ALTAF'S SAVIOUR

By starryglossie

812K 66.9K 10.8K

Nur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Sinopsis tak ada. Author dia tak reti nak karang sinopsis. E... More

𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 1
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 2
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 3
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 4
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 5
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 6
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 7
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 8
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 9
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 10
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 11
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 12
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 13
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 14
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 15
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 16
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 17
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 18
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 19
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 20
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 21
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 22
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 23
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 24
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 25
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 26
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 27
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 28
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 29
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 30
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 31
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 32
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 33
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 34
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 35
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 36
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 37
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 39
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 40
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 41
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 42
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 43
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 44
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 45
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 46
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 47
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 48
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 49
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 50
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 51
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 52
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 53
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 54
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 55
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 56
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 57
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 58
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 59
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 60
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 61
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 62
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 63
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 64
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 65
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 66
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 67
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 68
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 69
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 70
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 71

𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 38

9.8K 1K 160
By starryglossie

Altaf termenung. Iris pekatnya menekur sekujur tubuh Eima yang sedang lincah memasak di dapur. Sekejap, bibirnya terukir senyuman. Teringat akan bibirnya yang menyentuh dahi itu tadi.

"Termenung apa tu Taf?"

Mendengar teguran suara serak milik ayah mertuanya, lekas Altaf angkat kepala. Kelihatan lelaki itu sudah bersedia untuk mengambil tempat duduk disebelahnya.

"Ayah." Sebutnya bersama senyuman senget.

Alamak. Altaf kantoi usyar isteri sendiri ke?

Encik Zain hanya sembunyi senyum. Bahu tegap menantunya ditepuk sekilas. Eima yang lincah bekerja di dapur turut dikerling.

"Terima kasih Altaf, sudi terima anak ayah." Ucapnya perlahan sambil anak mata dipakukan ke arah Eima.

Altaf sedikit tersentak. Sisi wajah itu dipandang suram.

"Altaf yang sepatutnya cakap macam tu, ayah. Terima kasih sangat sudi percayakan Altaf untuk jaga anak ayah."

Sebulan mengenali Eima dan Encik Zain, dia dapat lihat ikatan keluarga dan kasih sayang antara bapa dan anak ini. Altaf rasa terharu masih ada orang baik mampu menerimanya sebagai keluarga.

Encik Zain akhirnya memandang wajah tampan milik Altaf. Lama dia perhati seraut kacak itu.

"Altaf. Ayah nak minta sesuatu boleh?" Encik Zain sedikit teragak-agak.

Yakin Altaf jatuhkan kepala. "Boleh, ayah. Kalau Altaf mampu, Insha Allah Altaf tunaikan."

Encik Zain senyum sayu.

"Ayah percayakan Altaf. Saat Eima luahkan hasrat hati dia tentang Altaf, sikitpun ayah tak beragak. Ayah setuju dan ayah gembira." Encik Zain sekadar bermukaddimah.

Altaf hanya menanti tanpa ada niat untuk mencelah. Percaya yang ayat lelaki itu masih ada sambungannya.

"Andai kata suatu hari nanti Altaf tak mahukan anak ayah, ayah mohon sangat pada Altaf, tolong pulangkan dia pada ayah secara baik." Entah mengapa, dalam menutur rasa sebak menghurung diri.

Altaf tahan riak wajah daripada terpamer. Kelopak mata dikerdipkan sekali sebelum reaksi mukanya kembali dineutralkan.

"Altaf tahu ayah mahupun Altaf tak nak benda itu terjadi. Tapi jika tuhan takdirkan jalan cerita kami sebegitu, Altaf janji pada ayah yang Altaf akan pulangkan Eima secara baik." Rendah suara maskulin itu kedengaran.

Anak mata dilirikkan ke arah Eima kembali. Tidak semena, senyuman kelat terukir di bibir.

