Mr Vader (OG)

By coffeloff

17.5K 1.7K 98

Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang l... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40

Bab 16

347 36 0
By coffeloff

Di sepanjang susur gajah yang dilalui hanya dihiasi dengan gelak tawa. Nasib baiklah tak ada senior kalau tak, percuma je kena tegur sebab bising.

"Tadi kan aku perhati je presiden jadi mc. Kacak maut! "Ayesha menutup mulutnya. Menahan diri dari terjerit.

"Presiden kot. Dia ketua pelajar memanglah kena jaga penampilan diri. "Kenyataan! Takkanlah kami sebagai pelajar ingin mengundi presiden yang selekeh. Mestilah pilih yang berkeyakinan, kemas dan paling penting, pandai.

"Pandangan pelajar banat langsung tak lari dari tengok presiden. Tu menunjukkan kekacakan presiden luar biasa pada hari ni. "kata Ayesha.

Aku bersetuju dengan kenyataan Ayesha. Pagi tadi sewaktu berkumpul di dataran, presiden mengambil alih untuk menjadi mc. Aura dia lain macam pagi ni. Siapa je yang tak minat presiden. Ada rupa. Lagi -lagi bila presiden yang ada nama Sheikh. Orang gila je tak minat. Dan aku tak tergolong dalam orang gila sebab aku pun minat dia.

Kaki yang malas nak berdiri pun tiba -tiba jadi rajin. Mata yang mengantuk boleh jadi segar bugar melihat ciptaan Allah yang sempurna di mata manusia.

Aku dan Alya menuju ke dewan makan. Maklumlah sekolah tak ada kantin. Tapi ok apa makan kat dewan makan. Makan free.

"Red zone. Red zone. "Ayesha memberi amaran.

Sebelum sampai ke dewan makan, para pelajar perlu melepasi longkang yang agak dalam. Dahlah dalam, lebar pulak tu. Kenapa dipanggil red zone? Sebab lubang penutup besi untuk longkang tu bapak besar. Dia punya besar tu sebesar tumit aku. Kalau kaki termasuk dalam tu jawabnya sadaqallah.

Ayesha memaut lenganku. Dia terlebih dahulu melangkah. Nafas lega ditarik ketika Ayesha sudah selamat dari kawasan red zone.

Ketika giliran aku, aku juga turut melakukan hal yang sama. Lengan Ayesha dipegang. Kaki kanan aku selamat. Ketika aku ingin menarik kaki kiriku, terasa seperti tersangkut. Tidak boleh ditarik.

Alamak!

Jangan cakap apa yang aku takutkan selama ni sedang terjadi!

Kaki ditarik agak kuat. Ayesha menyambut ketika aku hampir terjatuh.

"Timoh! Kasut kau. "

Aku menjenguk ke dalam longkang.

Ibu!

Sebelah kasut aku mendarat dengan manjanya di dalam longkang.

"Kasut aku. Sha... Kasut aku. "Aku merengek. Hujung baju Ayesha aku tarik.

Sumpah rasa nak menangis! Dahlah kat depan dewan makan. Nasib tak ada pelajar banin. Kalau ada, memang kena ejek setahun. Inilah keburukan bila kena pakai kasut berkulit. Senang pakai. Senang nak tercabut.

"Kenapa ni? "tegur satu suara garau. Seorang lelaki yang tinggi lampai menegur kami.

Aku dan Ayesha berpaling. Presiden! Sepantas kilat aku menyembunyikan kaki kiriku yang tidak berkasut di belakang kaki kanan.

"Kasut Ashal terjatuh. "

Pap!

Aku menepuk kuat bahu Ayesha. Straight to the point dia cakap. Sekali dengan nama dia sebut. Tak menjadi kebiasaan apabila pelajar lelaki dan pelajar perempuan saling mengetahui nama. Kelas diasingkan antara lelaki dan perempuan. Macam mana nak tahu nama? Lainlah kalau yang berjawatan tinggi seperti Majlis Perwakilan Pelajar atau Ahli Dewan Nuqaba'.

