Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

Af Dandelzel

236K 15.5K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... Mere

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~31

3.7K 236 23
Af Dandelzel

Tuan Amza menapak masuk ke dalam rumah setelah selesai berjoging di kawasan kediaman itu. Mengah dia rasakan. Dengan masih berpakaian sukan, kaki terus menuju ke dapur.

"Lebar senyum?" Tegurnya tatkala menyedari Lea yang berada disitu sedang ralit tersenyum sambil membelek set container di atas meja.

Container yang dibeli oleh Diaz semalam.

"He's such a sweet guy." Ujar Lea, masih dengan senyumannya. "You see this? Jenis mahal ni.. container yang dia rosakkan tu tak sampai lima puluh ringgit pun."

Jujurnya, dia memang terkejut apabila mengetahui Diaz kukus tupperware dia atas kuali tanpa air. Tapi apa yang buat otaknya jammed, Diaz dan Delilah langsung mengganti container tersebut.

Tak tahu nak membebel ke nak ketawa sebenarnya.

"Dah dia yang rosakkan, so he should be responsible for what he had done." Tuan Amza berkata mudah. Membuatkan Lea berdecit.

"That's not my point.."

"Habis tu?"

"You rasa Diaz dah mula selesa dengan I?" Soalnya. Segelas jus dihulur kepada lelaki itu.

"Dear, dia dah mula terima you sejak hari tu lagi."

"Tapi I masih rasa tak percaya.." Lea sengih. Betullah kata suaminya. Diaz sekarang sudah banyak berubah.

Kadang-kadang, elok aje budak tu berbual dengan dia. Sesekali membantu di dapur. Tapi tetap saja, dia dapat merasakan Diaz masih meletakkan jurang di antara mereka. Jurang yang dia sendiri tidak tahu berapa kejauhannya.

Sejenak, Lea menyedari anak gadisnya yang baru sahaja muncul.

"Morning sayang!"

"Morning ma.." Delilah membalas bersahaja tanpa senyuman. Langsung tak bermaya dengan kantuk yang masih menguasai.

"Good morning." Giliran Tuan Amza pula yang menyapa.

"Good morning uncle Am."

"Kelas pagi hari ni?"

"Ya. Sampai petang." Delilah capai sebotol air mineral untuk bekalan di kolej nanti.

"Malam nanti kita dinner kat luar sama-sama."

"Ha?"

Terpinga-pinga dia mendengar bicara Tuan Amza yang tiba-tiba. Refleks riak wajahnya berubah. Dinner kat luar?

Aduh.. takkan dia nak kena menghadap orang ramai lagi? Cukup-cukuplah malam tadi dia tak senang duduk disebabkan Diaz yang sembereno hampir saja membuat rahsia mereka terbongkar.

Seakan mengerti reaksi Delilah, Tuan Amza menyambung kata.

"Jangan risau. Tempat tu tak ramai orang pun. Uncle Am dah booked untuk kita sekeluarga. Lately ni uncle dengan mama jarang dapat makan sama dengan D dan Diaz. Selagi ada kesempatan, kita cuba untuk luangkan masa. Okey?"

Terdiam Delilah. Dibiarkan saja lelaki itu mengusap ubun-ubunnya sebelum berlalu. Anehnya, dia mula terbiasa dengan sifat Tuan Amza yang satu itu.

Lea yang menjadi pemerhati sembunyi senyum. Tak lama sebelum dia perasan akan sesuatu.

"Dah lama mama tak nampak D pakai jam tu." Penuh berhati-hati dia menutur ayat.

Delilah tersentak buat seketika. Turut direnung jam yang terlilit di pergelangan tangan kanannya.

Ya.. rasanya ini kali pertama dia memakainya setelah beberapa tahun disimpan dan sekadar ditilik.

"Petang semalam D hantar dekat kedai untuk baiki. Dah tukar kaca baru, jadi bersemangat nak pakai." Sahutnya.

Lea senyap selepas itu. Tiada niat mahu bertanya lanjut. Namun jauh di sudut hati, dia merasa hampa. Dia tahu jam itu adalah barang kesayangan Delilah. Pengubat rindu gadis itu.

"Mama ni tak aci."

Delilah membelek set container di atas meja untuk sesaat. Wajah mama dipandang bersama cebikan.

"Apa pulak.."

