C | Love, Ariq Farhan

viepixxa tarafından

536K 43K 11.5K

2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri... Daha Fazla

Prolog | LAF
Qisyariq | 1
Qisyariq | 2
Qisyariq | 3
Qisyariq | 4
Qisyariq | 5
Qisyariq | 6
Qisyariq | 7
Qisyariq | 8
Qisyariq | 9
Qisyariq | 10
Qisyariq | 11
Qisyariq | 12
Qisyariq | 13
Qisyariq | 14
Qisyariq | 15
Qisyariq | 16
Qisyariq | 17
Qisyariq | 18
Qisyariq | 19
Qisyariq | 20
Qisyariq | 21
Qisyariq | 22
Qisyariq | 23
Qisyariq | 24
Qisyariq | 25
Qisyariq | 26
Qisyariq | 27
Qisyariq | 28
Qisyariq | 29
Qisyariq | 30
Qisyariq | 31
Qisyariq | 32
Qisyariq | 33
Qisyariq | 34
Qisyariq | 35
Qisyariq | 36
Qisyariq | 37
Qisyariq | 38
Qisyariq | 39
Qisyariq | 40
Qisyariq | 41
Qisyariq | 42
Qisyariq | 43
Qisyariq | 44
Qisyariq | 45
Qisyariq | 46
Qisyariq | 47
Qisyariq | 48
Qisyariq | 49
Qisyariq | 50
Qisyariq | 51
Qisyariq | 52
Qisyariq | 53
Qisyariq | 54
Qisyariq | 55
Qisyariq | 56
Qisyariq | 57
Qisyariq | 59
Qisyariq | 60
Epilog | LAF

Qisyariq | 58

7.2K 556 129
viepixxa tarafından

KEPALA ditundukkan, tak sanggup melihat kejadian yang mengerikan itu. Terlalu sakit untuk Qisya terima kenyataan pedih ini. Ini semua salahnya. Kalau dia tak membuat keputusan bodoh, mungkin suaminya mahupun anaknya takkan terkorban.

Kawan Ariq yang lain termasuk Aish hanya terdiam namun air mata mereka mengalir laju. Mereka tak menyangka Ariq akan meninggal dunia disebabkan letupan bom berbanding disebabkan penyakitnya. Mungkin inilah cara paling baik untuk membuat arwah berhenti merasakan kesakitannya di dunia.

Selepas ini, tiada lagi Ariq Farhan yang suka menghibur orang lain meskipun hatinya terluka. Tiada lagi Ariq Farhan yang seceria dulu. Tiada lagi gelak tawa dan tangisan lelaki itu. Dia telah pergi meninggalkan mereka semua buat selamanya.

Tiada lagi boboiboy yang akan melindungi pororo dan little boboiboynya. Semua itu hanya tinggal kenangan manis dan takkan mampu diulang. Terlalu sulit untuk Qisya bernafas dengan tenang ketika memikirkan hal ini.

Itulah pengakhiran hidup seorang Ariq Farhan pada malam Jumaat itu dalam keadaan syahid akhirat. Dia meninggal dunia akibat kebakaran letupan bom sewaktu ingin menyelamatkan isteri dan bayinya. Semoga syurga tempatnya. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia berehat dari dunia yang kejam ini.

Arwah mahukan balik ke rumah. Namun, siapa sangka rumah yang dimaksudkan adalah di sisi Tuhan. Kerana rumah terakhir setiap manusia itu adalah di bawah tanah.

Setelah api sudah terpadam, pihak bomba mengangkat mayat Ariq yang sudah rentung itu. Semakin laju air mata Qisya jatuh. Sedikitpun dia tak mampu melihat wajah indah suaminya itu buat kali terakhir.

Tiada lagi wajah tampan Ariq terlihat. Bagaimana Qisya mahu mengucup wajah arwah suaminya itu? Melihat jasad yang sedikit hancur itu, separuh jiwa Qisya turut hancur.

Kenapa harus begini? Mesti sakit kan untuk Ariq hadap letupan itu? Ini terlalu berat untuk Qisya terima. Kehilangan yang paling meninggalkan kesan dalam hidupnya. Tak mungkin dia akan melupakan peristiwa pahit ini.

"Maafkan saya, Ariq... Ni salah saya."

Perasaan bersalah menyelubungi diri Qisya. Andai saja dia membawa Ariq pergi menjauh dari kereta itu, suaminya itu takkan terkorban. Andai saja dia tak panik tadi, dia mungkin takkan meninggalkan Ariq sendirian.

Air matanya tetap mengalir meski dia cuba untuk menahannya. Kenapa terlalu tragik cara kematian suaminya? Apa salah Ariq Farhan sehingga dia harus menderita sampai akhir hayatnya?

