Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

Від Dandelzel

236K 15.5K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... Більше

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~43

3.7K 310 18
Від Dandelzel

Mereka berlima berdiri sebaris menghadap Sir Hanil dengan hati yang berdebar-debar. Di satu sudut pondok terbuka itu, Tuan Amza duduk menyilang kaki ditemani seorang pengajar yang sedang membualkan sesuatu. Sambil-sambil itu mata turut mengerling kepada mereka berlima.

"Kamu berlima, nanti tak perlu susah payah kemas barang untuk balik esok." Sir Hanil memberi mukadimah, membuatkan pelajar-pelajar di hadapannya saling berpandangan.

"Maksud sir?" Laith menjadi wakil untuk menyoal dengan kerutan di dahi.

"Awak nampak apa yang awak buat tadi?"

Semua mata tertumpu pada arah yang ditunjukkan oleh sir Hanil. Berubah riak wajah Diaz dan Laith melihat kawasan yang mereka hanguskan awal pagi tadi.

Alah.. benda kecik pun nak kecoh!

"Awak dah buat kesalahan. Dah buat salah, kenalah bertanggungjawab. Kami dah bincang dengan staf kem sekejap tadi. Sebagai hukuman, esok.. awak berlima akan buat kerja sukarelawan membantu dorang membersihkan kawasan kem." Usul Sir Hanil lagi. Jelas mengundang ketidakpuasan hati Diaz.

"Apa ni, sir.. kita orang bukan budak sekolah menengah sampai nak kena hukum bagai." Rungutnya. Turut terzahir satu dengusan di bibir.

Dia tak rasa apa yang berlaku tadi wajar diambil serius. Yang hangus cuma dedaun kering sawit, bukan satu kebun.

"Ha.. itulah. Sir pun nak cakap benda yang sama. Kau orang ni bukannya budak sekolah menengah sampai tak boleh fikir kalau api korang yang marak tu boleh menyebabkan kebakaran."

Erk.. setepek sir Hanil bagi ayat pedas sambil bercekak pinggang. Terdiam Diaz dibuatnya dengan wajah yang masam mengalahkan segala asid.

Qash, Myra dan Intan langsung tak berkutik. Tak tahu nak bereaksi macam mana sedangkan yang salah hanya Diaz dan Laith.

Delilah yang berwajah blur, perlahan mengangkat tangan mahu bertanya.

"Tapi apa kena-mengenanya dengan kemas barang?"

Sir Hanil sepi buat sesaat sebelum menghela nafas kasar.

"Sebab awak takkan balik esok. Tapi lusa."

"Hah?!" Terbelalak mata masing-masing.

"Sir.." Diaz, Laith dan Intan tak tunggu lama untuk mengeluh.

"Sir.. Isnin dah start kelas." Ujar Myra pula. Memberi alasan yang paling munasabah.

"You choose. Balik lusa, atau dikenakan tindakan disiplin?"

"Tapi kenapa berlima? Sir, yang salah sekarang ni saya dengan Diaz. Tak ada kena-mengena dengan dorang berempat." Bidas Laith lagi setelah menyedari lelaki itu bukan saja mahu menghukum dia dan Diaz.

Delilah, Myra dan Intan mengangguk setuju.

"Ohoo.. sejuk hati sir dengar. Terima kasihlah sebab prihatin dengan kawan-kawan awak. Tapi cuba awak lakonkan semula situasi terakhir selepas api tadi menjalar? Siapa yang bersama awak?" Nada sir Hanil yang mulanya tenang bertukar menjadi garang dan tegas.

Terdiam lagi mereka berlima.

"Ha? Qash? Awak sebagai ketua kumpulan pun tak dapat pantau dua orang ahli awak?"

"Sorry, sir.." rendah suara Qash menjawab. Terima apa sahaja keputusan sir Hanil dengan hati terbuka.

"Esok pagi, selepas semua pelajar dah beredar awak pindah masuk satu khemah untuk lelaki. Satu khemah untuk perempuan. Faham tak?"

