Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

By Dandelzel

238K 15.6K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... More

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~29

3.7K 275 31
By Dandelzel

Diaz memarkir motor dengan cermat sebelum membuka helmet. Sempat dia memerhati garaj sejenak sebelum turun dari motor. Kereta babanya dan Lea tiada disitu. Agaknya betullah mereka akan balik lewat hari ni. Kata baba, ada urusan yang harus diselesaikan memandangkan baba bakal membuka cawangan baru untuk kedai perabotnya.

Diaz tak kisah pun sebenarnya. Sebelum ini pun baba sentiasa sibuk dengan kerja sehingga tiada masa terluang buat dia.

Masuk ke dalam rumah, benda pertama yang Diaz cari adalah dapur. Pagi tadi Lea membuat pau daging kukus yang hanya dia jamah seketul sebab terlewat nak keluar. Dari perjalanan balik tadi dia sudah terbayang-bayang. Air tangan Lea memang tak pernah mengecewakan. Setakat ni semuanya dia bedal.

Buka tudung saji, ada lagi lima ketul pau daging yang diletakkan di dalam container hijau bertutup. Diaz tak menunggu lama untuk mencapai kuali. Petik dapur gas, dia letak container diatas kuali yang baru nak panas.

"Duk sini diam-diam." Gumamnya sendirian. Kemudian dia bergegas hendak naik mandi. Ketika dia melintasi laundry room, sekilas pandang dia melihat makhluk berwajah hitam keluar dari situ. Membuatkan dia langsung terloncat.

"Arghh!!" Terlepas satu jeritan tanpa dapat dikawal. Mujurlah akal mindanya masih berfungsi. Dapat mengecam wajah hitam itu adalah Delilah.

"Hoi! Kau ni pun. Tahulah setan.. kenapa muka gitu?"

Delilah yang baru sahaja mengambil pakaian kering terkebil-kebil melihat wajah terkejut Diaz.

"Badan besar gini pun takut ke Diaz?" Perlinya.

"Eh siapa aje yang tak takut tengok muka hitam kau tu. Dah serupa orang minyak aku tengok! Ni kau tepek apa ni, hah?"

Diaz cuit sikit benda yang melekat di muka Delilah.

"No touching! Mahal aku beli mask ni tau." Gadis itu menjeling sebelum meninggalkan Diaz disitu.

"Dah penakut tu mengaku ajelah penakut. Nak salahkan mask aku pulak!" Sempat dia mengomel sambil mendaki anak tangga.

"Eei—aku debik jugak kau karang." Diaz mendengus seraya membuntuti langkah Delilah.

Usai mandi, dia turun lagi ke bawah sambil bersiul kecil. Tangan lincah mengelap rambut menggunakan tuala kecil yang tersangkut di leher. Sampai sahaja di muka pintu dapur, Diaz tercengang.

Membulat matanya melihat kuali yang berasap. Angkat tutup container, mulutnya ternganga luas. Hilang semua rasa excited tadi. Digantikan dengan rasa terkejut dan cemas.

"Alamak.. mati aku!"

Di depannya kini bukan sekadar pau yang telah panas. Melainkan container hijau yang sudah mencair.

"Delilah!" Buru-buru dia menutup api gas lalu berlari ke tingkat atas.

Pintu bilik Delilah diketuk berkali-kali.

"Delilah! Delilah!" Cemas nadanya memanggil gadis itu.

"Delilah bukalah pintu ni. Aku ada sesuatu nak bagitau kau. Urgent!" Serunya kuat.

Tak lama selepas itu terdengar laungan Delilah dari dalam bilik.

"Apa lagi Diaz!"

"Keluarlah bongok!"

Bertalu-talu ketukan Diaz. Pintu terkuak. Terjengul muka masam Delilah. Geram bila Diaz mengganggu waktunya untuk menonton filem.

"Kau ni memang tak boleh tengok aku senang ke?"

"Aku nak tunjuk sesuatu." Kata Diaz. Dia menggamit Delilah agar mengikutinya.

Dengan malas, Delilah melangkah jua. Macam mustahak sangat hal Diaz ni. Muka sampai berkerut-kerut!

