ALTAF'S SAVIOUR

starryglossie

743K 63.8K 10.1K

Nur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan bacaโ—๏ธ Sinopsis tak ada. Author dia tak reti nak karang sinopsis. E... ะ•ั‰ะต

๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 1
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 2
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 3
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 4
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 5
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 6
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 7
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 8
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 9
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 10
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 11
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 12
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 13
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 14
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 15
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 16
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 17
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 18
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 19
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 20
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 21
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 22
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 23
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 24
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 25
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 26
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 27
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 28
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 29
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 30
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 31
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 32
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 33
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 34
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 36
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 37
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 38
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 39
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 40
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 41
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 42
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 43
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 44
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 45
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 46
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 47
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 48
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 49
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 50
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 51
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 52
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 53
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 54
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 55
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 56
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 57
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 58
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 59
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 60
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 61
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 62
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 63
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 64
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 65
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 66
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 67
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 68
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 69

๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 35

13.3K 883 169
starryglossie

Mengeluh. Rambut separas tulang belikat yang dibiarkan jatuh mengurai diramas kasar. Kepala dibawa ke pintu perabot sementelah dahi dihentakkan ke situ beberapa kali.

"Arghhh macam mana ni?" Sungut Eima.

Saat dahi mahu dihentakkan ke pintu perabot yang keras lagi, satu tapak tangan besar menghalang. Sebelah lengannya juga terasa dipegang.

Dengan dahi masih melekap di tapak tangan itu, Eima pusing sedikit kepala. Retina mata dihiasi dengan wajah tampan si suami.

Altaf membawa turun lengan Eima. Rambut wanita itu yang berselerak dikemaskannya.

"Kenapa, sayang? Dari tadi abang tengok Eima macam ni. Eima sakit ke?" Jemarinya masih menggosok dahi Eima. Berubah seketika air muka melihat dahi licin itu mula memerah.

Altaf sungguh tidak berkenan dengan tabiat buruk Eima yang satu ini. Suka meramas dan menghentakkan kepala ke permukaan keras. Setiap kali.

"Abang..." Bibir Eima jatuh melengkung. Dahi dibawa ke lengan berurat Altaf dan direhatkan disitu.

"Ye. Kenapa?" Sahutnya. Menatap bimbang seraut cantik yang masam mencuka itu.

Menunduk, Eima pandang sebuah kotak yang berukuran sederhana berdekatan duduk silanya.

"Kotak apa ni abang?" Soalnya aneh. Kotak disentuh. Berkerut Eima memandang maklumat pembelian di atas permukaan itu. Nama Altaf.

"Parcel abang ke?" Sejak bila Altaf beli barang atas talian? Pelik. Selalu barang yang sampai, pasti milik Eima.

"Haah. Abang punya." Altaf ambil knife cutter yang turut dibawa naik tadi. Kotak itu diletakkan ke atas riba dan dibuka.

Tidak berkelip Eima menanti isi kotak itu. Selalu Altaf duk membebel pada Eima beli barang online. Altaf lebih suka membeli di kedai. Altaf kan cerewet sedikit.

Saat Altaf keluarkan isi di dalam kotak itu, Eima mengeluh pendek. Wajah teruja si suami dipandang.

"Cap? Abang beli cap lagi?" Pasrah nada Eima bertanya.

Sambil membuka plastik, Altaf sempat mengerling si isteri. Kepalanya dijatuhkan sekali. Pasti Eima nak mengamuk.

"Abang. Tengok laci abang itu. Penuh dengan cap saja. Dah berlambak. Abang pula buat perangai sekali pakai, abang buang. Bukannya lusuh pun. Eima tilik satu-satu semalam semua macam baru lagi."

Ha, kan Altaf dah kata. Eima berleter. Tapi Altaf suka. Rasa macam disayangi.

Separuh dari laci Altaf penuh dengan cap sahaja. Pelbagai jenis brand dan warna. Eima tahu yang suaminya ini memang gemar pakai topi, tapi kebanyakkannya Altaf hanya pakai sekali.

