Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

Galing kay Dandelzel

236K 15.5K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... Higit pa

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~23

3.7K 284 23
Galing kay Dandelzel


Suasana di bilik rawatan itu kelam dan sepi. Hanya terdengar beberapa butir perbualan antara seorang nurse dan seorang doktor yang sedang sibuk melakukan kerja.

Delilah hanya terkebil-kebil sambil berbaring di atas katil, menanti nurse tersebut membalut kaki kirinya yang dikatakan terseliuh.

Kononnya terseliuh, tapi sakitnya serupa patah!

Diam-diam dia kerling figura yang sejak tadi tercegat di satu sudut, yang sedang memerhatinya tanpa sebarang bunyi.

Mendung wajah jejaka itu. Tatapan matanya seolah-olah kosong. Namun riak mukanya pula keruh. Seperti sarat dengan rasa bersalah, yang mana membuatkan Delilah hairan sendiri.

Saat ini, Diaz seakan bukan dirinya. Yang selalu tayang muka perengus. Yang kadang kelihatan angkuh. Tapi Diaz yang sekarang, adalah jejaka yang kelihatan takut dan bimbang. Ralit merenung kaki Delilah yang dibalut oleh nurse, tidak semena-mena setitis cecair hangat menodai pipinya.

Delilah hendak menegur, barangkali Diaz masih terkejut dengan apa yang berlaku tadi. Namun belum sempat dia membuka mulut, bilik rawatan itu diterjah oleh dua individu.

"D!"

Tuan Amza muncul bersama Lea dengan cemas. Masing-masing menerpa kearah Diaz dan Delilah.

"Baba.."

Diaz seperti tidak mampu untuk menatap wajah babanya kala itu. Dibiarkan Tuan Amza yang sedang membelek tubuhnya.

"Are you okay? Ada luka mana-mana? Huh? Macam mana semua ni boleh jadi?" Ekspresi Tuan Amza benar-benar kalut. Cuba dicari luka yang mungkin ada pada tubuh Diaz.

"Delilah.. what happened to her?" Soalnya lagi seraya menoleh kearah Delilah yang sedang dipeluk Lea. Melihat kakinya yang berbalut, dia tenung wajah Diaz dengan rasa tak percaya.

Apatah lagi melihat reaksi Diaz saat ini, menambah gusar di hati yang sememangnya sudah gundah gelana sejak dia mendapat panggilan dari anaknya itu tadi.

"Did you do that to her?" Suara hampir tak terkeluar.

Diaz tertunduk kesal.

"Mana budak kurang ajar tu? Mana?! Kali ni memang aku pastikan dia masuk penjara. Samseng sangat, hah?!"

Dari dalam bilik rawatan itu, suara seorang wanita kedengaran nyaring dan bingit di luar sana mengejutkan mereka.

Tuan Amza bergegas keluar. Diikuti dengan Diaz serta Lea. Terdapat seorang wanita dan dua orang polis yang baru sahaja sampai ketika itu.

"Puan, bawa bersabar puan.." salah seorang polis sedang cuba memujuk. Tetapi seolah-olah tidak peduli, wanita itu mara sambil menunjuk Diaz.

"Kau! Kau buat apa dekat anak aku, hah?! Anak aku patah kaki sebab kau tau tak!"

"Puan Halimah, tolong bersabar. Kita boleh berbincang elok-elok."

Tuan Amza lantas menghalang. Dia sendiri masih terkapar-kapar hendak memahami situasi yang sedang berlaku. Sekarang, kedatangan puan Halimah pula menimbulkan sangsi.

"Eloklah Tuan Amza ada dekat sini juga. Ni.. anak tuan ni dah menyebabkan anak saya accident! Anak saya patah kaki sebab budak samseng ni!" Amuk puan Halimah nyaring.

Tuan Amza pandang Diaz. Dua orang polis tadi sudah bercekak pinggang. Ada beberapa orang luar turut menyaksikan drama yang berlangsung.

