Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

By Dandelzel

236K 15.5K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... More

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~39

3.5K 264 19
By Dandelzel

Senarai nama yang ditampal di papan notis direnung dengan wajah mendatar. Tidak tahu harus mempamerkan reaksi bagaimana bila namanya turut tertampang di antara puluhan nama pelajar itu. Tak sangka.. dia benar-benar tak sangka!

Satu keluhan panjang akhirnya terbit dari bibir. Sesak fikirannya dengan notis pemberitahuan yang baru diketahui. Dalam ramai-ramai pelajar, kenapa harus dia yang terpilih? Bukan ke sepatutnya pelajar perlu mendaftar, tapi kenapa ada nama dia?

"Kem bina ihsan ni memang setiap tahun pihak kolej anjurkan. Program khas untuk setiap fakulti yang terpilih."

Tanpa disuruh, Laith bersahaja memberi penjelasan seraya mendekatinya yang masih berdiri tegak di hadapan papan notis.

"Kalau aku tolak tak boleh ke?" Delilah toleh kearah Laith. Mengharapkan jawapan positif.

Dia tak nampak apa faedahnya dia mengikuti kem tersebut. Memikirkan mereka akan melakukan pelbagai aktiviti, terutamanya secara berkumpulan membuatkan rasa anxiety-nya mencanak naik. Dia tak suka berada dalam keramaian.

"Nak tolak kenapa? Pelajar lain berebut nak join."

Lain pula halnya dengan Laith yang sememangnya menantikan kem bina ihsan tersebut.

"Itu pelajar lain. Aku tak minat benda-benda macam ni."

"Kalau kau ada sebab yang munasabah, mungkin kau boleh dikecualikan. Tapi rasanya kau kena terus berjumpa sir Hanil untuk undur diri." Laith sedikit ragu. Namun langsung tidak mematahkan semangat Delilah yang sudah pun mengorak langkah keluar dari bilik kuliah.

"Oii, kau nak kemana?"

"Jumpa sir Hanil."

Terkebil-kebil Laith di tempatnya.

Delilah menonong pergi. Tak peduli atas sebab apapun, asalkan dia boleh dikecualikan dari kem tersebut. Utuh semangatnya menuju ke pejabat pentadbiran.

Pun begitu, setibanya dia di depan bilik pejabat sir Hanil, langkahnya termati tatkala seseorang baru sahaja keluar dari situ. Seseorang yang membuatkan dia mengaksesnya dari atas ke bawah.

"Kau buat apa kat sini?" Soalan dilontar tanda hairan.

Diaz pula tayang riak bosan.

"Engkau pulak kenapa ada kat sini?" Soalan berbalas soalan.

"Kalau kau nak jumpa sir semata nak tarik diri dari kem bodoh tu, baik tak payah." Lanjutnya seperti dapat meneka alasan Delilah berada disini. Selamba dia mengorak langkah melintasi Delilah.

"Mana kau tahu?" Gadis itu pantas mengekorinya.

"Nama kau tersenarai jugak kan?"

"Kau pun?"

"Kalau tak, tak adalah aku pergi jumpa sir Hanil. Bebal kau tu simpan sikit boleh tak?"

Selain namanya, Diaz juga perasan ada nama Delilah turut tertera dalam senarai nama yang dihantar di group fakulti mereka. Tak sangka Delilah juga mahu dikecualikan seperti dia.

Delilah senyap. Sedikit blur. Harapannya dah punah ke sekarang ni?

"Sir Hanil cakap apa?"

"Dia tak terima sebarang rayuan berkaitan kem tu. Nama-nama yang ada tak boleh tarik diri, kecuali kau ada masalah kesihatan." Sahut Diaz dengan nada tak berpuas hati. Sekilas, dia memandang Delilah pula.

"Kalau kau.. mungkin dia boleh consider kut. Kau kan mental." Usulnya seiring dengan hempukan tangan si gadis pada bahunya.

"Sakitlah!"

Delilah menjeling geram. Diaz ni pantang bercakap dengan dia, mesti ada saja ayat sinisnya.

Sambil melangkah beriringan, kedua-duanya mendengus hampa. Nak buat macam mana ni?

"Kenapa kau tak nak pergi?" Baru Delilah teringat hendak bertanya.

