ALTAF'S SAVIOUR

By starryglossie

743K 63.8K 10.1K

Nur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Sinopsis tak ada. Author dia tak reti nak karang sinopsis. E... More

𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 1
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 2
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 3
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 4
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 5
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 6
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 7
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 8
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 9
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 10
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 11
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 12
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 13
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 14
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 15
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 16
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 17
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 18
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 19
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 20
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 21
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 22
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 23
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 24
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 25
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 26
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 27
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 28
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 29
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 30
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 31
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 32
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 33
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 34
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 35
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 36
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 37
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 38
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 39
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 40
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 41
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 42
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 43
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 44
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 45
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 46
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 47
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 48
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 49
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 50
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 52
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 53
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 54
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 55
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 56
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 57
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 58
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 59
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 60
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 61
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 62
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 63
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 64
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 65
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 66
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 67
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 68
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 69

𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 51

8.1K 935 191
By starryglossie

Eima ke hulu dan ke hilir. Pandangannya kekal terpasak pada jam dinding rumah. Sudah 4 jam dia sendirian tanpa sang suami di sisi.

Puas dia menghubungi dan menghantar pesanan kepada lelaki itu tetapi tidak berbalas. Apa yang jadi? Sudahlah Alvina tergesa-gesa menghantarnya pulang ke rumah tadi.

Sekali lagi, Eima buat panggilan. Dia setia menunggu suara lelaki itu.

"Angkatlah abang..." Eima raup wajahnya berkali-kali. Entah mengapa, hatinya diulit debar. Sejak tadi Eima rasa seperti tidak tenteram.

Setelah beberapa detik menunggu, panggilan masih tidak sepi seperti tadi. Lemah Eima hembus nafas.

Eima pasti ini ada kaitan dengan Alvina. Sudahlah apabila ditanya mengapa mereka perlu pulang secepatnya, Alvina memberi alasan yang tidak munasabah. Adik iparnya juga kelihatan agak lain. Banyak termenung sepanjang memandu.

Punggung dihempaskan pada sofa di ruang tamu. Kepala disandarkan sembari kelopak mata dipejamkan. Kepala mula merewang akan kejadian sebelum dia keluar bersama Alvina.

Takut-takut dia ada buat Altaf terasa hati. Eima rasa dia dah peluk cium si suami sebelum keluar tadi. Altaf kan mengada. Nak kena cium 20 kali dan peluk 20 minit depan pintu baru boleh melangkah keluar.

Jadi... apa masalahnya? Tak pernah Altaf tak jawab panggilannya. Pertama kali ni!

Atau Altaf merajuk sehingga keluar dan bertemu dengan Zaril? Pantas Eima tepuk dahi sendiri.

Sah, jumpa Zaril ni. Hmph! Minta dibabap.

Eima buka aplikasi WhatsApp lalu menghantar pesanan suara kepada si suami. Sempat dia basahkan tekak dengan dehaman.

"Abang... abang merajuk dengan Eima sebab tak izinkan abang ikut sekali ke? Eima minta maaflah abang... jangan merajuk. Eima takut abang bosan aje. Tapi Eima dah balik. Eima dah sampai rumah. Abang ada mana? Baliklah... Eima rindu..." Sehabis manja dan meleret-leret dia bersuara. Biar Altaf pulang secepat mungkin. Hehe.

Kuat bunyi keluhan Eima. Sedih bila hanya satu tick yang tertera pada pesanan suara yang telah dihantarnya itu.

Jika diikutkan hati, mahu sahaja Eima menghubungi Zaril dan bertanya. Tetapi Eima ada masalah besar. Dia telah block nombor Zaril tempoh hari. Dan Eima tidak mahu merendahkan ego.

Tiba-tiba sebuah panggilan masuk. Skrin telefon canggihnya memperlihatkan nombor yang tidak dikenali.

Eima telan liur payah. Dengan sepotong ayat basmallah Eima menerima panggilan tersebut. Selepas memberi salam, suara seorang lelaki yang amat dikenali menghentam gegendang telinga.

"Aku nak jumpa kau. Aku send location, kau datang sekarang." Tanpa menjawab salamnya, malah selamba si dia melontarkan arahan.

"Abang Edrees?"

"Ya ini aku," jawabnya malas. Mesti Eima tidak sangka menerima panggilan daripadanya. Sanggup dia beli nombor baharu semata-mata untuk menghubungi wanita itu.