"Kau ingat kau anak Tuan Amza, kau boleh tindas orang sesuka hati ke? Memang malang Tuan Amza dapat anak samseng macam kau ni!"

Mencerlung mata puan Halimah sambil tangannya masih sibuk menunjuk Diaz..

"Puan Halimah, tolong.. jaga sikit bahasa puan." Tegur Tuan Amza. Sekali lagi tumpuannya terarah pada Diaz. Jantung sudah berdegup hebat. Apa lagi yang anaknya ini lakukan?

"Tell me, Diaz. Apa yang terjadi sebenarnya?" Soalnya.

Diaz tidak terus menyahut. Nampak masih teragak-agak mahu menyusun ayat.

"Apa lagi yang Tuan Amza nak tanya pada dia ni? Anak saya patah kaki sebab dia tau! Tak lain tak bukan, mesti dia berdendam pasal kes dadah dulu."

"Ya, saya faham puan.. tapi saya kena tahu cerita dari pihak anak saya dulu."

Masih bertegas, Tuan Amza tidak mahu menuduh melulu tanpa mendengar penjelasan dari Diaz sendiri.

"Tell me now." Arahnya. Kali ini lebih tegas.

Diaz ketap gigi sebelum menghela nafas lemah. "D nak buat perhitungan dengan Ardi."

Spontan, Tuan Amza melepaskan keluhan berat. Mata dipejam buat sesaat. Berdenyut kepalanya mendengar pengakuan Diaz.

"Tengok.. tuan dengar tu? Dia memang sengaja nak sakitkan anak saya!" Bentak Puan Halimah lagi.

"Why did you do that Diaz?"

"If you're being accused for something that you didn't do, what will you do baba?" Soal Diaz, membalas renungan mata babanya.

Tuan Amza terdiam seribu bahasa. Lea yang turut menjadi pendengar juga tidak berkutik di tempatnya. Raut wajah yang sentiasa angkuh selalu, kini seakan mahu pengertian dari orang tuanya.

"Hei.. jadi kau nak mengata Ardi memfitnah kaulah? Kes tu dah selesai! Dah jadi kes polis dah pun. Apa yang kau tak puas hati lagi?" Berang puan Halimah.

Siapa saja yang tak marah bila ada orang yang menyebabkan anaknya kecelakaan? Sampai patah kaki pula tu!

"Memang saya tak puas hati! Anak makcik tu dah fitnah saya." Diaz membidas keras.

"Lepas tu? Apa yang jadi? Kenapa Ardi boleh terlibat dalam kemalangan pula?" Usul Tuan Amza lagi.

"Ardi larikan diri bila D kejar dia. Sampai kat jalan raya.. ada sebuah kereta yang tak sempat mengelak dia."

Diaz menceritakan semula apa yang terjadi. Dan mungkin nasib menyebelahinya, dia sempat berhenti sebelum terjelupuk menyaksikan Ardi yang terpelanting dilanggar kereta. Panik. Gelisah. Semua dia rasakan. Malah dia masih terketar-ketar sebelum datangnya Tuan Amza.

Dengan bantuan si pemandu kereta yang melanggar Ardi, malah beberapa orang yang juga menjadi saksi turut membantu mereka ketika kejadian berlaku, Ardi dibawa ke hospital untuk rawatan.

"Tuan Amza dengar tu? Anak saya kemalangan sebab dia! Kaki anak saya patah, tuan.. saya nak dia ni bertanggungjawab. Masukkan dia dalam penjara!"

"D tak ada niat nak kejar Ardi sampai dia kena langgar, baba. Tapi sumpah.. sebelum tu Ardi dah mengaku pada D yang dia fitnah D. Ardi sebut nama D sebab dia takut dengan orang-orang yang edar dadah tu." Ujar Diaz, bersungguh meyakinkan Tuan Amza tanpa mempedulikan cemuhan wanita itu.