"Apa bau hangus ni Diaz? Kau masak apa?" Soalnya ketika hidung menghidu sesuatu yang tidak enak. Saat memasuki ceruk dapur, dia langsung tercengang di depan dapur gas.

"Apa dah jadi ni!"

Senpat Diaz garu kepala. Dia berdehem kecil sambil teragak-agak memberitahu apa yang berlaku.

"Tadi aku nak panaskan pau tapi container tu pulak yang cair."

Jatuh rahang Delilah mendengar penjelasan Diaz.

"Kau rasa mak kau akan marah aku tak?" Kali ini, jelas wajah jejaka itu cuak dan gelisah.

"Yang kau pergi kukus sekali dengan container tu kenapa, setan?"

"Aku tak sengaja, gila! Aku.. aku lupa letak air kut. Ke sebab aku mandi lama sangat sampai air tu kering eh?"

Delilah ternganga. Speechless! Tahap kebodohan Diaz ni sampai mana sebenarnya?

"Kenapa tak panaskan dengan microwave aje?"

"Aku tengok aunty Lea kukus guna kuali aje, aku ikutlah." Polos Diaz menjawab.

"Diaz, yang mama guna tadi bamboo steamer. Mana sama! Container ni plastik, memanglah akan cair kalau kau letak atas kuali panas macam ni. Kau tak belajar sains ke dulu? Ke memang benak ubi sejak kecik?" Terhambur jua kegeraman Delilah.

"Eh, mengata lebih nampak! Manalah aku tahu benda alah ni cepat cair. Aku tinggal sekejap aje.." Diaz mencebik sebelum menyambung semula.  "Ke lama?"

Pantas Delilah menepuk dahi sendiri. Tak tahu nak mengamuk ke atau nak termenung merenungkan kebodohan spontan dari Diaz.

"Haih! Kau berjawablah dengan mama nanti. Aku tak nak masuk campur."

"Eh, nak pergi mana? Kau kena tolong aku!" Diaz tarik Delilah yang berura-ura mahu melangkah. Gadis itu merengus.

"Apa kejadahnya pula aku nak kena tolong kau?"

"Kau tak rasa ke aunty Lea akan membebel sekali dekat kau?"

"Motif?"

"Sebab kau tak bagitau aku yang container ni mudah cair?"

Diam. Delilah pandang tepat kearah wajah Diaz yang langsung tak nampak bersalah.

Apakah..

"Erghhh..! Apa hal pulak aku? Kau tak tanya aku pun tadi. Lagi satu, kau tu dah tua bangka.. bukan budak kecik sampai aku nak kena ajar kukus pau."

"Aku tak kira! Kau kena tolong aku. Container ni, mak kau beli mana?"

"Manalah aku tahu!"

Balasan Delilah itu mengundang cebikan di bibir Diaz.

"Dasar anak derhaka. Container mak sendiri pun kau tak tahu ke?"

"Apa kaitan pulak container dengan anak derhaka, Diaz Raiden?!" Amuk Delilah. Terasa panas wajahnya gara-gara menahan marah.

Sebelum kuali terbang dekat muka Diaz, baik dia pergi dari situ.

"Teman aku beli container baru, ganti yang ni."

"Tak nak!" Delilah terus berpaling. Angkat kaki menuju ke tingkat atas. Namun bicara Diaz selepas itu menghentikan langkahnya.

"Aku bagitau aunty Lea yang kau terjebak sekali cairkan container dia."

What the..

"Woi! Fitnah tu!"

"Peduli apa aku. Sama ada kau teman aku beli container baru, atau aku bagitau aunty Lea yang kau terlibat sekali dalam hal ni. You choose."

Arahan mandatori. Diaz langsung tak serba salah memaksa Delilah melakukan apa yang disuruhnya. Malah dia selamba saja melintasi Delilah yang sudah melongo di anak tangga.

"Kalau aku lempar kau dekat laut, agak-agak orang akan jumpa mayat kau tak Diaz?"

Sambil hentak kaki, sambil itu dia menyoal sinis.

"It's never gonna be happen. Sebab kau tu kemetot. Ada hati nak lempar orang dengan muscle kecik macam tu."

Nah! Setepek dia kena sindir. Alih-alih dia pula yang sakit hati.

Diaz memang dah melampau. Keterlaluan!

*****

"Lama lagi ke?"

Diaz bersandar malas pada sisi pintu bilik Delilah yang terbuka luas. Sambil berpeluk tubuh dia memerhati si gadis yang duduk bersila di lantai menghadap cermin panjang dengan muka bosan.

"Sekejaplah Diaz." Delilah mendengus. Lincah tangannya menocang rambut. Toleh kearah Diaz, jejaka itu kelihatan segak dengan penampilannya yang simple.

Sekadar berbaju sweatshirt kelabu yang dipadankan dengan jeans hitam. Sedondon pula mereka kali ini. Dia juga memakai sweatshirt dengan warna yang sama. Bezanya cuma sweatshirt yang dia pakai mempunyai logo Gryffindor serta tulisan Harry Potter di belakang.

"Patutlah orang cakap perempuan selalu lambat bersiap. Sekarang baru aku percaya."

Bicara Diaz mengundang jelingan Delilah.

"Ni semua salah kaulah ni. Elok aku nak santai-santai tengok movie, nak buat assignment.. kau pulak menyusahkan aku."

Dia nak keluar bilik pun dia kena fikir dua tiga kali. Inikan pula nak keluar melihat dunia. Diaz patut berterima kasih pada dia sebab sudi meringankan tulang buntut.

Diaz julingkan mata keatas. Sedang itu, mata terpandangkan satu objek yang tergeletak diatas meja belajar Delilah.

"Jam tu dah rosak.. kenapa masih simpan? Ke kau memang suka kumpul barang-barang rosak?" Polos dia bertanya, membuatkan Delilah terus tenung dia.

Kepala gadis itu tergeleng.

"Kau lupa dah jam aku tu rosak sebab kau?" Sindirnya pedas. Muka tak bersalah Diaz bikin hati rasa geram.

"Jam tu walaupun rosak, tapi masih bernilai di mata aku. Jam itulah benda yang paling aku sayang." Ucapnya sambil menahan getar pada nada. Sebak untuk sesaat.

Terdiam Diaz. Bicara gadis itu benar-benar menyentakkannya. Sumpah, dia lupa akan insiden itu. Insiden sewaktu pertama kali mereka bertemu pandang, yang seterusnya membawa kepada pertelingkahan dan permusuhan.

"Boyfriend bagi?"

"Agaklah.. kau ingat aku ni apa? Perempuan yang jenis cinta mati dekat pakwe sampai jam tangan rosak pun aku tak sanggup nak buang?"

"Dah tu?"

"Hadiah dari papa aku."

Kali ini, Diaz tersentap. Dari papa..

Yang bermakna, hadiah itu sangat-sangat berharga bagi Delilah. Refleks, otaknya memutar kembali momen dimana gadis itu memangis di malam hari jadi papanya.

Hati Diaz semakin disapa rasa bersalah.

"Bawa sekali jam kesayangan kau tu. Aku tahu satu kedai yang boleh repair jam." Usulnya tidak semena-mena. Deras Delilah berpaling memandangnya.

"Betul ni? Serius? Kau bayar?" Wajahnya bersinar teruja.

"Tiga puluh saat. Kau tak siap dalam tiga puluh saat, tawaran tu dibatalkan."

"Weh!"

Terpinga-pinga Delilah tatkala Diaz sudah pun berlalu pergi dari situ. Tangannya juga buru-buru menata rambut. Tak mahu terlepas peluang.

Bukan selalu Diaz baik dengan dia. Rasanya ini kali pertama.

"Kau reti bawa kereta?" Tegurnya bila keluar saja dari rumah, sebuah kereta Honda Civic sudah dihidupkan.

"Agaklah kalau nak pandang rendah dekat aku. Jangan kau ada motion sickness sudah.." Diaz mendabik dada. Selesai memasang kasut, dia perasan Delilah melirik motor kebanggaannya.

