Mr Vader (OG)

By coffeloff

18.8K 1.7K 101

Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang l... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42

Bab 21

447 38 0
By coffeloff

Badan dipusingkan ke kiri. Tidak sampai sesaat, aku memusingkan badan ke kanan. Mata dipejam.
Kejadian di KLIA tempoh hari masih melekat utuh di fikiran. Mata kembali dibuka. Aku menolak comforter yang membaluti tubuh. Rambut dikusutkan. Serabut! Kata -kata Muqris masih kedengaran di telinga aku seperti dia baru mengatakannya semalam. Sudah seminggu sejak aku menjemput Angah dari KLIA.

Aku bergerak turun dari katil. Rambut yang serabai sempat aku ikat sebelum aku bergerak ke beranda bilik. Sebaik sahaja sliding door dibuka, angin malam menampar lembut pipiku.

Kerusi rotan menjadi tempat aku melabuhkan punggung. Laju kaki aku duduk bersila. Salah satu tabiat yang aku tak boleh buang. Hatta duduk atas kerusi, memang wajib aku duduk bersila.

"Muqris gila. "ujarku seorang diri.

Memang betul. Dia gila. Kepala ada terhantuk kat mana -mana sampai berkata perkara yang mustahil. Sangat mustahil.

Bunyi notifications menandakan ada mesej masuk. Mesej itu aku baca dari lockscreen sahaja. Macam tau -tau aku tengah terfikir tentang dia.

Bald monk: Tidur awal. Jangan fikir banyak sangat.

Bald monk. Nama yang aku letak untuk Muqris. Sebab dulu zaman sekolah kepala dia botak macam sami. Hanya sesetengah orang yang tahu termasuk aku kerana ditutup dengan kopiah. Macam mana aku tahu kepala dia botak? Biarkan ia menjadi rahsia.

Mesej yang dihantar Muqris sekadar aku baca. Tiada keinginan untuk membalas mesejnya. Jangan fikir kepala hotak lu! Memang aku sejenis overthinking. Dasar sami botak.

Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. Lebih baik aku masuk ke dalam.

"Auch! "Aku mendesis kesakitan apabila ibu jari kaki terlanggar dengan kaki kerusi.

Urgh! Setiap kali aku kutuk sami botak tu mesti akan dapat balasan. Tak fahamlah!

Ketika aku bergerak untuk masuk ke dalam bilik, bahuku terlanggar dengan sliding door. Kan dah kata! Pantang aku kutuk Muqris, auto dapat balasan.

Malas mahu berfikir tentang Muqris. Menyerabutkan kepala aku je. Kepala diletakkan saja di atas bantal terus aku terlelap.

"Are you insane? "Soalan pertama yang aku tanya setelah pulang dari KLIA. Kepala dijenguk ke dalam rumah. Bimbang sekiranya Angah mendengar perbualan kami berdua.

"Crazy. I prefer that word. "

"Muqris! "Nada suaraku menaik. Geram.

"Hantar abang ipar ke rumah je. Apa yang gila? "kata Muqris dengan tak bersalah. Muka selamba ditayangkan.

Yang ini satu hal. Aku tak tau jin mana yang rasuk Muqris, dia menawarkan dirinya untuk hantar sampai ke rumah. Dalam kereta rancak dia bercakap dengan Angah macam kenal 10 tahun. Apa yang aku tak boleh tahan bila Muqris dengan selamba badaknya suruh aku duduk di tempat duduk sebelah pemandu. Kalau aku berkeras tak nak, terus Muqris berikan amaran melalui matanya.

"Tak kelakar. Awak kenalkan diri awak sebagai teman lelaki saya? Seriously? Saya tak pernah ada ex dalam seumur hidup saya. "Bengang betul aku. Suka hati hidung dia je letak pangkat yang 'tak diiktiraf '.

"Ezul? "

"Excuse me? He's not my boyfriend. Both of us didn't declare anything. He likes me. I like him. That's it! "jelasku. Memang betul aku dan Haizul tiada apa -apa hubungan. Sekadar kawan. Sehingga hari ini aku rasa terkilan disebabkan dia memutuskan persahabatan tambahan pula kami berdua memutuskan untuk ke hubungan yang lebih serius.

Muqris membuat lagak seperti sedang berfikir. Jari telunjuk diletakkan di bawah dagu. "Hmmm... Ok la kalau tak ada hubungan. Mudah kerja aku. "

Dahiku berkerut.

"Kita kahwin. "Mudah dia berkata.

"What?! "Aku menjerit. Kahwin? Dia ingat kahwin ni main pondok -pondok macam zaman budak -budak ke? Aku tak pernah terfikir perkataan 'kahwin' akan terkeluar dari mulut Muqris.