"Dulu D pernah hilangkan tupperware mama, sampai berhari-hari mama ungkit. Sekarang bila Diaz yang rosakkan, mama tak membebel pun. Cair tupperware tu ma.. bukan kaleng-kaleng."

Tergelak Lea mendengar omelan anak gadisnya. Amboi.. bukan main dia mengungkit!

"Nak membebel apa lagi.. Diaz dah ganti. Sampai dua set pulak tu! Ke.. D yang suruh Diaz beli container mahal ni?" Usulnya sangsi.

"Mana ada.. dah dia yang ambik, D ikut ajelah."

"Dah, sarapan cepat. Nanti tertunggu-tunggu pulak pakcik Razak."

Lea tolak perlahan tubuh Delilah, menyuruhnya duduk bersarapan di ruang makan. Gadis itu ukir senyum manja, membuatkan dia menggeleng kepala.

Delilah duduk di bangku kecil seraya memasang sneakers Carlo Rino miliknya. Seperti biasa, dia sekadar memakai knitted cardigan yang dipadankan straight cut jeans serba putih. Fesyen yang kerap kali dia tampilkan untuk ke kolej.

Bukan dia tak reti hendak menukar stail, cuma dia lebih mengutamakan keselesaan. Jarang dia hendak berpenampilan feminin. Semuanya terpulang pada mood sendiri.

Merasakan pakcik Razak yang sedikit terlambat hari ini, Delilah tilik seketika jam di pergelangan tangan sambil berjalan ulang-alik di sekitar garaj banglo itu.

Sejenak, motor megah Diaz menarik perhatian. Segera dia mendekat untuk melihatnya dengan lebih teliti. Memang sangat gah. Hitam berkilat seperti baharu.

Entah macam mana, tiba-tiba saja timbul satu idea jahat di mindanya. Bibir tersenyum penuh muslihat.

"Semalam kau prank aku kan, Diaz.." gumamnya sebelum melakukan sesuatu yang pasti akan mengundang amarah tuan Ducati tersebut.

Tak lama selepas itu, pakcik Razak tiba di perkarangan rumah. Sempat Delilah menyapa lelaki tua itu seraya masuk ke dalam kereta. Pakcik Razak mula memandu tenang menuju ke tempat destinasi.

Sementara itu, Delilah mendail nombor Diaz. Bibir tak henti-henti tersengih.

Sesaat, dua saat, tiga saat..

"Hmm..."

Terdengar suara husky si jejaka di talian.

"Oii! Diaz.."

Diaz yang pada ketika itu masih tertiarap di atas katil mendengus dengan mata terpejam. Kalau dia tahu Delilah yang menelefon, baik dia tak payah angkat tadi.

"Kau dah kenapa call aku pagi-pagi ni?" Tempelaknya. Mata masih elok terpejam.

"Aku ada hadiah untuk kau." Delilah sengih lagi.

Berkerut-kerut dahi Diaz. Mimpi apa pula si Delilah ni pagi-pagi dah kacau dia?

"Kau mengarut apa ni perempuan?"

"Hadiahlah.. untuk kau. Payback untuk prank kau semalam." Balas Delilah penuh semangat. Dia tahan ketawa yang nak meletus.

"Sekarang baru aku percaya cakap kau, Diaz. Betullah.. motor kau tu memang alergi dengan perempuan."

"Motor aku?" Terus luas bukaan mata Diaz. Kepala diangkat. Telefon yang dia letak di sebelahnya terus dilekapkan ke telinga.

"Kau buat apa dengan motor aku?" Dia menyoal dalam rasa takut dan tertanya-tanya. Motor kesayangannya sudah terbayang di depan mata.

"Kau pergilah tengok sendiri."

"Delilah.. kau jangan. Kau sentuh motor aku, aku terajang kau sampai Indonesia."

"Too late! Bangun. Tengok hadiah apa yang aku bagi."

Tak tunggu lama, Diaz langsung melompat dari katil dan menyerbu keluar.

"I swear to God, Delilah.. kalau aku dapat tau motor aku calar, aku takkan teragak-agak nak terajang kau sampai Indonesia sana." Selarnya geram. Tangga dituruni dengan dada berombak laju.

"Bro.. kau patut fikir kesannya sebelum bertindak. Semalam kau buat aku malu depan semua pelajar. Hadiah yang aku bagi ni sikit aje kalau nak dibandingkan prank kau. Ah, kau jangan ingat aku tak akan buat apa-apa pasal malam tadi. Acilah kan? Two in one aku balas. Baik tak aku Diaz?"

