk di sebelahnya.

Tercengang Diaz mendengar bicara rakannya itu. Jayden pula dah sembunyi senyum.

"Engkau kan, Eden.. aku perhati aje perangai kau sejak kem hari tu. Macam mana kau boleh kamceng dengan budak ni?"

"Eleh! Jealous lah tu.." Perli Delilah. Mencerlung mata Diaz memandangnya.

"Abaikan dia. Abaikan.." Sengaja Eden berbisik kepada Delilah.

"Tengok tu!" Terjuih bibir Diaz. Geram tak sudah.

Seketika, masing-masing mula menjamu selera. Diaz tenung Jayden yang baru nak menyuap nasi apabila sedar ada sesuatu yang kurang.

"Kau tak ambilkan aku sudu ke?" Soalnya. Sikit lagi nak marah.

"Sudu dah habis. Alah, tangan kan ada. Sekali sekala gunalah tangan Diaz Raiden oii.." Jayden memerli. Bukan Diaz saja yang tak ada sudu. Para pelajar yang berbaris selepas dia tadi pun tak sempat nak mengambil sudu sebab semuanya dah licin.

"Kau tahu kan aku tak reti—"

"Nah! Isu kecil pun nak diperbesarkan. Memang hari-hari kawan kau ni grumpy ke?"

Tidak semena-mena, Delilah meletakkan sudu miliknya diatas pinggan Diaz sebelum membebel kepada Eden.

Eden dan Jayden hanya tergelak kecil. Apatah lagi melihat wajah cemberut Diaz. Membuatkan mereka merasa geli hati. Diaz memang jenis orang yang grumpy padahalnya..

"Kau ada letak racun ke dekat sudu ni?" Sambil menahan senyum sebab terharu, dia belek sudu pemberian Delilah.

"Itu ke cara kau berterima kasih?" Si gadis menjegilkan mata.

Jayden dan Eden masih lagi control gelak. Gelak kuat-kuat kang, ada yang kena cepuk.

"Kalau aku guna sudu kau, kau nak makan pakai apa?" Tanya Diaz, polos.

"Pekatnya lahai bodoh kau ni.. aku bukan macam kau! Makan nak kena guna sudu. Tak reti makan guna tangan. Baik kau blah aje dari Malaysia ni." Cemuh Delilah kasar.

Mati gelak Jayden. Matanya terkelip hairan.

"Mana kau tahu Diaz makan tak guna tangan?" Haih! Ini dah lain macam sungguh ni.. semua pasal Diaz, Delilah tahu.

"Sweet sungguhlah kau ni, Delilah. Jadi girlfriend aku, nak?" Lain pula halnya dengan Eden yang merasakan tindakan Delilah itu comel.

"Penumbuk aku, nak?" Diaz tunjuk penumbuk tepat depan muka Eden saat jejaka itu terang-terangan nak mengayat.

Tergeleng kepala Delilah melihat telatah kedua-duanya. Buat seketika, baru dia perasan akan penampilan ketiga-tiganya yang masing-masing berbaju jersi.

"Korang pakai baju jersi ni.. ada latihan ke?" Usulnya hairan.

Diaz di hadapannya ditenung. Jejaka ini yang paling menonjol padahalnya. Berbaju jersi tanpa lengan. Headband berwarna putih terikat kemas di dahinya. Dengan rambut yang sedikit berserabai.. sememangnya mampu menggugat iman para gadis yang memandang.

"Ha'ah, persediaan untuk match akan datang." Sahut Jayden.

"Dah dekat nak exam ni.." Delilah memberi komen.

"Sebab tu kena pandai atur masa. Eh, lepas ni kalau tak ada kelas pergilah ke hall. Kita orang ada praktis lagi."

Terus Diaz angkat wajah apabila mendengar Jayden dengan selambanya mengajak Delilah. Tadi Eden, sekarang Jayden!

"Dah kenapa nak ajak dia tengok kita praktis?" Gerutunya tak puas hati.

"Boleh, boleh!"

Delilah yang mengerti kegeraman Diaz pantas menyahut setuju. Sengaja mahu menambah sakit hati Diaz.