"Bukan hobi akulah masuk hutan semua tu." Sahut Diaz bersama cebikan sinis. Tak lama sebelum dia pula yang menyoal.

"Kau?"

"Aku tak suka bersosial."

Jeda. Bergerak seiring, masing-masing senyap memikirkan cara untuk mengelak dari kem yang bakal dianjurkan. Langsung tak sedar akan beberapa pasang mata yang kehairanan memerhati mereka berdua.

Manakan tidak, cerita 'gusti' mereka berdua sudah tersebar di kalangan pelajar memandangkan Diaz adalah orang penting di kolej itu. Malah ada juga yang sudah menyaksikan sendiri bagaimana Diaz dan Delilah bila bertembung. Tapi sekarang?

Boleh pula berjalan sama-sama dengan muka berkerut. Sekilas pandang, mereka tak ubah seperti sepasang kekasih. Atau yang lebih tepat.. persis adik beradik!

"Tak payah pergilah.. nanti pandai-pandailah berjawab." Usul Diaz.

"Kau gila ke? Kalau kena demerit macam mana?"

Diaz menderam kecil. Otak dikerah lagi untuk mencari idea. Dia tak pernah lagi ikut kem yang dianjurkan oleh pihak kolej itu. Tak sangka pula kali ini namanya tersenarai walaupun tidak mendaftar.

"Aku kena berendamlah nampak gayanya ni.."

Berkerut seribu dahi Delilah. "Motif?"

"Kalau demam, aku akan terkecuali."

Erkk..

"Bodoh kau tu jangan tunjuk sangat, Diaz. Kau tu dahlah degil nak makan ubat. Ada hati nak cari penyakit." Tak pasal-pasal Delilah membebel kerana perangai Diaz yang kedengaran langsung tak matang itu.

Apa dia ingat dia masih budak sekolah rendah ke?

"Habis tu, otak kau terpaling cerdik ni ada idea lain ke?" Diaz menyelar.

"Kau pujuklah uncle Am supaya dia bagitau sir Hanil untuk kecualikan kita dari kem tu.." Delilah keluarkan idea yang paling bernas.

Kalau Tuan Amza yang bersuara, tentu sir Hanil tidak akan membantah. Ya tak?

"Sepatutnya aku yang cakap macam tu. Kalau kau yang pujuk baba, mungkin dia boleh tolong."

"Apa aku pulak.. kau anak dia, mesti dia akan tunaikan."

"Anak? Delilah, tiket anak tu tak valid bagi baba. Dia lagi rela aku kena hukum oleh sir Hanil berbanding nak selamatkan aku."

Bicara Diaz ketika itu mengundang sengih Delilah yang tidak mampu disembunyikan lagi.

"Tak hairan.." komennya dengan nada rendah. Besar mata Diaz merenungnya.

"Apa? Apa dia? Kau sindir aku ke sekarang ni?"

"Aku tak cakap apa pun.. kalau kau terasa, itu masalah kau."

"Eei.. kau ni!" Diaz buat gaya hendak mendebik kepala Delilah, yang seterusnya berakhir dengan tolakan di bahu gadis itu.

Delilah yang langsung tak bersedia hampir-hampir terpelanting. Dia balas dengan tolakan maha kuat membuatkan Diaz terus melayang kesisi.

Terkedu Diaz dibuatnya. Dia tenung muka Delilah dengan rasa geram sebelum bertindak mengunci leher gadis itu dengan lengannya. Seperti yang biasa dia lakukan terhadap Jayden dan Eden bila mode hendak bergurau datang. Dan sekarang, dia lupa dirinya dan Delilah berlainan jantina. Lagaknya seperti melayan seorang adik yang sememangnya wajar untuk dibuli.

"Woi!"

Delilah tak tinggal diam. Meronta-ronta dia minta dilepaskan. Tak sedar tangannya sudah menumbuk sisi abdomen Diaz, membuatkan jejaka itu melepaskan pegangan sambil mengaduh sakit.

Kini, giliran Delilah pula yang menerkam. Digrip kuat leher Diaz dengan lengannya.

"Arghh! Sakitlah, gila.."

"Habis tu kau buat kat aku ingat tak sakit ke?" Tempelak Delilah. Semakin kuat dia lock leher Diaz sehingga jejaka itu teraba-aba mahu menyerah.