"Tapi Altaf juga janji pada ayah yang Altaf akan bahagiakan Eima. Akan Altaf turutkan segala kemahuan dan kehendak dia." Tenang Altaf mengungkap.

"Altaf tak akan sia-siakan perempuan sebaik Eima."

Encik Zain tarik nafas lega. Kekura Altaf dipegang lembut.

"Altaf."

"Ye ayah..." Altaf sahut dengan senyuman juga.

"Ayah sayangkan Altaf. Ayah dah anggap Altaf macam anak sendiri. Selain kebahagiaan Eima, ayah juga harap Altaf bahagia." Ucapnya penuh rasa.

Altaf diam. Kosa katanya bagai dicuri. Hati turut bergenang pilu. Rasa terharu kian menghimpit dada.

"Jadi ayah harap, Eima juga dapat bahagiakan Altaf. Doa ayah, anak ayah juga tak akan sia-siakan lelaki hebat seperti Altaf." Ikhlas dia menutur. Sungguh jika anak perempuannya itu terlintas niat untuk mensia-siakan Altaf, Encik Zain tambat bawah pokok rambutan.

"Altaf pun. Terima kasih sangat ayah sebab sanggup beri peluang pada lelaki seperti Altaf."

"Ayah bersyukur Allah hadirkan Altaf buat ayah dan Eima. Jika Tuhan mahu ayah kembali padaNya sekarang pun, Insha Allah ayah bersedia."

Zap!

Tersentak Altaf bangkit dari lena. Kelopak matanya yang tadi elok terpejam, mula terbuka pantas. Tercungap-cungas nafas dicuri.

Kedua belah tangan yang berlabuh di tilam, mengepal cadar sembari kepala mula berligar-ligar dengan mimpi yang baru sahaja dialaminya tadi. Dahi yang merinik peluh disentuh.

Rindu sungguh ke Altaf akan lelaki berumur itu sehingga masuk ke alam tidur?

Wajah diraup berulang kali sebelum telefon canggihnya dicapai. Skrin yang malap tadi mula bercahaya saat Altaf sentuh permukaan itu.

3.43 pagi.

Sedar akan waktu subuh yang bakal menginjak, cepat-cepat Altaf bangkit dari lena. Duvet yang menutupi sekujur tubuh diselak sebelum langkah dibawa ke arah almari.

Sempat dia mengerling Haidil yang tidur pulas di atas katil itu. Tergeleng-geleng Altaf melihat sehelai baju yang dibiarkan di atas lantai. Melalui cahaya yang samar, Altaf masih dapat melihat tubuh lelaki itu yang tidak berbaju.

Baju itu dicapai dan dilemparkan ke dalam bakul baju kotor milik Haidil sebelum Altaf berlalu ke arah almari.

Seketika kotak fikirannya kembali bermain dengan mimpinya sebentar tadi.

Kenapa Altaf rasa tak sedap hati ini?







Gegendang telinga dipukul dengan bunyi deringan telefon. Terpisat-pisat Eima mencelikkan kelopak mata. Pandangannya yang berbalam-balam disapa dengan kawasan surau hospital.

Surau? Eh, surau.

Sedar dengan keadaan diri, tergopah-gopah Eima bangun dari baringan.

Aduhai Nur Eima, macam mana boleh terlelap ini?

Selepas selesai menunaikan solat subuh tadi, niat Eima mahu menunggu waktu dhuha. Memang rutinnya setiap pagi. Lagi pula, pelawat tidak dibenarkan menunggu pesakit pada waktu itu.

Lekas Eima mencapai telefon miliknya. Hampir terbuntang biji mata melihat nama kakak ipar yang tertera di situ.

6 panggilan masuk? Ada sesuatu yang berlaku pada ayah ke?

Hati Eima mula tidak tenteram. Dengan tangan yang tergetar-getir, Eima mencari nama kontak si kakak ipar sebelum dia dail.

Beberapa saat selepas itu, suara Engku Maleeka menyapa gegendang telinga.