"Kau ni memang sengaja kan?" Dengus Diaz dengan muka cemberut.

Sempat Delilah jelirkan lidah sebelum menjamah makanannya. Manakala Diaz pula menyiku Jayden untuk melepas geram.

"Kaulah ni!"

Ternganga Jayden dibuatnya. Nasi yang baru nak disuap ke dalam mulut terjatuh ke pinggan balik.

"Salah ke aku ajak dia supaya dia datang sokong kita? Semangat kesukanan tu perlu!" Ujarnya nyaring serta penuh tenaga.

"Kepala otak kau, Jayden!"

Pek!

Setepek kepalanya kena cepuk Diaz.

*****

Sesuai dengan kesepakatan mereka, Delilah duduk menjadi salah seorang penonton di kalangan para pelajar yang bersorak riang melihat team bola baling yang sedang berkeliaran di gelanggang.

Sesekali, dia tak mampu nak menahan diri dari menjeling sekumpulan pelajar yang tergedik-gedik memanggil nama jejaka-jejaka yang sememangnya terkenal di kolej ini. Bibir terjuih sinis. Pandangan menyampah.

Haih! Silap dia sebab duduk kat sini. Kalau lepak dekat kelas, adalah juga faedahnya. 

"Tipikal budak sekolah sungguhlah." Gumamnya perlahan. Tenung kearah hadapan, dia mencebik lagi ketika Diaz kebetulan sedang menarik baju jerseynya untuk mengelap peluh. Menampakkan sedikit bahagian abdomennya. Serentak itulah beberapa orang gadis terjerit suka.

Tubuh Delilah menggeliat geli. Geli bila orang yang disorakkan itu adalah Diaz.

"Delly!"

Sejenak, Laith yang baru sahaja tiba di dewan itu datang menegur. Delilah ukir senyum namun terus pudar sejurus melihat Qash turut ada di sebelah Laith.

Laith baru sahaja nak melabuh duduk ketika menyedari Qash bergerak ke tempat duduk di bahagian atas.

"Aik, kau nak duduk mana Qash?"

"Atas."

Laith terkebil-kebil. Wajah Delilah dipandang serba tak kena. Dapat dia rasakan ada satu energi janggal yang menyelubungi mereka kala ini.

"Aku duduk dengan Qash." Perlahan dia menutur kata. Tidak mahu Delilah terasa.

"Pergilah.." Delilah tarik senyuman palsu. Dibiarkan Laith berlalu sebelum dia menarik nafas dalam-dalam. Cuba meredakan dada yang terasa sesak dengan kelakuan Qash.

Sudah jelas terang lagi bersuluh, jejaka itu sengaja mahu menghindari dia.

"Kau ada apa-apa masalah dengan Delilah ke?" Bisik Laith sambil dekatkan diri dengan Qash yang duduk berpeluk tubuh.

"Tak."

Laith berdecit kecil. Dahinya berkerut halus.

"Kenapa kau dengan dia macam tak bercakap eh? Macam.. kau ignore dia." Getusnya lagi.

Tak sampai sesaat, dia sudah ditenung tajam oleh sepasang mata Qash. Laith kenal benar makna tenungan itu. Tanda amaran dan tanda bahawa dia harus berhenti bercakap. 

"Okey, okey.. sorry. Aku tak tanya dah." Ucap Laith sambil kemam bibir. 

Tapi sungguh! Dua tiga hari ni dia rasa Qash dan Delilah seperti tak sehaluan. Perasaan dia aje ke?

Dan tanpa Laith sedar, Qash di sebelahnya mengeluh dalam diam. Direnung Delilah yang duduk di depan itu dengan sebal.

Ketara? Ya.. mungkin tindakannya untuk menjauhi Delilah kelihatan ketara. Tapi apa lagi yang perlu dia lakukan selain meminggirkan gadis yang dia sukai demi ketenteraman hati?