"Kau ingat aku nak naik motor ke? Dengan bawak kau lagi.. memang taklah! Motor aku tu tak pernah lagi bawa perempuan tau." Ujarnya tanpa dipinta.

Terjuih bibir Delilah sambil pandang Diaz atas bawah dengan riak meluat.

"Tak percaya?" Diaz jongket kening seraya memboloskan diri ke dalam kereta.

"Iya ke kau tak pernah bawa perempuan ke hulu ke hilir naik motor besar kau tu? Sungguh? Orang macam kau ni?"

"Haa.. inilah manusia. Suka sangat menghakimi orang. Mesti kau anggap aku ni mat rempit, kan? Ada motor aje mesti dicop mat rempit. Mentaliti jamban betul." Diaz mendengus. Serentak, dia memandu keluar dari perkarangan rumah.

"Eh, aku tak kata mat rempit.."

"Dah tu?"

"Kau ni nak bodohkan aku ke? Motor bukan main mewah, takkanlah tak pernah angkut anak dara orang ke hulu ke hilir?" Tempelak Delilah.

"Tak pernahlah! Motor aku tu alergi dengan perempuan. Kalau orang perempuan dekat aje mesti dia pancit. Tak pancit, dia mati tengah jalan."

"Select gila motor kau!"

Semakin lama semakin menyampah pula Delilah mendengarnya. Tak tahulah nak percaya atau tak. Diaz ada rupa, anak orang berada, naik pula motor mewah.. mustahil Diaz tak ada keinginan seperti rata-rata lelaki diluar sana. Yang menganggap perempuan itu umpama trofi yang sekadar tayangan kepada rakan-rakan.

Dalam pada itu, telefon yang berada di atas riba tidak semena-mena berdering. Menandakan satu panggilan masuk.

Melihat nama Qash tertera, Delilah berasa teruja. Dengan pantas ikon hijau ditekan.

"Helo? Hai!" Suaranya penuh semangat.

"Delilah."

"Kenapa Qash?" Soalnya lagi. Tak sabar menanti balasan dari jejaka itu.

Ketika pulang dari kolej sehingga tiba di rumah petang tadi, dia masih tak habis fikir dengan ayat tersirat Qash. Entahkan marah, atau ianya salah satu sifat yang ada pada jejaka itu.

Sekarang bila Qash menelefonnya, rasa galau yang menghuni hati hilang serta-merta.

"Laith dengan Myra ajak tengok wayang. Kau nak join?" Qash di talian kembali bersuara.

Diaz di sebelah dah buat muka menyampah bila mendengar nama Qash. Selamba, tangan memasang radio dengan kuat. Saja nak mengganggu perbualan Delilah.

"Bila tu?"

Pap! Delilah terus menampar tangan Diaz sambil mengurangkan volume radio.

"Sekarang."

Spontan, Delilah mengeluh kecil.

"Alamak.. aku sebenarnya tengah keluar jugak ni. Ada hal lain. Sorry.. tak dapat join korang." Dengan rasa bersalah dia mengucap kata. Apatah lagi setelah mendengar nada Qash yang kedengaran mengendur.

"Oh.."

"Lain kali aku ikut." Ujarnya. Memberi harapan.

"Okay.. bye."

"Bye.."

Delilah matikan panggilan dengan dada yang memberat. Ada sekelumit rasa hampa yang menguasai.

"Kau ada hubungan apa-apa dengan mamat stone tu?" Diaz jeling Delilah dengan ekor mata.

"Stone.. apa stone?" Si gadis mencemik muka.

"Nampak rapat semacam."

"Urusan kau ke?"

"Aku warning kaulah eh.. sebagai orang yang lebih lama kenal si stone berbanding kau. Si stone tu.. dia nak mainkan kau aje. Kau tengok muka dia innocent, muka stok-stok boyfriend material.. tapi sebenarnya dia tu suka mengelirukan hati dan perasaan perempuan." Panjang berjela bait kata Diaz.

Bukan hendak memberi pengaruh, tapi memang itu tanggapannya terhadap lelaki yang bernama Qash Hayyan. Dia bercakap untuk kebaikan Delilah juga.

Walaupun..