Muqris menarik tudung aku. "Bising bahenol. "

"Saya tak setuju. "Aku bangkang. Gila! Kenal setakat nama dengan umur je terus ajak kahwin. Kahwin! Melibatkan seumur hidup. Orang yang akan tidur sebantal dengan kau kot. Bangun pagi, menghadap muka pasangan. Balik kerja menghadap muka pasangan. Nak tidur menghadap muka pasangan. Senang cerita, mereka berkongsi hidup. Dan Muqris semudah ABC je dia cakap.

"Kenapa kita kahwin? Apa yang awak cuba sembunyikan Muqris? Kenapa saya diburu? Apa semua ni? "Bertalu -talu soalan keluar seperti machine gun.

Muqris menghembus nafas berat. Selangkah ke hadapan diambil sehingga membuatkan jaraknya antara dia dan aku semakin dekat.

"Kita kahwin, aku akan ceritakan semuanya. "Muqris membuat perjanjian.

"Don't make marriage a gamble. "Kataku tegas. Berkahwin semata mata untuk mengetahui jalan ceritanya? Memang tak lah. Aku lebih rela hidup membujang seumur hidup.

"You have two options. Try to live or die without anyone knowing. "

Aku terdiam.

Mata Muqris dipandang. Jelas matanya tidak menunjukkan sebarang gurauan. Tapi kenapa dia pilih untuk berkahwin? Apa yang dia cuba sembunyikan?

Aku menundukkan wajah. Hembusan nafas berat dihembus.
Berat. Keputusan yang sangat berat seumur hidup aku selain aku dipaksa untuk berhenti belajar.

"So, basically it's not a gamble. To be precise, I'm not gambling with your life. But you have to make the right choice."

"Tapi kenapa kita kena kahwin? Takkanlah sebab saya terdengar perbualan awak tadi? "

Muqris memetik jarinya. "Apa yang kau dengar tadi?"Baru teringat akan tujuan sebenarnya.

Kaki menguis tanah. "Tak banyak pun. Dengar penembak tepat, melindungi, saya diburu. Awak, Yan, Ajwad dan Taufiq saling berkait. Tu je. "kataku perlahan.

"Betul ni? "tanya Muqris tegas.

"Betul! Demi Allah. "

"Hampir semua kau dengar. Masih dalam tajuk yang sama. Kita kahwin. "ujar Muqris. Tetap dengan keputusan.

"Tapi-"

"Solat istikharah. Minggu depan aku tanya. Kalau aku bukan calon suami yang sesuai untuk kau, kau ada 3 calon lain. Yan, Ajwad atau Taufiq. "potong Muqris.

Mataku meluas. Ya Allah! Dia ingat ni aiskrim ke sampai boleh pilih? Ini soal kahwin kot. Pilih pasangan. Makin aku rasa nak cekik seketul Sheikh Fahad Muqris.

"Awak ingat ni pilih kad cabutan bertuah ke? Dapat lelaki baik, alhamdulillah. Dapat lelaki kurang baik, astaghfirullah. Macamtu? "

Ceh! Cara aku berfikir macam setuju nak kahwin sedangkan akal dan fikiran aku menolak mentah -mentah ajakan Muqris.

Muqris sengih. "Tak kelakar ea? "

Tangan aku ringan -ringan nak cekik orang sekarang ni. Tengah bincang perkara serius, boleh dia bergurau?!

"Saya takkan kata beri kata putus selagi belum tahu kebenaran. "kataku tegas. Perkara ni tak sepatutnya dibuat main. Soal masa depan kot!

"Aku akan ceritakan bila kau dah bersedia. Cepat atau lambat kau akan tahu. "

Mata dibuka. Tangan meraba raba mencari telefon di side table yang terletak di sebelah katil. Jumpa sahaja terus aku menekan skrin telefon sehingga bercahaya.

4:30. Nampaknya aku cuma tidur selama 2 jam. Alang -alang bangun lebih baik aku mengerjakan solat sunat. Mata pun cerah semacam. Setelah membersihkan diri, aku mengerjakan solat sunat.

Aku berzikir sementara menunggu azan subuh berkumandang. Hati yang sebelum ini tidak tentu arah menjadi tenang setelah sujud pada Yang Maha Esa.

Sebaik sahaja azan subuh berkumandang, terus aku mengangkat takbir untuk solat subuh. Selepas itu, aku mula bersiap untuk ke kafe. Air susu strawberi sempat aku capai di dalam peti sejuk. Buka sahaja pintu rumah tersembul wajah Sofean di depan rumah.

"Muqris habaq suh pi kem. Jom Ashal. "ajak Sofean. Dia bergerak untuk membuka pintu kereta.

