ALTAF'S SAVIOUR

De starryglossie

743K 63.8K 10.1K

Nur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan bacaโ—๏ธ Sinopsis tak ada. Author dia tak reti nak karang sinopsis. E... Mais

๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 1
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 2
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 3
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 4
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 5
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 6
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 7
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 8
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 9
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 10
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 11
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 12
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 13
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 14
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 15
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 16
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 17
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 18
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 19
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 20
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 21
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 22
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 23
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 24
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 25
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 26
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 27
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 28
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 29
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 30
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 31
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 32
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 33
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 35
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 36
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 37
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 38
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 39
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 40
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 41
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 42
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 43
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 44
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 45
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 46
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 47
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 48
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 49
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 50
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 51
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 52
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 53
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 54
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 55
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 56
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 57
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 58
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 59
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 60
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 61
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 62
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 63
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 64
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 65
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 66
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 67
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 68
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 69

๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 34

12.1K 880 133
De starryglossie

Jam rolex yang terpakai kemas di pergelangan tangannya dikerling. Sekejap anak mata dilirikkan ke arah Becky yang setia menunggu Eima bersamanya sejak tadi. Kepala Becky turut diusapnya.

Mendengar bunyi derap tapak kaki yang melangkah, anak matanya menekur ke arah itu. Senyuman tipis terlakar di bibir Altaf terpandangkan figura si isteri bersama Zaril.

Saat tubuh genit itu mendekat, lesap senyumannya terpandangkan tubir mata Eima yang bertakung. Tanpa kata, wanita itu mendakap tubuh tegap miliknya. Erat.

"Abang..." Eima sembamkan wajah ke dada bidang milik si suami. Kolam matanya sekali lagi pecah.

"Kenapa ni sayang?" Soalnya bimbang. Bahu si isteri ditolak lembut sembari dagu wanita itu dikepit dan diangkat sehingga anak mata mereka bertembung.

Bibir Eima jatuh melengkung. Pusing tubuh sedikit, jari telunjuknya menunding ke arah Zaril yang sedang berjalan ke arah mereka.

"Zaril jahat, abang. Dia buat Eima." Serupa anak kecil Eima mengadu. Sebelah pipinya kembali melekap di dada si suami.

"Ya. Ya. Memang aku jahat. Salah kau, aku jugak yang kena." Zaril yang sedang mengangkut sebuah kotak bersama sekeping kadbod itu dipandang.

"Memang salah kau. Banga—"

"Nur Eima..." Altaf seru perlahan nama si isteri. Saat iris bundar itu menatapnya, Altaf geleng sekali.

Eima menunduk. Bibir bawah diketap. Sedar akan ketelanjurannya, serba salah menghurung tangkai hati.

"Sorry." Gumam Eima senafas.

Seiring itu, esakan Eima kembali pecah. Kuat sehingga mengundang kebimbangan si suami. Altaf kembali didakapnya erat.

Altaf hela nafas berat. Pelukan Eima dibalas juga. Bahu itu diusap sementelah wajah sahabat baiknya ditatap. Kening diangkat sekali.

Melihat tatapan tegas sahabat baiknya, Zaril menggulingkan biji mata.

"Jangan over kau minah. Kau ingat aku bodoh? Kau buat drama murahan kau dekat sini, kau fikir siapa nak layan? Dah. Malu kat orang tengok!" Marah Zaril. Tidak pedulikan Altaf yang turut menjadi punca Eima mencarutkan dia sebentar tadi.

"Ril." Seru Altaf tegas. Tidak membenarkan Zaril makin mengapi-apikan si isteri.

Zaril diam. Barang yang dibawanya tadi diletakkan ke bawah. Belakang tubuh Eima yang menempel dengan Altaf itu dipandang dengan bibir yang menjuih.

Gedik si minah tiga suku ini. Pandai berlakon. Play victim. Sedangkan Zaril yang patut berada di tempatnya. Zaril seharusnya menangis dan mengadu di dada Altaf. Bukan Eima!

Baru sahaja tadi Zaril dibelasah oleh Eima. Boleh pula Eima bantainya dengan payung? Berbirat seluruh tubuhnya. Sakit.

Tup-tup, sampai di hadapan si suami, dia pula beria mengeluarkan air mata. Mengadu.

Tolonglah Nur Eima. Taktik ini sudah lapuk. Hampir berpuluh tahun Zaril hadap situasi seperti ini. Selalu Eima mengadu pada ibunya, Cik Ani. Sekarang Altaf pula? Dasar perempuan.