"Sampai hati awak tinggalkan saya... Macam mana saya nak besarkan Fareeq tanpa awak? Kalau saya gagal jadi ibu yang baik untuk dia, macam mana?" Luahan perasaan dilepaskan walhal Qisya tahu suaminya itu takkan mampu mendengarnya lagi.

"Kalau Fareeq cari daddy dia nanti... saya nak jawap apa hm? Kalau dia cemburu tengok orang lain ada ayah sedangkan dia takda, macam mana?" Esakan kecil mengiringi setiap ucapan Qisya itu.

"Baru sekejap kita sempat bahagia dengan Fareeq. Takkan awak pula nak pergi? Awak tak kasihan dekat Fareeq ke? Awak tak peduli pasal saya lagi ke?" Mata dipejam seketika. Air matanya terus mengalir deras.

"Saya nak awak terus ada dalam hidup saya. Tanpa awak, saya takkan kuat, Ariq. Fareeq takkan bahagia tanpa daddy dia." Pedih hati Qisya memikirkan tentang nasib anaknya itu. Fareeq diuji dari kecil lagi dengan kehilangan ayahnya.

"Saya takut... saya takut saya tak boleh didik Fareeq jadi anak yang baik tanpa bimbingan awak."

Masih jelas di ingatannya, mereka pernah berjanji untuk tetap bersama membesarkan anak mereka hingga mereka tua.

"My pororo, kita besarkan little boboiboy kita sama-sama tau?"

"Okay, boboiboy!"

"Kenapa awak mungkir janji, Ariq? Kenapa?! Kenapa..." Sakit rasanya melihat mayat yang rentung itu. Kenapa dia harus pergi dalam keadaan yang menyakitkan ini?

"Saya lebih rela mati berbanding harus kehilangan awak buat selamanya. Saya tak kuat, Ariq Farhan! Saya perlukan awak hiks..."

"Ariq... tolong sedarkan saya dari mimpi ngeri ni. Saya taknak terima semua ni. Sakit sangat..." Wajahnya ditampar-tampar bagi menyedarkan diri namun inilah kenyataan.

"Maafkan kami, puan. Izinkan kami bawa mayat suami puan untuk uruskan jenazah." Seorang ahli bomba meminta izin dengan nada bersimpati.

"Suami saya tak mati kan?" Wajah bomba itu ditatap sayu namun dia menggeleng perlahan.

"Maafkan kami, puan."

Mayat arwah Ariq telahpun ditutupi dengan kain putih lalu diangkat oleh pihak bomba. Qisya tak mampu bangun. Dia hanya mampu menatap pemergian suaminya itu dengan hati tak rela.

Dari jauh dia melihat seseorang yang berpakaian putih. Wajah lelaki itu sangat bercahaya. Dia tersenyum pada Qisya sambil melambaikan tangannya. Terbuka luas mata Qisya apabila melihat wajah Ariq yang sedang menatapnya.

"Ariq?" Air mata Qisya terus mengalir apabila melihat wajah tampan suaminya itu.

"Saya tunggu awak di syurga, bidadari Ariq." Itulah ucapan terakhir Ariq sebelum dia hilang dari pandangan mata Qisya. Bayangan Ariq hilang begitu saja seperti debu.

"Ariq..." Semakin kuat tangisan Qisya. Kenapa suaminya itu perlu pergi sekarang? Sumpah dia tak boleh terima kenyataan ini.

"Ariq Farhan!!" Teresak-esak Qisya menangis meratapi pemergian sang suami. Ini terlalu cepat dan dia belum bersedia untuk kehilangan.

"Qisya... bangun." Kepala diangkat tatkala Aish memanggilnya. Seketika dia terbayang wajah Ariq yang berada di depannya sekarang.

"Ariq?"

"Ni aku, Aish Rayhan."

"Aish... Ariq--- Ariq tak mati kan?" soal Qisya dengan harapan semua ini tak benar.

"Suami kau dah takda. Aku gagal lindungi dia. Sepatutnya aku datang lebih awal," ujar Aish turut menahan tangisannya. Dia juga tak rela namun siapa mereka untuk menidakkan takdir?

"Tapi dia janji dia takkan tinggalkan saya!" Qisya tidak mahu percaya.

"Dia pun janji takkan tinggalkan aku tapi Allah lebih sayang dia, Qisya."

"Kita ikhlaskan pemergian arwah tau? Bagi dia rehat secukupnya." Aish cuba memujuk meskipun dirinya sendiri terluka.

"Tapi Aish... Fareeq perlukan daddy dia. Kenapa awal sangat Ariq pergi tinggalkan kami?" semakin rendah nada suara Qisya berbicara.

"Aku dan Nayra akan tolong kau jaga Fareeq. Jadi, kau pun kena kuat demi anak kau."

"Tapi aku nak Ariq!"

"Jangan meratapi pemergian arwah, tak elok. Kau tak kasihan dekat arwah ke? Dia dah cukup menderita selama ni. Kita kena reda, Qisya."