"Eima. Eima dekat mana?" Tanpa salam, wanita itu menyergah.

Eima telan liur kesat. Jantung yang berdetak hebat itu cuba tidak dihiraukan.

"E— Eima ada dekat surau, akak. Ke— kenapa? Ayah..." Kerongkongnya rasa berpasir. Sungguh Eima tidak tahu bagaimana untuk menyusun kata. Otaknya kosong.

"Eima. Datang sini. Sekarang.






Eima melangkah pantas ke arah Engku Maleeka yang sedang duduk di atas kerusi ruang menunggu.

"Akak."

Sentak Engku Maleeka mencari punca suara yang sudah dikenali itu. Engku Maleeka kesat pantas wajahnya yang lencun. Kelopak mata dikerdipkan berkali-kali sembari menahan esakan yang mungkin pecah. Dia tidak boleh tampak sayu di hadapan Eima.

"Eima."

Tubuh dibangunkan sebelum laju kakinya diorak ke arah Eima.

"Akak, ayah mana? Kenapa Eima pergi wad tadi katil ayah kosong?" Belum apa-apa, Eima sudah hemburkan kerisauannya itu.

Engku Maleeka hilang diksi. Bibir diketap rapat. Perit dada menahan sebak kala melihat wajah kekeliruan Eima tadi.

Ya Tuhan, macam mana dia mahu sampaikan kepada Eima tentang berita ini?

"Eima..." Sebut Engku Maleeka lirih. Kedua belah tangan Eima disisi dia gapai. Menunduk, tidak tersengaja air matanya jatuh di atas kekura itu.

"Akak. Kena— kenapa akak nangis? Eima tanya ayah. Ayah mana? Ayah tak ada dalam wad dia tadi. Eima nak jumpa ayah. Mana ayah akak?" Suaranya runsing.

Dadanya mula berombak ganas. Lebih-lebih lagi bila melihat keadaan kakak iparnya ini. Kerisauan Eima makin mencanak naik.

"Jawab Eima, akak. Jangan diam..." Eima separa mendesak. Tanpa sedar, cecair mata mula turun menodai segenap inci wajah sugulnya.

Bunyi derapan langkah melalui belakang Engku Maleeka buat Eima berpaling ke arah itu. Iris bundarnya dihiasi dengan figura tiga adik-beradiknya yang sedang berjalan menuju ke arah mereka. Atau lebih tepat, Eima.

"Abang Edrees." Eima sentap pegangan Engku Maleeka sebelum kakinya diayun ke arah si abang.

Pang!

Belum apa-apa, Eima sudah dapat habuan. Pijar pipi menrima tamparan sulung si abang.

"Edrees!" Tempik Engku Maleeka. Terkejut dengan perbuatan tak terjangka si suami. Sehingga hilang panggilan hormat yang selama ini meniti di bibir.

"Kau ke mana?" Suara Edrees celah gigi. Tajam pandangan mata helangnya menikam sisi wajah Eima.

"Aku tanya kau ke mana Nur Eima?!" Jerkahnya kuat sehingga terhinjut batang tubuh Engku Maleeka.

Elyas dan Ebrahem yang setia memerhati turut tersentak sama. Bergema suara garau lelaki itu mengherdik Eima.

Tetapi Eima hanya diam tidak berkutik. Malah, Eima boleh pula membalas pandangan membunuh si abang. Tanpa gentar.

"Mana ayah? Eima tanya akak tapi akak tak jawab." Soal Eima tanpa nada. Perlahan sahaja suara wanita itu kedengaran. Sayup-sayup. Hanya untuk pendengaran mereka.

Eima sudah tidak peduli. Eima cuma mahu tahu keadaan ayah. Di mana ayah?!

"Jawab Eima, abang. Mana ayah?!" Bisiknya berura tempikan.

