Dirimu Untukku [TERBIT]

By IeraRoselyn

3.6M 313 65

๐Ÿ…The Wattys 2020 | Winner - Romance Tengku Raykal Aidan... Sayang dan cinta merupakan dua perasaan yang berb... More

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูโœจ
Random Teaser 1
Random Teaser 2
OPEN PRE ORDER
Random Teaser 4
Random teaser 5
Random Teaser 6

Random Teaser 3

866 39 11
By IeraRoselyn

SEBULAN berlalu, namun perkahwinan yang dibina di atas sebab keluarga tetap tiada perubahan. Walaupun bergelar suami isteri, hakikat yang sebenarnya mereka seperti orang asing saja yang tinggal dibawah satu bumbung.

Seperti hari-hari yang berlalu, Sara sahaja yang akan banyak bercakap berbanding suaminya yang lebih banyak mendiamkan diri dan serius sepanjang masa. Tiada gurauan dari Tengku Raykal. Tiada percakapan yang lembut dan romantis untuk Sara. Tengku Raykal tetap dengan kedinginannya bila bersama Sara.

"Awak." Sara melabuhkan duduk disebelah lelaki itu. Wajahnya terpancar keceriaan.

Tengku Raykal tidak menyahut sebaliknya dia terus membaca buku tanpa menghiraukan tangan Sara yang mula melingkar ke lengannya. Sudah biasa.

"Awak." Sekali lagi Sara memanggil. Jari telunjuknya diluruskan pada lengan Tengku Raykal.

"Hm..." Akhirnya Tengku Raykal terpaksa mengalah. Selagi dia tidak menyahut selagi itulah isterinya tidak akan mengalah.

Tangan kiri Sara nak mengusap pipi Tengku Raykal. Itulah dirinya yang semakin hari semakin berani melakukan sentuhan antara dia dengan Tengku Raykal. Walaupun beberapa kali ditegur oleh lelaki itu namun dia tidak ambil peduli. Yang penting dia mesti dapatkan hati Tengku Raykal!

"Awak nak apa Sara?" Tengku Raykal mula rasa rimas. Tapi kalau dia melarang sekali pun wanita itu tidak akan dengar.

Sara tersenyum. Sekarang, kedinginan lelaki itu makin mencuit hatinya untuk semakin dekat. Suka bila melihat Tengku Raykal yang serius.

"Jom keluar. Saya boring la weekend macam ni terperap je dekat rumah."

"Malas." Keluhan Tengku Raykal lepaskan. Muka surat buku dibelek.

"Kalau nak keluar sangat pergi sendiri."

Senyuman Sara mati. Susah sangat nak ajak lelaki itu keluar bersama dia. Bukan payah pun!

"Okay."

Lengan Tengku Raykal dilepaskan dan dia naik ke atas untuk bersiap. Daripada terperap di rumah dengan wajah serius suaminya itu lebih baik dia keluar dengan sahabat-sahabatnya.

Buku ditangan dijatuhkan ke riba. Sara yang mendaki anak tangga itu dilihat bersahaja.

"Cakap sikit merajuk." Tengku Raykal tahu Sara terasa. Tapi biar saja la. Biar Sara semakin jauh darinya dan itu semakin baik daripada membuatkan wanita itu berharap dengannya.

Dia masih dengan egonya. Dia tidak akan mencintai Sara sepertimana dia mencintai arwah Kaseh. Cintanya hanya untuk arwah Kaseh. Tengku Raykal tahu akan perasaan Sara terhadap dirinya. Dari cara dan lagak wanita itu pun sudah dia tahu.

Usai bersiap, Sara turun ke tingkat bawah bersama handbag ditangan dengan lagak biasa. Suaminya dipandang.

"Betul ni awak izinkan saya pergi sendiri?" Soalan ingin memastikan sama ada betul atau tidak kata lelaki itu. Tidak pasal-pasal kena marah jika salah.

Segera Tengku Raykal menoleh ke belakang. Dia terjeda. Sara sudah siap memakai palazo putih dan blouse terqois dipadankan dengan shawl putih yang dibelit kemas dikepala. Bukan terpana dengan keayuan wanita itu akan tetapi terkejut. Dia fikirkan isterinya naik ke atas kerana merajuk. Namun, sebaliknya.

"Awak nak pergi mana bersiap macam tu?"