Qisya terdiam mendengar ucapan Aish itu. Dia cuba untuk mengikhlaskan namun air matanya tetap mengalir laju. Terlalu berat.

"Jom kita uruskan jenazah arwah." Perit Aish menuturkan ayat itu namun dia harus kuat. Dia akan tunaikan permintaan terakhir arwah kembarnya itu.

ℒꕤ⌗⋆, 𝓐ǂഒ𓏲ָ ℱ𓂅ǂ⋈𓂅ଘ

QISYA menghampiri katil yang menempatkan mayat Ariq lalu dia membuka kain putih itu secara perlahan-lahan. Melemah lututnya tatkala melihat wajah rentung suaminya itu.

Air mata yang ditahan jatuh juga mengalir menghiasi pipi. Walaupun suaminya itu terkorban di depan matanya, dia masih seakan tidak percaya. Kenapa terlalu mendadak Ariq pergi?

"Assalamualaikum suami Qisya..."

"Ini saat terakhir saya boleh tengok awak."

Wajah Ariq yang rentung itu ditatap sayu. Malangnya, Qisya tak mampu melihat wajah tampan Ariq buat kali terakhir. Wajah yang bakal dirinduinya buat selamanya.

"Saya rindu nak tengok muka awak... saya rindu senyuman awak, suara awak, karenah awak. Saya rindu semua tentang awak, Ariq." Sebak tutur bicara Qisya ketika itu. Walau baru sekejap terpisah, dia dapat rasakan peritnya kehilangan.

"Saya nak dengar suara merdu awak lagi... saya nak peluk awak sepuasnya. Saya rindu saat-saat kita bahagia dulu. Saat awak selalu ajak saya mengaji dan solat sama-sama." Senyuman hambar diukirkan tatkala teringat kenangan manis mereka.

"Saya cuba terima kenyataan tapi susah. Tapi saya akan cuba untuk tetap kuat demi awak dan anak kita."

"Hoodie ni hadiah terakhir dari arwah umi aku. Aku terlalu sayang sampaikan aku pernah pakai sekali je. So, simpan hoodie kesayangan aku ni tau. Aku percaya kau boleh jaga."

"Jadi, simpan elok-elok hoddie aku tu tau. Kalau rindu, peluk je. Ataupun cium sampai puas."

Pesanan arwah suaminya itu terlintas di fikiran. Dia masih ingat semua ucapan arwah Ariq.

"Saya akan jaga hoodie putih kesayangan awak ni macam saya jaga awak." Qisya memeluk baju hoodie putih milik arwah Ariq yang berada di genggaman tangannya.

Haruman suaminya itu masih terasa. Dia rindukan kasih sayang dan belaian dari sang suami. Namun, semuanya telah hilang dan takkan boleh diulang kembali.

Perbualan mereka sewaktu dalam perjalanan menyelamatkan Fareeq kembali menjengah di fikirannya.

"Qisya..." Tangan kanan Qisya digenggam erat. Mereka berdua duduk di belakang sementara pemandu Ariq yang memandu.

"Hm?" Wajah pucat Ariq ditatap hairan.

"Hubby bahagia. Hubby bahagia jadi suami sayang." Luahan hati mula dikatakan seakan tahu itu kali terakhir Ariq mampu mengatakannya.

"Saya pun sama. Sayalah wanita terbahagia di dunia ni sebab diberikan suami sebaik hubby." Pipi kiri Ariq yang sedikit tercalar dielus lembut.

"Maafkan hubby tau..."

"Kenapa?"

"Maafkan hubby sebab lambat selamatkan sayang dan anak kita."

"Tak. Saya yang patut minta maaf. Saya tak sepatutnya pisahkan awak dengan Fareeq. Maafkan saya, hubby."

"Hubby tak marah. Hubby dah maafkan sayang. Lagipun awak buat semua tu demi kebaikan kita semua." Lemah lembut Ariq berkata untuk menyedapkan hati sang isteri.

"Kenapa awak tak marah saya? Saya dah hancurkan hati awak berkali-kali. Dari dulu sampai sekarang, saya banyak sakitkan awak, Ariq."

"Sebab saya cintakan awak. Saya nak jadi suami terbaik awak sampai akhir nafas saya nanti." Jawapan tulus Ariq membuat Qisya merasa terharu.

"Tapi maafkan saya sebab tak mampu nak temani awak besarkan Fareeq bersama lepas ni." Ariq mengungkapkan ayat berbaur perpisahan itu.

"Apa maksud awak?"

"Kalau ada apa-apa jadi dekat saya, awak kena kuat tau? Awak kena jaga Fareeq untuk saya." Senyuman tawar diukir ketika memberi pesanan.

"Awak jangan risau. Saya akan jaga Fareeq lebih berhati-hati lepas ni." Qisya cuba menyakinkan. Dia takkan mengulang semula kesilapan lamanya.