"Kasut? "Muqris menjenguk ke dalam longkang. Bibirnya dikawal agar tidak tersenyum.

Aku mencebik. Nak ketawa tu ketawa jelah. Sampai tersenget senget mulut nak tahan ketawa.

"Apa hal kau duk intai longkang tu? Ada babi ke? "tanya satu suara garau. Dua orang pelajar lelaki berdiri di hadapan Muqris.

Mereka berdua. Aku kenal! Cukup kenal.

Danish Taufiq, Bendahari Kehormat 1. Di sebelahnya dengan muka yang jarang mengukir senyuman siapa lagi kalau bukan, Juries Ajwad Setiausaha Agung 1.

Ha baguslah! Lagi bertambah malang hidup aku. 3 orang MPP kerusi umum sedang menyaksikan hari malang aku. MPP banin lain tak nak join?

"Fiq, tolong aku. Angkat penutup longkang ni. "minta Muqris. Jari ditunjuk ke arah penutup longkang.

"Malaslah! Kau tak nampak ke betapa tebalnya besi penutup longkang ni. Mesti berat. Malas. Malas. "Taufiq memalingkan badannya ke arah lain.

Kalau tak nak tolong tu tak payahlah ada kat sini! Muka auto bertukar masam.

Ajwad memberikan jelingan tajam. "Dah tau dosa tu banyak, bukannya nak buat ibadah dengan tolong orang. Harini tak tasmik. Mengulang pun separuh juzuk je. Tidur dari tadi. Bangun tau -tau makan. Kalau aku tebuk-"

"Ha? Apa? Penutup longkang ni ea? Ok abang Muqris. Abang Taufiq rela berkorban demi kesayangan Muqris. "Taufiq memotong percakapan Ajwad. Sempat diberikan flying kiss.

Muqris tersenyum nipis melihat telatah kawan kawannya.

"Duduk kat tepi tu, bawah atap. Kat sini panas. Nanti sakit. "tegur Muqris.

Aku mengangguk kecil.

Dengan sebelah sahaja kaki aku yang berkasut, aku jalan terincut incut berjalan. Dahlah panas! Dengan kaki yang tak berkasut. Pijak jalan tar ni memang fuh! Dap erm!

Aku dan Ayesha melihat Ajwad dan Taufiq mengangkat penutup longkang. Aku syak, benda alah tu memang berat.

Kulit Ajwad yang putih melepak pun merah dibuatnya.

Muqris melipat lengan baju hingga ke paras siku." شكراً " Muqris menepuk bahu Taufiq. Dia masuk ke dalam longkang.

Mata Taufiq membulat. "Kuajaq punya kawan. Aku bukan main angkat benda alah ni. Berat macam si hajarul aswad ni. Kau masuk ambik kasut je? "

"Bising. "kata Ajwad dingin.

Muqris keluar dari longkang sambil memegang kasut aku. Ajwad dan Taufiq menutup kembali penutup longkang.

Muqris datang ke arah aku dan Ayesha. Dia mengambil tisu yang berada di dalam poket seluarnya. Dilap kasut aku yang sedikit basah.

"Ana basuh sikit. Tapi kat luar jela. Takut kotor, nanti busuk anti nak pakai. "Muqris meletakkan kasut itu betul -betul di hadapan aku.

What is this?!

Dia tolong ambil siap basuh lagi. Presiden weh! Idaman para banat!Merangkap crush aku! Letak kasut ala -ala prince nak sarungkan kasut pada princess.

Serius aku speechless.

Ketika aku menyarungkan kasut sempat aku dan dia bertembung pandangan. Laju aku mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Terima kasih. "Syukur sangat aku tak tergagap. Mukaku terasa panas seperti bahangnya cuaca.

Muqris mengangguk kecil. " عفواً "ucap Muqris.

Dia berdiri. Kepalanya ditundukkan sedikit untuk menunjuk hormat. Muqris pergi tanpa sebarang kata. Sempat bibirnya mengukir senyuman.

