ALTAF'S SAVIOUR

By starryglossie

743K 63.8K 10.1K

Nur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Sinopsis tak ada. Author dia tak reti nak karang sinopsis. E... More

𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 1
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 2
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 3
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 4
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 5
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 6
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 7
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 8
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 9
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 10
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 11
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 12
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 13
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 14
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 15
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 16
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 17
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 18
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 19
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 20
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 21
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 22
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 23
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 24
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 25
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 26
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 27
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 28
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 29
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 31
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 32
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 33
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 34
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 35
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 36
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 37
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 38
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 39
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 40
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 41
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 42
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 43
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 44
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 45
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 46
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 47
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 48
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 49
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 50
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 51
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 52
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 53
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 54
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 55
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 56
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 57
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 58
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 59
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 60
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 61
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 62
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 63
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 64
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 65
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 66
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 67
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 68
𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 69

𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 30

11.2K 771 94
By starryglossie

"Ha. Dah sampai!"

Mendengar bunyi loceng rumah, langkah kecil Eima lekas berlari anak ke arah ruang tamu kondominium Altaf. Tudung sarung yang tersangkut di sofa digapai dan dipakaikan menutupi kepala.

Altaf yang baru sahaja turun tangga berkerut aneh melihat tingkah kalut si isteri. Sekejap anak mata beralih ke arah pintu rumahnya.

"Siapa datang sayang? Zaril ke?" Soal Altaf sambil menuju ke arah si isteri.

Eima tersengih sebelum kepala digeleng. Kaki diayun laju ke arah pintu rumah.

"Zaril cakap dia datang balik kerja. Ini bonda!" Ayat terakhirnya dilaung sedikit kuat.

Mendengar segaris nama si ibu, Altaf lepaskan keluhan berat. Langkah Eima turut dibantutinya.

Buka sahaja daun pintu, wajah anggun ibu mentua menghiasi retina mata. Bibir melorek senyuman panjang.

"Assalamualaikum menantu comel bonda!" Huluran tangan Eima tidak disambutnya, malah tubuh genit itu dibawa ke pelukan.

Terkebil-kebil Eima lalu pelukan wanita itu dibalas jua.

"Waalaikumussalam bonda comel Eima!" Belakang tubuh itu ditepuk kecil. Bonda comel macam Eima!

Altaf yang menyendeng di dinding dengan berpeluk tubuh tersenyum tipis dengan tingkah comel si isteri dan bonda. Hanya sekejap sebelum pandangannya berlaga dengan Engku Khadija.

Lekas Altaf berdehem. Tubuh kembali ditegakkan. Senyumannya mati disitu.

"Jomlah masuk bonda. Kita sambung bermanja dekat dalam." Eima pegang lembut pergelangan tangan wanita itu.

Sudah berhari-hari ibu mentuanya melepak di kondominium Altaf. Datang pagi pulang dini hari.

Meskipun perbuatan selamba Engku Khadija agak menguji kesabaran si suami pada permulaannya, tetapi Altaf tidak simpan lama. Eima kan ada! Eima guna jampi dia lah. Sejak itu, Altaf hanya diam tanda mengizinkan.

Lagipun Eima buat ini semua bersebab. Kalau boleh, Eima mahu rapatkan hubungan Engku Khadija dan Altaf. Eima kasihankan wanita anggun itu.

"Kejap. Hari ini bonda bawa geng baru." Beritahunya bersama senyuman tidak lekang dari bibir. Berhari-hari meluangkan masa bersama dengan Eima, perasaan sayang dia pada Eima makin dalam.

Mata Eima membulat teruja. Lain dengan Altaf yang sudah berkerut hairan dibelakang.

"Siapa bonda?" Soal Eima panasaran.

Belum sempat Engku Khadija buka mulut, suara seorang wanita berteriak dan membebel dari jarak jauh menyentakkan Altaf dan Eima.

"Mummy! You bawa apa sampai berat macam ini? Oh gosh! Letih I." Rungutnya tidak puas hati.

"I dahlah baru buat manicure semalam. Kuku I mummy! Huwaaa..." Sambungnya lagi. Letih betul angkut beg bimbit yang berisi pelbagai jenis lauk ini. Sudahlah kena drive sendiri.

