Mr Vader (OG)

By coffeloff

17.4K 1.7K 98

Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang l... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40

Bab 31

270 32 2
By coffeloff

Kain telekung dilipat dengan rapi. Tangan laju mencapai tudung sarung lalu aku bergerak turun ke dapur. Duduk rumah orang takkanlah nak bangun lewat. Kalau kat rumah sendiri, selagi tak berkumandang azan Zohor selagi itulah aku masih berbungkus dalam selimut.

"Nenek buat apa? Shal nak tolong boleh? "Aku menawarkan diri. Senyuman lebar diukir.

"Kamu tetamu. Tak sepatutnya buat kerja. Ni pun dah siap makan pagi. " Semerbak bau kuetiau goreng yang siap dimasak . Teruk pula aku rasa sekarang ni. Turun ke dapur, makanan dah siap.

Aku mengambil beberapa biji pinggan dan gelas.

"Tak payah ambil banyak sangat pinggan tu, Ashal. Kita berdua je yang makan pagi ni. Kalau sempat sekali dengan Aki. " Nenek menghidangkan air teh panas.

"Aki pergi mana Nek? "Kuetiau dicedokkan. Aku memberikan dahulu kepada Nenek.

"Macam biasalah. Pergi ke masjid. Sebelum balik, borak -borak dulu. Ni si cucu bertuah tu ikut Aki pergi masjid sekali. Eloklah jadi imam subuh. "kata Nenek sambil menyambut huluranku.

Sebelah keningku terangkat. Imam masjid? Zaman sekolah dulu nak dengar dia jadi imam pun susah.  Dia jadi dulu pun sebab ustaz yang suruh. Jadi imam di kampung? Aku tak rasa pun dia jadi imam. Kita tunggu cerita apa yang didengar nanti.

Baru suapan pertama masuk ke dalam mulut, kedengaran suara memberi salam. Tidak sampai seminit, terjengul kepala  Aki turun ke dapur.

"Awak tengok cucu awak tu. Haish! Perangai tak berubah. "Tok Aki mengambil tempat di sebelah Nenek.

"Apa pula si budak bertuah tu buat? "tanya Nenek sambil mencedok makanan ke dalam pinggan sebelum diberikan kepada Tok Aki.

Aku yang berada di hadapan mereka berdua sekadar memasang telinga.

" Bilal suruh dia jadi imam, dia pergi menyorok belakang tiang! Apa nak jadi dengan budak tu sorang. Dah nak kahwin, perangai mengalahkan budak darjah satu."

Kan aku dah kata!

Ustaz Muqris kita menyorok belakang tiang sebab tak nak jadi imam. Apa yang ditakutkan pun entahlah. Bukannya suruh terjun dari gunung.

Nenek sekadar tersenyum memberi reaksi. "Biarlah dia. Dalam ramai -ramai cucu kita, dia seorang saja yang boleh diharap. "

"Itulah. Kadang, aku ni kesian dengan dia. Ayah sendiri buat macamtu. Adik beradik pun tak ambil berat sangat pasal dia. Tempat dia bergantung cuma dekat mak dia dan kita berdua jela. "Keluhan terbit di bibir Tok Aki.

Terhenti suapan aku. Aku mengangkat kepala apabila mendengar namaku dipanggil. Wajah tua di hadapan aku pandang silih berganti.

"Ashal janji dengan nenek. Jaga cucu nenek elok- elok."

Air liur ditelan kesat. Perlahan- lahan aku angguk." Insya Allah nek."

Kami menyambung suapan yang tergendala. Berborak seolah- olah tidak membicarakan hal sebentar tadi. 

"Ris mana Aki? Dari tadi tak nampak." Aku menukar topik. Hairan juga aku melihat Tok Aki balik seorang diri.

"Budak tu! Habis solat subuh, buang jubah dengan kopiah dia pergi main sepak takraw. Nak marah, tapi elok juga dia pergi bermain sukan tu dari menghisap dadah." Tok Aki geleng kepala. Pening kepala kalau fikir tentang Muqris.

Aku tersenyum kecil. Haih,Tok Aki ni. Nak marahkan sangat Muqris, tak boleh. Sayang cucu katakan.

"Shal nanti tolong nenek belikan bawang putih dengan daun sup dekat kedai depan sana."minta nenek.

"Okay."balasku. Sempat aku terpandang kedai runcit sewaktu bermain kejar mengejar dengan Muqris.

