Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

By Dandelzel

236K 15.5K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... More

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~11
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~17

3.2K 194 6
By Dandelzel


Tok! Tok!

Pintu diketuk perlahan sambil menanti penghuni bilik itu untuk membukanya. Lea menanti untuk beberapa saat.

"D.. boleh mama masuk?" Diketuk lagi untuk kali kedua bila sang anak tidak menyahut. Tiada sebarang bunyi, perlahan dia memulas tombol pintu dan menjenguk ke dalam.

Ternyata Delilah tiada disitu. Barangkali sedang mandi, memandangkan tadi dia sendiri yang menyaksikan anak gadisnya terus naik keatas.

Meja belajar anaknya menjadi sasaran. Rapi setiap susunan barang yang terletak disitu, membuat dia tersenyum tipis. Kalau dulu penat jugalah dia mengomeli anaknya kerana bilik bersepah. Sekarang, Delilah semakin menginjak dewasa. Sudah semakin teratur.

Tanpa sengaja, pandangan terarah pula pada bingkai gambar yang turut Delilah letakkan disitu. Senyuman perlahan pudar. Lea usap sikit potret dirinya bersama Delilah. Juga papa gadis itu.

Hati mula menjadi sayu mengenangkan Delilah yang masih menyimpan gambar tersebut. Lelaki itu tidak pernah pudar dari ingatan Delilah.

"Ma.."

Delilah yang baru selesai mandi terkejut melihat sosok mamanya disitu. Sedar dengan apa yang menjadi perhatian Lea, dia jadi serba salah. Ada rasa sebak yang bertandang.

"D pergi dekat mana tadi?"

Lantas Lea datang mendekat. Melabuh duduk di birai katil sambil memerhati Delilah yang masih mengelap rambut menggunakan tuala.

"Kafe.."

"Sorang?"

Delilah geleng kecil. Turut duduk di sebelah Lea. "Tadi terjumpa kawan dekat sana."

Pertemuan yang langsung tak dijangka, yang masih buat dia terngiang-ngiang. Balik tadi, Qash sekali lagi menawar diri untuk menghantarnya pulang. Dia apa lagi.. membantah sekeras-kerasnya. Mujurlah pakcik Razak cepat sampai.

"D marah mama ya?" Soal Lea tak bertangguh. Wajah Delilah yang sedang tunduk itu dia renung sayang.

"Nak marah mama kenapa?"

"Tak tahu.. tapi mama rasa D marahkan mama."

Delilah ketap bibir. "Bukan tempat D untuk marahkan mama."

"Pasal semalam.." Rendah nada Lea, seakan teragak-agak mahu membuka cerita tentang semalam.

"Mama tahu D akan rasa tak adil kalau mama cakap yang D sebenarnya agak keterlaluan."

"D tahu.." sahut Delilah, kekal tunduk bermain dengan jari-jemarinya. Bercakap tentang semalam, rasa bersalahnya semakin menggunung.

"D kecil hati dengan mama ya?" Tebak Lea lagi.

"Tak.." Jeda. Delilah akhirnya mengangkat wajah. "D tak berniat nak kurang ajar. Tapi D tak suka orang lain tinggikan suara dengan mama."

"Mama faham." Lea bawa tangan Delilah dalam genggaman. Segaris senyuman digarit. "Terima kasih.. sebab D sentiasa pertahankan mama. Tapi D.."

"Ya D tahu.. D tak patut bercakap macam tu dekat Diaz. D minta maaf." Laju Delilah memintas. Mengerti arah tuju perbualan mamanya.

"D minta maaf dengan Diaz, bukan dengan mama. Kita tak tahu struggle orang macam mana D.. kata-kata D mungkin akan beri kesan yang besar pada Diaz. Mungkin Diaz tu cuma mangsa keadaan. Mungkin yang patut dipersalahkan itu adalah ibu dia. Kita tak tahu kehidupan orang, D.."

Terdiam Delilah. Sedar akan kesalahannya. Kerana terlalu ikutkan emosi, dia menghambur marah tanpa memikirkan kesannya.

"D janji D akan minta maaf dekat Diaz."

"Minta maaf dengan ikhlas, bukan sebab mama."
Nasihat Lea lagi. Dia tak salahkan Delilah. Namun dia juga tidak menyokong tindakan Delilah melontar kata-kata yang jelas menyakiti insan yang mendengar.