Sampai dihadapan muka pintu, lekas si dia meletakkan bekas makanan ke lantai.

"Tepi mummy. I penat. I nak duduk. Kerusi! Kerusi!" Bahu Engku Khadija ditepis lembut sebelum selamba dia masuk dan melabuhkan punggung di atas kerusi yang berada di dalam rumah si abang.

Terkebil-kebil Eima melihat sekujur tubuh yang berada di hadapannya ini. Naik turun anak mata melihat dan menganalisa figura itu.

Rambut ikal mayang separas tulang belikat dan tubuh tinggi yang dibaluti dengan sundress berwarna lilac itu, tidak ubah seperti seorang model. Tapi kenapa macam pernah nampak?

Altaf picit pelipis sekilas. Ini rupanya tetamu tak diundang yang Engku Khadija sebutkan. Sharifah Alvina Quswa.

"Vina. Makanan kenapa tinggal luar?"

"Kejaplah mummy. Nanti Vina angkat." Vina tolak rambut panjangnya kebelakang. Kaki naik menyilang sebelum heels Diornya ditanggalkan lalu dicampakkan ke lantai. Tangan mengibas wajah yang mula merah padam akibat kepanasan.

Kepala dilangut tinggi melihat wajah tampan abang sulung.

"Hai along. Lama tak jumpa." Tegurnya sekadar beramah. Belakang tubuh disandarkan ke dinding.

Altaf diam tidak menjawab. Malah dia hanya mampu tergeleng kecil dengan sikap diva si bongsu.

Vina alih pandangan pada manusia yang berdiri di hadapannya. Sesaat dahi berkerut kecil. Tubuh dibangunkan dan menghadap figura yang hanya separas telinganya ini.

Lengan naik berpeluk tubuh lalu wajahnya dibawa merapat ke arah Eima sehingga terkebelakang sedikit wanita itu.

Alisnya yang terukis cantik terangkat sebelah. Anak mata coklat kegelapannya liar bergerak menjamah segenap inci wajah asing ini.

"You..."

Eima telan liur. Kuku tangannya dikutilkan sesama sendiri. Entah mengapa agak seram dengan aura wanita anggun dihadapannya ini.

"Anak siapa ni?! Oh my god. How cute!" Tersentak Eima saat pipinya dicekup oleh jemari runcing itu. Bibirnya memuncung sedepa kala tapak tangan itu menekan pipinya.

Belum sempat Altaf menarik si isteri menjauh dari makhluk tuhan satu ini, suara Engku Khadija menghalang niatnya.

"Alvina. Behave. She's your sister-in-law." Tegur Engku Khadija sembari lengan si anak dibawa turun. Sesuka hati dia je.

Vina tekup bibir. Matanya membulat besar saat mendengar satu kenyataan yang keluar dari mulut si ibu.

"You kakak ipar I? Seriously? Umur you berapa? You nampak comel!" Sempat pipi tembam Eima dicubit perlahan. Geram.

Eima terkebil-kebil menerima perbuatan adik iparnya ini. Pipinya yang baru sahaja dicubit wanita itu dipegang.

"Umur saya 26." Kekok Eima menjawab.

"What? 26?" Nyaring tempikan Alvina sehingga terhinjut batang tubuh Eima.

Altaf berdecit perlahan. Pergelangan tangan Eima disambar lembut dan dibawa merapat ke arahnya.

"Masuklah. Makanan Altaf ambilkan." Katanya tanpa nada.

Bukannya dia tidak kenal dengan sikap Alvina ini. Kalau teruja, lupa manusia sekeliling. Tidak bertempat pula itu. Nak bersembang pun biarlah masuk rumah dahulu. Ini tidak, depan pintu juga nak bertaaruf.

"Jom kaklong. I ada banyak benda nak tanya you." Lengan Eima dirangkul selamba sekaligus diheret tubuh genit itu masuk ke ruang tamu.

Wow. Pantas sungguh Eima naik mandat. Kak long!

Vina is excited. Ada kakak ipar yang comel dan cute macam Eima. Sudahlah tampak muda. Vina nak tanya tips awet muda. Hehe.







"Alvina—"

Mati kata Eima saat bibirnya dihinggap oleh jari telunjuk adik iparnya. Bersilih ganti dia pandang jemari runcing itu dan wajah cantik Alvina.