"Faham.." langsung tak bermaya mereka menyahut. Akur dengan hukuman yang diberi walaupun di dalam hati sudah mengeluh berkali-kali.

Siapa saja yang suka duduk di dalam hutan ini? Dengan rasa penat sebab aktiviti lagi.. niat nak pulang berehat terkubur begitu saja.

Longlai langkah masing-masing menuju ke tapak perkhemahan. Masih ada sedikit masa sebelum mereka menyambung aktiviti yang seterusnya.

Sambil berjalan, sempat Delilah mengerling kearah Tuan Amza yang masih berborak dengan beberapa pengajar di pondok terbuka.

"Baba kau memang selalu libatkan diri dalam aktiviti kolej eh?" Refleks mulut melontar soalan kepada Diaz yang beriringan dengannya. Sekadar hairan melihat kedatangan Tuan Amza kesini.

Diaz toleh sekilas kearah yang sama. "Entah. Iyalah kut.." balasnya acuh tak acuh. Tak sampai sesaat, dia menyedari Delilah yang merenungnya dengan pandangan meluat. Hujung bibirnya terangkat sinis.

"Eh, ini first time aku ikut kem kolej." Cemuh Diaz.

Semakin tinggi pula bibir Delilah terherot. Buang air liur dia aje bertanya dekat mamat sekor ni.

"Huh.."

"Apa huh? Kau mengejek aku dalam hati kan?" Sengaja Diaz jegilkan mata besar-besar. Nak bagi muka nampak garang sedangkan Delilah sikit pun tak takut pada dia.

Dari jauh, Tuan Amza memerhati perilaku dua orang remaja itu. Secara langsung mencetuskan segaris senyuman di bibirnya.

Dia suka melihat Diaz dan Delilah bersama. Ianya seolah menghantar satu perasaan hangat di jiwanya.

Sedar dirinya direnung oleh seseorang, Tuan Amza mengerling sikit dengan sebelah kening terangkat.

"What?"

Hanil tersengih singkat. Ketika itu, yang tinggal hanya dia dan Tuan Amza. Para pengajar lain pula sedang bersiap untuk memimpin aktiviti seterusnya.

"Aku kagum dengan kesungguhan kau ni. Apalah yang budak-budak tu akan fikir kalau dorang tahu ini semua plan kau." Tuturnya penuh makna. Dia cuba membaca air muka lelaki itu.

Terlihat relaks dan teruja. Puncanya? Sebab perkara tadilah.. tentang hukuman kepada lima pelajar yang kononnya harus membantu pihak kem rekreasi itu. Semuanya keluar dari otak cerdik seorang Tuan Amza Khaizan.

Dan yang sebenarnya, pihak kem langsung tiada masalah dengan insiden kecil yang berlaku tadi. Lagi pula, tiada pokok sawit yang terjejas kerana api.

"Aku anggap semua ni peluang untuk aku, Han. Biarlah dorang lama sikit kat sini. Selagi ada peluang, aku cuba untuk rapatkan hubungan Diaz dengan Delilah. Tak banyak, sedikit perubahan pun jadilah." Tuan Amza membalas.

Saat Hanil memberitahu timbul sedikit masalah ketika aktiviti perkhemahan berlangsung, berkaitan pula dengan Diaz, dia buru-buru datang kesini. Benar, ianya sekadar perkara kecil yang tak perlu diberi hukuman pun. Hanya saja dia yang memanfaatkan keadaan.

Dia menginginkan Diaz dan Delilah berada lebih lama disini. Meluangkan masa bersama-sama. Siapa tahu hubungan mereka akan lebih akrab. Malah, Hanil memberitahunya bahawa Delilah berinteraksi baik dengan pelajar-pelajar lain.

Berita itu sudah cukup menggembirakan Tuan Amza.

