Mr Vader (OG)

By coffeloff

17.4K 1.7K 98

Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang l... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40

Bab 19

364 33 2
By coffeloff

Beg sandang yang berada di kerusi aku capai. Topi keledar sudah siap dipakai. Kunci motor aku pegang dengan kemas.

"Biar betul kau nak pergi? "tanya Ayesha menginginkan kepastian.

Aku menganggukkan kepala. Tali kasut diikat kemas. Aku berdiri di hadapan Ayesha dan Husna. Muka mereka tampak risau.

"Lekla. Sekejap je aku pergi. Minggu depan aku janji aku balik. "kataku. Ceh! Drama macam aku tak pernah tinggalkan dorang.

Buat masa sekarang, Angah berada di Dubai atas urusan kerja. Dia telah membuka syarikat solar lebih 4 tahun. Alhamdulillah syarikatnya maju, kadangkala ada masalah tapi berjaya diselesaikan. Ibu pejabatnya terletak di Kuala Lumpur dan Dubai, tetapi aku perlu ke Johor Bahru untuk tapak solar sama ada berjalan dengan lancar ataupun tidak. Selepas itu, barulah aku pergi ke Kuala Lumpur untuk selesaikan hal temu duga untuk kemasukan pekerja baru.

Hal berkaitan kafe aku tinggalkan kepada Ayesha dan Husna. Aku sekadar memantau dari jauh.

"Jaga kafe aku elok -elok. Kalau tak, aku potong gaji. "Aku memberi amaran.

"Tak jadi aku nak buat drama. Dah! Pergi -pergi. Shuh! "Ayesha menghalau aku.

Suka hati dia je halau aku. Dahlah duduk rumah aku.

"Bawak motor elok -elok. Jangan bawak laju sangat. "nasihat Husna.

Enjin motosikal dihidupkan. "Ya! "

"Jangan bawak laju -laju! "

Ibu jari aku angkat. Perlahan lahan motosikal Yamaha YZF-R6 bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

Keadaan cuaca hari ini mendung, eloklah aku masuk ke highway. Setelah menempuh jalan yang agak jauh, aku berjaya tiba di Johor Bahru. Aku mengambil keputusan untuk menginap di Royal Ries hotel.

Royal Ries hotel adalah salah satu hotel 5 bintang yang terkenal di Malaysia. Hotel ini hanya ada 3 cawangan iaitu di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pahang. Walaupun hotel ini hanya ada 3 cawangan, langsung tak menjatuhkan perniagaan hotel ini. Malah hotel ini semakin maju dengan orang dari luar atau dalam negara.

Aku tak hairan sebab hotel ini sememangnya selesa dan terlalu privasi. Kadangkala aku terfikir, apakah strategi mereka sehingga mampu menaikkan hotel ini? Mungkin disebabkan seni binaan Royal Ries hotel yang mewah.

Sampai sahaja di kawasan letak motosikal, aku mencabut topi keledar. Badan diregangkan sedikit. Penat nak mampus! Aku rasa punggung aku dah leper sebab duduk lama sangat.

Nasib bawak motor. Kalau bawak kereta, alamatnya memang tak sampai lagi.

Bunyi enjin sebuah motosikal mengalihkan perhatian aku. Tanpa melihat, aku boleh agak motosikal itu diletakkan di sebelah motosikal aku.

Aku memalingkan wajah itu melihat siapa gerangan tersebut. Dan...

"Seriously, Ajwad? "Aku menaikkan sebelah alis kening.

Kat mana -mana memang wajib jumpa ke? Macam yang aku cakap, tak jumpa Muqris, jumpa kawan dia.

"Apa yang awak buat kat sini Ajwad? "tanyaku sambil berpeluk tubuh. Pelik bercampur dengan tak faham.

Takkanlah setiap tempat yang aku pergi, wajib berjumpa dengan dia?

"Kerja. "jawabnya selamba.

"Ouh, yeah? Work for what? "

Ajwad melihat aku. Matanya bertentang dengan mata aku.

Aku nampak dia sedikit... gugup?

"Kerja. Kerjalah. "Ajwad menjawab acuh tak acuh. Langsung tidak melihat aku.

Aku dan Ajwad melangkah ke lobi. Aku bergerak ke kaunter manakala Ajwad duduk di sofa yang disediakan. Selesai sahaja check in bilik, langsung tidak menampakkan kelibat Ajwad. Lagilah aku bertambah hairan.

Sambil berjalan ke bilik, kepala ligat berfikir.