Masing-masing tidak menyedari dua pasang mata yang sudah terkejut melihat aksi terlebih mesra mereka.

"Delly.."

Delilah dan Diaz memanggung kepala. Serentak mencipta jarak di antara mereka. Delilah rasa nafasnya hilang buat sesaat ketika menyedari Qash dan Myra yang menyaksikan mereka disitu.

Diaz pula jongket kening. Sekilas dia pandang wajah terkedu Myra sebelum beralih pada Qash. Entah kenapa, mudah saja senyuman sinisnya terbit melihat ekspresi jejaka itu.

Ekspresi yang membuatkan dia merasa kemenangan. Wajahnya datar seperti biasa. Renungan kosong tetapi tajam. Namun dia lebih daripada tahu, disebalik ekspresi yang 'biasa' itu bersembunyi satu riak kurang senang yang hanya dia dan Qash sahaja yang tahu.

"Dari mana ni?" Myra cuba untuk membuang rasa canggung.

"Urusan kau ke?" Sahut Diaz tanpa sempat Delilah bersuara.

Tak berkelip mata Myra bila dia diselar begitu. Delilah pula pantas saja menampar bahu Diaz.

Mamat ni tak boleh ke bercakap baik sikit? Asyik nak menyinis aje!

"Dia tanya kau ke?"

Suasana yang canggung bertukar tegang bila Qash menyampuk. Diaz mula berasa tercabar. Beraninya Qash bercakap dengan dia! Sebelum ini, pandang dia pun tidak.

"Eh, aku tak bercakap dengan kau."

"She ain't talking to you either." Bidas Qash laju.

Hampir ternganga Diaz mendengar balasan Qash. Mamat stone ni memang sengaja nak cari pasal dengan dia ke macam mana?

"Kau tak puas hati dengan aku ke Qash Hayyan?"

"Aku boleh tanya kau soalan yang sama. Kau tak puas hati dengan Myra ke sampai kau perlu bercakap kasar dengan dia?"

Ah, sudah..

"Sejak bila pulak aku bercakap kasar dengan dia!" Diaz tak mampu menahan rasa geram sehingga tangannya naik mencengkam kolar baju Qash.

"Diaz!" Buntang mata Delilah.

Myra tarik hujung baju Qash, tidak mahu dia terlibat dengan amukan Diaz. Namun jejaka itu seolah-olah kebal. Langsung tidak berganjak dari tempatnya.

Diaz ditenung tajam sebelum pandangan Qash beralih pada Delilah.

"Kenapa kau perlu merapati orang macam dia ni?" Sinis soalannya seraya merengkuh pegangan Diaz. Tersentak Delilah mendengarnya. Apatah lagi nada Qash ketika itu seakan menunjukkan dia pula yang bersalah.

"Eh.. eh! Orang yang macam mana maksud kau, hah? Qash Hayyan!"

Tempikan Diaz langsung tidak dihiraukan oleh Qash yang sudah mengorak langkah sambil menarik Myra bersamanya.

Melihat itu, hati Delilah seakan terbersit sesuatu. Qash menyebelahi Myra.. dan hakikat itu membuat dia berasa dimusuhi. Wajarkah?

Pap! Tidak semena-mena, dia menampar bahu Diaz.

"Adoi!!"

"Kaulah ni!" Delilah mendengus dengan wajah masam mencuka. Kalaulah Diaz tak terhegeh-hegeh menyampuk, Qash tidak akan marah begitu.

"Apa hal aku pulak? Delilah!"

Terpinga-pinga Diaz yang sudah ditinggalkan sendirian disitu.

Haih! Dia pula yang salah?

*****

Dari kejauhan, dia dah dapat dengar bunyi riuh para pelajar di kafe itu. Mengundang rasa kurang enak di hati Delilah. Ramainya manusia.. menyesal pula dia datang lambat. Beberapa minit yang lalu dia menolak ajakan Laith kerana mahu membetulkan sedikit assignment yang akan dihantar nanti.

Dan sekarang, dia ragu-ragu untuk berada di kafe itu. Berada di kalangan mereka yang tampak sibuk berbual sesama sendiri, sedangkan dia disini seolah-olah diperhatikan oleh mereka.

