My Perfect Love

By MySerraa

1M 41.3K 2.3K

[ Book 2 ] โ€ข Until the star in the galaxy dies, you have me โ€ข Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup ma... More

Welcome
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Confession Part
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Last Part
Confession Part II
Special Part 1
Special Part 2
Thank you
Extra part

Special Part 3

16.2K 361 76
By MySerraa

Tangan membuka pintu sebelum matanya menangkap kegelapan. Tiada langsung cahaya yang menerangi bilik itu. Terlihat sepi, suram, dan sayu. Pantas tangan membuka suis lampu. Terpampang jelas tubuh seseorang yang duduk di atas katil dengan kaki yang merapat ke dada. Figura itu menundukkan wajah.

"Heriz..." langkah kaki mendekati tubuh Heriz di atas katil. Punggung dihenyak di birai katil.

Lambat-lambat Heriz angkat wajah. Terbuntang mata Fakhrul melihat keadaan sahabatnya. Mata Heriz nampak sembap. Bibir bengkak berdarah akibat terlalu kuat digigit. Wajah lencun dengan air mata.

"Heriz, kenapa ni?" Salahnya juga sebab sudah seminggu dia tak datang melawat Heriz selepas kejadian di mahkamah disebabkan hal kerja yang tak dapat dielakkan. Tak disangka keadaan Heriz semakin lama semakin teruk. Fikirnya lelaki itu sudah menerima takdir tapi sangkaannya meleset.

"Rul... Raysa ada datang tak?" Soal Heriz dengan bahu yang terhinggut-hinggut menangis.

Fakhrul mengeluh.

"Heriz, kau dah lupa ke kau dah ceraikan Raysa? Raysa bukan isteri kau lagi." Ujar Fakhrul lembut. Dia tahu dia perlu bersabar tika bercakap dengam Heriz memandangkan keadaan sahabatnya tak berapa baik.

"Tak! Aku tak pernah ceraikan dia!" Tangan Fakhrul di bahunya ditepis kasar.

Fakhrul terkedu dengan tindakan Heriz.

"Aku tak pernah ceraikan dia! Dia yang nak berpisah! Aku tak nak! Aku sayang dia! Aku sayang dia!" Jerit Heriz penuh kesakitan.

"Heriz, kau tak boleh macam ni. Kau kena kuat. Kau kena banyak bersabar." Fakhrul masih cuba beri Heriz semangat.

"Tak! Aku nak Raysa! Kau tak faham bahasa ke?! Aku nak dia!" Tengking Heriz kuat. Emosinya semakin tak dapat dikawal.

"Kau keluar! Keluar sekarang! Aku cakap keluar!" Tubuh Fakhrul ditolak kasar membuatkan Fakhrul terpaksa bangun dari katil dan menjauh.

"Keluar!" Jerit Heriz dengan tangan yang meraup wajah.

Teragak-agak Fakhrul menapak ke pintu. Sempat dia menoleh ke arah sahabatnya yang masih meracau.

"Raysa, abang sayangkan Raysa... Raysa datanglah balik... abang rindu..." rintih Heriz sendiri. Fakhrul yang mendengar terus dipagut pilu. Tak sanggup dia melihat keadaan Heriz tika ini. Seperti orang yang tak boleh menerima takdir.

•••

Tubuh yang melangkah masuk ke rumah menyentaknya dari lamunan. Memang dia biar pintu itu terbuka.

"Haireez..."

"Kenapa dengan Heriz?" Fakhrul terus diajukan soalan. Dia tak peduli apa dah melainkan abangnya. Hanya Tuhan tahu betapa risaunya dia apabila Fakhrul menghubunginya dan memberitahu keadaan Heriz. Padahal empat hari lepas dia ada datang menjenguk abangnya, memang waktu itu Heriz nampak lain. Banyak menyepi. Terkadang cakap sorang-sorang. Bagaimana dia boleh ralat tentang tu?

"Aku pun tak tahu. Tadi aku datang dia dah menangis, meracau sorang-sorang sebut nama Raysa." Balas Fakhrul risau.

Haireez mengeluh. Pantas dia bergerak ke tangga, hendak menjenguk abangnya.

Sampai saja di muka pintu, mata menangkap tubuh Heriz yang baring mengiring dengan kaki yang merapat ke dada. Terdengar jelas rintihan lelaki itu di halwa telinganya.

"Heriz..." serunya seraya melangkah mendekati abangnya. Paha lelaki itu disentuh sebelum Heriz bangun dari baring. Hampir saja Haireez hendak gugur jantung melihat keadaan abangnya.

'Heriz, kenapa kau berubah sampai macam ni sekali?' Getusnya sekadar dalam hati.

"Reez, Raysa ada datang tak? Aku tunggu dia. Dia dah janji nak balik." Wajah Heriz penuh mengharap yang Raysa akan kembali.

Haireez gigit bibir menahan sebak.

"Heriz, kau tak boleh macam ni. Kau kena kuat. Kalau Raysa tahu kau macam ni, kau rasa dia akan okay ke?" Dia cuba mengumpan Heriz dengan nama Raysa.

"Aku rindu dia... kenapa dia buat aku macam ni? Aku rindu dia... dia janji takkan tinggalkan aku... kenapa dia pergi?" Rintih Heriz.

"Kau kena terima ketentuan Allah. Jangan disebabkan kau hilang Raysa, kau terus berubah macam ni. Kau jangan lupa kau masih ada aku, mama, papa, Fakhrul. Kami semua ada untuk kau, Heriz." Pujuk Haireez.

"Aku tak nak! Aku nak Raysa! Kenapa semua orang tak faham ni?! Aku! Nak! Raysa!" Jerit Heriz di muka Haireez.

Haireez palingkan wajah. Tak sanggup melihat keadaan abangnya. Tergeleng kepalanya.

"Raysa... baliklah... abang rindu..." Heriz kembali baring dengan kaki merapat ke dada. Kuat tangannya memeluk lutut.

Tanpa dapat ditahan, akhirnya mengalir juga air mata Haireez. Marahlah macam mana pun dia pada Heriz, walaupun dia tahu Heriz layak terima semua balasan ni atas perbuatan lelaki itu pada Raysa, jauh di sudut hati paling dalam, dia tak sanggup melihat Heriz macam ni.

•••

"Raysa..." bahu yang disentuh Puan Rita ditoleh sebelum memandang uminya. Senyum cuba diukir walaupun jelas hambar.

"Kenapa termenung sorang-sorang macam ni hm?" Soal Puan Rita. Tubuh didudukkan di tangga di sebelah Raysa. Selepas saja selesai urusan di mahkamah, Raysa membuat keputusan untuk tinggal bersamanya di kampung. Untuk tenangkan fikiran katanya.

Raysa geleng perlahan.

"Tak ada apa lah, umi. Tak termenung pun. Saja ambil angin malam." Balas Raysa lembut. Kepala disandar ke bahu Puan Rita.

Suasana sunyi buat seketika. Angin menampar lembut wajah.

"Umi... kenapa takdir hidup Manda macam ni?" Soal Raysa sayu. Dia tahu berdosa dia mempersoalkan takdir hidupnya tetapi ianya terlalu perit. Terlalu payah untuk dihadap.

"Raysa... kita sebagai hamba Allah, tak boleh persoalkan macam tu. Sebelum kita diciptakan lagi, Allah dah susun cantik takdir hidup kita. Iya, memang tidak semua indah tetapi yang pahit itulah yang perlu diambil pengajaran." Nasihat Puan Rita. Bahu Raysa diusap lembut.

"Kita kena terima Qada dan Qadar Allah. Percaya pada ketentuan Tuhan."

"Manda minta maaf, umi... Manda gagal pertahankan rumahtangga. Manda tak dengar nasihat umi untuk sabar dalam menempuh ujian rumahtangga." Pandangan mula berbalam-balam bersama hati yang kian pilu.

"Raysa tak gagal, sayang... cuma Allah berkehendakkan lain. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan."

"Umi tak salahkan Raysa, mahupun Heriz. Umi anggap ini dugaan supaya kita lebih kuat. Dan umi juga harap Raysa fikir macam tu."

"Manda tak mampu beri umi menantu dah. Manda tak mampu beri umi cucu dah. Manda minta maaf..." terkilan juga dia kerana dia hampir menjadi seorang ibu tetapi hanya dengan sekelip mata Tuhan menarik salah satu nikmat yang paling bahagia buatnya. Namun dia tahu, itulah yang terbaik. Anaknya tak perlu hidup dalam dunia yang penuh kekejaman dan kepura-puraan ini.

"Kenapa cakap macam tu, nak? Umi ada Raysa pun dah cukup dah. Raysa anak ibu, peneman ibu sampai bila-bila. Umi dah cukup bersyukur ada Raysa..." dikucup bertalu-talu ubun-ubun anaknya. Raysa pantas memeluk tubuh Puan Rita dari tepi. Dihamburkan tangisannya di bahu umi. Puan Rita hanya sepi mengusap tubuh Raysa, menenangkan anaknya.

Dia tahu Raysa sangat memerlukan sokongan daripada orang sekeliling tambah lagi dia sebagai ibu. Dia tahu anaknya sedang diuji tika ini dan dia sebagai ibu haruslah sentiasa memberi semangat buat anaknya.

Raysa mengelap air mata yang mengalir. Wajah diangkat merenung Puan Rita. Senyum ditarik tipis.

"Manda ada sesuatu nak cakap dengan umi."

"Nak cakap apa?"

"Esok Manda nak bawa umi dengan Aleeya pergi satu tempat." Beritahu Raysa. Apabila memikirkan itu, hatinya terbit perasaan gembira dan tak sabar.

"Pergi mana tu?" Soal Puan Rita hairan.

"Esok umi akan tahu kita akan ke mana dan esok juga umi akan tahu apa yang Manda usahakan selama Manda menghilang."

Walaupun Puan Rita masih bingung, dianggukkan jua kepala. Asalkan anaknya bahagia, dia juga turut tumpang suka.

•••

Tubuh dibawa keluar dari bilik sebelum terserempak dengan Fakhrul. Wajah lelaki itu nampak benar risau.

"Heriz macam mana?" Soal Fakhrul. Lama juga dia menunggu Haireez keluar. Mungkin lelaki itu menenangkan abangnya.

"Heriz dah tidur. Aku paksa dia tidur tadi." Balas Haireez perlahan.

Fakhrul angguk lega.

"Esok aku bawa mama datang sini. Aku rasa mama boleh pujuk dia. Tapi malam ni aku nak minta tolong kau, tengok-tengokkan Heriz, boleh?"

"Boleh, tak ada masalah. Nanti apa-apa aku bagitahu."

Haireez angguk. Seketika mata menoleh ke arah pintu bilik Heriz. Puas juga dia memujuk abangnya. Heriz tak berhenti meracau.

"Kau tak rasa ke kita perlu call Raysa?" Soal Fakhrul tiba-tiba.

Haireez memandang Fakhrul. Dia geleng.

"Aku rasa kita tak perlu kot ganggu hidup Raysa lagi. Nak tak nak, Heriz kena biasakan diri hidup tanpa Raysa. Sampai bila nak harapkan Raysa?" Ujar Heriz memberi pendapat.

"Tapi kalau dia makin teruk macam mana?"

Haireez mengeluh.

"Nanti aku bawa lah dia pergi jumpa doktor. Mungkin dia perlukan bantuan psikiatri." Cadang Haireez.

Fakhrul angguk setuju. Kalau itu kata Haireez, dia turutkan saja.

•••

Ryda's Collection

Tiga pasang mata itu fokus memandang papan tanda butik itu. Ada yang pandang dengan wajah yang keliru, ada yang melihat dengan wajah yang teruja.

"Kita buat apa dekat sini, Raysa?" Soal Aleeya bingung. Kepala masih mendongak memandang papan tanda.

Raysa tersenyum.

"Jom masuk." Tangan umi dicapai sebelum dibawa masuk diikuti Aleeya.

"Assalammualaikum, Cik Raysa." Tegur seorang pekerja yang perasan kehadiran Raysa.

"Wa'alaikumussalam." Jawab Raysa mesra.

"Raysa, kenapa kita dekat sini?" Semakin dia diamkan diri, dia semakin tak tentu arah pula jika tak tahu tujuan mereka jejakkan kaki ke sini.

"Manda nak cakap... inilah butik pertama Manda..." ujar gadis itu teruja.

Terbuntang mata Puan Rita dan Aleeya.

"Raysa, kau serius lah? Ini... butik kau?" Tergagap-gagap Aleeya soal. Wajah berubah teruja. Mata bersinar-sinar melihat ke segenap ruang. Cantik, luas, nampak mewah.

Raysa angguk gembira.

"Alhamdulillah, berkat usaha, Manda diberikan rezeki buka butik sendiri."

"Umi tak tahu pun Raysa pandai menjahit?"

"Manda belajar sikit-sikit, umi. Selama setahun Manda hilang, Manda fikir tentang masa depan. Apa yang Manda nak buat untuk kehidupan Manda yang akan datang." Ujar Raysa.

"Umi bangga sangat dengan Raysa..." hanya Tuhan tahu betapa dia bersyukur dan bangga dengan kejayaan anaknya.

Raysa pantas memeluk tubuh Puan Rita.

"Terima kasih, umi, sentiasa doakan kejayaan Manda." Dikucup pipi Puan Rita penuh kasih sayang.

"Terima kasih, Leeya, selalu ada dengan aku." Tubuh Aleeya pula didakap erat.

"Anything for you, Raysa. Aku sentiasa ada untuk kau tau." Berair mata dia menyaksikan kejayaan Raysa. Berbunga hati dapat lihat temannya bahagia dengan kehidupan sekarang. Dia harap Raysa akan terus kuat.

•••

Tubuh pantas dibawa keluar dari kereta dengan tergesa-gesa. Sepanjang perjalanan, dia terasa tak sedap apabila mendapat berita tentang keadaan Heriz. Dia takut apa-apa jadi pada anaknya.

"Heriz..." laung nama itu kuat seraya kaki menapak ke tangga.

Haireez dan Dato' Zikri melangkah ke arah Fakhrul.

"Heriz macam mana?"

Fakhrul mengeluh.

"Dia masih sama. Meracau tak henti-henti. Aku sendiri dah buntu nak buat apa."

Haireez diam. Otak ligat memikirkan sesuatu.

"Ya Allah, Heriz!" Suara jeritan Datin Haila menyentakkan mereka yang berada di ruang tamu. Terus mereka melangkah ke tangga. Bilik Heriz dituju.

Terbuntang mata Haireez melihat keadaan Heriz yang dah terbaring lesu di atas lantai dengan mulut berbuih. Pantas dia mendekati mama dan abangnya.

Fakhrul terkelu melihat situasi di hadapan mata. Dada berombak ganas menahan debar.

Dato' Zikri sudah beristighfar dalam hati.

"Heriz, bangun..." rintih Datin Haila. Tangan mengusap perlahan pipi anaknya.

"Heriz, bangun..." ujar Haireez penuh ketakutan. Dia takut. Takut kehilangan satu-satunya abang yang dia ada.

"Heriz, kenapa buat macam ni?" Kesal dia dengan perangai abangnya. Air mata yang mengalir diseka kasar.

Fakhrul pantas memghubungi pihak hospital.

"Bangun, sayang... jangan buat mama macam ni... bangun, Heriz... Ya Allah..." perasaan takut mula menjalar dalam diri. Bagaimana jika anaknya meninggalkannya? Dia tak sanggup hendak hadapi kehilangan.

•••

"Keadaan Encik Heriz sudah stabil. Cuma, kami berikan dia ubat penenang untuk rehat. Esok pagi, Insha Allah dia akan sedar." Berita yang dibawa doktor lelaki itu membuatkan mereka yang mendengar melepaskan keluhan lega.

"Cuma... setelah saya periksa betul-betul, saya dapati Encik Heriz menghidapi kemurungan yang sangat teruk. Ubat tidur yang berlebihan yang diambilnya itu disebabkan tekanan yang melandanya. Disebabkan dia mahu lupakan sesuatu yang menyakitkan, dia pilih untuk telan ubat tidur. Dan Encik Heriz bernasib baik kerana dibawa cepat ke hospital."

Sesak dada Datin Haila mendengarnya. Air mata galak mengalir.

"Selepas ini, saya akan beri ubat dan vitamin untuk Encik Heriz. Saya akan susun jadual untuk Encik Heriz berjumpa dengan doktor psikiatri."

"Buat masa ni, sokongan daripada orang sekeliling amat penting untuk pesakit. Jangan biarkan pesakit keseorangan dan kalau boleh sentiasa pantau keadaan dia supaya tak terjadi perkara yang tak diingini lagi." Pesan doktor itu. Yang lain hanya angguk faham.

"Boleh kami melawat dia doktor?" Soal Haireez.

"Boleh tapi sebaiknya tak ramai." Balas doktor itu disambut anggukan daripada Haireez.

•••

Bergerak rahang Haireez tika merenung wajah abangnya. Dia cuba untuk menahan rasa. Dia tak mahu menangis tetapi keadaan Heriz tika ini amat memilukan.

"Kenapa kau buat macam ni, Heriz?" Soalnya perlahan seperti bercakap dengan abangnya.

"Kalau Raysa tahu kau macam ni, dia akan kecewa dengan kau. Kecewa dengan apa yang kau buat."

"Aku pun kecewa dengan kau. Kenapa kau perlu seksa diri kau macam ni? Aku ada dengan kau, Heriz. Semua orang ada dengan kau. Kau tak keseorangan. Tapi kenapa kau belakangkan kami macam ni?" Geleng kepalanya dengan sikap tak matang Heriz. Mujur saja lelaki itu tidak apa-apa. Kalau berlaku apa-apa, dia takkan maafkan dirinya. Dia akan terus salahkan dirinya kerana tak peka dengan keadaan abang sendiri.

"Raysa dah bahagia, Heriz. Dia dah bahagia dengan hidup dia. Kau patut lepaskan dia dari hidup kau. Kau patut lepaskan dia dari minda kau." Dia tahu, tak mudah melupakan seseorang yang kita cinta apatah lagi seseorang itu pernah punyai ikatan yang sah bersama kita, tapi jika itu takdir yang tertulis, siapa kita untuk persoalkan?

"Aku harap kau bangun dengan penuh kekuatan. Jangan seksa diri kau lagi. Aku tak nak tengok kau macam ni lagi. Kau abang aku, Heriz. Seteruk manapun perangai kau, kau tetap darah daging aku." Air mata yang ditahan tadi akhirnya menitis ke pipi. Bibir digigit menahan tangis.

Perbuatan kejam abangnya terhadap Raysa takkan semudah itu dia terima tetapi dia juga perlu tahu Heriz satu-satunya abang yang dia ada. Dia masih ada hati perut. Masakan dia akan gembira melihat keadaan abangnya seperti ini. Pasti dia akan turut berduka.

•••

Cecair jernih yang masih menitis diseka lagi dan lagi. Entah mengapa, air matanya seperti tak mahu berhenti. Puas dia tahan akhirnya pecah jua.

Bahunya yang dipeluk ditoleh. Wajah suaminya ditenung sayu.

"Abang..." dijatuhkan kepala ke bahu Dato' Zikri.

"Jangan menangis lagi, Haila."

"Saya sedih, bang... dah setahun Heriz macam tu. Keadaan dia masih sama, bang... asyik meracau, menangis sendiri... saya tak sanggup tengok dia macam tu." Sedar tak sedar, selepas daripada anaknya ditahan di wad, rupa-rupanya keadaan Heriz masih sama. Lelaki itu cuma akan tenang bila diberi ubat saja. Jika kesan ubat itu habis, lelaki itu akan kembali tak tentu arah. Bibir tak berhenti menyeru nama Raysa. Dia yang setiap hari melihat penderitaan anaknya turut sengsara.

"Kita dah buat macam-macam, Haila. Kita dah bawa jumpa psikiatri. Kita dah bawa ustaz. Kita dah ikhtiar, selebihnya kita kena tawakal." Dalam masa setahun ini, macam-macam yang mereka cuba untuk pulihkan Heriz. Hampir-hampir saja mereka putus asa jika tidak difikirkan Heriz itu darah daging sendiri.

"Saya tak sanggup tengok dia macam tu, bang..."

"Kita kena banyak berdoa, Haila. Minta petunjuk dari Allah. Semoga Allah permudah urusan kita. Semoga Heriz diberikan kesihatan seperti sediakala.

Semakin kuat tangisan Datin Haila. Tubuh terasa lemah. Bahu memikul beban yang sangat berat. Mata menampung air mata yang sangat perit.

•••

Mata dibuka perlahan-lahan. Pandangan yang kabur itu semakin lama semakin jelas. Cahaya yang menembus masuk menyilaukannya. Tangan naik menghalang cahaya sebelum matanya menangkap tubuh seseorang yang elok duduk di birai katilnya. Terbuntang mata melihat figura itu. Halkum bergerak turun naik payah.

"Ray... Raysa..." sekali lagi nama itu meniti di bibir. Mata sembapnya bulat merenung wajah indah yang sudah lama tidak ditatap.

Raysa senyum ke arah Heriz. Pipi lelaki itu diusap lembut.

"Abang..."

Heriz memegang erat tangan Raysa di pipinya. Pandangan mula berbalam-balam digenangi cecair jernih.

"Abang tak boleh macam ni. Abang kena kuat. Abang dah janji kan nak teruskan hidup macam biasa? Raysa nak tengok abang bahagia. Raysa nak tengok abang hidup seperti sedia kala."

"Abang rindukan Raysa... abang nak Raysa... Raysa kembalilah pada abang..." rintih Heriz.

Raysa geleng sayu.

"Raysa minta maaf... Raysa tak mungkin kembali pada abang... tapi abang tetap kena kuat. Abang tak boleh seksa diri macam ni. Raysa kecewa tengok keadaan abang macam ni. Raysa sedih tengok abang menderita."

Heriz mengalirkan air mata. Bibir menggigil kecil.

"Abang tak nak tengok Raya sedih kan? Abang tak nak tengok Raysa kecewa kan?" Soal gadis itu sayu.

Pantas Heriz geleng. Masakan dia mahu lihat Raysa terseksa. Dia mahu gadis itu bahagia. Dia mahu lihat Raysa gembira.

"Kalau macam tu, abang kena bangkit. Abang kena kuat. Abang tak boleh terseksa macam ni. Kalau tak, Raysa akan menderita juga."

"Tapi abang nak Raysa..."

"Raysa pun nak abang... tapi kita mustahil untuk bersama, abang. Abang kena terima yang kita tak ditakdirkan bersama."

"Percayalah cakap Raysa, kita akan jumpa di masa akan datang. Kita akan bersama di masa akan datang. Masa yang kita tak tahu bila dan dimana."

Heriz tunduk menangis.

"Abang janji ya dengan Raysa, abang kena kuat. Abang kena bangkit. Kita sama-sama bertahan untuk hidup. Kita sama-sama kuat untuk cari kebahagiaan sendiri. Ya?" Pujuk Raysa. Air mata Heriz diseka lembut.

Lambat-lambat Heriz angguk.

"Abang janji abang akan kuat. Abang akan bahagia... demi Raysa..."

"Terima kasih abang..."

Kali terakhir yang dia lihat adalah senyuman manis Raysa sebelum bayang gadis itu semakin lama semakin hilang. Dahi berkerut bingung. Ingin dipanggil nama itu lagi tetapi memikirkan janjinya pada Raysa, dia tahankan niatnya.

•••

Mata yang tertutup rapat itu terbuka lemah bersama air mata yang mengalir lesu. Pandangan kabur seketika sebelum semakin jelas. Diliarkan mata di sekelilingnya tetapi tiada apa. Tiada sesiapa pun.

Hembusan nafas berat dilepaskan. Tahulah dia itu cuma mimpi. Bukan kenyataan. Tetapi mengapa mimpi itu terasa nyata benar?

Tubuh dibangun dari baring dan disandarkan ke katil. Air mata yang mengalir diseka. Kepala terangguk perlahan.

"Abang akan tepati janji abang. Abang akan bahagia untuk Raysa. Abang akan kuat untuk Raysa." Ujarnya sendiri.

Dengan kudrat yang tersisa, kaki dibawa turun dari katil dan menapak perlahan keluar dari bilik mencari figura seseorang.

Kaki terus melangkah sehingga ke satu bilik. Pintu yang tidak tertutup rapat itu ditolak sebelum figura seseorang dijumpainya.

"Mama..." diseru nama itu.

Datin Haila yang baru hendak bentang sejadah terus menoleh ke arah suara yang memanggilnya.

Mereka yang sudah siap untuk solat hajat bersama-sama terus terkelu melihat figura Heriz di muka pintu.

"Mama..." Heriz melangkah masuk.

"Heriz..."

Pantas tubuh Datin Haila dipeluk Heriz. Erat. Dia menangis di bahu mamanya.

"Heriz minta maaf, mama... Heriz minta maaf dah susahkan mama... Heriz minta maaf seksa diri Heriz selama ni sampai mama risau... Heriz minta maaf..." selama ini, dia tahu dia sakit. Dia tahu dia kemurungan tetapi dia tiada daya untuk melawan sakitnya sehingga membuatkan orang sekelilingnya risau akan dirinya.

"Heriz minta maaf, mama... Heriz janji Heriz akan lawan sakit Heriz... Heriz janji Heriz akan kuat. Maafkan Heriz, ma... ampunkan Heriz..." tangan Datin Haila dikucup bertalu-talu.

"Heriz tak ada buat salah dengan mama. Tapi Heriz kena janji Heriz akan kuat, ya sayang?" Pujuk Datin Haila. Pipi Heriz diusap lembut.

Pantas Heriz angguk laju.

Semua yang menyaksikan adegan itu tersentak hati. Sebak semakin mengasak ruang bilik itu. Keajaiban Allah itu benar. Jika Allah berkehendakkan, tiada yang mustahil.

'Kau memang kuat, Heriz...' getus Haireez dalam hati. Tak dapat dibayangkan jika dia ditempat lelaki itu, mampukah nak lawan penyakit sendiri? Mampukah nak tahan diri daripada sesuatu yang menyakitkan? Pasti sukar.

•••

Dua tahun kemudian...

Kaki menapak keluar dari lif bersama beg tarik. Tubuh dibawa ke dapur, mata meliar mencari seseorang sebelum bibir tersenyum melihat tubuh yang dicarinya sedang masak.

"Good morning, mama..." tegur Heriz mesra.

"Morning, Heriz..." terukir senyum di wajah Datin Haila melihat kemunculan anaknya. Sempat dia mengusap rahang anaknya yang mengucup pipinya.

"Wah, handsomenya anak mama ni. Mama rasa macam dah lama sangat mama tak nampak Heriz paki uniform ni." Ujar Datin Haila teruja. Terpegun dia melihat Heriz lengkap memakai uniform pilot.

Heriz senyum tipis.

"Dah tiba masanya Heriz mulakan kerja semula, mama. Dah lama sangat Heriz cuti. Walaupun cuti tanpa gaji tapi Heriz rasa Heriz dah semakin pulih." Balas Heriz.

Datin Haila angguk perlahan. Syukur ke atas Ilahi kerana permudahkan urusan anaknya untuk sembuh. Walaupun Heriz hampir putus asa, lelaki itu kembali bangkit.

"Lagipun, Heriz dah janji denga Raysa, Heriz akan kuat dan bahagia. Heriz buat semua ni untuk Raysa." Itu yang membuatkan dia kuat selama ini. Selain daripada berharap dan berpegang pada Allah swt, dia juga sentiasa jadikan kata-kata Raysa sebagai penguat semangat.

Datin Haila senyum tapi cuma seketika sebelum wajahnya berubah kelat.

"Tapi perlu ke Heriz nak pergi lama-lama? Kalau mama rindukan Heriz macam mana?" Dia bukan apa, dia risau akan Heriz. Anaknya baru nak sembuh. Sudah dibuat keputusan untuk bawa diri ke luar negara. Untuk cari ketenangan katanya.

"Mama jangan risau, Heriz akan selalu call mama. Heriz janji Heriz takkan lupa makan ubat. Heriz nak sihat. Heriz tak nak Raysa sedih kalau tahu Heriz menderita." Sehingga ke hari ini, dia masih sayangkan Raysa dan akan kekal mencintai gadis itu. Rindu di hati semakin mencanak naik tapi dia sedar Raysa bukan lagi miliknya. Jadi, biarlah dia rindukan gadis itu tanpa berharap untuk bersama semula.

"Janji?"

"Janji, mama..."

"Tapi, kata flight petang. Kenapa pagi dah nak pergi?" Soal Datin Haila hairan.

"Heriz nak pergi ke beberapa tempat, mama, sebelum ke airport."

Datin Haila angguk. Tiada apa yang dia mahukan lagi melainkan anaknya sentiasa dilindungi walau di mana pun berada.

•••

Daripada jauh dia dapat lihat senyuman Raysa yang lebar. Dia tumpang bahagia melihat kejayaan gadis itu. Tika ini, dia berada di fashion show yang diadakan oleh Raysa sekaligus merasmikan rekaan terbaru gadis itu. Mana dia tahu? Semuanya kerana Aleeya yang sering kemaskini perkembangan Raysa di Instagram. Dia tahu Raysa tiada sebarang sosial media peribadi melainkan akaun butiknya saja. Tak mengapalah, itu pun lebih dari memadai. Asalkan dia tahu bekas isterinya baik-baik saja malah lebih bahagia, dia juga turut tumpang bahagia.

'Awak betul-betul tepati janji awak, Raysa. Awak nampak sangat bahagia. Saya gembira dan bangga dengan kejayaan awak.' Getusnya sekadar dalam hati. Mata masih lagi ralit merenung Raysa. Dia tak dijemput ke sini disebabkan itu dia hanya lihat dari jauh.

'It's okay if we can't be together in this universe, I hope we will be together in another universe, Raysa...'

Tidak lama lepas itu, dia ayunkan langkah pergi dari situ. Tak mahu dia berlama-lama, nanti dia akan kembali sedih. Inipun hati mula sebak. Dia cuba untuk terima takdir tika ini. Dia cuba untuk berdamai dengan masa lalu. Tapi takkan sesekali dia lupakan perbuatan kejinya terhadap isteri sendiri. Itulah yang akan dibawa sampai ke mati.

•••

Bengkel yang menjadi santapan matanya terlihat semakin berbeza jika nak dibandingkan dengan yang dahulu. Cepat benar masa berlalu. Di sini lah tercipta memori yang takkan dia lupakan. Walaupun bukan di sini pertemuan pertama mereka tetapi di sinilah dia semakin mengenali Raysa Amanda. Hampir saja dia hendak ketawa memikirkan semula pertembungan mereka yang mencetuskan pergaduhan. Dia dan Raysa sama-sama keras kepala.

"Kenapa kau tak jalan saja tadi sementara lampu isyarat belum merah? Kau memang suka buang masa ke apa?!" Keras nada suara lelaki itu, Raysa pula rasa panas hati.

"Eh eh, encik! Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba serang orang ni kenapa? Orang Islam kan, tak reti bagi salam ke?!" Ha mula lah dia nak membebel ni, perangai umi yang satu tu memang turun kat dia.

"Lagi satu, tadi lampu isyarat tu warna kuning sebelum bertukar merah. Encik buta ke apa? Itu lah lain kali jangan pakai cermin mata hitam, semua benda nampak hitam agaknya!" Suara Raysa juga sudah kuat melawan lelaki itu. Ini Raysa Amanda lah, berani cari gaduh, meh lah fight! Tali pinggang hitam ni!

"Hey you! Can you watch your mouth?!"

"Apa mouth-mouth?! Speak melayu lah! Mana orang faham!" 'Kekwat' betullah mat salleh celup ni. Memang lah Raysa belajar sampai habis sekolah masalahnya BI cukup-cukup makan saja, mana nak faham apa dia merepek! Dah lah cakap laju! Lagi satu, dah melayu tu, melayu je lah!

"Lain kali kalau atas jalan raya jangan berangan macam tengah berada di istana ya? Bawa lah laju sikit motor tu. Orang lain nak cepatlah! Bukan kau seorang saja guna jalan raya ni! Lembab!" Lagi sekali suara itu menengking.

"Eii, aku pantang betul orang tengking-tengking aku! Hei pak cik tua, masalah aku ke kalau kau nak cepat? Tak kan? So?!" Memang bukan Raysa Amanda lah kalau tak melawan. Lambat lagi lah nak dengar cakap! Cakap umi pun dia selalu tak dengar, tu yang selalu kena piat telinga, inikan pula cakap dari entah siapa-siapa!

"What did you just call me? Pak cik tua?" Lelaki itu nampak tak puas hati. Kalau dalam komik ini, mesti nampak dah asap keluar dari telinga.

"Iya, pak cik tua! Dah tua pun cari pasal lagi!"

Masih segar di ingatannya bagaimana setiap kali dia cuti, dia akan datang ke sini melawat Raysa. Tika itu, dia rasa seronok dapat berkawan dengan gadis itu.

"Raysa!"

Tiada yang menyahut.

"Ooo Raysa!" Panggilnya lagi.

"Iya, apa?! Aku kat belakang ni!" Kuat suara Raysa menyahut.

Senyum terus terlakar di bibir Heriz sebelum melangkah ke belakang, keberadaan Raysa.

"Aku ada beli nasi ayam. Jom makan nak?" Heriz mengangkat sedikit tinggi dua bungkus nasi ayam ke arah Raysa. Raysa yang sedang memeriksa enjin kereta terus berpaling wajah memandang Heriz.

"Nasi ayam?"

"Iya! Jom lah makan." Pelawa Heriz sopan. Langkah kaki dibawa ke sebuah meja yang terdapat di situ.

"Jap." Kaki sudah melangkah menghampiri meja yang diduduki Heriz.

"Rajin kau bawak nasi ayam untuk aku." Raysa bersuara.

"Saja nak makan dengan kau." Lelaki itu menghulur satu bungkusan nasi ayam ke arah Raysa.

Namun, kerana khilafnya, semua itu musnah. Jujur dia akui, dia yang bersalah. 

"Heriz..." teguran seseorang menyentak Heriz dari lamunan. Pantas lelaki itu menoleh melihat seorang lelaki yang tersenyum ke arahnya. Mereka berjabat tangan.

"Eh, Aiman kan?" Soal Heriz. Dia ingat-ingat lupa tentang lelaki yang berada di hadapannya. Sudah lama tak berjumpa. Aiman pun nampak lain benar. Nampak makin segak.

"Iya, aku Aiman. Kau Heriz, suami Manda kan?" Soal Aiman.

Terdiam Heriz mendengar soalan itu. Dia ukir senyum hambar. Andailah dia masih suami kepada Raysa, pasti indah.

"Kami dah berpisah beberapa tahun lepas." Balas Heriz perlahan.

Aiman terdiam. Berita yang disampaikan Heriz amat tak disangkanya. Sehingga kini dia masih lagi berhubungan dengan Raysa tetapi sekalipun Raysa tak pernah bercerita tentang itu. Mungkin gadis itu mahukan privasi.

"Sorry, bro... aku tak tahu..."

"Eh tak apa, no worries."

"Kau ada nak apa-apa ke datang sini?" Soal Aiman. Terkejut juga dia melihat sebuah kereta besar yang berhenti tidak jauh dari bengkel. Fikirnya, pelanggan yang mahu hantar kereta.

"Eh tak ada lah, saja datang. Rasa macam dah lama tak ke sini. Banyak dah yang berubah ya?"

"Itulah. Ini semua berkat usaha Manda juga. Manda yang banyak menyumbang pada bengkel ni sebenarnya." Balas Aiman.

Heriz angguk faham.

"Kau kerja sini lagi ke?"

"Eh tak, aku datang sini bila ada waktu lapang aje. Bengkel ni dah ada ramai pekerja. Pelanggan pun boleh tahan juga. Aku sekarang bertugas dekat hospital." Balas Aiman.

"Oh, Doktor Aiman lah ni?" Usik Heriz. Jauh di sudut hati, dia bangga dengan kejayaan Aiman. Walaupun mereka tidaklah terlalu rapat.

"Ish tak ada lah macam tu. Biasa je." Ujar Aiman rendah diri.

"Eh alang-alang dah sampai sini, jom lah masuk. Kita boleh sembang panjang." Pelawa Aiman namun pantas dihalang Heriz.

"Eh tak apa la bro. Aku pun nak cepat ni. Ada flight kejap lagi." Balas Heriz seraya mengerling jam tangan.

"Oh. Kali ni ke mana?"

"London."

"Bila akan balik sini semula?" Soal Aiman sengaja mengambil tahu.

"Insha Allah, sampai waktu yang tepat, aku akan balik." Itu saja jawapan yang mampu diberi buat masa sekarang. Dia sendiri tak pasti berapa lama dia akan merantau.

"Biarlah waktu yang menentukan segala-galanya." Senyum tipis ditarik.

Aiman angguk faham. Tak mahulah dia bertanya lebih-lebih. Cukuplah dia mendoakan kesejahteraan Heriz.

•••

Masuk saja ke dalam badan kapal terbang, Heriz menarik dan menghembus nafas kuat. Dia perlu kuat. Dia perlu tabah. Ini yang terbaik untuknya.

"Captain Heriz!" Namanya diseru seseorang membuatkan kepalanya menoleh.

"Captain Iqram..." mereka saling berjabat tangan.

"Welcome back, Captain Heriz." Ucap lelaki itu mesra dengan senyum yang melebar.

"Thank you, Captain Iqram." Syukur kerana dia ada rakan kerja yang sangat memahami. Selain daripada Fakhrul, lelaki ini juga sentiasa memberinya kata-kata semangat walaupun Iqram tak tahu masalah yang melandanya. Dia cuba beri semangat untuk Heriz terus kuat sahaja. Lantas, nikmat Tuhan yang mana lagi yang dia mahu dustakan?

"Selagi kita bergelar manusia, kita akan sentisa diuji walau siapa pun kita atau apa pun status kita. Cuma jangan pernah berhenti berharap pada-Nya. Kalau kau rasa kau tak cukup kuat untuk dugaan ini, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kau."

"Kekuatan itu bukan dari lisan tetapi dari dalam hati. Kita yang kena gerakkan hati kita untuk jadi kuat. Kita yang kena ajar diri kita untuk bersabar. Pahala orang yang bersabar ini tinggi. Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang bersabar setiap kali ditimpa dugaan."

Heriz menarik senyum tipis.

"Terima kasih, Iqram. Insha Allah aku akan terus kuat."

•••

Tersenyum dia melihat suasana butik yang semakin hari semakin ramai pelanggan. Syukur ke hadrat Ilahi, kehidupannya sekarang semakin baik. Walaupun dia telah kehilangan seseorang tapi cinta buat lelaki itu takkan pernah padam. Baginya, mengikhlaskan seseorang itu adalah titik cinta tertinggi walaupun penuh keterpaksaan.

Bertahun juga dia tak bersua dengan Heriz dan tipulah jika dia tak terkejut melihat kemunculan lelaki itu walaupun Heriz duduk di satu sudut yang jauh dari semua orang. Dia nampak cuma dia buat tak nampak. Dia tumpang gembira melihat lelaki itu dah kembali pulih. Bangga dia dapat melihat lelaki itu kembali menyarungkan uniform yang menjadi kebanggan Heriz.

Dia sentiasa mendoakan keadaan lelaki itu walau di mana pun Heriz berada. Dari mana dia tahu perkembangan Heriz, dari Aleeya yang sering bercerita dengannya memandangkan Aleeya rapat dengan Fakhrul. Bukan dia tak mahu melawat lelaki itu tapi dia sendiri pun tak kuat bagaimana mahu berikan kekuatan pada Heriz? Dia tak sanggup melihat keadaan Heriz yang dia tahu amat memilukan. Jadi, biarlah dia doa daripada jauh saja.

Mungkin inilah yang terbaik buat mereka. Walaupun sudah berpisah, hati masih ada pada satu sama lain. Cinta masih utuh buat satu sama lain. Mungkin mereka tidak ditakdirkan di dunia tapi ditakdirkan di syurga. Benarlah, inilah cinta sempurna buatnya. Akan dia pahatkan rasa cinta ini sehingga ke hujung nafas.

•••

"Good evening, passengers. This is your captain, Heriz Zayyan's speaking. On behalf of Blue Sky Airlines, it is my pleasure to welcome you aboard flight 86A with service to London. We are currently cruising at an altitude of 33,000 feet at an aispeed of 400 miles per hour. The time is 3.18 pm. The weather looks good and with the tailwind on our side we are expecting to land in London approximately fifteen minutes ahead of schedule. The cabin crew will be coming around in about twenty minutes to offer you a light snack and beverage, and the inflight movie will begin shortly after that. I'll talk to you again before we reach our destination. Until then, sit back, relax, and enjoy the rest of the flight."

Sudah sekian lama dia tak membawa pesawat kapal terbang. Hati tak usah dikata, sangat gugup. Tetapi inilah impiannya sejak kecil. Inilah cita-cita yang telahpun menjadi nyata. Dengan izin Tuhan, dia diberi kesempatan untuk membawanya lagi. Dia diberi kesempatan untuk kuat dalam menghadapi dugaan.

Dugaan yang diberikan padanya akan dijadikan pengajaran yang kekal dia ingat sampai bila-bila. Cinta yang masih kuat hanya dibiar simpan rapi dalam dada. Walaupun mereka sudah tak bersama, dia takkan pernah berhenti mencintai Raysa Amanda. Kerana dia yakin mereka akan bersama di semesta yang lain. Mereka akan saling mencintai di semesta yang akan datang. Cinta yang sempurna tak semestinya perlu saling memiliki. Cinta daripada jauh lebih memadai supaya tiada hati yang akan terluka lagi.

Raysa Amanda, cinta sempurnaku.

- The End of Chapter -

'I guess this is where our chapters ends my love. It is one I'll read over and over again. You were the first person I ever truly loved. Maybe in another universe, we continued our story together. Maybe...'

Continue Reading

You'll Also Like

659K 28.9K 69
โ‹†๏ฝก๏พŸโ˜๏ธŽ๏ฝกโ‹†๐‹๐จ๐ฒ๐š๐ฅ ๐ก๐ฎ๐ฌ๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ > 1 ๐ฌ๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ โ‹†๏ฝก๏พŸโ˜๏ธŽ๏ฝกโ‹† ๐๐ฎ๐ซ ๐‡๐š๐ง๐ง๐š๐ก ๐ˆ๐ซ๐ข๐ฌ ๐— ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐ˆ๐ฌ๐ฒ๐ช ๐‡๐š๐ซ๐ซ๐š๐ณ ๐๐จ๐ฅ๐ข๏ฟฝ...
327K 269 5
[Pattenson Family vol. 2] [Versi 2 Tengku Khairan's Kristal] Parti, arak, kelab malam. Ianya terlalu bebas, itulah cara Kristal mengisi rasa kosong d...
233K 11.4K 51
๐Š๐€๐’๐˜๐€๐… ๐”๐๐€๐’๐‡๐€ ๐— ๐„๐‹๐˜๐๐€ ๐…๐€๐‘๐ˆ๐’๐‡๐€ "Hello, sweetie!!!" SAMBUNGAN KEPADA PEMILIK HATI ENCIK DUDAโ€ผ๏ธ Seusia 23 tahun , Kasyaf Uqasha...
184K 7.3K 25
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan b...