Jauh di sudut hati yang paling dalam, dia sebenarnya rasa terganggu apabila melihat Delilah dan Qash yang kadang-kadang berjalan berdua.

Aneh, tapi itulah yang dia rasakan tanpa sedar.

"Kau bercakap macam kau rapat sangat dengan Qash. Inilah manusia.. suka sangat menghakimi orang lain." Cemuh Delilah. Pulangkan balik ayat Diaz tadi.

"Eh, dia ni.."

Diaz ketap gigi. Rasa nak disekehnya kepala Delilah. Namun mengenangkan yang dia perlu bantuan gadis itu untuk memilih container nanti, akhirnya dia hanya mendiamkan diri.

Pemanduan diteruskan dengan suasana yang senyap. Hanya lagu yang dimainkan di radio sahaja yang menemani. Sekejap saja kereta yang dipandu Diaz sudah tiba ke destinasi.

Kedua-duanya berjalan seiring memasuki bangunan pusat membeli-belah yang tak pernah lengang.

"Nak kemana dulu?" Delilah pandang Diaz di sebelah.

"Repair jam kau."

"Kau bayar?" Bibir mula menyengih teruja.

Sesaat, Diaz kerut dahi sebelum bertanya hairan. "Aku ada kata nak bayarkan ke?"

Automatik sengih Delilah hilang.

"Tchh! Kau jangan, Diaz.. aku tak bawa duit lebih ni." Gerutunya.

Bukan sekadar alasan semata. Benda yang dia bawa pun hanya telefon dan mini purse yang muat-muat Ic, kad bank dan dua tiga keping not berwarna hijau dan merah. Bukan dia nak beli apa pun nak bawa duit banyak-banyak..

"Aku tak kira. Kau kena bayarkan jugak. Kau yang rosakkan. Dan lagi satu, ini dah kira baik aku nak teman kau cari tupperware. Salah sendiri, lepas tu aku pula yang terpalit sama."

"Ya.. ya! Memang akulah yang nak bayar. Engkau ni kan.. aku tak sangka pula mulut kau ni mulut murai rupanya." Diaz menrengus geram. Dari nak bergurau, sekarang mereka bertelingkah pula.

Delilah mengajuk bicara Diaz tanpa suara. Setelah melangkah menyusuri lautan manusia, mereka tiba di satu kedai yang rata-rata pekerjanya memakai t-shirt hitam. Ada pelbagai jenis jam tangan yang dipamerkan disitu.

"D!"

Seorang lelaki tinggi lampai, pantas menyapa sebaik sahaja melihat Diaz. Delilah perhati saja kedua-dua jejaka itu bersalaman.

Lelaki itu tampak tua dari Diaz. Barangkali umurnya dalam lingkungan 30-an. Di atas kepalanya, sejemput rambut diikat menjadikannya berjambul.

"Lama aih tak nampak! Jay dengan Ed mana?"

"Dorang tak ikut." Balas Diaz.

Seketika, Delilah di sebelah menjadi tatapan.

"Ni siapa? Girlfriend?"

Terkejut Delilah mendengar pertanyaan itu. Sepatutnya dari awal lagi dia harus memikirkan jawapan apa yang perlu diberi jika orang lain bertanya tentang mereka berdua. Pasal.. tiada sesiapa yang boleh tahu tentang hubungan mereka.

"Bukan. Maid."

Tapi Diaz.. dengan selamba badak dia menjawab pertanyaan rakannya tanpa berfikir panjang. Membuatkan Delilah yang sempat gusar terus memijak kakinya. Riak geram ditayang.

"Err..—" Lelaki yang bertanya tadi terkebil-kebil.

"Tolong tengokkan jam ni, bang. Boleh ganti tak?" Usul Diaz kemudiannya. Merujuk kepada jam tangan yang dipegang Delilah.

Untuk seketika, dia hanya tercegat disitu mendengar rakannya berbincang dengan Delilah. Dan entah macam mana, dia perasan ada dua orang remaja lelaki yang sedang terteleng-teleng kearah mereka. Atau yang lebih tepat, kearah Delilah.