"Kau dengar tak? Aku nak jumpa kau sekarang. Ada hal penting ni." Berdosa agaknya cakap elok-elok dengan adik sendiri. Hurm...

"Abang nak jumpa buat apa? Kalau abang rasa kita akan bertikam lidah, baik abang cakap aje sekarang." Setakat nak marah dan menengkingnya, memang tak berbaloi minyak kereta Eima nanti. Eh maksud Eima... kereta laki Eima.

Lagipula Eima yakin lelaki itu masih belum berputus asa fasal hibah arwah ayah berikan kepadanya itu.

"Kau memang tak boleh bersangka baik sikit ke dengan aku?" Ayat play victim.

Eima mengeluh. "Abang nak apa lagi? Kalau perihal tanah itu, Eima memang tak akan ubah fikiran."

"Bukan. Aku tak nak tanah itu."

Penafian daripada lelaki itu buat Eima terdiam. Betul ke apa yang didengarnya ini? Semudah itu Edrees putus asa? Kalau macam itu, alhamdulillah...

"Aku nak serahkan segala dokumen penting stesen minyak ini dekat kau. Aku nak tukar pemilik," sambungnya lagi.

Kali ini Eima tersentak. Gamam dan hilang diksi. Kosa katanya bagai dicuri. Tiba-tiba dan mencurigakan.

"Aku akan serahkan segalanya kepada kau Eima. Termasuk kereta kau yang Ebrahem pakai pun aku akan suruh dia hantarkan balik."

Makin sangsi Eima jadinya. Apa yang dah jadi? Semuanya berlaku secara mendadak.

"Kenapa tiba-tiba?" Nak kata Eima pernah minta, rasanya tak pernah.

Giliran Edrees pula kunci mulut. Hanya bunyi nafas halusnya kedengaran di hujung telinga Eima. Sedari tadi, dia menanti si abang menjawab pertanyaannya.

"Abang, Eima tanya k—"

"Tinggalkan Altaf." Pantas dia menyelar kata si adik.

"Apa?" soalnya. Eima silap dengar ke?

Edrees mendecit. Dia tahu Eima dengar dengan jelas dua patah perkataan itu. "Kau pulang tempat asal kau, balik kampung dan tinggal di rumah arwah ayah. Teruskan hidup kau dekat sana, sama seperti sebelum kau kenal laki kau."

Eima terpana seketika lalu tawanya terletus.

"Jadi itu motif abang konon-kononnya nak serahkan harta abang pada Eima. Hanya suap Eima dengan harta dan Eima akan tunduk patuh pada permintaan karut abang itu? Mudahnya kerja abang..." perlinya halus.

Patutlah abangnya yang gila harta ini sanggup menyerahkan segala-galanya kepada Eima. Ternyata, ada udang disebalik batu!

Edrees mendongkol kegeraman. "Aku tak main-main, Nur Eima." Terketap-ketap rahangnya menahan amarah daripada mengusai diri.

"Tapi abang buat rumah tangga Eima macam mainan!" Eima tinggi suara.

Terkesiap Edrees. Terpinga-pinga menerima jerkahan si adik. Kebiasaannya dia yang akan meninggikan suara terlebih dahulu.

"Abang nak atur harta Eima? Silakan. Tapi jangan atur rumah tangga Eima. Hidup Eima, Eima yang tentukan. Jangan disebabkan Eima masih berlembut dengan abang selama ini, abang boleh sesuka hati naik kepala dan arah Eima macam ini. Eima tak akan izinkan sesiapapun ganggu rumah tangga Eima. Walhal orang itu darah daging Eima sendiri." Rendah dia menutur, tidak bermakna Eima bermain dengan kata-katanya.

Setara itukah nilai rumah tangganya di mata Edrees sehingga sanggup menjadi pertukaran dengan aset yang tidak bernilai itu? Ya Tuhan, apa yang ada di fikiran si Edrees ini!

"Kalau hal penting yang abang maksudkan itu fasal ini, Eima nak letak. Dah tak ada apa yang Eima boleh dengar." Eima mahu menamatkan panggilan itu tetapi terbantut niatnya kala mendengar khabar yang disampaikan oleh Edrees.

"Suami kau akan bertunang dengan adik Maleeka."

Eima tersentak. Ganas dadanya berombak. "Abang cakap apa ini?!" Di hujung ayat, suaranya naik seoktaf.

"Altaf akan bertunang dengan Rissa."

