Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

De Dandelzel

236K 15.5K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... Mais

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~26

3.6K 285 35
De Dandelzel

"Jangan lambat bangun. Nanti terlambat pergi kelas pula."

Itu pesanan mama sebentar tadi. Pesanan yang dia sangka mimpi, tapi rupanya benar. Dan sekarang, dia kelam-kabut untuk bersiap gara-gara terlewat bangun. Alarm yang berbunyi setengah jam yang lalu pun dia langsung tak dengar. Sudahnya, dia terlajak tidur dan sekarang sedang memaki hamun diri sendiri.

Baju dan seluar dia pakai apa yang tercapai dek tangan dari dalam almari. Tak sempat nak pilih. Rambut juga dia sikat ala kadar.

Di saat dia seperti ribut kesana kemari di dalam biliknya, telefon yang berada diatas birai katil berdering. Lihat pada nombor yang tertera, Delilah berdecit.

"Kau nak apa Diaz!"

Tak ada salam, tak ada helo, Delilah langsung menempelak seraya duduk di depan cermin panjang. Membetulkan rambutnya.

"Woi, Delilah! Kau baru bangun?" Diaz di talian seolah-olah dapat meneka.

"Anak dara jenis apa kau ni lambat bangun?" Memerli.

"Jenis yang lambat bangunlah! Kau nak apa telefon ni?"

Delilah geram. Sudahlah dia lambat. Dengan Diaz yang menelefon tanpa tujuan jelas, buat dia lagi terlambat!

"Kau tolong aku." Diaz usulkan permintaan.

"Baik pulak aku nak tolong kau."

"Eh, Delilah. Aku mengadu kat aunty nanti."

Tajam Delilah memandang kearah telefon. Seolah-olah sedang merenung Diaz tajam.

"Kau ni kenapa sikit-sikit nak mengadu kat mama?"

Badi agaknya Diaz ni. Sejak kebelakangan ini Diaz suka sangat ugut dia dengan nama mama. Sikit-sikit mengadu. Sikit-sikit aunty. Mama pun.. bukan main baik lagi dengan Diaz.

"Kau masuk bilik aku, kau cari baju sukan aku." Arahan diberi. Diaz seperti tidak peduli dengan keadaan Delilah sekarang.

"Aku dah terlambat ni, gila! Mana aku ada masa nak cari baju kau?"

"Ah aku tak kira! Aku terlupa bawa tadi. Sekarang ni aku tak sempat nak ambil. Kau bawakan sekali, dekat kolej nanti bagi dekat aku." Usul Diaz.

Sungguh! Dia benar-benar terlupa hendak membawa bajunya untuk latihan bola baling nanti. Mujurlah Delilah masih ada di rumah.

Sekarang dia baru tahu fungsi seorang adik tiri yang sesungguhnya.

"Ta-.."

Klik!

Melopong mulut Delilah apabila jejaka itu selamba sahaja mematikan panggilan.

"Erghh... Diaz!!" Jeritnya geram. Diaz ni boleh mati agaknya kalau bercakap baik-baik sebelum tamatkan panggilan.

Kemas semua barang yang perlu dibawa, dia segera keluar dari bilik dan menuju ke kamar Diaz.

"Mana pulak baju si Diaz ni!" Berdecit geram, dia terkapar-kapar mencari baju yang dimaksudkan Diaz.

Sudahnya, dia berputus asa. Kaki pantas menuju ke laundry room di tingkat bawah. Nasib menyebelahinya, disitu terdapat baju berlogo kolej Inca yang elok tersidai di satu sudut.

"Bodohlah Diaz ni. Kata dalam bilik, padahal masih ada kat sini." Terkumat-kamit mulutnya mengomel sambil memasukkan baju Diaz ke dalam beg kertas kecil.

Pakcik Razak sudahpun menanti di tepi kereta tatkala dia keluar dari rumah.