"Esok birthday awak kan?"

"Awak ingat?"

"Mestilah. Saya dah sediakan hadiah untuk awak tau. Kalau boleh, saya nak sambut birthday awak esok dekat rumah kita. Saya nak masakkan special untuk awak." Teruja Ariq memberitahu niatnya itu dengan senyuman di bibir.

Perasaan terharu menyerang diri Qisya. Ariq Farhan terlalu baik dengannya. Dia semakin jatuh cinta dengan lelaki terbaiknya itu.

"Yang penting ayam masak kicap kena ada! Tiba-tiba saya teringin nak rasa masakan awak pula. Saya rindu masakan isteri saya ni," ujar Ariq dengan nada pura-pura ceria padahal menahan sakit.

"Nanti sampai rumah, saya masakkan awak ayam kicap ya?" kata Qisya sambil mengusap kepala suaminya itu.

"Wah tak sabarnya nak balik rumah kita." Ariq tersenyum. Dia lega kerana semuanya sudah selesai.

"By the way, hadiah awak ada dalam almari pakaian kita. Awak tengok sendiri esok tau?" pesan Ariq masih tersenyum manis. Murah pula senyumannya kali ini.

"Alaa tak special macam tu. Saya nak awak sendiri yang bagi," bantah Qisya turut menggelengkan kepala.

"Kalau saya tak sempat bagi, awak ambil je tau. Tu hadiah terakhir saya untuk awak. Saya harap awak suka."

"Hmm." Qisya mula tak sedap hati mendengar setiap ucapan Ariq.

Ariq melentokkan kepalanya di atas bahu Qisya. Sedaya upaya dia tahan rasa sakit kepalanya. Dia harus bertahan sedikit saja lagi demi menyelamatkan bayinya. Dia harus selamatkan Fareeq tak kisah apapun jadi.

"Bidadari Ariq..." Panggilan Ariq itu membuat Qisya semakin sebak.

"Terima kasih untuk hari-hari yang indah disebabkan kehadiran awak, Qisya. Sejak adanya awak, saya rasa bahagia sangat." Ariq terus berbicara seakan memberi petunjuk masanya sudah dekat.

"Tengok awak tersenyum, saya pun ikut senyum. Tapi kalau awak nangis, saya pun rasa nak nangis. Kalau boleh saya taknak setitis pun air mata awak jatuh. Saya taknak isteri kesayangan saya ni terluka." Semakin mengendur nada suara Ariq menahan sebak.

"Jadi tolong jangan kuat menangis lepas ni. Saya mungkin dah tak mampu nak lapkan air mata awak. My pororo kena kuat tau? Boboiboy taknak jadi penyebab pororo sedih." Air mata yang ditahan jatuh juga. Ariq tak kuat menahan sebak di dada.

"Tapi saya tak kuat tanpa awak, Ariq. Awak pun kebahagiaan saya. Kalau awak hilang, macam mana saya nak tersenyum macam dulu?" Qisya pula berkata. Dia faham maksud di sebalik ucapan sang suami.

"Saya takkan mampu bahagiakan Fareeq seorang diri. Saya tak kuat tanpa awak." Kepala digeleng perlahan. Membayangkan tiada Ariq di sisinya amat menyakitkan.

"Awak kuat. Qisya mesti kuat. Ariq tahu Qisya kuat." Seraya mengatakan hal itu, Ariq mengangkat wajahnya untuk menatap mata Qisya.

"Ariq... Tolong jangan tinggalkan saya." Rayuan Qisya membuat Ariq merasa bersalah. Lekas tangannya naik mengusap air mata bidadarinya itu.

"Sayang, terima kasih sebab dah lahirkan Fareeq untuk hubby. Little boboiboy kita adalah hadiah terindah dalam hidup saya. Kehadiran Fareeq buat saya rasa bahagia sangat." Pipi kiri Qisya dielus ketika mengatakan hal itu.

"Saya sayang Fareeq. Walaupun tak lama saya jaga dia, saya tetap sayang dia melebihi nyawa saya sendiri. Jadi, tolong jaga anak kita baik-baik tau?"

"Saya akan jaga dia, hubby."

"Bagitahu Fareeq... Daddy sayang Fareeq sangat-sangat dan daddy minta maaf sebab tak mampu nak besarkan Fareeq. Maafkan daddy sebab tak mampu temankan Fareeq dan bagi dia kasih sayang sampai dia besar." Air mata Ariq terus menitis ketika membayangkan nasib Fareeq nanti.

"Dan saya nak awak tahu, saya pun sayang awak. 10 tahun perasaan cinta saya tulus hanya untuk awak, Qisya Rihana." Mendengar hal itu, air mata Qisya turut mengalir.

"Walau nafas saya terhenti sekalipun, saya akan tetap cintakan awak, Qisya. Kalau kita terpisah di dunia, saya akan tunggu awak di syurga nanti." Penuh romantik Ariq menuturkan ayat cintanya itu.