"Maksud kau apa? Kau jangan nak tokok tambah cerita. Semua orang tahu kau tu budak yang bermasalah, tak hairan kalau kau terlibat dalam kes dadah!"

Dan kali ini, darah Diaz menggelegak panas. Naik jelak dia mendengar tengkingan demi tengkingan dari mulut wanita itu.

"Mulut anak makcik tu memang sama dengan makcik. Ayat yang serupa, padanlah Ardi tu anak makcik." Bidasnya tanpa gentar.

"Hei!"

"Diaz.." Tuan Amza menyeru sebagai amaran. Tapi bicara sinis puan Halimah selepas itu membuatkan dirinya turut berasa panas hati.

"Kau ni memang kurang ajar! Inilah orang kata.. budak yang hidup tanpa mak ni memang semuanya menyusahkan."

"Puan! Jaga sikit mulut puan.. benda ni tak ada kena-mengena dengan anak saya yang tak ada mak."

Puan Halimah rasa tersindir. Namun cepat-cepat dia menyambung kata.

"Tapi saya tahu Tuan Amza dah cukup ajar anak, didik dia untuk jadi manusia. Cuma itulah, budak ni yang tak masuk ajar."

Saja mahu mengambil hati Tuan Amza. Dia tidak ada masalah dengan lelaki itu. Yang buat dia sakit hati sekarang adalah Diaz, budak yang terkenal dengan perangai tak semenggahnya.

"Eh, makcik! Anak makcik tu fitnah saya, maknanya makcik tak ajar dia ke?" Cemuh Diaz pula.

"Fitnah apanya? Hah?! Kau ada bukti ke anak aku menfitnah kau?"

"Ardi sendiri yang mengaku dengan saya!"

"Ah, kau.. aku tahulah trick kau ni. Kau cuma nak lepas dari hukuman sebab dah buat anak aku patah kaki, kan? Bercakap tak ada bukti, bolehlah.." bangkang puan Halimah bersama jelingan tajam.

"Anak kau pun bercakap tanpa bukti, makcik!" Diaz menjawab bengang. Sikit lagi dia nak pergi terkam puan Halimah kalau tak mengenangkan babanya yang sedang menahan tangannya, melarang.

"Pasal tu anak aku tak perlu bukti! Sebab dia saksi. Dia saksi kau makan dadah, mengedar dadah! Yang engkau ni, mana buktinya anak aku bercakap bohong? Tak ada!"

"Siapa kata tak ada?"

Senyap.

Mereka yang ada disitu terkejut melihat Delilah yang terhincut-hincut keluar dari bilik rawatan. Termasuk doktor dan nurse yang merawatnya tadi.

"Makcik bercakap macam hebat sangat. Makcik tengok apa yang anak makcik buat pada saya. Anak makcik yang paling bagus tu dah rempuh saya sampai terseliuh kaki. Lepas tu ada hati nak lari. Padanlah patah kaki pun!"

Lantang Delilah bersuara. Dari tadi dia mendengar pertelingkahan mereka, buat dia rasa tak senang duduk di dalam sana. Nak tengok juga macam mana rupa makcik yang sungguh becok mulutnya ni. Buat kecoh sampai tak sedar ini tempat orang sakit.

"Kau ni siapa? Hah? Girlfriend dia? Kau orang berdua ni bersekongkol nak kenakan anak aku?"

Puan Halimah bercekak pinggang memarahi Diaz dan Delilah.

"Bersekongkol apanya makcik kalau kaki saya sampai terseliuh macam ni?" Delilah tunjuk kakinya yang siap berbalut.

Namun puan Halimah seolah-olah tidak peduli. Malah mencebik bibir pula.

"Ah! Yang engkau pun satu. Malam-malam begini merayau, nak salahkan anak aku pulak. Kau tu perempuan.. sepatutnya tak payah merayau! Mak bapak kau tak ajar ke dekat rumah?"