Hilang sahaja kelibat 3 orang jejaka, Ayesha terus menepuk tangan aku berkali kali. "Astaghfirullah! Astaghfirullah! Kenapa aku pulak yang blushing?! Ana? Anti? Ya Allah cair guaaa. "

Baru sahaja aku nak rasa blushing seperti Ayesha, aku teringat sesuatu. Rama -rama yang ingin terbang di dalam perut bertukar menjadi ulat beluncas balik.

Sempat aku menjeling ke arah Muqris. Cair tahik kucing kau lah! Depan banat, tunjuk perangai putera. Depan banin, tunjuk perangai macam mak tiri Cinderella. Macam manalah aku boleh sukakan dia? Malang betul! Huh!

Kain sembahyang aku lipat. Rutin harian yang biasa selepas solat isyak. Kemudian bersiap untuk pergi prep malam. Lumrah hidup sebagai pelajar asrama.

"Banat! Diam sikit. "Senior tahun 3 banat menegur.

Pelajar perempuan mula mengendurkan suara dari bercakap. Biasalah. Sekali tegur, diam. Lepastu bising balik. Perempuan.

Bunyi seperti mikrofon ditiup kedengaran di speaker menunjuk bahawa ada pengumuman bakal dibuat. Suasana di masjid serta merta bertukar senyap. Bersedia mendengar pengumuman.

Salam diberikan dari yang bercakap. Dengar suara beri salam pun dah tahu siapa. Muqris! Presiden 'terhebat' kita.

Dengar suara dia pun aku rasa nak pergi pukul kepala dia yang pakai kopiah lekat di kepala. Geram punya pasal.

"Ana nak tegur sikit. Banat ruang solat bahagian atas dan bahagian bawah bising. Ana bukan apa la tapi sampai bunyi menjerit, ketawa kuat sangat. Ana dah lama pendam. Ana harap, lepas ni dah tak bising. "suara Muqris menegur kedengaran di speaker masjid.

"Butoh! Yang anak buah kau main lempar mercun kat banat tak nak cakap pulak. "Aku mendengus geram.

'Ana dah lama pendam'. Orang Terengganu cakap, tukmung natang. Pendam lama sangat. Acah! Pelajar banat lagi lama pendam dengan perangai tak semenggah pelajar banin.

"Weh! Ada cerita! Kak Mia cerita tadi MPP ada meeting. Lepastu Presiden buat perangai! "kata Alya. Alang -alang presiden bercakap, auto topik tukar kepadanya.

"Seriuslah Muqris buat perangai?"Anis terkejut dengan cerita Alya. Mungkin tak percaya disebabkan muka Muqris yang terlalu 'innocent'.

Aku? Tak terkejut langsung. Banyak cerita yang aku korek dari senior Tahun 4 tentang Muqris. Dan semua cerita agak kurang enak untuk didengari.

"Ya! Tadi, Muqris cakap nak buat...apa entah untuk persembahan hari guru. Timbalan Presiden kita setuju je. Malas nak bertekak sebab Muqris jenis keras kepala. Bila dia cakap A, memang A jawabnya. Tak ada B ke C ke. Lepastu bila dia bercakap, suara dia macam naik bila Kak Ifa, MPP Sukan macam tak angkat kepala tengok dia. Semua kecut perut dengar Muqris naikkan suara. "cerita Alya. Semua cerita ni dia korek dari roomate dia Kak Mia senior Tahun 4. Sama batch dengan Muqris.

Naik suara sebab tak tengok dia bila dia bercakap. Marah sebab MPP tak respon dalam group Whatsapp. Marah Timbalan Presiden sebab sisihkan MPP disiplin banin.

Ini antara cerita yang sampai di telinga aku.

Redflag?

Mungkin. Tapi jantan ni jugaklah yang aku tersuka. Aku tak tahu kenapa. Banyak cerita buruk tentang Muqris sampai di telinga aku tapi aku tetap suka dia. Cuma aku geram dengan perangai dia sampai aku rasa nak pergi 'basuh' dia cukup -cukup. Tapi apakan daya.