"Diam, Eima. Kau punca semua ini berlaku. Kalau 2 bulan lepas kau tak tinggal ayah sendiri, ayah tak akan koma lah!" Balasnya pula. Bengang. Amarah mula merajai diri. Lebih-lebih lagi selepas melihat wajah Eima.

Bagi Edrees, kejadian ayah terjatuh di dalam bilik air 2 bulan yang lalu sehingga menyebabkan ayah terkena serangan strok adalah berpunca daripada Eima. Eima memang tidak boleh diharap.

"Abang. Apa yang abang cakapkan ini?" Engku Maleeka mencelah. Bahu si suami ditolak kasar sehingga tubuh itu menjauh daripada Eima.

Sempat ekor matanya mengerling Eima yang sudah lencun dengan air mata itu. Kenapa Edrees masih mahu salahkan Eima? Cukuplah Eima yang sudah menyalahkan dirinya sendiri.

Setiap hari bahkan waktu Engku Maleeka yakinkan wanita itu yang bukan Eima faktor ayah mertuanya itu jatuh sakit. Itu semua ketentuan. Khilaf ayah mertuanya sendiri yang menghalang Eima daripada membantu.

Bunyi pintu yang terbuka dari sebuah bilik menyentakkan lima pasang anak mata yang berada di situ. Dengan mata berkaca Eima pandang petugas hospital yang diyakini doktor dan turut ditemani beberapa orang nurse.

Pandangan Eima jatuh kepada sebuah katil yang turut ditolak keluar. Disebalik kain putih yang terdampar, Eima masih dapat lihat lekuk sekujur tubuh itu.

Entah mengapa, dada mula berombak ganas. Dandan bila dia melihat doktor yang turut keluar itu adalah doktor sama yang merawat dan menguruskan ayah sepanjang lelaki itu berada di hospital.

"Selepas saya uruskan mayat, saya akan panggil Encik Edrees sekeluarga." Maklum doktor tersebut kepada Edrees.

"Baik, doktor."

Saat katil itu melepasi Eima, wanita itu bertindak menahan mereka daripada terus bergerak. Palang katil digenggam kemas.

"Ini ayah saya ke?" Eima pandang wajah nurse dihadapannya.

Jururawat tersebut memandang sayu ke arah Eima. Dia kenal akan wanita ini. Sepanjang bertugas menguruskan Encik Zain, anak perempuannya inilah yang selalu bermalam di hospital.

Menantu pemilik hospital ini juga.

Mendapat arahan daripada doktor, jururawat bernama Ika itu menurunkan kain putih tersebut sehingga menampakkan wajah lelaki tua itu.

Engku Maleeka menahan tubuh Eima yang longlai daripada jatuh ke lantai. Eima turut berpaut pada sisi katil saat lutunya terasa lemah bilamana retina mata dihiasi dengan wajah ayah.

Seraut wajah ayah yang tidak bermaya dan pucat lesi itu Eima tatap lama. Pejam kelopak mata sekali, bagaikan tiada penyudah cecair mata turun menyembah bumi.

"Ayah..." Seru Eima lirih.

Wajahnya dirapatkan sebelum dahinya jatuh pada sebelah bahu lelaki itu. Meskipun esakannya tidak berbunyi, rasa sakit dan pedih itu melebihi segala-galanya.

Ya Allah. Benarlah. Ini ayah.

Eima merongoi. Wajah lelaki tua itu disentuh buat kali terakhir. Esakan mula kedengaran memenuhi setiap ruang.

"Eima..."

"Eima nak ayah...."

Engku Maleeka mengusap bahu Eima berkali-kali. Rapuh hati melihat Eima selemah ini. Sungguh dia tidak sanggup. Dia sendiri tahu betapa kasih dan sayangnya Eima akan lelaki ini.