"Delilah..!"

"Adios!"

Buntang mata Diaz ketika Delilah selamba saja mematikan panggilan. Tapi.. itu tak penting sangat. Yang perlu dia pedulikan sekarang..

"Motor aku!" Jatuh rahangnya sebaik sahaja dia berdiri di hadapan motor kesayangannya.

Dah tak terkata apa saat mata menyaksikan motornya yang kacak molek, sentiasa dalam keadaan bersih, tapi kini telah dinodai oleh sejenis dakwat merah.

'Payback time!'

Itu tulisan yang tertera pada seat motor. Tak cukup dengan itu, Delilah lukis pula doodles pada kedua-dua belah side mirror.

Tak, ianya bukan dakwat merah. Melainkan.. gincu! Delilah conteng motor dia menggunakan lipstik merah pekat!

"Erghhh..! Delilah!! Motor aku.."

Tiada apa yang dapat dia lakukan melainkan hanya meraung kesal.

*****


Delilah tersengih panjang. Tak henti-henti dia menilik gambar motor Diaz yang sempat ditangkapnya tadi. Cantik kejadiannya. Tak sia-sia dia mengorbankan lipstik merahnya yang dibeli beberapa bulan lepas. Mula-mula tu menyesal jugalah dia beli sebab tak kena dengan kulit. Nasib baik ada kegunaannya sebelum expired.

Dapat dia bayangkan betapa berangnya Diaz kala ini. Pasti sudah berbakul sumpah seranah jejaka itu.

"Padan muka. Nak sangat prank aku, kan.." gumamnya bersama sengih yang tersisa. Sejenak, sengihannya mati. Hairan dengan diri sendiri.

"Gila Diaz dah berjangkit dengan aku agaknya." Satu keluhan dilepaskan. Rasa tak percaya yang dia kenakan Diaz. Lepas tu tersengih macam orang gila.

Delilah meneruskan langkah bersama gelengan kecil. Ketika itu juga dia terpandangkan Myra yang sedang bergelak dengan Laith di tepi kereta Qash. Satu rasa bagai menghempap dadanya kuat. Nafas ditarik dalam lalu dihembus panjang.

"Delly!"

Nampak saja wajah Delilah, Myra laju menyapa. Laith turut melambai. Hanya Qash yang sekadar membatu tanpa bicara.

"Kau tau tak.. aku tak lena tidur malam tadi!"

Dan mulut Laith mula berceloteh panjang. Perbualan mereka bersambung sehingga ke bilik kuliah. Topik malam tadi nyata masih belum berakhir.

Betapa terkejutnya Delilah apabila Laith membuka topik tentang container yang dibeli Diaz. Rupa-rupanya Diaz memberitahu Laith dan Qash tentang itu. Wah! Memang tak salah lagi dia 'menconteng' motor jejaka itu.

"Sungguh ni tak ada apa-apa? Kau ada masalah, bagitau dengan kita orang Delly.. manalah tahu Diaz tu ada ugut kau." Ucap Laith setelah mendengar penjelasan Delilah.

"Tak adalah.. dia kenal mama aku pun sebab kes dulu." Delilah membalas ringkas.

Terpaksa dia menipu dengan mengatakan Diaz membeli container tersebut sebab nak tebus rasa bersalahnya. Kalau tak reka cerita, semakin tercetus pula kemusykilan di antara mereka.

Mujur, Laith dan Myra percaya. Qash pula?

Sekilas, Delilah pandang jejaka itu. Qash langsung tak bersuara sejak tadi. Nampak tak berminat dengan perbualan mereka. Tapi, dia pula yang tak senang hati.

Kebiasaannya Qash akan bercakap sepatah dua dengan dia, ucap selamat pagi contohnya. Namun hari ini, Qash pandang dia pun tidak.

Qash marah dia ke?

Berkali-kali soalan itu bermain di fikiran. Delilah cuba untuk bersangka baik. Seorang Qash Hayyan, sifatnya memang begitu.

Tengah hari menjelang, kelas sesi pagi mereka hampir selesai. Hanya menunggu masa untuk kelas yang seterusnya.

