Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

By Dandelzel

236K 15.5K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... More

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~18

3.3K 193 10
By Dandelzel


"Masuk, Diaz."

Hanil menyeru jejaka yang tercegat di depan muka pintunya. Satu senyuman kecil bergayut di bibir tatkala melihat wajah monyok anak muda itu.

"Good morning?" Ujar Hanil, memberi sindiran halus.

Diaz mendengus. "Morning, sir." Malas-malas dia menyahut.

"Sit."

Terus Diaz henyak punggung. Bersandar pada kerusi. Riak wajah masih seperti tadi. Pagi-pagi begini sudah dipanggil masuk ke pejabat, haruslah dia moody.

"How's everything?" Hanil menyoal, seolah-olah tidak terkesan dengan muka Diaz yang langsung tak bersemangat.

"Worst."

Diam.

Hanil tenung Diaz untuk beberapa saat sebelum berdehem kecil.

"Sir panggil Diaz kesini sebab nak bagi tahu sesuatu." Mukadimah diberi sebelum dia menyambung kata. "Pihak dari jabatan narkotik ada datang petang kelmarin."

"So? Sir nak saya buat apa?"

"Diaz tahu kan yang kes ni belum selesai lagi? Jadi dia orang nak-"

"Siasat saya lagi? Macam tu?" Tanpa sempat Hanil menyudahkan kata, Diaz terlebih dahulu membidas.

"Diaz.. kes ni semakin berleluasa di daerah kita. Jadi sir harap Diaz boleh bagi kerjasama." Ucao Hanil bersungguh. Sebaik mungkin membuat Diaz mengerti.

Namun Diaz tetap Diaz. Keras kepala..

"Kerjasama apa lagi? Saya dah terangkan semuanya pada pihak polis."

"Sir faham, tapi.."

"Tapi saya adalah salah satu suspek yang menjadi pengedar dadah tu, kan? Mereka tak akan berhenti selagi saya tak mengaku, betul tak?" Sekali lagi Diaz menyampuk.

Mulut mendengus kasar.

"Sial betullah hidup aku ni." Gumamnya rendah, namun jelas pada pendengaran Hanil.

"Diaz.."

"Why me, sir? Setakat bercakap, sebut nama saya.. itu bermakna saya pelakunya?"

"Tak, Diaz. Diaz memang bukan pelakunya, Diaz cuma suspek. Tapi kalau Diaz tak beri kerjasama.."

"Itu yang saya tak faham! Macam mana saya boleh jadi salah seorang suspek hanya berdasarkan pernyataan seseorang? Kalau saya sebut nama sir, adakah maksudnya sir pun suspek pengedar dadah? Macam itu ke? Bullshit! Semua ni tak masuk akal."

"Language, Diaz Raiden." Hanil menegur keras. Tidak suka mendengar Diaz mencarut di depannya. Tapi itu tidak menghentikan Diaz dari berbicara.

"Kenapa bukan Ardi? Dia yang kononnya jadi saksi, kenapa pihak polis tak syak dia sebagai suspek? Kenapa alih-alih saya pulak? Oh.. sebab saya berpotensi?" Nada Diaz seolah-olah terkilan dan sinis. Rengusannya kedengaran lagi sebelum dia mendesis kecil.

"Tssk.. manusia memang suka menghakimi manusia lain kan sir? Hanya disebabkan imej saya tak berapa nak baik macam orang lain, terus saya di cop penjenayah? Wah.. dunia, dunia..!"

Hanil hanya mampu memandang. Hakikatnya, apa yang diucapkan oleh Diaz benar belaka. Sikap seorang Diaz Raiden selama ini, menyokong setiap tuduhan yang dilemparkan. Orang-orang sekeliling tahu bagaimana perangai Diaz yang agak liar itu.

Sudah beberapa kali masuk balai polis. Terlibat dengan perkelahian. Jadi sukar untuk orang lain tidak menuduh Diaz.

Diaz dekatkan tubuhnya sambil merenung tepat anak mata pengetua kolej itu.

"Saya bukan orang yang baik hati sampaikan nak tanggung kesalahan orang lain, sir. Kalau saya kata saya tak buat, bermakna saya memang tak buat. Full stop."