Sejak aku dan Haizul putus, banyak perkara pelik yang terjadi. Bukan sekali aku rasa diperhatikan. Tak. Aku yakin aku diperhatikan. Di mana aku berada pasti aku akan berjumpa dengan orang yang ada kaitan dengan Muqris. Ajwad pun nampak seperti sedang menyorokkan sesuatu. Berkali kali ganda aku rasa pelik.

Sampai sahaja di bilik, aku terus masuk. Katil dicari. Direbahkan badan untuk berehat. Tanpa sedar, aku terlelap tidur.

Aku terjaga sebaik sahaja telefon pintarku menjerit meminta untuk diangkat. Tanpa melihat nama pemanggil aku terus angkat.

"Hm? "Mulut yang menguap aku tutup. Sumpah mengantuk! Mata pun macam kena gam gajah, berat semacam nak buka.

"Adik, Angah lupa nak inform. Sepatutnya adik tak payah pergi Johor. Terus pergi KL, siapkan kerja apa yang patut. "

Mata yang tadi tertutup rapat terus terbuka luas. "Ha?! Kau biar betul Ngah! Adik dah sampai Johor. "Aku dah sampai Johor siap check in hotel baru dia nak cakap? Ada juga aku patahkan kaca mata nanti.

"Betul la. Dah pergi KL sekarang. Siapkan apa yang patut. Nanti Angah balik terus pergi office. "panggilan terus ditutup.

Aku menghempaskan telefon di katil. Rasa nak menjerit. Geram! Nasib aku fikir abang je, kalau tak ada yang aku cekik nanti. Kan senang kalau dia beritahu awal -awal. Dia ingat dekat ke Johor dengan KL? Mau berjam jam juga kalau tak ada rintangan.

Nak marah sampai bila. Dengan hati yang sebal, aku mula bersiap. Nasib baik aku tak buka lagi beg. Jam sempat aku lihat. Eloklah aku tunaikan solat zohor dan jamak sekali.

Setelah aku memastikan tiada barang yang tertinggal, aku melangkah keluar dari bilik. Selepas sahaja aku check out, aku mengeluarkan roti jagung yang terselit di tepi beg sandang. Roti dimakan sebelum memulakan perjalanan.

"Where are you going young lady? "tegur satu suara.

Nasib tak tercampak kunci motor. Ajwad. Kan aku dah kata! Kat mana -mana mesti ada dia. Annoying. Aku rasa seperti gerak geri aku diperhatikan oleh dia pun ada juga.

"KL. "jawabku sepatah. Topi keledar dipakai.

"Aku ikut. "

Aku tahu Ajwad tidak dapat melihat wajahku tapi aku tetap membuat muka 'seriously? '.

"Kau biar betul Ajwad? "

"Diam. "

Enjin motosikal dihidupkan. Aku dan Ajwad bertolak dari hotel. Laluan lebuhraya aku pilih atas dasar tak ada jammed.

Sebelum aku masuk ke lebuhraya, Ajwad membuat isyarat menyuruh aku berhenti. Visor helmet dibuka.

"Jangan panik. Ada orang ikut kita dari belakang. "kata Ajwad.

Mataku sedikit membulat. Terkejut.

"Kereta Honda Civic type R warna kelabu. Kereta ni laju jadi aku nak kau bawak laju. Jangan risau aku ada kat belakang. "ujar Ajwad tenang.

"Siapa yang ikut kita?"tanyaku. Manusia mana tak ada kerja sampai nak ikut orang ni?

"Tanya Muqris. Aku takkan jelaskan. Jangan sesekali berhenti walau apapun yang terjadi. Jangan toleh ke belakang. Just go! "arah Ajwad.

Aku menganggukkan kepala. Visor ditutup. Ajwad tak payah pesan pun memang aku bawak laju. Masuk sahaja lebuhraya memang kaw -kaw aku speed.

BANG!

BANG!

BANG!

Hampir luruh jantung aku mendengar bunyi tembakan. Seumur hidup aku, ini adalah kali pertama ada orang sasarkan pistol untuk menembak aku.

Ingin sahaja aku menoleh tapi kata -kata Ajwad kembali teringat. Motosikal dibawa sehinggalah sampai di tol. Motosikal diletakkan di tepi. Kereta Honda Civic type R yang dikata Ajwad terus berlalu pergi setelah keluar dari tol.

Ajwad menghentikan motosikalnya di sebelah aku. "Kau ok? "

Kepala diangguk.

"Aku kena cari tempat yang selamat untuk kau. "

Aku rasa nak hempuk kepala Ajwad. Kata cari tempat selamat untuk aku. Alih -alih suruh duduk hotel. Nasib baik dapat bilik VIP. Siapa bayar? Ajwad. Kes kena kejar tadi pun dia tak jelaskan. Senyap begitu saja.

Ting! Tong!

Tudung sauk sempat aku capai sebelum disarungkan ke kepala. Pintu dibuka.

"Ei! Apa pasal! "sapa Taufiq dengan senyuman.

Sumpah aku fade up dengan jantan sekor ni. Berapa kali aku nak cakap nama aku Ashal! Jangan sampai aku azankan terus kat telinga.

Sapaan Taufiq aku palaukan saja. Biar nampak jahat sikit.

"We need to talk Ashal."kata Ajwad serius.

Aku membuka pintu luas, memberi keizinan untuk mereka berdua masuk. Sofa dihadapan mereka berdua aku ambil. Kaki disilangkan.

"I have a lot of question to ask. "

"Then, I'm gonna answer your question if I want. You can ask, now. "

"Siapa kejar kita tadi? "Aku bertanya soalan pertama.

Diam. Nampaknya Ajwad memang tak nak jawab.

"Apa kaitan semua ni dengan saya? "Soalan kedua diutarakan.

Sekali lagi Ajwad diam.

"Jawablah. Saya perlukan jawapan dari soalan -soalan tu. "

"If you forget, I said I'm gonna answer your question if I want. I don't want to answer your question. So, our little girl next question. " kata Ajwad.

Aku merengus geram. Soalan penting! Takkanlah dia tak nak jawab. Ini bukan nama berbincang. Stress aku. Urgh!

"Taufiq! "

Taufiq mengangkat kedua tangannya ke atas. Tiada keinginan untuk masuk campur.

Aku memutarkan biji mata. Menyampah! "Kenapa pilih hotel ni? Tempat ni selamat ke? Kalau bilik saya kena ceroboh macam mana? "

"First of all, bilik ni takkan kena ceroboh. Second, this place is safe. Third, this is my hotel. So that's why I choose this hotel. "Ajwad menjawab satu per satu soalan dengan tenang.

Mulutku sedikit terbuka. "Hotel awak? "

Ajwad mengangguk. "Royal Ries hotel. Juries Ajwad? "

Barulah aku faham. Hotel ini diletakkan dengan namanya. Patutlah dia tiba -tiba hilang tadi dan terjah masuk je ke hotel ini macam miliknya.

"Don't forget that the room you stay in is free. "

"What?! "Aku sangkakan Ajwad akan belanja. Huh! Kedekut tahik hidung masin.

"I am a businessman. I wouldn't do it for free. "jawabnya mudah.

Taufiq mengambil botol air yang berada di atas meja. Air diteguk.

"Berapa harga untuk satu malam? "

"RM 17 550 per night. "

Tersembur air yang diminum Taufiq.

Telefon pintar dibuka. Aku langsung tak terkejut dengan harga yang mencekik darah.

"Tak payah bayar. Nanti aku claim dengan Muqris. "kata Ajwad.

Ting! Tong!

"Panjang umur. "

"Pendek akal. "sambung Taufiq.

Aku bergerak ke hadapan. Pintu dibuka. Tersembul wajah yang aku rindui. Hampir sebulan aku tidak melihat wajah ini. Wajah yang sering dihiasi dengan senyuman namun pada hari ini langsung tiada senyuman di bibirnya.

Wajahnya beku. Manusia yang berada di hadapan aku ketika ini seperti bukan manusia yang aku kenal. Lain. Cukup lain.

"Long time no see, Ashal. "sapa Muqris mendatar.

Bulu romaku menegak.

Ashal. Dia panggil Ashal. Bukannya Fatima. Buat pertama kalinya, Muqris memanggil aku Ashal.

Continue Reading

You'll Also Like

Dia, Izra. By Fei

Teen Fiction

979 278 26
9 | Possessive Keeper --- "Like what you see? Why not take a photo instead? It will surely last longer." Izra senyum sinis memandang wajah polos itu...
1.5M 92.4K 75
"π‘―π’π’˜ 𝑳𝒐𝒗𝒆 π‘ͺ𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 π‘ͺ𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 π‘Ίπ’˜π’†π’†π’• 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 π‘Ίπ’‚π’Žπ’† π‘»π’Šπ’Žπ’†?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HA...
31.1K 1.6K 57
Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghantui dirinya. Bisikan halus kerap menghas...
808K 32.7K 93
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...