"Lepas kita selamatkan anak kita dan selesaikan semua masalah ni... Saya nak balik rumah kita." Ariq rindu keluarga kecilnya itu. Dia hanya mahukan mereka berkumpul kembali.

"Lepas ni..."

"Let's go home." Hanya itu harapan terakhir Ariq. Dia berharap dia sempat pulang ke rumah mereka bertiga.

"Ariq---"

"Dah sampai." Perbualan mereka terhenti apabila kereta sudah berhenti. Tanpa sempat Qisya memeluk Ariq buat kali terakhir, mereka terus keluar dari kereta itu untuk menyelamatkan Fareeq.

Lamunan Qisya terhenti apabila pintu bilik mayat dibuka dari luar. Puan Nurul dan Tuan Affan melangkah masuk seakan tidak percaya melihat jenazah Ariq yang berada di atas katil itu. Aish yang berada di belakang mereka turut menahan sebak.

"Apa ni? Tu bukan anak aku kan?! Dia tak mati kan?!" soal Tuan Affan sambil menatap wajah Qisya.

"Suami Qisya dah pergi." Hanya itu yang mampu dikatakan oleh Qisya.

"Tak! Tak mungkin! Ahan..." Tuan Affan mendekati katil itu. Air matanya mengalir tatkala melihat wajah Ariq yang rentung.

"Ni bukan Ahan! Kenapa muka dia jadi macam ni?!" Tuan Affan menggelengkan kepalanya. Dia tak percaya.

"Ariq... Ariq terkena letupan bom."

"Macam mana boleh?!"

"Dia... dia selamatkan--- anak kami tap--- tapi tiba-tiba kereta--- kereta tu meletup. Polis kata--- ada bom pemasa--- dekat kereta tu." Tersekat-sekat Qisya menjelaskan situasi sebenar. Terlalu perit.

"So, anak malang tu puncanya?!" Meninggi nada suara Tuan Affan menahan amarahnya.

"Walid!!" Aish segera mendekati Tuan Affan apabila orang tua itu keterlaluan.

Qisya mengetap bibir bawah menahan sebak. Sampai hati lelaki tua itu mengatakan Fareeq malang? Luluh hati Qisya sebagai seorang ibu.

"Ahan... Ahan, bangunlah... Ibu datang ni, nak. Ibu nak jemput Ahan balik ke rumah kita." Sebak Puan Nurul berkata sambil menatap sayu wajah Ariq.

"Ibu janji ibu akan masakkan makanan kegemaran Ahan. Ahan suka ayam masak kicap kan? Nanti ibu masakkan tau. Tolong bangun dan ikut ibu balik." Rayu Puan Nurul diiringi air mata penyesalan.

"Maafkan ibu, Ahan... Maafkan ibu."

Air mata Tuan Affan turut jatuh. Tak pernah menyangka anak yang dibencinya itu akan pergi secepat ini. Kenapa perlu disebabkan letupan bom? Hancur hati seorang ayah.

"Ahan... Walid belum sempat layan Ahan dengan baik... Bagi walid peluang tebus kesalahan walid... Walid menyesal sangat sebab dah sakitkan Ahan selama ni. Walid tak sempat minta maaf pun." Tuan Affan merayu dengan air mata penyesalan.

Mereka meratapi pemergian arwah anaknya itu dengan penuh penyesalan. Tapi mahu mereka menangis mata darah sekalipun, arwah Ariq takkan mampu kembali.

Tuan Affan menangis sambil meraung. Dia tidak ingin menerima kenyataan bahawa anaknya itu sudah tiada. Penyesalan semakin meninggi dalam dirinya. Kenapa baru sekarang dia sedar betapa berharganya Ariq di dalam hidupnya?

"Ahan, bangunlah... Walid rindu nak makan masakan Ahan. Masakan Ahan sedap tau. Walid suka sangat. Tolong jangan tinggalkan walid." Rayu Tuan Affan tanpa henti. Dia harap semua ini hanya mimpi.

"Walid nak minta maaf sebab dah layan Ahan dengan teruk selama ni. Maafkan walid." Tuan Affan menyesal kerana terlambat sedar akan silapnya.

"Ahan... Ahan dengarkan? Ibu dan ayah sayang Ahan. Jadi, tolong bangun. Jangan tinggalkan kami dulu. Bagi kami masa untuk bahagiakan Ahan... Ahan..." Puan Nurul terduduk di tempatnya. Meskipun Ariq bukan anak kandungnya, kehilangan anak itu membuat dirinya sakit.

Ariq seorang anak yang baik dan taat. Dia selalu menghormati orang tuanya meskipun dia sering disakiti. Dia takkan melawan mereka selagi dia boleh bersabar kerana Ariq tak mahu menjadi anak derhaka. Untungnya, dia meninggal dunia dalam keadaan menjadi anak soleh dan suami mithali untuk isterinya.

