Mr Vader (OG)

By coffeloff

17.5K 1.7K 98

Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang l... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40

Bab 25

355 32 1
By coffeloff

Mata galak melihat tubuh badan tinggi bergerak memukul bulu tangkis. Rambut yang bergerak mengikut ayunan badan. Peluh yang merenik jatuh dilap kasar. Handsome betul mamat ni. Nak blushing tapi tak jadi sebab aku teringat kes pagi tadi.

  Petang tadi, Muqris call aku ajak main badminton. Aku cakap setuju sebab kira upah dia teman aku ke klinik gigi untuk appointment braces. Gigi aku terlalu sempurna sampaikan perlu pakai braces. Cemburu juga aku tengok gigi Muqris yang sempurna sampai tak perlu pakai braces. Patutlah dia confident nak senyum nampak gigi.

Sebelum aku masuk ke dalam bilik doktor, sempat Muqris suruh aku tukar getah ke lampu LED. Katanya, bagi 'Nur' dalam mulut aku supaya senang gosok gigi tanpa buka lampu. Ergh! Nak je aku telan dia hidup -hidup.

Kembali ke topik utama, selepas maghrib aku ke dewan yang dipilihnya. Dia ajak kawan dia. Aku ajak kawan aku. Bayaran? Dah tentu aku yang bayar nama pun upah kan.

"Timoh! "Ayesha menghulurkan raket badminton. Menyuruh aku untuk bermain.

Aku menggeleng kepala.

Tak ada mood nak main. Ingatkan petang tadi aku sekadar tukar getah baru. Sekali... Noh! Doktor ketatkan braces sekali. Sebabtulah aku tak main, sakit doktor ketatkan braces masih terasa. Rasa sakit tu hanya Allah yang tahu. Nak buka mulut pun tak kuasa.

"Jomlah! "ajak Taufiq.

"Tak ada function bayar tapi tak main."kata Sofean.

Pendirian aku tetap. Tak nak!

"Duit dia. Buat apa nak kecoh? Orang membazir memang dalam golongan syaitan. "sindir Ajwad.

Auch! Tajam lidah Ajwad berbicara. Lagi sakit kalau Muqris join sekali. Sebelum Muqris buka mulut, lebih baik aku masuk ke court.

Raket badminton dicapai.

Aku bertukar tempat dengan Taufiq. Aku dan Ayesha menentang Muqris dan Ajwad. 

Taufiq meletakkan bulu tangkis di atas jaring. Bulu tangkis dilepaskan. Nasib tidak menyebelahi aku apabila bulu tangkis jatuh ke kawasan pihak lawan.

"Nice!" Muqris mengambil bulu tangkis.

"1 set je. "Malas aku nak main lama -lama. Tak kuasa!

"Macam bosan je main suka -suka. "Haaa sudah! Apa pula akalan Muqris.

"Habistu? Kau nak main masam -masam? Ke main marah -marah? "Bukan aku sorang je nampaknya bosan dengan perangai Muqris. Sofean pun sama!

"Ei! Masham! "Taufiq menutup hidung.

"Macam ketiak kau. "balas Ajwad.

Taufiq mencebik.

"Kita buat pertaruhan. Yang kalah perlu turuti 3 permintaan pemenang tanpa sebarang bantahan. Deal? "

Menarik!

"Deal."Laju aku membuat keputusan. Dalam kepala dah terfikir untuk minta macam -macam walaupun kadar peratus untuk aku menang ialah 0%.

Kenapa 0%? Dulu Muqris merupakan bekas atlet dan jurulatih untuk sukan badminton sewaktu zaman sekolah. Setiap kali dia pergi berlawan, tangan dia takkan kosong. Seingat aku, dia pernah dapat nombor 3 sekali sahaja dan selebihnya nombor 1 atau nombor 2. Sekali je mat dia dapat nombor 3. Jawapannya apa? Mampus!

Tapi aku takkan mengalah! Walaupun aku tahu agak sukar untuk melawannya, aku akan cuba sehabis yang baik.

"Woi! Aku tak kata apa- apa pun! "bentak Ayesha.

Hujung bibir Muqris naik. Dia memulakan permainan dengan serve.

Bulu tangkis yang dipukulnya ke arah aku. Balasan pukulan diberi dan bulu tangkis bergerak ke arah Ajwad. Dibalas pukulan dengan teknik swing motion. Orang pro lain. Macam -macam teknik digunakan. Lainlah aku ni. Teknik apa pun aku tak tahu.