Bulat mata Delilah bila ditengking begitu. Baru nak menyahut, Diaz terlebih dahulu bersuara.

"Apa kena mengena pulak dengan mak bapak dia makcik? Suka hati dialah nak keluar kemana, bukan dia anak makcik pun!" Tinggi nadanya mengherdik.

Tersentap terus puan Halimah.

"Tengok tu.. tengok! Kurang ajar. Siapa ajar kau bercakap kasar dengan orang tua, hah? Samseng macam kau ni memang tak reti hormat orang, kan! Memang padanlah kau tak ada mak. Malu dia ada anak macam kau ni." Jari telunjuk langsung terarah tepat pada wajah Diaz.

Berubah raut wajah Diaz. Penumbuk dikepal sambil merenung galak wanita itu

"Puan Halimah!" Tuan Amza mara setapak dengan nafas yang menderu laju. Mahu menegur, tetapi ada satu suara yang mendahului.

"Makcik bercakap baik sikit, makcik! Jangan anak makcik pula yang tak ada mak karang. Entah-entah samseng ni juga yang tolong tanam mayat makcik nanti."

Delilah jegilkan mata dengan bibir tercebir sinis. Menyampah dia dengar ayat makcik ni!

"Saya saksi anak makcik mengaku semuanya. Anak makcik tu dah fitnah Diaz!" Lanjutnya tanpa sedikit rasa gentar.

"Kau jangan nak buat mulutlah! Aku faham benar dengan permainan korang berdua ni. Muda-muda macam ni dah pandai nak menipu orang tua ya? Nak aku cepuk kepala sorang-sorang?" Mata puan Halimah melotot garang. Berang bila Delilah mahu menyebelahi Diaz.

"Puan, tolong jangan tengking anak saya sesuka hati puan. Puan ni siapa nak cepuk kepala anak saya?"

Tidak semena-mena, Lea yang sejak tadi berdiam diri melangkah ke depan. Menegur puan Halimah yang dirasakan sudah keterlaluan.

"Dah tu, ajarlah anak kau ni baik-baik. Supaya tak menipu! Merayau pulak malam-malam." Sahut puan Halimah. Dia berpaling semula kearah Diaz dan Delilah.

Kedua-dua remaja itu sedang buat muka meluat beserta pandangan sinis yang serupa.

"Eh, aku tahulah kau orang ni bersekongkol nak kenakan anak aku. Inilah budak-budak yang tak masuk ajar bila mak bapak ajar. Macam inilah jadinya! Bagus sangat kau orang berdua ni berkawan, seorang kaki dadah. Yang seorang pulak gatal!"

Tuan Amza terkesima. Lea tersentak. Keterlaluan.  Cukup satu perkataan itu yang bergema di minda mereka saat ini.

Lalu..

"Kau nak aku tonyoh mulut kau dekat jalan tar ke, makcik?! Kau siapa nak cop dia gatal bagai?"

"Elok sikit bahasa tu, makcik! Makcik nak masuk acara tarik rambut dengan kita orang ke apa?"

Menderu-deru bicara kasar dari Diaz dan Delilah. Saling mempertahankan antara satu sama lain. Dimana membuatkan Tuan Amza dan Lea tak jadi nak berlawan kata dengan puan Halimah, namun sebaliknya masing-masing menyeru tegas nama anak-anak.

"Diaz!"

"Delilah!"

Dan kedua orang remaja itu seolah tidak peduli dengan teguran yang diberi. Malah semakin jelas menayang muka tak puas hati terhadap puan Halimah.

"Saya ada bukti, makcik. Cuba makcik tutup sekejap mulut makcik tu, supaya kita sama-sama boleh tahu siapa yang salah dan siapa yang benar."

Tukas Delilah. Dia tunjuk telefon yang berada di pegangan. Video yang dia rakam semasa kejadian dimainkan dengan volume penuh.