Qisya hanya mampu mengalirkan air mata tanpa bersuara. Dia harus tetap kelihatan kuat agar arwah suami kesayangannya boleh pergi dengan tenang. Mungkin inilah yang terbaik untuk mereka semua.

"Walid... Kita kena mandikan dan solatkan jenazah."

Mendengar ucapan Aish itu, Tuan Affan teringat permintaan terakhir arwah Ariq pada beberapa hari yang lepas. Siapa sangka semua itu akan jadi kenyataan?

"Ahan cuma berharap ibu dan walid akan ada di hari Ahan dikuburkan nanti. Walaupun korang tak kisah, tolong datang." tutur Ariq sambil menahan sebak di dada. Dia ingin meluah namun mereka tak peduli.

"Walau sebenci apapun walid terhadap Ahan, tolong imamkan solat jenazah Ahan nanti. Ahan nak walid yang hantar Ahan pergi jauh." Sambungnya dengan penuh maksud tersirat namun tiada yang mengerti.

"Kalau walid tak sudi nak peluk jenazah Ahan nanti, cukuplah sedekahkan Al-Fatihah supaya Ahan boleh pergi dengan tenang. Hanya tu yang Ahan nak." Sedaya upaya Ariq kawal air matanya dari mengalir ketika menuturkan ayat itu.

"Ahan harap sangat bila waktu tu tiba, hati walid akan terbuka untuk sayang Ahan macam mana walid sayang Ayan. Walid... Ahan doakan walid akan berubah dan bertaubat atas semua perbuatan buruk walid selama ni." Tuan Affan terdiam mendengar ucapan tulus dari anaknya itu.

"Ya Allah... Ampunkan dosaku. Aku gagal. Aku gagal jadi ayah yang baik untuk anakku. Maafkan hamba-Mu ini. Maafkan walid, Ahan." Tuan Affan terduduk melutut di depan jenazah anaknya itu. Anak yang dulu dibenci, kini ditangisi.

Kenapa penyesalan selalu ada di akhir? Kerana manusia takkan sedar selagi mereka tak melalui proses kehilangan itu. Disebabkan itu, kebanyakan orang selalu terlambat sedar akan silap mereka. Mereka menyesal namun tiada guna lagi.

ℒꕤ⌗⋆, 𝓐ǂഒ𓏲ָ ℱ𓂅ǂ⋈𓂅ଘ

PENGEBUMIAN jenazah Ariq sudah selesai dijalankan pada pagi Jumaat itu. Siapa sangka terlalu cepat arwah pergi tanpa sempat berpamitan? Yang paling merasa kehilangan sudah pasti Qisya dan Aish. Mereka terlalu rapat dengan arwah. Aish sendiri yang mengangkat keranda jenazah adik kembarnya itu.

Ramai orang yang mengiringi dan mendoakan agar arwah boleh pergi dengan tenang. Jika arwah masih hidup, mungkin dia bakal terharu. Tapi kenapa ketika dia sudah tiada, baru semua orang menemui dan menyayanginya? Mereka terlalu lambat.

Semua orang yang pernah membencinya dulu mulai menyayanginya ketika dia sudah ditutupi dengan kain kafan. Ramai yang menghantarnya balik ke rumah terakhirnya buat kali yang terakhir. Malahan ramai yang menangis akibat merasa kehilangan lelaki sebaik Ariq Farhan namun mereka terlambat.

Qisya termenung lama di luar bilik wad Fareeq. Anaknya itu masih belum sedarkan diri dan berbantukan alat pernafasan akibat kekurangan oksigen. Qisya terlalu risau memikirkan tentang Fareeq. Dia tak mahu kehilangan anaknya itu pula setelah kehilangan suaminya.

Air matanya terus mengalir. Terlalu sakit untuk Qisya hadap semua dugaan ini. Dia masih tak percaya bahwa Ariq sudah pergi buat selamanya. Dia tak sanggup pergi menghantar suaminya itu. Selepas ini, tiada lagi imamnya yang selalu mengajaknya solat.

"Qisya..." Aish yang baru keluar dari bilik wad Fareeq memanggilnya.

Hanya tatapan kosong yang Qisya berikan pada Aish. Melihat wajah Aish membuat Qisya teringat arwah Ariq. Muka mereka hampir sama meskipun mereka kembar tak seiras.

"Jangan salahkan diri kau. Arwah akan tetap pergi walaupun bukan disebabkan peristiwa tu." Aish cuba memujuk agar Qisya tak terus merasa bersalah.

"Maksud awak?"

"Kembar aku ada kanser otak. Masa dia memang dah tak lama. Tapi aku tak sangka dia meninggal dunia bukan disebabkan penyakit dia. Dah ajal dia sampai kan, kita tak boleh nak buat apa-apa." Perlahan Aish memberitahu kenyataan pahit itu.