"Aku mungkin tak kan faham macam mana sukarnya kau nak satukan Diaz dan Delilah sebagai adik-beradik. Tapi aku betul-betul kagumlah Am." Hanil tergelak di hujung katanya.

Kelakar sebab dia tak sangka Tuan Amza berfikiran licik.

"Sekarang ni aku tak risau sangat, Han. Aku dah boleh nampak hubungan dorang dah semakin membaik. Walaupun, yalah.. kadang-kadang tu jelas sangat budak berdua tu tak serasi."

"Bukan Diaz dengan Delilah lah kalau tak kecoh. Ada aje benda yang nak digaduhkan. Lumrah adik-beradiklah kan?"

Kata-kata Hanil itu mengundang senyuman lebar Tuan Amza. Lumrah adik-beradik.. betullah tu.

"Ni, kau nak stay terus ke macam mana?" Hanil mengajukan soalan. Membuka topik tentang satu lagi idea bernas lelaki bercermin mata itu awal tadi.

Bukan budak berlima itu aje yang akan bermalam disini esok. Dengan dia dan Tuan Amza sekali yang kena berada disini sebab para pengajar pun akan balik sekali dengan pelajar lain.

Tuan Amza kata, sambil dorang jaga budak-budak sambil tu boleh healing. Healing dengan alam semula jadi. Ada betulnya juga. Mereka berdua pun sudah lama tidak meluangkan masa bersama-sama.

"Esok masa penutupan kem aku datanglah balik. Barang belum packing lagi ni. Dengan Lea yang tak tahu apa-apa lagi.."

"Ah, cakap ajelah kau dah mula rindukan bini."

Galak Hanil mentertawakan Tuan Amza yang dah menjeling dengan mata helangnya. Saja dia mahu mengusik kerana sejak Tuan Amza berkahwin, semakin sukar pula mereka mahu bertemu.

*****

Ternyata sir Hanil tidak main-main dengan bicaranya yang mahu meninggalkan mereka berlima disini buat sehari lagi. Melihat pelajar lain sudah bersiap-siap untuk pulang setelah penutupan majlis, membuat masing-masing berasa murung.

"Aku nak balik.." Laith merengek. Separa bersungut.

Malas nak melayan, Qash tepuk bahu Laith dengan riak malas.

"Tak payah merungutlah, Laith.. awak nak kena tindakan disiplin ke kalau kita tak tolong staf kem?" Giliran Myra pula bersuara dengan mata sesekali memerhati para pelajar yang telah jauh berjalan menuju ke tempat dimana bas sudah menanti.

Hanya mereka berlima saja yang terkontang-kanting disini. Menunggu arahan dari sir Hanil.

"Kesian ibu aku rindukan anak bujang dia.." wajah Laith bertambah monyok. Dah jadi begini, baru nak ingat pada ibu di rumah.

"Sebelum tu kau patut kesian dekat kebun sawit yang kau bakar semalam." Datang pula Diaz yang turut mencemuhnya. Bibirnya terhias senyuman sinis.

"Kau bercakap macamlah Laith sorang aje yang salah." Delilah yang bersila diatas bangku menjeling Diaz.

"Eh, aku tak kata macam tu.."

"Orang bongkak ni biasanya memang tak nak mengaku salah."

Berdesing telinga Diaz mendengar sindiran pedas Delilah. Laith ketawa di tempatnya. Cuma Delilah saja yang berani menempelak anak pemilik kolej itu.

"Kau ni tengah hari buta macam ni kau nak cari pasal dengan aku kan, Delilah?" Selar Diaz membuatkan Delilah mencebir bibir sambil mengajuknya.

Sejenak, Diaz pula yang mengeluh panjang.

"Ni dah kenapa merungut jugak?" Nada Delilah seolah menyampah.

Kalau ikutkan hati yang jahat ni, Diaz memang wajar dipersalahkan. Namun dia juga harus bertolak-ansur. Tak enak rasanya mahu menyalahkan Diaz dan Laith terang-terangan.