"Apa yang jadi?" Altaf inginkan penjelasan.

Zaril menjuih ke arah Eima. "Kau tanya lah dia. Aku nak dengar dia pusing cerita belah mana." Perli Zaril.

Altaf lepas segugus keluhan berat. Menunduk dan mengintai wajah si isteri yang sudah merona merah akibat kepanasan.

"Zaril buat apa?"

Eima angkat kepala. Belakang tapak tangan menyeka air mata sebelum dia menunduk dan mengambil kadbod di atas kotak yang dibawa oleh Zaril. Sempat dia menjeling si telur rebus yang setia di belakangnya itu.

"Zaril rosakkan sepanduk yang Eima buat untuk abang. Tengok ni." Eima angkat tinggi sekeping kadbod yang agak besar itu.

Kaku seketika tubuh tegap Altaf melihat sekeping kadbod yang sudah dihias terhidang di hadapan anak matanya.

Di tengah-tengah sekeping kadbod hitam itu terdapat satu tulisan berangkai kemas yang tertulis slogan kata semangat untuknya.

"Eima dah hias cantik-cantik. Ni Eima siap tempah sticker gambar abang, Eima dengan Becky lagi. Tapi dah rosak. Glitter Eima letak pun dah hilang ke mana. Zaril rosakkan abang..." Adunya satu-satu. Tiada sedikitpun tertinggal. Lunyai hasil tangannya. Sedih.

"Bagus apa aku rosakkan. Kau ingat ini sukaneka sekolah ke ada sepanduk bagai? Benda alah kau tulis ni 'Goodluck abang. Walaupun abang tak menang, abang tetap menangi hati Eima.' Bluerk. Childish betul. Altaf tak suka lah benda macam ni!" Tempelaknya kuat. Macam-macam gaya lelaki itu keluarkan.

Tersentak Altaf dan Eima mendengar kata-kata lelaki itu. Lebih-lebih lagi Altaf. Hilang diksi kala setiap bait itu menerjah halwa telinganya. Sungguh melampau.

"Zar—"

"Abang tak suka ke benda macam ni?" Suara Eima perlahan. Serak kedengaran. Jika tadi dia hanya berpura-pura mengeluarkan air mata, tapi kali ini hatinya agak terusik.

"Eima. Aku..." Giliran Zaril pula terdiam. Eima terasa ke?

"Keluar Ril." Arah Altaf keras.

Menurut kata si sahabat, Zaril mengatur langkah keluar dari kandang kuda itu. Kotak yang dibawa bersamanya tadi turut diangkut.

"Eima minta maaf, abang. Niat Eima sebenarnya nak surprisekan abang je. Silap Eima tak tanya abang dulu."

"Apa Eima cakapkan ni sayang? Abang suka. Suka sangat. Cantik Eima buat." Puji Altaf ikhlas. Kadbod hitam beralih tangan sementelah sebelah lagi memeluk bahu Eima.

"Thank you sayang. Abang suka." Kucupan sayang Altaf hadiahkan di dahi si isteri. 

Eima pegang lengan Altaf. "Betul abang okey? Abang tak malu?" Tak naklah Altaf malu pula.

Tidak beragak Altaf jatuhkan kepala. "Abang okey dan abang suka. Abang terharu sangat." Pipi Eima diciumnya pula.

Altaf tidak suka melihat air muka si isteri sekarang. Sedih dan hiba sahaja. Selama berbulan-bulan tinggal dengan Eima, Altaf sudah cukup kenal dengan si isteri.

Kalau isteri kesayangannya sungguh-sungguh terasa hati, sedaya upaya dia cuba sembunyikan. Macam sekarang.

"Tapi benda ni dah rosak. Tak cantik dah." Suaranya mengendur. Dibelek-belek kadbod di tangan Altaf.

Bukan main Eima minta tolong Zaril supaya simpankan elok-elok. Sekali lunyai hasil kerjanya. Dia tidak sepatutnya harapkan si Zaril itu.

"Tak apa. Kalau ada, abang suka kalau tak ada pun abang suka. Yang penting, Eima."

Altaf tunduk. Anak mata mereka bersabung. Seraut cantik itu diamatinya sekaligus sebelah tangan menari disitu.

"Eima ada dengan abang. That would be enough for me." Altaf tarik segaris senyuman menawan sehingga Eima tertawan.