Bingkas bangun, terus dia tinggalkan ruangan itu. Hanil masih terdiam. Termenung sendiri memikirkan setiap bait kata anak muda tadi. Dia sendiri juga serba salah sebenarnya. Sejak Ardi, salah seorang pelajar kolej Inca yang tanpa sengaja menjadi saksi pengedaran dadah yang juga memetik nama Diaz, pihak polis tak putus-putus berkunjung kesini.

Walaupun kali lepas Diaz sudah memberi keterangan, tetap jua namanya akan disebut semula apabila kes-kes dadah kedengaran lagi.

*****

Kakinya melangkah selamba menuju ke taman yang terdapat di kawasan kolej Inca setelah dia selesai ke tandas. Kelas pada waktu pertama tadi sudah berakhir dan sekarang mereka berpeluang untuk bersantai seketika sebelum kelas seterusnya bermula.

Tak sempat sampai ke destinasi, langkahnya sudah terhenti. Dari jauh dia memerhati sekumpulan pelajar yang duduk di sebuah meja. Qash, Laith dan Myra sedang membualkan sesuatu. Tidak semena-mena, Delilah bagai diketuk kesedaran yang muncul entah dari mana. Kesedaran yang membuatkan dia terasa kerdil dari semua orang yang berada disitu.

Dulu, dia pernah berada dalam lingkungan itu. Lingkungan yang dinamakan kawan-kawan. Tapi kerana kawan juga, dia hilang segalanya. Dan kini, dia rasa tak layak untuk menjadi sebahagian dari mereka. Dia tak sepatutnya berada disini. Dia.. layaknya hanya bersendirian.

Tanpa sedar, tangan membentuk penumbuk. Cuba menahan emosi yang berlumba-lumba meracun minda. Namun tetap saja, dia balikkan tubuh mahu berpatah balik. Saat itu juga matanya tanpa sengaja terpasak pada dua batang tubuh yang sedang berjalan di kaki lima.

Kawan-kawan Diaz!

Lantas kaki mengorak langkah menuju kearah mereka kerana dalam beberapa hari ini, dia langsung tidak terserempak dengan Diaz. Kebiasaannya Diaz sentiasa ada bersama dengan dua orang rakannya itu.

Tapi..

Delilah berhenti di tengah jalan. Otak pula ligat berfikir sementara dua orang jejaka tadi sudah jauh ke depan. Kalau ya pun dia nak jumpa Diaz, apa yang harus dia katakan nanti? Niatnya mula terbantut. Semakin teragak-agak dengan tindakannya kala ini.

Refleks dia mengeluh. Pusing tubuh ke belakang dan tiba-tiba..

"Delilah."

Pap!

"Arkk.." Terkejut dengan seseorang yang berada sangat dekat di belakangnya, tanpa sempat mengelak dahinya terhantuk pada dada insan itu.

Dongak saja kepala, wajah kacak Qash menyapa mata. Lagilah Delilah terperanjat. Entah sejak bila jejaka itu berada di belakangnya, sedangkan tadi dia tengok Qash duduk bersama Laith serta Myra.

"Tengok apa?" Tampang muka Qash relaks saja saat itu.

Delilah geleng laju tanda balasan.

"Habis tu? Kau patah balik kenapa?"

"Kau pulak? Kenapa ada kat sini?"

Delilah pulang balik soalan. Bila Qash pandang dia lama tanpa suara, barulah dia mengerti. Qash kesini sebab dia. Betul ke?

Dek kerana rasa kekok, Delilah terus berjalan menuju ke taman semula. Qash pula mengekor di belakang.

"Delly!" Dari jauh, Myra melambai tangan.

Delilah senyum buat sesaat sebelum senyumannya terus mati apabila menyedari kehadiran seorang gadis disitu. Pun begitu, tetap saja dia labuhkan duduk di salah satu kerusi yang kosong.

"Hai," Intan menyapa bersama satu senyuman nipis.

Delilah pula bagai tak sedar dirinya sekadar merenung gadis itu dengan pandangan kosong sebelum mengoyak plastik roti yang dia beli tadi. Dia mengunyah dengan senyap sementara Laith, Myra dan Intan bersembang kecil. Qash pula lebih selesa menjadi pemerhati.