Untung nasib, saat telefonnya tercampak ketika Ardi merempuhnya, ianya masih merakam. Yang mana, setiap butir perbualan antara Diaz dan Ardi juga termasuk sama.

Mereka yang berada disitu masing-masing memasang telinga. Diaz sendiri terkejut apabila Delilah menunjukkan rakaman tersebut. Suaranya memaksa Ardi untuk mengaku jelas berada disitu.

Dari saat Delilah terduduk dan terseliuh, sehinggalah Ardi mengaku tentang tuduhannya terhadap Diaz sebelum dia melarikan diri dan bunyi kereta merempuh sesuatu. Semuanya jelas kedengaran.

Lea menekup mulut tidak percaya. Tuan Amza mengeluh. Manakala puan Halimah..

Wajahnya pucat lesi! Barangkali jika ditoreh, setitik darah pun tak keluar.

"Rakaman suara ni dah cukup untuk saya dakwa anak puan atas tuduhan yang tak berasas terhadap anak saya."

Tegas. Keras. Berbisa.

Air muka Tuan Amza kala ini kelihatan sukar untuk ditebak.

*****


"Hati-hati."

Tuan Amza membiarkan Delilah memasuki bilik bersama Lea setelah membantunya naik ke tingkat atas. Setelah pemeriksaan yang lebih mendalam, kaki kiri gadis itu didapati hanya terkehel sedikit dan tiada masalah yang serius. Cuma ianya perlukan pemerhatian buat beberapa hari.

Menyedari Diaz yang sejak tadi langsung tidak berbunyi dan hanya menjadi pemerhati di belakang, Tuan Amza menoleh. Anak muda itu masih diam tidak berkutik di ruang tamu.

"Sit." Arah Tuan Amza. Duduk dilabuhkan di set sofa itu.

Akur, Diaz kekal menunduk dengan kedua belah siku menongkat pada peha.

"D minta maaf." Ucapannya memecahkan kesunyian antara mereka.

Tuan Amza hanya memerhati. Memberi peluang kepada Diaz untuk berbicara.

"D tak minta semua ni. D tak ada niat nak libatkan Delilah. D juga tak ada niat nak buat Ardi patah kaki. Semua tu berlaku secara tiba-tiba." Nada Diaz benar-benar kedengaran kesal. Raut wajah sarat dengan rasa bersalah.

Saat ini, dia sudah bersedia untuk menghadapi amarah baba. Malah, sejak terjadinya insiden tadi dia sudah menyiapkan diri untuk menerima kemurkaan lelaki itu.

"Baba yang sepatutnya minta maaf." Tuan Amza menutur kata. Membuatkan Diaz memanggung kepala sedikit. Lain yang dia fikirkan, lain yang terjadi.

"I'm sorry.. sebab gagal pertahankan D. Jujur baba cakap, baba hampir nak percaya yang D buat benda-benda tak baik tu semua."

Nak salahkan Diaz? Mungkin bukan hari ini. Tentang kes sebelum ini pun Tuan Amza sudah cukup membuat anak terunanya itu kecewa. Hendak mempercayai Diaz sepenuhnya itu agak sukar untuk dia lakukan.

Bayangkan bagaimana perasaan Diaz bila dia, ayah kandungnya tidak mempercayai anak sendiri? Sedangkan Diaz tidak melakukan segala tuduhan yang dilempar kepadanya..

"D tak salahkan baba. Padanlah muka D. Perangai D selama ni yang buat baba kurang percaya." Diaz tersenyum sinis dan hambar. Memperlekehkan diri sendiri.

Dia mengaku sikapnya selama ini menyusahkan Tuan Amza. Dia mengaku dirinya teruk. Tapi tidaklah teruk sehingga nak terlibat dengan dadah. Dia masih punya akal fikiran yang waras.