Delilah bingkas bangun usai pemain-pemain bola baling itu berhenti sebentar untuk membincangkan sesuatu dengan jurulatih mereka. Tandas dituju dan baru setapak dia masuk, dia bertemu pandang dengan Myra yang turut berada disitu membetulkan rambut. Namun gadis itu tidak berseorangan. Di sebelahnya berdiri seorang Intan yang terus menundukkan pandangan.

"Delly! Hai.." Myra menghadiahkan senyuman manis.

Delilah hanya membalas dengan senyuman nipis sebelum memboloskan diri ke dalam salah satu tandas untuk membuang hajat kecil.

"Oh, hei Myra.."

Secara tak langsung, dia dapat mendengar beberapa orang gadis yang baru masuk sambil bergelak ketawa menegur Myra. Bunyi beberapa pintu kubikel ditutup turut kedengaran.

"Eh, you dengan minah gedik yang selalu menyendeng Diaz tu kawan eh?"

Terhenti pergerakan tangan Delilah yang mahu menekan flush jamban saat telinganya menangkap perbualan itu. Perbualan yang menjurus kepada dirinya.

"Ha?" Myra yang baru siap menata rambut blur sesaat. Dikerling hairan senior yang sedang menonyoh lipstik ke bibir itu.

"Alah! Perempuan yang buat kecoh waktu malam pertama kem hari tu.." Rakannya yang lain pula menyahut.

Delilah yang masih berada di dalam tersentak.

"Yang sampai Diaz marah akak tu ke?" Sedikit sinis nada Myra dengan wajah cuba dimaniskan bila sedar orang yang dimaksudkan adalah Delilah.

Ailinisha berdehem kecil. Eh, budak ni.. nak perli dia ke apa?

"Kenapa you berkawan dengan perempuan macam dia eh? You tak rasa menyampah ke dengan perangai gedik dia tu?"

"Akak.." Myra langsung terpana ketika Ailinisha terang-terangan mengata Delilah.

Sekilas dia berpandangan dengan Intan. Kedua-duanya memasang wajah gusar. Delilah ada dalam tandas. Sudah semestinya gadis itu sedang mendengar apa yang dibicarakan.

"Lagi satu! I dah lama perasan tau.. setiap kali you dengan Qash ada, mesti dia ada sekali. You tak rasa rimas ke dengan kehadiran dia?" Omel Ailinisha lagi.

"Apa maksud akak ni? Mana ada—"

"Eleh, you tak payah nak buat-buat bodohlah, babe.. you bercinta dengan Qash kan? Lepas tu datang pulak budak Delilah tu, jadi orang ketiga dalam hubungan you guys. You tak risau ke? Karang dirampasnya Qash dari you."

Tak cukup dengan bicara Ailinisha, rakannya di sebelah turut menyampuk. Menambah minyak dalam api yang mula membara.

"Myra tengoklah perangai dia. Tak cukup jadi orang ketiga dalam hubungan Myra dengan Qash, dia menggedik pula dekat Diaz. Ni akak nak nasihat, you should distance yourself from toxic people like her. Nanti Myra yang merana." Usul salah seorang dari mereka lagi.

"Betul tu, betul.. tak perlulah nak berkawan dengan orang macam tu. Tengok dari rupa pun dah tahu yang perempuan tu jenis yang pick me, gedik, toksik.. selfish!" Lanjut Ailinisha, sepuas hati mengutuk Delilah. Baru nak menyambung kata, terdengar bunyi flush jamban lalu diikuti dengan dentuman pintu menarik perhatian mereka.

Masing-masing membulatkan mata saat Delilah meluru keluar. Ailinisha serta rakan-rakannya saling berpandangan sambil buat muka tak bersalah.

"Oppss.." Sengaja Ailinisha menutup mulut sendiri.

"Delly.." suara Myra seolah tersekat di kerongkong.

Dengan riak datarnya, Delilah mengorak langkah dan merempuh bahu rakan Ailinisha yang menghalangnya sebelum menonong pergi.

"Kurang ajar!"

Pekikan itu dibiarkan berlalu. Myra dan Intan tergesa-gesa keluar mengejar langkah Delilah yang laju di hadapan.