Sara buat muka. "Tadi awak juga yang suruh saya keluar sendiri. Saya nak keluar la ni."

"Bila saya cakap?"

"Tadi. Jangan cakap awak lupa. Awak tu belum tua lagi tau tak? Ish!" Sara berpeluk tubuh. Sudah dia agak, suaminya itu cakap lain buat lain. Tak boleh pakai betul.

Tengku Raykal diam. Tidak tahu sama ada izinkan atau tidak. Mana pernah dia lepaskan Sara pergi seorang diri walaupun dia tidak sayang kepada wanita itu. Sara adalah tanggungjawabnya.

"Boleh tak?"

"Pernah tak saya izinkan awak pergi mana-mana without me?"

"Pernah. Haritu awak tinggal saya dekat Pivillion then awak pergi jumpa kawan-kawan awak. Saya jalan seorang diri tahu tak?" Jangan cakap yang suaminya itu lupa lagi. Belum tua sudah lupa banyak perkara.

Keluhan Tengku Raykal lepaskan. Ada saja jawapan dari isterinya itu. Cili karang baru tahu.

"Tunggu. Saya pergi siap." Dia bangun dari sofa dan segera naik ke tingkat atas.

Tersengih sehingga ke telinga Sara. "Yes!"


KETIKA di dalam kereta, Sara tidak habis-habis mengerli suaminya disebelah sedang memandu. Tengku Raykal yang mengenakan jeans putih dan t-shirt lengan panjang berwarna hitam kelabu. Melting melihat suami sendiri. Dengan lengan baju lelaki itu disising sehingga ke siku. Bergaya habis!

"Jom."

Suara Tengku Raykal menyedarkan dia. Tengok suami sendiri sampai tak sedar yang mereka sudah sampai destinasi yang dituju.

Parah Sara. Parah!

"Nak buat apa dekat sini?" Soal Tengku Raykal sambil menekan remote kereta untuk dikunci.

"Saja nak jalan-jalan. Lepastu saya ingat nak beli barang dapur sikit." Tengku Raykal didekati dan tangan itu cuba diraih namun cepat saja lelaki itu mengelak darinya dengan berjalan terlebih dahulu ke depan.

Sara mengeluh. Nak pegang tangan pun tak boleh ke? Langkah suaminya dibuntuti dengan hati yang sebal dan kecewa.

"Kal?"

Terhenti langkah Tengku Raykal dan Sara. Si pemanggil sama-sama dipandang mereka berdua.

"Ya Allah, Kal. Tak sangka jumpa you dekat sini." Begitu teruja si pemanggil menyapa dan menghampiri mereka berdua. Tetapi Tengku Raykal yang menjadi tumpuan.

Tengku Raykal mengerutkan dahinya kerana tidak mengenali perempuan itu.

"Sorry. Can I know who are you?"

Soalan Tengku Raykal disahut dengan ketawa kecil sebelum dibalas. "I dah agak dah. I la Zaty. Bestfriend arwah Kaseh. Lupa?"

Kaseh?

Terhenti denyutan jantung Tengku Raykal bila nama itu disebut perempuan bernama Zaty itu. Baru dia ingat akan Zaty itu. Selepas kematian Kaseh, dia langsung tidak menghubungi rakan-rakan gadis itu.

"Oh sorry I lupa."

"No. It's okay."

Sara yang dianggap seperti dirinya tidak wujud disitu diam saja. Dalam hatinya tertanya-tanya siapakah arwah Kaseh yang dimaksudkan Zaty itu? Apa kaitan dengan suaminya? Perasaan cemburu mula menjengah tetapi tidak ditunjuk.

"You buat apa dekat sini? Seorang saja ke?" Soal Zaty masih tidak sedar akan Sara yang berdiri di sebelah Tengku Raykal.

'What? Dia cakap laki aku datang seorang? Dia tak nampak ke aku tercegat sebelah laki aku ni?!' Bentak hati Sara. Geram dia bila rasa tidak wujud disitu.

Suaminya itu satu. Bukan nak kenalkan dia kepada Zaty malah buat tidak tahu dengannya lagi ada la. Lebih baik dia pergi dari situ daripada dia lebih berasa cemburu. Tanpa pengetahuan Tengku Raykal, dia mula melangkah pergi memasuki salah satu deretan kedai yang ada disitu.

"I datang dengan wife..." Berkerut dahi Tengku Raykal bila melihat disebelahnya kosong. Tadi rasa isterinya ada disitu.

Zaty tidak mengerti. "Wife? Are you married?"

Tanpa banyak alasan Tengku Raykal mengangguk. Dia tahu Zaty terkejut kerana Zaty tahu yang dia hanya setia kepada arwah Kaseh.

Tak semena-mena senyuman Zaty gariskan. Syukurlah lelaki itu telah memilih kehidupan sendiri berbanding terus meratapi Kaseh yang telah tiada.

"Alhamdulillah. Congrats. So, where's your wife?" Mata Zaty turut liar mencari figura isteri Tengku Raykal walaupun dia belum kenal.

Tengku Raykal menggeleng. "I don't know sebab tadi dia ada je dekat sebelah I." Suara risau mula keluar. Ke mana pula Sara pergi?

"Sebelah you? Laa... perempuan tadi tu wife you? I ingatkan siapa. I nampak dia dah pergi tempat lain masa you cakap dengan I." Sungguh. Dia ingatkan tadi orang lain.

IPhone dari kocek dikeluarkan dan nombor Sara di dail. Nak pergi ke mana pun bagitahu la dia dulu. Tak ada la dia risau.

"Dia jawab tak?" Tanya Zaty setelah melihat Tengku Raykal cuba menghubungi beberapa kali.

"Tak."

"I rasa dia lari sebab dia jealous tengok kita kut. Merajuk la tu." Kalau dia pun dia akan cemburu juga bila melihat suami bercakap dengan perempuan lain tanpa mempedulikan dia yang berada disebelah.

Sekeliling kiri dan kanannya diperhati. Mana tahu isterinya masih ada berdekatan situ. "Zaty kita jumpa lain kali eh. I pergi cari dia dulu."

"Okay la. I pun nak cari hubby I dengan anak I. See you next time." Zaty seakan faham perasaan Tengku Raykal sekarang kerana dia dapat lihat dari wajah lelaki itu.

Kaki Tengku Raykal melangkah ikut suka hati. Tidak tahu ingin mencari Sara dimana. Apa masalah isterinya itu sebenarnya? Dah tak sabar nak beli barang dapur ke apa sampai tak dapat tunggu dia habis berbual?

Sekali lagi nombor Sara dihubungi dan kali ini panggilan itu dijawab.

"He..."

"Apa masalah awak hilang tiba-tiba?" Terus disoal tanpa menunggu.

"Hilang? Siapa hilang? Saya ada saja la dekat kedai baju sebelah awak bercakap dengan kawan awak tadi. Awak tu yang hilang sekarang. Saya keluar tengok awak dah tak ada."

Langkah Tengku Raykal terhenti disitu. Sudah jauh dia berjalan dalam pasar raya ini. Rupanya Sara hanya ada berdekatan dengannya sebentar tadi? Nasib baik dia tidak sempat cari Sara ke tingkat atas. Buat penat dia saja berjalan dengan laju untuk cari isterinya itu.

"Kenapa tak angkat saya call?"

"Oh saya buat silent. Awak dekat mana?"

"Keluar dari kedai tu then jalan straight. Saya ada dekat depan KFC ni."

"Awak nak belanja saya ke?"

Geraham diketap. Dia tak ada masa untuk main-main sekarang.

"Just come here and jangan banyak tanya." Panggilan dimatikan dan dia berpeluk tubuh menunggu Sara.

"Ada isteri pun menyusahkan." Dia mula merungut.

"Aduh!"

Bunyi suara mengaduh membuatkan kepalanya tertoleh. Terbuntang matanya melihat Sara yang terjelepok di atas lantai. Ada seorang lelaki di situ yang cuba membantu isterinya. Langkah diatur ke situ dengan perasaan marah.

"Miss. I'm sorry. Saya tak nampak awak tadi. Saya minta maaf." Mohon lelaki yang telah melanggar Sara.

Sara menggeleng sambil cuba untuk bangun. Perit pergelangan pada kakinya terasa.

"Tak apa."

"Kenapa ni?"

Kepala didongakkan bila suara itu dia sangat kenal. "Jatuh sikit je." Tipu Sara.

Susah payah untuk dia bangun memandangkan dia memakai heels ditambah pula dengan kaki yang sakit. Namun dia cuba kawal sakit itu.

