Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

By Dandelzel

234K 15.4K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... More

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~19

3.5K 252 29
By Dandelzel


Masuk ke dalam kelas, giliran Myra pula yang berleter setelah mengetahui apa yang terjadi. Qash sekadar menadah telinga. Delilah dan Laith hanya memerhati.

"Macam mana boleh luka macam ni, Qash?" Dengan berhati-hati, tangan Myra menekap calar di pipi Qash menggunakan tisu. Memang calar yang kelihatan nampak kecil sahaja, tapi hatinya tetap risau bila nama Diaz menjadi topik utama.

"Awak memang suka macam ni kan? Suka nak susahkan diri. Kenapa perlu libatkan diri dengan Diaz? Awak tahu kan dia macam mana orangnya.."

Ayat Myra, sebijik macam ayat Laith awal-awal tadi. Delilah senyap di tempatnya. Rasa bersalahnya semakin menghurung diri. Kalau bukan sebab dia, Qash tak akan terlibat dengan Diaz, lelaki yang kedengarannya bahaya itu.

"Jangan besarkan hal remeh macam ni, Myra. Sikit aje ni. Tak rasa apa pun."

"Kita sekarang tengah bercakap pasal Diaz Raiden, Qash. Dari dulu lagi dia memang jenis yang panas baran. Kalau dia berdendam macam mana? Kau nak, bertumbuk dengan dia lagi? Macam dulu."

"Laith." Renungan Qash mematikan bicara Laith. Manakala Delilah pula terpinga-pinga.

"Macam dulu?" Soalnya. Ini kali kedua dia mendengar mereka bercakap begitu.

Laith dan Myra saling bertukar pandang. Seolah-olah tidak mahu bercerita lebih lanjut.

"Benda dah lepas, tak perlu tanya." Usul Qash dengan nada biasa.

Entah mengapa, nadanya itu bagaikan memberitahu Delilah bahawa dia tidak layak untuk tahu. Bibir hanya mengukir senyum hambar. Rasa itu datang lagi.

Rasa yang seperti dipulaukan. Seperti kerdil di antara mereka.

"Sebelum ni awak tak kisah pun dengan apa yang berkaitan dengan Diaz." Myra masih tak berpuas hati.

"Masalahnya ada kaitan dengan Delilah."

"Ya, saya faham. Tapi Qash, awak tak perlu nak balas apa yang Diaz buat. Tengok sekarang, awak juga yang dapat luka. Apa yang Laith cakap tadi betul. Saya tak nak awak bergaduh lagi dengan Diaz, hanya disebabkan orang lain."

Tersentap hati Delilah. Adakah Myra sedang membicarakan tentang dia? Atau dia yang terlalu beremosi?

"Aku dah kata dah, Qash ni dah semakin pelik sekarang. Tiba-tiba aje suka nak bercampur dengan si Diaz tu. Mujur, mujur Diaz tak bagi kau penumbuk. Kau kalau kau dengan dia buka gelanggang gusti kat situ, aku tengok aje Qash." Ayat Laith berbaur sindiran.

Strettt..

Bunyi kerusi bergeser dengan lantai kedengaran saat Delilah tiba-tiba bingkas bangun. Cukup. Dia sudah tidak tahan mendengar setiap bicara mereka yang sumpah buat dia benar-benar terasa dan semakin merasa bersalah.

Terkejut mereka bertiga melihat tingkahnya.

"Delilah." Qash memanggil. Wajah Delilah direnung dengan tertanya-tanya.

"Sorry. Saya nak ke tandas sekejap."

Cepat-cepat Delilah meninggalkan kelas lalu menuju ke tandas yang terletak di hujung blok. Bingit terasa kepalanya sekarang. Setiap ayat dan setiap suara aneh berulang kali bermain di minda sehingga membuat tangannya terketar-ketar. Dada terasa sesak.

Tarik nafas sedalam mungkin, kemudian dia hembus panjang sambil merenung biasan wajah pada cermin di tandas itu.

'Semuanya salah kau, Delilah!'

'Dia cedera sebab kau!'

'Kau ni memang tak layak dipanggil kawanlah, Delilah.'

'Kenapa kau sanggup buat macam tu dekat kawan kau sendiri Delilah?'

Semua kata-kata nista yang pernah dilemparkan kepadanya dahulu kian berlumba-lumba menghentam mindanya. Sekejap saja dia mula merasakan kepalanya bagai berpusing. Ada rasa mual yang turut hadir.

