Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

Da Dandelzel

238K 15.6K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... Altro

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~32

3.9K 271 14
Da Dandelzel

Telefon yang tergeletak di atas sofa berdering nyaring minta diangkat. Dengan malas, dia menilik skrin yang bernyala.

Incoming call from Setan..

Diaz mendengus, terus tekan ikon merah. Decline!
Dia kembali memasakkan pandangan pada skrin tv. Riuh ruang tamu itu dengan suara kuat dari Jayden dan Eden yang khusyuk bermain video game. Dia pula sekadar bersila diatas sofa dengan wajah monyok. Hilang mood sejak pagi tadi.

Tak sampai beberapa saat, telefonnya berbunyi lagi. Satu rengusan kasar terlepas dari bibirnya.

"Kenapa D?" Eden pandang dia sekilas.

Diaz geleng. Nak tak nak, dia sambut jua panggilan itu.

"Diaz!" Nada cemas Delilah kedengaran.

Diam. Berat pula mulutnya hendak bersuara. Apatah lagi mendengar suara gadis itu, buat hatinya semakin geram. Dia masih tak puas hati dengan perbuatan gadis itu!

Pun begitu, pertanyaan Delilah membawa kerutan di dahi.

"Diaz, kawan-kawan kau ada kat rumah ke?" Soal Delilah.

"Nak apa?" Diaz bertanya ringkas.

"Aku kat luar rumah ni! Macam mana aku nak masuk kalau kawan-kawan kau ada?"

Di luar rumah, Delilah sudah bercekak pinggang dengan wajah berkerut resah.

Kening Diaz hampir bertaut. Bingkas bangun, dia melangkah keluar dari rumah. Ternyata benar, Delilah sedang tercegat disitu. Panggilan dimatikan lalu dia datang menghampirinya.

"Kau buat apa kat sini?"

"Aku nak masuk.. urgent ni!" Delilah terdesak. Tapi langsung tak memberi kesan pada Diaz.

"Jadi?"

Hampir ternganga Delilah mendengar betapa selambanya jejaka itu.

"Macam mana aku nak masuk kalau kawan-kawan kau ada?"

"Urusan aku ke?" Diaz balas dengan renungan datar.

"Seriously?! Diaz, aku tak main-main tau. Aku ada hal mustahak ni. Kejap lagi aku ada kelas. Aku nak cepat.. kau tolonglah aku." Ujar Delilah lagi. Masih tidak mengerti punca ekspresi Diaz.

"Kenapa aku nak kena tolong kau?"

"Kau gila ke? Kau nak kawan-kawan kau nampak aku dekat rumah tu?"

"Itu urusan kau. Tak ada kena-mengena dengan aku. Baik pula aku nak tolong orang yang dah kotorkan motor aku."

Pulak dah..

"Oh.. kau masih tak puas hati pasal tadi?" Barulah sel-sel otak Delilah mula berhubung.

"Kau tercegat ajelah kat sini sampai bila-bila." Tempelak Diaz lagi sebelum berura-ura mahu pergi. Namun, Delilah pantas menahan.

"Diaz! Diaz.. kau tak rasa kau kejam ke? Pasal motor kau tu belakang ceritalah. Sekarang ni aku nak masuk rumah, tukar seluar." Delilah cuba memujuk. Dan nyata pujukannya tak menjadi bila Diaz menepis tangannya.

"Blah.."

"Alaa.. Diaz! Kau tolonglah aku. Aku period ni!" Delilah berterus-terang. Rasa malu tolak tepi. Apa yang penting dia perlu masuk ke dalam rumah tanpa dilihat Jayden dan Eden.

"Dah tu? Kesah pula aku.."

Sampai hati Diaz!

"Kau ni memang tak berhati perut ke? Hati batu?"

"Ha'ah. Jadi tak payah nak merayu minta tolong kat aku." Selamba badak Diaz membalas. Langsung tak bagi muka pada insan yang dah mengotorkan motornya awal pagi tadi.

"Diaz!" Delilah rasa nak terkam saja Diaz yang dah menonong pergi.

Sekilas, jejaka itu berhenti dan berpaling lagi.

