Dia.. Delilah Lavelle[O/G]

By Dandelzel

236K 15.5K 1.1K

Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika or... More

DDL
DDL~1
DDL~2
DDL~3
DDL~4
DDL~5
DDL~6
DDL~7
DDL~8
DDL~9
DDL~10
DDL~12
DDL~13
DDL~14
DDL~15
DDL~16
DDL~17
DDL~18
DDL~19
DDL~20
DDL~21
DDL~22
DDL~23
DDL~24
DDL~25
DDL~26
DDL~27
DDL~28
DDL~29
DDL~30
DDL~31
DDL~32
DDL~33
DDL~34
DDL~35
DDL~36
DDL~37
DDL~38
DDL~39
DDL~40
DDL~41
DDL~42
DDL~43
DDL~44
DDL~45
DDL~46
DDL~47
DDL~48
DDL~49
DDL~50
DDL~51
DDL~52
DDL~53
DDL~54
DDL~55
DDL~56
DDL~57
DDL~58
DDL~59
DDL~60
DDL~61

DDL~11

3.3K 194 4
By Dandelzel

Dum!

Bunyi pintu yang dihempas kuat mengejutkan Delilah yang sedang meneguk air di depan peti ais.

Pantas kakinya melangkah untuk melihat apa yang berlaku. Jengukkan kepala sedikit, kemudian riak wajahnya berubah saat melihat figura yang baru sahaja menapak ke ruang tamu.

"Kau!"

Tak ada ribu tak ada angin, tiba-tiba dia ditunjuk lurus oleh Diaz. Namun Delilah lebih daripada tahu, lelaki itu pasti hendak membahas apa yang terjadi awal pagi tadi.

"Dekat kolej hadap muka kau, dekat rumah pun tengok muka kau lagi. Kau ni memang tak serik-serik lagi ke nak cari pasal dengan aku?"

Tak tunggu lama, Diaz langsung menghambur rasa geram yang ditahan sejak tadi. Beg sandang yang terletak pada bahu kiri dicampak ke sofa. Dia bercekak pinggang menghadap Delilah yang dah buat muka.

"Kau ke aku yang cari pasal sebenarnya? Eh, aku pun tak hinginlah tengok muka tar kau ni."

"Amboi, amboi! Hei, perempuan.. kau hormat sikit dengan aku ni. Yang kau duduk ni rumah aku tau! Kolej tempat belajar kau tu, kolej Baba aku. Bila-bila masa aje aku boleh keluarkan kau."

"Hormat? Orang macam kau ni tak layak untuk dihormati. Peduli apa aku kalau ini rumah kau pun. Pembetulan, rumah uncle Am! Kolej tu pun, kau ingat kau ada kuasa ke nak keluarkan aku?"

Panjang berjela Delilah membidas. Nak berkecil hati, dia seakan lupa apabila perasaan geram terhadap Diaz melebihi segalanya. Orang macam Diaz ni tak boleh nak diberi muka sangat.

"Engkau ni kan.." sambil jari telunjuk masih terarah pada Delilah, Diaz mara mendekatinya.

Kecik besar kecik besar saja dia tengok budak ni sekarang.

"Kau menumpang dekat sini, buat cara menumpang."

Delilah mencebik. Raut wajah Diaz dipandang jelek. "Apalah nasib uncle Am dapat anak tak semenggah macam kau ni. Perangai macam setan."

"Setan? Kau belum tengok lagi perangai setan aku macam mana." Diaz menolak sikit bahu Delilah dengan hujung jari. "Hei, kalau kau nak hidup lama dekat sini, kau jauhkan diri kau dari aku."

Intonasinya berupa amaran. Matanya mencerlung sebelum dia berkira-kira mahu pergi dari situ.

Namun apa yang terjadi seterusnya langsung tidak dia jangka.

Pap!

Baru beberapa tapak dia melangkah menuju ke tangga, tiba-tiba belakang tubuhnya terkena satu objek keras.

Dia berpaling, ternyata Delilah membaling botol mineral kepadanya.

"Aku dah jumpa ramai manusia berperangai macam kau ni. Kau expect aku kena buat apa? Tunduk pada kau? Biasanya manusia yang suka rendah-rendahkan orang ni tak dapat perhatian secukupnya. Itu yang jadi macam ni, macam kau!"

"Delilah!!"

Pap..

Tanpa sedar, Diaz membaling bantal kecil diatas sofa. Terkena tepat ke muka Delilah. Puas hati Diaz melihat wajah berangnya.

Tidak mengalah, Delilah pula yang mengambil sebiji bantal lalu dibaling kuat kepada Diaz. Jejaka itu melongo.

"Kau nak mampus ke?!!" Jeritan lantang memenuhi ruangan tersebut. Benar-benar habis sabar dengan perempuan itu.

"Kau tak payah nak tinggikan suara dengan aku!"

"Kau..-"

"Apa, hah?!"

Dua-dua mara serentak mendekati antara satu sama lain. Masing-masing sudah mengangkat tangan, saling menolak tanpa mahu mengalah. Dalam sekelip mata saja ruang tamu itu sudah menjadi gelanggang gusti mereka. Riuh suasana rumah dengan suara jerkahan.

Melepaskan geram dan amarah, itu matlamat mereka!

"Kau ni memang tak serik-serik!"

"Kau memang bodoh kalau kau fikir aku akan mengalah dengan kau!"

Leher Diaz menjadi mangsa Delilah. Dipaut kuat dengan lengannya yang tak berapa nak besar itu sehingga membuatkan Diaz terbongkok. Bahananya, rambut Delilah pula yang dicengkam Diaz.

Tak cukup dengan itu, kaki turut memainkan peranan untuk menyepak antara satu sama lain. Pergelutan yang terjadi berterusan sehingga masing-masing tidak menyedari pintu utama terkuak dari luar.

Muncul Tuan Amza dan Lea yang baru sahaja sampai. Dari arah luar saja mereka sudah mendengar bunyi bising yang tercetus oleh kedua-dua remaja itu.

"Diaz!!"

"D!!"

*****

"Dua hari.."

Tuan Amza bersuara, memecah kesunyian yang menyelubungi bilik kerjanya. Dia yang mulanya bercekak pinggang kini berdiri tegak merenung anak terunanya.

"Baru dua hari Delilah duduk dengan kita dan dalam dua hari itu jugak D asyik bergaduh dengan dia." Lanjutnya tegas.

Diaz senyap menekur lantai. Rahang diketap kuat menahan rasa.

"D naik tangan dengan Delilah?" Soal Tuan Amza seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya awal tadi.

"D naik tangan dengan Delilah! Siapa yang ajar D macam tu?! D bergaduh dengan perempuan sampai naik tangan, D sedar tak apa yang D dah buat?!"

Mendidih rasa darahnya bila menyaksikan Diaz menarik rambut Delilah dengan cubaannya mahu menyepak gadis itu.

Tempoh hari ketika Hanil melaporkan kejadian di kolej, dia tak mahu percaya. Barangkali Diaz setakat bergurau dengan menarik rambut Delilah, itu kata dia..

Tapi setelah melihatnya dengan mata kepala sendiri, dia benar-benar shock! Pergaduhan antara Diaz dan Delilah bukan main-main.

"Kenapa baba nak salahkan D sedangkan budak tu pun buat benda yang sama? Baba sendiri nampak budak tu berniat nak cekik D!" Bentak Diaz, mahu membela diri.

"Sebab D tu lelaki! Baba tak pernah ajar D berperangai macam ni. Baba boleh sabar lagi dengan perangai nakal D yang tak habis-habis, dari dulu sampai sekarang. Tapi baba tak boleh terima D naik tangan dengan perempuan."

"Bukannya D pergi tampar dia pun. Setakat tarik rambut-"

"Baba tak suka D buat macam tu! D tak rasa ke D terlalu ganas? She's a girl, D bukan macam kawan-kawan D. " Pangkah Tuan Amza laju.

"Then a girl should behave like a girl. Budak tu buat D ni macam lawan gusti tau tak? And now you're talking about me being mean to her?! Seriously baba?"

"But still, you can't do that to her. She's your sister now."

"No, she's not!"

Diaz bangkit berdiri menentang babanya. Benci mendengar bicara lelaki itu.

"Celah mana yang si Delilah tu adik D? Sejak bila?"

"D.."

"D tak pernah ada adik dan selamanya D takkan ada adik! Hakikat bahawa baba berkahwin dengan isteri baba sekarang takkan mengubah apa-apa dalam kehidupan D."

Mendengar perkataan adik itu saja sudah membuatnya muak, apatah lagi mahu menganggapnya sedemikian.

Tuan Amza mengeluh panjang.

"D masih marahkan baba sebab kahwin dengan aunty Lea, sebab itu D protes dengan cara macam ni?"

"You seriously asking me that?" Diaz turut menyoal. "Baba patut tanya pendapat D sebelum baba buat keputusan untuk berkahwin dengan perempuan lain!"

Bukan, dia bergaduh dengan Delilah bukan untuk protes. Melainkan gadis itu benar-benar menyakitkan hati dan sentiasa membuat dia bagai gunung berapi.

Tapi tentang perkahwinan babanya, dia mengaku dia terkilan.

"Tapi baba ketepikan D, baba utamakan kebahagiaan baba. Okey, D tak kisah.. tapi kebahagiaan D macam mana? D pasti baba faham apa maksud D." Ujarnya penuh makna.

Untuk beberapa saat, Tuan Amza diam merenung wajah Diaz.

"D suka atau tak, aunty Lea dan Delilah sekarang dah jadi sebahagian dari keluarga D. Aunty Lea sekarang adalah mama D. Delilah adik D and you will treat her like one." Tegas. Kata-kata anaknya sebentar tadi seperti tiada makna baginya.

Dimana membuatkan Diaz semakin berang. Baba selfish!

"Baba tak boleh paksa D untuk buat benda yang D tak suka! Itu keluarga baba bukan keluarga D, I told you before."

"Diaz Raiden!"

Nada Tuan Amza naik satu oktaf. Menjerit nama sang anak yang buat darahnya mendidih. Diaz di depannya tampak terkedu.

Biadab mana pun dia dengan lelaki itu, tetap ada sekelumit rasa gerun di dalam dirinya apabila baba menaikkan suara. 

"Satu hari nanti D akan faham kenapa baba buat semua ni."

"Apa yang nak difahamkan? Baba cuma fikir diri baba. That's it." Kali ini nada Diaz perlahan. Seakan pasrah dan menyindir dalam waktu yang sama.

Tuan Amza membisu. Sudah tidak mampu lagi untuk bertegang urat dengan sang anak. Sehingga Diaz keluar dari ruang kerja itu, dia pula hanya mengeluh. Andai Diaz tahu, dia melakukan semua ini demi anaknya juga.

Tapi Diaz tak mungkin akan faham.

Continue Reading

You'll Also Like

29.5K 621 11
( my first book ) - I WILL MAKE YOU WORTH IT HAVING ME LOVE - ----------------------------------------------------------- Dejavu. Itulah yang Rania A...
MANUSKRIP By M

Paranormal

18.5K 1.1K 26
[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang mema...
508K 30.6K 34
First vol under 𝓒𝓻𝓾𝓮𝓵 𝓐𝓷𝓰𝓮𝓵 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R...
48K 2.3K 33
"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak st...