Delilah menongkat dagu memerhati sekeliling. Myra dan Laith sedang rancak bercerita dengan rakan mereka yang lain. Memang selama dia mengenali mereka, Myra dan Laith adalah orang yang peramah. Myra antara pelajar yang agak terkenal di kolej ini. Sifatnya yang mudah berkawan dan lemah lembut itu membuatkan ramai yang menyukainya. Laith pula, jejaka itu istimewa dengan mulut becoknya. Ada saja topik yang keluar.

Terkadang timbul rasa cemburu di hati Delilah. Teringin juga hendak bergaul dengan yang lain. Tapi pengajaran masa silam membuatkan dia serik. Lantas memaksanya untuk mengasingkan diri.

Seperti Qash. Delilah kalih pandangan. Tenung Qash yang tampak khusyuk membaca sebuah novel. Dalam diam, Delilah sembunyi senyum. Macam mana lelaki pendiam dan tampak sukar untuk didekati ini boleh berkawan pula dengan orang yang jenis hyperactive?

Perasan dirinya direnung oleh sepasang mata itu, Qash memanggung wajah. "Tengok apa?"

Delilah tersentak sebelum menggeleng kecil. Dari menongkat dagu, dia kini duduk tegak. Masih merenung Qash yang kembali pada pembacaannya.

"Kau memang minat baca buku sejak dulu lagi ke?"

Terpacul satu soalan tanpa disengajakan.

"Someone inspired me." Qash jawab tanpa angkat muka.

Delilah senyum segaris. Siapa dia someone tu?

"Agak rare bila orang lelaki baca buku-buku macam ni."

"Dia jadi rare bila kau sendiri jarang nampak." Nada Qash kekal mendatar dengan wajah tanpa perasaan.

Delilah angguk-angguk mengerti. Iyakan saja bicara Qash. Padahal, memang rare pun. Biasanya yang jadi pembaca ni perempuan.

Tanpa sedar, dia kembali merenung ke segenap wajah Qash. Tampang muka yang sentiasa kosong tanpa ekspresi. Pun begitu, kekacakannya tetap menyerlah. Sekali pandang, Qash nampak ala-ala nerd yang pada dasarnya sentiasa berkaca mata.

Dua kali pandang, perkataan nerd tu hilang. Diganti dengan tampan. Potongan rambut Qash patut menerima pujian selain dari penampilan dan gaya jejaka itu. Dari sepasang mata yang berbentuk monolid, hidung sedang-sedang mancung dan jawline yang sangat mengancap, Delilah tak hairan kalau Qash punya ramai peminat.

Semakin lama memandang Qash, Delilah mula menyedari sesuatu yang dia sendiri masih buntu apakah ia. Raut wajah itu tampak familiar. Tapi siapa?

"Delilah."

Tersentak Delilah. Uh-huh..

"Ha?"

"Aku tak boleh fokus kalau kau asyik tenung aku."
Qash dah renung dia dengan tajam.

"Sorry." Ucap Delilah dengan rasa bersalah. Silap dia, tenung Qash macam nak tembus.

Tidak semena-mena dia berasa kekok. Bingkas bangun, dia lantas meminta diri untuk ke tandas. Tak sedar bahawa Qash masih memerhatinya dengan dahi yang berkerut.

*****

Flush tandas ditarik usai menyudahkan hajat kecilnya. Telefon kembali diletak di poket belakang sebelum dia mencuci tangan. Setelah itu, dia berdiri di depan cermin panjang untuk mengatur cardigan yang dipakainya. Detik itu juga, matanya terbeliak apabila menyedari sesuatu yang agak memalukan. Kepala diteleng ke belakang, memeriksa seluarnya yang sudah bertompok kecil rona merah.

Ah! Sudah..

"Sejak bila ni?!" Soalnya sendiri. Telefon dicapai semula. Buka aplikasi period tracker, sekali lagi matanya terbelalak.

Dia period dua hari lebih awal. Yang mana.. hari yang sama dia memakai seluar putih! Macam mana ni? Apa yang perlu dia buat?

Delilah mengeluh resah. Tiba-tiba rasa menyesal memakai seluar putih. Kenapa malang sangat nasibnya hari ni? Atau.. dia dapat 'tulah' gara-gara dia kenakan Diaz?

Garu kepala, dia mengeluh buat kali kedua. Hendak tak hendak, terpaksa dia keluar dari situ. Masih ada masa lagi sebelum kelas seterusnya bermula. Mungkin kalau dia cepat, dia sempat balik ke rumah dan kembali kesini.