Terpukul. Terasa seperti sebuah batu besar telah menghempap dirinya. Bertunang? Suaminya akan bertunang?

"A— abang jangan cuba bawa f— fitnah dalam rumah tangga Eima." Tersekat-sekat suara Eima menghantar peringatan. Genggaman pada telefon canggihnya juga dikemaskan.

Edrees meletuskan tawa. "Fitnah? Buat apa? Aku sendiri dengar dengan telinga yang kedua belah pihak dah bersetuju. Aku. Tak. Menipu!"

Sejujurnya, dia sendiri terkejut. Ini adalah keputusan daripada Altaf. Dalam tidak sedar, Altaf telah memudahkan urusannya. Bagus.

"Apa kau cakap tadi? Kau tak akan biarkan sesiapa hancurkan rumah tangga kau? Tch, Nur Eima... Nur Eima... laki kau sendiri yang dah musnahkan rumah tangga kau." Seronok dia memerli dan mengejek si adik.

"Jangan fitnah suami Eima. Eima kenal Altaf. Suami Eima tak akan buat macam itu." Eima yakin yang Edrees mengada-adakan cerita sekadar untuk mengaburi dirinya. Eima percayakan Altaf.

"Kau memang bodoh Eima. Kau hidup semata untuk diperbodohkan oleh orang aje ke?" Agak-agak, bagaimana reaksi yang si adik pamerkan sekarang? Ruginya dia kerana tidak dapat melihat air muka wanita itu.

"Lagipun kau kenal dia tak sampai setahun pun Eima..."

"Tempoh pengenalan tak menjamin apa-apa. Buktinya, kita sedarah dan datang dari rahim yang sama, tapi sampai sekarang Eima masih belum kenal siapa abang sebenarnya," bidas Eima pula.

27 tahun dia hidup mengenali lelaki itu, tapi bagi Eima dia masih belum kenal sikap sebenar Edrees.

Jika arwah ayah tahu apa yang si abang cuba buat ini, pasti ayah kecewa. Ayah sangat sayangkan Altaf.

Edrees menggulingkan biji mata. Menyampah.

"Macam inilah Eima. Kau memang dah anggap aku sebagai penipu jadi ada baik kau tanya suami kau sendiri. Kau percaya sangat dia, kan? Tanya dia kenapa dia buat keputusan macam ini. Aku pun nak tahu juga. Aku ingatkan dia sayang sangat kau, tapi nampak gayanya kau pun dah kena tipu ni. Mudah sangat orang perdaya kau Eima..."

Yang dia boleh simpulkan, Eima memang wanita yang lemah, mudah dipijak, diperdaya, ditipu dan digunakan. Memang patut. Wanita itu terlalu bersikap pongah. Itu makannya!

"Eima dah cakap tadi jangan bawa fitnah dalam rumah tangga Eima. Abang cakaplah apa pun, Eima tak akan percayakan abang. Eima percayakan suami Eima. Altaf... tak akan buat benda bodoh itu." Yakin Eima menutur. Dia percayakan si suami. Cukuplah sepanjang tempoh mereka bersama ini, membuktikan yang Altaf juga sayangkan perkahwinan mereka.

"Dan kali ini, abang betul-betul melampau. Abang cuba tukar kebahagiaan Eima dengan harta Eima sendiri. Eima harap abang tak lupa, harta yang abang nak beri itu, milik Eima. Eima pemilik asal. Abang cuma pulangkan kepada tuannya. Dan jangan sampai Eima tuntut balik segala harta Eima yang abang dah guna."

Usai itu, Eima meletakkan panggilan tanpa membenarkan si Edrees meneruskan kata.

Kata-kata si Edrees kembali melayang di fikiran. Cepat-cepat Eima hapuskan ingatannya yang satu itu. Dadanya yang terasa sesak tiba-tiba, dipukulnya. Berharap supaya rasa sakit itu lenyap.

"Tak. Abang tak akan buat macam itu. Eima percayakan abang," bisiknya.

Sejak dahulu, itulah kerja Eima. Menenangkan hati gusarnya sendiri.







Langkah kecilnya diatur ke arah pintu rumah. Loceng rumah yang berbunyi sejak tadi mengundang senyumannya. Eima gembira mengenangkan si suami yang sudah pulang.

Belum sempat pintu dikuak, terkejut dia mendengar suara seorang lelaki.

"Eima. Ini aku."

Tangannya pada tombol pintu kejung di situ. "Zaril?" Serta-merta teringat kepalanya yang tidak tertutup. Mujurlah Zaril beritahu terlebih dahulu.