"Kau orang tak bosan ke asyik-asyik baca benda alah ni?"

Laith yang sedang duduk santai mengomel saat Myra dan Intan mula berbual tentang novel yang dibawa mereka.

"Hobi tau hobi?" Myra menjeling manja.

"Termasuk hari ni, dah berapa kali aku tengok kau orang berdua ni usung novel yang sama. Tak bosan ke?" Tercebir-cebir bibir Laith melihat karenah dua orang gadis itu. Kemudian, dia pandang Delilah.

"Kau, Delly? Mostly perempuan memang suka perabis duit untuk novel-novel ni semua."

Tersentak Delilah bila namanya pula yang dipetik oleh Laith. Hujung bibir menyungging senyum yang hampir tidak kelihatan.

"You know what I hate the most? That thing."

Barangkali jawapannya kedengaran terlalu random, kini empat orang manusia itu memusatkan pandangan ke wajahnya.

"Why?" Myra blur.

"Because it once gave me fake hope." Ujar Delilah bersahaja.

"Woah, woah.. kau pernah putus cinta?" Laith pula dah bulatkan mata. Teruja.

Delilah sekadar menjungkit bahu. Tak mahu komen lebih.

"What do you mean, fake hope? Selama ni saya cuma dengar orang yang layan novel-novel begini sebab nak escape dari realiti." Ucap Myra, seakan tidak berpuas hati dengan bicara Delilah dan memerlukan penjelasan yang lebih.

"Well, not for me."

"Why?" Giliran Qash pula yang bersuara. "Apa yang buat kau tak suka?"

"I told you it gave me fake hope. I hate fake hope." Sahut Delilah mudah sebelum meneruskan kunyahan rotinya. Dia tahu mereka masih tertanya-tanya, tapi rasanya tidak perlu untuk dia bercerita lanjut.

"Awak nak pinjam novel saya?" Usul Myra tiba-tiba. Novel kesayangannya disodorkan kearah Delilah.

"Saya boleh jamin yang awak akan sukakan plot cerita ni. Cara penulisan novel ni pun santai aje. Awak bacalah.. mana tahu persepsi awak akan berubah."

Bersungguh gadis itu mengucap kata.

"Ah, sudah.. dia dah masuk bab-bab meracun orang dah.." Laith pula geleng kepala.

Delilah pandang sekilas novel yang kini berada di depannya sebelum sebelah keningnya terjongket.

"Perfectly Love?"

Baru beberapa hari lepas dia melihat novel itu di kedai buku, sekarang Myra pula yang rekomenkan pada dia.

"Amacam.. nampak menarik kan? Awak bacalah, saya bagi pinjam. Tapi ending dia agak tergantung. Kena tunggu jilid 2 terbit." Jelas Myra tanpa dipinta.

"Jilid 2? Myra, dari tahun lepas lagi kau duk cakap macam tu. Tapi sampai sekarang tak terbit-terbit."

Sekali lagi Laith mencelah dengan nada hampa.

"Kau baca novel ni jugak?" Delilah kagum. Boleh tahan juga Laith ni. Tapi bukan ke dia yang bising sebab novel Myra?

"Ehem.. Myra yang paksa. Bukan aku aje.. Qash pun teracun sekali!" Ujar Laith membela diri.

Qash sekadar memberi renungan. Delilah angguk-anguk kepala. Iyakan saja alasan Laith.

"Tapi itulah, bertelur kita tunggu jilid 2. Entah-entah, penulis dia dah tak ada dekat dunia ni."

"Mulut!" Spontan Myra menampar bahu Laith dan berterusan dengan pertengkaran kecil.

Delilah senyum kecil. Pulangkan balik novel yang dipegangnya tadi.

"Saya ada novel lain kalau awak nak pinjam." Usul Intan.

Panggung wajah, Delilah tenung gadis itu tanpa senyuman.

"Kau dengan aku tak kenal, tapi kau nak bagi pinjam benda yang aku yakin benda kesayangan kau?" Nadanya kedengaran dingin dan seakan sinis.

Laith dan Myra saling bertukar pandang. Masing-masing dapat rasa yang kurang enak dengan kata-kata Delilah.

Intan senyum dalam keterpaksaan. Dia sendiri juga sedar akan sikap Delilah terhadapnya.