"Kenapa mama kahwin dengan uncle Am?"
Usul Delilah tiba-tiba. Riak wajah Lea berubah. Soalan apa yang sedang anaknya ini tanyakan?

"Do you really love him?"

Delilah menyoal lagi dengan nada yang sedikit bergetar. Sekeping hati mula berdebar menanti jawapan dari wanita itu. Selama ini dia tidak pernah tanyakan tentang perasaaan Lea terhadap Tuan Amza. Cuma, dia inginkan Lea bahagia.

Namun jika dua pihak tidak saling mencintai, adakah bahagia itu akan wujud?

"Kalau mama tak cinta, mama tak akan kahwin dengan uncle Am."

Mama menipu. Dia tahu wanita tidak berkata jujur dengannya.

"As much as your love towards papa?" Sakit rasa jiwanya saat melontar soalan itu. Separuh hati mengharapkan Lea untuk berkata tidak sedangkan separuh lagi hatinya, berharap agar Lea mengiyakan.

"Kenapa D tanya macam tu?" Lea hairan. Ini kali pertama Delilah menyebut tentang papanya setelah sekian lama berlalu.

"D rindu papa?"

Delilah senyap seketika. Tahan air mata yang tidak semena-mena mahu mengalir. Berat mulutnya hendak membalas.

Seakan mengerti perasaan si gadis, Lea terus bawa dia ke dalam pelukan.

"I'm sorry.. I'm sorry that you have to go through this. Mama bukan orang tua yang baik untuk D."

Anaknya tidak sepatutnya berada dalam situasi begini.

"You are the best mom for me, ma.. D minta maaf kalau selama ni D selalu buat mama berkorban untuk D." Delilah balas pelukan Lea. Setitis air matanya menitik, dia seka laju.

"Kenapa cakap macam tu.. kalau tak berkorban demi anak, itu bukan ibu namanya." Ucap Lea seraya mengusap belakang Delilah.

"If you missed him that much, you should try to call him."

"You know I can't. Even if I missed him so bad, semua tu sia-sia." Delilah lepaskan pelukan. Renung raut wajah mamanya. "Kita dah mati bagi dia, ma. D dah tak wujud dalam hidup dia."

Lea tidak mampu untuk membalas bait kata Delilah. Sedar bahawa semua itu adalah hakikat yang harus mereka terima.

"D nak makan apa hari ni?" Lantas, topik ditukar sambil sedaya upaya mengukir senyum.

"D teringin nak makan laksa.. laksa Sarawak."

"So.. laksa for lunch?"

Delilah angguk bersemangat. Persetankan semua yang terjadi. Asalkan ada mama disisi, ianya sudah memadai buat dia.

*****

Pukul sepuluh malam, Delilah masih duduk melangut di koridor biliknya. Merenung dada langit yang dihiasi kerlipan bintang dan cahaya bulan. Angin malam sepoi-sepoi menyapa wajahnya. Fikiran pula menerawang jauh.

Dan sedang asyik melayan perasaan, dia terpandangkan figura Tuan Amza di bawah sana. Di laman hijau yang diterangi lampu LED, berdirinya lelaki itu sambil mencekak pinggang sambil menekap telefon ke telinga.

Seharian ini, baru sekarang dia melihatnya. Waktu tengah hari dan makan malam, lelaki itu langsung tidak kelihatan. Ditanya pada mama, mama kata Tuan Amza ke ofis. Tapi entah kenapa, dia seolah-olah dapat merasakan bahawa ada sesuatu terjadi di antara sepasang suami isteri itu.

Sesuatu.. yang dia sendiri sudah maklum.

Tanpa mengerti niat hati, dia menapak keluar dari ruang bilik lalu menuju ke tingkat bawah. Melalui folding door yang terbuka luas, dia boleh nampak dengan jelas Tuan Amza sedang duduk di meja rehat. Bersandar pada kerusi sambil memeluk tubuh. Di depannya terpasang MacBook yang sekadar menjadi tatapan tanpa disentuh.

Lalu langkah diatur ke ceruk dapur. Sekali lagi, dia buat benda yang dia sendiri tak faham dengan kehendak hati. Lincah tangannya menyediakan secawan kopi menggunakan coffee maker yang tersedia disitu.

Sejurus itu, dia mendekati Tuan Amza yang masih elok duduk termenung di meja rehat.

