Bebas cinta hadir dalam keadaan; tidak halal
Bebas manusia ingkar perintah tuhan
Jika ini makna bebas untuk manusia;
aku rela tidak memilikinya.
Aku mahu bebas;
bebas dari dijajah cinta durjana.
Tapi aku rela tidak bebas;
dijajah cinta yang utama-
cinta tuhan;
pelengkap segala cinta.
Tuhan,
aku tidak mahu cinta
selain daripada Mu
Cukup selama ini aku tertipu.
Cinta manusia- hanyalah sandiwara peneman dunia.