"Aku rindu baby aku."

"Baby? Baby kejadah apa yang kau ada kat rumah tu?" Selar Delilah.

Laith sudah terkebil-kebil memerhati bersama Qash. Myra dan Intan pula berpandangan.

Nak gaduh lagi ke budak berdua ni?

"Kau tak tahu? Motor kesayangan aku tu umpama baby bagi aku. Yang patut dimanja, disayang dengan sepenuh hati."

Serentak Diaz mengucap kata, Delilah buat gaya nak termuntah. Geli mendengar ayat jejaka itu.

"Werkk! Kembang anak tekak aku, Diaz. Tahap gila kau ni sampai nak berasmara dengan motor pulak ke, ha?"

"Kau tak tahu motor aku tu pandai merajuk. Hari tu waktu kau conteng dia, kau tahu tak dia tak nak hidup bila aku start? Semuanya salah kau." Bebel Diaz, mengingat kembali insiden kali lepas.

Tanpa sedar mereka yang mendengarnya mula terpinga-pinga. Delilah conteng motor Diaz?

"Merajuk apa benda pulak Diaz! Motor tu bukan bernyawa pun. Kau ni makin aku layan makin tak normal pulak."

"Si..siapa yang conteng?" Tanya Laith sambil memandang kedua-duanya silih berganti.

Malah Qash, Myra dan Intan juga hairan. Bila masanya Delilah conteng motor Diaz? Atau mereka yang salah dengar?

"Kawan kau yang bongok inilah." Sahut Diaz, masih tidak menyedari reaksi mereka yang semakin sangsi dan tidak mengerti.

"Eh, itu nasib baik aku conteng aje tau. Esok lusa kau cari pasal lagi, aku letak air dalam tangki minyak kau. Faham?" Garang Delilah memberi amaran.

"Cubalah kalau berani."

"Kau cabar aku ke sekarang ni? Kau jangan terkejut pulak motor kau tiba-tiba hilang. Ghaib!"

"Korang berdua ni tinggal berdekatan ke? Macam mana pula kau boleh conteng motor Diaz ni, Delly?" Tiba-tiba, Laith mengutarakan soalan yang turut mewakilkan Qash, Myra dan Intan.

Diaz yang baru nak menyekeh kepala Delilah, langsung menghentikan pergerakannya sebaik sahaja soalan musykil Laith menerpa pendengaran. Melihat mereka yang merenung hairan, barulah Diaz dan Delilah sedar bahawa kedua-duanya sudah terlepas cakap.

Kelu lidah masing-masing nak menjawab.

"Oh.." Terbit senyuman nakal penuh mengusik Laith sambil menggoyangkan jari beberapa kali. "Korang berdua duduk sebumbung ke?"

Pek!

Spontan tangan Delilah menepuk kuat bahu jejaka itu sehingga dia mengaduh sakit. Belum sempat dia memberi penjelasan, tiba-tiba satu laungan nyaring kedengaran. Sejurus menyita perhatian mereka berlima.

"DIAZ!"

Mendadak kepala mereka menoleh. Mata Diaz membuntang. Delilah ternganga. Qash dan yang lain langsung tak berkelip.

Nun jauh disana, munculnya dua orang jejaka yang sedang berlari-lari anak sambil mengheret beg pakaian.

"Diaz!"

Dua orang jejaka itu menjerit lagi. Tuan Amza dan sir Hanil yang berada berdekatan juga terpinga-pinga melihat apa yang terjadi.

"Oii! Yang korang ni patah balik kenapa?"

Pantas Diaz mendekati Jayden dan Eden yang tampak tercungap-cungap. Dalam sekelip mata, tubuhnya kini didakap oleh mereka berdua sambil pura-pura menghambur tangis.

"Huarghh.. Diaz.. kawan aku!"

"Ni dah kenapa ni?"