"Delly kan tak suka novel, kau ni pun.." Laith mencelah, mahu membuang rasa canggung yang datang tiba-tiba. Fikir positif saja. Mungkin gadis itu memang sejenis yang tidak pandai nak bergaul.

Masih ada dua puluh minit lagi untuk kelas berikutnya bermula, Delilah, Qash dan Laith berjalan beriringan setelah lama duduk di taman. Myra pula awal-awal lagi sudah menghilang bersama Intan ke perpustakaan.

"Kau cari apa terjenguk-jenguk ni?"

Sedar akan tingkah Delilah yang sejak tadi seolah-olah mencari sesuatu, Laith menegur hairan.

"Kau tau Diaz ambil course apa?" Spontan mulut Delilah mengajukan pertanyaan kepada Laith.

Hampir tersembur minuman tin yang diteguk jejaka itu.

"What did you say?" Mata Laith membulat sedikit. "Kau tanya pasal siapa? Diaz? Diaz Raiden?"

"Kenapa tanya pasal dia? Dia ada kacau kau lagi?"

Dan-dan Qash turut menyampuk.

"Eh, tak.. saja tanya." Delilah sengih sikit.

Oh.. jangan salah faham. Diaz ada dalam kepala otaknya sekarang kerana satu niat yang masih lagi tidak tercapai. Malah sekarang dia sebenarnya masih memikirkan cara untuk menemui jejaka itu dan meminta maaf.

"Agak-agak kau dia ambil course apa?" Usul Laith lagi.

"Entah."

"Computer Graphics Design. Pergh.. terlalu cool untuk orang macam Diaz."

Dalam diam, Delilah turut rasa kagum. Jadi maknanya Diaz tu boleh tahan genius juga.

"Dekat mana bangunan tu?"

Tanpa bicara, Laith tunjuk sebuah bangunan sebelum kembali memandang Delilah.

"Kenapa? Kau nak pergi serang dia?" Soalnya pelik. "Ke.. ada sesuatu ke ni? Tiba-tiba tanya pasal Diaz."

"Ada benda yang aku nak setel dengan dia." Nada Delilah penuh misteri.

"Macam serius.." Laith angguk kepala. "Tapi aku cadangkan kau jangan jolok marah dia dalam masa terdekat ni. Tadi aku terserempak dengan dia, aku rasa macam ada aura syaitan terkeluar kau tahu?"

Lipat maut Delilah memandang Laith. "Kau terserempak dengan Diaz? Dekat mana?"

Hairan, kenapa dia tak terserempak dengan Diaz dua tiga hari ni? Sedangkan hari-hari sebelumnya bayang jejaka itu sentiasa memasuki retina mata.

"Dekat area bangunan pejabat. Itu tak lain tak bukan, mesti dia ada buat hal lagi. Tak pun, sir Hanil panggil dia untuk bincang pasal kes sebelum ni. Semalam ada pihak dari jabatan narkotik datang-"

Bupp!

Dalam khusyuk Laith bercerita, tidak semena-mena Delilah berlanggar dengan seseorang tepat di sudut bangunan. Tercengang mereka buat sesaat.

Yang lagi buat biji mata hampir nak terjojol, insan yang berdiri di depan mereka sekarang adalah individu yang menjadi sebutan sebentar tadi. Diaz!

Haih! Punyalah dia susah nak berjumpa dengan jejaka itu, alih-alih sekarang dah ada depan mata. Bila berdepan begini, mulut pula automatik tak reti nak bercakap.

Diaz dengan wajah perengusnya, langsung menyambung langkah tatkala melihat insan yang menjadi penyumbang mood buruknya. Waktu dia nak mengelak bertemu pandang beginilah mereka nak terserempak pula.

"Diaz Raiden."

Qash menyeru tegas.

"Kau tak rasa kau kena minta maaf dekat Delilah?"

Delilah dan Laith serentak tenung Qash dengan riak terkejut. Bagaikan terasa ketegangan di antara mereka saat Diaz berpaling semula.

Bibir Diaz menyenget sinis. "Untuk?"

"Kau dah rempuh dia." Ujar Qash, menambahkan kegusaran hati Delilah dan Laith.