"Lah.. minah gedik ni lagi!"

Baru beberapa tapak melangkah, dia bertembung pula dengan Ailinisha and the gang, peminat keras Diaz Raiden.

Delilah terus berganjak ke sisi, membelakangi dinding. Bukan Ailinisha sahaja yang melintas disitu, tapi beberapa pelajar lelaki dari fakulti lain juga turut serta.

"Dia ni ke yang try hard nak rapat dengan Diaz tu?" Salah seorang gadis menyoal.

"Dialah! Yang tak tahu malu tu. Delilah, eh nama kau? Bukan main mengada lagi dengan Diaz." Ailinisha berhenti tepat di hadapan Delilah. Atas bawah dia menilik gadis itu.

Delilah tahan diri dari membalas. Sekadar menjeling Ailinisha sebelum memberanikan diri untuk berlalu. Tangan diletak ke belakang, cuba untuk menutupi tompok merah yang ada pada seluarnya.

"Is she on her period?" Dan ternyata mereka masih memerhati. Malah sengaja mempersoalkan apa yang dilihat mereka.

"Gosh! She's gross!"

Panas rasa wajahnya saat mendengar bunyi ketawa mereka. Paling buat dia rasa malu bila bunyi gelak para lelaki juga kedengaran.

"Delilah."

Bala!

Delilah rasa nak menangis disitu juga tatkala Qash tiba-tiba datang menghampirinya. Namun.. dia dikejutkan dengan tindakan drastik jejaka itu.

Qash menghadiahkan satu renungan tajam kepada kumpulan pelajar yang masih memandang kearah Delilah. Pada waktu yang sama, plaid shirt lengan panjang yang dipakainya dilepas dari tubuh lalu dililit di pinggang Delilah. Menutupi pinggul gadis itu.

Tercengang Delilah dibuatnya. Tak jadi nak menangis. Kemeja milik Qash yang kini terlilit pada dia dipandang.

"Kau nampak?" Dia tebalkan wajah menyoal Qash. Pasti Qash nampak sewaktu dia keluar dari bilik kuliah tadi.

"Sikit."

Ketap bibir, darah panas terasa menderu-deru naik ke wajah.

"Kau nak balik?"

"Ha?" Delilah tersentak seketika sebelum mengangguk.

"Ada orang yang boleh ambil kau tak? Kalau tak, aku tolong tempahkan Maxim."

Entah kenapa, Delilah jadi terharu mendengar bicara Qash. Dalam dinginnya, jejaka itu sebenarnya prihatin.

"Kalau aku kata aku nak hantarkan, aku boleh jamin kau akan tolak." Tukas Qash tak semena-mena. Membuatkan hati Delilah berbolak-balik. Dia merasa tersindir. 

"Qash-"

"It's okay. Aku faham. Mungkin kau tak selesa kalau aku tahu tempat tinggal kau. Baliklah. Nanti aku bagitau lecturer kalau kau datang lambat." Qash mencelah.

"Thanks.. nanti aku call orang rumah aje." Delilah senyum tipis.

Pusing badan, Qash terus melangkah meninggalkan Delilah tanpa sebarang kata. Delilah garu kepala. Macam tu aje?

Habis tu, nak berharap apa lagi dekat Qash? Bye-bye? Haih!

Delilah akhirnya pulang ke rumah setelah pakcik Razak datang menjemputnya. Untung pakcik Razak cepat saja tiba di kolej. Serba salah jugalah dia kerana telah menyusahkan lelaki tua itu. Tapi apakan daya, dia dalam keadaan darurat.

Keluar dari kereta, dia langsung tercegat di depan rumah banglo milik Tuan Amza itu. Tak jadi nak menapak masuk sebaik sahaja melihat dua buah motor asing yang terparkir disitu. Bermakna, ada tetamu yang datang. Otak tak fikir lain.

Itu motor milik dua orang kawan Diaz!

Automatik moodnya merudum jatuh. Delilah mengeluh geram.

Sahlah, hari ni memang hari malang dia!





p/s : Doodles for Diaz from Delilah.

Fortsæt med at læse

You'll Also Like

36.5K 2.5K 36
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
47.9K 2.3K 33
"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak st...
3.1K 247 7
The Aaman Series: BOOK 2 (Ebook & Novel) Behind every hardship there is a lesson. A lesson that will make you stronger and wiser. Without pain, there...
238K 12.3K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...