Delilah tarik nafas dalam-dalam. Memaksa diri untuk tetap melangkah. Dalam keramaian itu, dia dapat mengenal pasti kedudukan Qash, Myra dan Laith. Malah ada beberapa pelajar lain yang tidak dikenalinya, termasuk Intan yang sedang membualkan sesuatu. Di satu sudut, Diaz juga sedang bergelak dengan rakan-rakannya. Ada beberapa gadis yang turut bersama mereka.

Tidak semena-mena, Delilah disapa perasaan hampa dan sebal. Semuanya nampak seronok menikmati kehidupan sendiri. Sedangkan dia..

Delilah tersenyum pahit. Kenapa dia disini bersendirian? Merasa dipulaukan dan terasa sangat berbeza. Seperti orang asing yang tak layak berada di muka bumi. Kenapa harus dia?

Sedikit demi sedikit tubuhnya mula menggeletar. Dada seolah dipalu kuat. Dia kini mula mendengar bisikan-bisikan halus dan pandangan yang ditujukan kepadanya.

Yang mana.. semua itu hanya mainan minda. Delilah cuba untuk kekal tenang. Cuba untuk tidak terlalu curious. Apa yang mereka bicarakan? Tentang diakah? Gelak ketawa itu.. pandangan mata itu..

Dia rasa semuanya tertumpu pada dia. Serentak imbauan masa lalu berputar di benak.

"Dia ke perempuan tu?"

"Padanlah.. tengok muka pun dah tahu perangai macam mana."

"Kejamnya.. sampai hati dia anaiya kawan baik sendiri."

Satu persatu ayat yang pernah dilemparkan kepadanya suatu ketika dahulu menguasai minda. Perlahan meragut nafasnya sehingga membuatkan dia bagai tidak cukup oksigen. Sesak!

Sepantas kilat dia menjauhi kafe itu dan berlari kearah taman mini yang berdekatan. Jauh dari pandangan manusia. Sekali lagi oksigen disedut dalam. Cuba menstabilkan nafasnya seperti sedia kala.

Satu desahan perih akhirnya terzahir ketika dia mula menenangkan diri dengan mengurut dada perlahan. Lama dia berdiam diri sambil melabuhkan duduk di bangku kayu itu.

Dia silap. Dia tahu traumanya masih wujud, tapi tetap jua mahu meyakinkan diri bahawa dia akan baik-baik. Dan ternyata.. dia tidak mampu menipu hati sendiri. Dia masih dihantui dengan bayangan masa lalu!

"Delilah."

Terhenjut bahu Delilah saat namanya diseru oleh satu suara garau. Serentak kepala menoleh, si empunya suara sudah pun berada disisi mengambil tempat duduk.

Mata Delilah tak berkelip melihat wajah Qash disitu.

"Aku nampak kau patah balik tadi. Kenapa?"

Oh.. ternyata Qash perasan!

"Sesak sangat. Aku tak suka." Ucap Delilah jujur.

Qash tak banyak tanya, langsung mengangguk faham. Ketika itu juga dia sodorkan sebekas polisterin kepada Delilah.

"Aku belikan awal. Takut kau tak sempat beli."

Awalnya dia memang menanti kedatangan gadis itu. Tak lama kemudian, dia perasan Delilah seakan teragak-agak mahu mendekati mereka. Dek kerana hairan dan bimbang, dia mengekorinya.

Delilah terus mengagau dompet untuk membayar semula makanan tersebut.

"Tak payah. Kau ambil aje." Bicara Qash membuatkan tindakannya terbantut.

"Pasal tadi.."

Delilah angkat pandangan merenung sepasang mata Qash. "Pasal tadi?"

Namun jejaka itu sekadar memandangnya dengan riak datar tanpa bicara. Qash senyap untuk beberapa saat sebelum menghela nafas panjang.

"Macam mana kau boleh rapat dengan orang yang sentiasa bertikam lidah dengan kau?" Nadanya kedengaran curious dan sinis pada waktu yang sama.

"Maksud kau.. Diaz?" Delilah kerut dahi sedikit. Hairan kenapa Qash mempersoalkan tentang itu.