"Uncle Am."

Terkejut Tuan Amza bila disergah secara tiba-tiba. Berpaling ke belakang, dia hairan melihat si gadis yang datang merapat.

"D.."

"Kopi?" Delilah hulur cawan yang berisi kopi panas kepada Tuan Amza.

Dalam rasa terkejut, lelaki itu tersenyum kecil. Cawan bertukar tangan. "Terima kasih.. kenapa tak tidur lagi ni?"

"Tak mengantuk lagi. Uncle Am buat apa?" Delilah tilik sikit MacBook yang masih berada diatas meja.

"Buat kerja sikit, tapi otak ni tengah jammed." Tuan Amza menyahut. Si gadis yang mengangguk faham dia tenung. "D ada apa-apa masalah?"

"Kalau ada masalah, baru D boleh duduk bercakap dengan uncle Am.. macam tu ke?" Polos Delilah menyoal, membuatkan Tuan Amza langsung tersenyum lagi.

"Tak.. D boleh aje berbual dengan uncle bila-bila masa."

Dalam rasa hairan, hati tetap gembira bila Delilah berniat mahu berbual dengannya. Ini salah satu kemajuan yang tidak diduga.

"Uncle Am buat bisnes apa?"

Dan soalan si gadis buat dia tidak berkelip. Selama berkenalan, baru hari ini Delilah hendak bertanya tentang dirinya. Sebelum ini, gadis itu langsung tidak menunjukkan sebarang minat.

Yang Delilah tahu, dia adalah businessman dan pemilik Inca College.

"Bisnes uncle taklah gempak mana.." ujarnya merendah diri. "Uncle ada bisnes perabot. Dan seperti yang D tahu, uncle juga membangunkan Inca College."

Delilah yang mendengar berasa kagum. Bukan kerana kekayaan Tuan Amza. Tapi sifatnya yang menganggap dirinya sekadar businessman biasa.

Sedangkan dialah orang yang sangat disegani di daerah ini.

"Uncle Am orang ternama, ada rupa, punya segalanya.. tapi kenapa uncle Am pilih mama? Mama wanita yang berstatus janda anak satu. Dengan segala kesempurnaan uncle Am, uncle Am boleh dapat perempuan yang setaraf."

Delilah mula menyuarakan persoalan yang kadang mengetuk minda.

"Kesempurnaan?" Tuan Amza bungkam seketika. "Tak, D.. uncle masih sangat jauh dari kesempurnaan."

"Tapi kenapa? Kenapa mama?" Asak Delilah lagi. Dimana membuatkan Tuan Amza sedar satu perkara.

"D dah mula menyesal sebab benarkan mama kahwin dengan uncle?" Sebaik mungkin cuba dikawal riak wajahnya. Debaran mula muncul.

Ini kali pertama mereka benar-benar 'berbicara'.

"Mungkin."

Seketika, Tuan Amza menghela nafas. Dengan semua yang terjadi sejak mereka duduk sebumbung, wajar Delilah berfikiran begitu.

"Uncle tak paksa D untuk terima uncle atau perkahwinan ni. Tapi uncle cuma minta satu peluang. Untuk berada dalam hidup D dan mama."

"It's not about me, uncle Am. This is about you. Your feelings. Uncle menipu diri sendiri." Delilah menyambung kata.

"What do you mean?"

Mereka bertatapan lama. Tuan Amza tidak mengerti dengan apa yang dimaksudkan si gadis. Dan Delilah.. sungguhpun tiada sebarang riak yang terlukis pada wajah, hakikatnya di dalam hati dia cuba untuk mengawal emosi.

"Uncle berkahwin dengan mama bukan sebab cinta, kan?" Soalnya berhati-hati. "D.. tak berniat nak curi dengar perbualan uncle dengan mama malam tadi."

"D.." Tuan Amza benar-benar terkedu.

"Apapun alasan uncle Am untuk berkahwin dengan mama, D nak ucap terima kasih. Dan D betul-betul minta maaf.. sebab D, Diaz dengan uncle bergaduh." Usul Delilah.

"Sepatutnya D sedar diri. Uncle Am..-" Jeda. Dia tarik nafas dalam lalu dihembus panjang. Cuba untuk mengurangkan sesak di dada. "Uncle Am dah banyak bantu D dan mama."