Buat kali terakhir, Eima menangis semahunya dibahu lelaki tua itu. Dihemburkan segala tangisan yang bersisa di bahu itu. Bahu yang sama telah memikul segala beban keluarganya. Dan semoga bahu ini juda dapat menjadi saksi di akhirat kelak bahawa betapa banyaknya pengorbanan lelaki ini telah lakukan hanya untuk kesenangan mereka sekeluarga.

Ya Tuhan. Jika ini mimpi, tolong bangunkan Eima.










Engku Khadija membawa tubuh milik menantu ke dalam rangkulannya. Erat tubuh genit itu dipeluk. Belakang tubuh Eima dielus berulang kali.

"Ayah dah pergi. Ayah dah tinggalkan Eima, bonda. Sedangkan ayah pernah janji yang ayah tak akan tinggalkan Eima." Teresak-esak Eima menangis di ceruk leher wanita itu. Punca kekuatannya sejak dua menjak ini.

"Eima nak ayah..." Sejak tadi, tidak lelah dia ungkapkan tiga patah perkataan itu.

"Eima jangan macam ini sayang. Eima kena redha. Ayah Eima dah pulang ke sisi Yang Maha Esa." Tempat yang jauh lebih indah dan tiada tandingan jika nak dibandingkan dengan dunia yang kejam ini.

"Eima dah tak ada sesiapa. Selama ni, Eima cuma ada ayah." Adunya.

"Eima ada bonda, sayang. Eima ada kami." Disebalik kelembutan, tetap terselit ketegasan disebalik kata wanita itu. Alvina yang setia memerhati juga menjatuhkan kepala berkali-kali.

Sayu seraut wajah tampan Affan, Athmar dan juga Ardan menatap kakak iparnya yang sejak tadi menangis di bahu bonda. Dalam diam, mereka juga turut bersimpati akan nasib wanita itu.

"Aku nak call Altaf." Zaril yang sejak tadi berperang dengan diri sendiri akhirnya bersuara.

Tersentak Eima mendangar suara keras sahabatnya itu. Lekas wajah diangkat daripada bahu Engku Khadija. Wajah tegang Zaril dipandang. Tekad.

"Jangan Zaril." Eima bangun dan berura-ura merampas telefon bimbit lelaki itu.

Bagaikan dapat membaca gerak-geri Eima, pantas Zaril merentap tangannya dan dibawa menjauh.

"Kau jangan nak halang aku. Dah cukup baik 2 bulan aku dengar cakap kau." Tajam mata helangnya menusuk iris bundar berkaca milik Eima.

"Zaril. Aku tak nak susah Alt—"

"Eima!" Herdik Zaril sekaligus mencantas percakapan wanita itu.

Dia sudah penat memujuk dan berlembut dengan Eima. Sepanjang 2 bulan ini, puas dia memaksa Eima supaya memberitahu perihal ini kepada Altaf. Tetapi wanita itu degil. Berkeras dengan alasan yang sama. Tidak munasabah dan tidak boleh diterima.

Zaril ambil nafas panjang sebelum dihela lemah.

"Kau tak fikir perasaan Altaf ke Eima?" Zaril bersuara rendah.

"Ril..."

"Kau sendiri tahu Eima betapa rapatnya pakde dengan Altaf. Kau sendiri sedar yang hari-hari Altaf duk cari dan bertanya tentang pakde." Zaril luahkan fakta. Dia akan berkeras dengan Eima hari ini.

Bagaimana Eima mahu berdalih pada esok hari? Sampai bila Eima mahu menipu Altaf?

"Aku tahu, Ril. Tapi aku dah banyak susahkan dia." Berselang-seli tangisan dan juga kata yang terbit melalui celah bibir.

Jujur, sejak tadi dia teringat akan lelaki itu. Eima juga perlukan Altaf. Disisi. Eima tidak nafi malah menidakkan. Dia mahukan Altaf.

"Apa yang kau buat sekarang ini lebih menyusahkan dia, kau sedar tak Eima? Kau diamkan hal penting macam ni hanya sebab alasan bodoh kau tu?!" Tidak lelah Zaril menyangkal segala ujaran Eima.