"Delly jangan laju sangat berjalan.. kaki tu baru aje sembuh." Pakcik Razak menegur apabila melihat si gadis yang tergesa-gesa menapak ke kereta.

"Saya dah okeylah pakcik."

"Ya, tapi Delly kena berhati-hati. Pakcik tengok jalan pun masih terhincut-hincut lagi."

Delilah tersenyum. Eh, pakcik ni. Tak mahu kalah pula.

Tapi apa yang pakcik Razak katakan tu tak salah. Memang dia perlu berhati-hati memandangkan sakit terseliuhnya masih terasa. Pun begitu, dia tidak mahu terlalu memanjakan diri. Hampir seminggu juga dia duduk di rumah. Cukuplah dalam tempoh itu dia berehat.

Jayden tersentak ketika telefon Diaz yang tergeletak diatas meja bergetar kuat. Tanpa sengaja, mata sudah tertumpu pada ID pemanggil yang tertera di skrin. Serentak dahi mula berkerut hebat.

Incoming call from setan..

"Err.. Diaz?" Pandangan masih tidak berkalih saat dia menyeru Diaz yang sedang membincangkan sesuatu dengan rakan kuliah mereka.

"Kau berkawan dengan setan mana ni?"

"Hah?"

Diaz blur. Jayden hulur telefon yang masih berbunyi.

"Setan call kau."

Mendengarkan itu, cepat-cepat Diaz mencapai telefon tersebut dari pegangan Jayden. Dia melangkah keluar dari bilik kuliah itu dan pada waktu yang sama, telefonnya berhenti berbunyi.

Delilah yang pada ketika itu sudah mendengus gara-gara Diaz tidak menjawab panggilan, dia terkejut sedikit bila nombor jejaka itu pula naik di skrin.

Iblis calling..

"Kau dekat mana setan? Kau tau tak aku dah lambat nak masuk kelas?" Seperti biasa, dia menghambur kata tanpa pembuka bicara.

"Kau hantar kat sini. Nanti aku bagi location."

"Eh, eh.. aku ke kau yang nak pakai baju ni? Kaulah datang ambik!" Marahnya lagi sambil bercekak pinggang di kaki lima itu.

"Kau datang ke bangunan CS, tunggu dekat tangga sebelah dewan kuliah. Aku jumpa kau kat situ."

"Bangunan apa? Tangga mana? Dewan kuliah? Eh, Diaz.. kau ingat aku tahu ke selok-belok kolej ni?"

Diaz berdecit geram. Payah betullah bercakap dengan Delilah ni!

"Kau ni memang benak sejak kecik ke macam mana?"

"Haa.. tahu mengata aku. Kaulah datang ambik!"
Dengus Delilah. Berkerut-kerut dahinya menahan geram.

Diaz ni lahir-lahir memang tak ada common sense agaknya. Ingat dia apa? Kuli ke?

"Jauhlah, Delilah!"

"Habis aku? Ingat aku ni guna kepak ke? Terbang aje kemana aku nak?"

"Aku ada kelas ni. Tak boleh lama. Aku hantar gambar, nanti kau follow aje."

Klik!

Panggilan terputus. Delilah tenung skrin telefon dengan mata membuntang. Hendak dihempas, itu telefon dia. Baik dia hempas Diaz.

"God give me patience!"

Tak sampai seminit, ada satu notfikasi dari WhatsApp masuk. Diaz menghantar beberapa keping gambar kepadanya. Dan yang buat Delilah rasa nak bertukar naga sekarang adalah bila gambar tersebut sudah jelas di mata, Diaz siap melukis orang lidi bersama arahan ringkas.

Wah.. dia terasa diperli!

Terkumat-kamit mulutnya mengomel sambil mengheret langkah menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh Diaz. Langsung dia tak perasan ada sepasang mata yang sedang memerhatinya hairan.

Arahan bergambar dari Diaz dituruti. Dia akui, agak berguna juga Diaz melukis orang lidi di gambar-gambar yang harus dituruti oleh dia. Beberapa minit selepas itu, dia menanti di tempat yang sepatutnya mereka bertemu.

"Delilah!"

Diaz muncul dalam keadaan berjaga-jaga. Barangkali tidak mahu orang lain melihat mereka yang kini bersama.

"Baju aku mana?"

"Kau ni memang menyusahkan tau tak? Aku terlambat masuk kelas sebab kau." Delilah hulur kasar beg kertas kepada jejaka itu.

Terpinga-pinga Diaz dibuatnya.

"Eh, dia yang lambat bangun aku pulak yang dipersalahkan." Kepala menggeleng perlahan melihat Delilah yang buru-buru meninggalkannya.

Agaknya gadis itu benar-benar sudah terlambat, telahnya.

Keluar dari bangunan CS itu, Delilah terus menuju ke bangunan yang menempatkan kelasnnya. Namun dari jauh, dia bagaikan terpegun melihat seseorang yang sedang tercongok, bersandar pada tiang.

"Qash?" Saat itu tubuhnya seperti disapa angin dingin. Kenapa Qash ada disini? Qash nampak ke dia ke bangunan CS tadi?

Dari bersandar, kini Qash berdiri tegak di hadapannya.

"Aku nampak kau naik kesana tadi. So I waited for you." Bersahaja nada itu, namun mampu meluruhkan jantung Delilah.

Hakikat bahawa Qash menyaksikan dia masuk ke bangunan CS membuatkan dirinya gusar. Macam mana kalau Qash tahu dia berjumpa dengan Diaz?!

"Kelas dah start ni.. kenapa kau susah-susah tunggu kat sini?" Sengih hambar. Dia cuba beriak biasa. Sedangkan hati sudah bergelodak. Perut terasa sebu.

"In case kalau-kalau kau tak dapat berjalan?" Qash jawab dengan nada seperti berteka-teki.

"Excuse me? Kaki aku dah eloklah." Delilah angkat sikit kaki kanannya. Ketika itu dia baru tersedar tali kasutnya terlerai. Mungkin kerana dia berjalan tergesa-gesa tadi.

Tanpa kata, Qash bertinggung sambil mengikat semula tali kasut Delilah. Kemas dan kuat.

Tak berkelip mata si gadis. Terkejut pada waktu yang sama. Tak pernah dia jangkakan Qash akan berbuat begitu. Sweet? Ya. Tapi kenapa dia rasa gabra semacam?

"Boleh berjalan tak?" Tanya Qash bila dia sudah berdiri semula.

"B—boleh.." Hampir tak terkeluar suara Delilah dari kerongkong.

"Good."

Pusing tubuh, jejaka itu mengorak langkah tanpa menantinya. Delilah tarik nafas dalam-dalam lalu dihembus panjang.

Kenapa dia rasa berdebar-debar pula?

Sepanjang kelas berlangasung, Delilah tidak mampu menahan kantuknya. Berkali-kali matanya mahu terpejam sehingga pada satu tahap, kepalanya terlentok di bahu Laith. Mujur dia cepat tersedar dan menjarakkan diri dari jejaka itu.

"Sorry.." Bahu Laith yang berlapik baju T disapu-sapu.

"Kau tak cukup tidur ke macam mana? Pukul berapa kau tidur malam tadi?" Laith mengajukan soalan setelah kelas pertama mereka tamat. Curious sebab sudah beberapa kali juga Delilah menguap.

"Aku susah nak lelap mata, Laith. Paling lewat aku tidur pukul tiga pagi."

"Kau ada insomnia?"

Delilah sekadar tersenyum kecil. Dia tiada ayat yang sesuai untuk mengulas tentang itu.

"Awak insomnia?" Myra yang duduk di belakang turut sama bertanya. Membuatkan Delilah semakin tidak betah.

"Agaknya awak dah biasa tidur lewat." Komen Myra lagi.

Delilah angguk kecil. "Iyalah kut.."

"Tak apa, kalau kau nak pinjam bahu aku boleh aje.."

Laith tepuk bahu sendiri bersama sengihan. Serentak bunyi deheman kedengaran. Berpaling kearah Qash, mata redup jejaka itu sedang merenungnya dengan wajah tak berperasaan.

Laith sengih lagi. Delilah pula yang terpinga-pinga. Tak lama selepas itu, Qash panjangkan tangan, menghulur sesuatu kepadanya. Ada sebiji gula-gula diatas tapak tangannya.

"Mood booster."

Terbit senyuman tipis Delilah. Masih tak sangka Qash si muka beku ini sentiasa membawa gula-gula ke kolej. Childish. Tapi comel.

"Aku? Kau tak nak bagi?" Laith hulur tangan, meminta gula-gula dari Qash. Tapi apa yang dia dapat hanya renungan redup lagi menajam dari jejaka itu.

*****


"Apa hal fit sangat baju aku ni?"

Sambil berlari-lari di gelanggang luas itu, Diaz tarik baju yang dipakai ke depan. Hairan kerana baju tersebut terasa lebih kecil dari hari-hari sebelumnya.

"Kau dah mengembanglah agaknya tu.."

Eden yang mendengar omelan itu terus menyampuk.

Diaz kerut dahi. Iya ke dia dah semakin gemuk? Entah-entah..

"Kau tolong tengok sekejap tag size kat belakang." Dia berdiri membelakangi Eden. Tanpa banyak bunyi, Eden melakukan apa yang disuruhnya.

"S—hai, kau pakai saiz S?"

Bagai nak terjojol biji mata Diaz mendengarnya. Patutlah rasa kecil semacam!

"Budak tak guna tu.. dari ceruk mana pulak dia dapat baju ni?" Gumamnya keras. Seingat dia, saiz baju dia semua saiz M. Tak lain tak bukan, otaknya sekarang hanya memikirkan satu kemungkinan.

Baju yang dia pakai sekarang ni.. adalah baju Delilah!

"Hah?" Eden blur.

Tak sempat bertanya lanjut, Diaz sudah ke depan. Menyambut lontaran bola baling dari rakan pasukan.

Di ambang pintu dewan besar itu, Delilah baru sahaja menapak masuk bersama Qash dan yang lain. Bunyi riuh para pelajar kedengaran hingga ke luar memandangkan ramai yang beriadah disitu.

Delilah menggenggam tangan sendiri. Peluh dingin sudah mula terasa saat melihat kerumun pelajar di hadapannya. Rasa gementarnya muncul lagi. Kepala terasa sedikit pening dan berdengung.

"Kau okey?"

Qash yang perasan langkah Delilah terhenti, terus menyoal pendek.

"Ya—" Sebaik mungkin Delilah cuba ukir senyum, menyembunyikan kegelisahan yang dialami. Namun semakin dia mendekati keriuhan pelajar, semakin dia merasa kurang enak. Seolah-olah, mereka sedang memerhatinya dengan pandangan sinis dan jijik.

Sama seperti dulu.

"Duduklah. Kaki kau tu jangan dibawa gerak sangat."

Delilah angguk. Terus labuhkan punggung di salah satu bangku yang kosong. Tangan semakin kuat digenggam. Menahan rasa terketar-ketar yang muncul tiba-tiba. Dia benci perasaan ini.

"Betul kau okey?"

Menyedari Delilah yang asyik menggoyangkan kaki sambil sesekali menarik nafas dalam, Qash tidak mampu membendung rasa hairannya.

"Aku nampak tak okey ke?" Seperti tadi, Delilah masih berusaha untuk beriak tenang.

Qash diam. Tenung Delilah lama. Dia tahu gadis itu berbohong. Delilah sekarang nampak macam panik dan tak selesa. Lantas, dia labuhkan duduk di sebelahnya.

"Aku tak suka kerumun ramai." Ujar Delilah apabila Qash masih berterusan memandangnya. "It's make me anxious."

Qash angguk mengerti. "I'll stay with you, then."

Laju Delilah berpaling memandangnya. "Tak apalah, kau pergilah main."

Kalau Qash ada, lagilah buat dia rasa tak senang duduk.

"I don't like it either." Ujar Qash, tidak mempedulikan ayat Delilah.

"Ha?"

"Kadang-kadang, mereka nampak macam menakutkan. Kadang-kadang, being with them.. it makes me feel so distance and different." Usul Qash, memaksudkan mereka yang sedang riuh di hadapan sana. Petang-petang begini, jika ada perjumpaan, dewan serbaguna pasti akan penuh dengan pelajar.

Delilah membuang pandangan jauh ke hadapan. Nun disana, dia boleh nampak Myra sedang ketawa bersama pelajar lain sambil melontar bola jaring. Di satu sudut pula, ada beberapa pelajar lelaki sedang bermain bola keranjang.

Melihat suasana itu, buat dia rasa benar-benar bersendirian. Lantas minda juga teringat akan saat-saat dimana dia yang puas dikucilkan oleh orang sekeliling.

"Delilah."

Bicara Qash menyentakkan Delilah. Menoleh kearahnya, Qash sudahpun memakukan pandangan kepada dia.

"Boleh aku tanya sesuatu?"

"Bunyi macam serius. Apa dia?"

Qash nampak teragak-agak mahu mengucap kata. Dan akhirnya, dia menggeleng.

"Tak. Tak jadi."

Berlapis dahi Delilah. Baru nak bersuara, Laith yang berada di gelanggang sudah melaung nama Qash.

"Qash!"

Jejaka itu melambai sambil menunjuk bola keranjang.

"Mainlah. Kenapa tak nak?" Soal Delilah. "Atau kau tak reti main?"

"Kau cabar aku?"

"Kalau kau main, nanti aku bersorak untuk kau." Kata Delilah, saja hendak bergurau. Namun Qash pula sudah bingkas bangun. Menyahut cabaran.

"Deal."

"Eh—"

Terpinga-pinga Delilah di tempatnya. Dia tak maksudkan pun kata-kata dia tadi!

Dan..

Qash benar-benar sedang beraksi di gelanggang sana. Dia berlari penuh tenaga dan merampas bola dari salah seorang pelajar yang merupakan pihak lawan. Kemudian dilantun untuk beberapa kali sambil mengelak dari serangan pelajar lain. Dengan tangkas, dia membidik jaring lalu bola dilantun tepat kearah itu.

Beberapa kali juga dia menjaringkan bola sebelum memandang Delilah. Senyuman kemenangan ditayang bersama kening terjongket, menagih sorakan yang dijanjikan Delilah.

Tanpa sedar, Delilah sendiri sudah ketawa di tempatnya. Dia bangkit berdiri lalu memberi tepukan kuat khas untuk Qash. Hilang rasa gundah-gelananya apabila menyaksikan jejaka itu bermain bola keranjang.

"Wah.. hebatlah Qash." Pujinya apabila melihat Qash yang sedang tersenyum bangga kepadanya.

Jarang-jarang dia dapat melihat senyuman jejaka berwajah beku itu. Nah, bila waktu senyumannya muncul, Delilah tak dapat nafikan bahawa senyuman itu mampu memberi satu rasa aneh di hati.

"Delly! Tolong pass bola please.."

Dalam dia saling bertukar pandang dengan Qash, tiba-tiba Myra melaung kepadanya. Delilah kutip bola jaring yang berada dekat dengan kakinya.

Namun serta-merta, minda memutar kembali kejadian yang buat dia rasa seram sejuk. Bola yang kini ada ditangan dia renung lama. Satu imbasan terngiang-ngiang di kepala.

Zapp..!

Dengan bola yang sama persis di tangannya sekarang, bola itu dilontar kuat dan mengena tepat di wajahnya. Sekejap saja dia mula rasa berpinar. Kulit wajah terasa pedih. Tak lama sebelum dia terdengar bunyi bisikan dan ketawa sinis orang-orang di sekelilingnya.

"Pathetic!"

"She deserves it."

Suara-suara itu bergema kuat di kepala.

Pap!!

Tak ada angin tak ribut, tiba-tiba bahunya terkena sesuatu sehingga membuatkan dia berganjak sedikit. Lantas menyedarkan dia ke alam realiti.

Angkat wajah, dia nampak Diaz yang tidak jauh darinya sedang tersengih seperti kerang busuk.

"Eh, terlontar pulak!" Diaz angkat tangan paras dada. "Sorry, sorry.. aku ingatkan tiang tadi." Ucapnya dengan riak bongkak.

"Kau nak mampus ke Diaz Raiden?" Tanpa dapat ditahan, Delilah menjerit geram.

"Aku tak sengaja, bongok!" Ujar Diaz lagi. Bibir menguntum senyuman sinis seraya tangan menyambut lontaran bola yang dia baling tadi dari seorang pelajar.

Puas hati dia! Berbulu rasa matanya melihat Delilah yang terkinja-kinja bersorak untuk Qash tadi.

Terkinja-kinja? Tak, bukan. Delilah cuma berdiri disitu sambil memberi tepukan. Tapi kenapa dia rasa panas hati pula melihat tindakan gadis itu?

PAP!

Baru setapak dia membalikkan tubuh, kepalanya terdorong sedikit saat satu objek keras mengenainya. Ternganga dia disitu sambil perlahan-lahan menoleh ke belakang semula.

Tepat jangkaannya, Delilah sedang tersenyum sinis.

"Delilah!"

Dan kini, semua pelajar yang ada disitu memusatkan perhatian kearah mereka berdua. Masing-masing seakan dapat meneka apa yang akan berlaku selepas itu.

"Sorry! Tak sengaja.." Delilah angkat kedua belah tangan. Diaz ingat dia tak akan melawan ke? Salah tu!

"Kau ni memang sengaja nak cari pasal, kan!" Dek kerana tidak mahu kalah, Diaz lempar balik bola yang ada di tangan.

Zapp..

Serentak itu Delilah menunduk dengan rasa terkejut. Mujur dia sempat mengelak lontaran bola dari Diaz.

"Kau memang suka cari nahaslah Diaz." Omelnya seraya menapak mendapatkan Diaz yang turut melangkah kearahnya.

Dalam sekelip mata, kedua-duanya sudah bergelut sesama sendiri. Delilah bertindak menjerut leher Diaz. Diaz menyekeh kepala gadis itu sehingga membuatkan rambutnya berserabai. Sedaya-upaya dia cuba melepaskan diri sambil mengelak kaki Delilah yang aktif menerajang.

"Adoi, adoi! Sakitlah Delilah!"

"Nah! Kau nak sangat cari pasal dengan aku kan.. rasakan!"

Sekejap kedua-duanya saling membongkok, sekejap masing-masing berpusing.

"Ah, sudah.. bergusti lagi!"

Jayden dah bercekak pinggang. Tak kuasa nak menjadi orang tengah. Eden juga tergeleng. Sangka mereka, kedua-duanya sudah berbaik gara-gara insiden sebelum ini. Tapi nampak gayanya.. 

"D—Diaz! Baba kaulah bodoh!" Tiba-tiba Eden menjerit keras. Hampir terkedu saat menyedari ada dua individu yang sangat dia kenali turut menyaksikan pertunjukan Diaz dan Delilah.

Entah sejak bila kedua-duanya sampai, dia sendiri tak perasan.

"Diaz!" Jayden mula kalut. Turut terkejut melihat sir Hanil yang berdiri dengan CEO kolej mereka di satu sudut.

Ya, CEO Inca College aka Tuan Amza Khaizan, merangkap baba Diaz ada disini!

Yang lain sudah saling berpandangan dengan rasa gelisah. Diaz dan Delilah terlalu sibuk mengerjakan sesama sendiri sehingga tidak mendengar amaran dari mereka.

"Hai tuan! Selamat datang tuan!"

Tanpa aba-aba, Jayden mengorbankan diri sendiri. Langsung memberi sapaan dengan nada yang kuat semata-mata nak bagi Diaz dengar. Sekali pakej dengan tangan yang diangkat tinggi, menegur Tuan Amza.

Senyap seisi dewan.

Diaz dan Delilah berhenti bergelut. Buntang mata kedua-duanya melihat susuk tubuh Tuan Amza berdiri bersama sir Hanil. Refleks, tangan Delilah yang tadinya meng-grip leher Diaz, turun ke bahu kanan jejaka itu. Diaz yang terbongkok terus berdiri tegak. Memeluk bahu Delilah lalu ditepuk beberapa kali. Behave..

Sir Hanil menggeleng kecil. Manakala hujung bibir Tuan Amza membentuk senyum yang hampir tidak kelihatan.

Tak lama selepas itu, kedua-duanya saling menolak tatkala sir Hanil dan Tuan Amza berjalan meninggalkan ruang dewan.

"That's how your son and daughter bonding in college." Ucap Hanil seraya berlalu bersama Tuan Amza.

Niat hendak melihat kawasan dewan serbaguna itu langsung terkubur begitu saja apabila mereka dikejutkan dengan aksi ganas dari dua orang pelajar tadi. 

"Normallah tu.. kau tak tengok lagi dekat rumah macam mana." Sahut Tuan Amza. Dia tersenyum lagi. Kali ini bersama gelengan kepala.

Apa nak jadilah dengan Diaz dan Delilah ni?

"Aku rasa normal lagi dekat rumah agaknya."

"Normal? Han, budak berdua tu kalau dah bertekak satu rumah jadi tunggang-langgang. Aku rasa macam aku bela anak kecik aje."

Pening kepala Tuan Amza memikirkan kedua-duanya. Tapi nak hairan apa, memang dari hari pertama Diaz dan Delilah berkenalan, yang menghiasi pertemuan mereka itu hanya perkelahian.

"Bukan ke selepas kes dulu kau kata dia orang dah tak bermusuh?"

"Tak bermusuh tu dalam erti kata lain, dah tak saling membenci. Aku boleh nampak Diaz dah boleh terima Delilah. Yang paling ketaranya, dengan Lea pun dia dah tak macam sebelum ni. Tapi yang jadi masalah sekarang, ada ajelah benda yang nak digaduhkan."

Tergelak Hanil mendengar aduan lelaki itu. Dia macam tak percaya pula sahabatnya yang sentiasa tenang itu sedang mengadu kepadanya tentang anak-anak.

"Itu normal bagi adik-beradik, Am.. lagi-lagi dengan status tiri."

Tuan Amza tersentak seketika. "Adik-beradik.." gumamnya perlahan.

Dan entah mengapa, bait aksara itu membuat dia tersenyum pula.

"Guess I need to do something about them."

Continue lendo

Você também vai gostar

29.5K 621 11
( my first book ) - I WILL MAKE YOU WORTH IT HAVING ME LOVE - ----------------------------------------------------------- Dejavu. Itulah yang Rania A...
14.1K 1.1K 9
𝑴𝒚 𝑷𝒆𝒓𝒇𝒆𝒄𝒕 𝑴𝒂𝒇𝒊𝒂 [ 1st Novel ] [ Ongoing ] Adrian Xandra , dikenali sebagai mafia atau ketua yang digeruni di Italy . Seorang yang kaca...
MANUSKRIP De M

Paranormal

18.5K 1.1K 26
[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang mema...
508K 30.6K 34
First vol under 𝓒𝓻𝓾𝓮𝓵 𝓐𝓷𝓰𝓮𝓵 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R...