Dengan pantas Delilah membuka pili paip. Berkali-kali mencuci muka agar apa yang dia rasakan tadi cepat hilang. Dia cuba memejam mata untuk beberapa saat. Menenangkan diri agar tidak hilang pertimbangan.

Buat kesekian lama, perasaan itu muncul lagi. Perasaan kecewa dengan diri sendiri. Perasaan takut terhadap sekeliling. Saat ini dia benar-benar terasa lemah semangat. Dia sangka dia sudah sembuh tapi ternyata..

Trauma itu masih ada.

Delilah menghembus nafas panjang lagi. Dada ditepuk beberapa kali sebelum dia memutuskan untuk keluar dari situ. Mungkin jika tidak memikirkan kelas yang bakal bermula, barangkali sekarang dia sudah berlari pulang ke rumah.

Tapi dia dah janji dengan diri sendiri. Apa pun yang berlaku, dia harus menghadapi segala kemungkinan. Dia kuat. Delilah Lavelle, gadis yang kuat.

"Kau okey?"

Tepat di depan pintu masuk, Delilah spontan brek mengejut apabila menyedari figura Qash sedang tercegat disitu. Riak jejaka itu tampak.. risau?

Tapi sejak bila Qash mengekorinya?

"Kenapa kau tanya aku sedangkan kau yang dapat calar sebab Diaz?" Soalan berbalas soalan.

Hatinya jadi berbelah bahagi. Sama ada hendak gembira melihat Qash yang jelas mengambil berat tentangnya, atau..harus berhati-hati dengan sikapnya yang kadang buat dia keliru.

"Kau tak perlu rasa bersalah. Bukan salah kau."
Seakan mengetahui apa yang Delilah hadapi saat ini, Qash jujur memberi kata.

"Sorry kalau kau terasa dengan kata-kata Myra ataupun Laith tadi."

"Mana ada terasa." Delilah mula melangkah. Diikuti oleh Qash yang polos mengekor.

"Tapi betullah apa yang dorang cakap. Yang ada masalah tu aku dengan Diaz. Kau tak perlu libatkan diri dalam hal yang tak penting macam ni." Sebaik mungkin Delilah cuba mengawal suaranya agar tidak kedengaran getarnya.

"Siapa kata tak penting?"

Jeda.

Delilah hentikan langkah dan pandang raut wajah Qash dengan seribu satu pertanyaan.

"That's what friends are for. Kau tolong aku, aku tolong kau."

Kata-kata Qash saat itu, seolah-olah mereka sudah berteman lama. Waima riaknya yang mendatar seperti biasa, namun Delilah dapat merasakan keikhlasan jejaka itu.

"You're shaking, Delilah. Kau okey ke tak sebenarnya?"

Sekali lagi Delilah rasa terhenyak dengan bicara Qash. Dengan Qash, memang dia tak boleh nak sembunyikan apa-apa. Ya, dia perlu alert tentang itu.

"Okey." sahutnya. Tapi kali ini, tampang wajahnya pula yang datar tanpa sebarang ekspresi. Lebih kepada serius. "Lain kali, kau tak perlu masuk campur hal aku. Aku tak selesa bila orang buat macam tu."

Selayaknya begitu. Qash tidak sepatutnya terlibat dalam permasalahan yang timbul kerana dia. Dalam dia melangkah, tanpa dia sedar Qash di belakang menatapnya dengan tatapan yang hanya Qash sendiri tahu maksudnya.

"What happened to you Delilah?" Gumamnya perlahan sebelum turut mengikut jejak si gadis.

Tiba di kelas, pensyarah mereka sudah pun memulakan pembelajaran. Delilah sengaja menghiraukan setiap renungan pelajar-pelajar lain dan duduk di tempatnya.

Tap! Tap!

Laith di sebelah mengetuk meja menggunakan pen dengan perlahan.

"Kau tak apa-apa?" Ajunya sedikit berbisik.

Delilah angguk dengan wajah tak berperasaan dan selepas itu langsung tiada interaksi antara mereka. Hendak menjelaskan bahawa dia sebenarnya sedikit terasa pun tiada guna.

Barangkali, dia yang terlebih emosi. Atau mungkin, semuanya memang salah dia.

*****

Inca College pada umumnya antara kolej elit yang menjadi tumpuan anak-anak muda khususnya waris-waris keluarga kaya kerana tahap pendidikannya berkualiti dan diiktiraf. Mempunyai imej yang baik, malah termasuk dalam kolej terbaik di negara.

Delilah sudah arif benar tentang itu. Tapi satu hal yang dia tak tahu, sejauh mana kemewahan kolej ini. Dan hari ini, detik ini dia sudah tercongok menghadap salah satu fasiliti yang jarang-jarang ada di sesebuah kolej.

Swimming pool.

Dengan mulut yang ternganga kagum, dia memasuki bangunan yang menempatkan kolam renang yang sederhana luasnya itu. Ada beberapa kelompok pelajar yang berbaju renang sedang berada di dalam kolam. Ada juga yang kelihatannya hanya duduk santai di kerusi panjang. Rata-rata mereka memakai pakaian yang langsung tidak mencolok mata, baik lelaki mahu pun perempuan. Untuk itu, Delilah berasa ingin tabik hormat terhadap peraturan kolej ini.

"Eh, anti-fan Diaz.."

Dalam ramai-ramai pelajar disitu, Ailinisha yang kebetulan sedang berbual dengan rakan-rakannya terlebih dahulu menegur Delilah. Angkuh dia memandang gadis itu sambil berpeluk tubuh.

Delilah buat tak peduli, pasakkan pandangan kepada Jayden dan Eden, dua orang sahabat Diaz yang dia ekori sejak dari kelas tadi.

"Diaz mana?" Straight to the point.

"Hold on, hold on.." Ailinisha melangkah setapak. "Engkau ni siapa nak tanya pasal Diaz, hah? Kau memang tak tahu malu ke?"

"Kak, tepi sikit. Saya bercakap dengan dia, bukan akak." Selamba badak Delilah membalas.

Membuntang biji mata Ailinisha. Jayden dan Eden yang duduk di kerusi panjang itu ternganga sambil tersenyum nakal. Ayat Delilah yang biasa itu jadi lawak bila dia mengatakannya tanpa sebarang ekspresi.

"Don't call me akak!"

"Mana Diaz?" Delilah ajukan lagi pertanyaan kepada dua orang jejaka yang merenungnya itu.

Dan pada waktu yang bersamaan, bunyi kocakan air kedengaran. Terlalu kuat sehingga menarik perhatian mereka. Berpaling ke belakang, Delilah kini melihat insan yang dicari-carinya. Jejaka yang berbaju renang itu melompat keluar dari dalam kolam.

Setiap tingkahnya Delilah perhati. Buat sesaat, dia seakan tergamam. Diaz melalukan jari-jemarinya pada rambut yang basah. Di lehernya tergantung rantai silver yang Delilah sendiri baru perasan. Tak dia nafikan, Diaz sebenarnya seorang jejaka yang punya rupa. Dengan bentuk badan yang ideal, memang sukar untuk dia tidak memuji.

Menyedari kehadiran Delilah disitu, Diaz mula mendengus kasar. Raut wajah bertukar tegang.

"Diaz," Delilah mendekat.

"Kau jangan menyemak kat sini boleh tak perempuan?" Tinggi suaranya menengking gadis itu.

Tuala yang dihulur oleh Jayden disambut kasar.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau."

Tanpa rasa gentar, Delilah berdiri di hadapan Diaz. Dia harus selesaikan masalahnya hari ini juga memandangkan Diaz terlalu sukar untuk dijejaki.

"Ada aku kisah? Kau blah sekarang, sebelum aku terajang kau masuk kolam ni." Selar Diaz lagi seraya menapak ke bilik persalinan.

Jayden, Eden serta Ailinisha dan yang lain langsung tak berani nak masuk campur. Mood Diaz belakangan ini memang tak berapa baik. Tambah pula dengan kedatangan Delilah. Silap hari bulan, mereka pula yang dimarahi.

"Kalau dorang bergusti lagi macam mana?" Jayden usulkan pertanyaan kepada Eden sambil memerhati Delilah yang mengekori langkah Diaz.

"Nanti kalau dah start bergusti, baru kita jadi orang tengah. Sekarang ni aku nak bercakap dengan Diaz pun gerun!" Ujar Eden.

"Diaz.." Delilah masih terkial-kial menyaingi langkah kaki panjang Diaz. Sekali lagi dia berdiri di hadapannya.

Lantas Diaz menolak kuat Delilah dengan hujung jari. "Move!"

Dek kerana rasa terkejut dengan tindakan Diaz itu, Delilah tidak mampu mengimbangi badan sehingga dia terdorong kesisi tanpa sempat mengelak.

"Diaz!"

Zapp..

Refleks, Diaz tarik tangan Delilah tepat pada waktunya. Terlambat sesaat, pasti tubuh gadis itu sudah terhumban ke dalam kolam.

Yang anehnya, masa seakan berhenti begitu saja. Tanpa sedar, mereka kini saling bertatapan. Baik Diaz mahupun Delilah, kedua-duanya merasakan satu perasaan halus yang menyelinap ke lubuk hati. Perasaan.. yang mereka sendiri tidak mengerti. 

Jayden dan yang lain juga terkejut. Masing-masing terbeliak melihat adegan sebabak itu.

"Kau bernasib baik sebab aku belum kejam lagi nak biarkan kau masuk dalam kolam." Tegang.

Diaz rengkuh kasar tangan Delilah menjauh dari kolam. Satu jelingan dihadiahkan.

Delilah kaku. Masih shock dengan apa yang menimpanya saat ini sebelum sedar Diaz sudah berlalu.

"Diaz!"

"Kau nak apa?! Bukan ke aku dah warning jangan dekat lagi dengan aku? Kau nak cari pasal lagi?"
Amuk Diaz garang.

Sungguhlah, gadis di depannya ni memang berani mati bersemuka dengan dia.

Delilah mencebir bibir. "Macamlah aku nak sangat pergi jumpa kau."

"Habis tu? Yang kau terhegeh-hegeh dekat sini kenapa?"

Merengus kecil, Delilah berpeluk tubuh memerhati Diaz yang sedang menyelongkar loker.

"Kau merajuk dengan baba kau?"

Lipat maut Diaz memandangnya. Tidak menjangkakan soalan yang keluar dari mulut Delilah. Dan dia rasa tersindir! "Kau siapa nak tanya soalan macam tu dekat aku?"

"Baliklah. Tolong jadi matang sikit. Nak lari rumah bagai."

"Apa kau cakap?!"

"Balik! Balik rumah.. ke kau dah lupa jalan balik?" Bebel Delilah sinis.

Pada mulanya, niat hati hendak bercakap baik-baik dengan Diaz. Dia siap practise lagi ayat apa yang harus dia katakan. Tapi semuanya jadi berantakan bila berdepan dengan muka perengus Diaz.

Jammed otak Diaz memproses setiap bicara Delilah. Lidah kelu tidak terkata.

"Dah.. pergi! Sakit otak aku bila bercakap dengan kau ni." Pasrah, dia malas nak berdebat dengan gadis itu. Mindanya sekarang sudah sesak dengan masalah yang tak selesai lagi.

"Aku nak minta maaf."

"Apa dia?!"

Dia yang salah dengar atau Delilah yang dah gila minta maaf dekat dia?

"Mama aku suruh aku minta maaf. Lepas tu mama suruh aku pujuk kau balik rumah. Mama kata kau merajuk dengan uncle Am. Jadi, kau jangan mengada nak buat perangai. Balik! Kalau kau tak balik, aku selongkar bilik kau." Ujar Delilah panjang berjela. Turut dia jegilkan mata tanda amaran.

Diaz masih tercengang di tempatnya sambil menyoroti langkah si gadis yang membuat dia rasa geram dan blur pada waktu yang sama.

"Budak kemetot ni eei..!"

Continue Reading

You'll Also Like

63.5K 2.8K 30
Aisy,Asher dan Axel ialah mafia justeru mereka bertiga membina kumpulan mafia tersendiri yang diberi nama Rose Blood sempena dengan nama ibu mereka,R...
118K 6K 24
๐”—๐”ฅ๐”ข ๐”จ๐”ฆ๐”ซ๐”ค๐”ก๐”ฌ๐”ช๐”ฐ ๐”ฌ๐”ฃ ๐”ฏ๐”ข๐”ณ๐”ข๐”ซ๐”ค๐”ข Start: 7 Jan 2024 End:
2.1K 116 7
Sikap lemah lembut, sopan santun Alissa Raiyana membuatkan Blake Trevor jatuh hati dengannya sehingga sanggup membuat kerja gila hanya untuk memiliki...
175K 4.2K 11
๐ŸŒผ BGMI EDISI RAYA โค๏ธ Random part : "Hmm, hubby..." "What?" "Puasa dah dekat. Lagi tiga hari je." Arya memulakan bicaranya. "Then?" Sepatah Rayy...