Lelaki yang melanggar Sara memandang Tengku Raykal. "Sorry Encik. Saya dah terlanggar dia. Saya betul-betul tak sengaja."

"Lain kali jalan elok-elok. Saya maafkan." Mendatar saja Tengku Raykal berkata.

Lelaki itu sekali lagi memohon maaf sebelum beredar.

"Aw..."

"Jom balik. Kalau datang sini nak menyusahkan orang baik tak payah."

Terdiam Sara mendengar kata-kata itu. Menyusahkan? Adakah dia telah menyusahkan lelaki itu? Baru dia mahu memberitahu kepada suaminya tentang kakinya yang terseliuh.

Namun lepas lelaki itu berkata seperti itu, terus dibatalkan saja niat itu. Perlahan-lahan dia berjalan mengekori Tengku Raykal dengan kaki yang sakit dan terasa perit itu ditahan.


TERHINJUT-HINJUT dia melangkah keluar dari tandas selepas membersihkan diri. Segera duduk dilabuhkan dihujung katil. Pergelangan kaki yang terseliuh diperiksa. Warna kebiruan dibahagian situ sudah mula timbul. Mana tidaknya, boleh tahan kuat kakinya tergelecek saat dilanggar tadi.

"Kalau datang sini nak menyusahkan orang baik tak payah."

Air mata mengalir dipipi bila ayat itu terngiang ditelinganya. Sampai hati suaminya berkata begitu kepada dia. Apa salah dia? Hanya disebabkan dia dilanggar orang sehingga jatuh dia dikata menyusahkan? Sepatutnya dia la yang berasa susah kerana dilanggar sehingga terseliuh kakinya itu.

Apa lagi cara untuk dia ambil hati lelaki itu? Benci sangatkan kepada dirinya? Apa silapnya? Selama sebulan bergelar isteri kepala lelaki itu, sedikit pun tiada perubahan pada suaminya.

Air mata diseka sebelum dia perlahan bangun dan berjalan untuk mengambil ubat sapu. Minyak panas diambil dan disapu perlahan ditempat terseliuh.

"Aduh!" Sakit betul bila terkena pada tempat yang membengkak itu. Kalau tidak pergi ke klinik semakin parah jadinya.

"Ada laki doktor pun bukan boleh tolong."

'Macam mana nak tolong kalau kau tak bagitahu dia. Bengap.' Bidas otaknya.

Dia bukan tak hendak bagitahu, tapi takut nanti dia yang terkilan. Semestinya lelaki itu hanya buat tidak tahu dengan dia yang sakit ini.

"Apa aku nak buat dalam bilik ni? Baru petang kot." Keluhan dilepaskan. Kaki bengkak itu dipandang.

Kalau turun ke tingkat bawah merana dia nanti hendak pijak satu persatu anak tangga itu. Dia ingin naik ke atas tadi pun terseksa habis ini kan pula turun.

Tengku Raykal dibawah hairan kerana Sara tidak turun sejak naik ke atas setelah mereka sampai tadi. Biasanya kalau isterinya itu merajuk, tetap akan turun ke bawah dan bercakap dengan dirinya. Tapi hari ni lain sangat.

Satu jam berlalu tapi batang hidung Sara di tingkat bawah masih belum muncul. Tidak betah, Tengku Raykal naik ke atas dan hampiri bilik Sara. Tombol dipulas dan kemudian dibuka pintu itu perlahan-lahan. Sara yang sedang tidur melintang diatas katil dengan posisi mengiring dipandang.

"Tidur rupanya."

Baru dia ingin menutup kembali pintu itu terperasan sesuatu pada kaki Sara. Pintu dibuka kembali lalu di masuk mendekati kaki Sara yang kelihatan kebiruan dan bengkak. Berkerut dahinya.

'Kenapa dengan kaki dia?' Soal dia di dalam hati. Punggung dihenyah disebelah kaki Sara dan perlahan-lahan kaki itu dipegang.

Sara yang jatuh tadi meyakinkan dia itu adalah penyebab kenapa kaki wanita itu bengkak. Perasaan bersalah perlahan-lahan mengusik tangkal hatinya. Patutlah dia nampak Sara berjalan terhinjut-hinjut.

Terus terbuka mata Sara kerana terkejut. Tubuh ditegakkan dan luas mata dia bila melihat Tengku Raykal yang duduk diatas katilnya. Sejak bila lelaki itu masuk?