Diaz pula kelihatannya masih tersengih sinis. Setapak dia melangkah ke hadapan Qash.

"Qash Hayyan.." Jejaka yang sama tinggi dengannya itu direnung tajam. "Kau tak rasa ke yang kau ni suka sangat sibuk dengan hal aku? Semakin hari semakin banyak cakap."

Sesaat..

Dua saat..

Qash dan Diaz saling berbalas renungan. Melihat Qash yang tidak membalas bicaranya, Diaz mengorak langkah lagi sebelum..

Bupp!

Delilah ternganga.

Laith membuntang mata.

Qash di depan sana sengaja melanggar bahu Diaz.

"QASH HAYYAN!" Amukan Diaz langsung kedengaran selepas itu. Merah padam wajahnya merenung Qash.

"Aku ingat kau tak reti nak marah bila ada orang rempuh kau." Tukas Qash, selamba!

"Kau memang sengaja nak cari marah aku ke apa?" Kolar baju kemeja Qash, Diaz cengkam tanpa teragak-agak. Barannya mencanak naik.

"Kau ingat kau top student, aku kena hormat dan buat apa yang kau cakaplah?"

"Aku tak perlu hormat dari orang yang ego macam kau, Diaz Raiden. Sekurang-kurangnya, kau minta maaf dekat Delilah." Qash tenang menutur kata yang turut terselit ketegasan.

Tenungan Diaz masih penuh amarah. Pun begitu, cengkaman di kolar kemeja Qash dia lepaskan dengan kasar. Ikutkan baran, sudah lama buku limanya melayang ke wajah putih bersih milik jejaka itu. Tapi kerana moodnya yang sudah beberapa hari mendatar, dia tak kuasa nak kotorkan tangannya.

Masih tak berpuas hati, Qash tarik tangan Diaz untuk menghentikannya.

"Diaz."

"Lepas!" Dalam sekelip mata, Diaz melibas tangannya dari pegangan Qash sehingga membuatkan zip di pergelangan jaketnya terkena sipi wajah jejaka itu.

Refleks kepala Qash terteleng kesisi bila terasa ada sesuatu menyiat kulit wajahnya. Tak lama selepas itu, cecair merah pekat mula keluar akibat dari calar kecil tersebut.

"Diaz!" Lantang Delilah menyeru nama Diaz tatkala melihat apa yang dilakukannya.

"Kau dengan kawan-kawan kau, jangan muncul depan aku lagi." Diaz langsung tak peduli. Dengan malas, dia seret kaki berlalu dari situ.
Meninggalkan mereka tanpa menoleh lagi.

"Kau gila ke Qash! Kau buat apa tadi tu, hah?" Mulut Laith tak tunggu lama mengomeli Qash.

Qash sekadar mengerling sekilas, sebelum memakukan pandangan kepada Delilah.

"Kau okey?"

"Kau boleh tanya Delly okey ke tak? Muka kau dah berdarah ni, Qash! Yang kau ni suka nak terlibat dengan Diaz tu kenapa?"

Laith bengang. Muka dah calar, boleh pula kawan dia ni ambil berat pasal orang lain.

"Sorry Qash..." Dahi Delilah berkerut menahan rasa bersalah yang bertandang.

"Sikit aje ni. Tak perlu risaulah. Bukan salah kau pun." Bersahaja, Qash mengelap darah yang keluar dengan belakang tangan sebelum ukir senyum kecil. Mahu meyakinkan Delilah bahawa dia baik-baik saja.

"Hoi! Aku ni invisible ke dekat mata kau? Heii.. aku risau betullah dengan kau ni. Semakin hari semakin pelik perangai. Kau dah kena sampuk setan apa ni?" Laith pula tak sudah-sudah membebel.

Macam tak ada function pula dia kat sini. Stres!

Continue Reading

You'll Also Like

74.8K 2.6K 18
Rose iaitu seorang asistant kepada seorang ceo yang digilai oleh ramai wanita tanpa dia sedar ceo tersebut tanpa sengaja telah jatuh cinta kepadanye...
29.5K 621 11
( my first book ) - I WILL MAKE YOU WORTH IT HAVING ME LOVE - ----------------------------------------------------------- Dejavu. Itulah yang Rania A...
1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
240K 12.3K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...