Dalam kalutnya melihat kedatangan Jayden dan Eden, Sir Hanil bercekak pinggang. Dah bersedia nak mengomeli anak-anak muda itu.

Rasanya bas yang menjemput para pelajar sudah bergerak pulang. Tapi kenapa Jayden dan Eden muncul kat sini pula?

"Sir.. kita orang tak nak balik.." Ucap Jayden separuh merengek bersama wajah disebekkan.

"Sir! Kami berdua dengan rela hati nak sertai dorang. Kami tak nak balik selagi Diaz tak balik.." Lanjut Eden pula. Mengundang riak terkejut semua orang.

Memang betul-betul di luar akal fikiran perangai Jayden dan Eden ni!

"Bodohlah korang ni!" Cemuh Diaz. Tak tahu nak gelak atau terharu bila kedua-duanya sanggup patah balik demi dia.

Berpandangan buat seketika, mereka bertiga akhirnya sama-sama menghambur tangis yang olok-olok lalu saling berpelukan.

"Huarghh..."

"Kawan aku.."

Tergeleng kepala Sir Hanil. Toleh kearah Tuan Amza, lelaki itu juga kelihatan hilang kata. Langsung tak menjangkakan semua ini akan berlaku.

Sudahnya, dari hanya berlima, jumlah mereka bertambah menjadi tujuh. Riuh mulut masing-masing berbual tak henti ketika memasuki hutan ditemani dengan beberapa staf yang menjaga kem bersama Tuan Amza dan Hanil.

"Kamilah penyamun di dalam negeri.. kami penyamun di dalam ini negeri.. Kerja merompak mencilok dan mencuri.."

Dalam perjalanan, suara Diaz dan dua orang sahabatnya bergabung menyanyikan lagu dari satu filem P.Ramlee. Kena pula bila masing-masing membawa parang yang dibekalkan oleh staf kem.

"Tidak memilih mas intan kerbau sapu.. Asal yang boleh ku bawak lari.. kami penyamun.. penyamun.."

Delilah yang mendengar tumpang ketawa bersama mereka yang lain. Terhibur dengan gelagat Diaz, Jayden dan Eden.

Sambil membersihkan trek, sambil itu juga mereka meneroka alam sekitar. Tuan Amza dan Hanil nampaknya benar-benar memanfaatkan masa untuk enjoy.

Delilah berusaha untuk meleraikan seutas tali yang terlilit pada pokok ketika Intan datang mendekatinya bersama sebilah pisau.

"Delilah.." Niat Intan mahu membantu. Perlahan dia cuba memotong tali yang dipegang Delilah. Namun gadis itu melepaskan tali dan menjauh darinya.

Berubah riak wajah Intan. Delilah kini merenungnya sinis.

"Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Cukup macam tu. Tak perlu nak berlagak seolah kita kenal antara satu sama lain." Tersentak Intan sebaik sahaja ayat pedas itu meluncur keluar dari mulut Delilah.

Spontan kepalanya menunduk. Tak kuat nak membalas renungan mata yang setajam pedang itu. Sehingga Delilah berlalu, dia hanya mampu mengeluh dalam diam.

Pada waktu yang sama, Myra datang terkedek-kedek setelah Delilah pergi. Entah kenapa, dia dapat merasakan ketegangan antara mereka berdua.

"Intan.. kenapa?"

Wajah Intan yang muram langsung berubah. Laju dia menggelengkan kepala sambil tersenyum hambar. Tidak mahu Myra mengesyaki apa-apa.

"Delly masih marahkan awak?" Soal Myra. Simpati terhadap Intan.

Sejak dulu lagi, dia perasan seakan ada sesuatu yang berlaku antara Delilah dan Intan. Namun dia cuba bersangka baik. Delilah orangnya sejenis yang tak banyak cakap dan hanya berbual dengan orang tertentu. Malah Intan juga boleh dikatakan seorang yang pendiam. Mungkin kedua-duanya masih kekok untuk berteman.

Tapi sejak Myra tak sengaja mendengar perbualan mereka di kafe tempoh hari, dia tak dapat nak menahan rasa musykilnya. Hanya ada satu kesimpulan yang dia dapat fikirkan.

Delilah.. seolah tidak menyukai Intan.

"Taklah, dia okey aje.." Intan menyangkal lembut. Sekilas, dia mengerling Delilah yang tidak jauh dari mereka. "Cuma dia tak biasa bercakap dengan saya."

Myra terdiam. Dari air muka Intan saja sudah jelas bahawa ada sesuatu yang gadis itu sembunyikan. Namun Myra memilih untuk tidak mendesak. Cuba untuk tidak masuk campur akan hal yang tidak berkaitan dengan dia.

Cuaca yang pada mulanya redup dan berawan  kini mula terasa bahang panasnya. Mereka kini membersihkan kawasan di sekitar tapak perkhemahan.

Sedang Delilah leka mengumpulkan sampah, tanpa sengaja dia menjadi penonton adegan mesra antara Myra dan Qash. Myra tergelak lucu bila menyedari ada dedaun yang melekat di rambut jejaka itu.

"Macam mana boleh ada daun dekat kepala awak ni?" Usik Myra. Dia menjengket, mahu mencapai dedaun tersebut namun pantas Qash mengelak dari disentuh. Myra ketawa. Masih tidak berputus asa untuk memanjangkan tangan sambil bergurau dengan Qash.

Mesranya mereka berdua..

Hanya itu yang terdetik di benak Delilah sebelum palingkan wajah kearah lain. Apa yang terjadi di depan sana tiada kaitan langsung dengan dia. Tapi hatinya pula bagai direnggut. Tiba-tiba dia rasa nak mengamuk. Bersulamkan pula dengan perasaan sebal. Tak wajar untuk dia berasa cemburu kerana Qash bukan siapa-siapa bagi dia.

Cemburu?

Delilah mengeluh.

Satu hal yang dia sangat pasti sejak perkhemahan berlangsung, Qash sangat ringan tulang orangnya. Jejaka itu baik hati. Suka membantu walaupun berwajah beku begitu.

Tengoklah sekarang, bukan main lagi membantu Myra. Dia yang terkial-kial ni langsung tak dipandang pun.

Eh?

"Why would you feel that way, Delilah? He ain't nobody." Rungutnya sendirian. Plastik sampah diikat kasar. Tak sedar dirinya sedang melepas geram.

Ketika mahu mengheret plastik sampah yang sudah penuh itu, tidak semena-mena Qash muncul di sebelahnya. Membuatkan Delilah langsung memasang muka datar.

"Aku tolong." Qash baru sahaja mahu memegang plastik sampah tersebut sebelum Delilah kalih ia jauh dari tangannya.

"Eh, tak payah. Ringan aje ni." Delilah menolak dengan nada serius. Tak tahu kenapa tiba-tiba saja dia jadi geram walaupun niat Qash baik.

"Tak kisahlah ringan atau berat. Yang penting kita sama-sama buat." Ucap Qash pula. Turut mengangkat plastik sampah itu bersama Delilah.

"Tak apa, Qash. Aku boleh buat sorang. Kau pergilah tolong Myra tu.." 

Dan sekali lagi Delilah menarik jauh plastik sampah besar itu dari Qash. Enggan menerima pertolongannya.

Qash pula bagai tersentak mendengar bicara Delilah.

"Oii! Nampak gayanya sampai ke sudah pun sampah tu akan kekal kat situ. Bak sini!" Datang Diaz yang entah sejak bila menjadi pemerhati mereka yang seakan bermain tarik tali.

Plastik sampah dirampas dari tangan Delilah lalu menonong pergi. Terkebil-kebil Delilah dan Qash. Tak menunggu lama, Delilah mengejar langkah Diaz dan sama-sama membawa plastik sampah untuk dibuang ke tempat sepatutnya.

Meninggalkan Qash yang terkontang-kanting menahan perasaan seorang diri.

Usai kerja-kerja yang diperintahkan sudah selesai dilaksanakan dan tenaga mereka tidak diperlukan lagi, masing-masing girang mahu berseronok di sungai. Riuh suara mereka bermandi-manda disitu.

Di atas sebuah batu di pinggir sungai, Delilah duduk bersila tanpa ada niat mahu menyertai mereka. Sekadar memerhati dan menikmati suasana indah yang ditemani bunyi aliran air sungai bersatu dengan bunyi alam.

Sejenak, dia perasan terdapat seekor anak ikan yang sedang berkeliaran di dalam sungai. Delilah tersenyum. Bingkas bangun, dia masuk ke dalam air sungai yang hanya paras betis dan bergerak perlahan dengan tubuh separuh membongkok. Penuh berhati-hati dia melangkah tanpa sebarang bunyi dan air berkocak.

Selangkah.. dua langkah..

Ikan tadi mula menjauh perlahan saat menyedari kehadirannya. Membuatkan Delilah semakin geram. Bersungguh dia menjejaki ikan tersebut. Penuh fokus sampai tak sedar berdirinya satu tubuh yang tidak jauh di hadapannya.

Qash yang sedari tadi mahu mendekati Delilah, kini tercegat di tengah-tengah sungai itu apabila melihat si gadis yang terkedek-kedek melangkah kearahnya. Gayanya seakan mahu menyodok dia pula!

Tidak semena-mena..

Pap..

Delilah angkat wajah saat satu tangan terkena pada dahinya.

"Watch your step, Delilah." Tukas Qash.

"Sshhh! Jangan gerak, Qash."

Tidak peduli dengan bicara Qash itu, matanya tertumpu lagi pada ikan yang betul-betul berada tepat di hujung jari kaki Qash.

Delilah mahu membongkok lagi namun pergerakannya terhenti apabila Qash terlebih dahulu mencedok ikan tersebut dengan kedua belah tangan.

Tanpa sedar bibirnya mengoyak senyum tatkala Qash menghulurkan ikan itu kepadanya. Tapi belum sempat ikan bertukar tangan..

Burr!!

Delilah ternganga. Dalam sekelip mata tubuhnya kini basah kuyup dek percikan air yang sengaja dilakukan oleh seseorang. Pandang wajah Qash, jejaka itu turut terkena tempiasnya. Ikan di tangannya sudah terlepas.

Galak ketawa si pelaku membuatkan kedua-duanya menoleh.

"DIAZ!" Hampir bergegar seluruh alam dek jeritan Delilah. Bertambah geram melihat Diaz yang mengekek ketawa.

Sebagai balasan, Delilah turut memercikkan air kearah jejaka itu. Malah Qash juga terikut-ikut. Sekejap saja Diaz sudah diserang oleh mereka berdua.

"Woi!"

Diaz tak mampu lari dari situ apabila Jayden, Eden dan Laith turut mengepung dan menyertai 'peperangan'.

"Ambik kau.. ambik!"

Masing-masing seronok dapat mengenakan Diaz. Bukan selalu boleh bergurau dengan jejaka yang sentiasa grumpy itu. Sambil bercanda-ria, sambil itu ketawa mereka mengisi suasana.

Detik yang sepatutnya menjadi hukuman bagi mereka, kini berubah menjadi masa untuk bersuka-ria pula.

Продовжити читання

Вам також сподобається

3.5K 160 4
Pernikahan aturan keluarga? Sangat lapuk! Tersangatlah lapuk. Tetapi apa yang mampu dilakukan Fariha Marissa apabila itulah jenis pernikahan yang dih...
1.4M 102K 57
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
1.3M 65.1K 52
𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 3 - The king of patience ZARIEL ZAQUAN - Lelaki tampan yang mempunyai sifat sabar yang sangat tinggi. The king of patienc...
C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √ Від OptimusPrime

Підліткова література

1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...