“Nanti sepupu Ris nak sampai. Boleh Ashal berkenalan dengan dia. ”ujar Aki.

“Lelaki ke perempuan?”Saja tanya. Kalau perempuan aku rasa susah sikit nak ngam. Yang tahu je tahu.

“Lelakilah. Ris tak rapat dengan sepupu perempuan, inikan perempuan kat luar sana. "

Kepala diangguk faham. Setuju dengan kenyataan Aki. Memang Muqris tak rapat dengan perempuan atau ayat mudahnya, anti perempuan.

"Tapi nenek hairan. Tak ada angin ribut, tiba-tiba dia nak kahwin. Ashal ni mesti perempuan yang istimewa dalam hati Ris, kan? "Nenek mengambil pinggan lalu dibawa ke sinki. Aki sudah berlalu naik ke atas selepas membasuh tangan.

Istimewa? Yakin betul.

"Mana ada nenek." Aku menyangkal.

"Nenek yakin sebab nenek kenal cucu nenek. "

Tangan yang menjinjit plastik yang berisi pesanan nenek dihayun kecil. Sebelah tangan khusyuk menghirup susu kotak. Langkah terhenti sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah.

Mata laju terpandang ke arah sebiji kereta mewah yang terletak cantik di sebelah kereta Nissan GTR milik Muqris. Aku yakin ini bukan kereta milik Ajwad. Semalam Ajwad dan Taufiq datang dengan Toyota Supra MK5. Anak orang kaya. Biasalah.

Mercedes AMG GT. Keningku sedikit berkerut. Macam pernah nampak kereta ni. Tapi kat mana eh?

Ting!

Homestay Angah dulu! Tapi apa motif kereta ni ada kat sini? Siapa pemiliknya?

Bunyi jeritan Taufiq menyentakkan lamunan aku. Dia berlari keluar dari rumah lalu menyorok di belakang badanku.  Aku hanya berdiri tegak tidak bergerak. Otak cuba mencerna apa yang sedang terjadi. Apahal Taufiq tiba- tiba saja berlari keluar dari rumah? Ada pencuri ke?

"Eiii! Takut! Ada monster! Helep me Ashal." adu Taufiq.

Monster?

Kelibat seorang lelaki bertubuh tinggi lampai keluar dari rumah. Dia mengenakan sut kerja dan langsung tidak mengukir senyuman. Mukanya menunjukkan dia berketurunan cina disebabkan mata sepetnya jelas kelihatan. Rambutnya berwarna merah  sesuai dengan kulit putihnya. Terdapat tatu sayap di leher, bibir dan telinganya bertindik.

Satu perkataan untuk dia.

Kacak.

Aku bertentang mata dengan mata tajamnya.

Ok, dengar macam gila tapi kenapa aku rasa dia...hot? Kalau aku kata lelaki yang bertindik macam ni type aku, kena serangan jantung ibu dan abah. Hahaha.

Lelaki cina mana sesat kat kampung ni?

"Biǎo gē. " Satu suara menyapa. Muqris berlari lalu memeluk lelaki itu. Tidak pula lelaki itu menolak. Mereka berpelukan selama beberapa saat sebelum melepaskannya.

"My cousin. Sebelah ma." Sedar akan riak yang keliru, Muqris memperkenalkan lelaki itu.

Apabila Muqris berdiri bersebelahan lelaki itu, barulah aku perasan muka mereka berdua kelihatan agak sama. Seakan-akan kembar. Tak apa, Shal. Kau dah dapat halal boy takkanlah nak haram boy pulak.

"Bapaklah! Apahal dia datang sini? Cukuplah kau seekor je yang seram Ris. Kau ajak dia memang aku tak boleh nak buat apa."Taufiq merungut.

Ajwad menarik lalu memeluk leher Taufiq."Bapak aku Emran. Bapak Ris, Pak Mail. Kau nak buat apa?"

Taufiq tidak membalas sebaliknya sekadar memuncungkan bibir.

Kepala digeleng. Main nama bapak pula.

Kaki melangkah naik ke atas. Wajah lelaki itu dan Muqris aku lihat silih berganti."Fatima Ashal. Ashal." Aku memperkenalkan diri.

Disebabkan ketinggian aku sama paras dengan lehernya terpaksa aku donggakkan kepala untuk melihatnya. Alahai! Kerdilnya aku. Berada di antara Muqris dan sepupunya membuatkan aku terasa seperti adik kecil.

"Aady Chen."Giliran Aady memperkenalkan diri. Dia melarikan pandangan ke arah lain.

"Handsome name. Just like the owner." Aku memujinya. Melihat muka tidak puas hati Muqris, cepat- cepat aku masuk ke dalam.

"Hei! Kau tak pernah puji aku pun? Woi!"Kuat suaranya menjerit.

Tak puji sangat pun. Lebih kepada nak menyakat Muqris. Hahaha! Nama dia pun sedap tapi tak seindah perangai.

Turun di dapur, aku melihat kelibat nenek sedang memotong daging.  Laju aku berdiri di sebelah nenek.

"Nek! Betul ke lelaki kat atas tu sepupu Ris?"sergahku.

"Oh mak aku mak engkau! Eih! Kamu ni Shal. Terkejut nenek. "Nenek mengambil nafas. Terkejut punya pasal.

Aku sengih.

"Sorry. "

Nenek kembali menyambung kerjanya. "Ya, sepupu Ris la tu. "

"Tapi kenapa dia bertindik? "tanyaku lagi.

"Dia non Muslim. Agama Katolik. Sepupu yang paling Ris rapat tu! Jangan buat main. Dia sanggup korbankan diri dia untuk Aady. "

Wuish! Sampai macamtu sekali. Patutlah dia terus terkam peluk sebaik sahaja melihat kelibat Aady. Kawan -kawan sendiri pun tak berpeluk macamtu, siap bagi terajang lagi.

Kerusi ditarik.

Aku membantu nenek mengupas bawang. "Tapi dia kan sepupu Ris belah mak. Tak ada kaitan dengan nenek la kan? "Semakin rancak aku bertanya.

Nenek dan Aki sebelah ayah Muqris. Aady sepupu sebelah mak dia. Memang terdetik rasa peliklah jawabnya.

"Mak ayah si Aady tu dah meninggal masa dia umur 15 tahun lagi. Nenek dan aki yang tolong jagakan dia. Keluarga mak Muqris tu besar, tapi Ris tu rapat dengan Aady je dari kecil sampai sekarang. Sepupu dia yang lain mana boleh terima Ris sangat. "

"Kenapa? "

"Sebab Ris belajar agama. Lagi-lagi bila Ris seorang je 'imam' muda dalam adik beradik dia. Keluarga mak Ris tu kuat dengan agama dia. Apa yang nenek boleh kata, Ris disisih dengan keluarga dia sebelah sana. "

Terhenti tangan aku dari mengupas bawang. Entah kenapa aku tak boleh terima cerita nenek. Takkan sampai macamtu sekali Muqris kena sisih.

"Aady tu baik. Walaupun rupa dia macam budak jahat. Manis orangnya! Lembut je cakap dengan nenek. Tu herba yang dia bawak balik dari kerja. Wajib bawa buah tangan. Pandai ambil hati orang tua. "pujian nenek melambung -lambung.

Laaa kotak herba ginseng dari Aady rupanya. Aku ingatkan Muqris yang pergi petik belakang rumah.

Jujur cakap Aady tu memang kacak nak mampus. Kalau aku jumpa Aady awal sikit, aku yang masuk meminang dia. Hehe. Gurau.

"Nenek!" Kedengaran bunyi kaki dihentak seperti budak kecil. Terhenti perbualan aku dengan nenek. Taufiq datang ke dapur dengan muka masam.

Haaa yang ini apa pasal? Bibir dah macam itik duk termuncung dari tadi. Merajuk ke? Nak cendol?

"Tengok Ris tu! Dia tinggal Fiq sorang- sorang lepastu keluar dengan si gangster tu."adu Taufiq. 

"Laaa Ajwad kan ada."

"Dia pun lesap entah ke mana. Mana aci tinggal Fiq sorang- sorang." Taufiq duduk di meja makan sambil berpeluk tubuh. Alahai! Kena tinggal pun merajuk.

"Nanti dia balik la. Dah nenek nak solat zohor kejap."Nenek berlalu pergi meninggalkan aku dan Taufiq berdua di dapur.

Taufiq yang tadi acah- acah merajuk terus duduk dengan tegak."Ada tea."katanya.

"Spill the tea now bro!" Laju aku menjawab. Bab- bab menggosip ni Taufiq ialah lelaki yang sesuai. Syok wooo gosip dengan Taufiq. Reaksi muka dia memainkan peranan. Tumpuannya memang pada orang yang bercerita, siap tambah perencah lagi.