"Abang tak buang, sayang. Abang simpan. Nanti abang pakai balik." Sopan Altaf menidakkan tuduhan si isteri.

Altaf lihat Eima yang sedang berpeluk tubuh. Tajam anak mata itu menikam wajahnya. Garangnya Eima. Seksi. Eh?

"Ya Allah, abang... Banyaknya!" Mencerun Eima melihat satu-satu cap yang dikeluarkan oleh Altaf. Dalam diam, Eima mula mengira. Sampai ke tujuh? Ya Tuhan.

"Yang ni abang nak bawa pergi Dubai, sayang. Sana panas."

Zap!

Pantas Eima mencari anak mata hitam cantik itu. Makin membulat matanya. Teguk liur Altaf melihat reaksi si isteri. Marah benar si isteri dengan Altaf kali ini.

"Taknak lah marah-marah, sayang. Abang dah nak pergi lusa. Eima tak kasihankan abang ke?" Altaf capai tangan yang menyilang di dada itu dan dibawa turun. Jemari runcing itu dielusnya.

Bagai disimbah air, jiwa Eima yang marak dengan api mendengar pujukan lembut si suami. Dengan kata-kata yang terlucut di bibir itu, makin buat hatinya lebur.

"Abang..." Eima sebak. Sejujurnya perihal inilah yang mengganggu dirinya.

Altaf bakal mula bekerja dan akan berangkat lusa. Kali ini si suami ditempatkan di pelantar minyak di Abu Dhabi. Tinggalkan Eima sendirian selama 8 bulan. Sedihnya...

Altaf senyum kelat. Tubuh genit si isteri dibawa ke dalam pelukan.

Lantas Eima membalas dakapan itu. Erat dan kemas. Wajahnya juga disembamkan ke leher si suami. Sisi kepala menjadi tempat si suami melabuhkan pipi.

"Janganlah nangis. Abang tahu Eima menangis pun tetap cantik, tapi taknak macam ni sayang." Pujuk Altaf selepas mendengar esakan Eima yang mula pecah.

"Eima sedih. Eima tak boleh buat apa dah. Eima fikirkan hal ni je sejak semalam." Adunya sungguh-sungguh. Dan Eima memang bercakap benar. Eima seakan hilang arah. Semua benda dia buat, pasti ada sahaja yang tidak kena.

"Abang ada lagi ni. Sementara itu, abang nak tengok Eima happy je. Buat bekal." Nanti Altaf duk teringat Eima versi hingusan je macam mana? Tak bestnya...

Eima angkat kepala. Hingus disedut panjang. Altaf hanya gelengkan kepala. Nakal si comel ini. Semua benda dia main langgar aje.

"Cap abang ni nak bawa semua ke? Eima nak simpan dalam bagasi."

"Yup. Semua abang nak bawa. Tak apa biar abang letak. Abang nak kelurkan balik benie abang. Abang bawa banyak sangat." Fikir Altaf, cap baharunya ini tidak sempat sampai sebelum bertolak, jadi Altaf sudah lipat benie yang baru dibelinya itu.

Angkat sedikit tubuh, Altaf panjangkan tangan dan mencapai bagasi yang sudah penuh dengan barang keperluannya.

Selalu, Altaf akan packing saat-saat akhir. Tapi semenjak ada isteri rajin macam Eima, seminggu sebelum Altaf dah mula mengemas. Eima marah buat kerja last minit. Katanya takut kalut.

"Eima nak tengok cap abang boleh?"

"Boleh..."

Eima capai cap yang bewarna ocean blue.

"Brand apa ini abang?" Soal Eima.

"CK. Tapi itu yang abang custom sendiri." Jawabnya sambil mengeluarkan benie yang elok terlipat.

Mulut Eima membulat kecil. Kepala dijatuhkan lambat. Calvin Klein? Altaf tempah khas? Wah, pasti banyak duit suaminya melayang. Pantaslah nampak kotak pun premium semacam.