Delilah kesat cecair hangat yang mula keluar dari kolam air matanya. Setiap bicara mereka tadi berlegar hebat di minda. Berulang-ulang hingga dia merasakan tembok kekuatannya perlahan runtuh.

Apa yang dikatakan mereka sebentar tadi sebenarnya langsung tidak memberi kesan kepadanya. Tapi sialnya setiap bicara itu masih membawa luka yang sama. Luka yang kemudiannya menjadi barah!

Dan apa yang sangat menyedihkan, dia tak mampu hendak melawan. Apa yang terjadi di masa lalunya kini berulang tayang. Kenapa walau sejauh mana dia pergi, hal yang sama tetap terjadi? Kenapa takdir dia harus begini? Dan kenapa.. dia jadi selemah ini?

BUK!

Tubuhnya hampir saja melayang tatkala dia tanpa sengaja merempuh Diaz yang sedang berdiri di depan vending machine.

"Oii.. kau memang sengaja nak rempuh aku ke Delilah?" Diaz tak tunggu lama untuk menempelak. Sesaat, tampang wajahnya berubah apabila melihat mata Delilah memerah.

"Delilah.. kau.."

Delilah sambung langkah memasuki ruang dewan tanpa sempat Diaz menyudahkan bicara.

"Apa dah jadi?" Terus disoal Myra dan Intan yang baru sahaja tiba. Sementara itu, Delilah di dalam dewan sudah menyambar laju beg galasnya diatas bangku.

Situasi itu disaksikan oleh Qash dan Laith yang terpinga-pinga tidak mengerti.

"Kenapa tu?" Laith soal Qash dan jejaka itu menggeleng.

"Delilah.."

Di depan pintu masuk, Diaz menghentikan langkah ketika Delilah melintasinya. Namun gadis itu menolak tubuhnya kesisi.

"Tepilah!"

"Delilah!" Sebagaimana derasnya langkah Delilah, Diaz turut laju menghayun kaki.

Sehingga pada satu saat dia terpaksa berdiri di hadapannya. Tak pasti apa yang harus dia lakukan, tapi sekurang-kurangnya dia perlu menghalang Delilah walau sekejap.

"Hei, hei.. stop kejap."

Menghadap antara satu sama lain, Diaz sedar gadis itu sedang menahan tangis. Bahunya terhinggut keras bersama mata yang basah. Semakin lama, Delilah seolah sukar untuk bernafas. Tangannya turut menggeletar hebat.

Melihatkan itu, dada Diaz seperti dipalu kuat. Rasa bimbang mula menyerang. Lantas kedua belah bahu Delilah dicengkam.

"What's wrong with you? Kau boleh bernafas tak?"

"Diaz.. aku.." Nafas Delilah mula tersekat-sekat. Dadanya berombak kasar. Malah wajahnya mulai pucat lesi membuatkan Diaz semakin cemas.

"Breathe, Delilah. Breathe." Tegas nadanya memberi arahan. Namun Delilah masih lagi kepayahan untuk bernafas.

"Pandang aku.. pandang aku please. Ikut aku bernafas. In.. and out." Tidak berputus asa, Diaz membantu Delilah untuk bernafas selama beberapa saat.

Apabila nafasnya mula teratur, barulah Diaz merasa sedikit lega.

"Aku nak balik, Diaz." Pinta Delilah.

Diaz terus menganggukkan kepala beberapa kali.

"Okey, okey.. aku hantar kau balik. Aku ambik kunci kereta kejap, kau tunggu dekat tempat parking. Jangan pergi mana-mana!"

Tanpa berfikir panjang, Diaz berlari sekuat hati kearah dewan untuk mendapatkan kunci keretanya.

*****

"Qash.."

Senyap. Si jejaka yang sedang menekur lantai itu langsung tidak mendengar namanya dipanggil oleh Laith.

"Qash!" Dan kali ini, nada Laith meninggi sedikit. Barulah Qash panggung kepala sebelum mengeluh. Posisi duduk dibetulkan.

"Kau okey tak?" Laith menyoal gusar.