"Kejap Ril."

Eima kembali ke bilik tidurnya lalu mencapai cardigan dan tudung sarung. Dia kembali membuka pintu untuk Zaril.

Agak terkejut bila retina mata disapa dengan figura Zaril bersama seorang wanita bertudung.

"Dila?" Eima kenal wanita itu. Tempoh hari mereka telah bertemu.

Dila hanya memberikan senyuman kepada Eima.

"Eima. Kau dengar baik-baik apa yang aku nak kau buat sekarang."

Terkebil-kebil dua pasang mata milik Eima dan Dila terhenyak pada wajah Zaril itu. Serius sungguh. Jarang tengok Zaril macam ini. Tiba-tiba pula itu.

"Kejap Ril. Mana Altaf?" Kenapa Zaril datang berdua dengan Dila? Suami Eima mana...

Zaril hembus nafas lemah. "Kau dengar ni. Sekarang, aku nak kau pack pakaian dan keperluan kau cukup untuk dua atau tiga hari. Semua barang penting dan passport sekali," arah Zaril tanpa menjawab pertanyaannya mengenai sang suami.

Timbul kerutan pada dahi Eima. "B— buat apa Ril? Kami bertolak malam esok," beritahunya pula. Keterujaannya tadi lesap mendadak. Kenapa hatinya makin tidak tenteram ini?

"Cepat, Eima. Flight kau lagi 3 jam!"

Jerkahan Zaril mengejutkan Eima sehingga terenjat halus batang tubuhnya.

"Zaril..." seru Dila bagi menenangkan lelaki itu. Dia tahu Zaril dalam keadaan runsing.

Sedar akan ketelanjurannya yang melepaskan rasa terbuku di hati pada insan yang tidak bersalah, lekas dia cuba menstabilkan emosi diri.

"Flight kami malam esok, Ril." Eima masih tenang. Serupa tidak terusik dengan perubahan drastik Zaril itu.

Hatinya tersentuh mendengar perkataan kami yang keluar melalui celah bibir sang sahabat. Eima pasti maksudkan dirinya dan Altaf.

"Flight kau malam ni. Bukan esok. Aku jelaskan dalam perjalanan nanti. Sekarang kau kena bersiap. Please Eima. Dengar cakap aku..." Terdesak.

"Altaf mana?" Ulangnya lagi.

Sekonyong-konyongnya gegendang telinga dihentam dengan soalan yang dia cuba elak sejak tadi. Bahkan, sudah puas dia memikirkan alasan yang dia harus berikan. Tetapi dia hanya jumpa jalan mati.

"Zaril. Kau tahu suami aku dekat mana? Dia ada dengan kau, kan? Dari tadi aku call dia tak angkat..." adunya pula. Mendapat diam daripada Zaril amat menyeksakan diri. Dia turut kerling Dila yang pamerkan air muka kasihan kepadanya. Dan Eima tidak suka!

Tetapi melihat daripada perilaku Zaril ini, dia teringatkan kata-kata Edrees siang tadi.

Eima keluh nafas berat sebelum menguntum senyuman kecil. "Betul ke Altaf akan bertunang dengan adik Kak Mal?"

Akhirnya Zaril henyakkan pandangan pada teman baiknya itu. Berkerut seribu dahinya. Eima tahu? Sekejap. Macam mana boleh sampai ke pengetahuan Eima ini? Tidak mungkin Alvina.

"Abang Edrees call aku tadi." Eima sudah dapat menebak apa yang bermain di fikiran lelaki itu. Sudahlah... mereka membesar bersama.

Mendengar nama itu, Zaril merengus. Si bodoh itu lagi!

Sedar akan sesuatu, cepat-cepat dia mencari anak mata Eima. Jika benar Eima tahu, kenapa wanita itu seperti tidak terusik dengan khabar ini?

"Jangan percayakan si bebal itu." Keras dia bersuara.

Senyuman Eima berubah hambar. "Aku pun tak nak percaya, Ril. Aku tak akan percayakan dia. Aku yakin yang Altaf tak akan khianati ikatan kami. Tapi apa yang kau cuba buat sekarang ini nyatakan sebaliknya..."

Gamam dengan kosa kata Zaril. Seperti baru sahaja ditangkap melakukan kesalahan yang amat besar.

"Ambil bagasi kau sekarang. Cepat. Aku dengan Dila tunggu." Zaril masih cuba untuk mengelak. Tujuannya hanya satu, dia harus bawa Eima keluar dari Malaysia malam ini juga. Itu janjinya pada Altaf.

"Aku tak akan pergi."

Zaril mencerun tajam. "Nur Eima!" herdiknya kuat. Laluan hadapan kawasan kondominium itu penuh dengan suaranya sahaja.

"Aku tak nak pergi tanpa suami aku. Aku akan tunggu sampai dia pulang. Dan aku yakin, dia akan pulang." Eima tahan sebak. Hatinya bagai disiat-siat. Eima sakit. Sakit dengan berita yang baru sahaja dia nafi tadi.

"Kau jangan sampai aku yang heret kau." Dia terpaksa guna cara kasar jika perlu. Wanita ini terlalu keras kepala dan degil!

Eima menggelengkan kepala berulang kali. "Apa gunanya aku pergi tanpa suami aku?"

"Kau kena pergi, Eima. Kalau kau terus ada di sini, orang tua jahanam itu—" Zaril tidak dapat noktahkan ayat. Tidak sanggup membayangkan apa yang si bapa durjana itu cuba buat pada Eima.

Orang tua itu? Bapa mertuanya ke? Tidak semena dia teringatkan Altaf.

"Altaf ada dengan dia ke?" Eima mula runsing. Teringat bagaimana perilaku sang suami apabila berhadapan dengan si tua itu, debar di hatinya makin menjadi-jadi.

"Bersiap s—"

"Jangan berdalih dengan aku lagi, Ril. Aku bukan bodoh. Jadi jawab aku. Suami aku ada dengan dia ke?" Keras Eima meminta kepastian. Kenapa semua orang masih anggap dia seperti seorang wanita yang lemah dan mudah ditipu? Tolonglah, Eima bukan seperti itu.

"Eima..."

Jadi benarlah. Suaminya ada bersama dengan si tua bangka itu.

Keanehan Zaril melihat Eima yang keluar dari rumah. Laju dia menahan sahabatnya itu.

"Kau nak ke mana?"

"Aku nak jumpa dia."

Zaril raup wajahnya sendiri. "Tak boleh, Eima. Kau tak akan jumpa dia. Sekarang, kau kena dengar cakap aku. Dan aku tak nak berkasar dengan kau." Zaril ini bukanlah seorang yang penyabar seperti Altaf. Dan dia yakin, Eima juga tahu.

Eima lawan pandangan Zaril. Raut wajahnya berubah serius. "Ril. Kau nak aku pergi tanpa tahu keadaan suami aku ke? Kau jamin orang tua jahanam itu layan dia dengan baik? Aku pernah tengok dengan mata kepala aku sendiri yang dia sakitkan anak dia, kau tahu?!" Eima tidak akan biarkan sesiapa sakiti Altaf lagi. Suaminya sudah banyak terseksa dan terluka.

Zaril tahu Eima ada benarnya. Tapi... "Kau nak mati di tangan orang tua itu ke, Eima?"

Eima tersentak. Mengejung serta-merta tubuhnya. Mati? Jadi, dengan cara sebegitu si tua bangka itu mengugut suaminya.

"Sekurang-kurangnya biarlah aku mati selepas aku berjuang pertahankan rumah tangga kami," beritahunya senafas.

Zaril ketap gigi. Menggelutuk rahang sendiri.

"Eima, kau sedang bermain dengan nyawa. Kau sedar tak?!" herdik Zaril. Merah padam wajahnya menahan rasa. Segala urat tengkuk dan lengan juga timbul.

"Ajal dan maut ini di tangan Tuhan, Ril. Biarlah orang tua itu jadikan nyawa aku sebagai taruhan pun, tapi dia lupa yang sesuatu perkara tidak akan terjadi tanpa izin Tuhan."

Oleh kerana itu, Tuhan amat benci orang yang angkuh dan sombong. Berkelakuan seolah-oleh dialah yang mengatur segala yang terjadi ini. Sedangkan sesuatu perkara itu tidak akan berlaku tanpa pengetahuan mahupun keizinan Yang Maha Esa.

"Aku tak takut dia. Buat apa aku takutkan manusia yang sama macam aku? Hanya kerana dia punya segalanya, dia lupa yang dia juga punya pemilik yang sama dengan kita."

"Aku tahu, Eima. Aku tahu. Tapi kau kena elak benda ini..." lemah kedengaran suara Zaril.

Eima menguntum senyuman. Dia tahu yang sahabatnya ini amat risaukannya. Dan Eima bersyukur. Sekurang-kurangnya dia masih punya insan yang takut kehilangannya.

"Tak nak, Ril. Aku tak nak." Tenang dia membantah.

"Sepanjang aku hidup, aku dah banyak berjuang demi sesuatu perkara yang aku pun tak pasti. Tapi aku yakinkan diri selagi Allah permudahkan urusan aku, aku di jalan yang benar. Aku dapat redha dia."

Edrees, Ebrahem dan Elyas. Tipulah jika Eima kata yang dia tidak sedar yang dia telah dipergunakan demi kepentingan mereka sendiri. Eima tahu. Eima akui.

"Dan sekarang aku nak berjuang demi aku. Demi kebahagiaan aku. Aku nak teruskan rasa bahagia yang hanya aku dapat setiap kali bila aku bersama dengan Altaf." Lembut bicaranya cuba meyakinkan lelaki di hadapannya ini.

"Izinkan aku jadi tamak, Ril. Sekali ini aje. Sekali ini je. Aku mohon..." Tubir mata Eima mula bergenang. Meligih bibirnya mengungkap kata-kata itu. Saat ini, hanya senyuman si suami yang bermain di fikiran.

"Aku tak minta kau sebelahi aku. Aku pun tak nak sabitkan kau, Ril. Permintaan aku cuma satu. Jangan halang aku."

Zaril hembus nafas pelan. Mula terkesan dengan pujuk rayu Eima. "Apa yang kau cuba buat ini tak sama dengan apa yang kau dah lalui. Kau akan lawan Syed Adi Uzam, Eima. Aku tahu sekejam mana orang tua itu boleh jadi." Penuh makna tersirat amaran yang Zaril cuba sampaikan kepada Eima.

Eima memberikan senyuman tipis bersama tatapan meneduh buat si sahabat. Benarlah kata Altaf, Zaril amat peduli tentangnya.

"My whole life is a battle. Hence, I will fight for my husband. Because nothing in this world matters more than his presence."

Eima pernah hilang arwah emak dan ayah. Dia tidak mahu hilang Altaf pula. Eima tidak sanggup hidup tanpa sang suami di sisi. Dunia tanpa Altaf, tidak bererti apa-apa buatnya.

Sentak Zaril dengan kata-kata Eima. Dia nampak tekad di sebalik wajah sugul itu. Eima... memang degil! Dan berani.

Mungkin Eima rasa dia lawan orang tua itu. Tapi satu yang Eima perlu tahu.

"Marisa lagi cantik kalau nak dibandingkan dengan kau."

Dila gelengkan kepala berulang kali. Lesap terus rasa sebaknya tadi. Menyempat!

Eima hemburkan tawa. Setitik air mata yang jatuh, dia kesat dengan belakang tapak tangan. "Jangan risau. Mak Leha kata aku dah bubuh minyak dagu dekat suami aku."

Sebelah juring bibir Zaril menjungkit ke atas. Betullah itu. Tidak mungkin Altaf buta.

"Aku tak akan halang kau tapi jangan jadi tiga suku. Kau nak buat apa-apa tolong fikir panjang." Di akhirnya, dia terpaksa mengalah.

Eima jatuhkan kepala berkali-kali. Sekurang-kurangnya bukan hari ini. Mahu berhadapan dengan si tua tidak sedar diri itu, harus punya tenaga yang banyak.

"Zaril. Tolong cakap dekat Altaf, aku menangis ye? Cakap dekat dia aku macam orang gila dah menangis rindukan dia." Kedua belah pinggir bibirnya jatuh melengkung.

"Kau memang selalu gila!" Tengok itu! Mana air mata tadi? Dah sedut balik gamaknya.

Eima menjuih. Cish! Dasar Zaril.



Tbc...

Maaf lambat update. Maaf jugak banyak kurang dan typo. Terima kasih sudi baca Altaf Eima lagi. ❤️

Dah jangan sedih-sedih. Eima tak sedih pun jadi kita jangan sedih.

Continue Reading

You'll Also Like

385K 13.8K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1.7K 168 6
"Time has brought your heart to me, I have loved you for a thousand years." Nadhir Al Khaf Nadeerah Nour Zahra
4.6M 177K 55
Tengku Harith | Tya Irena Satu malam bersama orang asing di sisi masing-masing buat segalanya berubah. Selepas satu malam itu, Harith akan pas...
5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...