Perhatian ditumpukan sepenuhnya pada Taufiq.

"Aku baru tahu Aady, sepupu Muqris tu CEO Vatos Holding."kata Taufiq dengan bersemangat. Sekali dengan tangan ditepuknya meja dengan kuat.

Mulut terlopong luas.

Terkejut dengan berita dari Taufiq. Haruslah aku terkejut. Vatos Holding.  Pemilik syarikat yang mengeluarkan teknologi canggih terbesar di dunia berada di depan aku. Siap aku puji dia handsome lagi! Mana aku nak letak muka.

Pemilik syarikat ini tekenal juga di kalangan masyarakat kerana identitinya yang disembunyikan dengan cukup rapi.

 Syarikat ini biasa didengari di kalangan usahwan- usahwan seperti The Vixens yang dimiliki old money iaitu Waylen's Family. Jika dua syarikat ini beranding bahu memang gempak! Kapal terbang yang mewah keluaran The Vixens dengan meggunakan teknologi canggih dari Vatos Holding.

"Biar betul!Tapi Aady tu memang handsome dari apa yang aku dengar."Taufiq angguk bersetuju dengan kenyataanku.

Memang patut Aady sorokkan identitinya sebagai CEO. Perempuan pandang sekali pintas boleh pengsan.

"Betul! Aku baca berita tadi, CEO Vatos baru sampai Malaysia pagi tadi dan terus ke rumah COO Vatos. Sumpah aku pun tak percaya yang Aady gangster tu owner Vatos.  Dahlah aku baru beli komputer Vatos tak ada keyboard  yang boleh tekan- tekan je atas meja kaca macam dalam cerita Fast Furious 8 tu. Nak merasa jadi hacker la kononnya. " cerita Taufiq, sekali dengan membuat memek muka.

Kehadiran Aady ke Malaysia betul- betul membuatkan internet menjadi gila. Patutlah TikTok aku dipenuhi berita tentangnya tapi aku malas nak tahu sebab semuanya sia- sia. Cari punya cari gambarnya bukan ada pun. Kosong! Di Google, Instagram mahupun Facebook, langsung tiada gambarnya yang ada cuma maklumat tentang dirinya.

"Harga?" Bab teknologi harga memang cekik darah. Aku tak pernah ada barang milik Vatos tapi Angah ada di syarikatnya. Syok guna sebab tak ada keyboard macam biasa cuma kena tekan- tekan atas meja kaca yang dikhaskan. 

Taufiq geleng kepala." Harga keras. Kalau rosak, aku boleh meroyan macam kucing  mati."

Aku gelak. Kan dah kata. Seronok membawang dengan Taufiq.

"Tapi ada logiknya juga dia CEO syarikat tu. Tu kan syarikat arwah ayah dia. Selepas parents dia meninggal automatik jatuh ke tangan dia. " Aku angguk. Faham!

"Tadi kau kata, CEO Vatos pergi rumah COO Vatos. Siapa COO Vatos? Dengar cerita handsome!" Ashal dan gatal berpisah tiada. Tapi betul apa yang aku kata. Aku dengar orang kata COO Vatos ni handsome, aku sebut je.

Taufiq menarik nafas. Cuba mencari kekuatan untuk menyebut.

Aku memandangnya menunggu jawapan. Entah kenapa jantung aku berdegup laju seperti sedang berlari. Berdebar menunggu jawapan yang keluar dari mulut Taufiq.

"COO Vatos ni sebenarnya,"Mulut Taufiq terkunci dari menyebut. Haruman minyak wangi memenuhi dapur. Aku pandang ke arah pintu dapur dan Muqris sedang bersandar di pintu sambil memeluk tubuhnya. 

Aku menjelingnya.

Eish!

Kacau daun la. Baru membawang sikit dengan Taufiq dah ada 'lalat' mengacau. Hilang mood aku nak membawang.

"Fatima Ashal binti Zuhair. Lepas makan tengah hari kita balik." katanya sambil memandang ke arahku.

"Ok." Ringkas. Mudah. Padat.


Continue Reading

You'll Also Like

96K 3.4K 70
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
32.8K 2.3K 17
2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light confl...
9.7K 845 47
Katherine Humaira Binti Umar firhad seorang remaja perempuan berumur 17 tahun...Introvert..sangat tidak ramah,panas baran,Namun orang nya sangat sang...
1.4M 60.6K 60
*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan Malaysia Thailand menemukan Aaira dan L...