"Kawan-kawan aku ada dekat ruang tamu depan. Pandai-pandai kaulah cari jalan macam mana nak masuk. Tak pun, kau panjat aje dinding."

Tercebir-cebir bibir Delilah mendengar bicara kejam Diaz.

"Kau ni memang setanlah, Diaz."

Helpless. Terkontang-kanting dia disitu. Otak cuba dikerah memikirkan cara untuk masuk. Tanpa membuang masa, dia menuju ke kawasan belakang. Jalan penyelesaiannya sekarang hanya pintu belakang yang terletak di laundry room. Diaz kata kawan-kawannya ada di ruang tamu. Agak risky, tapi kalau berhati-hati dia boleh melepasi mereka.

Mujur, pintu belakang laundry room tidak berkunci. Dengan berhati-hati dia masuk. Pintu utama dikuak, kepala dijenguk perlahan. Di ruang tamu sana, terdengar bunyi bising oleh dua orang manusia yang masih ralit dengan console di tangan.

Dada Delilah berdebar-debar. Dia buat tindakan berani mati. Keluar dari laundry room tanpa sebarang bunyi lalu mendaki tangga dengan kelajuan maksimum. Dah macam penyangak pecah rumah!

"Jahanam punya Diaz. Memang dasar tak berhati perut." Omelnya tak berpuas hati sebaik sahaja dia selamat memasuki biliknya. Kemeja Qash yang terlilit di pinggang dilepas. Sebelum Jayden dan Eden sedar dia berada disini, baik dia cepat menukar seluar.

Di tingkat bawah, Diaz kerling kearah laundry room melalui ekor mata. Dia nampak Delilah naik ke tingkat atas serupa lipas kudung tadi. Dan sekarang, entah kenapa ada sekelumit rasa bersalah yang menghurung hati. Kejam sangat ke dia tadi?

"Aku laparlah, woi. Jom keluar." Tidak semena-mena, dia menyuarakan keinginannya kepada Jayden dan Eden. Mujurlah kedua-duanya tidak banyak bunyi, ikutkan saja apa yang dimahukan.

Sebelum keluar dari rumah, sempat Diaz melirik ke tingkat atas sebelum mendengus perlahan.

"D.. bukan tu driver baba kau ke?" Jayden menyoal hairan apabila menyedari terdapat sebuah kereta yang terparkir disitu. Pemandunya hampir tidak kelihatan.

"Dialah tu."

"Kau tak tanya dia kenapa? Kut ada benda yang baba kau suruh dia ambil ke.." Ucap Eden.

Tak menyahut, Diaz terus naik ke motor dan menghidupkan enjin. Side mirror yang dah bersih diusap sekilas. Bersungguh dia sental doddles yang dilukis Delilah pagi tadi. Dekat sejam jugalah baru hilang. Pasal.. lipstik yang diguna Delilah tu waterproof. Sakit gila nak hilang. Ini pun masih ada sedikit bekas-bekasnya.

Jadi, dia tak kejamlah dengan Delilah kan?

Terjengket-jengket Delilah melangkah menuruni tangga. Namun, dahi langsung berlapis saat melihat ruang tamu yang tadinya berpenghuni kini kosong dan sepi. Terteleng-teleng kepalanya. Melilau ke segenap ruangan.

Tiada. Langsung tiada bunyi suara mereka yang mana menimbulkan tanda tanya di benak Delilah. Akhirnya dia keluar melalui pintu utama banglo tersebut.

"Pakcik.. pakcik ada nampak Diaz dengan kawan-kawan dia ke?" Soalnya sejurus dia meloloskan diri ke dalam perut kereta.

"Oh.. tadi dorang dah keluar. Tak tahu pula pergi kemana." Pakcik Razak memandangnya sekilas sebelum memulakan pemanduan.

Terangguk-angguk kepala Delilah. Nafas lega ditarik. Nantilah.. dia pasti akan buat perhitungan dengan jejaka kerek itu.

*****


Senyap.

Sepasang suami isteri itu berpandangan. Dalam diam menghantar isyarat mata. Soalnya, suasana di meja mereka ini terasa sangat canggung. Amat tegang. Sejak mereka berempat tiba di restoran yang menyediakan juadah Chinese ini, kedua orang remaja yang duduk bertentangan itu langsung tidak bercakap. Hanya berbalas renungan tajam sambil berpeluk tubuh.

