Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

נכתב על ידי Dandelzel

236K 15.5K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... עוד

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~37

4.2K 279 20
נכתב על ידי Dandelzel

Beberapa tahun lalu...

Bilik guru diterjah masuk tanpa sebarang amaran. Mereka yang sedang berkumpul di set sofa serentak berpaling. Terhenti bicara masing-masing saat seorang lelaki meluru kearah mereka.

"Lil!"

Ukyle pantas mendapatkan anak gadisnya yang sedang berdiri di antara guru.

"Papa.." Si gadis kecil itu terkejut sebelum rautnya kembali mendung. Ada rasa takut yang bertandang dihati.

Tidak peduli dengan para guru disitu, Ukyle berlutut dan memeriksa tubuh anaknya yang masih berbaju sekolah. Melilau matanya membelek setiap anggota badan Delilah.

"Lil okey? Lil tak ada cedera dekat mana-mana kan?" Soalnya cemas.

Delilah tunduk. Mulut terkunci rapat tanpa suara.

"What happened Lil?" Usul Ukyle lagi. Hairan sudah semestinya. Dia buru-buru kesini semata anaknya ini.

"Apa yang berlaku sebenarnya?"

Barulah dia memandang kearah dua orang guru serta guru besar yang memerhati. Malah, ada seorang murid lelaki turut berdiri disitu.

"Encik Ukyle, pihak sekolah menelefon encik untuk datang kesini sebab ada hal yang nak dibincangkan tentang anak encik, Delilah." Salah seorang guru memberi mukadimah.

"Delilah dah timbulkan pergaduhan sehingga cederakan seorang murid tahun enam. Melalui apa yang kami dengar dari pelajar lain, Delilah mengamuk sebab tak dapat terima gurauan dari pelajar tu."

Spontan Ukyle memandang wajah Delilah sebaik sahaja pernyataan itu masuk ke halwa telinga.

"Is that true Lil?"

Diam. Delilah kekal menundukkan pandangan. Sehingga membuatkan Ukyle berlutut semula di hadapannya.

"Cakap dengan papa, betul ke apa yang papa dengar ni?"

Dia menyoal kerana mahu mendengar pengakuan dari gadis itu sendiri.

"Encik Ukyle, benda ni tak serius sangat pun. Murid yang cedera tu cuma terluka sikit dekat pipi. Tapi untuk membendung benda ni dari berlaku lagi, saya terpaksa panggil encik Ukyle datang sebab anak encik taknak minta maaf dekat murid tu." Kali ini giliran guru besar pula bersuara.

Murid perempuan yang berumur sebelas tahun itu sangat keras kepala. Benda mudah, nak susah. Tidak mahu menyelesaikan masalah dengan elok, jadi terpaksa dia masuk campur. Tapi tetap jua murid bernama Delilah itu tidak takut.

"Biar saya bercakap dengan anak saya dulu, cikgu." Tegas Ukyle. Pandangan masih melekat pada wajah sang anak.

"Sekarang Lil bagitau papa, kenapa Lil buat macam tu? Bukan ke sebelum ni papa dah warning jangan gunakan kekerasan untuk membalas apa-apa sekalipun? Kenapa Lil tak dengar cakap papa ni hmm?" Dia cuba untuk berlembut. Sedar jika dia berkasar dan memaksa keras, anak gadisnya akan semakin mendiamkan diri.

"Lil mengaku Lil salah sebab dah pukul dia. Tapi Lil takkan minta maaf." Delilah membalas seraya menoleh kearah budak lelaki tadi.

"Kenapa? Dia bergurau apa dengan Lil sampai Lil kena bertindak macam ni?" Asak Ukyle lagi. Dia pegang kemas kedua belah bahu Delilah.

"Talk to me, Lil."

"He catcalling me."

Terus berubah riak wajah Ukyle.