"Bonda setuju dengan Zaril, Eima." Engku Khadija yang hanya tadah telinga, kembali bersuara. Langkah diorak ke arah menantunya.

"Kami sekeluarga selalu belakangkan Altaf. Bagi bonda, bonda cuma tidak mahu susahkan dia. Altaf dah banyak terluka dan terseksa."

"Tapi bonda tersilap langkah. Apa yang bonda buat sebenarnya buat Altaf lebih jauh dari kami sekeluarga. Bonda tak nak Eima lalui perkara yang sama." Ujarnya lembut.

Wajah Eima yang basah, dia seka dengan jemarinya. Iris berkaca Eima ditatap teduh.

"Dan Eima. Don't you need him, sayang?" Engku Khadija berbisik perlahan.

Engku Khadija tahu, disaat sebegini pasti jiwa dan hati wanita itu bagai teriak memanggil-manggil nama si suami. Eima sangat perlukan Altaf disisinya.

Eima gigit isi bibir bawahnya. Kedua belah tangan mengepal sisi jubah hitam miliknya. Tanpa sedar, kepala dijatuhkan berkali-kali.

"Eima rindukan abang, bonda..." Sayup-sayup suara serak wanita itu meluah, seiring dengan air mata yang tiada tanda mahu berhenti keluar sejak tadi.

Mendengarkan itu, Engku Khadija menarik nafas lega. Senyuman kelat terukir di bibir sebelum sekali lagi dia membawa tubuh itu ke dalam pelukan. Sempat dia memberi signal kepada Zaril supaya menghubungi Altaf.






Sejadah dilipat sebelum iphone14 miliknya yang sejak tadi berbunyi digapai. Berkerut dahi saat terpandangkan nama si sahabat yang tertera di atas skrin.

Pantas pesanan itu dibuka dan dibaca.

Zaril
- Altaf. Kalau kau tak sibuk, kau call aku. Aku ada benda nak cakap.

Membaca itu, jantungnya berdegup pantas. Entah mengapa, rasa debar mula menghurung diri. Melalui mesej lelaki itu, Altaf dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena.

Kopiah dilipat sebelum Altaf melabuhkan punggung di birai katil. Kontak nama Zaril dicari sebelum nombor lelaki itu didail.

Beberapa saat selepas itu, suara Zaril kedengaran di hujung talian.

"Altaf. Kau tak kerja ke?"

"Awal lagi, Ril. Aku masuk petang." Altaf jawab pertanyaan si sahabat.

"Kenapa kau minta aku call Ril? Kau tak sihat ke? Atau kau perlukan apa-apa?" Soal Altaf bertubi-tubi. Jika Zaril memanggilnya saat berjauhan sebegini pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Ada masalah dengan kereta Altaf ke?

"Taf." Zaril seru lambat.

Altaf berdecit perlahan. Kenapa makin tidak sedap hati ini?

"Asal Ril? Kau perlukan apa-apa ke?" Altaf kembali ulang soalan yang sama.

Mendengar suara pasrah milik Altaf, Zaril senyum sayu. Altaf memang sahabat yang baik. Mana pernah berkira dengannya.

Sekejap anak matanya beralih ke arah Eima yang duduk bersebelahan Engku Khadija.

"Altaf. Pakde dah tak ada." Dengan anak mata masih dipakukan ke arah Eima, Zaril bersuara.

Gamam. Altaf hilang diksi. Berkerut-kerut dahi menafsir butir kata Zaril. Pakde dah tak ada? Maksudnya...

Altaf ketawa sinis. Penuh kepura-puraan. Tanpa sedar, cadar tilam dikepal kuat hingga timbul urat lengan gagahnya.

"Kau bergurau apa ni Ril?" Anak mata Altaf melingas. Entah mengapa, tubir matanya mula memanas.

"Kau nak bergurau pun beragak Ril. Hal macam ini jangan dibuat main." Altaf sekadar menutup kerunsingan di hati. Meskipun dia tahu yang Zaril tidak akan bergurau tentang perkara sebegini.

"Pagi tadi. Pakde meninggal dekat hospital milik keluarga kau." Beritahunya.

Dum.

Bagai dihempap sebuah batu seluruh tubuhnya mendengarkan kata-kata Zaril. Hospital milik keluarganya?

"Macam mana boleh sampai ke KL?" Altaf mula curiga.

Zaril hembus nafas lemah. Wajah diraup berulang kali. Ya Tuhan, macam mana ini?

"Ril. Jawab aku." Keras suara Altaf. Dia pasti lelaki itu ada sembunyikan sesuatu daripadanya.

"Dah 2 bulan pakde dekat hospital ini. Dia dalam koma. Sebulan lepas doktor sahkan yang lelaki itu cuma boleh bertahan dengan alat bantuan pernafasan." Sudah tiada apa yang mahu disembunyikannya. Altaf berhak tahu. Meskipun terlambat.

Segaris ayat istirja meniti di bibir Altaf. Lemah kepala jatuh menunduk. Perasaanya kian berkecamuk. Debar, sebak dan sakit.

Ya Tuhan. Sudah 2 bulan lelaki itu terseksa sebegitu. Dan Altaf baru dapat tahu sekarang?!

"2 bulan, Ril? Perlu ke kau tunggu ayah tak ada baru kau beritahu aku macam ni..." Gumamnya kesal.

Altaf terasa. Teganya hati Zaril dan Eima diamkan hal ini daripada pengetahuannya. Sudahlah dia berjauhan.

"Eima? Dia macam mana Ril?" Teringat akan si isteri, perasaan gusar kian menyinggah. Bimbang.

Zaril tersenyum kelat. Beruntungnya Eima. Dalam keadaan macam ini pun, Altaf masih dahulukannya.

Dalam diam hati Zaril mula mengungkap sepotong doa.

Ya Allah. Pelihara hubungan suami isteri ini.

"Ril... Eima." Tidak betah dengan diam si sahabat, Altaf bersuara lagi.

"Ye Taf. Dia ada. Sepanjang dia berkampung di hospital ini, family kau ada dengan dia. Vina dengan bonda kau hari-hari teman Eima." Beritahunya jujur. Bimbang sungguh Altaf akan Eima. Baguslah.

Puan Sri dan Alvina? Jika benar, sungguh Altaf bersyukur. Altaf sudah tidak hirau jika dia dipinggirkan, tapi bukan Eima. Sekurang-kurangnya dia masih punya tempat untuk bergantung harap.

"Sekarang Eima macam mana?"

"Macam tulah. Dia yang paling terkesan. Bonda kau tengah tenangkan dia lagi. Tapi Insha Allah, dia okey."

Ekor mata kembali menjeling Eima yang masih berada dalam pangkuan Engku Khadija.

Benarlah kata Engku Khadija. Pernah sekali ibunya menawarkan diri untuk menemani Eima tetapi ditegah oleh Engku Khadija. Katanya dia akan jagakan Eima.

Lama berfikir, Altaf mula bangun dari duduk. Almari dituju. "Zaril." Sahabat di hujung talian diseru.

"Tolong cari tiket balik Malaysia untuk aku." Sambil mengarah, Altaf capai bagasi miliknya sebelum dibawa keluar.

Terpinga-pinga Zaril. Tubuhnya yang tadi menyendeng, ditegakkan. Terkejut mendengar permintaan si sahabat. Altaf mahu pulang ke Malaysia? Bukankah waktu bertugas lelaki itu masih berbaki 5 bulan?

"Altaf. Aku beritahu bukan nak susahkan kau. Aku cu—"

"Penerbangan paling awal yang aku boleh dapat." Cantasnya keras.

Pintu almari ditolak kasar. Segala pakaian keperluan yang tergantung diambil dan dicampak ke atas katil. Pantas dan rakus.

"Altaf. Aku tahu prosedur kerja kau strict. Pihak sana tak akan benarkan kau pulang hanya sebab alasan ini."

"Nanti aku settlekan." Suaranya keras. Altaf tekad. Dia akan pulang ke Malaysia.

Zaril buang nafas berat. Tolonglah Altaf jangan buat kerja gila. Keputusan yang Altaf buat sekarang sangat berisiko. Lelaki itu boleh hilang pekerjaannya. Dan Zaril sendiri tahu betapa sayangnya Altaf akan profesionnya itu.

"Altaf. Kau jangan fikir sangat Eima. Dia okey. Aku den—"

Pak!

Bunyi tumbukan yang kuat itu buat Zaril tersentak. Terpejam seketika sebelah kelopak mata saat bunyi itu memukul pendengarannya.

"Ril. Kau sendiri tahu, she'll never be fine. Kau kenal dia lebih lama daripada aku dan kau pun tahu selama ni, she pretends to be okay for the sake of everyone. Only for those damn people who ain't give a shit about her!" Sangkal Altaf sembari meja kerjanya pula dihentak kasar. Berkali-kali.

"Dan isteri aku..." Altaf berhenti seketika. Kelopak mata dipejam sekaligus bayangan senyuaman tawa si isteri bermain di kotak fikiran.

"She don't deserve that, Ril." Kali ini, nada suaranya berubah. Rendah dan lirih.

"Altaf." Zaril mula gerun dengan perubahan sikap Altaf. Zaril hanya bimbang jika Altaf akan lakukan perkara yang dia cuba elak selama bertahun-tahun ini.

"Tolong aku Ril. Aku mohon, tolong aku. Aku nak jumpa Eima. Dan ayah, buat kali terakhir..." Pintanya terdesak.

Sebu perut menahan rasa yang kian bermaharajalela dalam diri. Sempit dadanya yang berombak ganas itu. Perasaan rindunya pada dua insan itu juga makin bertambah.

Eima dan ayah...

"Nanti aku dapat tiket itu, aku email dekat kau." Putus Zaril patuh. Tahu yang dia tidak dapat menolak kemahuan si sahabat itu lagi.

Dada yang berombak ganas, beralih tenang. Sisi almari digenggam erat. Bagai mengambil kekuatan disitu.

"Thank you, Ril."

Seiring dengan kalimat itu, Altaf putuskan talian. Nafas diambil panjang sebelum dihela.

Patutlah. Eima selalu mengelak daripadanya. Kenapa dia tidak sedar akan perubahan si isteri? Dan yang paling penting mengapa Eima masih memilih untuk sembunyikan hal ini daripada pengetahuannya?

"Who am I to you, sayang? Siapa abang pada Eima sebenarnya..." Gumamnya seraya anak mata dipakukan ke arah wajah si isteri yang tertera pada skrin telefon.






Tbc...

Maafkan saya lambat update. Mungkin sampai bulan 8 saya main tarik tali update tak update 😭. Maafkan saya kalau ada banyak kurang dan typo. Harap sedih tu sampai lah ye. Hehe Terima kasih juga 🫶🏻❤️

Continue Reading

You'll Also Like

4.7M 179K 55
Tengku Harith | Tya Irena Satu malam bersama orang asing di sisi masing-masing buat segalanya berubah. Selepas satu malam itu, Harith akan pas...
58.8K 3.2K 41
Elyana lyra ♡ Tengku Raess aedden . . .On-going . Slow update
682K 39.3K 57
ON- GOING [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...
1.1M 61.4K 90
Siri Kelima. Anneliese Cherina. Pelik? Ya, dia pelik. Pelik namun indah. Di mata manusia dia seorang yang cantik rupawan. Segala-galanya dia ada kecu...