Tuan Amza menggeleng kepala, isyarat untuk Lea agar tidak menegur kedua-duanya.

Diaz dan Delilah masih galak merenung antara satu sama lain. Seolah-olah menghantar serangan balas melalui pandangan mata. Masing-masing tak puas hati dengan kejadian hari ini.

Ikutkan rasa hati, Diaz bagai nak mengamuk depan Delilah. Berani sungguh gadis itu menyentuh motor kesayangannya. Selama ini, tidak pernah lagi dia membenarkan mana-mana perempuan dekat dengan kekasih hatinya itu.

Delilah pula merasakan ketidakadilan. Diaz yang memulakan perang, jadi tak salah dia membalas. Mereka berdua dah seri. Tapi apabila Diaz bertindak mengabaikan dan menolak untuk membantunya tengah hari tadi, itu sudah melampau. Diaz mengambil kesempatan dalam kesempitan.

"Makanan dah sampai.." Lea memberitahu secara tidak langsung apabila pelayan restoran sudah mula menghidangkan beberapa jenis juadah yang dipesan oleh mereka sebentar tadi.

Melihat makanan di depan mata, Delilah tolak tepi rasa tidak puas hati. Sekarang, makan lebih penting!

"Ma.." Sedikit monyok wajahnya memanggil Lea. Dia tunjuk chopsticks yang turut dihantar bersama nasi.

Wanita itu tersenyum. Lupa.. anaknya itu tak reti menggunakan chopsticks. Lantas, dia memberitahu pelayan untuk menukarnya dengan sudu.

"D tak pandai guna chopsticks? Sorry, uncle tak tahu.." Pantas Tuan Amza mengucap kata.

Delilah ketap bawah bibir. Segan.

"Dah tua bangka macam ni masih tak tahu guna chopsticks?"

Tanpa aba-aba, Diaz yang duduk bertentangan turut menyampuk.

"Diaz.." Tuan Amza menegur.

Delilah pula mencebik. "Dosa besar ke kalau tak reti makan pakai chopsticks?" Bidasnya geram. Ada saja yang Diaz tak puas hati dengan dia. Rasanya tak pelik jika seseorang itu tidak tahu makan menggunakan chopsticks.

"Buat malu aje."

"Kau—"

"Enough, Diaz.." Sekali lagi Tuan Amza bersuara bila bibit-bibit pertengkaran mula timbul di antara kedua-duanya.

"D pun, bukan reti sangat makan guna tangan kan? Selalu baba tengok D makan guna sudu aje."

Erkk..

Terpempan Diaz apabila Tuan Amza selamba saja menempelaknya. 

"Tak payah duduk Malaysia ajelah kalau gitu." Delilah tak lepaskan peluang untuk mengejek.

Terjegil mata Diaz. Kalau tak mengenangkan orang tuanya, dah lama dia buka gelanggang gusti dengan Delilah.

"Sudah, depan rezeki ni.." Celah Lea, menghentikan tenungan tajam mereka berdua. Masing-masing mula menjamu selera dengan tenang.

Lea mencedok sup herba ke dalam setiap satu mangkuk kecil lalu dibahagikan kepada Tuan Amza, Diaz dan Delilah. Terbit senyumannya melihat Diaz serta Delilah yang tampak berselera.
Tingkah Tuan Amza juga membuatkan dia lebih berminat memerhati berbanding menyuap nasi di hadapannya.

Lelaki itu meletakkan cebisan isi ikan yang dimasak stim ke dalam mangkuk nasi Delilah. Kemudian, dia melakukan hal yang sama kepada Diaz. Tak lama selepas itu, Tuan Amza mengambil pula beberapa juadah lain, juga diletakkan di mangkuk anak-anaknya. Lagak yang tampak biasa, tapi di mata dia, ianya terlihat manis untuk sosok seorang ayah.

Menyaksikan perkara kecil sebegitu saja sudah membuatkan Lea merasa sebak.

"Kenapa bahagikan nasi macam tu?" Tuan Amza pelik bila Delilah meletakkan separuh nasinya di piring kecil. Entahkan memang cara Delilah makan begitu, atau gadis itu tidak berselera.

"Banyak sangat. Takut tak habis." Rendah nada Delilah menjawab. Risau kalau-kalau Tuan Amza menganggapnya membazir walaupun dia tahu, sudah jelas dia tidak akan dapat menghabiskannya.

Namun, Tuan Amza tersenyum pula.

"Tak apa, bagi uncle. Biar uncle habiskan."

"Tapi.." Delilah mahu menghalang, akan tetapi Tuan Amza terlebih dahulu meletakkan nasi tadi ke dalam mangkuk miliknya.

"Lepas ni kalau D rasa tak boleh habiskan makanan D.. D bagi dekat uncle aje. Selalunya uncle ni memang jadi 'tong sampah' Diaz. Jadi uncle tak kisah buat benda yang sama untuk D."

Tersentak Delilah mendengar setiap bait kata Tuan Amza yang langsung membuat hatinya terjentik. Diaz yang mendengar namanya dipetik menghentikan kunyahan.

"Bila masa pulak? D selalu habiskan makanan D."

"D dah besar ni memanglah.. dulu masa D kecik-kecik siapa yang makan makanan D kalau tak habis? Baba jugak.." Sahut Tuan Amza. Lea yang turut mendengar sekadar tersenyum.

Delilah pula hanya senyap di tempatnya. Masih tersentak dengan apa yang dikatakan oleh Tuan Amza sebentar tadi. Bicara yang mengingatkan dia pada seseorang. Kerana dulu.. dia juga pernah berada dalam situasi yang serupa.

"Papa.. Lil tak nak bahagian isi ni."

"Papa, tolong habiskan.. Lil dah tak nak."

"Papa.. can you eat this for me? I'm full."

Bergema setiap ayat yang pernah dia tuturkan suatu ketika dahulu. Dan papa.. lelaki itu pasrah melakukan apa yang dimintanya. Bak kata Tuan Amza, papa adalah 'tong sampah" dia.

"Letak aje atas pinggan papa, sayang. Nanti papa habiskan untuk Lil."

Sekali pun papa tak pernah merungut.

Dan sekarang, Tuan Amza malah melakukan hal yang sama. Tapi Tuan Amza bukan papa. Tuan Amza tidak akan pernah sama dengan papa.

Menyedari hakikat itu, hati Delilah terasa dilapah-lapah. Semakin hari, Tuan Amza hanya mengingatkan dia pada insan yang benar-benar dirinduinya. Insan yang sama menanam rasa kecewa yang telah membunuh jiwanya.

"D nak balik dengan Diaz?"

Lea melontar soalan setelah mereka keluar dari restoran. Kini mereka berdiri di tempat parking sementara menanti Tuan Amza yang masih berada di kaunter pembayaran.

"Kenapa pulak? D balik dengan mamalah." Raut wajah Delilah mula masam mencuka.

Tak ada sebab dia nak balik sekali dengan Diaz walaupun jejaka itu memandu kereta sendiri.

"Taklah.. sebab uncle Am nak singgah ke ofis sekejap. Ada barang tertinggal." Lea beralasan.

Dan yang sebenarnya, Tuan Amza yang bercadang untuk menyuruh mereka pulang bersama.

Baik Tuan Amza mahupun Lea, masing-masing menyedari kelakuan Diaz dan Delilah yang nampak geram dengan sesuatu dan tunggu masa untuk meletus.

Entah apa lagi puncanya, mereka sendiri tak pasti. Jadi ada baiknya kalau mereka duduk bersama menyelesaikan apa yang patut.

"D.. D balik dulu dengan Delilah. Baba nak ambil dokumen, tertinggal di ofis. Boleh, kan?" Muncul Tuan Amza, menyuruh anak terunanya untuk menumpangkan Delilah.

Diaz tak menyahut, tetapi pantas memboloskan diri ke dalam kereta. Delilah pula, dengan rasa terpaksa dia menurut. Duduk di depan bersama Diaz yang menjadi pemandu.

Dia cuma fikir nak balik, nak tidur! Tapi..

Vroommm..

Kuat ngauman enjin kedengaran. Diaz memandu serupa nak menempau maut sehingga membuat Delilah di sebelah kecut perut.

"Perlahanlah sikit, Diaz. Kau nak mati ke drive laju-laju? Tak sabar nak jumpa Tuhan?" Terpaksa dia bersuara. Menempelak Diaz yang seolah-olah sengaja memandu laju.

"Kalau kau takut mati, kau tak payah menumpang aku." Sinis jawapan Diaz, meyakinkan Delilah bahawa tanggapannya benar.

Dan ya, dia tahu puncanya!

"Aku pun tak kemaruklah nak balik dengan kau." Bebelnya kemudian. Satu rengusan turut terzahir.

"Kalau accident terus mati tak apa jugak. Kalau cacat? Dah menyusahkan hidup orang lain.."

Krik.. krik..

Diaz tak membalas. Cuma fokus pada pemanduan yang langsung tak berkurang lajunya. Wajah tegang dan galak.

Sekali lagi Delilah mendengus. Bukan wajah Diaz saja yang tegang. Suasana antara mereka pun terasa panasnya!

"Wajar ke kalau kau marah sebab aku pedajalkan motor kau? Aku cuma balas prank kau, jadi kau tak sepatutnya marah. Siapa suruh kau cerdik sangat pergi prank aku?"

Akhirnya Delilah membuka topik yang membuat mereka saling menahan geram. Lipat maut Diaz memandangnya.

"Delilah! Yang kau pedajalkan tu motor aku tau. Motor tu ibarat jiwa aku. Benda yang paling aku sayang. Kau nak balas dendam, aku tak kisah.. tapi jangan sentuh motor aku." Bicara Diaz tegas.
Turut terselit nada sentimental.

"Bangga sangat dengan motor kau tu, macamlah kau beli guna duit sendiri."

Strettt..

Diaz tekan brek secara mengejut. Tepat di hadapan lampu isyarat yang sudah merah.

"Woi!" Hampir luruh jantung Delilah. Sikit lagi dahinya nak tersembam ke dashboard. Muka Diaz terus ditenung tepat.

"Kau tau apa pasal motor aku, hah? Kau ingat aku apa? Anak orang kaya yang bila minta barang, terus dapat. Macam tu? Eh, aku kerja keras untuk dapatkan motor tu tau." Bentak Diaz lagi, mengundang tawa sinis Delilah.

"Kerja keras? Kau nak cakap yang motor tu kau beli guna duit sendiri?" Ceh! Kerja keras otak dia..

Anak orang kaya seperti Diaz, susah untuk dia percaya bahawa jejaka itu membeli sesuatu yang mahal menggunakan duit sendiri.

"Memanglah bukan duit aku. Tapi aku tetap kerja keras!"

"Lampu hijau." Sempat Delilah memaklumkan Diaz.

Diaz memandu semula seraya menyambung kata.

"Motor tu hadiah dari baba sebab aku menang main bola baling untuk kolej Inca. Bersungguh aku training tau, semata nak dapatkan motor tu. Kau ingat senang ke nak kalahkan juara bola baling yang buat kolej kita selalu corot." Jelasnya tanpa dipinta. Tampang wajahnya kelihatan sedikit hampa.

Delilah jongket kening. Iya ke Diaz ni?

"Aku bagitau kau pun tak guna. Kau bukannya pelajar Inca College waktu tu." Keluh Diaz kasar.

"Boleh percaya ke cakap kau ni? Kau tak bodoh-bodohkan aku, kan?"

Diaz jeling, kemudian mengomel di dalam hati. Tak kuasa dah nak memberi penjelasan pada orang bengap macam Delilah.

"Kalau betul pun, aku rasa kau lagi kejam dari aku. Kau tak nak tolong aku pun masa aku balik tengah hari tadi." Ungkit gadis itu.

"Kau rasa kenapa kita orang dah tak ada dekat ruang tamu bila kau turun tadi?"

Delilah tayang muka blur. Tak faham..

Buat kesekian kalinya, Diaz menjeling geram. "Dahlah! Buat baik dengan kau pun tak guna."