"Lil tak suka. Lil tegur dia, tapi dia ejek Lil." Sambung Delilah lagi. Tegak tubuh Ukyle dengan renungan mata kini tunak kepada tiga orang guru disitu.

"Cikgu tahu ke pasal ni? Budak ni harass anak saya." Soalnya. Dia tenung budak lelaki yang tampak takut-takut untuk memandangnya.

"Saya cuma bergurau aje dengan dia."

Renungan Ukyle berterusan tajam. Bergurau ya?

"Lil tunggu papa dekat luar, boleh?" Dia toleh sekilas pada Delilah.

Tanpa banyak songeh, Delilah akur dengan arahan papanya. Bibir bawah digigit gelisah sambil menanti di depan bilik guru itu.

Butir bicara para orang dewasa di dalam hanya sayup-sayup kedengaran. Tak dapat dia tangkap dengan jelas. Tapi yang pasti, suara papanya sangat nyaring ketika itu. Lantas membuat Delilah semakin resah. 

Klak!

Pintu terkuak, Ukyle terus sambar tangan Delilah untuk melangkah bersamanya. 

"Come on, Lil.."

Dan sekali lagi, Delilah menurut tanpa membantah. Senyap kedua-duanya berjalan menuju ke tempat letak kereta.

Ukyle tekan central lock lalu membukakan pintu untuk si anak.

"Masuk." Arahnya ringkas. Namun Delilah langsung tak berganjak. Hanya berdiri disitu sambil menunduk.

"Lil?" Dahi Ukyle sedikit berlapis. Ditilik wajah anaknya dengan hairan.

Delilah diam. Langsung tak memandang papanya. Sejenak, Ukyle mengeluh panjang. Cuba membuang rasa baran yang bertamu sejak tadi.

Mencangkung di hadapan Delilah, dia paut pipi si gadis agar bertemu mata dengannya.

"Kenapa ni?"

Lambat-lambat Delilah membalas renungan mata itu.

"Papa marah Lil ke?"

"Kenapa Lil fikir macam tu? Muka papa nampak macam marah ke sekarang ni?" Usul Ukyle.

"Hari tu papa dah warning Lil jangan timbulkan masalah dekat sekolah." Ucap Delilah, mengerti akan silapnya. Tapi dia rasa tak sanggup nak menghadapi amarah papanya kerana dia melanggar arahan.

"Yes I did and now you're breaking rules again." Ukyle membalas. Sekadar mahu memperingati gadis itu.

Delilah tertunduk lagi. Panas terasa kelopak matanya.

Melihat sang anak yang seperti mahu menangis, Ukyle tak dapat tahan senyum yang tersungging nipis.

"Why are you acting like this little girl?" Dia renung anaknya penuh kasih.

"Lil, papa warning bukan nak suruh Lil takut dengan papa tau. Papa cuma tegur supaya Lil behave. Papa tak marah Lil." Ujarnya pula. Cuba untuk membuat Delilah faham bahawa dia sekadar menasihati.

"Papa bukan nak buat Lil takut pada papa, sayang. Tak! Bila mana Lil terlibat dengan masalah.. benda pertama yang papa nak Lil buat adalah bagitau papa. Mengadu pada papa. Bukan takut dekat papa, fikir yang papa akan marah dan takkan faham apa yang berlaku. Okey? Faham tak apa yang papa cakap ni?"

Dari rasa gelisah dan takut, Delilah kini terpujuk mendengar bicara papanya. Kepala diangguk beberapa kali.

"Faham, papa.."

"Pasal tadi.. papa akan pastikan tak ada mana-mana budak lelaki yang akan harass Lil lagi. Well, Lil tak salah pukul dia. Tapi kalau mama tahu, mama tak akan setuju dengan tindakan Lil. Lil ada cikgu, ada papa.. tak perlu bertindak sendiri. Faham?" Sekali lagi Ukyle memberi nasihat. Menjadi seorang ayah bagi puterinya ini, tidaklah sesusah mana selagi anak itu patuh.

Ini cara dia mendidik Delilah. Benar, dia sentiasa memanjakan gadis itu. Namun tidak bermakna dia akan membiarkan Delilah membuat kesalahan begitu saja. Akan dia pastikan Delilah mengerti yang mana harus diperbetulkan.

"Now give me that sweet little smile." Pujuk Ukyle, menanti senyuman anak gadisnya.

Delilah mengoyak senyum. Wajah yang pada mulanya keruh kini bercahaya.

"That's my Lil. I'm always here for you. Okay? No matter what happens, papa ada untuk Lil. Ingat tu.." Ukyle cubit perlahan pipi mulus Delilah.

"Thank you, papa."

"Papa belanja hash browns nak?"

Saja mahu memanjakannya, Ukyle pancing dengan makanan kegemaran si gadis. Semakin lebar senyuman di bibirnya.

Selagi ada papa, dia tidak perlu risau dengan semua masalah yang datang. Kerana papa adalah pendukung dan pelindungnya selamanya.

Hanya saja..

Pada masa itu dia terlalu naif untuk mengetahui bahawa selamanya itu sebenarnya mempunyai masa penamat yang tertentu.

*****

Delilah terkejut dari tidurnya dalam keadaan berpeluh. Dadanya terasa sendat, membuatkan dia lantas bangun dan duduk bersila mengatur nafas. Satu helaan panjang dihembus.

Sejak tengah hari tadi, mindanya asyik memikirkan tentang papa. Malah dia dapat merasakan kehadiran lelaki itu. Yang mana, dia sendiri tahu ianya hanyalah sekadar khayalan. Dan sekarang, dalam tidurnya juga minda masih aktif mengingatkan tentang momen mereka bersama. Seberat itu rindunya terhadap papa sehingga dalam mimpi pun papa muncul. Semuanya gara-gara demam yang menyerang.

Delilah menilik jam di meja kecil. Hampir pukul sepuluh malam. Usai balik dari klinik tengah hari tadi, dia terus mandi dan makan ubat sebelum merebahkan tubuh ke tilam. Tak sangka dia sudah melelapkan mata berjam-jam lamanya.

Terasa perutnya berkeroncong, dia bingkas bangun lalu keluar dari bilik. Elok dia melangkah dua tapak, pintu bilik jiran sebelah turut terkuak. Terjegul figura Diaz sambil memegang sebiji mug disitu.

"Eh, dah hidup?" Ayat itu terpacul spontan dari mulut Diaz. Tak sangka boleh bertembung dengan Delilah di depan biliknya.

"Kau jangan nak cari pasal, Diaz. Aku lapar ni." Menjeling tajam Delilah seraya melintasi Diaz. Dia menuruni tangga dengan malas. Diekori oleh si abang tiri di belakangnya.

"Itulah, mengata aku lebih-lebih.. kan dah dapat tulah. Aku dengar kau pitam dekat bilik kuliah.."

Niat Diaz benar-benar mahu bertanya tentang keadaannya, namun bagi Delilah, nada Diaz itu seolah memerli.

"Baik kau tutup mulut kau sebelum aku jadi kanibal kat sini." Selar Delilah garang. Sudahlah perut lapar, mood pula tunggang-langgang. Dengan tubuh lesu lagi. Sumpah dia tak ada tenaga nak bertelingkah dengan jejaka itu.

"Aku nampak si stone dekat klinik tadi. Dia eh yang bawa kau? Seronoklah ada hero muka beku macam dia?"

"Ha'ah, sempat jugalah buat adegan Dilwale Janam Janam tadi." Bidas Delilah tak berperasaan. Ruang makan didekati lalu tudung saji diangkat.

Diaz di belakang sudah buat muka. Tercebir-cebir bibirnya mengejek Delilah.

Melihat si gadis yang hanya tercegat memandang lauk diatas meja, tak jadi dia nak melangkah ke dapur.

"Apa lagi, makanlah. Tadi bukan main lapar sampai nak makan orang."

Delilah mengeluh. Tutup balik tudung saji sebelum menapak ke ceruk dapur. "Aku tak ada selera."

Semakin menyampah Diaz dibuatnya.

"Kau ni memang sejenis yang tak menghargai makanan ke? Mama kau masak bukan main sedap, kau pula tak ada selera. Kalau aku tahu kau taknak makan tadi, baik aku habiskan semua. Tak payah tinggal untuk kau." Omelnya geram.

Delilah langsung tak mengendahkannya. Tangan sibuk membuka peti sejuk. Meliar matanya melihat bahan masakan. Lalu, dia toleh kearah Diaz yang sudah selesai mencuci mug.

"Aku rasa nak makan nasi goreng seafood.."

Tak berkelip mata Diaz memandangnya. Diperhati si gadis yang mula mengeluarkan bahan-bahan mentah dari peti ais. Satu keluhan dia lepaskan.

"Hailah kau ni.."

Maka.. kedua-duanya mula bertukang di dapur itu dan ditemani dengan bibit-bibit pertengkaran kecil yang tercetus.

Berbeza dengan suasana sepi di bilik orang tua mereka, Tuan Amza tenang membaca sebuah buku diatas sofa bed di sudut bilik.

Sejenak, dia mengerling kearah sekujur tubuh yang berbaring membelakanginya diatas tilam. Pembacaannya terhenti. Bukan dia tak perasan, wanita itu sebenarnya masih terjaga.

Hati Tuan Amza disapa bimbang. Diam isterinya buat dia tidak betah.

"Lea.. you tak tidur lagi?" Akhirnya dia bersuara.

Lea memandangnya sekilas sebelum dia bingkas bangun dari perbaringan. "Mata I tak nak lelap."

Tutup buku di tangan, Tuan Amza segera mendekati Lea. Duduk dilabuhkan di birai katil.

"You ada nak cakap sesuatu dengan I? Masih risau tentang D?" Soalnya. Seakan dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Lea sejak tengah hari tadi. Atau wanita itu masih memikirkan Delilah?

"Demam D dah kebah.. you tak perlu risau lagi."

"Tak, bukan pasal tu."

Tuan Amza terdiam untuk sesaat.

"I knew it. Sejak balik dari klinik tadi you banyak diam. I boleh agak ada sesuatu yang mengganggu fikiran you sekarang ni." Ujarnya dengan renungan ke segenap wajah si isteri.

Wajah yang mengandungi kekecewaan yang dia sendiri tidak tahu puncanya.

"I faham kalau you tak selesa nak bercerita dekat I. Tapi kalau you nak luah sesuatu.. I'm here. I akan dengar." Tulus Tuan Amza berkata.

Lea ketap bibir. Masih teragak-agak untuk meluahkan rasa sebal yang berbuku di hati. Namun, melihat Tuan Amza sedang menanti jawapan membuatkannya mengucap kata. 

"I tak tahu.. I cuma rasa, kadang-kadang.. I rasa tak layak jadi mama D. Kadang-kadang, I rasa I adalah punca hidup anak I berantakan macam ni."

Lantas Tuan Amza menggenggam perlahan tangan Lea.

"You know that it wasn't true. You adalah mama terbaik untuk Delilah." Pintasnya yakin.

"Come on, tell me. Apa lagi yang mengganggu fikiran you sekarang?"

Dia mahu Lea meluahkan segalanya kepada dia. Dia ingin wanita itu mengadu dan berpaut pada dia. Meski hanya sebatas teman.

"Tadi Ukyle datang."

Tuan Amza terkedu.

"Ukyle?"

"D letak nombor telefon dia sebagai nombor kecemasan dalam maklumat pelajar. Pihak kolej dan klinik telefon dia. So he came. Tapi D masih tak sedar waktu tu. D tak tahu papa dia datang." Lanjut Lea.

Tuan Amza masih diam memproses maklumat yang baru didengarinya. Ianya terlalu tiba-tiba.

"You.. tak bagitau D?"

"He's not like before, Am.. Ukyle—" Lea terasa tidak mampu untuk melanjutkan bicara. Rasa sebak semakin menghunjam.

Tarik nafas dalam-dalam, kemudian dia hembus panjang. Dapat dia rasakan suaranya mula bergetar saat ini.

"Ukyle bukan papa D yang dulu. He hates her. I nak bagitau apa pada D? Bahawa Ukyle terpaksa datang kesini semata nak bagitau D tu bukan tanggungjawab dia lagi?"

Serentak dia mengungkap aksara, serentak itu rasa beban di hati semakin bertingkat-tingkat beratnya. Tak sedar air mata yang dia tahan sejak tadi turut menitik.

"He once loved her. He cared about her. Lebih dari kasih sayang I. But he changed. D dah cukup kecewa selama ni. I tahu, D pasti akan gembira sebab Ukyle datang jumpa dia setelah tiga tahun. Tapi macam mana perasaan dia kalau dia tahu apa yang Ukyle cakap dekat I tadi? Kalau I sendiri pun tak sanggup nak dengar semua cemuhan dan tomahan Ukyle, apatah lagi D."

Masih terngiang-ngiang setiap bait kata Ukyle tengah hari tadi. Bicara yang sama dia dengar untuk empat tahun lalu. Mengingatkan Ukyle yang dulunya sangat berbeza dengan dirinya yang sekarang membuatkan hati semakin disiat-siat.

"Ukyle betul-betul dah buang D dari hidup dia, Am.." Lea teresak kecil.

"Sshhh.. it's okay." Tanpa teragak-agak, Tuan Amza tarik tubuh isterinya ke dalam pelukan. Bahunya dielus lembut. Membiarkan wanita itu mengongoi kesedihan di dadanya.

Lama Tuan Amza berdiam diri sebelum menyusun kata untuk memujuk.

"I minta maaf sebab tak dapat buat apa-apa. I tak akan dapat nak gantikan tempat Ukyle di hati D. I sendiri juga boleh nampak kalau D betul-betul sayangkan papa dia. Tapi I akan cuba untuk jadi yang terbaik. I akan cuba bahagiakan D selayaknya." Tuturnya yakin.

Lea tergelak hambar. Kesungguhan dan keikhlasan lelaki itu sedikit sebanyak mengubat luka di hatinya. Ya, sepatutnya memang itulah yang Tuan Amza patut lakukan.

"I bancuhkan air untuk you sekejap." Leraikan pelukan, sempat Tuan Amza usap bahu Lea sebelum berdiri. Namun langkahnya terbantut apabila Lea menarik tangannya.

"Am.." Sekali lagi Lea merangkul tubuh lelaki itu. Erat. "Thank you."

Rasa tenang bila semua yang membelengu hati serta fikiran diluahkan kepada Tuan Amza. Buat kesekian kalinya, dia bersyukur dengan hadirnya lelaki itu pada saat ini. Hanya lelaki itu tempat dia bercerita dan mengadu. 

"That's what I'm here for." Tuan Amza melorek senyum. Sejuta kali pun dia sudi menjadi pendengar wanita itu. Memang itulah yang dia harapkan. Mengharap Lea akan sentiasa bersandar pada dia.

Keluar dari bilik, Tuan Amza segera ke tingkat bawah tanpa mengetahui wujudnya dua insan yang sedang berperang di dapur demi menyiapkan nasi goreng.

Diaz mengecilkan api seraya mengacau kembali nasi goreng di atas pan. Sudu dicapai lalu nasi goreng tersebut dikaut. Terangguk-angguk kepalanya bila setiap perasa yang dimasukkan tadi sudah sebati.