Diaz pasang wajah perengus. Bersahaja meletakkan siku diatas bahu Delilah dengan renungan tajam masih pada dua orang lelaki itu.

Eh.. sakit pula hati dia.

"Tengok apa? Hah? Nak aku cucuk biji mata tu?" Gumamnya rendah. Dua jari menunjuk mata sendiri sebelum ianya diarah kepada mereka.

Kedua-duanya tampak terkejut. Cepat-cepat mereka berlalu pergi.

Delilah yang mula berasa rimas apabila tangan Diaz masih elok diatas bahunya lantas menepis kasar.

"Beratlah tangan kau Diaz!"

Diaz tersentak sedikit, membuatkan dia menarik rambut tocang Delilah. Tak lama selepas itu, dia menyeringai sakit saat Delilah menampar lengannya. Perit!

"Lama lagi ni. Cari container dulu." Usul Diaz. Rakannya kelihatan masih khusyuk membaiki jam tangan Delilah.

Delilah angguk setuju, kemudian segera mencari kedai yang menjual barangan dapur.

"Kalau tak jumpa container yang serupa, macam mana?"

Spontan, Delilah melirik muka polos Diaz ketika mereka memulakan carian untuk mengganti container Lea.

"Kau jangan cakap yang kau nak cari container sebijik macam container yang kau rosakkan tu."

"Kalau tak sama, kantoilah!"

Pekk..

Bulat mata Diaz ketika Delilah memanjangkan tangan untuk menampar dahinya.

"Aku tahulah kau bengap, Diaz. Tapi simpanlah sikit bengap tu. Container ni berjuta variasi. Susahlah nak cari container yang sama."

"Habis tu macam mana?"

"Cari ajelah yang mana-mana."

Diaz garu kepala. Sudah.. dia mana reti nak pilih container segala. Apa yang dia nampak, container tu semua sama dan mempunyai fungsi yang sama.

Belek punya belek, dekat nak sejam setengah juga mereka memilih container. Yang buat Diaz pening kepala adalah dia tak tahu ciri-ciri container yang disukai Lea. Harapkan Delilah, gadis itu pun dua kali lima saja. Sama-sama bengap.

Kalau beginilah kejadiannya, taubat dah dia nak rosakkan container Lea.

"Mahal gila Diaz!"

Melongo Delilah tatkala Diaz membuat pembayaran di kaunter. Beratus duit jejaka itu habis hanya untuk dua set container.

Dia sangka Diaz nak beli container yang hanya berharga belasan atau puluhan ringgit sahaja. Tapi Diaz selamba angkut dua set container ke kaunter.

"Kau beria sangat nak ganti container mama aku ni kenapa sebenarnya?" Diperhati Diaz yang sedang menjinjit dua beg plastik. Nampak kelakar di mata dia.

"Kau ingat aku ni kejam sangat ke? Aku seorang yang bertanggungjawab. Dah aku rosakkan, aku kena ganti. Nanti kalau mak kau tak nak masak untuk aku macam mana?"

Mendengar ayat terakhir Diaz itu, ketawa Delilah langsung terhambur. Tak sangka itu alasan Diaz sehingga membuat jejaka itu bersungguh-sungguh memilih container.

"Bodohlah Diaz.."

"Delly? Delilah!"

Dupp!

Mati langkah Delilah. Tersentak mendengar suara yang menyapa dari sisi. Serentak dia menoleh, jantung terus laju mengepam darah.

Kala ini, kaki yang terpasak seakan lembik apabila menyedari individu yang menegur itu adalah..

"Laith..—"

Dan Laith tidak berseorangan.

Continue Reading

You'll Also Like

4M 286K 73
First romance story by cweetiee π‡π€π˜π˜π€π ππ‡π€π‹πˆπ’π‡ π…πˆπ“ 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 π€π‘πˆπ€ππ€. Tidak tersangka di dalam fikiran Qaseh yang dia baka...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
9.7K 524 8
✧ | Alam & Maryam. 004 ialah seorang ejen berpangkat tinggi di Agensi, sebuah organisasi rahsia yang hanya mempunyai satu misi-menggagalkan kebangki...
251K 12.7K 59
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...