Terjuih bibir Delilah. Sehingga mereka tiba di rumah, Diaz langsung tak bercakap lagi. Delilah mula merasa sedikit rasa bersalah. Terngiang-ngiang pula apa yang diceritakan jejaka itu tadi.

"Yalah, yalah.. aku minta maaf. Lepas ni aku tak sentuh motor kau lagi dah." Ucapnya sebaik sahaja keluar dari kereta. Layankan saja rajuk Diaz.

"Sembang! Kau tak tahu berapa lama aku nak kena sental gincu bodoh kau ni." Tempelak Diaz, serentak menunjuk motornya yang terparkir disitu.

"Lipstik tu waterproof.."

"Tau pun!"

"Sorrylaa.." Delilah mencebik sambil melangkah bersama jejaka itu.

"Satu syarat." Usul Diaz, dimana mengundang riak kurang senang Delilah.

"Dah kenapa pulak nak kena bersyarat bagai?" Tak puas hati!

"Kau tak perasan lagi rupanya.." Diaz tersenyum sinis bersama anggukkan beberapa kali.

"Aku tengok banyak jugak koleksi kasut kau. Kasut kau tu aku boleh buat kanvas. Ingat kau seorang aje boleh lukis doodles?"

Dan Delilah kembali memulakan sesi penuaannya. Banyak? Dia cuma ada empat pasang sahaja. Kasut yang dah bertahun dibeli. Itu dikira banyak ke? Eh, sekejap—

"Hoi! Kau curi kasut aku ke?" Bulat mata Delilah saat menyedari riak penuh muslihat Diaz.

Jejaka itu tersenyum miring. Kalut Delilah membuka rak kasut berdekatan pintu. Menyedari ada sepasang kasutnya yang hilang, pantas dia mengejar langkah Diaz yang sudah masuk ke dalam rumah.

"Diaz! Sneakers Polo aku mana?" Kurang asam! Silap dia terlalu percayakan rajuk Diaz.

Diaz masih selamba menaiki tangga. Apa, Delilah ingat dia tidak akan membalas dendam? Salah tu!

"Diaz..!" Jerit Delilah geram.

Toleh ke belakang, Diaz pasang muka angkuh. "Dengan syarat."

"Kau—"

"Take it or leave it."

Menderu-deru nafas Delilah menahan rasa geram yang membuak-buak.

"Fine!"

"Dalam satu hari, kau kena tunaikan apa sahaja arahan aku."

"Demand gila! Tak acilah bongok.. kau kena ingat semua ni berpunca dari prank kau jugak."

Aci tak kalau dia campak aje tubuh Diaz ke tengah-tengah laut? Mesti tak ada orang jumpa.

"Hesy! Tiga arahan aje. Kau kena ikut tiga arahan tu."

"Kau ni memang..."

Diaz ni memang sengaja nak menyusahkan dia!

"Tak nak sudah.." Diaz berura-ura mahu menyambung langkah namun dihentikan oleh bicara Delilah.

"Okey.. okey! Satu hari aje. Tiga arahan. Muktamad!"

Delilah terpaksa bersetuju demi sneakers Polo dia. Tahu yang Diaz pasti tak teragak-agak untuk melukis arts pada kasutnya. Mahal tu woi..

"Nice!"

Diaz tersenyum kemenangan, manakala Delilah hanya redha.

Nice cekadak dia!

Continua a leggere

Ti piacerร  anche

2.4K 131 6
I love him and I have always thought I am. But I was wrong. This isn't love. Maybe it was, till he tainted it with his obsession. The fact that I re...
8.5K 563 27
[TAKE THE RISK OR LOSE THE CHANCE] Satu demi satu kematian yang di hadapi oleh Ace akan menemukan Ace dengan Bunga Red Spider Lily. 'Atau lebih dike...
4M 286K 73
First romance story by cweetiee ๐‡๐€๐˜๐˜๐€๐ ๐๐‡๐€๐‹๐ˆ๐’๐‡ ๐…๐ˆ๐“ ๐๐€๐’๐„๐‡ ๐€๐‘๐ˆ๐€๐๐€. Tidak tersangka di dalam fikiran Qaseh yang dia baka...
59.9K 4.3K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...