𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞...

By thesaraass

3.1M 135K 5.7K

𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 2 - The cruel husband DANISH UQAEL - Lelaki tampan berperwatakan sangat sinis dan... More

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 1 - Start
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 2
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 3
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 4
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 5
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 6
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 7
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 8
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 9
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 10
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 11
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 12
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 13
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 14
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 15
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 16
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 17
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 18
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 19
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 20
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 21
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 22
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 23
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 24
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 25
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 26
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 27
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 28
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 29
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 30
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 31
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 32
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 33
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 34
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 35
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 36
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 37
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 38
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 39
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 40
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 41
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 42
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 43
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 44
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 45
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 46
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 47
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 48
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 49
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 50
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 51
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 52
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 53
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 54
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 56
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 57
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 58
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 59
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 60
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 61
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 62
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 63
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 64
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 65
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 66
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 67
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 68
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 69
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 70
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 71
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 72
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 73
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 74
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 75
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 76
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 77
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 78
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 79
𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 80 - End
DANISH UQAEL
DANISH UQAEL II
DU 1
DU 2
Danish Uqael

𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 55

39.7K 1.5K 129
By thesaraass

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana melangkah perlahan keluar dari bilik persalinan pakaian. Tuala mandi dililit pada lehernya, kaki panjang melangkah perlahan sambil matanya melilau memerhati ruang bilik itu. Matanya terpaku pada tubuh suaminya yang sedang terduduk bersandar pada kepala katil, namun kelopak mata lelaki itu terkatup rapat dan dadanya berombak tenang. Bebola mata Ariana berhenti pada tubuh kekar Danish yang half naked, tanpa baju dan hanya berseluar.

Ariana berjalan mendekati suaminya, rambut Danish yang seakan menutupi wajah lelaki itu diraupkan ke belakang oleh Ariana. Senyuman nipis terukir cantik pada wajah jelita Ariana tatkala matanya merenung penuh minat wajah tenang suaminya yang sedang tidur sambil bersandar itu. Mungkin penat kerana semasa di hospital, lelaki itu tidak tidur dan hanya mengawasi pergerakkannya. Nak pergi ke tandas pun, lelaki itu akan mengikutinya. Puas ditegah, tapi Danish Uqael tetap Danish Uqael, sukar dijangka.

Dan Aisya Ariana tetap Aisya Ariana, dia lebih sukar dijangka dari suaminya. Senyuman nipis kendur, mata tajam merenung wajah Danish.

"Danish." Perlahan sahaja suara Ariana menyeru nama suaminya. Bahu kekar Danish digerakkan lembut. Lelaki itu mengerutkan keningnya sebelum mencelikkan dengan perlahan kelopak mata. Sistem penglihatan Danish dihiasi dengan tubuh isterinya yang sedang berdiri di sisi katil.

Bebola mata Danish bergerak memandang wajah Ariana. Lengan kekarnya melingkar pada pinggang ramping Ariana sebelum menarik tubuh wanita itu mendekatinya.

"Baru mandi?" Suara serak basah Danish menghentam sistem pendengaran Ariana yang sedikit kaku apabila Danish bertindak melekapkan tepi kepala pada perutnya, lembut sahaja perilakunya kerana bimbang andai luka Ariana kembali sakit. Tangan kecil Ariana mengelus perlahan rambut perang suaminya.

"Ya. Kenapa tak baring? Nanti belakang kau sakit—"

"Aku tunggu kau." Belum sempat Ariana hendak menghabiskan baris ayatnya, Danish dengan pantas menyampuk. Lelaki itu mendonggakkan kepalanya, memandang wajah Ariana.

"Kau mandi lama sangat." Danish memejamkan kelopak mata dan mencebikkan bibirnya. Ariana tergelak kecil. Rambut keperangan Danish diperkemaskan sebelum kucupan ringkas dihadiahkan di atas kepala suaminya itu.

"Kau tak nak mandi ke?" Danish mencelikkan kelopak matanya. Mata tajam lelaki itu tepat memanah ke dalam anak mata cantik Ariana. Danish mengucup lembut perut Ariana yang berlapik baju itu sebelum bangun dan berdiri di hadapan Ariana. Hidung mancung kemerahan Ariana dikucup sekilas.

"Nak mandilah ni. Kau nak tidur, tidur je lah." Ariana mendongak memandang Danish yang sedang mengusap rambutnya yang masih lembab. Kepalanya dianggukkan menyebabkan Danish menghadiahkan kucupan pantas pada dahinya. Lelaki itu mengambil tuala dan terus berlalu masuk ke dalam bilik mandi. Ariana hanya tersenyum nipis sebelum melangkah bergerak ke arah meja solek.

Ariana menarik kerusi dan dilabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. Losyen diambil sebelum dipicitkan di atas tapak tangan dan disapukan pada tubuhnya. Perfume bauan vanila disemburkan pada lehernya sahaja. Wanita itu kembali bangun dan terus berjalan mendekati penyangkut tuala, tualanya disangkutkan sebelum dia kembali berjalan mendekati meja solek tersebut.

Duduk di hadapan meja solek. Rambut keperangannya yang sudah kering itu disikat kemas. Lama mata merenung wajahnya di dalam cermin, kotak ingatannya bergema dengan kejadian beberapa minggu lepas. Hujung sikat yang tajam itu ditekan pada pehanya, bagaikan langsung tidak rasa sakit dengan perbuatannya itu.

KLAK

Bebola matanya bergerak merenung tubuh suaminya yang baru sahaja keluar dari bilik mandi di dalam cermin, lelaki itu mendekatinya dengan hanya bertuala yang dililit pada pinggang. Rambut lelaki itu agak berserabut dan masih basah.