Sejak mereka mendengar cerita dari Myra tadi Qash langsung diam tak berkutik.

"Okey." Sahut Qash sepatah.

"Kau tak payahlah buat muka burung hantu kau tu. Risau pulak aku." Omel Laith. Tak pasti sama ada Qash terganggu dengan cerita Myra sebentar tadi atau sebab hal lain.

"Masih fikirkan pasal Delilah?" Myra yang turut mengerling Qash bertanya.

Qash diam. Memang dia tengah fikirkan Delilah sekarang ni. Dia bimbang sebab Delilah terburu-buru pulang dan itu menandakan Delilah sedang tak okey.

"Korang rasa.. Delilah akan okey ke? Aku risau kalau dia betul-betul terkesan dengan gosip para senior tu." Laith mengutarakan soalan yang bermain di fikiran masing-masing.

"Qash Hayyan!"

Tiba-tiba, seisi kelas dikejutkan dengan kemunculan Diaz yang meluru masuk bersama wajah bengis.

Qash tersentak hairan melihat Diaz yang datang mendekat dan tanpa sempat mengelak..

BUK!

Diaz layangkan penumbuk sehingga membuatkan Qash terjatuh dari tempat duduknya. Mereka yang menyaksikan insiden itu spontan berdiri dengan mulut ternganga.

Diaz tarik kolar baju Qash, memaksa jejaka itu untuk berdiri. Senyuman sinisnya terbit tatkala cecair merah mengalir dari hujung bibir Qash.

"Aku memang dah lama nak tumbuk muka kerek kau ni. Kau ingat kau bagus sangat ke, ha? Seronok mainkan perasaan orang?" Mencerlung matanya menikam wajah Qash yang sudah tidak bercermin mata.

"Diaz! Apa ni?" Laith segera mahu menghalang, namun ditepis kuat oleh Diaz dengan sebelah tangan. Betapa eratnya cengkaman tangannya di kolar Qash sehingga urat-uratnya kelihatan timbul.

Nafasnya kasar gara-gara amarah yang semakin meluap.

"Kau kalau tak suka, kau cakap terus-terang. Tak payah nak mengelirukan orang lain dengan perangai bodoh kau ni."

"Kau merepek apa ni Diaz?" Qash seakan mengerti maksud Diaz namun tetap mahu bertanya. Menambahkan lagi amukan Diaz terhadapnya.

"Merepek? Hei! Delilah menangis sebab kau tahu tak? Apa yang susah sangat nak jelaskan pada dia kalau kau suka orang lain sekali pun? Puaslah hati kau, kan? Seronok tengok dia kena gosipkan sebagai orang ketiga dalam hubungan kau dengan Myra?"

Terketap-ketap gigi Diaz mengucap kata. Kalau diikutkan hati, bukan bibir Qash saja yang pecah. Mahu lebam birat wajah jejaka itu pun dia sanggup lakukan.

Raut Qash yang sebelumnya tegang, mulai berubah kendur tidak berperasaan. Andai Diaz mahu melayangkan penumbuk lagi, rasanya dia sanggup menadah muka.

"Kau dengar baik-baik Qash Hayyan, yang boleh buat dia menangis tu cuma aku! Itu pun aku tak pernah lagi jadi punca dia menangis." Antara sedar tak sedar, Diaz meluahkan ucapan yang terlahir ikhlas dari hatinya.

Qash sendiri boleh nampak melalui tatapan mata Diaz, bahawa jejaka itu benar-benar memaksudkannya. Mereka yang menjadi saksi turut terpana. Ini kali pertama Diaz bertindak drastik demi melindungi seorang gadis sehingga begini.

"Kau jangan sampai muka kerek kau ni hancur aku kerjakan." Sinis bicara yang dikeluarkan sebelum Diaz melepaskan cengkaman lalu menolak tubuh Qash dengan kasar.

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 65.2K 52
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patienc...
1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
63.7K 2.8K 30
Aisy,Asher dan Axel ialah mafia justeru mereka bertiga membina kumpulan mafia tersendiri yang diberi nama Rose Blood sempena dengan nama ibu mereka,R...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...