"Dari mula kau datang kesini, kau dengan dia tak sebulu. Tapi semenjak kau terlibat dengan kes dia dulu, kau nampak rapat dengan dia. Diaz ada dengan kau setiap kali kita terserempak."

"Kebetulan. Dan aku tak rasa aku rapat dengan dia." Sahut Delilah sedikit dingin. Tak tahu kenapa tiba-tiba rasa berang.

Qash tahan rasa hati yang hendak menyangkal bicara gadis itu. Tak rapat kalau Delilah sanggup minta Diaz hantar dia balik tempoh hari?

"Korang berdua nampak serasi sekarang."

"Tak ada salahnya. Aku rasa keserasian tu adalah paling common dalam kehidupan. Boleh jadi pada sesiapapun. Contohnya, kau dengan Myra."

Spontan saja Delilah mengaitkan Qash dengan Myra. Ya, contoh terbaik adalah mereka. Tak hairan kalau mereka berdua sebenarnya bercinta dalam diam.

Menyedari hakikat itu, hati seperti disengat sesuatu. Pedih.

"Why him?"

Suasana antara mereka semakin serius dan tegang. Tersentak Delilah bila disoal begitu.

"Soalan jenis apa tu Qash?"

"You hated him before."

"I don't hated him. I just don't like him."

"And now you do?" Qash masih memanah tepat anak mata Delilah. Lama sebelum dia mengeluh. "Delilah, lelaki macam dia-"

"Diaz tu tak adalah jahat mana, Qash. Tak sejahat yang kau dan orang lain fikirkan. Betul, sikap dan perangai dia memang menunjukkan yang dia seorang yang bermasalah. Tapi kau tak boleh bencikan dia berdasarkan perangai yang dia tunjukkan." Panjang bicara Delilah mencantas tanggapan Qash.

Jika tadi dia ragu-ragu kenapa dia harus rasa berang, kini dia benar-benar terasa hendak mengamuk. Qash sama saja seperti yang lain. Hanya tahu menghakimi seseorang berdasarkan rupa dan sikap tanpa mengenalinya dengan lebih mendalam.

Dan Delilah bukan setakat membicarakan tentang Diaz, melainkan dirinya sendiri. Kerana dia juga pernah dituduh macam-macam hanya disebabkan sifatnya yang terlihat kasar dengan rupa resting b face ini. Ramai yang tersalah anggap. Buat silap sikit, mulalah claim itu ini.

"You shouldn't judge people easily, Qash." Ada sedikit kekecewaan terselit dalam nadanya.

Barangkali terasa dengan kata-katanya, rahang Qash kelihatan bergerak menahan rasa.

"Kau suka Diaz?"

Ya Tuhan..

Delilah hampir hilang kata mendengar soalan Qash.

"Kalau aku tanya sama ada kau suka Myra atau tak, kau akan jawab ke?"

"Benda ni tak ada kena-mengena dengan Myra, Delilah. Tak perlu libatkan dia."

Sekali lagi Delilah rasa tersentap. Tak perlu libatkan dia.. pernyataan itu kedengaran sangat protective pada pendengarannya.

"Dan soalan tadi pun tak ada kena-mengena dengan kau." Bidasnya tenang walaupun dia sendiri mula merasakan getar pada nadanya. Mata masing-masing bersabung tegar.

Qash terdiam. Ketap gigi kuat, dia mengangguk sebal.

"Right.. I'm sorry." Ucapnya ringkas.

Delilah hanya mampu menyoroti belakang tubuh Qash yang sudah melangkah pergi. Sesaat, satu keluhan dilepaskan. Tak pasti kenapa Qash nampak terlalu beremosi hari ini. Adakah sebab Qash marahkan Diaz awal tadi, tapi lepaskan amarah pada dia? Atau Qash tak berpuas hati sebab plan tak jadi tempoh hari?

Delilah bingung!

Perasaan sendiri pun dia tak faham, inikan pula nak memahami pe-el orang lain.

Continue Reading

You'll Also Like

MANUSKRIP By M

Paranormal

18.5K 1.1K 26
[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang mema...
508K 30.6K 34
First vol under 𝓒𝓻𝓾𝓮𝓵 𝓐𝓷𝓰𝓮𝓵 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R...
1.4M 102K 57
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
23.6K 1.3K 38
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...