"Kan I dah cakap. Vina je." Alvina bawa turun jemarinya. Pipi kembali ditongkat dengan tapak tangannya sekaligus menatap wajah kakak ipar yang setia di hadapannya.

Sudah puas Alvina berpesan supaya memanggilnya dengan panggilan Vina. Tapi Eima degil. Katanya tak biasa. Ini Vina nak tolong biasakanlah.

"Jadi umur Vina 20?" Soal Eima janggal.

Vina jatuhkan kepala berkali-kali. "Yes. I baru 20." Mengiyakan soalan Eima.

"Akak ingat Vina sebaya dengan akak. Vina nampak matured." Jujur Eima tanpa dalih lagi.

Patutlah wajah Alvina ini nampak familiar. Ternyata Alvina ini model. Padanlah. Eima rasa dia banyak melihat wanita ini di kaca TV dan social media. Eima selalu terpaku dengan kecantikan wanita ini.

Cantik, tinggi dan jelita. Sekarang Eima baru tahu. Keluarga Altaf bukan setakat hartawan tapi rupawan juga.

"Well. Kaklong bukan orang pertama. Dah ramai cakap macam tu. Tapi no hard feelings. I take it as a compliment." Kukunya yang berkilat ditiup lembut. Bangga.

Eima tergelak kecil. Sehingga menyepet anak matanya. Berkedut-kedut. Tidak sangka layanan sebegini dia dapat daripada adik Altaf.

"Awh, kaklong gelak pun comel." Saat jemarinya sekali lagi ingin mencubit pipi tembam itu, pergelangan tangannya diselar. Angkat kepala, wajah tampan si abang yang agak muram merenung ke arahnya.

"Janganlah. Sakit dia." Perlahan sahaja suara Altaf menegur. Dihentak lembut tangan Alvina ke meja dapur.

Wah, Alvina terpana. Jarang-jarang abang sulungnya ini mahu keluarkan suara. Mulut serupa ada emas. Tapi sedari tadi, sedikitpun Altaf tidak kedekut dengan kata. Lagi-lagi bila bercakap dengan kakak iparnya.

"Eh Altaf. Awak nak air ke?" Eima ingin bangkit dari kerusi tapi bahunya ditolak lembut oleh jemari kekar itu.

"Eima duduklah." Altaf tidak mahu susahkan Eima. Sudah berhari-hari dia susahkan si isteri. Biarlah hari ini Eima luangkan masa dengan Alvina. Eima pun tampak gembira. Altaf tak nak ganggu.

Berkedip-kedip Eima pandang belakang tubuh tegap itu. Kekuranya yang terasa dicuit buat Eima berpaling ke arah Alvina. Terangkat alisnya melihat jemari runcing itu menggamit dia supaya mendekat.

"Kenapa Vina?" Soalnya pelik.

"I nak ajak kaklong shopping tapi mummy cakap kena minta izin dengan along. Tapi Vina takut. Can you talk to him on my behalf?" Kelopak matanya dikerdipkan berkali-kali. Belakang tubuh si abang yang sedang mengacau air dipandang bersilih ganti dengan kakak iparnya.

"Shopping?"

"Hurm shopping!" Jawabnya teruja.

"Tapi..."

"You taknak shopping dengan I ke?" Bibir Alvina jatuh melengkung. Pertama kali manusia tolak pelawaannya. Sedihnya.

"Tak apa, kaklong. I janji I belanja." Jemari Eima digenggam kemas. Alvina mana pernah kenal erti kalah. Semua yang dia nak, pasti dia dapat.

Eima geleng pantas. "Bukan. Ini bukan pasal duit. Tapi akak tak sampai hati nak tinggal abang Vina sendiri. Dia masih belum sihat." Tolak Eima sopan.

Bahu Alvina jatuh mengendur. Senyuman kelat terukir di bibir. "It's okay. I faham. Nanti along dah sihat, kita shopping, okey? You nak apa, name it. It's on me!" Kenyitan pantas dia lemparkan khas untuk kakak ipar.

Ketawa sejenak sejurus kepala dianggukkan berkali-kali. Seronoknya ada teman shopping. Alvina pula itu. Pasti sakan. Nanti Eima nak flex dekat kengkawan dia lah.

"Vina. Boleh akak tanya sesuatu?"

"Boleh. Tanyalah!" Seribu soalan pun dia boleh jawabkan. Entah mengapa dia suka dengan aura kakak iparnya ini. Teman berbual pun seronok. Benarlah kata bonda. Sekali pandang memang sah jatuh cinta!

"Er... Kenapa Vina panggil bonda 'mummy'?" Sejak tadi Eima tertanya-tanya. Jika tidak silap dia, Affan pun bahasakan wanita itu sebagai bonda. Celah mana datang mummy pula?

"Oh. Sebenarnya tak ada sebab. Kadang-kadang I panggil bonda, umi pun ada. Tapi selalu mummy." Bibirnya tersenyum panjang. Alvina memang suka dengan kelainan. Tapi kebiasaannya tak bertempat.

Habis semua dia langgar kecuali Altaf. Alvina takutlah. Altaf garang!

Mulut kecil Eima membulat 'O'. Patutlah.

"Erm... Akak nak tanya lagi boleh?" Eima sengih sumbing.

Vina mengeluh perlahan. Kepala dijatuhkan beberapa kali. "Tanyalah akak. I memang jawab!"

"Vina ada berapa orang adik-beradik?" Soalnya ingin tahu. Sudah lama Eima penasaran tentang ini. Altaf tidak pernah bercakap hal keluarga dengannya. Eima nak tanya tapi perasaan segan dan takut melebihi segalanya.

"Termasuk along, 5!" Sebelah tangannya diangkat. Kelima-lima jemari runcingnya juga turut dinaikkan.

Mata Eima membulat kecil. Wah, ramainya!

"Berapa perempuan? Berapa lelaki? Vina yang keberapa? Affan?" Bertubi-tubi soalan Eima ajukan.

Altaf, Eima memang yakin anak sulung. Dengar dari cara Affan dan Alvina bahasakan lelaki itu pun, Eima sudah tahu.

"Vina bongsu. And I'm the only flower who blooms in everyone's heart! Abloom flower." Kedua tapak tangannya menekup pipi serta kenyitan menawan dia berikan untuk Eima.

Terletus tawa kecil Eima. Oh, Alvina satu-satunya anak perempuan. Sama sepertinya. Cuma Alvina bongsu.

"And angah— eh no, I mean abang Affan yang kedua." Beritahunya pula.

Eima jatuhkan kepala.

"Dua ketul lagi tu, I tak nak cakap. Nanti you jumpa lah sendiri." Alvina jatuhkan tangan. Biji mata digulingkan. Tidak berminat!

"Dia nak ke jumpa akak?" Eima sengih janggal pula.

"Nak tak nak, memang kena nak. Mummy paksa tau? They should join us today, tapi dua ketul tu tak dapat. Dorang ada training polo." Yogurt yang dibawa keluar oleh Eima disuap ke dalam mulutnya.

Eima angguk lagi. Oh, macam itu! Besar juga keluarga Altaf. Cuma Eima harap adik-adik Altaf yang lain juga seperti Affan dan Alvina.

Memikirkan itu sahaja Eima sudah bahagia semacam. Eima pun ada adik-beradik tapi macam tiada. Syukurlah keluarga Altaf baik dengannya.

Di dapur pula, Engku Khadija yang baru keluar dari tandas, bertembung mata dengan Altaf. Hanya sesaat sebelum anak mata hitam lelaki itu kembali dipakukan ke arah cawan. Engku Khadija senyum kelat.

Melihat Eima dan Alvina yang seronok berbual, langkahnya dituju ke arah Altaf.

"Nak bonda buatkan?'' Pelawanya.

Altaf geleng perlahan. Bibir masih terkunci kemas. Tiada niat untuk bersuara.

Engku Khadija memberanikan diri. Tubuhnya dirapatkan dengan Altaf lalu lengan berurat gagah itu dipegang lembut.

''Bonda minta maaf.'' Ucapnya ikhlas. Langut kepala, sisi wajah Altaf yang beriak kosong dipandang hiba. Tanpa sedar, tubir mata mula memanas.

Melihat Altaf yang kaku disitu dan tiada niat untuk bersuara, Engku Khadija kembali mengeluarkan kata.

''Bonda tahu bonda dah terlambat tapi bonda memang betul-betul minta maaf." Lengan Altaf dicengkam bagai menagih kekuatan dari si anak.

"There's nothing to be sorry for." Perlahan sahaja dia menutur. Tangan wanita itu juga ditolak lembut.

Engku Khadija geleng lambat. "Altaf tahu. Altaf tahu sebab apa bonda menagih kemaafan daripada Altaf." Kolam mata mula bertakung. Bibir diketap kecil, menahan esakan daripada pecah.

Altaf diam. Rahangnya menggeletuk tertahan. Sudu kecil ditangan dipegang kemas. Ambil nafas tenang, wajahnya dipalingkan ke arah figura Engku Khadija.

"Tolong jangan ungkit pasal ini lagi. 29 tahun Puan Sri boleh diamkan hal ini dari pengetahuan manusia lain, then there would be no problem with burying this forever." Nada suara Altaf masih berlembut tetapi Engku Khadija tidak bodoh. Dia boleh dapat nilai ketegangan dan ketegasan kata itu.

"Altaf..."

"Puan Sri. Altaf dah cukup bahagia dengan kehidupan Altaf sekarang. Dan Altaf yakin Puan Sri pun sama." Penuh maksud tersirat ayat yang diungkapnya.

Engku Khadija geleng laju. Menidakkan kata Altaf. "Tak Altaf. Macam mana bonda mampu bahagia kalau bonda hidup dalam keadaan berdosa dengan Altaf? Bonda terseksa, sayang. Bonda tak suka tengok Altaf macam ini. Ab—"

"Tolong simpan rasa simpati Puan Sri pada Altaf. Macam Puan Sri cakap, Puan Sri dah terlambat. Rasa simpati tu patut muncul 29 tahun lepas." Altaf memotong cepat percakapan Engku Khadija.

Prang!

Hati seorang ibunya retak bagai kaca yang pecah mendengar bait bicara Altaf. Lagian ayat terakhir lelaki itu. Sangat perit dan lirih. Altaf benar-benar terluka.

"Bonda..." Bibirnya tergetar kecil. Kedua belah tangan diramas sesama sendiri. Hati kecilnya mengiyakan kata Altaf. Dia dah terlambat. Sangat terlambat.

Bunyi loceng bergema serta pintu yang dihentak kasar menyentakkan seisi rumah. Serta-merta langkah Altaf laju diayun ke arah Eima dan Alvina.

"Bonda. Vina dengar suara abi." Alvina telan liur kelat. Wajah abang dan bondanya dipandang bersilih ganti.

Altaf keluh panjang. Sudah dia duga.

"Eh Altaf. Biar bonda tolong bukakan." Pergelangan tangan Altaf disambarnya.

Sekali lagi Altaf tepis lembut jemari itu. "If you really want to help me, you shouldn't be here in the first place." Tenang lelaki itu memerli.

Terdiam Engku Khadija buat kali kedua.

Altaf paling menghadap Eima yang amat kekeliruan itu.

"Ke— kenapa awak?" Eima runsing.

Entah mengapa, suasana bertukar tegang tiba-tiba. Walhal, Altaf hanya tayang senyuman tampannya yang tenang seperti biasa, Eima tetap panas punggung. Tidak sedap hati.

"Eima duduk sini. Apapun yang jadi, please jangan keluar." Suara dalamnya seakan merayu.

Eima hanya angguk menurut. Belakang tubuh tegap yang mula hilang disebalik ruang tamu itu hanya mampu dipandangnya.

Bunyi ketukan pintu yang sungguh kuat dan kasar itu menerpa gegendang telinga Altaf. Tombol pintu dipulasnya sebelum daun pintu ditarik dari dalam.

Buka sahaja daun pintu, wajah tegang milik si Abi menghiasi pandangan. Ya Tuhan, wajah yang sungguh Altaf rindui. Amat rindu.

"Abi..."



Tbc...

Maaf semua. Lambat update 😭. Terima kasih mampu bersabar. Maaf banyak kurang dan typo ❤️🫶🏻 Btw next chapter insha Allah ada surprise. Kut hehe

Continue Reading

You'll Also Like

189K 10.5K 76
[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. • 𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐫𝐢𝐬𝐤 𝐈'𝐥𝐥 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐭...
1.4M 53K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
4.6K 722 43
Perkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...