"A... awak bila masuk?" Kaki yang sakit disembunyikan dengan duduk bersila walaupun sakit.

Terkaku mata Tengku Raykal melihat kesan air mata berbekas pada pipi Sara. Ini bukan kali pertama dia melihat kesan air mata itu. Tidak tahu berapa ribu kali Sara menangis sepanjang perkahwinan mereka. Dan dia tahu, dia la penyebab air mata itu keluar.

"Tunjuk tempat sakit tu." Soalan Sara tidak dibalas. Kaki itu lebih penting.

"Sakit? Ma... mana ada saya sakit." Sara berdalih kuat. Dia tahu lelaki itu tidak akan ambil peduli pasal dia biarpun sakit itu ditunjuk.

"Qaisara Amalin dengar tak saya cakap?"

Gulp!

Dah keluar dah suara tegas dari suaminya. Itu yang buat dia cuak. Akhirnya terpaksa la dia tunjukkan. Teragak-agak kaki kanan dipanjangkan ke arah Tengku Raykal dengan mata yang terpejam.

Tangan kasar Tengku Raykal yang menjalar pada kakinya itu membuatkan paluan yang paling kuat di dada. Bukannya dia tidak pernah menyentuh lelaki itu. Tetapi sekarang lelaki itu yang menyentuh dia. Memang berdebar.

Kaki Sara dibelek. "Kenapa tak bagitahu? Dah teruk dah ni."

Sara diam.

"Aduh! Awak sakit la." Mengaduh dia bila dengan sengaja Tengku Raykal menekan kawasan sakit itu. Ada juga yang kena sepak terajang.

Sabar. Suami.

Tanpa kata, Tengku Raykal keluar dari bilik isterinya. Meninggalkan Sara.

"Dia buat aku sakit lepas tu dia pergi macam tu saja? Ada perasaan ke tak ada mamat tu?" Sara mula membebel dengan sikap selamba Tengku Raykal yang keluar meninggalkannya.

Tidak henti-henti bibir Sara membebel sehingga la Tengku Raykal masuk ke dalam bilinya semula bersama segulung bandage ditangan. Sara perhatikan saja suaminya yang telah ambil tempat dimana dia duduk sebentar tadi.

Kaki milik Sara diangkat dan diletakkan di atas riba lelaki itu. Terkaku Sara dengan tindakan Tengku Raykal.

"Kenapa tak bagitahu yang awak terseliuh tadi?" Soal Tengku Raykal dengan tangan lincah membalut pergelangan kaki isterinya. Kaki itu dibalut supaya tidak menyebabkan lebih teruk. Esok dia akan bawa Sara ke hospital.

Sara hanya berdiam diri. Dia masih malas bercakap dengan lelaki itu. Atau dalam erti kata sebenar, dia tengah merajuk. Kepala dipalingkan ke arah wardrobe. Sengaja tidak ingin memandang suaminya biarpun dadanya berdebar gila.

"Esok ikut saya pergi hospital. Saya nak x-ray takut patah."

Mencerlung mata Sara memandang Tengku Raykal. Patah? Eh hello, dia masih boleh berjalan. Naik ke tingkat atas ini pun dia masih mampu. Tak mungkin patah.

Setelah siap membalut bandage dengan kemas pada kaki Sara, Tengku Raykal bangun dan menghulurkan tangannya kepada Sara.

Pelik Sara tengok. Dahinya berkerut. "Apa?"

"I know you're hungry. Dari pagi tak makan. Jom turun."

"Dengan kaki macam ni? Tak apa la. Saya malas turun." Kedudukan dibetulkan. Sara bersandar pada kepala katil. Tangan ingin mencapai bantal disebelah untuk diletakkan dibawah kakinya yang terseliuh.

Tengku Raykal mengeluh. Ini yang dia malas ni.

"Suka hati." Lalu dia keluar dan menutup pintu bilik itu. Nanti pandai-pandai la isterinya itu turun kalau nak makan. Orang nak tolong tak nak.

"Aku dah agak dah. Laki aku tu hati beku and tak pandai pujuk isteri yang tengah sakit ni." Bengang betul Sara dengan sikap suaminya itu.

Nak teaser lagi ke? Hehe .

Continue Reading

You'll Also Like

2.9M 259K 88
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
1.4M 45.9K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
307K 14.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
216K 7.1K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...