Mendengarkan itu, pantas bibir mungilnya mengukir senyuman manis. Lengan halusnya kembali menjalar ke pinggang Altaf.

"Kalau Eima tak ada abang tak okey ke?" Soalnya lunak. Kelopak mata berkedip lambat.

Tapak tangan besar Altaf melekap di belakang kepala Eima yang dibaluti selendang.

"Tak. Abang tak okey. Abang nak Eima ada dengan abang. Always." Jawabnya tenang. Belakang kepala Eima ditolak sehingga bibirnya mengucup pucuk hidung comel itu sekilas.

Merah padam wajah Eima mendengar bait manis pemilik hati. Oh Tuhan, Eima jatuh cinta lagi.

"Abang kena menang tau? Tapi hati-hati. Jangan jatuh pulak. Kalau abang jatuh sekali lagi, Eima tak benarkan abang jumpa Becky dah." Tegas Eima mengeluarkan amaran. Kening berkerut serius dan jari telunjuknya diangkat tinggi.

"Apa abang dapat kalau abang menang?"

"Dapat hadiah lah." Duit pula itu. Bukannya sedikit. Jumlahnya sehingga mencecah lima angka. Terkejut Eima dengar semalam.

"Abang tak nak hadiah tu." Selamba Altaf mengujar.

"Eima ada. Bagi lah dekat Eima."

Altaf ketawa. Kepala digelengkan berkali-kali.

"Duit abang dah ada. Abang double kan. Nanti abang transfe—"

Pap.

Eima tampar dada Altaf sekilas. Kuat hingga si suami mendesis perlahan. Pedih juga tamparan tangan halus itu.

"Ke situ pula. Habistu kalau abang tak nak duit, abang nak apa?" Tempat tamparannya tadi diusap.

Kala Eima ingin menurunkan tangannya, Altaf menindih kekura itu. Ditekan belakang tangan Eima seraya jarak tubuh mereka dihapuskan.

"Kalau abang minta, Eima nak bagi tak?" Iris hitamnya tepat menikam teduh iris bundar kekeliruan itu.

Eima teguk liur kesat. Bibir bawah diketap.

"A— abang nak apa?" Tersekat-sekat Eima bertanya.

Altaf nak apa sampai berbisik-bisik ini? Eima ketakutan. Dalam masa yang sama, berdebar juga.

Altaf senyum melihat Eima yang melingas. "Jawab abang dulu. Kalau abang minta, Eima nak bagi tak?" Altaf ulang sekali lagi pertanyaannya.

"Ma— mana boleh. Abang k— kena lah cakap dulu abang nak apa. Nanti ka— kalau abang minta yang bukan-bukan macam mana?"

"Yang bukan-bukan?" Maksud Eima macam mana? Altaf tidak mengerti.

Ya Tuhan. Eima rasa mahu bergusti dengan diri sendiri. Lagian melihat seraut tampan milik si suami yang sedang menahan senyuman. Seronok ya usik Eima?

Eima melepaskan keluhan. Tekak dibasahkan dengan deheman sebelum wajah tampan itu dipandang yakin.

"Abang nak apa? Eima akan bagi." Altaf cakap sahaja, semua Eima akan tunaikan.

Altaf angkat tiga jari kekar miliknya. "Jadi genie abang. Eima kena turutkan 3 permintaan abang."

Eima sedikit terkejut. Wah, Genie? Sampai tiga? Amboi suami Eima. Demand.

"Eima okey je. Abang nak Eima buat apa pun Eima akan buat." Eima kan sayang Altaf. Mestilah Eima akan turutkan segala kehendak si suami kesayangan.

"Betul ni?" Altaf mengecilkan anak mata.

Polos Eima jatuhkan kepala. Berkali-kali.

"Eh. Tapi kalau abang kalah?"

"Jadi genie saya lah Eima." Affan yang muncul secara tiba-tiba bersama seekor kuda itu dipandang.

Eima senyum tipis ke arah adik iparnya. Berbeza dengan Altaf yang sudah mendecit bebal.

Anak mata Affan melorot ke arah cengkaman tangan Altaf di sisi pinggang ramping Eima. Sekejap bibirnya terukir senyuman penuh makna.

Sejak event semalam dia perhati pasangan yang sungguh sejoli ini. Kerja nak berkepit sahaja. Di mana ada Eima, di situ ada Altaf. Hinggakan adik-adiknya ingin berkenalan dengan Eima pun payah. Diheret Eima ke mana sahaja dia pergi.