"Hah? Sejak bila dia sakit?" soal Qisya dengan wajah bingung.

"Aku tak pasti tapi waktu kau pregnant, dia dah tahu dia sakit."

Rasa tertikam hati Qisya. Kenapa sewaktu suaminya itu sudah tiada, baru dia mengetahui hal ini? Dia merasa gagal sebagai seorang isteri.

"Jangan terlalu meratapi pemergian arwah. Buat masa sekarang, aku dan Nayra akan temankan kau jaga Fareeq," ujar Aish dengan nada bersimpati.

"Aish, kenapa awak tak nangis?" Pertanyaan Qisya itu membuat Aish diam sejenak sebelum menjawabnya.

"Aku dah biasa kehilangan. Tapi kehilangan kembar sendiri lebih sakit untuk aku terima. Aku cuba untuk tak nangis sebab aku nak biar kembar aku pergi dengan tenang." Dengan nada matang, Aish memberitahu.

"Aku tahu dia menderita selama ni. Tapi dia suka pendam perasaan dia. Jadi kali ni, aku mesti kuat supaya dia boleh rehat sepuasnya." Sedaya upaya Aish cuba kawal air matanya agar tak mengalir.

"Setiap kali aku rasa nak nangis, aku mesti teringat ayat-ayat dia pujuk aku dulu. Aku akan cuba tetap kuat demi arwah. Aku taknak arwah terseksa lagi." Aish senyum hambar. Dia harus menerima takdir ini.

"Kita tak boleh meratapi pemergian arwah. Biarkan dia berehat sebab dia dah puas menderita selama ni."

"Tapi saya rindu dia. Saya tak kuat. Macam mana saya nak hidup tanpa dia?" lirih Qisya mempersoalkan hal itu. Bagaimana dia mahu jadi sekuat Aish?

"Allah ada. Kuatlah, Qisya. Aku tahu kau kuat. Sebab tu dia pilih kau jadi bidadari dia."

"Ada sebab kenapa arwah yang pergi dulu. Mungkin dia tak kuat kalau kau yang pergi dulu."

"Kau pun tahu kan arwah terlalu sayangkan kau. 10 tahun dia sanggup tunggu kau. Tak adil lah kalau kau yang pergi dulu kan?"

Mendengar ucapan Aish, Qisya terdiam. Ada benarnya juga.

"By the way, Fareeq dah sedarkan diri. Pergilah jumpa dia."

Mendengar berita itu, Qisya terus masuk ke dalam bilik wad Fareeq. Wajah pucat bayinya itu ditatap penuh hiba. Melihat wajah Qisya, Fareeq mula menangis.

"Anak mummy..." Air mata Qisya turut mengalir. Dia lega bayinya itu masih hidup. Alhamdulillah.

Dengan berhati-hati, Qisya mengendong Fareeq. Bayinya itu tetap menangis seakan tahu apa yang berlaku. Tangan Qisya menyeka air mata bayinya itu.

"Baby rindu daddy ke? Mummy pun rindu dia." Qisya cuba untuk kelihatan ceria namun gagal.

"Maafkan mummy, sayang. Mummy gagal lindungi daddy."

"Tapi kita kena kuat tau? Mummy janji... Mummy akan jaga Fareeq."

"Daddy tunggu kita di syurga nanti. Jadi, kita kena kuat sama-sama dekat sini tau?" pujuknya dengan harapan Fareeq akan faham.

"Fareeq ada mummy dan mummy ada Fareeq. Kita kena kuat ya, little boboiboy?" Perlahan tangisan Fareeq mula berhenti setelah dipujuk oleh ibunya itu.

"Let's go home, Fareeq."

"Kita bertiga kena balik rumah sama-sama tau?" ucapan terakhir Ariq itu membuat Qisya merasa bersalah.

"Hana..." Qarizh yang baru tiba masuk ke dalam.

"Abang, Hana nak balik," pinta Qisya dengan wajah lesunya.

"Kejap ya. Abang uruskan." Qarizh menurut perintah tanpa banyak songeh. Dia faham perasaan adiknya ketika itu.

Sampai di rumah, salam diberi. Qisya terus melangkah masuk ke dalam rumah mereka. Rumah itu terasa kosong tanpa seorang Ariq Farhan. Kali ini, mereka balik rumah tanpa lelaki itu.

"Hana... Meh biar abang jagakan Fareeq." Qarizh mengambil Fareeq yang lena dari gendongan Qisya lalu dia meninggalkan Qisya untuk memberi ruang kepada adiknya itu.

Kaki Qisya terus melangkah naik ke tingkat atas. Pintu bilik tidur mereka dibuka. Perlahan dia masuk ke dalam. Kenangan mereka bersama terlintas di fikiran. Dulu mereka selalu bergurau senda di tempat ini. Sebelum tidur dan selepas tidur, mereka akan tersenyum kerana adanya satu sama lain di sisi.