Aku mula bersiap untuk pergi ke kelas. Prep malam. Beberapa orang pelajar banat berlalu keluar dari masjid. Begitu juga dengan aku. Keluar sahaja dari masjid,

BOOM!

Bunyi mercun bola kedengaran kuat betul -betul berdekatan dengan aku. Pelajar banat mula menjerit dengan kuat. Terkejut.

Tangan diangkat menutup telinga. 

Dada aku terasa sakit disebabkan rasa terkejut yang melampau. Air mata bergenang di kelopak mata. Takut.Badan aku mula terasa dingin. Tangan jangan cakap. Terketar ketar sejuk seperti berada di Antartika. Dahlah Ayesha tak ada disebabkan dia datang bulan. Sumpah rasa nak menangis.

Kebetulan Timbalan Presiden, Kak Sumayyah yang berada berdekatan denganku terus memeluk aku. Erat. Dia cuba untuk menenangkan aku.

"Woi! Banin yang baling mercun kat banat datang sini sekarang! "Begitu kuat satu suara menjerit memberi arahan. Suaranya seakan akan sedang marah.

Aku dengar suara rungutan pelajar banin. Dari bunyi derapan tapak kaki, aku agak boleh tahan ramai.

"CEPAT! "Semakin kuat suara itu menjerkah.

Aku mengeratkan pelukan pada Kak Sumayyah. Suara dia.

"Dia ok tak? "tanya satu suara yang agak aku kenal.

"Macam mana boleh jadi macam ni, Taufiq? "

"Demi Allah! Aku, Ajwad dan Muqris tak tahu apa -apa. Semalam aku dah tegur jangan main mercun dalam Maahad. "Bersungguh -sungguh cara Taufiq menjelaskan pada Kak Sumayyah.

Kak Sumayyah mengusap belakang badanku. "Ajwad, saya harap perkara macam ni tak terjadi lagi. Minta tolong sangat. "

Ada orang lain lagi? Ajwad?

Ajwad ketawa kecil. "Kalau budak -budak tu dapat kat aku, memang teruk kena. Tapi benda ni berlaku depan mata Muqris. Tak ada apa jawabnya. Game over. "

Muqris pun ada?

"Sebelum ni takkan Muqris tak pernah dengar? "tanya Kak Sumayyah. Mungkin pelik dengan kenyataan Ajwad seperti Muqris tinggal berasingan dari pelajar banin. Sedangkan mereka tinggal dalam satu kawasan.

"Manusia jangan bercakap ketika sedang beremosi. Dorang main bila Muqris tak ada. Kan Ustaz Afiq suruh Muqris jadi imam luar. Dia mana ada 24 jam dalam asrama. Kebetulan Muqris tak jadi imam luar. Asbab terjadi depan mata dia. "kata Ajwad selamba.

Aku hanya diam di dalam pelukan Kak Sumayyah.

"Kalau banat rasa perangai Muqris macam sial, aku tak heran. Tapi kau kena ingat Sumayyah. Sesial perangai Muqris, takkan sesekali dia libatkan keselamatan dan maruah pelajar banat. Ingat. "sambung Ajwad.

Atau maksud lain kau belum kenal kawan aku,jangan suka hati tuduh kawan aku sembarangan.

Continue Reading

You'll Also Like

2K 252 20
Hai.. In this book, there's a bunch of french quotes and meaning collectionπŸ’žβ€ I hope that you all enjoy reading this.😍
268K 8.5K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...
47.9K 2.4K 20
Wajahnya tidak kelihatan.Tertutup mukanya dan hanya terlihat matanya yang menawan.Tapi itu tidak menghalangi perasaan Luth kepadanya. Luth menyukai A...
1.4K 199 9
Cover by @-yoonasara [SU] Apabila Kita menafikan cinta yang teragung dan akhirnya hati Kita menanggung sebuah penyiksaan yang menemui kebuntuan. "Ki...