Danish berjalan mendekati isterinya, sesampai sahaja dibelakang tubuh kecil Ariana, Danish merenung wajah isterinya di dalam cermin. Wanita itu sedang membalas renungannya. Seperti ada sensasi antara mereka.

"Wangi malam malam nak pergi mana?" Ternaik kening Ariana apabila Danish menyoalnya dengan soalan sedemikian. Renungannya masih tajam namun senyuman nipis yang baru terukir menyebabkan renungan itu terlindung. Tangan Danish yang berada di atas bahunya diusap perlahan.

"Mana ada wangi." Ariana menafikan. Sikat rambut diletakkan kembali di atas meja. Danish masih merenung Ariana. Ragu-ragu dengan cara isterinya itu. Mengapa Ariana terlalu mudah menerimanya?

"Kenapa kau tak benci aku sedangkan aku punca anak kita gugur?" Danish mengelus lembut belakang leher isterinya. Ariana terus memusingkan kerusi beroda itu supaya menghadap Danish.

"Sit." Danish terus melutut di hadapan Ariana, wajahnya sama paras dengan wajah isterinya. Wanita itu hanya merenung wajah kacak suaminya yang sangat dekat dengan wajahnya. Hembusan nafas lelaki itu menampar lembut wajahnya.

"Perempuan yang menerima takdir adalah perempuan yang terbaik bukan?" Ariana menyoal Danish kembali. Jari-jemari halusnya mengesat titisan air rambut Danish yang berada di bahu kekar lelaki itu. Anak matanya masih merenung anak mata suaminya. Sangat dalam.

"Aku pentingkan diri aku sendiri sampaikan aku sanggup bunuh anak—"

"Shhh. Bukan salah kau, Danish. Ini takdir. Kita hanya merancang." Ariana menggelengkan perlahan dan jari jemarinya mengelus lembut ulas bibir merah suaminya. Dalam senyumnya di bibir ada renungan tajam di matanya.

"Aku sayang kau, sayang." Danish memeluk kemas tubuh Ariana. Wajahnya disembamkan pada leher wanita itu. Ariana tersenyum kecil dan membalas pelukan suaminya. Matanya dipejamkan rapat.

××××

Danish mendekati Ariana yang sedang duduk sambil menyusun novel-novel di atas meja. Danish menyediakan satu bilik khas buat Ariana untuk jadikan sebagai ruang menyimpan novel kesayangan isterinya itu. Sesampai sahaja di belakang tubuh Ariana, Danish mengucup sayang ubun-ubun isterinya menyebabkan wanita itu mendongakkan kepalanya memandang suaminya.

"Thank you sebab sediakan bilik ni untuk aku." Ariana menghadiahkan senyuman manis kepada Danish. Tubuhnya dipusingkan menghadap Danish yang tidak memakai baju dan hanya berseluar. Danish hanya tersenyum sambil merenung wajah cantik isterinya.

"Kalau kau minta aku sediakan gudang emas pun aku sanggup." Ariana terus tertawa kecil, wajah Danish dipandangnya sekilas sebelum dia kembali berpaling menghadap novel-novelnya.

"Sediakan aku tempat untuk menembak dan juga lubang kubur." Terjungkit kening nipis Danish apabila mendengar kenyataan itu dari Ariana. Apa maksudnya?

"Kau—"

"Aku bergurau je." Cantas Ariana pantas sebelum berjalan menuju ke arah meja yang terletak di penjuru bilik itu. Danish meraupkan rambut ke belakang sebelum berjalan mendekati isterinya. Otak sudah memikirkan sesuatu namun dibidas laju kerana tidak mahu bersangka buruk pada Ariana.

"Danish." Ariana yang sudah duduk di kerusi memandang Danish yang sedang mengangkat sebuah kotak yang agak besar sebelum diletakkan di atas meja di hadapan Ariana.

"Apa?" Ariana merenung lama wajah Danish, mencari sesuatu pada riak wajah lelaki itu. Danish memandang wajah Ariana seraya membalas tatapan mata isterinya itu.

"Bila kau nak ajar aku menembak?" Danish mengerutkan dahi sebelum tergelak kecil, kepala ditundukkan untuk melihat isi di dalam kotak itu.

"Badan kau kena fit dulu. Menembak tu yang kedua. Yang pertama kau kena ke gym dengan aku dulu." Ariana merenung Danish yang berada di hadapannya.

"Kau—"

TING TONG

Ariana sedikit tersentak apabila bunyi loceng pintu menghentam gegendang telinganya. Danish turut berpaling memandang ke arah pintu bilik, siapa yang datang ke rumahnya pula?

"Aku pergi buka pintu. Kau pergi pakai baju." Ariana sudah bangkit dari duduk sebelum berjalan sehingga berada bersebelahan dengan Danish. Danish hanya tersengih dan mengucup sekilas pipi isterinya. Wanita itu berjalan laju menuruni anak tangga, selendang dililitkan bersahaja pada kepala. Menutup aurat. Sesampai sahaja di pintu utama, Ariana segera membuka daun pintu itu dengan senyuman manis, namun wajah manis perempuan yang berada di hadapan pintu rumahnya itu menyebabkan senyumannya pudar.

"Ular, kau buat apa dekat sini? Sesat?"




To Be Continued...

Continue Reading

You'll Also Like

1M 38.5K 67
KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN RISK }
1.1M 39.7K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...
5.5K 550 22
Aku tak kisah kalau kau tipu aku Aku akan berusaha untuk dapatkan kau Termasuk hati dan perasaan kau ~ Bacalah dulu.. Manatahu berkenan 2 jun 2018 ^...
4M 286K 73
First romance story by cweetiee 𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐇𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐅𝐈𝐓 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀. Tidak tersangka di dalam fikiran Qaseh yang dia baka...