Spontan kepala tertunduk. Rasa malu menghentam diri. Ini yang dia tidak suka bila terlalu banyak menerima pertolongan dari orang lain seperti Tuan Amza.

"Uncle berkahwin dengan mama demi D dan Diaz. Semua yang D dengar malam tadi, uncle tak nafikan. But let me tell you a secret.." Tuan Amza atur posisi tubuh. Duduk menghadap Delilah dengan lebih dekat.

Untuk beberapa saat, dia masih teragak-agak mahu mengungkap kata.

"I do really love your mother."

Sepi. Tiada balasan dari Delilah. Gadis itu hanya memandangnya dengan wajah tak percaya. Dia tahu Delilah terkejut mendengar pengakuannya.

"Uncle dengan mama.. dulu kami kawan satu kolej."

Refleks, Delilah tekup mulut yang sudah ternganga dengan tangan.

"Jadi maksudnya.. papa.."

"Uncle kenal papa D sebab dulu kami satu kolej. Your mother.. she's my first love." Tuan Amza tertunduk sesaat. Meramas jari-jemarinya kerana resah dengan reaksi Delilah. Entah bagaimana dengan penerimaan gadis itu, dia seolah-olah tidak ambil peduli asalkan Delilah tahu hakikat bahawa dia benar-benar mencintai Lea.

"True, kami berdua mencapai kata sepakat untuk kahwin sebab D dan Diaz. Pada masa yang sama, uncle dapat benefit juga. A mother for my son. A queen for my heart."

Delilah masih senyap tanpa sebarang komen. Tepat di depan matanya kini, dia dapat melihat senyuman hambar Tuan Amza. Dan entah bagaimana, dia seakan dapat merasai keikhlasan lelaki yang bergelar bapa tirinya itu.

Adakah semudah ini hatinya mempercayai seseorang?

Dan kenapa dia rasa seolah-olah.. Tuan Amza terluka?

"But your mother.. she believes that love is just a word. I don't blame her. Uncle juga pernah rasa benda yang sama." Bicara Tuan Amza mendalam. Air muka melukiskan rasa sakit yang tak mungkin Delilah mengerti.

"It feels weird talking about this, with you." Dia tergelak kecil tetapi hambar.

"Mama tahu?"

Sekilas, mereka bertatapan semula tatkala soalan itu muncul dari mulut Delilah. Perlahan Tuan Amza menggeleng.

"It's complicated." Ujarnya. "Uncle nak minta tolong.. rahsiakan benda ni dari mama."

Delilah angguk mengerti. Soal hati dan perasaan, itu antara mama dan Tuan Amza. Dia tidak mahu masuk campur hal percintaan orang tua. Penerimaannya? Entahlah..

Pada dasarnya, hati seolah-olah dapat menerima dengan mudah. Tetapi jika diselami hatinya hingga jauh ke dalam, dia seakan kecewa. Kecewa pada siapa?

Keadaan.

Takdir.

Hakikat bahawa seorang lelaki mencintai mama selain papanya, menghadirkan perasaan yang bercampur-baur. Suka atau tidak, inilah hakikat yang harus dia terima.

"If you really love my mom, don't hurt her."

Sama ada ianya amaran atau permintaan, atau kedua-duanya, Delilah sendiri tidak tahu. Dia hanya usulkan apa yang ada di minda.

"Will you give me a chance to make her happy?"

"I already did."

Tuan Amza melorek senyuman manis. Menawan pada pandangan Delilah. Jika dilihat dari jarak dekat begini, semakin terserlah pula kekacakan lelaki bercermin mata itu. Malah turut terlihat iras-iras wajah Diaz.

Setakat ini dia tak pernah nampak Diaz senyum, tapi dia yakin senyuman Diaz dan Tuan Amza pasti serupa.

Continue Reading

You'll Also Like

134K 4.5K 21
[COMPLETED] 3rd story (spin off Dara Pujaan Duda) Song: X missing You by Dayang Nur Faizah & Faizal Tahir Pernikahan antara dua insan yang disembunyi...
1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
1.4M 103K 58
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
119K 6.1K 24
𝔗𝔥𝔢 𝔨𝔦𝔫𝔤𝔡𝔬𝔪𝔰 𝔬𝔣 𝔯𝔢𝔳𝔢𝔫𝔤𝔢 Start: 7 Jan 2024 End: