Mr Vader (OG)

Por coffeloff

17.5K 1.7K 98

Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang l... Mais

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40

Bab 15

407 37 0
Por coffeloff

Aku bertolak ke kampung selepas subuh. Dari keluarga Along sampailah ke aku yang single, satu keluarga diangkut balik ke kampung. Disebabkan aku anak perempuan bongsu, aku naik kereta sendiri.Sebab apa? Nak angkut Ayesha dan Husna. Ibu dan abah naik kereta Angah.

Hanya Acik sorang je tak ada atas faktor dia sekarang melanjutkan pelajaran ke Madinah. Tiket penerbangan bukan masalah baginya tapi jadual hariannya padat. Lagi -lagi dengan exam akhir sem. Memang tak balik jawabnya. Sampai sahaja di kampung, kami sekeluarga terus menuju ke kubur. Bersihkan kubur pada awal pagi lagi elok. Tak panas terik.Ayesha juga turut sama membantu. Siapa suruh nak ikut. Kan dah mendapat kerja. Husna jugak best tak payah buat kerja. Heh!

Selesai sahaja membersihkan kubur, aku mula bersiap untuk ke sekolah lama. Nak cakap nervous tu, bolehlah. Kaki kaku berdiri di hadapan pejabat. Aku mengambil sehelai tisu yang berada di dalam beg tangan. Memang aku wajib spare.

Tangan yang basah akibat berpeluh aku lap menggunakan tisu.

Kaki mula melangkah masuk ke dalam pejabat. Keadaan sekeliling pejabat aku lihat. Tak banyak yang berubah. Sama seperti dulu.

Perhatian aku tertumpu pada seorang lelaki berusia 50 an keluar dari bilik kerjanya. Wajahnya tidak dimamah usia. Sedikit kedutan berada di wajahnya.

“Cikgu.”Aku memanggilnya.

Dia memandang ke arahku. “Ya? Cari siapa? ”Nada yang sama seperti dulu. Lembut.

“Saya, Ashal. Fatima Ashal. ”Aku memperkenalkan diri. Cikgu -cikgu terlalu ramai sangat pelajar. Yang hampir muka seiras pun ada. Tak hairan kalau lupa.

“Hmph! Fatima! Cikgu ingatkan siapa. Dah lama tak datang. Ingatkan dah lupa kat ustaz. ”Cikgu Syakir mula berdrama.

Aku ketawa kecil.

“Mana ada, cikgu. ”

Cikgu Syakir ada satu -satunya cikgu yang aku rapat masa zaman sekolah dulu. Bukan aku sorang. Rakan sekelas aku juga begitu. Sikapnya yang memahami dan tidak mudah menghukum pelajar membuatkan pelajar -pelajar selesa. Sangat selesa sampai boleh mengumpat cikgu -cikgu lain dengan Cikgu Syakir.

Cikgu Syakir menggelengkan kepalanya. “Jom bercakap kat dalam bilik cikgu. Tak manis cakap kat luar macam ni. ”

Aku mengikuti langkah Cikgu Syakir sehingga ke dalam bilik kerjanya. Aku mengambil tempat di hadapannya. Wajah Cikgu Syakir aku tatap. Tidak berubah. Sama seperti dulu.

“Kenapa kamu tengok  macamtu? Cikgu dah ada menantu tau. ”sakat Cikgu Syakir.

“Eih! Cikgu ni. Mana ada! Saja. Rindu nak tengok muka cikgu. ”Aku tersengih.

Aku rasa seperti ada sesuatu yang kurang. Buah tangan! Allahu! Tak sabar sangat sampai terlupa nak bawa buah tangan.

“Cikgu ingat, kamu dah lupakan cikgu.”

“Tak. Dan takkan, cikgu. Cikgu adalah salah seorang cikgu kegemaran saya. Takkan saya nak lupakan cikgu? ”

Cikgu Syakir tersenyum. “Kamu apa khabar sekarang? ”

“Alhamdulillah, baik.”

“Kamu kerja apa sekarang? ”

“Buka kafe je cikgu. ”jawabku.

“Cikgu tengok hidup kamu makin bahagia dari dulu. ”

Aku terdiam buat seketika. Senyuman pahit diukir. “Tak sangat, cikgu. ”

“Fatima, kita sebagai manusia, hamba Allah sentiasa akan ada ujian yang datang. Seorang penghafal dan penjaga Al Quran lagi besar ujiannya.”

“Dalam surah Al Sharh, juzuk 30. Ayat yang keenam. آن مع العسر يسرا. ”

“Allah janjikan setiap kesusahan, setiap kepayahan akan dipermudahkan. Kita orang islam dilapangkan dengan iman dan hidayah. Ada juga dinyatakan dalam surah Al Sharh. ”

“Ayat pertama.” Aku menyambung.

Cikgu Syakir mengangguk. “Pandai! Jadi, jangan sesekali anggap ujian dalam hidup kita itu beban. Ia adalah untuk mengajar kita cara lalui dengan sabar. Mengajar kita cara untuk hidup. ”

Hatiku berasa sedikit tenang setelah mendengar nasihat Cikgu Syakir. Walaupun dia seorang cikgu, setiap nasihatnya pasti dikaitkan dengan ayat Al Quran.

“Terima kasih, cikgu. ”

“Cikgu, jom kita ambil angin kat luar?”Aku meminta pada Cikgu Syakir sambil tersengih.

“Boleh. ”Cikgu Syakir dari dulu sampai sekarang. Tak pernah jemu melayan kerenah anak muridnya. Hampir semua dituruti. Tak hairan kenapa batch aku sayangkan Cikgu Syakir sangat -sangat.

Aku menikmati keindahan 'dunia' sekolah. Pemandangan di sini tidak pernah mengecewakan. Sekolah yang aku belajar tak sama seperti yang lain. Senang cerita, sekolah aku ni di bawah pejabat agama. Termasuk di dalam kategori SBP. Salah satu sekolah top dalam negeri.
Kelas aircond. Satu kelas, pelajar cuma 18 orang je. Kelas diasingkan antara lelaki dan perempuan. Asrama pula, sebilik 2 orang. Best nak mampus! Tapi kena rajin dan berusaha menghafal dan menjaga Al Quran.

“Dataran tu. Kamu ingat lagi? Tempat tu lah tempat kena denda. Tempat tu lah tempat berkumpul. Tempat tu lah tempat berbuka puasa. ”cerita Cikgu Syakir.

Dataran yang berada di tengah -tengah antara 4 bangunan. Setiap pagi pelajar akan roll call di dataran itu jam 7:25 pagi. Siapa lambat akan didenda. Di situlah tempat denda. Di situlah tempat sportcheck.

“Dataran tempat yang penuh dengan memori. ”Aku teringat ketika Ustaz Fahim denda pelajar banin dengan baca 3 juzuk di tengah -tengah dataran. Nasiblah malam. Tak nampak muka siapa.

Batch kamu dikira beruntung sebab dapat Presiden yang jenis ikut apa yang anak buah dia nak. Backup kesalahan anak buah sampai rela dia yang kena asalkan bukan anak buah dia. Zaman cikgu? Memang taklah. Strict sangat. ”kata Cikgu Syakir.

Baru aku teringat separuh dari tujuan asal aku datang ke sini.

“Cikgu simpan lagi tak senarai MPP sejak batch saya masuk sampai sekarang? ”tanyaku. Minta -minta sangat cikgu simpan.

Cikgu Syakir angguk. “Dari zaman cikgu, sampai sekarang cikgu simpan. ”
“Saya nak! ”

“Kamu nak buat apa? ”Ha! Sudah! Cikgu Syakir sudah mula bertanya.

Aku sengih. “Saja. ”

“Nanti ambil kat bilik cikgu. ”

Aku tersenyum lega.

Sekarang aku cuma mampu berharap apa yang aku fikirkan tu tak betul. Memang berharap sangat -sangat.

Apa yang kau pegang dari tadi tu? ”tanya Ayesha. Hairan.

Sejak dari tadi aku tidak lepas dari memegang fail yang aku bawa pulang dari Maahad. Di dalam fail ini terdapat senarai nama dan gambar MPP yang diminta dari Cikgu Syakir.

Ayesha mengambil tempat di sebelahku di atas katil. Husna juga turut mengintai apa yang aku bawa sejak tadi.

Kekuatan dikumpulkan. Nafas berat aku hembus. Fail dibuka.

Aku mencari tahun demi tahun pelajar yang terpilih untuk menjadi Majlis Perwakilan Pelajar.

Mata aku terpaku pada sehelai senarai nama MPP. Gambarnya yang terletak di tempat paling atas menunjukkan jawatannya yang paling tinggi dari yang lain.

Mata.

Senyuman.

Bentuk muka.

Lelaki yang memakai blazer berwarna hitam memeluk tubuhnya sambil tersenyum lebar. Dari caranya boleh digambarkan dia seorang lelaki yang berkeyakinan dan mampu menjadi pemimpin.

Presiden:
Sheikh Fahad Muqris bin Sheikh Ismail.

Oh! Shit!

Memang sama! Jadi memang betul Muqris yang jadi Food Panda tu sama dengan Muqris bekas Presiden aku dulu?!

Aku menekup muka pada bantal. Menjerit seperti orang gila. Tak. Tapi memang gila! Ayat Muqris 'patutlah ’ baru aku faham.

Jadi selama ni dia memang dah kenal aku ke?!

“Woi! Kau ni dah kenapa? ”Husna menarik bahuku. Risau dengan tindakan aku.

“Dia dah gila! Yeayyy! ”sorak Ayesha.

Aku melepaskan bantal. Mukaku bertukar menjadi merah.

“Hey! Kau ok tak ni? ”tanya Husna risau.

“Aku rasa, ”

“Dah tak nak menghadap dia lagi. ”Mata aku pejam rapat.

Husna mengambil kertas senarai di tangan aku. Dia dan Ayesha melihat senarai itu.

Tak lama selepas itu, Ayesha ketawa. “Wei! Nama dia sama macam Muqris yang kita kenal. Muka pun sama!”

Husna mengetuk kepala Ayesha. “Tu memang dia bengap. ”

WHAT?! ”Terhenti ketawa Ayesha. Matanya membulat. Terkejut dengan apa yang Husna katakan.

“Apa kita nak buat sekarang? ”

“Kita? Apa yang Shal nak buat sekarang. ”Husna menunjukkan kepada aku.

Aku mengeluh.

Kertas senarai di tangan Husna aku rampas.

“Buat bodoh. Selagi dia tak tahu yang aku tahu pasal dia, aku buat bodoh. ”Aku meletakkan kertas senarai itu kembali di dalam fail.

Yes Ashal! Buat bodoh! Itu apa yang kau selalu buat. Dengan Ezul kau boleh buat bodoh. Inikan pulak Muqris. Kan?

“Alang -alang cakap pasal Ezul. ”Ayesha bergerak ke beg bajunya.

“Nah! Ezul ada kirim hadiah kat kau. ”Sebuah kotak dihulurkan pada aku.

Alaaa bala! Baru sebut.

Aku mengambil kotak yang sebesar tapak tangan dari Ayesha.

“Ezul cakap, hadiah ni hadiah terakhir yang dia mampu bagi sebagai tanda perpisahan korang. ”kata Ayesha.

“Macam mana kau boleh dapat? Dia brainwash kau ke? ”Pandangan tajam dihadiahkan kepada Ayesha. Bukan boleh percaya sangat minah ni.

“Mana ada setan. Dia post kat rumah aku. Sebelum ni pun kalau dia nak bagi hadiah kat kau memang dia post ke rumah aku kan? Lepastu dia letak nota kecil kat kotak tu suruh aku cakap kat kau. Tapi yang peliknya, tak ada alamat. Pelik! ”Ayesha membebel seorang diri.

Kotak itu dibuka.

Seutas rantai halus yang berbentuk bulan sabit.

Cantik. Sangat cantik. Aku mengambil kad yang terselit di tepi kotak itu.

Maaf kerana mungkiri segala janji yang telah ditaburkan. Maaf andai diri ini pernah melukakan dirimu. Maaf andai diri ini tidak sempurna seperti yang diinginkanmu.

Di kala matahari terbit untuk menerangi bumi, bulan akan berundur dari menghiasi langit malam. Begitu juga dengan pendosa ini lebih memilih untuk berundur.

                                                       -Ezul-

Selepas aku membaca kad ni, kenapa hati aku berasa sebak? Mungkin sebab aku tau rantai ni adalah hadiah terakhir dari Haizul.

Secara rasminya aku dan Haizul putus. Tiada apa -apa hubungan.

Dan sekarang, aku perlu lepaskan Haizul sepenuhnya dengan rela hati. Aku perlu redha jika di Lauhul Mahfudz tidak tertulis jodohku dan Haizul.

Continuar a ler

Tambรฉm vai Gostar

33.2K 2.3K 17
2nd book โ˜˜๏ธโ˜˜๏ธโ˜˜๏ธ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: Read your own risk โš ๏ธ Typo bersepah โš ๏ธ Matured language โš ๏ธ 15+ โš ๏ธ Light confl...
31.2K 1.6K 57
Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghantui dirinya. Bisikan halus kerap menghas...
102K 3.6K 72
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
22.7K 1.3K 8
ุฅูุฐูŽุง ุณูŽู…ูุนู’ุชูู…ู’ ุจูู‡ู ุจูุฃูŽุฑู’ุถู ููŽู„ุงูŽ ุชูŽู‚ู’ุฏูŽู…ููˆุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ูˆูŽู‚ูŽุนูŽ ุจูุฃูŽุฑู’ุถู ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูู…ู’ ุจูู‡ูŽุง ููŽู„ุงูŽ ุชูŽุฎู’ุฑูุฌููˆุง ููุฑูŽุงุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ู‡ู Yang bermaksud: "A...