"Kalau along kalah, maknanya Affan lah yang menang. Automatik three wishes itu transfer dekat Affan." Affan pandang tepat anak mata gelap milik Altaf. Menghelang tajam mata cantik si abang. Bagai tidak goyah, senyumannya tetap dimaniskan.

"Kan Eima?" Affan beralih ke arah Eima pula.

Melihat wajah serba salah milik kakak ipar dan wajah garang milik Altaf, hatinya bagai memanggil-manggil supaya mengapi-apikan lelaki itu. Aduh, seronoknya.

"3 macam banyak sangat. Awak belanja saya makan lah Eima. Kita keluar nak? Sekali dengan bonda." Pelawa Affan sungguh-sungguh.

"Ha—"

"Jom, sayang. Game dah nak mula." Altaf mencantas percakapan si isteri seraya jemari mereka disisipkan bersama.

Saat tubuh sasa itu melepasi figura Affan, sempat dia berbisik keras. "Get lost."

Bahu kekarnya juga merengkuh bahu si adik. Kuat hingga tubuh Affan beralih kedudukan.

Melihat dua figura itu kian menghilang dari pandangan, Affan hemburkan tawa yang tertahan sejak tadi.

"Get lost." Dengan tawa yang masih bersisa, sempat dia ajuk Altaf.

Sekejap dia bersabung pandang dengan Becky. Berlapis-lapis dahinya melihat mata besar amber itu.

"He leaves you, Becky? Seriously?"






Berpeluk tubuh, Eima duduk menyerong. Pujukan Zaril yang menerjah halwa telinga dianggap seperti angin lalu. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

"Eima. Janganlah macam ni. Berhentilah merajuk..." Meleret-leret dia memujuk si minah tiga suku ini. Macam itu pun nak merajuk ke? Tapi silap dia juga. Melampau.

"Kau pujuk aku bukan ikhlas sangat pun. Aku dengar laki aku ugut kau tadi. Kalau bukan sebab kereta Altaf, kau memang tak nak minta maaf dengan aku, kan?" Tebak Eima tepat mengena sasaran. Berubah pucat wajah Zaril.

Alamak. Eima dengar ke ugutan Altaf terhadapnya tadi?

Wah, memang tidak sangka. Hebat sungguh penangan seorang Eima terhadap Altaf. Boleh pula Altaf mengugutnya yang dia tidak akan benarkan Zaril memandu Bentley continental gt V8 itu selagi Eima tidak maafkannya? Tahulah itu kereta Altaf, tapi selama ini elok sahaja Zaril menjoli dengan kereta lelaki itu.

Altaf tidak pernah mengungkit langsung. Walhal, minyak kereta pun Altaf yang tanggung. Tapi hanya sebab Eima, Altaf dah berubah. Sampai hati...

"Ma— mana ada, Eima. Aku minta maaf dan pujuk kau ni sebab aku sayangkan persahabatan kita lah. Kau ingat friendship kita yang hampir 20 tahun ini setanding ke dengan Bentley Altaf?" Panjang lebar Zaril menafikan. Ada ke patut Eima fitnah dia? Tak baik. Berdosalah.

Eima menjuih. Terkumat-kamit bibirnya mengajuk kata-kata Zaril. Menyampah. Dasar talam dua muka.

"Tak setanding. Kereta itu mahal lagi. Lagipun aku tak ada kawan macam kau." Siapa nak berkawan dengan mulut puaka seperti Zaril ini? Eima tak hamaklah.

Zaril melepaskan segugus keluhan berat. Tajam anak matanya menikam sisi wajah Eima. Sombong ya kau minah sejak ada wonder pet ni?

Diam. Hilang suara bingit Zaril memekak di hujung telinga tadi. Tidak betah dengan situasi itu, ekor mata Eima mengerling si sahabat di sebelah.

"Buka phone kau. Aku nak hantar something." Zaril tatap malas wajah sombong itu.

Menurut kata si sahabat, Eima buka telefon pintarnya.

"Kau airdrop gambar apa ni?" Eima soal pelik.

"Accept je lah." Banyak cakap pulak.

Tidak mahu mendengar omelan panjang Zaril, jemarinya mengetik butang accept. Beberapa saat selepas itu, hampir jatuh rahang Eima melihat sekeping gambar yang sudah dimuat naik itu.

"Zaril!" Eima bangun tersentak.

Terhinjut batang tubuh Zaril mendengar jeritan nyaring Eima. Sehingga mengundang perhatian sekelompak manusia yang berdekatan dengan mereka.

Zaril mencerun tajam ke arah Eima. "Duduk minah." Buat malu je. Macam jaga orang utan. Boleh pula dia nak terkinja-kinja di sini?

Eima labuhkan punggung di atas kerusinya tadi. Skrin telefonnya yang mempamerkan sekeping gambar itu ditunjukkan ke arah Zaril.

"Ini Altaf kan?" Soal Eima perlahan. Separa berbisik.

Zaril menyeringai. "Dah tak kenal laki sendiri ke kau ni?"

Mendengar sindiran Zaril, lekas skrin telefon dibawa merapat ke mata. Gambar Altaf half-naked itu dizumkan beberapa kali.

Wuuu, seksinya abang...

"Woi minah. Kau elok-elok sikit boleh tak?" Hampir terbuntang anak mata Zaril melihat kawasan yang dizum kan itu.

Tidak pedulikan amaran si sahabat, perhatiannya berpusat pada Zaril. Tubuh dikengsotkan ke hadapan sedikit.

"Ada sekeping je ke?" Kelopak mata berkerdip comel.

Ya comel. Comel sangat sampai kaki Zaril rasa ringan semacam mahu naik hari ini.

"Muka kau ni memang tak boleh gatal lagi ke?" Ya Allah, Ya Tuhanku. Jauhkan makhluk miang ini dari Zaril. Tolonglah!

Eima berdehem. Posisi duduknya kembali dibetulkan. "Mana ada aku gatal." Sangkal Eima.

Zaril orang kedua yang melabelnya sebagai perempuan gatal selepas ayah. Apalah cakap macam itu dekat Eima? Itu dikira menuduh. Fitnah. Eima tak gatal pun.

Eima kembali menilik gambar Altaf. Sempat dia menurunkan brightness telefonnya. Nanti dicop apa pula oleh si Zaril.

Zaril mendecit beberapa kali. Kaki turut menyilang sementelah sikunya ditongkat di atas kotak.

"Kau tak pernah tengok ke Eima?" Tertanya-tanya pula Zaril.

Gulp. Eima telan liur kesat. Bibirnya diketap sedikit.

"Benda kau ni?" Marah Eima. Bebal sungguh. Masakan sampai ke situ pun Zaril mahu ambil tahu? Itukan aib rumah tangga. Hal dalam selimut.

Zaril menjuih. "Tak sangka." Komennya dua patah.

Berkerut dahi licin Eima memandang Zaril. Tak sangka apa?

"Tak sangka kau bernafsu dengan lela— awh sakitlah!" Zaril gosok laju bahunya yang dipukul Eima. Tadi payung, sekarang telefon pula. Oh Tuhan. Apa lah nasib Zaril?

"Kau melampau sekali lagi, aku ganyang mulut kau pakai cili." Bentak Eima kasar. Terkejut dia mendengar kata-kata si sahabat tadi. Sangat dahsyat.

"Eima."

Mendengar suara halus menyeru namanya, lekas Eima mencari punca suara itu. Tersenyum lebar dia melihat figura kecil molek seorang wanita.

"Medina." Eima melambai sebelum kakinya diatur ke arah wanita itu. Bercahaya iris bundarnya.

Zaril keanehan. Eima kenal Medina?

"Awak datang sendiri?" Eima pegang sebelah lengan Medina yang kosong tanpa genggaman tongkat itu.

Medina jatuhkan kepala sekali.

"Kenapa awak tak call saya? Saya boleh datang ambil." Suara Eima sedikit kesal. Bukankah mereka sudah bertukar nombor telefon semalam?

Medina senyum tipis. Genggaman jemari Eima dibalas.

"Saya okeylah. Rumah saya belakang ni je." Jawabnya perlahan. Dengan langkah yang incut-incut, dia labuhkan juga punggung di atas kerusi yang disediakan buat penonton itu. Bersebelahan Eima.

Saat anak matanya berlaga dengan Zaril, Medina mengangguk kecil. Dia kenal lelaki ini. Sahabat baik Eijaz. Mereka pernah berjumpa beberapa kali di rumah umi Shafa. Tapi tidak pernah bertegur sapa. Medina segan.

Dan dia juga tahu hubungan Zaril dengan Eima sebagai kawan sejak kecil. Dia dan Eima berkenalan di majlis semalam. Eima wanita yang baik, memang sesuai dengan Altaf.

Perkahwinan Altaf juga agak mengejutkannya. Tidak sangka Altaf boleh berkahwin secara diam-diam.

"Kau kenal Medina?" Soal Zaril separa bisikan.

"Kenal. Sejak semalam kita orang dah jadi kawan. Kan Medina?"

Medina jatuhkan kepala berkali-kali. Tangkai hatinya terusik mendengar sepatah perkataan yang agak sensitif itu. Kawan.

Zaril hanya kunci mulut. Dalam diam, anak matanya melorot jatuh ke kaki kiri Medina. Tiba-tiba bergetar sebelah kakinya. Seriau.

Entahlah. Yang pasti setiap kali melihat Medina, pasti Zaril jatuh kasihan. Wanita itu sungguh kuat, meskipun pelbagai ujian yang bertandang masih dapat dia tempuhi dengan sabar.

"Kau datang nak tengok Eijaz ke?" Zaril mencelah perbualan antara Medina dan Eima.

Lesap senyuman lebar milik Medina mendengar segaris nama itu. Lambat-lambat kepala bergerak ke kiri dan kanan. Menidakkan.

"Ye ke?" Zaril mengecilkan anak mata. Meleret-leret ayatnya itu.

Kuku tangan dikutilkan sesam sendiri. Medina naik hairan. Sejujurnya dia tahu tentang perangai Zaril yang satu ini. Kuat mengusik. Tapi Zaril tidak pernah mengusik dia pun. Selalu Saif sahaja. Pantang nampak Medina, pasti terbit nama Eijaz.

Naik menyampah pula dia.

"Itu. Eijaz dengan Altaf dah keluar!" Zaril menjerit kuat. Jari telunjuknya diajukan ke tengah-tengah padang polo.

"Mana? Mana?" Tersentak Eima berdiri. Teruja.

Medina turut angkat kepala laju. Melilau anak mata mencari figura yang disebut itu. Aik, kosong. Tiada sesiapa pun.

"Kau tipu!" Eima melenting. Duduknya kembali dilabuhkan. Baru teruja nak tengok suami Eima keluar padang. Eima pun dah siap sedia tekan butang record ni.

Medina diam tidak berkutik. Sedar dengan Zaril yang hanya ingin mengujinya. Pejam mata sekilas, keluhan berat dia lepaskan. Dasar Zaril. Sudahnya Medina hanya diam dan membiarkan bebelan Eima terhadap Zaril itu.

Omelan panjang Eima tidak dilayannya. Anak mata hanya dipakukan ke arah Medina. Tebakan Zaril memang benar. Medina dan Eijaz rahsiakan sesuatu.

Pecahlah tembelang kau, Medina. Ini Zaril kut. Semua dia tahu. Nampak gayanya, kena siasat lagi!










"Awak tunggu sini, tau? Nanti awak balik dengan saya." Eima menolong Medina duduk di atas bangku yang terdapat di luar bilik persalinan Altaf.

Medina hanya senyum dan angguk. Sudah puas dia menolak, tetap Eima berdegil. Beria mahu hantarnya pulang. Sedangkan dia tidak mahu susahkan sesiapa.

Medina menatap belakang tubuh Eima yang sedang mengetuk pintu. Kulum senyum dia melihat Eima yang membetulkan tudung dan mengemaskan pakaian. Comelnya Eima nak jumpa suami.

"Siapa?" Suara garau milik Altaf kedengaran dari dalam.

"Ni Eima..." Jawab Eima sembari mendengar suara husky milik si suami.

Beberapa saat selepas itu, pintu dibuka dari dalam. Jelas berubah air muka Eima melihat si suami yang hanya bertuala. Seksinya. Eh. Seksinya?!

"Say—"

Eima menolak tubuh kekar milik si suami supaya masuk ke dalam ruangan bilik persalinan. Tubuh tegap Altaf yang jauh lebih besar dan tinggi berbandingnya itu ditolak ke dinding bersebelahan pintu yang masih terbuka.

"Kenapa sayang?" Soal Altaf pelik. Figura separas dadanya itu diamati.

"Abang. Ada orang dekat luar!" Eima berbisik separa bisikan.

Kening Altaf terangkat sebelah. "Siapa?"

"Medina." Eima harap Medina tidak sempat melihat Altaf yang sungguh seksi ini. Terpampang tubuh tegapnya yang mengiurkan Eima itu di hadapan pintu tadi.

"Bangku depan tadi ke?" Soal Altaf pula.

Eima jatuhkan kepala berkali-kali.

Patutlah Altaf nampak seperti banyangan seseorang. Medina rupanya.

"Kalau dia nampak macam mana, abang?" Bibir Eima jatuh melengkung. Tangannya yang melekap di dada bogel Altaf bergerak mengepal.

Huaaa! Sedihlah Eima macam ini.

"Tak apalah. Abang dah tutup bahagian yang kena tutup." Selamba Altaf menjawab sambil menolak pintu yang masih terbuka itu dengan tangan panjangnya.

"Abang... Tak boleh. Tak boleh jugak..." Eima menghentakkan dahinya ke dada Altaf berkali-kali.

"Sakit awak nanti, sayang." Altaf tahan dahi Eima dengan tangannya. Dagu Eima dikepit sebelum dahi licin itu digosok.

Eima hanya membiarkan setiap perlakuan Altaf. Sebelah tangannya turun ke abdomen milik Altaf yang berketak-ketak. Tapak tangannya juga membelai disitu.

Harap-harap, Medina tak nampaklah. Ini milik Eima... Hanya untuk tatapan Eima.

Tangan Altaf turun dan menjalar ke belakang tubuh Eima. Anak matanya jatuh mengintai tangan Eima yang liar menjelajah di perutnya. Nak menahan, takut nanti makin gatal jemari nakal itu bergerak.

"Tak nak cakap apa-apa dekat abang?" Soal Altaf lembut. Sisi pinggang Eima diusap.

Bibir Eima yang memuncung kembali menarik segaris senyuman. Tubuh Altaf kembali didakapnya. Erat hingga tiada ruang memisahkan jarak di antara mereka.

"Tahniah, kesayangan Eima. Abang menang!" Ucapnya ikhlas.

Pertama kali Eima menonton petandingan sukan polo itu. Sungguh sengit. Dan yang penting, Altaf paling seksi. Becky pun sama. Memang hebat. Bangga pula Eima.

"Thank you, sayang." Dahi Eima dikucup penuh kasih.

"Sama-sama abang!" Pucuk hidungnya digeselkan ke dada Altaf.

"Eima..." Halkum Altaf bergerak naik turun menerima tingkah si isteri. Hampir luruh jantung kala jemari Eima hinggap di simpulan tualanya.

"Wanginya abang. Dah mandi ke?" Eima berbisik nakal. Sebelah pipinya dilekapkan ke dada Altaf. Suka bila bunyi jantung Altaf berdegup menerjah halwa telinga. Lajunya!

"Sayang, abang nak tukar baju dulu. Eima lapar tak?" Altaf beralih topik. Bahu Eima ditolak lembut.

"Lapar." Eima menikam teduh wajah kemerahan Altaf.

"Bagi abang tukar baju sekejap. Lepasni, kita pergi makan." Altaf pimpin Eima ke arah sebuah kerusi di hadapan lokernya. Didudukkan Eima disitu sebelum dia beralih ke loker yang menempatkan pakaian untuknya.

Eima menegakkan tubuh. Tersenyum suka Eima memandang belakang tubuh tegap yang sedang menyarung seluar itu. Free show di siang hari? Syoknya...

Dadanya dicengkam. Sabar, Eima. Sabar. Jangan gelojoh.

"Abang." Eima teringat sesuatu.

"Hurm." Altaf balas seruan itu dengan gumaman.

"Bila abang nak tuntut 3 permintaan abang tu?"

Terbantut niat Altaf ingin menyarungkan t-shirt pada tubuh. Dengan hanya berseluar, Altaf balikkan tubuh menghadap si isteri.

"Malam ni." Jawab Altaf ringkas. Tubuhnya menyendeng ke pintu loker. Tangan turut menyilang ke dada.

"Malam? Sekarang tak boleh ke?" Eima tak sabar sangat ini nak tahu. Apalah permintaan si suami itu agaknya?

Sebelah pinggir bibir Altaf terjungkit. Lambat-lambat langkah maskulinnya dibawa ke arah si isteri. Altaf condongkan tubuh seraya kedua belah tangan mengunci sosok genit itu.

"Sekarang?" Soal Altaf perlahan. Gemersik suara lelaki itu menyapa sistem pendengaran Eima.

"Hurm sekarang. Eima nak tahu." Polos Eima menjawab. Kedua belah tangan turut menyentuh rahang tirus Altaf. Ibu jari halusnya bergerak mengusap birai bibir lelaki itu. Aih, kenapalah suami Eima ini hot sangat? Eima obses dengan suami sendiri!

Pandangan Altaf kian menggelap. Bayangan aneh yang menghantui diri sedaya upaya cuba diusir. Cengkaman di kerusi semakin dikemaskan, sehingga timbul urat lengan hijaunya.

Altaf tarik nafas panjang. Wajah polos nan naif itu dipandang semahunya.

"Kalau abang minta sekarang, Eima tak akan tolak?" Makin redam suara garau itu kedengaran. Wajah turut dibawa merapat hingga pucuk hidung bersentuhan.

Eima yang tidak tahu akan keadaan si suami sedang sarat menahan satu rasa itu, hanya ketawa naif. "Iya. Kan Eima dah janji."

Iris hitam pekat Altaf menekur bibir merah merekah itu. Pantas sebelah tangannya merengkuh pinggang Eima sehingga tubuh hadapan itu terhenyak ke tubuh sasanya. Liur diteguk kesat sebelum berkira-kira untuk menghapuskan jarak bibir mereka.

"A—abang..." Eima mati kata. Bahu Altaf dicengkam kuat sehingga tenggelam kukunya disitu.

"Eima yang minta. Jadi jangan salahkan abang." Suara garaunya berbisik dalam.

Tidak berkelip Eima menanti bibir mereka yang berura-ura bersatu itu. Nafas mint hangat milik Altaf menampar lembut kulit wajahnya. Bibir mula bergesel, perlahan-lahan kelopak mata terpejam.

Saat bibir mungil itu ingin disambar dan dilumat semahunya, bunyi ketukan pintu dari luar menyentakkan pasangan itu.

"Taf."

Bagaikan tersedar, Eima menolak kuat batang tubuh si suami. Wajahnya yang memerah ditalakan ke arah bertentangan.

"Damn it." Altaf mengeluh kasar. Rambut basahnya diraup. Ekor mata menjeling ke arah pintu. Kacau betul.

Kaki ingin melangkah ke arah pintu, tetapi lengannya disentuh Eima.

"Abang. Baju." Suaranya malu-malu. Wajah Altaf sedikitpun tidak dipandang.

Altaf tolak lembut tangan Eima dan diletakkan di atas peha si isteri. Puncak kepala wanita itu dielusnya.

"Itu Eijaz." Beritahu Altaf ringkas.

Eima hanya tunduk dan bibirnya membulat kecil. Eijaz rupanya. Eima tidak dengar suara lelaki itu tadi.

Buka daun pintu, tersembur sosok sasa sahabat baiknya yang sudah lengkap berpakaian.

Berkerut Eijaz pandang wajah tegang Altaf. Anak matanya sempat mengerling Eima di dalam bilik persalinan itu. Tidak semena, hatinya bagaikan digeletek.

"Kau buat apa?" Soal Eijaz. Dengan tidak berbaju pula itu.

"Kau nak apa?" Altaf ajukan pertanyaan juga.

"Aku nak ajak kau dengan Eima pergi makan."

"Okey. Nanti aku datang." Balasnya ringkas. Saat pintu itu ingin dikatupnya, Eijaz menahan.

"Apa lagi?" Suaranya tertahan.

Senyuman Eijaz menyinis. Kenapa terburu-buru sangat ini? Altaf yang dia kenal sangatlah tenang. Bukannya begini.

"Medina. Dia balik dengan aku."

Altaf angguk sahaja. Sekali lagi dia ingin menutup pintu, suara Eijaz menghalang.

"Cepat sikit. Ini bukan rumah kau. Nak berlama buat apa? Tak seles—"

Bam!

Tidak terusik dengan bunyi kuat pintu yang dihempas kasar oleh Altaf, Eijaz masih mampu ketawa macho.

Alahai Altaf. Marah sungguh ini.








Tbc...

Maaf semua lambat update. Maaf jugak yang typo dan banyak kurang. Terima kasih votes dan comments banyak ii 🫶🏻❤️

Continue lendo

Vocรช tambรฉm vai gostar

388K 13.8K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1.7M 89.3K 47
Known as, His Obsession โš ๏ธToxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. Indah, namun sukar untuk dimiliki. Orang...
189K 10.5K 76
[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. โ€ข ๐˜๐จ๐ฎ'๐ซ๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐ซ๐ข๐ฌ๐ค ๐ˆ'๐ฅ๐ฅ ๐š๐ฅ๐ฐ๐š๐ฒ๐ฌ ๐ญ...
4.6K 715 43
Perkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah...