ALTAF'S SAVIOUR

By starryglossie

810K 66.8K 10.8K

Nur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan bacaโ—๏ธ Sinopsis tak ada. Author dia tak reti nak karang sinopsis. E... More

๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 1
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 2
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 3
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 4
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 5
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 6
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 7
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 8
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 9
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 10
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 11
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 12
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 13
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 14
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 15
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 16
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 17
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 18
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 19
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 20
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 21
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 22
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 23
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 24
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 25
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 26
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 27
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 28
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 29
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 30
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 31
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 33
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 34
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 35
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 36
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 37
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 38
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 39
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 40
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 41
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 42
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 43
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 44
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 45
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 46
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 47
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 48
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 49
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 50
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 51
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 52
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 53
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 54
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 55
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 56
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 57
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 58
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 59
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 60
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 61
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 62
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 63
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 64
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 65
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 66
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 67
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 68
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 69
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 70
๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 71

๐€๐‹๐“๐€๐… | ๐„๐ˆ๐Œ๐€ - 32

12.2K 916 128
By starryglossie

30 tahun lalu...

Engku Khadija labuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan di tempat menunggu. Sekeliling ruang yang dipenuhi dengan kaum wanita itu dipandang lesu.

Sekejap anak matanya dipakukan ke pasangan suami isteri dihadapannya. Retina mata dihiasi dengan pemandangan yang cukup indah pada zahirnya, tapi bukan untuk dia.

Si suami yang sedang mengusap-usap perut si isteri, sambil bergelak ketawa. Bahagia mungkin.

Sejenak dia tertawa sendiri. Mana mungkin tidak bahagia? Memang impian sepasang suami isteri yang normal ingin punya anak. Bukankah anak itu pengikat kasih sayang?

Tidak semena, tapak tangan turut berlabuh di atas perut kempisnya. Menunduk kecil, blouse yang dipakainya diramas kasar. Ingin sahaja dia mencakar-cakar kuku tajamnya disitu.

Dikurniakan nikmat yang sama, cuma penerimaannya berbeza. Beza besar.

"Engku Khadija binti Engku Tarmizi!" Mendengar laungan segaris namanya, Engku Khadija angkat kepala. Lemah kaki dibawa ke arah sebuah bilik yang berada di hujung ruangan besar itu.

Nama yang ditulis pada papan tanda disebelah pintu dibaca. Dr Ameera. Sejenak, nafas diambil panjang.

Tolak daun pintu, balikkan tubuh, pandangannya dihiasi dengan seorang wanita bertudung bersama kot putih yang berdiri di hadapan sebuah meja. Jelas wanita itu terkejut dengan kehadirannya.

"Dhija. Dhija buat apa dekat sini?" Soal Ameera sambil langkah diatur mendekat ke arah wanita cantik itu. Atau lebih tepat, madunya sendiri.

"Meera. Tolong Dhija..." Tubir matanya mula bergenang. Tubuh laju berpaut pada lengan Ameera. Sungguh dia tidak kuat.

Ameera ambil nafas panjang. Signal diberi pada pembantunya yang masih setia di hadapan pintu supaya memberi ruang kepadanya.

"Jom duduk dulu." Ameera bawa tubuh itu duduk di sofa. Dia turut labuhkan punggung di sebelah Engku Khadija.

"Kenapa ni, Dhija? Dhija buat Meera risau. Dhija tak sihat ke?" Tapak tangan menyentuh dahi wanita itu. Suhu normal.

Sentak dia melihat kolam mata wanita itu yang mula pecah. Makin runsing dia.

"Adi ada apa-apakan Dhija ke?" Soalnya teragak-agak.

Meskipun dia tahu suaminya itu tidak akan pernah berkasar dengan wanita kesayangannya. Tapi hampir setahun dia menyandang status isteri kepada lelaki itu, sudah tahu tahap baran Syed Adi Uzam.

"Dhija mengandung."

"Alhamdulillah... Dhija datang nak check up ke?" Gembira sungguh dia mendengar dua patah perkataan itu. Ikhlas dia tumpang bahagia untuk Engku Khadija. Meskipun firasat dia kuat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Engku Khadija tergeleng sendiri. "Dhija dah check up semalam. Dhija datang sebab Dhija ada permintaan." Tubuh dipusingkan menghadap Ameera.

Ameera senyum. Kepala dijatuhkan. "Boleh. Dhija cakaplah. Meera akan tunaikan." Yakin dia membalas.

Dia tidak pernah berdendam bahkan membencikan Engku Khadija. Ameera tahu kedudukannya sebagai seorang isteri yang tidak diiktiraf oleh Syed Adi Uzam. Dan Ameera juga tahu betapa sayang dan cintanya lelaki itu terhadap wanita dihadapannya ini.

Ameera sebagai seorang wanita juga boleh jatuh sayang terhadap kelembutan dan keayuan Engku Khadija, lagikan Syed Adi Uzam.

"Dhija nak gugurkan anak ni."

Hilang segaris senyuman di wajah cantik Ameera, berganti dengan reaksi gamam.

"D— Dhija. Dhija cakap apa ni?" Suaranya makin rendah.

Engku Khadija menunduk lemah. Air mata yang membasahi wajah dibiarkan tanpa ada niat untuk menyeka.

"Dhija taknak anak ni, Meera. Dhija tak mahu anak ni!" Ujarnya lantang. Kukunya mula mencakar perutnya yang berlapik blouse.

"Dhija benci anak ini!" Makin rakus tangan dia bergerak mencakar disitu. Bagaikan dihasut.

"Ya Allah. Jangan macam ni Engku Khadija..." Ameera yang melihat perubahan laku wanita itu, turut kasihan sama. Pantas tangannya bergerak mengalihkan jemari wanita itu.

Dia nampak tekad disebalik wajah itu. Sehingga meraung.

"Tolong Dhija, Meera. Dhija masih belum bersedia!" Pohonnya lirih.

"Dhija..."

Tiba-tiba wanita itu berhenti daripada menangis. Reaksi wajahnya bersinar garang. Kasar belakang tapak tangan mengesat air mata.

"Kalau Meera tak boleh tolong Dhija, tak apa. Dhija akan minta bantuan orang lain." Masih dengan esakan bersisa, dia menutur. Saat tubuhnya ingin bangun dan berlalu pergi, pergelangan tangannya disambar Ameera.

Ameera ambil nafas panjang.

"Meera tolong Dhija." Putusnya.

Tubuh wanita anggun itu kembali didudukkan di atas sofa. Tubuhnya dipalingkan sedikit berhadapan dengan wajah cantik itu. Bahu Engku Khadija direngkuh lembut.

"Betul Meera akan tolong Dhija gugurkan anak ni?" Tidak beragak Engku Khadija mengoyakkan segaris senyuman.

Gamaknya dia mengungkap kata sebegitu dengan air muka yang gembira?

Ameera geleng kepala lambat, hingga mengundang kerutan di dahi Engku Khadija. Ditepis kasar lengan wanita itu yang memegang bahunya.

"Tadi Meera cakap Meera akan tolong Dhija?!" Sekali lagi Engku Khadija melenting. Ameera masih beriak tenang. Mengerti dengan perubahan emosi seorang wanita mengandung.

"Meera akan tolong Dhija. Tapi Meera tak izinkan Dhija gugurkan anak ni." Tapak tangannya berlabuh di atas perut Engku Khadija yang agak membuncit.

"Kalau Meera izinkan, Meera perlukan alasan dan sebab yang kukuh. Ini nyawa Dhija. Nyawa manusia. Gugurkan anak ini bererti membunuh insan yang tak bersalah. Dhija pun, tahu kan?" Lembut dia memujuk Engku Khadija. Berhadapan dengan orang yang beremosi seperti Engku Khadija haruslah bijak.

Engku Khadija melarikan wajah. Tidak sanggup menatap mata redup dan kuyu milik wanita itu. Lambat-laun dia akan terpujuk dan termakan dengan kata-kata Ameera. Dan Engku Khadija tidak mahu. Dia sudah tekad!

"Dah berapa minggu?" Sedikit beragak dia menyoal.

"10 minggu."

Syukur. Ini bererti anak dalam kandungan ini ialah hasil selepas pernikahan mereka.

"Boleh Meera tahu kenapa Dhija nak gugurkan anak ni?" Soalnya berhati-hati.

Engku Khadija terdiam sejenak.

"Dhija bencikan bapak dia." Jujurnya tanpa dalih lagi. Tidak semena, tubir mata kembali bertakung.

Giliran Ameera pula termangu sendiri. Benci? Benarkah apa yang menyapa peluput telinganya ini? Bukankah Engku Khadija dan Syed Adi Uzam pasangan yang hangat bercinta? Bahkan sebelum lelaki itu bernikah dengannya juga, Ameera sudah tahu akan hakikat yang satu itu.

Dan dia juga tidak pernah sesekali berniat untuk merampas mahupun ada niat untuk berada di kedudukan yang sama dengan wanita ini. Dia sayangkan suaminya, tapi hanya perasaan sayang semata.

"Dah berkali-kali Dhija minta dia lupakan masa lalu kita. Tapi dia paksa Dhija nikah dengan dia. Dhija tak suka. Dhija rasa macam Dhija dah rampas kebahagiaan Meera. Dhija rasa serba salah..." Niatnya untuk menguburkan rasa yang terpendam ini keseorangan terkubur selamanya.

"Dhija. Apa Dhija cakapkan ni? Dhija tak salah. Kan Meera dah pernah cakap. Meera sendiri izinkan dia ambil Dhija sebagai isteri. Dhija pun tahu, kami menikah hanya sekadar kerana aturan keluarga. Lambat-laun, kami akan bawa haluan masing-masing."

Itulah hakikatnya. Dia dan Syed Adi Uzam sendiri sudah bersepakat tentang hal ini.

Engku Khadija hanya mendengar sambil beresak perlahan. Terhinjut-hinjut batang tubuhnya. Sungguh dia pun buntu dengan diri sendiri. Walhal sudah berkali-kali suami dan wanita di hadapan ini yakinkannya, tapi hatinya tetap berkeras.

"Dia dah banyak berubah, Meera. Abang Adi bukan seperti yang Dhija kenal lagi. Dia..." Engku Khadija hilang diksi. Mulut naik menekup bibir.

"Dia dah janji dia tak akan sentuh Dhija selagi Dhija tak bersedia." Hanya segaris ayat itu mampu diungkapnya. Jika berlebih, takut dia membuka aib suami sendiri pula. Meskipun dia tahu yang sedikit sebanyak Ameera turut dapat baca tentang hal ini.

Ameera menghela nafas lemah.

"Pasal anak ini, dia tahu tak?"

Engku Khadija geleng lambat. Dia tidak akan biarkan hal ini sampai ke pengetahuan Syed Adi Uzam. Dia tidak akan biarkan.

"Abang Adi tak boleh tahu. Dhija merayu dekat Meera. Jangan beritahu sesiapa." Terdesak. Cukup satu patah perkataan itu memerikan situasinya sekarang.

"Dhija ada alasan lain, kan?"

"Ha?" Engku Khadija sedikit tersentak mendengar soalan itu.

"Dhija ada sebab lain kenapa Dhija nak gugurkan anak ini." Bukan persoalan, melainkan pernyataan. Sebenci mana pun Engku Khadija terhadap suaminya, tidaklah setara ingin gugurkan anak. Ameera kenal dengan wanita ini.

Melihat Engku Khadija yang hanya kunci mulut, segugus keluhan berat dilepasnya.

"Selagi Dhija tak jujur dengan Meera, Meera minta maaf. Tapi Meera tak dapat bantu." Ameera mula tarik tali.

"Meera..." Jika Ameera tidak mahu bantu dia, siapa lagi yang mampu? Sejujurnya sudah banyak klinik swasta dia pergi, tapi tiada satu pun mahu kendalikan kesnya. Atas alasan yang sama seperti Ameera.

"Dhija tolong jujur dengan Meera. Kalau Dhija terus berdalih macam ni, kita tak akan capai kata sepakat." Nasihatnya lagi.

Engku Khadija telah dia anggap sebagai adiknya sendiri.

"Dhija sebenarnya dapat tawaran belajar di Canada. Semua ditanggung oleh salah satu syarikat permodelan terkenal di sana. Tawaran ni dia buka hanya 5 tahun sekali." Sudah dia kata, Ameera wanita yang bijak dengan kata. Sekarang, dia sudah berserah dengan pujuk rayu wanita ini.

Biarlah Ameera mahu anggap dia sebagai manusia yang tamak dan tidak punya hati perut pun. Dia tidak kisah. Lagikan peluang keemasan ini hanya datang sekali.

"Dhija dah tanya. Pihak sana cakap, tak ada masalah dengan kandungan ni. Mereka tetap boleh terima Dhija walaupun Dhija berbadan dua."

Ameera angguk mengerti. "Kalau pihak sana okey, jadi rasanya tak ada masalah bagi Dhija kan?" Duganya pula.

Engku Khadija diam tanda mengiyakan. Itu bukanlah masalah buatnya. Yang jadi masalah besar untuknya adalah...

"Keluarga Dhija." Ungkapnya hiba.

"Keluarga Dhija tak akan izinkan Dhija pergi dalam keadaan macam ni. Meera pun tahu, kakak ipar Dhija dah alami benda yang sama." Keluarganya terlalu protektif dan mengongkong. Entah tradisi apa yang dipakai. Sungguh kolot.

Kerana itu Engku Khadija tidak mengizinkan si suami menyentuhnya buat masa sekarang. Lagipun dia masih muda. Masih mentah. 21 tahun baginya umur yang sangatlah tidak patut menyandang status sebagai seorang ibu. Dia masih mahu kenal dunia luar.

"Dah berhari-hari Dhija fikirkan hal ni. Dan—"

"Gugurkan kandungan ni bukan solution yang bijak Dhija." Ameera mencantas percakapan wanita itu. Kekura wanita itu digenggam kemas.

"Tu bukan cara nak selesaikan masalah." Malah tindakan Engku Khadija ini mungkin lebih bawa masalah buatnya. Tidak sekarang, akibatnya boleh muncul di kemudian hari.

"Habistu Meera? Apa lagi yang Dhija boleh buat? Dhija tak tahu..." Engku Khadija menangis lagi. Sungguh dia penat. Kenapa tiada seorang manusia pun mengerti dengan dirinya? Kenapa manusia lain sungguh tidak adil terhadap dirinya?

Tidak sedarkah Engku Khadija yang dia sendiri telah berkelakuan tidak adil terhadap anak yang belum sempat melihat dunia ini?

"Dhija akan lahirkan anak ini."

Engku Khadija mencari anak mata coklat kegelapan milik Ameera. Berlapis seribu dahinya.

"Meera. Ta—"

"Dhija akan pergi Canada dan Dhija akan lahirkan anak ini." Putusnya buat kali kedua. Wajahnya kembali bertentang dengan Engku Khadija.

"Maksud Meera?" Engku Khadija tidak mengerti.

Jemari Engku Khadija digenggam kemas. "Dhija percayakan Meera?"

Perlahan-lahan kepala Engku Khadija jatuhkan. Dia percayakan wanita ini. Kerana itulah, Ameera manusia pertama yang terlintas di benak fikirannya.

"Meera ada kawan di Canada. Meera akan minta tolong dengan dia jagakan Dhija. Dia juga doktor dekat sana. Hal berkaitan baby dan Dhija, Meera akan minta tolong dia. Hingga Dhija lahirkan anak ni." Cadangnya pula. Mujurlah akalnya pintas teringatkan sahabat karibnya yang bekerja di sana.

"Tapi family Dhija?" Soalnya polos.

"Dhija tak nak family Dhija tahu. Termasuk abang Adi." Katanya keras.

"Kita rahsiakan." Sesuai dengan keinginan Engku Khadija dan Ameera. Wanita itu tetap akan melahirkan anak dalam kandungannya juga.

"Dhija boleh lahirkan anak ini. Tapi Dhija tak rasa Dhija boleh besarkan dia." Kerunsingannya yang paling besar. Tempoh belajarnya bukannya singkat. Masakan dia mampu besarkan anak ini sendirian, di tempat orang pula itu.

"Meera ada. Meera boleh besarkan dia sampai Dhija dah bersedia untuk jadi ibu." Ungkapnya yakin.

"Meera..." Engku Khadija sebak lagi. Melihat senyuman cantik itu, boleh mengguriskan hatinya. Ya Tuhan, kenapa wanita ini sungguh berhati mulia?

"Tapi Dhija jangan risau, anak ini tetap anak Dhija. Andai kata suatu hari nanti Allah buka hati Dhija untuk besarkan anak ini, Meera tak akan teragak-agak untuk sokong Dhija." Kekura Engku Khadija diusap lembut.

Sedikit sebanyak, dia mengerti. Wanita ini masih muda. Banyak perkara yang ingin dicapainya. Jadi tidak salah untuk dia hulurkan tangan saat-saat sebegini. Asalkan dia dapat ubah fikiran Engku Khadija. Dan dia juga dapat selamatkan satu nyawa.

"Tapi status anak ni nanti?" Zahirnya anak ini memang tiada unsur syubhah. Tapi bila sudah jadi begini, bukankah keadaan boleh jadi rumit?

Tidakkah manusia lain boleh mempersoalkan status anak dan asal-usul si kecil itu nanti? Ameera tidak mengandung dan tiba-tiba punya seorang anak? Ya Tuhan, apa yang perlu dia buat ini?

"Bila dah jadi macam ni, kita ada banyak benda nak kena consider. We have to sacrifice. Both you and me."

"Maksud Meera?"

Ameera tarik senyuman. "Sekali lagi Meera tanya. Dhija yakin dengan keputusan Dhija? Dhija taknak orang tahu kewujudan anak ni?" Tidak menjawab soalan wanita itu, malah dia ajukan soalan lain.

Engku Khadija angguk yakin. Pasti. Dirinya sudah tenggelam dengan segala godaan dunia sehingga terlupa dengan amanah Tuhan satu ini.

"Meera akan pastikan orang anggap anak ini, anak Meera dan Adi. Tapi Meera pun ada satu permintaan."

"A— apa?"

"Bila anak ini dah lahir, Meera tetap akan daftarkan Dhija sebagai ibu dia."

Engku Khadija bangun tersentak. "Tak boleh." Gelengnya nekad.

Ameera menunduk lemah. Tangan Engku Khadija digenggam lembut.

"Dhija. Soal nasab dan juga keturunan tak boleh bawa main. Sekurang-kurangnya biarlah anak ini diiktiraf sebagai anak Dhija oleh pihak berkuasa. In case kalau sesuatu terjadi, masalah tak akan jadi teruk sangat." Pujuknya lagi.

Perkara yang dirancang ini sudah cukup berisiko, tapi apakan daya. Hanya ini yang mampu dibuatnya.

"Tapi nanti abang Adi tahu!" Bentaknya pula.

"Kalau dia anggap anak ini datang dari rahim Meera, dia tak akan ambil tahu. Meera yakin." Bukankah dia isteri yang tidak diiktiraf? Sepanjang perkahwinan mereka, boleh kira dengan jari berapa kali mereka tinggal di bawah bumbung yang sama.

"Dhija akan gugurkan anak ni. Dhija tak nak susahkan sesiapa." Dia tidak sepatutnya meminta bantuan daripada Ameera. Dia silap percaturan. Sekarang dia sudah menyulitkan manusia lain dengan masalahnya.

Ameera bangun dari duduknya. "Dhija buat keputusan. Dhija setuju dengan Meera atau sekarang juga Meera call Adi." Ugutnya.

"Ameera!" Lekas Engku Khadija merampas telefon di tangan wanita itu. Mencerun tajam anak matanya berlaga dengan iris coklat itu.

"Cepat Dhija. We don't have all day, do we?"

Nafas Engku Khadija berubah rentak. Laju dan deras. Lagian mendengar ketukan pintu dari luar. Menandakan yang ada pesakit lain akan masuk.

"Dhija setuju dengan Meera."

Sesuai dengan kata putusnya, Engku Khadija melahirkan seorang bayi lelaki di Canada. Yang diuruskan oleh Ameera dan sahabat baiknya sendiri, Doktor Nadiem.

Syed Adi Uzam?

Sedikitpun lelaki itu tidak mengetahui perihal ini dek kerana Ameera juga yang kononnya terpaksa berpindah ke Sabah kerana kerja. Sedangkan wanita itu membawa diri jauh dari keluarga hanya kerana tidak mahu rahsianya dan Engku Khadija sampai ke pengetahuan mereka.

Hinggalah satu hari dia pulang membawa Altaf yang berumur beberapa bulan. Mengamuk lelaki itu mengetahui hal ini dan juga mempersoalkan status Altaf sebagai anaknya. Tapi selepas membuat ujian DNA, Syed Adi Uzam tidak mampu menidakkan. Terbukti Altaf itu memang benar-benar anak lelakinya. Darah dagingnya.

Hubungan mereka yang bak sedingin salju itu berubah bagai api yang mengganas. Dengan plan asal mereka yang akan berpisah, sudah lesap sepenuhnya. Ameera tidak boleh bercerai dalam keadaan sebegitu. Dia sedang jaga Altaf untuk Engku Khadija. Sekurang-kurangnya biarlah selepas Engku Khadija pulang.

Tapi sangkaannya meleset. Meskipun wanita itu telah terbuka hati, dia sedar dengan hubungan anak dan ibu itu. Altaf terlalu rapat dengan Ameera. Lagipula, hanya Altaf yang menjadi peneman suka dan duka Ameera. Engku Khadija tidak sampai hati, dan buat keputusan supaya mendiamkan hal ini hingga sekarang.

Dan ternyata keputusannya sungguh tepat. Ternyata selepas wanita itu meninggal, Engku Khadija dapat tahu tentang Ameera yang dilahirkan sebagai wanita tanpa rahim. Sungguh kasihan.

Wanita itu pergi dan meninggalkan sebuah buku diari tentang Altaf buatnya. Setiap hari wanita itu menulis tentang perkembangan dan aktiviti harian Altaf supaya Engku Khadija tidak terlepas tentang anak sulungnya itu.

Sedikitpun tidak terlucut daripada pengetahuannya. Sungguh mulia hati Ameera. Wanita yang sangat baik.

Dan wanita itu juga meninggalkan satu kenyataan yang sungguh mengguriskan hati seorang ibunya. Hakikat yang Altaf turut tahu menahu tentang insan sebenarnya yang melahirkannya atau lebih tepat, ibu kandungnya sendiri!







Eima tolak daun pintu bilik tamu. Terangkat alisnya melihat sekujur tubuh tinggi lampai yang berbaring secara mengerekot di atas katil. Dengan cepat Eima ajukan langkah mendekat.

"Sampai hati. Tak ajak pun nak tidur bilik lain." Suaranya sendirian. Bibir sudah muncung sedepa.

Berkerut seketika melihat sejadah yang terbentang. Altaf solat bilik lain ke malam ini? Mungkin Altaf segan.

Selesai melipat sejadah, Eima panjat ke atas katil. Belakang tubuh Altaf ditatap penuh minat.

Perlahan nafas lemah dihela. Sejak tadi Altaf sedikit berjauhan daripadanya. Lelaki itu sebolehnya mengelak dari bertembung mata. Tika Affan datang tadi pun, si suami mengusir adik iparnya itu. Asbab telah berjanji dengan bapa durjana itu kut.

Kasihan suami Eima.

"Eima..."

Tersentak Eima mendengar suara garau dan dalam itu menyeru namanya.

"Dia yang lari dia yang rindu. Hurm. Suami siapalah ni?" Bebel Eima pula.

"Sayang..." Rengek Altaf lagi. Sayup-sayup kedengaran suara lelaki itu.

Eima tersenyum suka. Jemari menekup bibir supaya tidak terletus tawanya. Altaf panggil Eima ke? Sayang...

Berhenti dari menggedik, perlahan-lahan Eima baringkan tubuh. "Ya. Eima ada ni..." Sahutnya pula.

Lengan halus milik Eima menjalar ke pinggang Altaf dan dahinya dibawa merapat dan menyentuh belakang tubuh kekar milik si suami.

Tiba-tiba Eima bangun separa. Bahu tegap Altaf yang mengiring disentuh lembut. Eh, panas!

Terkejut Eima kala merasakan belakang tubuh lelaki itu yang panas membahang. Meskipun berlapik baju, Eima masih dapat rasa bahang tubuh itu.

"Altaf." Eima panggil lembut. Tubuh lelaki itu cuba ditolak. Eima ingin melihat wajah tampan itu. Entah mengapa Eima rasa ada sesuatu yang tidak kena.

Eima panjangkan tangan. Lampu meja dibirai katil dibuka. Nyala sahaja lampu, makin keanehan Eima melihat pelbagai jenis ubat dan pil terletak elok di atas meja itu.

Eima menunduk melihat sisi wajah Altaf. Dengan bertemankan cahaya samar, Eima nampak wajah itu agak kebasahan.

"Altaf. Awak okey tak ni?" Tolak sehingga wajah Altaf benar-benar terhidang di hadapan mata, membulat besar wajahnya melihatkan itu. Ya Tuhan!

"Altaf!" Serunya runsing.

Kalut belakang tapak tangan menyapu wajah Altaf yang basah dengan renik peluh. Mata lelaki itu terbuka kuyu serta matanya merah menyala. Bibir si suami yang sebelum ini merah jambu berubah pucat lesi.

Ya Tuhan. Kenapa dengan suami Eima?

"Eima." Altaf mula sedar. Lembut tangan Eima yang mengelap wajahnya ditolak.

Fikir Altaf dia mengigau dan berhalusinasi, ternyata Eima benar ada di dalam bilik ini.

"Awak kenapa ni Altaf?" Eima rasa seluruh wajah yang mengeluarkan haba panas itu. Altaf demam ke?

Kelopak matanya sekejap terbuka dan tertutup. Tercungap-cungap lelaki itu mencuri nafas.

"Ya Allah Altaf. Sekejap. Saya call—"

"Jangan Eima." Pantas Altaf menghalang wanita itu. Dadanya yang berombak ganas dicengkam kasar. Berkerut dahinya menahan sakit disitu. Kepalanya juga mula berpinar. Pandangannya berbalam-balam.

Melihat sebelah jemari kekar lelaki itu mencengkam kuat lengannya, Eima kembali merapatkan tubuh ke arah si suami.

"Altaf..." Eima ketap bibir bawah. Pertama kali dia melihat Altaf sebegini. Altaf nampak sungguh lemah. Dan Eima tidak tahu apa yang sepatutnya dia lakukan sekarang.

"Don't do anything, Eima. Please don't..." Ungkapnya lemah.

Mendadak Altaf angkat kepala dan berpindah ke atas peha si isteri. Wajahnya dibawa merapat ke arah perut Eima sebelum disembamkan disitu. Kemas lengannya melilit di pinggang ramping itu.

Eima tidak banyak kata. Mengerti dengan keadaan si suami, jemarinya bergerak mengelus bahu dan rambut lelaki itu. Perlahan-lahan bibir mengalun alunan zikir dan selawat. Hanya itu yang boleh dibuatnya. Berharap supaya sakit si suami berkurang.

"Suara Eima. Nak dengar suara Eima..." Pintanya lirih. Suaranya berubah makin perlahan dan hiba. Altaf seperti menahan esakan.

Ya Allah, bantu Altaf. Dia tidak mahu tampak lemah di hadapan Eima...

Pejam mata, kolam matanya yang bertakung tadi beransur pecah. Makin hiba perasaannya bila pelukan Altaf juga seakan terlampau posesif.

"You're okey, Altaf. Saya ada. Eima ada..." Tunduk sedikit, bibirnya hinggap di pelipis Altaf. Lama dan penuh kasih hingga membawa ketenangan dalam diri Altaf.

Dada Altaf berombak tenang. Cengkaman pada pinggang Eima dilonggarkan sembari rasa sakit yang menghimpit dada beransur menghilang. Kelopak mata terpejam selesa.

Tangan Eima di bahu si suami mula menggeletar kecil saat terpandangkan timbunan pil ubat yang bertaburan di birai katil.

Ya Tuhan. Apa yang Altaf dah lalui? Apa lagi yang Eima belum tahu ini?





Eima usap wajah Altaf yang kian tenang. Sedari tadi jemari wanita itu bergerak mengelus dan anak mata hitamnya menjamah segenap inci wajah tampan si suami.

Sebelah tangannya setia berada dalam genggaman jemari kekar Altaf.

Eima senyum melihat wajah lelaki itu yang turut berbaring mengiring secara berhadapan dengannya.

Syukurlah Altaf beransur pulih. Sedikit sebanyak Eima mengerti. Altaf diserang panic attack. Segala jenis ubat dan pil yang Eima lihat tadi adalah pil penenang dan pil tidur.

Macam mana lelaki itu boleh sembunyikan hal ini daripadanya?

"Can I say something?" Altaf memecahkan keheningan di antara mereka.

Eima jatuhkan kepala sekali. Bibirnya masih setia dengan senyuman.

"Anything but apologise." Kata Eima tegas. Jemari telunjuknya juga diangkat tinggi.

Altaf senyum tipis. Eima melarang keras lelaki itu memohon ampun. Sejak tadi bibirnya tidak lelah mengungkapkan kata itu. Dia rasa serba salah dengan Eima.

Sekejap matanya terpejam selesa. Terbuai dengan sentuhan lembut Eima di wajahnya.

"I'm a man with tragedy, Eima."

"That's why I'm here, Altaf." Balas Eima tenang.

Altaf buang nafas lemah.

"The crime I committed in the past—"

"Best to keep as secret." Potong Eima. Dia sudah dapat baca Altaf.

Kunci mulut. Kelopak mata berkedip lemah. Genggaman tangan Eima makin dieratkan.

"Eima tak nak tahu?" Soal Altaf buat pertama kalinya.

"Is it going to hurt you if I say yes?" Eima ajukan soalan juga.

Pantas Altaf geleng. "No. Tapi aku takut Eima ragu-ragu. Aku tak nak Eima menjauh bila Eima dapat tahu kebenarannya. Lebih-lebih lagi dari mulut orang lain." Beritahunya runsing.

Jika diikutkan hati, Altaf tidak mahu ungkit tentang hal ini. Altaf sendiri buntu. Mana yang terbaik untuk mereka sebenarnya?

Eima melekapkan tapak tangan ke pipi Altaf. Ibu jarinya yang hinggap di birai bibir lelaki itu bergerak mengelus.

"Cukuplah sekadar apa yang saya dah tahu sekarang. Saya dah tak ragu-ragu dah. Andai kata terlepas dari mulut orang lain satu hari nanti pun, saya tetap akan pilih awak." Ucapnya yakin.

"Saya takkan lepaskan syurga berharga saya ni." Eima senyum lebar. Jemarinya dalam genggaman Altaf dibawa ke bibir dan menjatuhkan sebuah ciuman disitu.

Bukankah bodoh namanya melepaskan manusia yang mampu memberi kebahagiaan buatnya hanya sekadar kerana masa lalu? Lagipun Altaf sudah berubah. Jauh lebih baik.

Angkat kepala, dua pasang mata cantik itu saling beradu tatapan lagi. Bibir Altaf terukir senyuman kelat melihat air wajah berseri milik si isteri.

Eima wanita yang baik. Selepas melihat dia selemah tadi, sedikitpun wanita itu tidak menyoal lebih-lebih. Eima hanya diam, memujuk dan menenangkannya. Bidadari Altaf ini memang sempurna.

"I'm not even a good man, let alone a good husband." Sekejap, katanya mati disitu. Tawa menyinis keluar dari celah bukaan bibir.

"No, I don't deserve to be called your husband in the first place. I'm not good enough for someone as worthy as you, Eima..."

Eima terlalu baik, terlalu berharga untuk dilukai. Eima tidak sepatutnya berada di sampingnya. Hadir di dalam hidup Altaf bererti hidup wanita itu kemungkinan besar berakhir dengan tangisan.

Benarlah kata abi. Altaf pembawa sial. Malang.

"Eima ingat malam pertama kita sebagai suami isteri? Aku ada minta kita tidur asing." Ungkit Altaf tiba-tiba.

"Ingat." Mestilah Eima ingat. Masih segar di ingatannya.

"I can't sleep without these pills. They are part of me. Sebahagian daripada hidup aku. I'm weak, Eima. Bergantung harap dengan benda macam ni untuk hidup. I should be ashamed." Katanya sinis.

Dia malu dengan Eima. Asbab itu Altaf lebih memilih untuk pendam hal ini sendiri. Selama dia mengenali Eima, ajaibnya serangan yang dia hadapi agak terkawal. Tapi selepas kemunculan abi petang tadi, Altaf keresahan. Tidak dapat bernafas dengan tenang. Segala memori masa lampaunya berputar ibarat kotak musik di benak fikiran.

"Altaf. Setiap manusia yang beriman, Allah akan hadirkan ujian buat mereka. Kadang bentuk ujian itu ada sama dan bezanya. Meskipun sama, setiap penerimaan individu terhadap sesuatu perkara itu juga tetap ada bezanya."

"Awak pun tahu, hidup ini satu perjalanan sebelum kita capai syurga, bahagia yang hakiki. Untuk itu, pelbagai onak duri yang perlu kita tempuhi. Untungnya kita manusia yang ada agama, ada pegangan dan iman, kita tahu yang ujian tak akan datang tanpa sebab." Beritahu Eima satu-satu. Altaf tidak salah, cuma mungkin si suami tidak pernah diberikan pencerahan tentang hal ini.

"Allah hadirkan ujian bertujuan untuk mengangkat darjat kita disampingnya. Instead of risaukan kenapa Allah turunkan ujian untuk kita, sepatutnya kita lebih risau bila Allah pilih untuk tidak pedulikan kita."

"Lagipun Allah akan uji seseorang itu bersesuaian dengan kemampuannya. Allah sayangkan kita. Mustahil dia akan zalimi kita. Tak akan Altaf. Tak akan pernah." Tegur Eima penuh dengan kelembutan. Pandangannya redup menikam sepasang mata cantik itu.

"Dan Allah uji suami saya macam ni sebab dia benar-benar sayangkan awak. Cinta Allah terhadap awak, tiada batas dan sempadannya Altaf." Bibir lelaki itu, Eima usap lembut. Tersenyum wanita itu melihat bibir si suami yang turut menarik segaris senyuman.

"Saat manusia lain memilih untuk membenci, Dia masih setia menunggu kita kembali padanya. Allah itu Maha Baik. Sejauh mana pun kita pernah terpesong daripadanya, tidak pernah sekali Dia teragak-agak untuk menerima kita."

Dan Eima sendiri melihat yang Altaf setiap malam meluangkan waktu dengan sang pencipta. Bukankah itu bererti Tuhan benar-benar sayangkan Altaf? Oh Tuhan. Eima cemburu.

Altaf hadam elok setiap bait bicara si isteri. Eima ada benarnya. Setiap kali dia berteleku di atas sejadah, Altaf rasa tenang. Bahagia. Bagaikan dia mempunyai tempat untuk bergantung harap. Untuk meluah dan berkongsi rasa yang terpendam.

"Dan saya nak awak dengar ni betul-betul tau?"

Alis Altaf terangkat. Lesap lamunannya semedan menanti bicara si isteri.

"Awak suami yang sempurna, Altaf. Awak lelaki kiriman Allah untuk saya. Yang Allah pilihkan untuk saya. Jangan terlalu rendahkan diri awak. Know your value. You're not only a good husband; you're perfect." Ucap Eima yakin. Tenang dia menyangkal kata si suami.

"Eima." Mendengar seruan namanya, Eima tekup bibir si suami dengan tapak tangan halusnya.

"Jangan cakap buruk pasal suami saya. Saya tak nak dengar. Dan saya tak suka." Katanya tegas. Mengecil anak matanya memandang ke arah Altaf. Dia benar-benar maksudkannya.

Altaf diam. Terselit kehangatan dalam jiwa mendengar kata-kata si isteri. Ya Tuhan, tolong jangan tarik nikmatmu yang satu ini.

Eima mengengsot makin rapat ke arah si suami. Tapak tangan beralih ke rahang Altaf.

"Suami yang baik dapat dinilai melalui seorang isteri. Bahagianya dia tanda si suami benar-benar kasihkan dia, sesuai dengan suruhan Yang Maha Esa."

"Dan sepanjang saya hidup, nothing compared to moment we spend together. Saya happy sangat. Sungguh. Saya tak tipu langsung." Eima angkat tapak tangan. Tanda yang dia memang benar berkata jujur.

Sebelah tangannya kembali memeluk kemas tubuh tegap si suami.

"My husband is my happy place. Awak tempat saya cari bahagia..." Eima kucup dada lelaki itu yang beralas baju. Dagunya direhatkan disitu sementelah kepala dilangut tinggi.

"You're define a real beauty, Eima." Altaf sebak rambut Eima yang menjuntai di dahi kebelakang.

"Hurm?" Eima menggumam tidak mengerti. Pelukan pada tubuh Altaf dikemaskan.

"Aku cemburu dan malu dengan Eima." Kata Altaf pula.

"Kenapa?" Aneh Eima menyoal. Apa yang nak dicemburukan dengan hidup seorang Nur Eima? Sepatutnya orang beruntung tidak berada di situasinya.

"Apa yang kita lalui tak banyak bezanya tapi Eima masih mampu hidup macam sekarang. You're hurt, yet you bring joy to others' lives. Me? I could never." Altaf geleng kepala dengan laju. Sungguh dia tidak mampu. Asbab itulah hubungan sesama adik-beradik sendiri pun masih setegang ini. Hanya sebab ibu dan bapa sendiri. Sedangkan Altaf tahu, adik-adiknya tidak bersalah.

"Macam saya cakap. Penerimaan setiap manusia berbeza-beza." Ringkas pandangan Eima.

"Eima macam mana?"

Eima senyum tipis.

"Dulu bagi saya, macam mana sekalipun kita tak boleh kalah bila berhadapan sesama manusia. Selagi boleh bidas, saya akan bidas. Orang kata bangkit untuk diri sendiri. Let people know you're not weak dan kita bukan jenis manusia yang mudah kena pijak."

Eima menjuih seketika. Teringat akan diri sendiri. Eima macam itulah. Setiap waktu ayah pesan supaya jaga mulut. Dulu Eima tidak mengerti. Dia tidak boleh terima. Masakan dia akan biarkan manusia anggap dia perempuan yang lemah? Hello, ini Eima! Tak boleh guna kaki, Eima pakai tangan. Tidak boleh tangan, Eima pakai lidah!

"Tapi sekarang saya sedar sesuatu. Growing up realising person with biggest heart define the real amazing and strong person. Seteruk mana pun orang anggap dan layan dia, sedikitpun dia tak simpan dendam. They choose to remain silent than violence others."

"People said manusia macam ni tak banyak yang dia lalui, sakit dia tak cukup dalam dan pedih, sebab itu dia boleh diam dan biarkan semua itu."

"Tapi itu silap besar. Sebenarnya manusia macam nilah hadap perkara yang lebih teruk, lebih sakit dan pedih. Bagi mereka biarlah hanya dia rasa kesengsaraan ini. Sakit itu sangat dalam sampai dia tidak mampu untuk berkongsi. They can't bear to watch others suffer and hadap semua tu."

"Lagipun mereka percaya, silence is always the best solution for most of the troubles. And violence will never justify you, rather it will behave as a force meant to cause harm. Not only for others but you." Jemari Eima menunding tepat ke tubuh Altaf.

"World is cruel, sayang. Also people. Mereka pentingkan diri. Tak salah kita pilih untuk bersikap sama." Sangkal Altaf pula.

Eima angguk sekejap. Betul. Eima setuju. Kadang Eima pun begitu. Lagi-lagi berhadapan dengan orang seperti Mak Leha. Eima cuba untuk bersabar dan diam, tapi dia terbabas juga. Mulut lebih laju dari akal.

"Kalau awak? How do you treat others?" Eima panasaran.

Sekejap Altaf berfikir. Altaf? Kalau Eima tanya dia...

"The golden rule. I treat others the way I want to be treated. Tapi kalau they give a damn about their attitude, I choose to break the rule. Being considerate of others is off-limits." Tegas Altaf. Dia bukan seperti Eima. Terlalu baik.

"Ya dunia ni kejam, buat apa fikirkan tentang manusia lain sedangkan mereka boleh hidup tanpa fikirkan orang macam kita? But still, it doesn't mean you must empower yourself or stand before other people who underestimate or look down on you. Tak semua orang dikurniakan keberanian macam tu."

"Jadi macam mana dorang hadap semua ni?"

"Fitrah seorang manusia perlukan tempat bergantung. Reliance is our middle name. Tempat bergantung harap orang macam ni, besar Altaf. Sangat besar."

"Maksud Eima?"

Eima tunding jari ke atas. "Allah. Allah itu maha baik, sebenarnya kita as muslim hanya perlu serahkan diri pada dia. Maksud saya dalam erti sebenar-benarnya. Bukankah itu tujuan hidup setiap manusia? To submit to Him."

"Sebab itu soal hati dan perasaan manusia, please return to him. He really loves us. Hanya doa dan cerita pada dia, and let him do the rest! Allah suka manusia yang sangat bergantung pada Dia!" Semangat Eima berkata. Bahu dan tangan bergerak-gerak bercerita.

"Believe me, you will not only find comfort in your life, but your heart could become stronger and more immune. Cacian dan makian manusia pada kita, nanti kita rasa macam perkara biasa dah. Bukan sebab jiwa mati, tapi sebab kita capai ketenangan tu." Tapak tangan Eima berlabuh di tengah-tengah dada Altaf. Jemari runcingnya turut bergerak mengusap.

"Dulu saya tak faham. Bagi saya konsep ini mengarut. Nonsense." Senang cerita Eima tidak nampak kaitan semua ini. Bukankah itu lebih membuka ruang kepada manusia lain untuk memandang rendah dan enteng terhadap kita?

"Tapi?" Altaf menyoal. Yakin yang kata Eima tidak mati disitu.

Eima telan saliva payah.

"Kata ayah, orang macam ini untungnya dia kerana dia faham agama." Kata Eima perlahan. Sejujurnya hingga ke hari ini rasa itu masih berkesan di hati.

Altaf diam. Gilirannya pula hilang diksi. Sedikit sentap mendengar kata-kata Eima. Altaf tahu niat Eima hanya sekadar untuk membuka mata hatinya. Dan sedikit sebanyak Altaf mula mengerti.

"Awak tahukan Altaf, islam ajar kita semua benda. Hingga ke sekecil-kecil perkara. Saat itu saya sedar lagi, saya hanya islam sekadar atas kad pengenalan. Saya tak explore agama saya sendiri. Masih banyak perkara yang saya perlu belajar." Suaranya sedikit kesal. Sedih dan pilu dengan diri sendiri yang pernah tenggelam dalam lembah dosa.

"You will have to find Islam even if you're born as a Muslim." Tambah Altaf tiba-tiba. Penuh tersirat ayat yang diungkapnya.

Eima tersenyum suka. Hidungnya digeselkan ke baju Altaf berkali-kali. "Betul! Pandainya suami saya..." Puji Eima.

"Sekarang, awak faham kan?"

Altaf tarik senyuman. Kepala dijatuhkan sekali.

"Fuh. Lega saya..." Eima urut dada sendiri sekilas.

Altaf angkat kepala Eima dan menyelukkan lengannya dibelakang leher wanita itu. Ditarik tubuh genit si isteri merapat seraya dahi Eima dikucup penuh kasih.

"Eima. Aku tahu ini permintaan mengarut but I hope you don't do this to others."

"Buat apa?" Soal Eima tidak mengerti.

"Your beautiful words, sayings and thoughts. Please keep this side of yourself hidden from others." Suaranya sedikit tegas.

"Kenapa?" Eima ada silap bicara ke? Atau fahaman Eima mengarut? Ha sudah! Macam mana ni?

I'm afraid that they might fall for you. Getus hati kecilnya.

Cukuplah hanya Altaf yang jatuh berkali-kali. Rasanya terlalu indah hingga Altaf tidak mahu berkongsi.

"Kenapa awak?" Eima goncang lembut tubuh lelaki itu. Eima perlukan jawapan, bukan diam. Jangan buat Eima runsing wahai jejaka tampan pencuri hati!

"Tidurlah. Dah lewat. Eima tak mengantuk ke sayang?" Sengaja Altaf beralih topik.

Untuk mengaku dia masih tidak kuat. Lagipun Altaf masih tidak pasti perihal hati dan perasaannya ini.

"Mengantuklah. Saya tak boleh tidur. Awak tak ada..." Eima sembamkan wajah di dada lelaki itu. Nadanya juga mengendur. Eima yang manja dah datang!

Altaf bermain dengan rambut Eima yang menjalar di pipi. Alahai bidadari Altaf. Macam-macam kerenahnya.

"Tidurlah. Aku teman." Jemari kekar Altaf tolak menolak kelopak mata Eima supaya jatuh.

"Jangan pergi lagi tau? Ni saya peluk kemas-kemas dah ni..." Kaki Eima naik menindih kaki panjang milik si suami.

Tawa halus Altaf pecah. Dibiarkan kaki Eima yang bergerak menggesel dengan kaki panjangnya. Mengadanya si comel Altaf ini.

"Ya sayang." Dahi Eima dikucup lama sembari dibiarkan bibirnya melekap disitu.

Eima menggeletis suka. Lengan Altaf dipinggangnya dibawa turun sehingga tapak tangan besar itu menyentuh pinggulnya.

"Tepuk tau? Dodoi sampai saya tidur."

Altaf sembunyi senyum. Kepalanya direndahkan sembari mengintai wajah cantik yang tersengih malu itu.

Menurut permintaan si isteri, Altaf tepuk berulang kali disitu. Lembut dan tidak berhenti. Dakapan pada bahu Eima turut dikemaskan.

"Apa lagi sayang?" Soalnya kala terpandangkan Eima yang mengintainya melalui sebelah mata.

"Nak..." Eima malu lah nak cakap. Tapi Eima nak. Macam mana ni?

Mendengar nada meleret-leret si isteri, Altaf cekup lembut rahang itu. Tidak beragak Altaf menjatuhkan ciuman bertali arus di setiap pelusuk wajah si isteri. Bermula dahi, kening, kelopak mata, pipi, pucuk hidung kecil itu dan diakhiri dengan juring bibir si isteri.

"Dah?" Soalnya lunak.

Eima mengecilkan tubuh. Dengan wajah yang membahang panas, Eima menjatuhkan kepala sekali.

"Dah. Terima kasih awak. Sayang awak!" Sayup-sayup suara wanitanya berbunyi.

"Sama-sama, sayang." Redam suara maskulinnya kedengaran.




Tbc...

Maaf semua lambat update. Bab ni panjang sikit. Harap awak puaslah sebab lama dah menyepi ni 😭 Maaf kalau banyak kurang dan typo. Terima kasih sudi baca Altaf Eima.

Btw baju raya warna apa semorang? Hehe ❤️🫶🏻

Continue Reading

You'll Also Like

58.4K 3.2K 40
Elyana lyra โ™ก Tengku Raess aedden . . .On-going . Slow update
675K 39K 57
ON- GOING [1๐“ข๐“ฝ ๐“—๐“ช๐“ฝ๐“ฒ ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...
683K 27.6K 82
(Mengandungi kesalahan tatabahasa, kosa kata, grammar dan typo yang belum diedit) ----- Kerana benci, dia yang tidak berdosa menjadi mangsa. kerana...
2.1M 103K 68
[ PRIVATE CHAPTER ] - COMPLETED ๐‘ผ๐’๐’…๐’†๐’“ ๐‘บ๐’๐’–๐’—๐’†๐’๐’Š๐’“ #1 Kepada hati, kenapa dia? โHello- ingat saya lagi, tidak? Memandangkan saya dah jatuh h...