Tiba-tiba, matanya tertancap pada bekas garam. Dia menoleh pula kearah Delilah yang hampir selesai mencuci perkakas yang mereka gunakan tadi. Timbul idea jahatnya seiring dengan senyuman penuh kenakalan.

Dengan senyap, dia ambil garam hujung sudu sebelum nasi goreng tadi dikaut.

"Delilah.."

Delilah yang telah menyiapkan cuciannya berdiri di sebelah kanan Diaz. Tak sabar rasanya hendak menjamah nasi goreng itu. Aromanya saja sudah membuatkan dia meneguk air liur.

"Nah, cuba rasa." Tangan kanan Diaz memegang sudu, manakala tangan kiri pula dalam keadaan berjaga-jaga untuk tidak menjatuhkan walau sebutir nasi.

Beras mahal!

Polos wajah Delilah membuka mulut. Dua kali kunyah, dahi terus berkerut. Raut muka berkeremot.

"Erkk.."

Diaz yang memerhati sudah melepas tawa panjang. Tahulah dia bahawa jejaka itu mengenakannya. Tanpa sebarang amaran, dia tarik tangan kiri Diaz dan..

"Amacam.. sedap tak rasa garam—ewww!!"

Mata Diaz mengecil. Mati ketawanya apabila gadis itu melakukan benda di luar jangkaannya.

Delilah letak balik nasi goreng tadi atas tapak tangan dia. Nasi goreng yang dah masuk ke dalam mulut Delilah!

Deras dia berpaling ke sinki. Pili paip pantas dipusing.

"Woi! Pengotor!" Jeritnya. Terkejut bercampur geram.

Delilah terus meneguk air. Cuba menghilangkan rasa masin di mulutnya.

"Masin, bodoh!" Sempat dia menendang kaki Diaz. Mamat ni memang nak kena dengan dia!

"Yang kau jeluwek dekat tangan aku tu kenapa?!" 

"Padanlah muka kau.. main-main lagi!"

"Kau ni pengotorlah Delilah." Diaz sental kuat tapak tangannya menggunakan span. Haih! Niat dia cuma nak bergurau saja..

"Tindakan refleks! Nak buat macam mana. Kau pun satu.. agak-agaklah kalau nak prank." Bidas Delilah sambil mengesat mulut. Dia tak sengaja nak muntahkan balik nasi goreng tu atas tangan Diaz. Lagi pun, setimpallah dengan perbuatan Diaz.

Dia yang prank, dia juga yang nak marah!

"Kamu berdua ni tengah masak ke tengah berperang sekarang ni?"

Sedari tadi, Tuan Amza yang baru sahaja menapak ke dapur sempat menjadi saksi pertengkaran kecil mereka berdua.

Serentak Diaz dan Delilah memusing kepala.

"Baba.."

"Uncle Am.."

"Masak apa malam-malam macam ni, hmm?" Dengan rasa ingin tahu, Tuan Amza menjenguk pan yang masih diatas dapur gas. Semerbak baunya masuk ke rongga hidung.

"Nasi goreng.."

"Bau sedap.."

"Kan? Tengok oranglah.." Diaz membangga diri.

"Hei, hei.. aku pun ada ambil part tau." Tempelak Delilah pula. Sempat mereka berdua berbalas jelingan.

"Uncle Am nak? D kautkan.."

Delilah capai dua biji pinggan di rak. Bersedia untuk mengaut nasi goreng seafood hasil masakannya dan Diaz.

"Boleh jugak. Uncle sebenarnya nak bancuh air aje ni." Tukas Tuan Amza sebelum berlalu mengambil gelas. Dan sebenarnya dia tidaklah lapar mana. Cuma bila melihat Diaz dan Delilah yang tampak lebih bersemangat dari sebelumnya, dia jadi teruja.

"Biasanya baba tak suka makan lewat malam macam ni."

"Baba pun teringin jugalah nak merasa air tangan anak-anak baba. D pun dah lama tak masak untuk baba, kan?" Tutur Tuan Amza, membuatkan Delilah berpaling sekilas kepadanya.

Perkataan anak-anak itu buat Delilah terkesan.

Diaz pula mencebik. "Setakat maggie, baba boleh aje masak sendiri." Omelnya perlahan. Pura-pura tidak terkesan dengan ayat babanya.

Kerana dulu, dia sering memasakkan Tuan Amza maggie ketika lelaki itu sibuk dengan kerjanya sehingga tidak sempat menjamah makanan lain.

"Patutlah kecoh semacam.. semua pakat duduk kat dapur rupanya."

Tidak semena-mena, teguran Lea menyita perhatian mereka. Tuan Amza tersenyum melihat kehadiran wanita itu. Diaz dan Delilah pula sekadar memanggung kepala lalu melabuh duduk.

"D dah okey?" Lea mendemah dahi Delilah. Sudah tidak panas seperti awal-awal tadi.

"Mama nak?"

"Nanti kalau mama nak mama boleh kongsi dengan uncle." Tuan Amza menyahut bagi pihak Lea.

Selepas itu, tiada lagi bunyi dari kedua-dua anak muda itu. Khusyuk dengan nasi goreng masing-masing. Namun beberapa detik kemudian, bibit-bibit pertengkaran kecil bermula lagi.

Tuan Amza dan Lea pula saling berbalas pandang. Memerhati dalam diam. Yang pasti, kedua-duanya tidak mengerti apa yang sedang berlaku sekarang. Sekejap Diaz dan Delilah elok duduk bersama. Sekejap lagi bertekak tentang hal yang tidak tentu. Sakit-sakit pun mulut masih lagi aktif nak bertekak.

"Kau nak? Aku tak makan kepala sotong." Tanpa menunggu jawapan dari Diaz, Delilah selamba letak kepala sotong di pinggan jejaka itu.

Diaz tenung pinggan dia dengan pinggan Delilah silih berganti.

"Kau alien ke Delilah? Siapa aje yang tak makan kepala sotong? Badan sotong kau makan pulak?"

Yang aneh-aneh aje minah ni. Kalau kepala udang, dia boleh terima lagi.. sebab kebanyakkannya orang tak makan kepala udang. Kolesterol!

"Sebab tak sedap."

"Apa yang tak sedap?"

"Kepala sotonglah. Takkan kepala kau pulak?"

Berdecit geram Diaz mendengar balasan Delilah.

"Aku tahulah kepala sotong.. tapi ada beza ke rasa kepala sotong dan badan sotong tu?" 

"Ada.. sebab tu aku cakap tak sedap."

"Kenapa aku rasa sama aje?"

"Tsk! Kau ni banyak bunyi sungguhlah Diaz. Kau makan ajelah." Tempelak Delilah. Kemudian, dia sambung pindahkan kepala sotong dari pinggannya ke pinggan Diaz.

Diaz pula tenung hairan kepala sotong tersebut.

Sejak bila kepala sotong dengan badan sotong berlainan rasa?

המשך קריאה

You'll Also Like

1.4M 102K 58
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
119K 6.1K 24
𝔗𝔥𝔢 𝔨𝔦𝔫𝔤𝔡𝔬𝔪𝔰 𝔬𝔣 𝔯𝔢𝔳𝔢𝔫𝔤𝔢 Start: 7 Jan 2024 End:
14.1K 1.1K 9
𝑴𝒚 𝑷𝒆𝒓𝒇𝒆𝒄𝒕 𝑴𝒂𝒇𝒊𝒂 [ 1st Novel ] [ Ongoing ] Adrian Xandra , dikenali sebagai mafia atau ketua yang digeruni di Italy . Seorang yang kaca...
74.8K 2.6K 18
Rose iaitu seorang asistant kepada seorang ceo yang digilai oleh ramai wanita tanpa dia sedar ceo tersebut tanpa sengaja telah jatuh cinta kepadanye...