"Tak nak. "kataku tanpa memandang ke arah Sofean. Pintu rumah dikunci. Pintu pagar aku buka menggunakan alat kawalan jauh.

"Janganlah macam ni. Nanti Muqris marah chek. Dia tu bukannya apa, perangai cenge memang memang sebati dalam darah dia. "Sofean memujukku. Sempat dikutuk Muqris.

"Cenge?"Walaupun kali ini Sofean tidak menggunakan 100%  loghat Kedah tapi tetap terselit walau sedikit loghatnya.

"Garunk! Grrr... Seram!"

Berfikir.

Sama ada aku perlu mengikuti Sofean atau pergi ke kafe. Kalau aku tak ikut Sofean, kesian dengan dia sebab sah -sah kena marah dengan Muqris. Bukan dia seorang yang kena. Dengan aku sekali kena. Kalau aku tak pergi kafe, tak menjejaskan apa -apa. Aku ke kafe sekadar untuk memantau.

"Jomlah! Tolong saya! "

Wajah Sofean aku pandang. Jelas dia inginkan aku mengikutinya. Tak boleh aku tengok muka kesian orang. Auto lemah. Aku mengeluh. Lambat -lambat aku berjalan ke arah Sofean. Pintu pagar aku tutup. Tak jadi untuk ke kafe.

"Yes! Alhamdulillah! Terima kasih Ashal. Nanti chek belanja aiskrim banyak -banyak. "kata Sofean. Pintu di sebelah pemandu dibuka.

"No need ice cream. I just need strawberry milk. "

Alang -alang aku bersama Sofean, lebih baik aku lontarkan soalan yang tidak dijawab rakan rakannya. Cuba nasib. Manalah tahu kalau dia jawab, kan?

"Yan, awak dah tahu Muqris ajak saya kahwin? "tanyaku.

Sofean angguk.

"Persoalan saya...kenapa? Kenapa dia ajak saya kahwin? Atau kepala dia dah biul? "Kalau tadi giliran Sofean mengutuk Muqris, kali ini giliran aku pula. Ashal dan mengutuk orang tak dapat dipisahkan. Lagi -lagi kalau orang itu ialah Muqris. Bunyi macam jahat tapi aku kisah apa?

"Shal. Awak sedar tak sebenarnya awak dalam bahaya? Muqris ceritakan semuanya dan... Ya! Awak tahu awak diburu tanpa tahu sebabnya. Tapi itu bukan alasan utama Muqris untuk berkahwin dengan awak. "ujar Sofean tenang.

"Tak faham. "Sumpah aku tak faham! Kalau itu bukan alasan utama dia...apa sebenarnya alasan utama dia? Ataupun sebenarnya Muqris...

Aku terus menutup mulut. Terkejut. "Jangan kata dia, " ayat sengaja dibiarkan tergantung.

"Betul apa yang Muqris kata. Perempuan suka buat kesimpulan sendiri. Kembali kepada topik utama ialah Muqris. Awak dah tahu identiti sebenar dia. "

Identiti?

Tekaan aku selama ini betul. Muqris memang ada sesuatu. Jika diingatkan kembali, Muqris pernah bekerja sebagai penghantar makanan di kafe aku. Kenapa dia perlu bekerja penghantar makanan sedangkan dia sudah mempunyai kerja yang tak semua orang mampu miliki? Semakin banyak persoalan tidak dijawab.

Kereta yang dipandu Sofean bergerak masuk ke dalam kem tentera darat. Beberapa lelaki memakai uniform berjalan dipandang. Pemandangan yang biasa aku lihat.

"Weird. You don't look excited. "komen Sofean. Hairan melihat reaksi aku.

"Well, abah dulu pernah bekerja dalam kem tentera sebagai electrician. Saya dah masuk kem tentera banyak kali dan langsung tak rasa teruja kecuali satu perkara. "

Sofean menghentikan kereta di tempat letak kenderaan. Wajahku dipandang untuk meminta penjelasan.

"Waktu pagi dan petang. "sambungku sambil tersenyum penuh makna.

Sofean ketawa. "Faham! "

Continue Reading

You'll Also Like

134K 1.3K 15
TERBITAN DARIPADA FAJAR PAKEER [DISEMBER 2023] Cacat? Lumpuh? Lemah? Luth memandang dirinya di hadapan cermin. Bullshit! This is bullshit! Terasa j...
33K 4.8K 37
Tiga sahabat karib yang sentiasa bersama dari sekolah menengah hingga lah ke alam dewasa.Mereka sudah seperti adik beradik.Tetapi adakah mereka dapat...
23K 1.3K 8
إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ Yang bermaksud: "A...
396K 14K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...