Permainan sangat sengit. Sedar tak sedar point di papan putih kecil bertukar dari 0-0 ke 19-20. Tak payah teka pun dah tahu. Aku dan Ayesha point 19  tu. Nasib dapat 19 tu pun sebab aku smash dan Ajwad tak sempat nak balas pukulan aku akibat kesilapan dia duduk terlalu dekat dengan jaring. Muqris pula blur sebab Sofean memanggilnya.

Ceh! Padahal dalam diam Sofean backup aku. Dia tak nak support Muqris. Padah banyak kali perdajalkan kawan sendiri.

Aku dan Ayesha bertukar tempat kerana mata yang dapat dihasilkan dari kumpulan aku. Bermakna Muqris sebagai received.

Bulu tangkis aku ambil.

Berdebar. Mata terakhir bagi pihak lawan. 2 mata lagi untuk menjadikan kumpulan aku sebagai pemenang. Tangan bersedia untuk memukul bulu tangkis.

Mata dialihkan memandang pihak lawan. Sempat Muqris mengenyitkan mata. Terkejut aku dengan tindakan Muqris. Akibatnya bulu tangkis yang aku pukul tersasar dan jatuh di luar court.

Out.

Taufiq memadam papan putih. Ditulis markah baru. 19-21. Muqris, Ajwad dan Taufiq bersorak.

Fade up. Aku melepaskan raket.  Lantaklah raket mahal ke murah. Tapi kalau tengok raket macam jenama Victor. Ah! Malas aku ambil kisah pasal raket. Yang menjadi masalahnya macam mana bulu tangkis boleh tersasar?!

"Apahal kau ni? Kalau tak pandai serve, biar aku yang serve. Kau tengok sekarang! "Ayesha menolak bahu aku.

Aku memberikan jelingan tajam.

Automatik Ayesha melangkah beberapa tapak ke belakang. Kau jangan eh! Aku punya garang sampai Ayesha pun terdiam.

"Amacam? "

"Last point tak adil, eh! "bentakku.

"Macam mana boleh tak adil. Aku tengok adil je. Kau serve. Out. Point dapat ke pihak lawan. "hujah Taufiq.

Aku menggigit bibir.

"Tadi Muqris dia-"

"Kenapa dengan aku? "potong Muqris laju.

Air liur ditelan. Sejak bila dia berdiri sebelah aku pun, aku sendiri tak sedar.

Taufiq menepuk tangan untuk menghilangkan ketegangan. "Ok! Seperti yang dijanjikan. 3 permintaan."

Semua memandang Ajwad. Giliran dia dahulu untuk mengutarakan permintaan.

"Permintaan pertama aku, kau...Ashal. "

Kening aku sedikit berkerut. Jari ditunjuk ke arah diriku sendiri. Apahal aku pulak ni?

Ajwad dan Muqris sempat bermain mata sebelum dia menyambung percakapan. "Aku nak kau terima lamaran Muqris. "

Kali kedua aku fade up. Ingat kahwin ni perkara main -main ke?!

"Kedua, aku nak kau ikut segala arahan Muqris. Dan yang terakhir, aku tak nak jumpa minah ni lagi. Serabut! "Ajwad menunjukkan jari ke arah Ayesha.

"Kau ingat aku kebulur nak jumpa kau ke? "bidas Ayesha. Jelingan diberikan.

"My turn! "

Muqris meletakkan jari di bawah dagu. Seakan akan sedang berfikir.

"Permintaan pertama aku sama macam Ajwad. Terima lamaran aku. Permintaan kedua, aku nak Ayesha keluar dengan Ajwad. "kata -kata Muqris membuatkan kami semua terkejut.

Sofean menepuk dahi. "Bala! "

"The heck bro? Kau suruh aku keluar dengan minah ni? "Jelas kedengaran nada tidak puas hati dari Ajwad.

"Permintaan mengarut! Memang taklah aku nak ikut! "bentak Ayesha. Bukan Ayesha sorang nak membentak, dengan aku sekali nak ikut.

"Orang suruh korek telinga dia pergi korek hidung. Aku suruh Ayesha keluar dengan Ajwad. Bukannya Ajwad keluar dengan Ayesha. Keputusan aku muktamad. Dua -dua belah pihak dah bersetuju untuk tunaikan 3 permintaan. Tiada paksaan, kan? "Muqris ingin memastikan tiada bantahan.

Aku yang tak korek telinga atau memang dia cuma sebut 2 permintaan sahaja?

"You only said two wishes. Where's the last one? "

Seakan akan baru tersedar, yang lain juga turut memandang Muqris.

Hujung bibirnya naik.

"Ouh! Don't worry, bear. I'm gonna keep my last wishes for something more important. What you have to worry is you better get ready for my last wishes. "Sempat dia mengenyitkan mata.

Urgh!

Annoying! Aku menayangkan muka cemberut.

"Well my lady, would you accept me in your life? Will you marry me? "Tangan kanannya diletakkan di dada seperti seorang gentleman. Matanya tepat memanah ke dalam anak mataku untuk meminta jawapan.

Aku mengeluh pendek. Kepala diangguk.

Dewan itu kecoh dengan bunyi sorakan sehingga Ayesha menutup telinga. Orang ramai mula memandang ke arah court kami. Aku menyorok di belakang Muqris. Malu nak mampus!

"Kawan aku nak kahwin! "Sorakan Taufiq menerima pukulan di kepala oleh Ajwad.

Muqris mengangkat raket Yonex miliknya. "Aku letakkan raket ni sebagai hantaran kita. Tanda sebagai saksi kau terima aku dalam hidup kau. "

"Tak kisah."

Mulut Sofean terbuka luas. "Hang biaq betoi, Ris?! Raket mahal tu! Yonex Astrox 100 zz kot!"

"Saya nak hantaran RM 15 000. Mas kahwin RM 50 000. Sanggup? "tanyaku.

Muqris angguk yakin.

Ekeleh! Yakin sangat. Kita tengok sampai mana dia punya yakin. Aku takkan letak harapan tinggi. Cukuplah aku pernah termakan kata -kata manis dengan yang dulu. Andai Muqris mengangkat kaki untuk pergi sebelum hari pernikahan, sekurang kurangnya aku tak terkesan.

Pintu kafe ditutup. Rezeki aku untuk dapat pekerja yang ringan tulang. Nampak gayanya aku tak perlu lagi nak ke kafe untuk memeriksa keadaan kafe. Semuanya tersusun rapi dan kemas! Tiada bad feedback dari pelanggan. Cukup dapat memuaskan hati aku.

Bunyi daun bergesel di semak samun menarik perhatian aku. Di sebelah kafe aku memang ada semak samun dan setiap 2 bulan akan ditebas. Mungkin aku terlepas pandang untuk mengupah orang menebas semak samun yang semakin serabut.

Mata aku terarah seman samun itu. Haaa sudah! Kalau hantu aku boleh bawak bincang. Baca surah Al Baqarah terus ke. Kalau haiwan buas memang aku lari tak cukup tanah.

Telinga aku sekali lagi dapat menangkap bunyi daun kering dipijak.

Kepala dah banyak aura negatif. Terus aku masuk ke dalam kereta. Pintu dikunci.

Nafas lega dihembus.

Pelik. Pintu kereta aku dah kunci dari dalam tapi kenapa bulu roma aku menegak. Dari hujung mata aku dapat lihat ada penampakan lembaga hitam yang besar di sebelah kerusi pemandu.

Gulp!

Air liur ditelan kesat. Nafas terasa tersekat di kerongkong. Mulut aku bersiap sedia untuk tibai mana -mana ayat Al Quran. Asal boleh.

"Ekhem!" Lembaga itu berdehem.

Aku memberanikan diri untuk menoleh ke tepi. Mata aku membulat. Anak mata berlaga.

"ARGHHHHHHH! "Aku dan lembaga itu menjerit serentak.

Seakan tersedar, aku berhenti menjerit. Begitu juga dengan lembaga itu.

"ARGHHHHHHHHH! "Sekali lagi aku dan lembaga itu menjerit.

Tangan laju memukul kepala lembaga itu. "MUQRIS! "Hampir luruh jantung aku. Dia rupanya!

Muqris tersengih dalam kesakitan.

"Macam mana awak boleh ada dalam kereta saya? "tanyaku. Dia pengamal ilmu hitam ke? Boleh tembus masuk ke dalam kereta aku.

"Ewahhhh! Suka hati tuduh titew! Dia tak kunci kereta. Lepastu salahkan titew! "Dia memeluk tubuh. Seperti sedang merajuk.

Aku menolak bahunya. "Tak payah nak merajuk. Sepatutnya saya yang merajuk. "

"Lantak! Nak merajuk jugak. "Muqris menjelirkan lidah.

Mata dijulingkan ke atas. Menyampah! Ada satu cara nak tundukkan Muqris. Idea jahat keluar dari fikiran. Aku mengeluarkan IPhone milikku. Dilekatkan di telinga.

"Hello, ma. Shal nak batal perkahwinan dengan Ris. Sebab dia-"Tangannya pantas mencapai telefon pintarku.

"Bodoh! Janganlah gila. "Telefon milikku di tangannya dia lihat. 

Bibir mengukir senyuman.

"Ceh! Aku ingatkan kau call  betul- betul."

Dia berura-ura untuk memberikan kembali telefon pintarku. Jarinya yang menyentuh skrin telefon membuatkan skrin itu menyala. Terpampang gambar wallpaper lockscreen. Gambar itu ditenung lama.

"Semicolon butterfly." gumamnya perlahan. 

Aku tersentak. Tak sangka dia kenal simbol itu. Perlahan tangan aku mencapai telefon pintar di dalam pegangannya. 

Keadaan menjadi sunyi buat seketika. Aku menghidupkan enjin kereta. Penghawa dingin dibuka.

"McD jom!"ajaknya tiba- tiba.

"Sekarang ke?" Isu tentang gambar di wallpaper lockscreen dilupakan. 

Muqris angguk. 

Tanpa banyak soal aku mengikuti kehendaknya. Kereta dipandu sehingga ke McDonald's. Sebaik sahaja tiba di McDonald's, pesanan diambil. Aku memesan McFlurry Matcha manakala Muqris memesan Happy Meal dan McFlurry Oreo. Jangan kata tak ketawa. Sebaik sahaja pesanan sampai, aku tibai gelak dulu. Sumpah kelakar! Askar yang muka tak ada perasaan macam Muqris beli Happy Meal. Sampai senak perut aku ketawa. Muka dia beriak selamba. Seperti tidak terasa apa- apa.

"Do you watch 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck'?" Muqris memulakan topik perbualan. Tangan rancak menyuap aiskrim.

"Tak. But I heard people say that movie is good." 

Dia melihat jam di pergelangan tangan. "Jom masuk taman permainan tu."

"Kau punya perangai hyperactive memang waktu malam je, erk? Malas aku nak layan."

Sekejap pergi McD. Lepastu topik movie. Tak ada topik lain dia ajak main taman permainan dalam McD malam -malam buta. Tak fahamlah aku!

"Ok! Ni topik terakhir. Pakai ni." Sebelah Bluetooth Earpood diberikan kepada aku.

Malas- malas aku menyambut hulurannya. 

"Kau pilih lagu." 

Lagu Dark Paradise yang dinyanyikan oleh Lara Del Rey menjadi pilihan aku. Kami berdua diam menikmati lagu.

"Kau tak habis cerita lagi pasal senior yang kau suka sampai sekarang. Siapa lelaki tu? Nak jugak aku kenal -kenal. Boleh jemput dia pergi majlis kita nanti."tanya Muqris.

"Entah. Dah kahwin kot. Manalah saya tahu!" Tak payah cari jauh. Senior yang aku sebut tu ialah kau Muqris oi! Buat apa nak jemput diri sendiri. Lainlah kalau aku kahwin dengan lelaki lain. Boleh jugak aku jemput kau.

"Kau dah cakap dengan keluarga kau pasal kita? Apa dorang cakap?"

"Eh, nak tanya. Kenapa saya dengar mak awak cakap tak ada slang Chinese pun. Ajwad kata mak awak Chinese." Aku menukar topik.

"Memang ma orang cina. Dah kahwin dengan orang Terengganu. Hilang la slang cina tu. Tapi ma still boleh cakap cina. Kahwin dengan orang Terengganu, kena cakap Teranung la boh! Dulu makan oink oink. Leni  ma makan  nasik ngan budu. Mung ade? Akdok!"seloroh Muqris.

"Tak bau syurga cakap ma awak makan oink tu."

"Eih betul lah!"

"Tapi kan,"

Aku menghembus nafas berat." Apa rasa oink oink tu eh?"

"Rasa dia sedap! Masuk je dalam mulut, daging tu tak payah kunyah. Cair dalam mulut." Rancak dia bercerita.

"Awak pernah makan ke?! Astaghfirullah! Taubat Muqris!"

"Bukan setan. Aku dengar kawan non muslim aku ceritalah! Gila kau kalau aku makan babi baik aku bela anjing sekali. Dua- dua najis mughallazah."kata Muqris.

Aku mengangkat kedua bahu.

"Manalah tahu, kan?"

"Tak ada maknanya mana tahu."

Continue Reading

You'll Also Like

9.7K 845 47
Katherine Humaira Binti Umar firhad seorang remaja perempuan berumur 17 tahun...Introvert..sangat tidak ramah,panas baran,Namun orang nya sangat sang...
2K 252 20
Hai.. In this book, there's a bunch of french quotes and meaning collectionπŸ’žβ€ I hope that you all enjoy reading this.😍
846K 60.9K 71
[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU DUA ] Selepas segala dugaan dan cabaran yang Fleur Sophia alami selepas pindah ke Malaysia, gadis itu akhirnya dapat miliki...
47.9K 2.4K 20
Wajahnya tidak kelihatan.Tertutup mukanya dan hanya terlihat matanya yang menawan.Tapi itu tidak menghalangi perasaan Luth kepadanya. Luth menyukai A...