"Ariq... I miss you." Mata dipejam untuk membayangkan wajah tampan arwah suaminya.

"Hari ni, birthday saya. Hari ni juga, tarikh kematian awak. Sumpah sakit."

"Semalam awak janji nak masakkan special untuk saya tapi... kita tak sempat pun balik ke rumah bersama hari ni." Bergetar suara Qisya mengatakan kenyataan pahit itu.

Ariq meninggal dunia sewaktu tengah malam tadi, sudah masuk tarikh hari lahir Qisya. Tarikh kebahagiaan Qisya kini berubah menjadi tarikh yang paling menyakitkan untuk diingati.

"Tapi kenapa saya tak pernah tahu awak sakit? Saya tak peka ke? Saya kurang bagi perhatian dekat awak ke? Saya selfish ke?" Semakin lebat air mata Qisya mengalir ketika memikirkan tentang penyakit Ariq.

"Disebabkan saya kan? Awak sanggup tak dapat rawatan sebab nak jaga saya kan? Ni salah saya, Ariq." Qisya nenekup mulutnya menahan tangisan. Andai saja dia tahu dari awal, pasti Ariq akan sembuh.

"Maafkan saya, Ariq. Saya gagal jadi isteri yang baik untuk awak. Saya sepatutnya jaga awak seperti mana awak jaga saya. Tapi saya lalai..." ucap Qisya yang masih diselubungi perasaan bersalah.

"Maafkan saya, Ariq..." Dibiarkan saja air matanya mengalir. Kali ini, tiada lagi Ariq yang boleh menyeka air mata Qisya.

"Kalau saya tak tinggalkan awak, mungkin awak takkan terkorban kan? Semua ni tetap salah saya."

"Saya cuba untuk reda tapi tak boleh. Macam baru semalam kita berbual tapi sekarang saya sendiri tanpa awak. Rasa sakit, Ariq." Dadanya yang sesak dipukul lembut. Dia tak kuat.

"Saya perlukan awak di sisi saya untuk tetap kuat. Fareeq perlukan daddy dia." Qisya terus berharap semua penderitaan ini akan berakhir tapi kenapa dia tak mampu bangun dari mimpi ngeri ini?

Setelah sedikit tenang, kaki diatur ke bawah. Dapur dituju. Dia merenung dapur. Dulu mereka banyak menghabiskan masa di dapur. Ariq yang mengajar Qisya masak sehingga Qisya sudah lumayan pandai masak.

Dengan lemah longlai, Qisya menyediakan bahan untuk memasak ayam masak kicap kegemaran suaminya. Sayangnya, mereka tak sempat pulang ke rumah untuk makan bersama.

Beberapa minit kemudian, hidangan diletakkan atas meja. Dia teringat saat-saat Ariq selalu menjadi chef peribadi yang menilai masakan Qisya. Dia rindu saat-saat mereka masak dan makan bersama dulu.

"Saya dah masakkan ayam masak kicap kegemaran awak, hubby."

Qisya membayangkan Ariq ada di depan matanya sekarang. Lelaki itu tersenyum seperti biasa. Umpama teruja untuk merasakan masakan isteri tercinta. Andai saja mereka sempat pulang hari ini.

"Let's go home, Ariq Farhan." Qisya menghulurkan tangan kanannya dengan harapan bayangan Ariq akan menyambutnya namun hampa. Bayangan arwah Ariq terus menghilang.

Tapi Qisya tetap berharap ini semua hanya mimpi. Dia berharap jika dia bangun esok, suaminya itu akan ada di rumah ini bersamanya. Rumah ini tanpa adanya Ariq umpama malam tanpa lampu. Terlalu gelap.

ℒꕤ⌗⋆, 𝓐ǂഒ𓏲ָ ℱ𓂅ǂ⋈𓂅ଘ

ᴛᴏ ʙᴇ ᴄᴏɴᴛɪɴᴜᴇᴅ...

Saya tak reti buat sad ending lah. Teruskan baca sampai epilog nanti tau

Btw chapter 59 pun saya dah update.

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

18.3K 1.4K 25
[KARYA KEDUA | COMPLETED] Hidup aku sebagai anak luar nikah, aku dihina, dicaci, dimaki dan didera bagai tiada harga diri. Semuanya aku telan bulat-b...
19.4K 1.9K 31
SENJA NIRMALA. Nama yang tidak seindah perwatakan. Perwatakannya yang lebih kepada 'boyish' buatkan Senja sering dijauhi kaum Adam. Tekad untuk berub...
100K 4.5K 51
- not edited - 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐨𝐨𝐤 𓂃 ࣪˖ ִֶָ𐀔 Dibesarkan sebagai anak angkat keluarga bangsawan, namun aturan hidupnya seakan telah dirancang sepenu...
3.2M 289K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...