Aku mahu jadi bintang;
kerna bintang tetap setia- bersama bulan.
Aku mahu menjadi matahari;
setia berkhidmat untuk penghuni bumi.
Aku mahu jadi bunga;
setia hadiahkan madu kepada sang lebah.
Aku telah pun; setia
menjadi airmata- menemani penulis ini.
Tapi-
setia aku hanya menyiksa jiwanya.
Jadi- aku mohon Ya Tuhan,
izinkan aku menjadi senyuman;
yang setia pada bibir penulis ini;
Harapnya; setia aku tidak sia semata.