Eima tilik setiap inci cap itu. Perasan akan sesuatu, Eima beralih ke susunan topi yang lain. Ada bermacam jenis kain topi. Ada yang denim, canvas dan juga leather.

Tetapi di bahagian hadapan setiap topi pasti terdapat dua huruf yang disulam rapi dan kemas. N.E?

"N.E ni stand for apa abang?" Soal Eima tertarik. Iris bundarnya memandang sisi wajah tampan milik si suami.

Altaf terdiam. Terhenti sendiri tangannya yang bergerak melipat beanie itu tadi. Tekak dibasahkan dengan deheman.

"No error." Bantai.

Melihat dahi si isteri yang berlapis seribu, Altaf senyum canggung. Topi ditangan Eima disambar lembut.

Eima hanya jatuhkan kepala. Tidak sangsi dengan sikap si suami yang seakan menyembunyikan sesuatu.

"Mesti lama abang nak tunggu kan? Bila abang tempah?" Sekali lagi Altaf diasak dengan soalan cepumas daripada Eima.

"Dah lama. 3 bulan lepas." Jawabnya jujur.

"Lamanya abang tunggu. Semenjak sebelum kita kahwin. Sekarang baru abang dapat topi ini." Ketawa Eima pecah. Memikirkan kesabaran si suami.

Kalau Eima tidak sanggup tunggu lama-lama. Pihak courier peram bungkusan Eima di kampung dahulu pun, laju Eima start motor dan serbu tempat barangnya disimpan.

Altaf hilang diksi lagi. Melihat senyuman polos dan naif itu, hati Altaf bagai terusik.

Eima benar-benar polos kan? Altaf tidak tahu sama ada dia mahu tarik nafas lega atau bimbang. Altaf rasa selamat tembelangnya tidak pecah tapi Altaf rasa serba salah.

Apa salahnya jika Altaf mengaku yang N.E itu adalah ringkasan nama si isteri? Nur Eima. Kalau Eima tahu, pasti wanita itu gembira. Tapi rasa malu masih merajai diri.

Masih segar di kotak fikirannya waktu dia menempah topi ini di kampung Zaril. Tika itu dia sedang berehat di anjung rumah Cik Ani sambil memerhati Eima dan Zaril yang sedang bergaduh dan bertikam lidah.

Entah kenapa dia sungguh terhibur melihat Eima hingga tanpa sedar dia sendiri yang menempah topi dengan sulaman ringkasan nama itu. Gila. Dan Altaf tahu perbuatannya itu juga tidak boleh diterima oleh akal.

Jika difikirkan balik, Altaf sendiri masih belum punya jawapan kenapa dia boleh menyentuh dan mendukung Eima di hari pertemuan pertama mereka. Sejujurnya Altaf tahu sakit wanita itu tidaklah parah sehingga Eima tidak boleh berjalan. 

Bahkan, sehingga ke malam hari Altaf masih dapat rasa seluruh lekuk tubuh itu di dalam cempungannya. Hingga bawa ke alam lena. Eima yang bertelekung dan bibirnya yang tidak berhenti meniti sebaris nama penuh itu.

Nur Eima binti Mohd Zain.

Ya Tuhan. Altaf mula sedar sesuatu.

"Abang. Eima nak ke dapur sekejap. Nak buat kopi untuk abang." Beritahu Eima sekaligus bangun dari duduknya. Si suami yang masih duduk bersila itu dipandang sekejap.

Melihat tubuh itu mula keluar dari bilik persalinan, pantas Altaf bangkit dari silanya. Kaki panjang melangkah ke arah si isteri.

"Nur Eima."

Eima tersentak. Terpasung langkahnya di tengah-tengah bilik kala tubuhnya dipeluk oleh seseorang. Eima menunduk melihat sepasang tangan berurat yang menjalar di dada dan perutnya.

"Ab— abang. Eima nak buat kopi—" Bernafas lelah Eima saat sesuatu yang lembut dan hangat bermain di ceruk lehernya. Terenggut bilamana tangan Altaf menekan tubuhnya sehingga belakang badan Eima melekap penuh dengan tubuh Altaf.

"Abang taknak kopi." Altaf bersuara disebalik leher Eima.

Dengan ciuman bertali arus, bibirnya bergerak ke cuping telinga si isteri.

Eima pejam mata rapat. Lengan Altaf digenggam erat, dada berombak laju menahan rasa yang mula mencengkam hati.

"Abang nak Eima." Bisiknya sensual. Meskipun penuh kelembutan, masih terselit ketegasan disebalik suara itu.

Kaku seluruh tubuh Eima mendengar tiga aksara itu. Pegangan pada lengan Altaf kian melonggar.

Belum sempat buka mukut, tubuhnya dibalikkan pelan. Sekelip mata, pinggangnya direngkuh oleh lengan sasa Altaf.

Diam. Dua pasang anak mata itu bersabung pandang. Eima gugup. Tapak tangan berlabuh di dada Altaf yang beralas tshirt hitam yang agak tipis. Anak mata Altaf yang kian menggelap buat nafas Eima kembali berentak hebat. Tidak sekata.

Sedar akan Altaf yang menanti jawapan daripadanya, Eima mengeluarkan suara.

"Eima..." Tapi hanya setakat itu. Kerongkongnya rasa berpasir.

Melihat mata isteri yang berkaca, Altaf usap pinggang ramping Eima. Sebelah pipi wanita itu disentuh lembut. Anak matanya yang mula sarat dengan kemahuan diri, meliar ke segenap inci wajah si isteri.

"Abang minta maaf tapi abang betul-betul mahukan Eima. I want you so bad, sayang." Dahinya jatuh ke bahu si isteri. Hanya sebentar.

"Abang—"

Tanpa aba-aba, bibir Eima disambar. Membuntang besar anak mata Eima melihat kelopak mata Altaf yang begitu rapat dengannya. Wajah mereka bagaikan bersatu.

Saat bibirnya terasa diurut oleh bibir si suami, refleks Eima turut membalas kucupan itu. Sedar dengan tindak balas si isteri, Altaf tersenyum dalam ciuman.

Tersentak kelopak mata terpejam seraya lengannya terasa dipegang dan dibawa ke leher oleh Altaf.

"Peluk abang." Altaf berbisik sesaat sebelum bibirnya kembali mencari bibir Eima. Kembali dilumat semahunya.

Patuh dengan arahan itu, lengannya merangkul erat leher panjang Altaf dan menyilang disitu. Dengan bibir yang masih bertaut, kaki Altaf mula maju ke hadapan dan Eima kebelakang sehingga belakang tubuhnya menyentuh permukaan katil.

Sebelah lengan Altaf menahan tubuhnya dari menghempap dan menindih tubuh kecil si isteri secara langsung. Merasakan Eima yang lelah dengan nafas, Altaf meleraikan cumbuan yang hangat itu.

Wajahnya dilarikan sementelah Eima yang tercungap-cungap dipandang rapat. Mata Eima masih terpejam. Nafas hangat wanita itu juga menampar lembut kulit wajahnya.

"Are you okay, sayang?" Soal Altaf perlahan.

Pucuk hidung comel si isteri dikucup sekilas. Ubun-ubun Eima yang berkeringat, Altaf usap lembut. Lengan Eima yang masih memaut kemas lehernya juga disentuh.

"Tak okey." Jawabnya serak. Mata masih enggan celik.

"Did I hurt you?" Altaf cemas.

"Tak. Tapi jantung Eima rasa macam nak pecah. Sakit abang..."

Tapak tangan besar Altaf berlabuh di bahagian bahagian kiri dada Eima, tepat di bahagian jantung. Berubah sedikit air wajahnya merasakan betapa laju jantung si isteri bekerja.

Sekejap anak mata kembali naik menikam wajah kemerahan itu. Melihat Eima yang tidak menegah mahupun menghalang perbuatannya, tapak tangannya bergerak mengelus.

Merasakan Eima yang kian tenang, Altaf senyum tipis. Dahi licin si isteri dikucup lama.

"I'm sorry, sayang. Eima rehatlah. Abang turun jap." Ujarnya sambil mengusap bibir ranum Eima.

Altaf silap. Dia tidak ubah seperti lelaki yang merajai nafsu. Dia sepatutnya lebih bijak mengawal diri.

Saat dia berura-ura untuk bangun dari menindih tubuh kecil si isteri, sebalah kakinya yang berada di celah kaki Eima terasa dihimpit oleh oleh sepasang kaki halus itu.

"Kenapa ni?" Nadanya sedikit risau. Lengan turut kembali berlabuh di sebelah kepala Eima. Memangku tubuh.

"Ab— abang cakap apa tadi? Ei— Eima tak dengar sangat." Sudahlah menipu, tergagap-gagap lagi. Sedangkan jelas setiap bait bicara lelaki itu memukul gegendang telinga. Tapi Eima nak dengar lagi.

Altaf senyum seksi merasakan kaki wanita itu yang menggesel di betisnya. Menyinis. Mulut kata sakit tapi bahasa tubuh nakal semacam. Eima... Eima...

"Abang cakap apa?" Altaf turut berbisik. Mengajuk nada si isteri.

"Yang tadi tu..." Eima gigit isi bibir bawah. Altaf ini, takkan dah lupa kut?!

Altaf senyum tertahan. Masih dalam mood mengusik. Suka melihat seraut cantik yang masih tidak mahu mencelikkan mata itu. Biarkan. Selalu dia usik Altaf, hari ini kita usik dia.

"Yang mana?" Rambut Eima menjalar di pipi diselitkan ke celah telinga.

Eima diam. Altaf sebenarnya tengah usik Eima kan? Eima agak dah!

"Abang cakap abang nak Eima!" Jawabnya senafas. Berani. Eima tak akan mengaku kalah.

Altaf raup rambutnya kebelakang. Ketawa yang ingin pecah, sedaya upaya dihalang. Tekak dibasahkan beberapa kali sebelum wajah mereka kembali dirapatkan. Pucuk hidung dan bulu mata saling berlaga.

"Open your eyes." Altaf berbisik.

Eima geleng. Tidak mahu! Eima malu!

"I'm begging you. Open your eyes. Can, sayang?" Nadanya berubah memujuk. Lunak sehingga menggetarkan sekeping hati milik Eima.

Turut akan permintaan si suami, lambat-lambat Eima celik kelopak mata. Nyaris luruh jantung melihat wajah igauan serapat ini. Aduh tampannya. Dengan rambut yang jatuh ke dahi dan bibir yang agak basah itu. Seksinya abang!

Altaf senyum menawan kala anak mata mereka bersabung lama. Jemarinya dilarikan ke setiap inci wajah cantik itu sebelum anak mata melorot jatuh ke bibir mungil Eima.

"Once I said this, there's no turning back. Abang tak boleh patah balik. Just so you know. I do desire you. Always." Beritahunya lembut.

Saat anak mata mereka kembali bersabung, senyumannya berubah tipis. "Abang, betul-betul mahukan Eima." Dahinya digeselkan bersama.

"Jadi kalau Eima rasa this is not right, abang izinkan Eima buat apa-apa pun untuk hentikan abang. Be hit or bite me, I would be fine. Asalkan Eima tak menyesal. Abang tak nak ada silap dalam hubungan kita."

"Abang..." Entah kenapa, muncul satu rasa asing menghimpit diri. Sebak dan terharu. Dalam keadaan sebegini pun, Altaf masih fikirkannya?

"No words. I heard you, but pretty sure that still couldn't stop me. Even when I'm conscious, I always lost in your words and eyes. So that is nah. Exceptional." Altaf cuit pucuk hidung comel itu hingga mengundang tawa Eima.

"Understand, sayang?"

Eima jatuhkan kepala. Belakang kepala Altaf ditekan hingga bibir mereka bertemu.

"Faham, abang." Saat Eima ingin buka langkah berani, jari telunjuk Altaf memisahkan jarak bibir mereka.

Dahi Eima berkerut hairan. Kenapa?

Altaf senyum seksi. Belakang kepala Eima ditolak sehingga bibir mereka bergesel. Manis. Terlalu manis. Dan Altaf suka.

"Assalamualaikum, sayang." Bisikan dalam suara husky itu kedengaran di hujung telinga Eima.

Eima ketawa. Oh, itu.

"Waalaikumussalam, abang..."








Sebelah tangan menongkat kepala. Sekujur tubuh yang berselubung penuh dalam duvet itu dipandang lama. Tergeleng-geleng Altaf kala mendengar bunyi wanita itu terkumat-kamit membebel.

Apalah yang diomelkannya? Tidak jelas langsung.

"Sayang." Altaf cuit bahu Eima yang beralas duvet.

Tindak balas akan sentuhannya, Eima makin menjarakkan tubuh sehingga duvet membaluti tubuh Altaf sedikit terselak. Jatuh ke paras pinggang.

"Nur Eima..." Altaf cuba tarik pegangan yang agak kemas itu.

Eima diam tidak berkutik. Dibiarkan seruan si suami seperti angin lalu.

"Eima tak suka abang?" Hiba Altaf menyoal.

Eima gamam. Tak suka?

Altaf senyum kelat. "Betullah tu. Eima tak suka abang. Abang minta maaf—"

Mendengar nada sedih si suami, laju Eima menurunkan duvet dari menutupi kepala. Melihat mimik wajah sedih itu, pantas Eima menggerakkan kepala ke kiri dan kanan. Berulang kali.

"Mana ada. Eima suka. Eima suka sangat. Sampai Eima rasa nak lagi!"

Erk.

Sangkal Eima seiring dengan meluah keinginan yang tidak sepatutnya itu.

Senyuman Altaf berubah sesuatu. Wajah cuak isteri dipandang. Nak lagi? Nakalnya si polos ni.

Seakan dapat baca akal si isteri yang ingin kembali menyorok disebalik duvet, Altaf tarik tubuh Eima sehingga wanita itu tersembam ke dadanya. Rambut Eima yang dibiarkan terlepas itu dikemaskan dengan jemari kasarnya.

"Terima kasih sayang." Ucapnya ikhlas. Dahi Eima dikucup lembut.

Eima tersipu. Wajahnya disorokkan ke dada Altaf. Mahu terkeluar biji mata melihat tubuh atas si suami. Inilah. Punca Eima malu nak berlaga mata dengan Altaf.

Binatang manalah yang duk mencakar dan menggigit suaminya ini? Habis penuh kesan dan corak di tubuh seksi itu. Nur Eima lah tu!

Altaf menunduk melihat jemari Eima yang bermain di kulit tubuhnya.

"Ni nak goda abang lagi ke?" Altaf mengusik.

"Mana ada." Sangkal Eima. Ke situ pula. Lagipun tadi, mana ada Eima goda Altaf. Altaf yang goda Eima dulu, kan?

"Eima ikhlas, kan? Eima betul-betul tak menyesal serahkan diri Eima pada abang?" Soal Altaf inginkan kepastian.

Sejujurnya Altaf gembira. Sungguh gembira. Eima tidak menolaknya. Malah, Altaf dapat rasa yang Eima sungguh-sungguh cintakannya.

"Eima nak kiss abang boleh? Sekejap je." Kelopak mata berkedip beberapa kali.

Meskipun hairan bila pertanyaannya tidak terjawab, Altaf mencekup rahang itu dan dibawa merapat. Bibir bertemu lama.

Eima tersenyum suka. Abang cium. Orang mintak sekejap dia lama-lama pulak. Gedik!

"Sejak abang lafazkan akad, Eima memang dah serahkan diri Eima untuk abang. Eima kan hak abang. Abang berhak ke atas Eima." Jawabnya tenang.

Setiap belaian dan sentuhan Altaf, sangat menyentuh hati Eima. Sedikitpun lelaki itu tidak mengasarinya. Dan yang pasti, Eima rasa seperti dicintai. Benarkah? Ataupun itu hanya firasatnya?

"Eima pun. Eima berhak ke atas diri abang. Abang milik Eima. Abang minta maaf sangat selama ini abang menidakkan hak Eima." Suaranya sedikit kesal.

Abang milik Eima...

"Eima okeylah abang. Eima suka. Penantian Eima berbaloi." Eima gigit isi bibir bawahnya. Jari telunjuknya liar menari di dada bidang Altaf yang terdedah.

Sekurang-kurangnya, Eima sedar sesuatu. Tadi Eima hanya sarung tshirt loose dan seluar petak-petak sahaja. Persalinan di rumah. Sedikitpun Eima tak berdandan. Tapi Altaf masih mahukan dia! Tengok?! Minah tiga suku pun, anak raja pandang.

"Berbaloi?" Altaf mengecilkan anak mata.

Eima senyum sehingga menyangkan susunan gigi cantiknya. Kekekan kecil terlucut dari celah bibir. Makin galak dia ketawa saat hidungnya dipicit oleh Altaf.

Eima ambil tangan lelaki itu dan dibawa ke perutnya lalu ditekan lembut.

"Eima harap ada hasil. At least bila abang tinggal Eima, ada mini abang jaga Eima." Nadanya jatuh mengendur. Entah kenapa, sebak kembali menghurung diri. Altaf dah nak tinggal Eima.

Lepasni, Eima kembali jadi anak dara ayah. Eh. Lupa. Eima anak dara olok-olok.

Altaf senyum tipis. Pinggang ramping itu dipaut dan dibawa ke dalam pelukan. Tidak tunggu lama, Eima turut masuk ke dalam dakapan hangat itu.

"Eima sayang abang..." Mata terpejam selesa. Dan-dan bila belakang tubuhnya yang terdedah dibelai oleh jemari kasar milik si suami.

"Abang pun. Sayang Eima." Ubun-ubun Eima dicium semahunya. Menyalurkan rasa kasih buat si isteri tercinta.








Tbc...

Maaf kalau banyak kurang, typo dan sebagainya. Saya kalut sikit hehe. Maaf jugak kalau chapter ni ada yang buat awak tak selesa. Terima kasih 🫶🏻❤️

ะŸั€ะพะดะพะปะถะธั‚ัŒ ั‡ั‚ะตะฝะธะต

ะ’ะฐะผ ั‚ะฐะบะถะต ะฟะพะฝั€ะฐะฒะธั‚ัั

AL - KHAF aliaa

ะ›ัŽะฑะพะฒะฝั‹ะต ั€ะพะผะฐะฝั‹

1.7K 168 6
"Time has brought your heart to me, I have loved you for a thousand years." Nadhir Al Khaf Nadeerah Nour Zahra
Mawar Milik Raid[C]โœ… AizackMesle

ะ›ัŽะฑะพะฒะฝั‹ะต ั€ะพะผะฐะฝั‹

1.7M 89.3K 47
Known as, His Obsession โš ๏ธToxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. Indah, namun sukar untuk dimiliki. Orang...
JEJAKA NERD peochies

ะ›ัŽะฑะพะฒะฝั‹ะต ั€ะพะผะฐะฝั‹

20.4K 3.4K 32
Siapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, l...
MIDNIGHT RAIN: JEBAT ๐“˜๐“ผ๐“ฑ๐“ช๐“ท

ะ›ัŽะฑะพะฒะฝั‹ะต ั€ะพะผะฐะฝั‹

443K 28.3K 61
Under ๐“œ๐“ฒ๐“ท๐“ฎ ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ: 1 JEBAT MIKAEL | HAWA DAVINA Hanya kerana satu malam, hidup seorang Hawa Davina yang dulunya penuh ceria bertukar menjad...