"Ya, tapi sebagai ayah, baba kena yakin dengan anak baba sendiri. Macam puan Halimah tadi." Ujar Tuan Amza lagi, sengaja menyelitkan sedikit gurauan dalam situasi yang agak serius ini.

"Kalau macam makcik tu, baik baba tak payah percaya langsung. D tak nak ada parents yang macam tu. Buta menilai kesalahan anak sendiri." Tidak semena-mena Diaz membidas.

Tuan Amza jongket sebelah kening sebelum segaris senyuman turut terbentuk pada bibir.

"Tapi pasal Delilah, D terima kalau baba nak marah D." Diaz kembali tunduk takut.

"Kenapa?"

"She's your wife's daughter. She's your family."

"And yours too." Sambung Tuan Amza.

Diaz membalas renungan mata lelaki itu. Tersentak dengan apa yang didengarinya.

"D risau baba marah atau D risau pasal Delilah sebenarnya?"

Diam.

Entah mengapa, Diaz seolah-olah tidak punya jawapan untuk pertanyaan itu. Sesaat dia cuba memutar kembali apa yang berlaku tadi, hatinya memberat dengan satu rasa yang dia sendiri tak pasti.

Entahkan kerana rasa bersalah, atau takut. Dia tidak tahu.

"D boleh buat baba sakit jantung sekejap tadi tau tak?" Omel Tuan Amza lagi.

"Tapi baba rasa bangga dengan D. Baba masih jadi orang pertama yang D cari bila berada dalam situasi macam tadi. Walaupun.. kebarangkalian baba akan marahkan D tu tinggi."

Bukan main terkejut dia bila anaknya itu menelefon di tengah-tengah majlis yang dia hadiri. Lagi terkejut bila Diaz memberitahu jejaka itu berada di hospital bersama Delilah.

"Apa yang nak dibanggakan benda macam tu?" Diaz mencebik. Senyuman yang datang tiba-tiba cuba disembunyikan.

Tapi memang betul pun. Setiap kali dia ada masalah kecemasan seperti tadi, baba adalah orang pertama yang terlintas di fikirannya. Hakikat itu tidak mampu dia nafikan. Hubungan mereka memang tidak serapat dulu. Itu benar. Namun, baba adalah orang yang mampu membuat hatinya yang gundah memikirkan masalah menjadi tenang.

"Get some rest. Bersihkan diri, lepas tu tidur. Tak payah fikir pasal apa yang terjadi tadi. Baba akan uruskan semuanya." Ujar Tuan Amza kemudiannya.

Seperti kerbau dicucuk hidung, Diaz bangun tanpa banyak bunyi.

"Goodnight."

Ucapan spontan itu menimbulkan senyum lucu Tuan Amza.

"Goodnight.." balasnya. Hilang saja Diaz dari pandangan, terhambur ketawa kecilnya. Belakang tubuh disandar pada sofa bersama helaan nafas panjang. Lega.

"Am.."

Beberapa saat selepas itu, Lea yang baru keluar dari bilik Delilah datang mendekat.

"Is she okay?" Soal Tuan Amza laju.

Lea mengangguk. "Diaz okey?"

"Ya.." Senyuman Tuan Amza masih memekar. Terpancar jelas riak gembira pada wajahnya.

"You ada perasan sesuatu tak?"

Berkerut dahi Lea.

"Things just getting started." Ujar Tuan Amza. Langsung tidak meleraikan kehairanan yang dialami Lea.

"What things?"

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

23.5K 1.3K 38
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...
1.7K 101 10
Alyssa Sophea Seorang gadis yang menyamar menjadi abang kembarnya sendiri untuk masuk ke sebuah kolej dan pada masa yang sama dia juga turut menyerta...
3.5K 160 4
Pernikahan aturan keluarga? Sangat lapuk! Tersangatlah lapuk. Tetapi apa yang mampu dilakukan Fariha Marissa apabila itulah jenis pernikahan yang dih...
1.4M 102K 57
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...